Tak Ramai yang Sanggup bagi Nama Anak ,Muawiyah kenapa ek?

Entry One..

Ingat nak post benda lain tapi tertengok artikel ni dalam "karung" priority quite high since this article might be become a catalyst for us to find more about him.... and also to correct our perception about him... LAgi satu pasal Tsa'labah ramai juga buat cerita tak betul pasai die...

nice sharing....


Muawiyah turut jadi mangsa riwayat sejarah
Oleh Mohd Asri Zainul Abidin

ANTARA yang diriwayatkan oleh Hisyam bin Muhammad ialah mengenai Muawiyah yang kecewa terhadap Qais bin Sad al-Ansari al-Khazraji sebenarnya, adalah seorang daripada sahabat Nabi. Bapanya juga seorang sahabat. Beberapa riwayat mengenainya ada di dalam Sahih al-Bukhari. Martabat Qais di sisi Nabi seperti kedudukan seorang pengawal di sisi seorang pemimpin. Qais adalah pemegang bendera Rasulullah dalam beberapa medan peperangan. Dia juga adalah gabenor Saidina Ali di Mesir. Beliau dianggap seorang bijak pandai Arab. (Rujuk: Ibn Hajar al-Asqalani, Al-Isabah fi Tamyiz al-Sahabah jilid 5, ms 254, cetakan: Lubnan, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, al-Humsa, Tahdhib Siyar Alam al-Nubala jilid 1, ms 88, cetakan: Lubnan, Muassasah al-Risalah).

Menurut Hisyam, kononnya Qais enggan mengikutinya lalu Muawiyah mencipta dusta melalui surat palsu yang menggunakan nama Qais untuk membohongi rakyat Syam. Kata Hisham bin Muhammad: “Muawiyah mereka dusta sepucuk surat daripada Qais bin Sad dan membacanya kepada rakyat Syam”. Surat itu berbunyi: “Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, kepada pemimpin iaitu Muawiyah bin Abi Sufyan, daripada Qais bin Sad, kesejahteraan ke atas kamu. Untuk kamu semua, aku memuji Allah yang tidak ada yang disembah melainkan Dia. Apabila aku fikirkan maka aku dapati tidak patut bagiku untuk menyokong satu golongan yang membunuh imam (pemimpin) mereka yang Muslim, yang diharamkan darahnya, yang baik lagi bertakwa. Justeru, kita pohon keampunan kepada Allah di atas dosa kita. Kita juga pohon kepada Allah agar menyelamatkan agama kita. Ketahuilah, sesungguhnya aku menghulurkan kepada kamu semua perdamaian. Aku juga menyambut seruanmu untuk memerangi pembunuh Uthman, pemimpin hidayah yang dizalimi. Hantarkan bantuan kepadaku. Di atas sahutanku ini, harta benda dan tentera nescaya aku bersegera kepadamu. Sekian. (Rujukan: Al-Tabari, Op. cit, jilid 4, ms 553)

Hisham juga menyebut satu lagi riwayat yang menggambarkan betapa buruknya Muawiyah menerusi lidah Qais di dalam suratnya: “Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Daripada Qais bin Sad, kepada Muawiyah bin Abi Sufyan. Sesungguhnya tipu daya engkau terhadapku, tamak engkau untuk mendapatkanku dan usaha engkau menjatuhkan pendirianku adalah menghairankan. Apakah engkau cuba menawarkan kepadaku untuk keluar daripada ketaatan terhadap orang yang paling layak dalam pemerintahan, yang paling benar perkataannya, yang paling berada di atas jalan petunjuk, yang paling hampir hubungannya dengan Rasulullah saw? Lantas engkau menyuruh aku untuk berada di dalam ketaatan kepadamu iaitu ketaatan kepada manusia yang paling tidak layak di dalam urusan ini (pemerintahan), yang paling dusta perkataannya, yang paling sesat jalannya, yang paling jauh hubungannya dengan Allah dan Rasul-Nya, anak orang yang sesat lagi menyesatkan dan taghut di kalangan taghut iblis...? (rujukan: Ibid, jilid 4, ms 551).

Sebenarnya, ini adalah sedikit daripada riwayat yang begitu banyak menggambarkan betapa hodoh dan buruknya Muawiyah di sisi sebahagian besar riwayat sejarah. Inilah yang menyebabkan Munir al-Ghadban menyebut: “Aku tidak berpendapat bahawa ada suatu peribadi di dalam sejarah Islam yang terdiri daripada kalangan sahabat yang awal, yang ditarbiah dengan tangan Rasulullah saw dan mereka hidup dengan wahyu langit, (tidak ada) yang diperburukkan, dibohongi mengenainya dan didustakan kepadanya seperti yang terkena pada Muawiyah bin Abi Sufyan ra. Sesungguhnya, kebanyakan maklumat yang terlekat di pemikiran orang ramai telah diterima sebagai sesuatu yang tidak diragui lagi dan tidak boleh dipertikaikan. Maklumat itu tidak bersesuaian sama sekali dengan darjat yang sepatutnya bagi seorang sahabat Nabi. Gambaran Muawiyah pada pemikiran orang ramai ialah seorang yang menuntut kuasa, ahli politik yang cekap, seorang yang mencari kesempatan, dia tidak pernah menghiraukan apa pun dalam usahanya untuk sampai kepada kekuasaan dan seorang yang bertarung kerana inginkan kuasa serta bertindak membunuh berpuluh-puluh ribu orang lain, semata-mata untuk menjadi khalifah. Inilah gambarannya yang bertentangan dengan perasaan dan fitrah setiap Muslim, namun tiada ganti baginya kerana buku sejarah menyebut demikian. (Rujukan: Munir al-Ghadban, Muawiyah bin Abi Sufyan, ms 5 cetakan: Syria, Dar al-Qalam).

The tomb of Sayyidina Muawiyah Ibn Abi Sufyan

The tomb of Sayyidina Muawiyah Ibn Abi Sufyan

Penyataan Munir al-Ghadban begitu jelas menggambarkan betapa bertentangan antara sebahagian riwayat sejarah dengan watak yang sepatutnya digambarkan bagi seorang sahabat Nabi yang al-Quran dan al-Sunnah telah memuji mereka semua. Bahkan bagi diri Muawiyah sendiri ada riwayat yang menggambarkan kemuliaannya. Antaranya, doa Rasulullah saw untuk Muawiyah:

Di dalam Sahih al-Bukhari diriwayatkan daripada baginda Nabi saw sebuah hadis yang bermaksud: Kata Umair: “Telah menceritakan kepada kami Umm Haram, bahawa dia telah mendengar Nabi saw bersabda: “Tentera yang pertama di kalangan umatku yang berperang di laut wajiblah bagi mereka itu syurga”. Kata Umm Haram: “Wahai Rasulullah! Adakah aku di kalangan mereka?”. Jawab baginda: “Ya!”. Kemudian baginda bersabda lagi: “Tentera yang pertama di kalangan umatku yang memerangi bandar Qaisar (Caesarea) diampunkan dosa mereka”. Aku (Umma Haram) berkata: “Adakah aku di kalangan mereka, wahai Rasulullah?” Jawab baginda: “Tidak”. (Riwayat al-Bukhari, hadis ke-2924.)

Umm Haram binti Milhan adalah ibu saudara kepada Anas bin Malik. Beliau adalah isteri kepada Ubadah bin al-Samit. Hadis daripadanya ada di dalam semua kitab hadis kecuali Sunan al-Tirmidhi. Dia tersenarai di kalangan wanita ternama. Antara yang mengambil hadis daripadanya ialah Anas bin Malik. (Al-Humsa, Op.cit,jilid 1, ms 64)

Allah Yang Maha Mengetahui telah mentakdirkan bahawa peperangan umat Nabi saw yang pertama di laut ialah peperangan Cyprus, dan Umm Haram telah menyertainya dan panglima tentera Islam dalam peperangan itu ialah Muawiyah bin Abi Sufyan. Ia berlaku pada zaman pemerintahan Saidina Uthman bin Affan. Turut serta dalam peperangan itu ialah Abu Dhar, Abu Darda dan beberapa sahabat yang lain. Peperangan ini terjadi pada tahun 27 Hijrah. Muawiyah yang menjadi amir ketika itu, turun sendiri ke medan peperangan bersama isterinya. (rujukan: Ibn Hajar al-Asqalani, Al-Isabah Fi Tamyiz al-Sahabah, jilid 8, ms 223). Dalam menjelaskan hadis di atas al-Imam Ibn Hajar al-Asqalani juga menyebut di dalam kitabnya yang lain, Fath al-Bari bi Syarh Sahih al-Bukhari: “Di dalam hadis ini diberikan sifat kepujian kepada Muawiyah kerana dia adalah orang yang pertama berperang di laut dan sifat kepujian kepada anaknya Yazid kerana dia adalah orang yang pertama memerangi bandar Qaisar”. (Ibn Hajar al-Aqalani, Fath al-Bari, jilid 6, ms 201, cetakan: Lubnan, Dar al-Fikr).

Berpandukan hadis ini jelas kepada kita bahawa fadilat atau kelebihan Muawiyah termaktub di dalam Sahih al-Bukhari bahkan kelebihan anaknya Yazid yang menjadi bahan atau mangsa cercaan riwayat sejarah juga disebut di dalam hadis yang sahih ini. Berdasarkan hadis di atas Nabi saw menjamin untuk Muawiyah syurga. Manakala riwayat sejarah yang dipetik tadi pula menyifatkannya sebagai daripada kalangan pengikut iblis. Manakah sumber yang patut dipercayai?

Persoalannya, layakkah Muawiyah yang pernah menjadi seorang penulis wahyu baginda Nabi saw melakukan pembohongan dengan tangan yang pernah menulis wahyu di hadapan baginda? Kata Abu Sufyan kepada Nabi saw (maksudnya):.... dan Muawiyah engkau jadikan dia penulis di hadapanmu”. Sabda baginda: “Ya”. (Riwayat Muslim hadis ke-2501). Dengan jelas kita dapat melihat betapa berlaku pertentangan watak bagi sahsiah atau peribadi yang sama apabila riwayat sejarah dibandingkan dengan sumber yang dipercayai di dalam Islam iaitu al-Quran dan al-Sunnah.

Masjid Umawi

Masjid Umawi

Contoh lain yang lebih dahsyat lagi ialah riwayat yang dibawa oleh tokoh Syiah yang sangat buruk, Abu Mikhnaf di dalam Tarikh al-Tabari berhubung peristiwa tahkim yang berlaku antara wakil Ali iaitu Abu Musa al-Asyari dengan wakil Muawiyah bin Abi Sufyan iaitu Amr bin al-As.

Jabal Tahkim

Jabal Tahkim


Berita Harian 24 April 2001


Entry Two

Thanks to Hud hud [hudhud_76@yahoo.com]..... May Allah bless us...

Ketahuilah OlehMU

Entry One


" Ketahuilah OlehMU "

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia..
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih...
Allah SWT sudah menghitung airmatamu.

Jika kau pikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja...
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelepon...
Allah SWT selalu berada disampingmu.

Ketika kau pikir bahwa kau sudah mencoba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi...
Allah SWT punya jawabannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur...
Allah SWT telah memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban...
Allah SWT telah tersenyum padamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Ingat bahwa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap...
Allah SWT TAHU .......
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...

mnlisBKNkrnNAMA From Tranung Kite


Entry Two...


Allahu rabbi...



- Berita Nasional -

Bayi ditemui sebelah mayat ibu, kakak jadi rebutan

Baby

NORHAYATI mendukung bayi yang ditemui bersama mayat ibu
dan kakaknya yang kini ditempatkan di Hospital Seremban,
semalam. – Gambar oleh Owee Ah Chun


SEREMBAN: Bayi comel yang ditemui bersama mayat ibu dan kakaknya, di sebuah rumah tinggal di Kampung Siliau, Rantau, dekat sini, Isnin lalu, kini menjadi rebutan ramai yang mahu menjadikannya anak angkat.

Sejak kisah bayi malang itu disiarkan media Selasa lalu, pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri dihujani panggilan telefon orang ramai yang mahu mengambil bayi itu sebagai anak angkat.

Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat JKM negeri, Aidah Jaamat, berkata mereka yang berhasrat berbuat demikian bukan saja penduduk negeri ini, tetapi juga dari Melaka, Johor dan Kuala Lumpur.

“Ramai bertanya mengenai bayi perempuan itu sehingga kami tidak menang tangan untuk melayan dan kebanyakan pemanggil berhasrat menjadikan bayi itu sebagai anak angkat,” katanya ketika mengiringi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Datuk Norhayati Omar, yang melawat bayi terbabit di Hospital Seremban (HS), semalam.

Selasa lalu, akhbar ini menyiarkan laporan seorang wanita warga Indonesia dipercayai membunuh anak perempuannya berusia dua tahun sebelum membunuh diri kerana dikatakan kecewa dengan suaminya.

