Entry One:

29122002 - 29122007


Entry Two:

Gambar masa ngantar Ayah Su Amiir register masuk DQ.




Masjid die tepi tasik tenang jer kalo nak ngapal quran.. petang petang mesti lawa..




Ni bangunan pentadbiran utama DQ




Ni Ayah Su ngan Tok Ma



Ni bebudak mana tah.....


Entry Three:

"Lebih pendek lebih menarik.Tetapi kalau kita naik AirAsia dan jumpa pramugari yang memakai skirt itu, kita alihlah pandangan kita, jangan tengok,"

-Timbalan Menteri Pengangkutan, Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Sultan Abu Bakar sewaktu mengulas cadangan senator Wan Ubadah supaya Air Asia mencontohi pakaian pramugari MAS
Entry One:



Entry Two:




Entry One:

Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.

Hari arafah adalah pada 9 Zulhijjah.. tapi nak ikut 9 zulhijjah kat Malaysia ke or 9 Zulhijjah kat Arafah?

Kat bawah ni entry tahun lepas berkenaan puasa hari arafah

1. "Tetapi jika kebanyakkan negeri berada dibawah satu pemerintah/kerajaan, dan pemerintah memberi arahan untuk mula atau menamatkan puasa, maka perintah ini hendaklah di ikut, kerana ini merupakan masalah khilaf, akan tetapi arahan pemeritah melepasi khilaf.

Berdasarkan ini, kamu hendaklah berpuasa dan berbuka bersama rakyat negara tersebut dimana anda tinggal, samada ini bersamaan dengan negara asal (Saudi) ataupun tidak. Begitu jugalah hari Arafah, kami hendaklah ikut negara tempat anda tinggal" [Majmu' Fataawa Ibn Utsaimin - 19. Tarikh 28/8/1420H

komen: so kat malaysia ni kalau ikut fatwa tu kita puasa pada hari rabu lah... bukan hari selasa..

2. Ikut logik pun kalau kita puasa pada hari Jumaat kita mendahului wukuf di Arafah kerana waktu Malaysia lebih awal dari Arab Saudi.

komen: tu yang pelik sket tu matahari malaysia dulu yang dapat tapi kenapa depa dulu yang raya?

Aidiladha di Malaysia tetap 20 Dis.

3. nak "play safe" puasa Hari Jumaat dan Sabtu.

komen: kalau tahun 2007 kita puasa hari selasa dan rabu lah... tak rugi puan puasa banyak banyak awal awal zulhijjah ni

4. Dr Harun Din mention dlm Khutbah raya dia.. antaranya Rukyah dan Hisab ni digunakan untuk tentukan puasa dan raya puasa jer.. raya haji pun tak perlu pun



Entry Two:



FAQ muhammad : "Mak... esok mak kerja ke?"

FAQ amiir husaini: "Malam ni Baba pegi mesyuarat ke tak?"

FAQ 'ali huzaifi: tak tahu lagik.....


Entry Three:


"Siapa nak kerja macam ini, asyik kena maki hamun tanpa alasan yang jelas,"

"Mereka ingat saya akan meraikannya dengan potong (sembelih) lembu dan kambing kerana saya disambung (perkhidmatan).

"Mereka ingat saya nak sangat kerja ini (jawatan pengerusi SPR). Saya boleh tidur lena dan bermain dengan anak serta cucu (jika tidak disambung). Gaji pun saya tidak tengok. Saya tidak perlu banyak wang untuk meneruskan hidup ini,"

Tan Sri Abd Rashid Abd Rahman
Entry One:

Artikel ini hendaklah dibaca bersama dengan artikel ini ;)

Tanda-tanda Anda Bayi Tahun 70-an

Kita membesar dgn menonton G-Force, He-man, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forget
Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.

(saya tambah: Gaban, Baja Hitam, maero attack :P)



Berus gigi time waktu rehat kat sekolah rendah??? Hmm.....mesti pegang cawan warna-warnikan. Mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat sebelah... Ingat tak masa misi kat sekolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kena gerudi kat bilik sebelah. Ada gigi yang berlubang, kena laa tampal.