Suami mangsa dipercayai seorang warga India dikatakan pulang ke negara asalnya, Mac lalu selepas permitnya tamat tempoh dan terus tidak muncul-muncul selepas itu.

Wanita itu, Reni Wahabi, 32, yang dipercayai baru empat hari melahirkan anaknya sebelum kejadian itu dipercayai meminum racun serangga untuk membunuh diri.

Sebelum itu, dia dipercayai memberi anaknya berusia dua tahun minum racun sama sebelum menikam kanak-kanak itu dipercayai kerana tidak sampai hati melihat anak perempuannya menderita kesakitan.

Ketika mayat mereka ditemui penduduk kampung kira-kira jam 2.15 petang, bayi terbabit masih bernyawa dan hanya ada kesan merah akibat ruam lalu dihantar ke HS.

Sementara itu, Aidah berkata, orang ramai yang berhasrat menjadikan bayi malang itu sebagai anak angkat perlu mematuhi beberapa prosedur yang ditetapkan.

“Kami akan mendapatkan perintah mahkamah bagi mendapatkan hak penjagaan sementara bayi itu untuk diserahkan kepada Rumah Kanak-Kanak Tunku Budriah di Cheras.

“Selepas itu, banyak prosedur lain perlu dilakukan, termasuk menanti sama ada dapat mengesan warisnya, selain menentukan kewarganegaraan bayi terbabit,” katanya.

Sementara itu, Norhayati berkata, pemeriksaan doktor mendapati bayi terbabit sihat, cuma dia menghidap demam kuning tetapi dijangka dibenarkan keluar dari hospital tidak lama lagi.

Something to Ponder... :P

Padanlah ada orang pernah kata sebelum ni kalau berlaku kebakaran di kawasan masyarakat India, Samy Vellu dulu sampai baru bomba :P


Samy Vellu tempat rujuk pelbagai `masalah'

samy2

KUALA LUMPUR 7 Jun - Ada masalah cari Samy! Itulah yang terjadi apabila kira-kira 350 orang yang mempunyai pelbagai `masalah' termasuk tiada wang untuk bayar bil air berbaris panjang di depan Ibu Pejabat MIC di sini, seawal pukul 6.30 pagi ini.

Semuanya gara-gara kerana hari ini adalah hari bertemu rakyat oleh Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu.

Selain ada yang membawa bersama-sama bil-bil air dan elektrik - yang ada antaranya hanya berjumlah RM20, ada juga yang meminta bantuan untuk membeli tiket bas balik kampung.

Namun, Samy Vellu kelihatan tenang mendengar semua masalah mereka.

Bagi kes yang `asli', Samy Vellu tanpa ragu-ragu keluarkan sendiri duit koceknya dan sel

esaikan masalah-masalah itu.

Ditanya berapa duitnya yang dikeluarkan, beliau berkata ``sudah kosong kocek saya'' - tanpa mahu menyatakan jumlahnya.

Namun, ada juga kes yang memerlukan sedikit masa sebelum jalan penyelesaian ditemui.

Sebagai contoh, permohonan mendapatkan bantuan kewangan yang berjumlah RM150,000 untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK).

Kebiasaannya sesi bertemu rakyat pada setiap hari Selasa berlangsung di rumahnya di Jalan Ipoh.

Bagaimanapun, tradisi selama 20 tahun itu berubah sedikit hari ini apabila lokasinya dipindahkan ke ibu pejabat MIC ekoran bilangan orang ramai yang semakin meningkat.

``Adalah baik untuk bertemu rakyat dengan cara ini. Kami berjaya menyelesaikan sebahagian besar daripada masalah mereka.

``Sesetengah kes akan dirujuk kepada agensi kerajaan yang berkaitan. Sebagai contoh pekara berkaitan kebajikan,'' kata Samy Vellu kepada pemberita selepas sesi bertemu rakyat itu selesai.

cwc01

PROFILE

YB. Dato Seri S. Samy Vellu
Professional Qualification
•

Chartered architect
•

Member of the Royal Institute of British Architects.
•

Member of Malaysian Institute of Architect.
Employment
•

Senior Member Of The Malaysian Cabinet.
•

1978-1979-Deputy Minister Of Local Government & Housing.
•

1979-1989-Minister Of Works, Malaysia.
•

1989-1995-Minister Of Energy, Telecommunications & Posts, Malaysian.
•

1995 - Till to date, Minister Of Works, Malaysia.
Political Career

* 1979 till to date - President of Malaysian Indian Congress, a partner in the ruling National Front Coalition.
* Member of the House of Representatives of the Malaysian Parliament since 1974.

Personal Accomplishments

* As Minister of Works, successfully undertook the construction of the 13.6 KM Penang Bridge linking the Mainland with Penang Island.
* Introduced the privatization concept in highway construction in Malaysia culminating in the successful completion of the 900KM North-South Highway.
* As Minister of Energy, Telecommunication and Posts, successfully undertook the Privatization of three Government utility entities namely the Telecommunications Department, the National Electricity Board and the Postal Department.
* Introduced Value Added Network Services and cellular networks such as Celcom, Mobikom, GSM and PCN. Conceived the need for Malaysia to have its own satellite, which was launched in 1995.

Honours & Awards

* In 1982 the Government of Republic of Korea conferred on him the Order Of Diplomatic Service Merit (Gwang Hwa Medal) for strengthening bilateral relations between Malaysia and Korea.
* In 1985, the Government of Italy conferred the Grand Officer Of The Order Of The Merit Of The Republic Of Italy.
* In 1989, conferred "The Man Of The Year Award" by the International Road Federation at Las Vegas for outstanding achievements as Minister Of Works, Malaysia.
* In 1989, he was made an Honorary Fellow Of The Royal Chartered Institute Of Building, United Kingdom.
* In the same year he was awarded the Honorary Doctorate of Letters by Annamalai University, India.
* In 1991, he was awarded the Honorary Doctorate of Law by University of Keele, Staffordshire, United Kingdom.
* In 1998, he was awarded the Honorary Doctorate of Education by the Northern Territory University of Australia.
* In 2003, the Minister was conferred one of India's highest award, the "Pravasi Bharatiya Samman" by the Government of India in New Delhi.
* And in the same year, he was awarded the "Malaysia Water Award for Management 2003" by the Malaysian Water Association.

Achievements In Political Arena

* Founder of Maika Holdings, the investment arm of the MIC with a capital of RM 100 Million.
* Founder and Chairman of the Maju Institute of Educational Development (MIED), the educational arm of the Malaysian Indian Congress (MIC). The Institute aimed at the educational advancement of Malaysian Indians is a non-profit organization and runs two colleges, Technical and Further Education.
* (TAFE) college in Seremban and in Kuala Lumpur in collaboration with TAFE, Western Australia.
* In furthering their efforts, MIED has started a medical college in collaboration with the Bristol University, U.K in a temporary campus in Bandar Aman Jaya, Sungai Petani, Kedah while a new campus be ready soon in Semeling, Kedah.
* Founder and Chairman of the Workers Housing Cooperation Society (KPJ).
* Founder and Chairman of Education Cooperative Society, Kop Didik.

The Greater The Hardship, The Greater The Reward

Entry One

Congrats to newly wed couples

a. Fadzlan and Suhana
b. Mudin and Waleeda
c. Dollah and Sunarni(Not sure whether she is the younger sister of sunardi maulan can somebody confirm it?)
d. Naim and Nor Asurah
e. Salmawati and Husband(Ummu Amiir former Schoolmate/Collegemate at Kusza I guess)
f. Who else? you can list out here.

Entry Two

My condolence to Sis Muna.(Bro Abu Saiful Islam's wife (www.saifulislam.com) May Allah put your Umm among the AsSaalihiin wa As Saalihaat Insya Allah.

Entry Three

Most of the part in the writing below related to me and for the others (might be also for somebody who is in the midst of thinking to "patah balik", and also to those who are under some "light test" put by Allah on them and etc.)

From Abu Uwais Abdallaah Ahmed Ali [Rahimahullaah]

The greater the hardship, or trial or tribulation the greater the reward. The greater the difficulty the greater the reward. The greater the trial or tribulation or difficulty that you are put through the greater the reward will be for you and for me from Allah (Tabarak wa ta’ala).

If Allah loves a people He puts them to trial, He tests them and places them in difficulty. Allah the Exalted states in Surah Baqarah : “We will test you with something of fear, and hunger and loss of wealth, and souls and vegetation. And give glad tidings to those who have patience. Those who if in any difficulty or trial, or tribulation occurs to them or happens to them, they say: ‘Verily We are from Allah and to Allah we return.’ They are those who will receive prayers from their Lord and Mercy and it is those who are guided. “

The great reward is in accordance to how great ones t! rial, difficulty or test is. The greater the test and trial, the greater the reward. And everyone must have tests and everyone will have problems & trials and everyone will be put to difficulty, everyone will have moments of grief, moments of sadness moments when things are not as they feel or would like them to be. But the difference is the believer is patient, the believer believes in the decree of Allaah, the believer seeks the reward of Allaah (subhana wa ta’ala) at that time. The believer praises Allaah. The believer will be rewarded in his time of difficulty.

The believer has burns and the Kaafir has burns.

The believer needs an operation and a Kaafir needs an operation .

The believer loses a mother and a Kaafir loses a mother .

The believer loses his wife and the Kaafir will lose his wife.

So what's difference between them and us?

Everyone experiences difficulty. Everyone experiences trials and tribulations but the believer because of what Allaah (subhana wa ta’ala) has given ! him of Imaan and for what he has of patience and being pleased with the decree of Allaah, and seeking a reward from Allaah and seeing the wisdom of Allaah (subhana wa ta’ala) in his difficulty, he will be raised and he will receive great rewards.

Beli kereta baru dengan lima bulan gaji?

Entry One


Suntingan Dari Artikel Utusan

Dalam Ruang & Waktu Oleh Adam A. Kadir



Beli kereta baru dengan lima bulan gaji



Walaupun AS di bawah Bush merupakan negara yang dibenci oleh dunia khasnya di kalangan negara Islam atas sebab-sebab yang terlalu nyata, namun dalam kriteria pasaran dan penggajian, AS merupakan negara yang sering mengemukakan contoh yang boleh diikuti oleh dunia. Selain daripada itu, AS adalah negara berbahasa Inggeris yang memudahkan kita mendapat maklumat dari pelbagai bentuk media malah daripada pengalaman ketika berada di negara itu.

Harga kereta terkecil di sana ialah kira-kira sama dengan lima atau enam bulan gaji seseorang yang baru lulus universiti di peringkat sarjana muda. Katalah harga kereta X berharga antara AS$10,000 dan AS$12,000. Katalah pula gaji si John yang baru lulus itu ialah AS$2,000 sebulan.


juara01

Kalau pakai Formula Makcik Limau Tiga Tahun kerja dah boleh beli apartment ,beli keta ni mesti macam beli botol kicap (kicap lagik?)


Bukan luar biasa bagi orang seperti John ditawarkan pinjaman 100 peratus, sama dengan harga kereta. Kalau begitu kedudukannya, maka dengan pinjaman AS$10,000, John membayar balik kira-kira AS$180 sebulan selama lima tahun.


BMW 7 Series


bmw760li06_interior

Interior BMW 7 Series Nanti jadi CE TM boleylah kot merasa


Ini bererti John hanya menggunakan sembilan peratus daripada gaji bulanannya sebagai wang ansuran bulanan. Bagaimana pula kalau hakikat ini digunakan sebagai asas untuk membandingkan harga kereta termurah Y di sini dengan gaji seorang yang baru lulus universiti. Katalah kereta Y berharga RM30,000 sedangkan gaji bulanan Anu (yang baru lulus universiti) ialah RM1,700. Katalah pula Anu meminjam RM27,000 (selepas menyimpan antara enam bulan hingga setahun untuk mengumpulkan wang muka). Bayaran balik secara bulanan ialah RM400 untuk selama tujuh tahun.


aston2

V12 Aston Martin Vanquish

Keta Jebon Dalam Citer Mati Pada Hari Lain

Daripada fakta di atas, kita boleh membuat kesimpulan begini: Anu membayar balik 23 peratus daripada gajinya, sedangkan John hanya sembilan peratus. Anu mengambil masa tujuh tahun untuk melangsaikan hutang, sedangkan John hanya lima tahun. Harga kereta Y yang dibeli oleh Anu adalah sama dengan gajinya selama 18 bulan, berbanding dengan harga X yang sama dengan lima bulan gaji John.

maybach.saloon.f34.500

maybach 2004
Mungkin ni Official Car for US President ngan Donald Trump

Pelbagai sebab boleh diberikan kenapa kereta Y menjadi begitu mahal berbanding dengan X, dari segi relatif antara tahap gaji dengan harga kereta. Dan sebab-sebab itu tentunya berlegar di sekitar kos bahan-bahan komponen yang diimport dan yang dibekalkan dari sumber-sumber tempatan. Cukai yang dikenakan ke atas kereta adalah satu faktor besar yang memahalkan harga kereta. Semuanya itu akan tersimpul dalam harga yang dituntut dari kocek pembeli.


2001 Mercedes-Benz S-Class interior

Interior Merz S Class


Apa yang tinggal dalam kocek si Anu setelah ditolak ansuran kereta, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan cukai pendapatan yang mandatori tidak boleh membuatkan kehidupannya menjadi selesa. Lebih berat keadaannya apabila diambil kira harapan keluarga untuk menumpang sekapur sirih seulas pinang.


Datuk Adam Kadir ialah bekas Yang Dipertua Dewan Negara.Itu pandangan beliau anda pula bagaimana?


Entry Two

Aduhh Amiir dah ghalit golek golek ppale dah dengar lagu....masalah negara ni... :P

29052005-04062005

On My Brother's Engagement


Gambar "Pengantin takleh tunjuk lagi" Tunggu lepas kawin dulu :P

Picture 062

Antara Hadiah dari Pihak Perempuan


Picture 027

Amiir dan Che Na




On 'Azzamir's Wedding Day


Bermula operasi "kilang kicap" meminjam kata kata pengerusi majlis :P


Picture 071


Picture 078


Picture 076



Next Week ..Among in the Waiting List


Pak Lan

Pak Lan and Suhana

20052005 - Antara Semalam dan Hari Ini

Assalamualaikum...

Bismillah Walhamdulillah



20052005 - Antara Semalam dan Hari Ini



2005


kek1




Terima Kasih kepada semua atas ingatan yang disampaikan kepada Amiir Husaini sama ada melalui ucapan,panggilan telefon, SMS, email, blog dan sebagainya sempena ulangtahun pertama Amiir.


kek3

Kami sekeluarga amat amat berbesar hati diatas ingatan dari semua, moga moga ianya Insya Allah akan menjadi salah satu penyebab kita semua digolongkan oleh Allah untuk bernaung di bawah naunganNya pada hari yang tiada naungan selain dari naunganNya atas sebab bertemu dan berpisah kerana Allah.

Set111_02

Amiir and "The Mad Train"


Set115_01

Photo Opprtunity with the TM Net Official Mascott " Blue Hyppo" :P


Set116_09


Pesanan dari Baba dan Umi...

Membesar dan jadilah seperti mereka semua....

Dulu....
Hasan dan Husain b.Ali
Muhammad b Ismail AlBukhari
Muhammad b Idris bin Abbas AlSyafie
Ibn Hajar Al Asqalani



Kini...
Syeikh Ahmad Yasin
Dato' Hj Fadzil Mohd Noor
Ayah Baba



Selamanya
Muhammad b Abdullah SAW


Semua mereka telahpun melalui jalan yang sedang dilalui Amiir sekarang, mereka semua pernah di"tinggalkan" ibu,ayah atau kedua duanya sewaktu mereka kecil lagi...

En Amir and Pn Amir (2B)

Seperti yang dijanjikan dalam pengumuman saya terdahulu,di sini saya sertakan sedikit catatan mengenai pasangan pertama yang bakal menempuh alam baru tidak berapa lama lagi.Tulisan ini adalah sambungan kepada posting utk Paklan- 2 khusus untuk meraikan mereka semua.

Pengantin Lelaki = Wan Amiruddin Wan 0mar

Pengantin Lelaki 11 thn Yg Lalu

Pengantin Lelaki 11 thn Yg Lalu 1 Dec 1994

Ditakdirkan menjadi kenalan dan sahabat sewaktu kelas peralihan (1991-1992). Tujuan dan cita cita yang sama iaitu kejayaan dlm PMR dan mengambil aliran sains mengeratkan lagi persahabatan kami. Saya masih lagi teringat soalan saya sewaktu kami sama sama membonceng basikal pulang dari sekolah mengenai ke mana pilihan beliau selepas PMR dan apa jawabnya? sesuatu yg anda mungkin tidak terlintas di fikiran iaitu Sekolah Teknik!.

MML

MML pada 5 Mei 2005 (http://smuamml.kelantan.edu.my)

Suratan menentukan Dzokhar Dudayev(nama gelaran kami kepada beliau di MML-sempena nama Presiden Chechya, setiap kami dlm kultus seramai 11 org itu masing masing mempunyai gelaran) ,sama sama melanjutkan pengajian di bumi wakafan dan ikatan tersebut dikukuhkan dengan keterlibatan kami dlm persatuan anak negeri yang menguruskan kepulangan pelajar putera puteri ke kampung setiap kali cuti sekolah...

KISAS 1996

KISAS 1996 (http://www.alumni3ki.org/)

1996 SPM bagi kami dan sudah tentunya masing masing akan membawa haluan sendiri selepas itu. Sebagai kenangan saya meminta beliau memilih butang baju hari raya saya pada tahun itu dan butang hijau tersebut masih lagi ada sampai sekarang, tetapi kita semua maklum ,manusia boleh menduga dan mengagak apa yang berlaku tapi penentuan Allah juga setiap masa adalah yang terbaik, Beliau dan beberapa org rakan lain(teghe, dakmat etc) ditentukan oleh Allah untuk menyambut saya dan keluarga di pintu pagar Unitele setibanya kami di sana, membawa saya berkenalan dgn En Zam dan seterusnya menumpangkan saya di biliknya untuk seketika sebelum beliau berpindah keluar dari hostel Unitele itupun tidak sampai setahun dimana kemudiannya kami semua berpindah ke Tmn Dahlia di mana rumah tersebutlah menjadi tmpt persinggahan 'bekas bakal 'bapa amni (baca org penyakit lemah badan :p) dan juga pengantin lelaki kedua ( selepas daripada ini ditulis sebagai P2) yg telah diceritakan dlm catatan lain. Saya rasa anda semua boleh setuju dengan saya kalau dikatakan di Tmn Dahlia lah mungkin pengantin perempuan mula TAHU (Sukati korglah nak terjemah apa pun) tentang beliau (tak payahla cite pasal ummu amiir kerana memang kami takde apa apa pun masa tu)



Tmn Dahlia 2004

Tmn Dahlia 2004



1999 Kami semua menjadi pelajar perintis MMU kampus CBJ di mana beliau dan beberapa sahabat lain termasuk ' bekas bakal 'Abu Nufayl dan juga pelajar 'World Class Liar' memilih utk tinggal di Apartment manakala saya dan Bapa Fawwaz memilih utk tinggal di lorong elit HB2 B306 selama setahun sebelum beliau menyertai untuk tinggal sebilik dgn kami pada tahun akhir pengajian di MMU

2002 saya menyertai TMB,selepas keluar dari rumah yg saya tinggal bersama sama P2 saya menetap bersama sama beliau sehinggalah saya dan Ummu Amiir berkahwin, tepat seminggu selepas adik ipar kepada bapa auni mendirikan rumahtangga dgn room mate kami di HB2 dulu. Walaupun kami sudah tidak lagi menetap sebumbung selepas dari itu,tetapi hubungan antara kami masih lagi tidak terungkai sehingga sekarang dan kini giliran beliau pula untuk bekeluarga menyertai kami pula.

Kalau dulu saya mungkin dua tiga kali pernah membayangkan bahawa setiap kali tamat pengajian,kami mungkin akan terpisah dan membawa haluan masing masing tetapi selepas ini saya tidak mahu berfikir lagi mengenainya biarlah jemputan Allah yang akan menjadi pemisah antara saya dan beliau sebagaimana ianya telah menjadi pemisah antara isteri saya dan bakal lsteri beliau.




Bagaimana pula

Pengantin Perempuan = Hairun Aza Abd Rashid

Pengantin Perempuan 2001

Pengantin Perempuan Tahun 2001

Kali pertama saya kenal beliau adalah di tingkat 2 bangunan blok B unitele sewaktu beliau menegur (jangan baca ngorat :P ) seorang lagi sahabat saya yg pernah menjadi penolong ketua tingkatan saya di MML dulu yang mana ketuanya adalah pengantin lelaki sendiri.

Itu secara biasa tetapi yang rasminya saya kira bermula sewaktu saya menjemput beliau untuk menjadi salah seorg ajk kursus anjuran IU pada Dis 98. Waktu itu juga saya timbulkan kemungkinan untuk menarik seorang lagi untuk menjadi tulang belakang kursus itu, seorang yang kami sepakat pada waktu itu merasakan fikrah dan kecenderungan beliau pd kerja kerja amal, boleh di harapkan untuk menarik kumpulan yg se'nature ' dgn beliau utk menyertai IU dan org itu adalah nuun( jgn fikir bukan bukan plak ). Ternyata rancangan tersebut berhasil dan ianya juga merupakan permulaan kpd hubungan yg tersimpul erat antara mereka berdua sehinggalah ke akhir hayat Ummu Amiir.

Kalau beliau orang yang terawal mengetahui khitbah saya dan nuun, Tahun terkemudiannya saya fikir saya antara yang terawal kalau tidak yang pertama mengetahui hasrat mereka untuk mendirikan rumahtangga.

Kalau pengantin lelaki menemani saya sewaktu saya menerima kunci motorsikal pertama saya,pengantin perempuan pula ditemani oleh isteri saya sewaktu beliau menerima kunci kereta pertama beliau.

Kalau bakal suami selalu dirujuk oleh saya dlm hal hal komputer, bakal isteri pula selalu merujuk kepada isteri saya dlm hal hal yang menjadi kemusykilan beliau.

scan0014

Pn Amir to be bersama dengan Ummu Amiir

Itu merupakan sebahagian yang boleh saya gambarkan mengenai kami berempat.

16 Dis 2004 - Setelah semua keluarga terdekat mengetahui tentang ujian yang menimpa saya, Org pertama yang saya hubungi untuk memaklumkan perkara itu adalah pengantin perempuan. (Sudah tentunya saya membuat keputusan tersebut berdasarkan hubungan antara mereka berdua) Memang ianya telah menjadi suratan dalam kehidupan kami, antara yang menjadi penyebab pula berita pemergian Ummu Amiir ke pangkuan Rabbul Arsy diketahui oleh seluruh warga TM adalah pengantin lelaki.

Kepada En Amir dan Pn Amir to be, Abu dan Ummu Amiir beserta dengan Amiir Husaini ingin mengucapkan selamat berbahagia. Mungkin kami hanya disuratkan untuk menerima pahala kerana daya usaha kami sahaja dan bukannya pahala kerana menyatukan. Kami kira begitulah sebagai khatimah kepada tulisan ini.

Wassalam

Angan-angan Mat Jenin

Pesanan Penaja -
1. Baca Sampai Habis !!!
2. Harap dapat tunggu dan lihat tindakan selanjutnya dari pihak berkuasa



Laporan Khas Ayah Pin: The Edge (Bahagian pertama)

Sebenar-benarnya, hanya ada satu perkara yang menarik tiga orang wartawan bandar dari Off The Edge untuk meneroka ke ceruk Kampung Bartu 13, Hulu Besut di Terengganu, tempat kediaman Ayah Pin, penjelmaan semula semua lelaki suci dari agama-agama utama dunia. Macam yang didakwanyalah. Memang ramai pemimpin kultus yang mendakwa pelbagai tahap pandangan kenabian atau laluan ketuhanan. Tapi berapa ramai yang ada teko raksaksa setinggi 25 kaki?

Inilah tarikan utama kawasan seluas enam ekar di luar bandar Terengganu di mana Ayah Pin, nama sebenarnya Ariffin Mohamad, menetap bersama pengikutnya. Muncung teko ini seolah-olah pasu bunga raksaksa. Tidak jauh darinya terdapat struktur-struktur berwarna-warni yang lain, termasuk sebuah bangunan kuning berbentuk payung, sebuah perahu nelayan yang dilekapkan, dan sebuah bulan sabit yang besar. Pandangan Disneyland suci ini dapat dilihat dari sebuah dewan tersergam.

Mendefinasikan Ayah Pin adalah satu kerja yang rumit, terutamanya bila soalan ini diajukan terus kepadanya. Definasi terbaik, beliau adalah saluran bumi bagi sebuah pentadbiran syurga yang dinamakannya sebagai Kerajaan Langit, dan kawasan ini serta semua struktur-strukur taman temanya, merupakan replika buminya.

“Kumpulan” Ayah Pin telah mula “beroperasi” sejak tahun 1980an, dan merupakan satu pemangkin bagi sebuah kes mahkamah yang menjadi ujian bagi sempadan undang-undang dalam kebebasan beragama di Malaysia. Pada 1998, empat orang ahli kumpulan Ayah Pin terang-terangan mengumumkan keluar dari agama Islam, yang menyebabkan mereka ditangkap. Dakwaan ketuhanan Ayah Pin sendiri, termasuklah kepercayaan yang satu hari dia akan kembali sebagai Imam Mahadi [siapakah dia?] pada Hari Pengadilan, tidak dapat diterima oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), yang melabelkannya sebagai seorang yang membawa ajaran terpesong. Semasa penggal pemerintahan PAS sebagai kerajaan negeri Terengganu dari 1999 hingga 2004, beliau dipenjarakan di Kelantan selama 11 bulan dari 2001 hingga ke 2002 kerana ajaran sesat.