Ni sure korang ingat...program minum susu di sekolah. Nak galakkan budak2 time tu minum susu. Sekotak 30 sen je beb...


(saya tambah: kalau sekolah menengah sape yang kena duduk SBP tu kenallah melo cap wahi semua tuh...)


Cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul
tapak tangan...kan???

(saya tambah: masa darjah nam pembaris tuh buat pukul meja kat bilik darjah :P )

Semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen je kat kantin.

saya tambah: mi sup tader tapi duk asyik beli kopok lekor jer...

Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang popular utk meluangkan masa dgn family. Ni for those yg duduk KL laa....




Time sekolah menengah, korang sure beli kasut sekolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. Ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa...

Saya tambah: Pakai kasut Carefree jer buatan Cina.Tader jenama Canggih Manggih ni, tak main pallas, bata ke ape ke tak tahan lama :P

Internet??? Email???? Mendalah ape tu??? CD??? ape tu???? Kaset tape pernah la dengar. Tiket wayang pun 5 ringgit je. Kita pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee, Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm dia, 'telur' keras warna-warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. Tak dilupakan, 'Ti Kam'.

Saya tambah: TOORAAAA hehe lagi satu....Sekolah rengah (rendah menengah takderlah internet bertenet tu ada masa masuk MMU hehe



Bila dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class. Tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. Boleh beli aiskrim ngan apek kat luar sekolah tu...

Saya tambah: Mana ada monopoly sumer tu first week lepas UPSR konoonya tengok TV pendidikan lah kat bilik pandang dengar ( korang tau ke) tapi tak tahan lama terus minggu selepasnya kami conquer padang bola sekolah tetiap hari sampai result keluar..minuman rasmi lepas main air jeruk pauh(mangga)...best...

Lagi satu loceng masa nak pegi rehat. Tinggalkan keje sekolah, jom kita pegi makan. Budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti keluar awal.

Lagi satu yang seronok masa time Pendidikan Jasmani (PJ). Main bola laa, rounders laa...Permainan kegemaran main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police & Sentry', kejar2 duduk...
kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. Kalau nak makan, kena patahkan kat tengah2 dia!

saya tambah: penutup botol? uhh tak ingat dah main camner korang tau ke?

Lipat kertas kecik2, pastu buat lastik. Hmmm... Ni pun kita main dulu ni. Baling2 kapur laa.

Hmm... budak2 kat universiti sekarang, kebanyakannya lahir thn 1987/88. Sekarang digelar 'remaja'. Bagi dia org, mana penah dgr lagu 'We Are theWorld, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang dia org tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...

saya tambah: tambahan ramai terluper ..ramai dah berjinak minak ngan nasyid...yg laki pakai baju raihan



Bagi dia org, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam. AIDS wujud sejak dia org lahir. CD pun wujud time dia org lahir. Michael Jackson dah putih dah time tu.

Dia org percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.
Dia org tak blh bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.
Dia org tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.
saya tambah: masa universiti dulu bebudak rumah saya duk sibuk main game bina negara..sampai hari ni saya tak faham n reti main camner game tu
Dia org tak percaya pernah ada TV hitam putih...dan dia org sekarang tak reti
nak switch on TV kalau xde remote control. Dan dia org tak paham macam mana kita boleh survive dkt universiti tanpa handphone...
saya tambah: kami takleh survive kalo tader network kat universiti...betul tak mupis.. :P

Hmm...jom kita check, kita ni dah tua ke...... :

1. Korang paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korang sure tersenyum....
2. Kebanyakan member2 sekolah menengah kita dah kawin
3. Korang sure pelik bile nengok budak2 kecik main komputer, selamba je
4. Kita geleng kepala bile nengok budak2 skolah rendah & menengah guna handphone
5. Kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari
6. Bila jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...
7. Last sekali, bila dah bace email ni, korang akan terpikir utk forwardkan dkt member2 lama korang. Sure dia org suka punya laa... hehehe

Yaa, kita pun dah semakin tua!! Teringat zaman2 dulu kan?