Kami dipandu dalam perjalanan sepanjang tujuh jam dari Kuala Lumpur oleh kenalan kami, seorang lelaki bersuara nyaring dan berambut tocang satu yang dikenali sebagai Rosli, yang pernah menjadi pemain dram bagi kumpulan rock Def Gab C. Bekerja sebagai seorang sessionist studio pada masa ini, Rosli merupakan jurutunjuk Ayah Pin di KL, mengiringi media dan pelbagai pihak yang ingin tahu dengan ketulusan seorang eksekutif PR yang profesional. Sepanjang lawatan kami, beliau tidak henti-henti meceritakan dengan panjang-lebar kepada kami tentang protokol kumpulan itu dan cerita tentang Ayah Pin, cepat-cepat menepis sebarang tanggapan salah dan memastikan yang kami sentiasa “memperolehi perkhabaran ”. Kami dijamu dengan VCD pelbagai pengembaraan Ayah Pin, sebuah CD lagu-lagu yang kononnya mendapat inspirasi dari Kerajaan Langit, dan kertas-kertas lirik lagu yang berkaitan dengannya.

Rosli menceritakakan kepada kami bagaimana beliau mendapat satu mimpi yang terang berkenaan Ayah Pin, lama sebelum beliau menemuinya, dan bagaimana beliau merasa terpanggil untuk mencari tokoh ini. Beliau meninggalkan kumpulan rocknya, dan ke sana ke mari bertanyakan orang tentang tokoh di dalam mimpinya itu, sehingga seseorang menunjukkan kepadanya lelaki ini di Terengganu. Ayah Pin menjelma kepada manusia di dalam mimpi mereka, dan mereka datang dari seluruh pelusuk dunia untuk mencarinya, ujar Rosli. Di sebuah warung kecil di kawasan itu, beliau menunjukkan gambar-gambar Ayah Pin yang tergantung di dinding ‘berposing’ dengan satu campuran orang yang kelihatannya seperti orang asing. Seorang yang kelihatan seperti orang Afrika-Amerika dikatakan sebagai bekas orang CIA yang mencari Ayah Pin. Banyak lagi gambar-gambar menunjukkan Ayah Pin berposing dengan sami-sami Hindu di Batu Caves, dan dengan sami di Bali.

Setiap hujung minggu Ayah Pin mempunyai “sesi-sesi” berkumpulan, satu pada malam Minggu dan satu lagi pada pagi Minggu, dengan para pengikutnya di dalam dewan besar di tengah-tengah kawasan itu. Dewan tersebut, seperti kebanyakan struktur lain di kawasan itu, dihias terang-benderang dan dibina dengan kasar, dengan langsir merah jambu, tiang roman berwarna jingga, jubin biru dan putih di mana-mana.

Sesinya bermula dengan satu istiadat yang begitu menonjol. Kira-kira 100 orang lebih pengikut yang memenuhi dewan itu berdiri tegak apabila Ayah Pin melangkah masuk, diiringi persembahan acapella yang agak profesional dari seorang penyanyi lelaki – yang pastinya sebahagian dari rombongan Rosli dari industri muzik.

Disaluti jubah biru yang menarik, seluar putih, stokin hitam, dan sebuah turban maharaja yang berhias indah, Ayah Pin menghayun langkahnya, dengan bertongkat di tangan untuk mengambil tempatnya di tengah-tengah dewan di atas sebuah singgahsana bulat dilingkari oleh kisi-kisi yang menerjah. Bau cerut menusuk ke dewan, bila bekas-bekas abu rokok bertukar dari tangan ke tangan. Namun bagi Ayah Pin beliau diberikan rokok Salem Lights, sambil mendekati singgahsananya, merebahkan tongkatnya ke lantai dan mula menyalakan puntung.

Dua orang wanita muda – salah seorang darinya adalah isteri Rosli – mengibar-ngibarkan dedaun kipas merah jambu berusia 61 tahun ke arahnya sepanjang malam. Kaum lelaki dan perempuan diasingkan ke bahagian yang berbeza di dewan yang dihiasi lampu yang samar-samar itu. Singgahsana yang asimetri itu mengadap lantai di satu bahagian dinding, jadi dari tempat Ayah Pin berlabuh, beliau hanya berhadapan dengan kaum lelaki. Rosli, berpakaian kemeja putih yang kemas, seluar hitam dan kot hitam yang canggih duduk bersila di atas lantai berdekatan dengan pemimpinnya.

Mereka yang hadir kebanyakannya adalah orang Melayu, terdiri dari penduduk-penduduk kampung berdekatan dan pelawat-pelawat dari luar yang ditempatkan di pelabagai tempat penginapan sekitar kawasan itu, rumah-rumah kampung yang terbahagi sepanjang jalan negeri. Lewat malam nantinya, kami akan tidur di Rumah Selangor bersama Rosli dan rombongan Melayu bandarnya yang masih muda – orang seperti Ohneh, seorang sesionist studio yang saling tak tumpah seperti adik lelaki Awie, isteri Ohneh yang menawan Mariam, seorang penyanyi yang menyanyi penuh perasaan dan terkawal dengan rambutnya yang diwarnakan perang, bulu mata palsunya yang lentik dan panjang seperti kaki nyamuk; dan Mariana, seorang pelajar manis berusia dua puluhan dengan rambut panjang yang hitam lebat dan pertuturan bahasa Inggeris yang lancar.

Ucapan pembukaan Ayah Pin menampakkan dengan jelas kesedarannya tentang kehadiran media, dan beliau beria-ia menjelaskan reputasinya yang disalah anggap. Beliau bercakap tentang “contact line”nya dari manusia sehinggalah ke langit, membawa berita dari “urusan kerajaan langit”. Beliau menegaskan yang beliau berusaha untuk menyelesaikan masalah manusia di bumi ini dan di langit, bukan menipu mereka.

Sesi berkumpulan berlanjutan dalam suasana senyap-sunyi seolah-olah di dalam koma untuk selama dua jam; Ayah Pin jarang sekali meninggikan suaranya di tengah-tengah malam dengan titisan hujan rintik-rintik itu. Tiada gertak, tiada ancaman mengutuk, tiada seruan untuk bertaubat. Malahan, tiada langsung sebarang bentuk panduan atau pengajaran, tiada kata manis bersifat dakwah selain dari penegasan terus-menerus yang kuasa beliau adalah kuasa Tuhan, mewakili atau penjelmaan semula semua nabi-nabi dan dewa-dewa semua agama.

Beliau mahu semua orang tahu yang beliau tidak menyuruh pengikutnya menolak kepercayaan mereka sekarang. Fahamannya terangkum dalam semua. Tiada agama yang salah, selagi anda percayakan Tuhan. Faktor terpenting ialah memasukkan Ayah Pin ke dalam semua kepercayaan ini, sebagai perantaraan di antara syurga dan bumi. Jika anda menyembah Buddha, beliaulah Buddha. Samalah jika penyelamat anda adalah Christ. Beliau mendakwa “jumlah sebenar” pengikutnya adalah berjuta-juta orang. Dan beliau berada di sini untuk menyelesaikan masalah anda.

Para pengikut yang setia mencurahkan semua masalah mereka kepada Ayah Pin dalam satu sesi soal jawab, biarpun tiada yang begitu serius kecuali permintaan untuk mentafsirkan mimpi mereka. Dan mimpi-mimpi mereka, sudah tentunya, samar-samar dan membingungkan, dilengkapi dengan lembaga-lembaga berbayang-bayang, yang mana ketua di kalangan mereka dijelaskan oleh Ayah Pin adalah tidak lain dan tidak bukan dirinya sendiri, dan ini merupakan tanda dari “kerajaan langit”. Seorang lelaki India, di antara segelintir bukan Melayu dalam lingkungan itu, menanyakan tentang anaknya yang berkerusi roda. Ayah melontarkan balik beberapa soalannya sendiri: Bolehkah dia berjalan dengan tongkat? Bagaimana tulang belakangnya? Sudahkah dia cuba berurut? Setelah beberapa pertanyaan lanjut, Ayah berkata, “Ini nanti kita bincang, guna cara lain.”

Sesi itu berakhir apabila tiada soalan lebih lanjut disuarakan, dan Mariam (bukan perempuan yang gemuk itu) mula menyanyi.

Pengikut-pengikut setianya benar-benar memuliakan Ayah Pin, menunduk dan merapatkan tangan mereka apabila beliau ada. Walaupun pemerhati yang melihat buat pertama kali sukar menjelaskan Ayah Pin sebagai seorang yang berkarisma, seseorang itu tidak sepatutnya memandang rendah pengaruhnya yang mampu menawarkan tafsiran yang kedengarannya berwibawa tentang mimpi dan bayangan yang menghantui mereka ketika tidak sedar. Ayah Pin menghadiri sesi keesokan paginya dengan berpakaian kot coklat, namun tetap dengan tongkat dan turban kepalanya. Soalan-soalan berkisar tentang mimpi juga, dan panduan ketuhannanya diminta. Kemudian kebanyakannya sama sahaja, termasuklah ulangan cerita seorang lelaki India yang meminta nasihat Ayah tentang masalah kesihatannya. Lelaki ini menderita perulangan semula masalah yang pernah dialaminya dahulu, batu karang yang telah pun dibuang secara pembedahan. Ayah mendiamkan diri untuk berfikir seketika, menghisap rokoknya beberapa kali sebelum menyuarakan soalannya sendiri: “Kalau ada rasa, sakit tak? Rasa tak sedap, gitu takde bahaya.” Beliau terdiam sejenak untuk berfikir lagi. “Minum lebih air, ia akan keluar...nanti kita bincang.”

Kelihatannya tidak sabar-sabar untuk menamatkan sesi dengan suara yang lantang, Ayah Pin mengajukan soalan kepada mereka yang belum bersuara: adakah sesiapa pernah melihat satu susuk tubuh bersebelahan dengan sebuah buku dan pen, di dalam mimpi atau bayangan mereka?

(Sunyi sepi).

Buku itu mungkin tidak begitu jelas, dan tidak terlalu dekat dengan lembaga itu, tambahnya.

(Senyap sepi).

Okey, mungkin tak ada pen, dan bukan seperti sebuah buku, tetapi beberapa dokumen atau kertas, katanya, memandang sekeliling menanti jawapan. “Ada nampak petunjuk?”

(Sepi).

Sekurang-kurangnya selama satu atau dua minit, sebelum seseorang menyahut, “Ya”.

“Ah, ini daripada kerajaan langit yang memberikan kertas kerja untuk ada petunjuk,” katanya. Beliau melambaikan tangannya, menutup mata bertafakur. “Ok, habih.” Mariam mula menyanyi, semua orang berdiri memberi perhatian, Ayah Pin berjalan kembali ke kediamannya. Dan sesi pun berakhir. Kami berpeluang “berbincang” dengan Ayah Pin dari hati ke hati di bilik mesyuaratnya sendiri, sebuah binaan segi lima dengan bumbung tingkap berkubah. Kami duduk di atas sofa vinyl yang tebal, dan dihidangkan minuman, buah anggur dan kuih-muih. Rosli duduk bersama di dalam wawancara itu, seperti seorang penjaga PR.

Ianya bermula dengan baik dan selesa. Beliau dilahirkan pada tahun 1943, di Beris, Kampung Besar Bachok, Kelantan. “Saya tak sekolah, sekolah darjah satu ke dua begitu. Saya tak mengaji ke mana-mana pondok. Bekerja untuk cari makan sahaja.” Ayah diziarahi oleh malaikat pada usia 10 tahun, selepas jatuh sakit beberapa bulan, tidak sedarkan diri dan hampir menemui ajal. Beliau memulakan tanggungjawab ketuhanannya pada usia 30 tahun, apabila beliau diziarahi malaikat sekali lagi. “Saya boleh pergi ke langit sendiri, saya boleh direct sana-sini. Seperti saya nak pergi Kuala Lumpur atas jalan raya, macam tu.”

Wawancara dengan Ayah Pin

The Edge

Pergi langit dengan jasad sekali ke?

Ayah Pin: Dulu tak boleh, dalam diri tu keluar untuk pergi terus. Selepas itu, bila saya berperingkat ke atasan barulah saya boleh pergi dengan jasad sekali. Macam sekolah juga, bila kita meningkat tinggi baru boleh pergi terus.

Macam mana keadaannya bila Ayah nak pergi ke tempat lain, kena bersendirian ke?

Bersendirian. Saya duduk dalam bilik ke, atas bukit ke. Orang lain tak boleh tengok. Diri saya sahaja yang boleh pergi.

Masa umur 10 tahun, ada mimpi ke?

Tak ada mimpi, dia [malaikat] direct terus. Tak sedar diri tapi boleh cakap. Dia suruh saya boleh menjadi seorang pemimpin manusia dunia ini.

Dari umur 10 tahun ke 30, Ayah buat apa?

Saya berehat. Saya nak cari aktiviti du­nia. Umur 10 ke 30, saya nak tahu hal ehwal dunia bekerja tu, saya ambil sebagai ilmu praktikal menjalani hidup.

Pernahkah ayah cerita tugasan tu kepada orang lain sebelum tahun 30?

Mestilah orang tak tahu. Masa itu saya pegang rahsia lagi, orang lain tak boleh tahu. Orang yang buat amal sahaja atas diri saya tahu.

Saya sekarang ini bekerja seluruh dunia di bawah rukun langit, tak kira apa bangsa, ugama dan bahasa. Saya akan memberi petunjuk kepada seluruh bangsa dan ugama. Ini kerja saya sekarang, untuk hubungi daripada diri manusia yang buat amal kepada kerajaan langit terus.

Apakah antara kerja yang pernah dibuat Ayah dari tahun 10 hingga 29?

Tak tentu. Berniaga, bekerja dalam hutan sebagai pencari kayu canang, saya bertapa berdiam diri dalam hutan bukit-bukit. Saya satu orang sahaja.

Ayah berapa bini sekarang?

Empat. Dulu satu cerai, satu meninggal. Saya ganti yang lain. Jumlah anak tu tak ingat, dua puluh lebih. Lebih kurang 22.

Ayah boleh cerita tentang laporan tentang Ayah dalam Berita Harian?

Yang dia ambil pun bukan daripada saya.

Menurut laporan itu, Ayah Pin meneruskan ajaran yang dibawa gurunya sebelum itu, iaitu Tarikat Zirulah Hasan Anak Rimau atau nama sebenarnya Hassan Yaakob. Ayah pernah ikut dia?

Saya ikut dia [pada masa 1971]. Dia meminta pertolongan daripada saya untuk masuk zikir dia. Minta saya bekerjasama dengan dia.

Bukan ikut dia. Lepas itu saya keluar. Saya tak jadi sama perjalanan. Dia mencari duit dunia untuk kumpul orang-orang bagi sama dia. Itu saya tak mau. Itu saya keluar. Prinsip saya lain.

Tanah ini milik siapa?

Orang puan [isteri] saya beli dari nenek dia. Ini dulu milik nenek dia. Sekarang ini tanah ini di atas nama bini saya.

Macam mana ada duit untuk beli tanah?

Tanah ini murah dulu. Macam hutan, macam bukit. Dia pun tak tahu nak jadi macam ni. Ini pelan saya untuk membuat kerajaan langit di sini. Tanah ini lebih lima ekar. Boleh kata separuh lebih dah buat bangunan.

Ayah ugama apa?

Saya orang Melayu ni adat resam dalam Perlembagaan; dalam Koran ni tidak ada bangsa Melayu adalah ugama Islam. Tapi adat resam Melayu apabila Melayu, ugama Islam di sisi. Tapi saya diri sendiri tak boleh masuk mana-mana ugama. Saya sendiri, itu daripada hati peribadi saya. Saya tak boleh masuk ugama Islam, Kristian atau Buddha. Kalau saya masuk mana-mana ugama, ia bererti saya berpihak sebelah, serupa kita main politik. Kalau kita duduk dalam Barisan, bererti PAS kita mesti lawan. Kalau kita dalam parti PAS, bererti Barisan kita mesti lawan. Kalau saya masuk mana-mana ugama, bererti hati saya berpihak sebelah. Kalau saya berpihak sebelah, macam mana saya nak pilih manusia? Tak adil sekali.

Apa perhubungan Ayah dengan Tuhan?

Saya dengan Tuhan? Saya tak boleh kata sendiri. Kalau saya kata sendiri, saya menjadi sebagai mengangan. Itu kalau awak mahu tahu apa hubungan saya dengan Tuhan, awak tanya bangsa sendiri. Kalau Cina, tanya Cina, kalau orang putih, tanya orang putih. Tapi hari ini, bukan saya yang kemukakan jawapan ini, orang lain — Cina, Melayu, Hindu, orang putih, orang asli — menganggap saya sebagai Tuhan.

Adakah tanggapan itu salah?

Tak salah. Benar begitu. Tuhan melindungi manusia. Dia kalau tak tentu, macam mana boleh anggap? Sebab dia dah tentu bagi dirinya, dah sah bagi diriya begitu. Sebab dia masuk langit, saya menjadi begitu juga.

Apabila sebut dengan nama Tuhan masing-masing, saya akan sampai. Itu dia anggap saya Tuhan. Bagi orang asli seratus peratus. Orang Hindu panggil Murugan, Siva, Ganesha, saya semua. Kalau awak sebut naga bagi Cina, saya sampai dengan naga sekali.

Apakah dakwaan Mahkamah Syariah yang menyebabkan Ayah dipenjarakan tahun 2001?

Saya tak ada salah sebenarnya. Surat daripada kadi menjemput saya ke pejabat untuk bincang. Lepas beberapa kali kita bincang, tak jadi selesai. Sampai ketua polis panggil untuk bincang pun, semua pun tewas pada saya tak boleh buat apa-apa. Kemudian dia akan menipu cara dengan pakat dengan polis untuk buat kes atas saya mencabul orang. Buat cabul, sebenarnya saya tak cabul. Dia tu keluarga siapa ke saya tak tahu, supaya menghasut dia kata saya ni cabul dia. Itu dia tipu dulu.

Lepas itu, bila disiasatnya, ibu bapanya kata Ayah ubat anaknya bila dia sakit kepala di depan 30, 40 orang. Itu isu dulu. Bila siasat, tiada kes, majlis ambil tindakan atas surat kadi yang dihantar kepada saya untuk pergi bincang denganya. Saya tak pergi, lawyer kata surat ni tak perlu pergi, ni jemputan. Lawyer kata dia akan hubung dengan kadi. Selepas itu, apabila saya pergi begitu, dia ambil saya ke balai untuk dibawa reman di bawah majlis.

Dia kata surat tadi engkar mahkamah. Tapi macam mana engkar mahkamah, itu
surat jemputan. Lawyer bincang dengan hakim, kalau Ayah mengaku, dia beri ringan-ringan. Surat ni sebagai kesalahan. Kalau ayah tak mengaku, dia akan membuat beberapa kes lagi. Saya rasa saya tak hina mahkamah. Itu lawyer bagi tahu dia akan berikhtiar untuk saya.

Kadi sudah berhubung sebelum kes ini?

Sudah lama dia berhubung, sejak 1970an lagi. Kali pertama didakwa kes ni la. Surat itu kata hina mahkamah.

Bukan menghina Islam?

Tak ada. Masa itu saya sudah buat surat keluar Islam di pesuruhjaya Kuala Lumpur, sudah keluar Islam. Lepas itu baru dia charge hina Islam.

Mengapa bila kadi, polis mengganggu sejak 1970an, tapi mereka hanya mengambil tindakan pada tahun 2001?

Tak ada kes. Beberapa kali sudah panggil saya bincang. Tiada apa yang boleh buat kes. Lepas itu, kes ini. Sampai sekarang tak boleh buat apa, saya tak tipu orang, saya tak mengajar. Orang cari saya. Saya bukan tak pandai, semua ilmu saya tahu, semua undang-undang saya tahu. Saya mempunyai kuasa sampai begitu. Tapi saya tak boleh mengajar. Saya bertugas atas jawatan saya.

Kalau pengikut anggap Ayah Tuhan dan Ayah tidak menafi?

Nafi ke begitu saya pun tahu saya begitu. Mana-mana bangsa pun tahu. Pertolongan dari langit dalam laut. Kalau ada orang atas kapal terbang, kapal terbang nak meletup, kalau ada orang minta pertolongan, saya akan sampai automatik beri pertolongan. Itu orang anggap Tuhan.

Mengapa Ayah nak angkat sumpah untuk kata keluar Islam? Kalau Ayah keluar Islam, Ayah tak perlu angkat sumpah?

Itu untuk mengesah saya keluar Islam kepada kerajaan. Tapi mereka tak terima, hanya rujuk kepada kadi. Sekarang ada surat lagi tunggu saya. Saya sendiri buat, bukan untuk bagi tahu orang. Saya terpaksa jadi begitu kerana semua bangsa ugama merujuk kepada saya semua.

Ayah juga percaya dengan penjelmaan semula?

Tak boleh kata ada penjelmaan dan tidak boleh kata tak ada penjelmaan. Pasal itu menjadi isu bagi manusia yang tidak faham.

Ayah mewakili semua ugama, tapi ugama-ugama ini ada perbezaannya?

Memang beza.

Islam tak percaya penjelmaan? Buddha percaya penjelmaan?
Kalau orang ni hidup ini bijak, dia boleh jelma. Kalau tak bijak, tak boleh jelma.

Apakah pandangan Ayah terhadap Perlembagaan bahawa Melayu mesti jadi Islam?

Itu bukan pandang, bukan munasabah. Perkara ini dalam undang-undang, tak kira bangsa. Koran ni bukan untuk orang Melayu sahaja.

Maka di dalam itu, tiada bangsa mana-mana yang menjadi satu nama yang tetap. Faham tak? Bangsa ni bukan tertakluk kepada penganut. Ia tidak dalam undang-undang satu bangsa jadi Islam. Dalam undang-undang itu, tiada dalam Koran. Ini kalau saya cakap-cakap terang jadi isu. Saya tak boleh begitu terang kerana ia jadi satu masalah. Cuma tak ada dalam Koran atau mana-mana undang-undang. Saya di bawah kuasa Tuhan, maka saya boleh terima apa yang dikehendaki.

Siapa yang menolong Ayah mengurus tempat ini?

Saya di tapak sini sahaja, tugas saya naik langit tu semua. Lepas itu bangunan ini orang lain yang buat, bila ada pertukaran baru tanya saya. Kalau tak boleh buat gini-gini, barulah tanya saya. Ada bidang-bidang masing-masing. Ada ketua seksyen untuk menjaga seksyen lain. Satu manusia untuk buat ni, satu untuk buat lain.

Berapa kosnya tempat ini?

Saya tak tahu. Duitnya tak tahu nak kira sebab kita tidak projek duit kos. Tapi duit tu sentiasa ada. Bangunan ni didirikan gotong-royong. Tak ada kontraktor.

Dari mana datangnya duit tu?

Ada. Saya tak tahu dari mana duit, ia ada. Apa sahaja saya buat, jadi. Masa ada masalah, ayah buat duit ada.

Ayah boleh buat US dollar?

Tak boleh. Mesti ringgit. Tukar nanti orang cakap pula. Mana-mana pihak pun hairan kepada saya. Di mana saya ambil duit bila saya tak kerja. Isu ini tak boleh fikir, tak ada jawapan. Duit tu akan sentiasa ada, saya sendiri pun tak boleh nak jawab. Apa-apa saya nak buat, duit itu ada. Bila saya nak buat, duit itu sentiasa ada dalam poket. Dari mana datang tak tahu.

Duit tu mula-mula muncul di mana, macam atas meja, atas pokok ke?

Tak tahu, saya boleh mengadakan. Macam orang panggil ajaib juga.

Setahu Ayah, mungkinkah ada ketua seksyen kutip duit atas nama Ayah?

Tak ada atas nama saya. Atas nama ketua seksyen, dia ada. Ketua seksyen minta duit, anda suka macam mana nak bantu. Tak ada duit nak buat kerja pun boleh. Nak bagi boleh, tak nak bagi pun kau punya pasal. Tak tentu, kaya miskin pun boleh bantu.

Ayah melihat sendiri sebagai Tuhan atau wakil Tuhan?

Tak sama. Mereka jauh berbeza. Tuhan boleh jatuhkan hukuman. Tuhan ni berlainan dengan yang lain. Saya bukan wakil Tuhan. Saya sendiri punya hak mana-mana ugama. Saya tidak boleh mengaku; bergantung kepada masing-masing untuk ketahui.

Adakah lelaki dengan wanita sama rata?

Tiada perbezaan.

Nilainya sama, mutunya sama?

Lain. Lelaki lebih. Kuasa tu lain.

Apa kekurangan perempuan?

Lelaki lebih. Semua dari Tuhan. Kuasa Tuhan dalam manusia, perempuan manusia tu tak boleh jadi Tuhan. Tuhan tu laki-laki. Tuhan tak pernah menjadi perempuan. Tuhan tu jantan.

Kekurangan wanita dari segi daya fikir ke?

Memang kurang sikit. Ada la 80%. Cerdik-cerdik pun 80%. Biasanya kebanyakan 50% pun tak sampai.

Apa berlaku jika hayat Ayah berakhir nanti?

Benda ni saya kalau ikut kertas kerja saya di kerajaan langit, saya akan menyatukan manusia di bumi ni yang berperang atau apa sahaja. Itu wajib untuk saya.