Source: Minta maaf tak dapat dipastikan siapa penulis asal... credit to original author.

Entry Two:

Sebelum ni..amiir duk suke nak nyanyi

aku memang pencinta wanita tapi aku bukan buayaaaa...( dengan meniru suara sengau irwansyah :P)

kemudian....

bila terasa dirinduuuuuu ku bayang wajahmu...( konon ikut suara dafi aaa tu :P )

aduhsss...

mlm tadi....

Di pondok kecil di pantai ombak
Berbuih putih beralun-alun

Di suatu hari ayah berkata
Jaga adik mu ayahkan pergi jauh.........

amiir: nanti baba bawak balik ek lagu ni ek..


nota:
1. dptkan versi penuh di sini

2. Saper ada simpan lagu ni saya pun rasa ada tapi tak jumpe carik..
Entry 1:




Waaaa melangkah setapak lagi Kerajaan Negeri Kelantan. kalau di KL ada KLIFF di Kelantan ada lak Mini Fest Kelantan antara jemputan utama ialah Maya Karin.


Nape Maya Karin?



1. Apakah kerana beliau boleh jadi macam macam dari manusia biasa kepada tomboy kepada pontianak kemudian kepada duyung?


2. Apakah kerana beliau Duta Syarikat Telekomunikasi terkenal ,merangkap produk kecantikan dan jam jenama terkenal?


3. Apakah kerana beliau merupakan Duta Monsoon Cup (Satu lagi Projek Kerajaan BN) so Kerajaan Kelantan pun jemput dia mungkin nak counter act.

4. Atau mungkin kah kerana statement di bawah? Ala ala Mawi lah kut.

Assalamualaikum, hello.

My name is Maya Karin. I’ve been meaning to write to your for a long time, just to say i’m a big supporter since you first made headlines and i make sure i read your column every sunday. Thank you so much for your article a few weeks ago about nature in islam, my friend Dr Rahimatsa from WWF sms-ed me the day before to tell me it was coming out and needless to say i was very happy.
I hope i have the pleasure of meeting you some day.

Many regards, Maya



Apa pun harap harap kunjungan ke Kelantan dapat membuka persepsi beliau terhadap Kerajaan Kelantan dan Pendokongnya seperti yang diakui oleh beliau sendiri

"6 years ago, I was terrific, but once I arrived, it is truly different from what I was told".


Entry Two:

Keratan Berita Hari Ini

Hamid Ketua Hakim -- PM juga umum Zaki Tun Azmi Presiden Mahkamah Rayuan

Fuyyo ..kalau ikut ranking Presiden Mahkamah Rayuan adalah orang yang bakal menggantikan Ketua Hakim Negara bila CJ bersara wajib pada umur 66 tahun seperti yang ditetapkan perlembagaan. Dalam tempoh 5-6 bulan insya Allah kita akan mendapat CJ yang buat kali pertama diketahui pernah terlibat aktif dalam sesebuah parti politik.


Entry Three:

Ingat lagi Cerita Bida Nombor Plat. Kat bawah ni ada artikel dalam utusan semalam .Menarik Bacalah

Membida nombor plat


Entry Four:

"Hakim (yang membuat penghakiman pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Likas 2001) itu sendiri tidak periksa... dalam 'one side', hakim itu sendiri 'bias' (berat sebelah). Hakim itu got frustrated with certain things dan dia gunakan ini untuk pukul kerajaan bukannya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),"

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd Rashid Abd Rahman ketika menyampaikan ucap utama pada Kursus Kenegaraan Institut Akhbar Malaysia (IAM) bertemakan "Media dan Pilihan Raya Umum" di Universiti Malaya.