Pada penghujung wawancara, Rosli dengan perlahan menanyakan kami, “Off The Edge ini, banyak orang Melayu baca tak?”

“Ade jugak. Campur-campur le.”

“Oh,” angguk Rosli. Dia kelihatan bimbang.


Taken From The Edge Copyright © 2004 Malaysia Today | www.malaysia-today.net

Posting untuk Pak Lan - Part 2

Sempena walimah Sdr Fadzlan....

Tulisan ini merupakan edisi kedua selepas edisi yang pertama hilang dalam satu kemalangan PDA. Jadi Saya akan menulis berdasarkan apa yg saya ingat ajerlah .Fadzlan yahya dikenali juga sebagai Kutai @ Pak Lan @ Abg Lan @ Sorry.exe...

Saya sebenarnya tidak dapat mengingati bilakah saya mula mengenali beliau. Apa yang saya dapat ingat adalah saya mula mengenali beliau melalui bapa "Saudah Mariah" selepas mereka mula berkenalan di lab microprocessor eh silap Digital System(Subject yang di ajar oleh Prof Artificial Intelligence yang tersohor seantero MMU)

Bermula dari hari itu beliau menjadi sahabat kami dan seterusnya ahli tidak rasmi rumah yang bernombor telefon 062314578, menyertai aktiviti aktiviti IU dan juga sama sama menyertai kami untuk aktiviti memanjat bukit di sekitar Ayer Keroh dan Bandar Melaka. Masa tu kereta tank merupakan kenderaan rasmi kami kalau ada perjalanan melibatkan urusan IU dan juga utk aktiviti kami memanjat bukit. Besar sungguh jasa kereta tersebut kepada kami dan saya diberitahu ianya telahpun menjalani proses penjenamaan semula ( warna baru dan mungkin juga nama pun baru) selepas lanya bertukar milik. Saya tak pasti pula berapa ''one time cost" utk penjenamaan semula kereta tersebut mungkin co owner WKM 9759 boleh memberi jawapannya.



Pemandangan Unitele Dari Bukit Tmn Dahlia


Pemandangan Unitele Dari Bukit Tmn Dahlia



Dua Bakal Pengantin Bersama Bekas Pengantin 1998

Dua Bakal Pengantin Bergambar Kenangan Bersama Bekas Pengantin Selepas Sessi Menuntut Ilmu (Rumahtangga kot?) di Bukit St John Melaka


1999 - Hampir kesemua rakan rakan di keliling kami antaranya tuan punya 'The Big House' , Limau dan Husband to be,Zurrain Panadol,Soluble @ dot dot dot,Pelajar world class liar dan lagi satu pengantin turut menjadi OC di kampus Melaka. Pastinya termasuk dalam kumpulan itu adalah saya dan nuun . Kalau kami waktu itu ditugaskan utk menjaga sekumpulan pelajar baru(kumpulan Hang Jebat) Sdr Kutai ni pula terpilih utk menjadi pendengar setia utk mendengar ngomelan ibu bapa pelajar mengenai kediaman mereka. Saya kira pengalaman tersebut akan banyak membantu beliau selepas berumahtangga nanti insya Allah itu pun kalau beliau 'Stay The Same' .

2001,graduation year,saya menyertai beliau untuk bersama sama tinggal di Dengkil bersama sama dgn beberapa rakan yang lain di mana ketika itu ada satu insiden stunt yang telah saya lakukan (waktu itu beliau sedang bercerita tentang ....... erm nak citer ke Lan? Tak payahla kot) menyebabkan beliau tidak pernah lagi selepas itu bercerita tentang perkara tersebut kepada saya. Tahun itu juga beliau turut sama mengiringi saya menyambut nuun yang baru pulang dari Khartoum, menemani saya ke Teras Jernang( Sampai ada orang kata ko cute ek?), selain turut sama menjadi pengunjung tetap Ma Lee dan Restoran The Mines..Selepas saya berkahwin pun beliau masih lagi merupakan antara sahabat rapat yg selalu ke rumah dan dinner bsama kami

Kelebihan beliau pada pandangan saya ialah kemampuan beliau untuk menerangkan sesuatu perkara terutamanya yang bersangkutan dgn ICT dlm bahasa yg mudah difahami. Beliau merupakan antara org yg paling kerap dirujuk oleh saya selain daripada seorg lagi pengantin lantaran kerana kemampuan beliau itu. Saya kira kelebihan beliau itu sudah tentunya diwarisi daripada ayah dan ibunya yang bekerja sbg guru ,Bercakap tentang guru ,untuk makluman dan sebagai khulasahnya .Di antara beliau,anak Cikgu Sahak dan saya,walaupun kami bertiga merupakan anak kepada pendidik, hanya beliau sahaja yang memilih seorg pendidik sebagai pasangan hidup beliau, manakala bapa Amni memilih mak Fawwaz (pakar dlm menjaga duit TM) sbg teman hidup beliau dan saya pula dijodohkan dgn seorg yang sewaktu hayatnya mempunyai semangat dan cita cita untuk membuka dan memiliki nurseri sendiri tetapi sudah tertulis yg hayat beliau berakhir sebagai seorang Project Manager.

Bagaimana Mengurangkan Beban Hutang Rumah Anda?

Assalamualaikum...
Have a look first... sesiapa yang berminat boleh maklumkan di POV kat bawah tu ataupun melalui email or message me at afmz79@yahoo.com.

Mungkin berguna untuk sesiapa yangbaru lagi membuat pinjaman perumahan atau tak berhajat untuk membuat pinjaman perumahan tapi mahu memiliki dream home.



Kulit Hadapan, originally uploaded by nuun.



Kulit Hadapan


Kandungan Buku, originally uploaded by nuun.



Kandungan Buku


scan0001, originally uploaded by nuun.



Biodata Penulis

Tanzir

Lelaki mati nahas depan isteri

LANGKAWI: Seorang lelaki mati selepas dirempuh sebuah kereta ketika minum kopi di restoran tempat isteri mudanya bekerja, di Jalan Padang Putih, Temoyong, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 pagi itu, mangsa, Marzukhi Ismail, 57, cedera di kepala, badan dan patah kaki kanan manakala pemandu kereta itu pula hanya cedera ringan.Mangsa dikejarkan ke Hospital Langkawi oleh orang ramai bagaimanapun meninggal dunia lima jam kemudian.

Isteri pertama mangsa, Asma Yahya, 52, berkata ketika Marzukhi meninggal dunia, beliau dan madunya yang dikenali sebagai Hanisah, seorang warga Thai, berada di sisi mangsa."Sudah takdir agaknya. Selepas merajuk dengan saya dan membawa bantal ke dalam kereta, dia kemudian mati di depan isteri muda.

"Sebelum ini kami tidak pernah berbalah, malah hubungan saya dengan Hanisah cukup rapat dan saling menolong," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Mata Ayer, di sini, semalam.

Marzukhi yang mempunyai lapan anak dikatakan berkahwin dengan Hanisah kira-kira enam bulan lalu.Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Trafik Langkawi, Cif Inspektor Sabri Mat Karim, berkata mangsa dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 35 tahun yang berasal dari Sarawak.

"Ketika kejadian, tiada pelanggan lain di restoran itu kecuali Hanisah."Pemandu kereta terbabit membuat laporan polis," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Isteri hanya dapat lihat api marak

SIMPANG RENGGAM: Wan Mahera Wan Talib, 38, isteri pertama mangsa yang rentung dalam kemalangan di Lebuh raya Utara Selatan dekat Sedenak, malam kelmarin, meluru untuk membantu suaminya tetapi dihalang tiga jirannya.

Mahera berkata, beliau mendapat berita suaminya, Mazlan Ahmad, 39, terbabit dalam kemalangan itu menerusi jirannya yang sebelum itu dihubungi madunya, Wan Normi Wan Omar, 29.“Sebaik menerima panggilan itu, saya bersama tiga jiran bergegas ke tempat kejadian tetapi saya hanya sempat melihat api sedang marak membakar kereta suami.

"Saya cuba membantu Allahyarham bersama anaknya, tetapi dihalang tiga jiran lain kerana bimbangkan keselamatan saya," katanya ketika ditemui di rumah mayat, Hospital Kulai, semalam.

Dalam kejadian itu, Mazlan dan anaknya, Muammar Affis Qashree, 5, rentung apabila kereta mereka terbakar selepas terbabas dan melintang di tengah jalan sebelum dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dan diheret sejauh kira-kira 50 meter.

Mahera berkata, suaminya baru pulang dari Miri, Sarawak kira-kira jam 11 pagi kelmarin.Bagaimanapun, katanya, Mazlan tidak menunjukkan sebarang perubahan kecuali berpesan supaya menjaga diri dan empat anak mereka.

“Allahyarham juga memesan supaya saya belajar menggunting rambut empat anak kami ketika berhubung melalui telefon di Sarawak."Saya rasa pelik kerana biasanya dia sendiri yang menggunting rambut mereka, tetapi kali ini Allahyarham bersungguh-sungguh mahu saya belajar menggunting rambut anak.

"Selain itu, dia memesan kepada semua anaknya supaya belajar bersungguh-sungguh hingga berjaya menyebabkan kami sekeluarga menitiskan air mata sebaik mengetahui berita buruk ini," katanya.


Isteri lihat suami tersepit dalam kereta


SIMPANG RENGGAM 4 Mei - ``Nomi tolong... abang tersepit,'' itulah kata-kata terakhir Mazlan Ahmad, 39, kepada Wan Nomi Wan Omar, 30, apabila isterinya itu menelefon mangsa sebaik sahaja dia melihat kemalangan melibatkan suaminya di Kilometer 45.1 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Sedenak di sini malam tadi.

Nomi berkata, ketika kejadian dia berada dalam bas ekspres menuju ke Kedah untuk pergi berkursus selepas dihantar oleh suaminya di Skudai, Johor Bahru.

Tambahnya, ketika bas tersebut bergerak perlahan di tempat kejadian, dia dapat melihat keadaan suaminya dengan jelas dari dalam bas.

``Saya melihat dengan jelas suami saya terperangkap dalam kereta.

``Saya sempat menelefon suami saya sebelum talian terputus.

``Saya kemudian meminta pemandu bas berhenti tetapi dia enggan sebaliknya hanya menurunkan saya di Hentian Rawat dan Rehat Machap kira-kira 40 minit perjalanan dari tempat kejadian,'' katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 10.30 malam itu, seorang guru bersama anaknya mati hangus apabila kenderaan mereka terbakar dalam kemalangan di Kilometer 45.1 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Sedenak di sini.

Mangsa yang mati merupakan seorang guru Pendidikan Khas, Mazlan Ahmad, 39, dan anaknya, Muammar Affis Qashree Mazlan, 5.

Wan Nomi yang merupakan isteri kedua Allahyarham Mazlan memberitahu, selepas diturunkan di Machap, dia telah menghubungi rakannya supaya mengambilnya untuk dibawa ke tempat kejadian.

``Sejurus tiba di situ saya terperanjat apabila kereta suami saya hangus terbakar dan dimaklumkan oleh petugas lebuh raya bahawa kesemua mangsa yang terlibat telah dihantar ke hospital.

``Saya pada mulanya sukar percaya kerana ketika bas yang saya naiki melalui kawasan kemalangan itu, saya lihat kereta suami saya tidak terbakar,'' katanya.

Bagaimanapun katanya, dia tetap menunggu di tempat kejadian dan tidak lama selepas itu anggota bomba dan penyelamat datang membuat pemeriksaan pada kenderaan tersebut.

``Selepas itu anggota bomba menemui mayat yang sudah rentung dalam kereta berkenaan termasuk mayat anak kedua saya,'' katanya yang mempunyai tiga anak bersama Mazlan.

Katanya, dia mengecam arwah suaminya itu berdasarkan cebisan pakaian yang ditunjukkan oleh anggota bomba kepadanya.

Wan Nomi memberitahu, arwah suaminya baru pulang ke rumah kira-kira pukul 4.30 petang semalam selepas menghadiri kursus di Sarawak.

Katanya, arwah suaminya ada menunjukkan perubahan sikap ketika menghantarnya ke Skudai dengan menasihatinya supaya mendidik anak menjadi insan berjaya dalam pelajaran.

Tambah Wan Nomi, selain itu arwah suaminya juga berpesan supaya meneruskan perjuangan untuk membela nasib anak orang kurang upaya (OKU) kerana arwah merupakan guru Pendidikan Khas.

``Nasihat suami saya itu akan saya pegang bagi memastikan kanak-kanak istimewa mendapat pendidikan sempurna seperti kanak-kanak lain,'' katanya.

Jenazah Allahyarham dan anaknya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Parit Hassan di sini kira-kira pukul 4 petang ini.

Posting utk Pak Lan

Entry One

Sebenarnya pada hari ni (4 Mei 2005, sebulan sebelum tarikh ) sepatutnya artikel mengenal salah seorang bakal pengantin kita Sdr Fadzlan dinukilkan di sini tapi memandangkan kesilapan teknikal(Data hilang dari PDA sewaktu Synchronize, yang kita nak pada waktu tu yang tu lah yang hilang )Bukan tu sahaja yang hilang gambar gambar yang saya cadang untuk dimuatkan dalam tulisan mengenai Sdr Fadzlan dan juga sepasang lagi bakal pengantin turut hilang, memang kena buat balik lah itupun kalau ada masa. Kepada Sdr Paklan, Sdr Amir dan Sdri Azah, sabar ek tunggu posting baru bila ada masa free....

Apa pun kalau setakat hilang gambar atau data mungkin tak seberat kehilangan saudara kita di bawah (terbaca berita ni sewaktu sibuk mencari gambar yang hilang).

Entry Two

Isteri, anak tunggal meninggal selang sehari - Berita Harian 4 Mei 2005


MELAKA: Bagaikan jatuh ditimpa tangga, itulah nasib seorang atendan pam minyak yang terpaksa berhadapan dengan kematian dua orang yang disayangi iaitu isteri dan anak tunggalnya yang meninggal dunia dalam tempoh tidak sampai 24 jam.

Mohamad Ahmad, 54, dari Kampung Solok Jenuang, Ayer Molek, dekat sini, kematian isterinya, Zaiton Palit, 51, akibat kanser tulang dan usus pada Ahad lalu.

Bagaimanapun, beliau kemudian terpaksa pula menyemadikan jenazah anak tunggalnya, Othman, 16, yang meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Ayer Molek-Tiang Dua, kelmarin.

“Saya sama sekali tidak menyangka akan kehilangan isteri dan anak tunggal dalam tempoh yang begitu singkat.“Saya bagaikan tidak percaya nasib yang menimpa saya ini tetapi reda dengan pemergian kedua-dua orang yang sangat saya sayangi dan menganggap apa yang berlaku sebagai dugaan Allah. Mungkin ada hikmah di sebaliknya,” katanya dengan nada sebak ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Mohamad berkata, isterinya menderita penyakit kanser berkenaan sejak empat bulan lalu dan dirawat di Hospital Melaka selama sebulan lebih sebelum dibenarkan pulang dua bulan lalu.“Isteri saya meninggal dunia pada petang Ahad lalu dan jenazahnya dikebumikan pada hari yang sama selepas Maghrib.

“Bagaimanapun, keesokan harinya (Isnin) iaitu pada kira-kira jam 11.30 pagi, saya termasuk keluarga yang lain terkejut apabila diberitahu anak tunggal saya terbabit dalam kemalangan,” katanya.

Mohamad berkata, Othman, yang juga pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Molek, dekat sini, dalam perjalanan ke kedai runcit berhampiran rumahnya menunggang motosikal.

Difahamkan ketika kejadian, Allahyarham cuba memotong kereta dan bertembung dengan motosikal lain dari arah bertentangan menyebabkan kedua-dua penunggang motosikal terjatuh.Allahyarham dikatakan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Melaka akibat cedera parah di kepala.

Mohamad berkata, Othman adalah satu-satu anaknya yang tinggal. Abang kepada arwah meninggal dunia ketika berusia empat tahun.




gambar, originally uploaded by nuun.


MOHAMAD berdoa di pusara anaknya sambil melihat kubur isterinya (berpayung), semalam. Gambar oleh Norfaisal Jahuri

Selamat Hari Buruh

Cerita Sempena Hari Buruh 2005.
p/s Kalau kerajaan buat sistem gaji 13 bulan setahun TM buat macam tu jugak ke makcik limau ngan mak auni?(Tanya depa sebab depa jaga duit, ayah depa pun jaga duit jugak)


Hari ini adalah hari pertama Bush bekerja, jadi masa mula-mula kerja
nie, dia kena la baik-baik dengan boss. Jam dah pukul 6:30 petang Bush
bersiap-siap untuk balik. Tiba-tiba nambak boss dia En Arial Sharon (Selepas daripada ini disebut En Sharon) dok dekat mesin shredder tengah nak letak kertas kat situ dan terkial-kial nak mengendalikan mesin tu.

Bila ternampak Bush belum balik, En Sharon panggil Bush "Bush, awak
tau tak cara operate this thing?" Bush jawap "Sure, Tekan je button ni"
"Dokumen ni penting ni, Kofi Annan lupa nak buat sebelum dia balik
tadi" terang En Sharon. "Awak boleh buatkan untuk saya?" sambung En Sharon.

"Boleh" jawab Bush dengan nada penuh confident lalu tekan button dan dokumen tu
shredded la. Kemudian ada bunyi telefon dan En Sharon angkat, setelah
bercakap seketika, En Sharon memberitahu Bush...

"Bush, boleh tak dokumen yg awak photostat tadi tu buat 3 copy"

Moral of the story:

1. Kofi Annan lain kali sebelum balik siapkan kerja dulu.
2. Bush lain kali tanya betul betul apa yang bos ngko nak.
3. En Sharon pun apsal lah ko bodoh sangat, takkan tak reti beza mesin potostat dgn shredder.

Pesta Buku Antarabangsa 2005

Assalamualaikum..

Bismillah Walhamdulillah

a."Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya"
Surah Al 'Alaq 1-5.

b. Saya mula mengesan minat membaca seingat saya sewaktu berumur 8thn(djh 2)-waktu itu sewaktu kami semua di bawah jagaan nenek sementara menunggu parent pulang (which i saw very strict at that time) yg mana pada masa tu kami semua tidak dbenarkn keluar rumah selagi belum ptg(lepas asar),semua kena baca buku @ buat kerja sekolah.Masa tulah saya akan menyelongkar beg sekolah kepunyaan sepupu(the eldest among us)utk membaca buku buku teksnya.Mungkin disebabkan tabiat itu saya tidak menghadapi byk masalah utk belajar pd darjah darjah selepas itu disebabkan saya telahpun menghabiskan sukatan setahun sebelum itu.

c. Di peringkat sekolah menengah minat menyelongkar(hehe) diteruskan tapi kali ini lebih kepada himpunan surat khabar yg disimpan oleh ayah saya (to be frank harakahle) simpanan secara tidak sengaja yg menjangkaui tahun 1987-88. Selain daripada Sk tsebut saya juga telah beberapa kali menyusun kembali semua buku buku (dan pastinya buku teks sekolah menengah kegunaan mereka turut berjaya dikhatam).Hobi tersebut pastinya telah membuka mata saya utk mengetahui isu semasa dan pastinya politik dua parti.

d.Di peringkat menengah tinggi(tingkatan 4&5) minat menyelongkar sedikit berkurangan mungkin disebabkan saya berada di sekolah berasrama even minat menyelongkar library sekolah pun agak terbatas disebabkan kawasan library yang berada di kawasan pelajar puteri yang menyebabkan kami pelajar putera agak segan untuk ke library terutamanya selepas waktu sekolah.

e.Di MMU baik di Melaka mahupun di CBJ library sudah pastinya merupakan sasaran utama saya baik utk tujuan study mahupun menyelongkar :P

f.Di peringkat awal kerja ,di antara kunjungan kunjungan awal saya ke rumah ayah nuun a.k.a Ummu Amiir, sesuatu yang menarik perhatian saya ( Selain dari anak dia lah :P ) adalah suasana di bilik solat merangkap library hampir kesemua ruang di dalam bilik itu dari bawah ke atas dipenuhi dengan buku dan saya jangka anda sudah dapat mengagak apa tindakan saya selepas itu sampai sekarang.

g. 2001, Pertama kali saya mula berkunjung ke Pesta Buku,ibarat yang paling tepat mungkin seperti rusa masuk kampung lah kot (kalau nak lagi tepat tanya Karam Singh Walia) Tahun seterusnya 2002,kali pertama saya,nuun dan adik adik berkunjung ke sana dan di situ juga kali pertama saya berjumpa dengan makcik limau (tahun seterusnya memang tak sah kalau tak jumpa dia).Tahun 2003 kali pertama kami ke sana sebagai suami isteri,2004 Ummu Amiir menguzurkan diri kerana menyambut Amiir Husaini,2005 dan seterusnya anda semua sedia maklum...

h. Bagaimana dengan minat membaca Ummu Amiir pula? Antara banyak banyak persamaan antara kami berdua salah satunya adalah hobi ini. Dari zaman MMU lagi kami berkongsi pemikiran yang sama(tak heranlah kalau most of the time gerak hati pun selalu sama dan terkeluar/terjadi pun pada masa yang sama!!), berkongsi buku yang sama kalau buku yang saya dah beli nuun akan beli buku yang lain dan kami akan bertukar tukar buku. Mungkin sebab hobi itulah Ummu Amiir kerap menjadi rujukan sama ada di kalangan rakan sebaya, junior dan kenalan yang lagi berumur dari kami.Sebab lain rasanya anda semua mungkin dah maklum.

i.Amiir Husaini pula? Saya mendapat hobi ini dari ayah saya, Ummu Amiir mendapat hobi ini dari ayah beliau, Darah kami yang mengalir dalam tubuh beliau Insya Allah harapnya dapat membuahkan hasil yang sama walaupun Ummu Amiir hanya sempat mengajar Amiir membaca dan mengenal buat beberapa ketika sahaja.

Wassalam


Pesta Buku Antarabangsa 2005, originally uploaded by nuun.

Rebat untuk Cukai saya tahun hadapan,Tahun ni semua masuk borang Ummu Amiir

Lalai dengan Kerja?

Dah dah abih dah bab kahwin, kita sembang bab kerja plak.....

Sekali lagi credit to my pebret lecturer...thanks, moga menjadi ilmu bermanfaat bekalan untuk hari esok bagi beliau khususnya dan kita semua...

************************************************************************************

1) Macam-macam manusia dengan kerja. Ada yang kerja mereka merapatkan hubungan dengan Allah dan ada yang sebaliknya.

2) Bagi orang yang berkerja sendiri seperti berniaga atau mengambil upah, mereka mempunyai hubungan yang tersendiri dengan Allah. Ada di kalangan mereka yang bangun sebelum subuh memohon kepada Allah agar dimurahkan “rezeki yang tidak pasti” untuk hari itu. Mereka sentiasa berdoa agar tidak sakit kerana sakit bererti tidak berkerja dan tiada income. Pendek kata, mereka sentiasa menjaga hubungan dengan Allah dan sentiasa memohon pertolongan daripada yang Maha Esa kerana ia mempunyai kesan langsung dengan rezeki mereka.

3) Berlainan dengan sebahagian mereka yang kerja makan gaji(kitalah tu-abu amiir). Jika mereka bangun awal pagi untuk beribadah kepada Allah, atau bangun lewat terlepas solat subuh, gaji mereka tetap sama. Jika mereka rasa badan tak sedap dan kurang sihat untuk ke tempat kerja, mereka boleh dapatkan MC dan gaji mereka tetap sama dengan kawan yang pergi kerja. Di segi zahirnya, tiada kesan pada gaji ketika dia taat atau cuai kepada perintah Allah swt.Awas! Kita perlu berhati-hati dengan keadaan ini kerana ia boleh menyebabkan seseorang itu mula memandang ringan hubungannya dengan Allah swt.

4) Sebaliknya, ada juga yang ketika makan gaji hubungannya dengan Allah amat baik sekali. Tetapi apabila dia kerja sendiri dan mula sibuk, hubungannya dengan Allah mula rapuh.

5) Bagi kita yang mengetahui tujuan hidup seperti yang diceritakan dalam al-quran, kita perlu menjaga hubungan dengan yang Maha Esa pada setiap keadaan. Janganlah keselesaan hidup dan telah mempunyai kerja yang selamat mencacatkan hubungan kita dengan Allah swt. Pada pandangan saya, tiada kerja yang benar-benar selamat(melainkan kalau kerja itu kita tidak lupa untuk merujuk kepada buku panduan operasi yang telah dibekalkan kepada kita sebelum kita lahir lagi-abu amiir). Wallahu A’lam.

Semoga Berbahagia

Sewaktu saya dan Ummu Amiir berada pada zaman pra perkahwinan dulu, seringkali kami mendengar kawan kawan ataupun kenalan yang baru mendirikan rumahtangga menerima ucapan yang saya kira sebagai doa iaitu "Selamat Pengantin Baru, Semoga Berbahagia ke Anak Cucu".Masa tu pada pandangan saya ungkapan itu seolah olah hanya mendoakan pasangan tersebut berbahagia cukuplah sehingga mendapat cucu dan selepas itu nasiblah.Justeru itu, saya lebih suka dan memang telah mengamalkannya pun pada waktu itu iaitu memberi ucapan kepada sahabat dan kenalan kami yang melalui zaman bersejarah mereka dengan ucapan "Semoga Berbahagia Hingga Ke Akhir Hayat" kerana kami percaya itu yang lebih tepat.Apa pun itu semua tidak penting kerana yang penting sekarang saya ingin berkongsi dengan anda semua makluman perkara di bawah.

Saya dengan sukacitanya ingin memaklumkan perkara yang mana saya akan lebih gembira bila saya membuat pengumuman ini Ummu Amiir ada bersama sama saya.

1. Tiga Orang sahabat yang kami kira agak signifikan dalam kehidupan kami ingin mendirikan rumah tangga dalam jangka masa terdekat ini Insya Allah

a. Pada tarikh 29/05/2005 (Ingatkan 29/12), Insya Allah majlis walimah di antara sahabat kami

Wan Amiruddin Wan Omar dan Hairun Aza Abd Rashid

Bertempat di Kg Baru Kuala Lumpur manakala kenduri di Kota Bharu Insya Allah akan berlangsung pada 11 Jun 2005.

b. Pada tarikh 04/06/2005 pula Insya Allah satu lagi majlis walimah akan diadakan antara

Fadzlan Yahya dan Norsuhana Mohd Hanas

Bertempat di Alor Gajah Melaka manakala kenduri di Muar pula Insya Allah pada 5 Jun 2005.

2. Maklumat lanjut mengenai lokasi, aturcara majlis dan sebagainya Insya Allah akan dimaklumkan sendiri oleh kedua dua pasangan ini dalam jangka masa terdekat.Makluman ini adalah sebagai persediaan untuk anda semua merancang jadual pada tarikh yang telah dimaklumkan.

3. Sememangnya kedua dua majlis ini amatlah ditunggu tunggu oleh pihak saya dan Ummu Amiir khususnya dan sahabat sahabat serta kenalan yang lain amnya.Insya Allah sekiranya ada kesempatan saya akan mengeluarkan tulisan khusus mengenai hubungan dan signifikannya mereka kepada kami bagi pasangan pertama dan juga sdr Fadzlan.

Kepada Amir,Azah dan Fadzlan , Izinkan kami sekeluarga mendahului yang lain untuk mengucapkan tahniah di atas majlis yang bakal dilangsungkan .Semoga majlis tersebut Insya Allah akan berjalan dengan lancar dan mendapat rahmat dari Allah dan yang penting.....

Semoga Berbahagia Ke Akhir Hayat opssss Semoga Berbahagia Ke Anak Cucu dan Seterusnya Ke Akhir Hayat. Jauh beza antara dua ayat tu. Apa bezanya pulak?

































Kami telahpun mengalaminya...Tapi jangan bimbang saya redha dan Amiir Husaini juga Insya Allah akan redha, kan Amiir?

Bukan Sebarang Guru

Assalamualaikum

"Sharing is caring"(Copyrights not reserved as of today)
Credit to Ust Ahmad Zainal Abidin (One of my pebret lecturer in MMU)


1) Satu masa Imam Abu Hanifah (Imam mazhab Hanafi) mendapati seorang
muridnya yang berpotensi tiada dalam kelas. Murid tersebut ialah Abu
Yusof. Setelah diselidiki, rupa-rupanya murid tersebut telah membuka majlis
ilmu di tempat lain tanpa terlebih dahulu memberitahu gurunya.

2) Abu Hanifah telah menghantar muridnya yang lain bagi mengikuti
perkembangan kelas yang dibuka oleh Abu Yusof. Imam Abu Hanifah telah
menugaskan murid tersebut supaya mengemukakan lima soalan dalam sesi
soal jawab.

3) Salah satu dari lima soalan yang ditanya ialah apakah hukuman
terhadap lelaki yang mengambil kain kafan si mati dalam kubur. Nak dikatakan
lelaki tersebut mencuri adalah kurang tepat kerana definasi curi ialah
mengambil"harta orang lain" sedangkan simati tidak memiliki sebarang harta.
Abu Yusof memohon penangguhan untuk menjawab soalan tersebut.

4) Dalam kelas pengajian Abu Hanifah berikutnya, beliau telah melihat
muridnya Abu Yusof hadir pada hari itu. Setelah kelas berakhir, Abu
Yusof terus berjumpa gurunya untuk bertanyakan beberapa soalan. Sebelum
sempat soalan ditanya, Abu Hanifah sambil tersenyum berkata:

"Aku tahu apa yang kamu nak tanya". Selepas itu Abu Hanifah mengungkap
nasihatnya yang masyhur kepada Abu Yusof Maksudnya: "Kamu menjadi buah kismis sebelum menjadi buah anggur masak". Abu Yusof pun faham maksud perkataan gurunya dan selepas itu beliau terus menghadiri kelas pengajian Abu Hanifah.

5) Akhirnya Abu Yusof telah menjadi seorang ilmuan terbilang dan
hampir menyamai gurunya. Sebab itu bila membaca feqah mazhab Hanafi, kita
selalu berjumpa pendapat Abu Hanifah dan juga pendapat muridnya iaitu Abu
Yusof dan Abu Hasan as-Syaibani.

6) Pengajaran:
i) Guru yang baik dapat mengenal pasti potensi muridnya lantas
menggilap potensi tersebut dengan penuh bijaksana.
ii) Murid yang cemerlang pula akan akur dengan tunjuk ajar gurunya.


p/s
"apakah hukuman terhadap lelaki yang mengambil kain kafan si mati dalam kubur?" Ada sape boleh tolong bagi jawapan?

Happy Belated Birthday

Assalamualaikum...

--Entry One--

Happy Belated Birthday... Hope You will enjoy your life there

--Entry Two--

Ada beberapa perkara berikut dimana seseorang itu (lebih lebih lagi anaknya) boleh melakukan untuk memanfaatkan orang yang telah mati :- (Credit to Al Ahkam)

a. BERDO'A - Perkara terpenting yang dapat memberi munafaat kepada seseorang setelah kematiannya ialah melakukan DO'A agar Allah swt memberi pengampunan baginya. Berdo'alah agar dia selamat dari api neraka dan dimasukkan kedalam syurga. Tambahan lagi jika yang melaukan do'a tersebut merupakan anak2 dia, insyaallah akan memberi kesan kepada si-mati, sebagaimana sabda Nabi saw :

"Taraf seseorang akan di naikkan didalam syurga dan dia akan bertanya,'Bagaimana aku berada disini?', Dia akan diberitahu bahawa 'oleh do'a2 anak2 mu untuk mengampunkan kamu'"-[Hadith Riwayat Ibn Majah #3660, Sahih al-Jaami', #1617].

b. BERSEDEKAH - Seperkara lagi ialah memberi sedekah bagi pihak si-mati. A'isyah ra. meriwayatkan bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi saw :

"'Ibuku sudah mati, aku rasa bahawa jika ibuku boleh bercakap, dia akan bersedekah, apakah diakan menerima ganjaran jika aku bersedekah bagi pihaknya', Nabi menjawab :'YA'"-[Riwayat al-Bukhari, Fath, #1388].

Abu Hurairah ra meriwayatkan :-

"Bahawa ada seseorang lelaki berkata kepada Nabi saw :'bapaku telah mati dan meninggalkan harta, dan tidak membuat wasiat, apakah boleh mengkifaratkan (dosanya) jika aku bersedekah bagi pihaknya?', Nabi menjawab :'Ya'"-[Hadith diriwayatkan oleh al-Nasaai'].

Sa'd ibn 'Ubadah berkata :-

"Aku berkata : Ya Rasululllah, sesungguhnya ibuku telah mati, apakah boleh aku sedekahkan bagi pihaknya, baginda berkata : Ya, Aku berkata,'Sedakah yang mana yang afdal?', baginda menjawab : memberi minuman". [Hadith riwayat al-Nasaai']

c. HAJI / UMRAH / PUASA (yang tertinggal) - Seseorang itu boleh melakukan Haji dan Umrah bagi pihak ibu-bapa yang telah mati (setelah ia melakukan untuk dirinya terlebih dulu), dan boleh juga melakukan puasa ibu-bapanya yang tertinggal. Dari riwayat Abdullah ibn Buraidah bahawa bapanya ra berkata :

"Semasa aku duduk bersama Rasulullah saw , datang seorang wanita dan berkata : 'Sesungguh aku telah sedekahkan hamba kepadanya, dan dia telah mati'. Baginda menjawab :'anda telah mendapat ganjaran kamu dan hak warisan telah membawa hadiah anda kembali'.Dia berkata,'Ya Rasulullah, sesungguhnya dia mempunyai puasa satu bulan, apakah boleh aku berpuasa bagi pihaknya.'baginda menjawab : Puasalah untuknya'. Dia berkata :'Sesungguhnya dia tidak pergi haji lagi, apakah boleh aku menunaikan Haji baginya, maka baginda menjawab : Lakukan haji untuknya". [Hadith riwayat Muslim didalam Sahihnya, #1149].

d. MENUNAIKAN NAZARNYA - jika ibu-bapa seseorang itu mati, dan didapati bahawa ia pernah bernazar, maka bolehlah anak2nya menunaikan nazar bagi pihaknya. Dari Ibn Abbas ra. bahawa seorang wanita telah datang kepada Nabi saw dan berkata :

"Ibuku telah bernazar untuk menunaikan Haji akan tetapi dia telah mati sebelum sempat melakukannya. Apakah boleh aku melakukan Haji baginya?' Baginda menjawab :'Ya, lakukan Haji bagi pihaknya. Apakah anda berfikir bahawa jika ibu kamu mempunyai hutang, kamu akan membayarnya? Dia berkata .'Ya'. Baginda berkata .'Maka bayarlah apa yang menjadi milik Allah, kerana Allah lebih berhak tunaikan nazarnya" -[Hadith riwayat al-Bukhaari, al-Fath, #7315]

e. MELAKUKAN KORBAN - dilakukan korban baginya, sebagaimana semada Nabi saw melakukan korban beliau berkata :

"Dengan Nama Allah, Ya Allah, bagi pihak Muhammad dan kaum keluarga Muhammad" -[Hadith riwayat Muslim #1967].

------------------

I Know What I Did Last 2 Week

Assalamualaikum...

Entry One

Antara notable event last week

1. Kena transfer kerja - dapat tau sewaktu dalam pejalanan pulang ke KB ; dalam keta lagi - nasib baik transfer biasa bukan sebab problem ke apa :P. Teringat beberapa cerita pasai transfer or dapat kerja baru ni

a. seorang Editor Akhbar harian dapa tahu berita perlucutan jawatan sewaktu beliau berada di Hong Kong untuk menghadiri suatu seminar atas nama jawatan yang beliau pegang.
b. Lagi satu cerita salah seorang bekas KM Melaka hanya mendapat tahu beliau bakal dilantik sebagai KM pada pagi majlis mengangkat sumpah KM itupun sewaktu beliau sedang mencari- cari kerusi beliau di barisan belakang pada pagi sebelum majlis tersebut sebelum dimaklumkan oleh pegawai protokol.tak tahu betul ke idak nak tanya pun dah meninggal dah orang tu ni pun statement beliau sewaktu diwawancara dulu.
c. Ada lagi satu cerita tang ni mengenai PM kita waktu krisis UMNO dulu, beliau dapat tahu dilucutkan jawatan sebagai Menteri Pertahanan sewaktu beliau sedang mempengerusikan mesyuarat di kementerian tersebut.

2. Sakit Mata (Conjuctivitis) - Takde kena mengena dengan Unit Mat Skodeng.

Penyakit ini selalu berlaku pada musim-musim panas dan Keadaan berabuk. la bermula dengan sakit mata dan berair dan lama kelamaan mempunyai nanah dan boleh menjadi buta.

Tanda-tanda penyakit

* Mata berair, bengkak dan biji mata ditutupi selaput putih

Rawatan

* Bersihkan mata dengan air bersih (air suling atau normal saline)
* Sapukan mata dengan ubat krim


Jenis-jenis ubat

* Ubat mata Terramycin, chloramphenicol
* Terramycin L.A.

3. Makan - Makan

a. Sup Belut - Kelebihannya - Nilai gizinya tinggi,
b. Kari Kepala Kambing (Merangkap Lidah, Pipi etc - Kelebihannya - Nilai Kolestrolnya Tinggi
c. Ayam Percik - Kelebihan - Kadar Santannya Tinggi merangkap kolestrol lah tu
d. Kepek Ubi - Kelebihan - Kadar Karbohidratnya Tinggi

Entry Two

Amiir

Sape nama Amiir Husaini Angkat Tangan !!!!! Sayeeee...

To Autie Artisukma " Amiir minta maaf sebab telah memecahkan bekas makanan hadiah dari Auntie Artisukma kepada Baba dan Umi.Amiir minta maaf banyak banyak Amiir baru belajar mengemas.Tapi takpe auntie ada lima lagi bekas yang masih selamat".

Erm.. not bad for 10 turn to 11 months old baby kalau dah berjaya cipta rekod memanjat tangga ke tingkat atas kurang dari dua minit ditambah kalau dah pandai semayang bila nampak sejadah. kena beli pagar lah lepas ni kat mana nak cari pagar murah murah ek Pn Limau?



Wallahua'lam..