Cerita dulu dulu......
1990
" Sapo Ustaz Nik Aziz tu?" tanya saya

( Dalam ingat ingat lupa .. )
Nenek saya menjawab
"Tok Guru tu Tuhan jago, mulo (dulu) ada oghe nak tembok(tembak) dia tak jadik"
(Maaflah ye dialog 18 tahun lepas saya pun masa tu tak ambil kisah sangat sebab baru darjah 5 tapi itu laksana perkenalan awal dengan orang yang menerajui Kerajaan Kelantan sekarang.)
"Kalu dio ngajar (bagi kuliah) ghama (ramai) oghe gi. Dio ngajar masjid Pula Melaka nuh kat ghumah dio" tambah nenek saya lagi.
Masa tu seingat saya sebelum pilihanraya umum ke yang mana sentimen anti UMNO dan BN begitu memuncak di Kelantan ditambah dengan apa kata orang faktor istana yang tidakbersama UMNO?. Saya sendiri pun masih baru belajar nak mengenali siapa Nik Aziz ni dan saya mungkin belajar mengenali PAS secara serius 2 tahun kemudian. Jadi tak dapatlah nak bercerita secara lanjut mengenai sejarah PAS bertapak mendapat kuasa di Kelantan 18 tahun yang lalu kecuali melalui keratan akhbar di bawah
Terima Kasih kepada Almarhum ayah saya yang saya kira tidak ketinggalan membeli akhbar tersebut semenjak dari keluaran awalnya dulu menyebabkan saya boleh berkongsi dengan anda semua detik detik bersejarah 18 tahun yang lalu. Ada sesetengah keluaran lama lama mungkin masih tersimpan di rumah di Kelantan. Paling lama yang ada dalam simpanan saya sekarang (di KL) adalah keluaran pada tahun 1988 menceritakan insiden keluar dewan oleh TG Nik Aziz dan ADUN PAS Kelantan yang lain.
Kalau anda nak tengok bagaimana rupa Harakah pada keluaran pertama mungkin boleh berkunjung ke pejabat Harakah di Jalan Pahang Barat ataupun anda boleh berhubung dengan Ust Suhaimi. Beliau ada koleksi lengkap kecuali 1988,89.
Seperti yang dijanjikan, saya sediakan keratan al Harakah bertarikh 29 Oktober 1990 iaitu seminggu selepas kemenangan besar PAS dan APU (Angkatan Perpaduan Ummah) di Kelantan. Ingat kata kata TG MB, sesiapa yang undi PAS pada tahun 1990 menyebabkan PAS boleh laksanakan Islam dapat pahala.
Bayangkan kalau kebaikan yang dilaksanakan di Kelantan dilaksanakan di 5 negeri Pakatan yang lain?
Saya rasa Sdr TMJ boleh bercerita lebih panjang dari laporan ni...
Mesyuarat Terakhir Pemilihan Calon Calon Mewakili PAS di Pejabat PAS Negeri. Ada antara mereka ( Ust Mawardi - Yang berjambang Adun Lundang cucu kepada Tuk Kenali) yang telahpun kembali ke rahmatullah. Ada yang masih lagi menyumbang kepakaran mereka (Ust Yahya Osman)
Perubahan suasana di bilik yang sama 18 tahun kemudian

Dr Sanusi Daeng Mariok duduk Sg Merab bertanding di Rantau Panjang.. Bukti teori Orang luar ditolak di Kelantan tak terpakai....
9 Mac 2008, lokasinya masih sama Pejabat Perhubungan PAS Negeri Kelantan.Credit to http://www.daylife.com
Sidang Akhbar pertama mengumumkan pembentukan Kerajaan Angkatan. Pengumuman Cikgu Wan Rahim(sekarang MP Kota Bharu) sebagai SU Akhbar dan Hj Husam (takkan tak kenal kot..) sebagai SU politik kepada MB

18 tahun kemudian..dah tentu banyak insiden pahit maung dengan Al Sultan hehe
Teringat kata kata TGNA, mesyuarat Exco kali pertama beliau minta Dato Halim SUK (kaca mata bersongkok) pengerusikan mesyuarat supaya beliau boleh belajar. Pembentangan belanjawan kali pertama beliau termenung/terdiam tak tahu nak baca macam mana jumlah hutang Kerajaan BN Kelantan pada pusat sebanyak RM 760000000 ....... banyak sangat kosong !!! Selepas 18 tahun, sebanyak RM 220000000 (anda kiralah sendiri hehe) telah dijelaskan dan Kelantan adalah antara negeri yang tidak pernah lupa membayar hutang mengikut jadual...
Link Berkaitan
http://www.nuun.blogspot.com/2008_01_01_archive.html
1990
" Sapo Ustaz Nik Aziz tu?" tanya saya

( Dalam ingat ingat lupa .. )
Nenek saya menjawab
"Tok Guru tu Tuhan jago, mulo (dulu) ada oghe nak tembok(tembak) dia tak jadik"
(Maaflah ye dialog 18 tahun lepas saya pun masa tu tak ambil kisah sangat sebab baru darjah 5 tapi itu laksana perkenalan awal dengan orang yang menerajui Kerajaan Kelantan sekarang.)
"Kalu dio ngajar (bagi kuliah) ghama (ramai) oghe gi. Dio ngajar masjid Pula Melaka nuh kat ghumah dio" tambah nenek saya lagi.
Masa tu seingat saya sebelum pilihanraya umum ke yang mana sentimen anti UMNO dan BN begitu memuncak di Kelantan ditambah dengan apa kata orang faktor istana yang tidakbersama UMNO?. Saya sendiri pun masih baru belajar nak mengenali siapa Nik Aziz ni dan saya mungkin belajar mengenali PAS secara serius 2 tahun kemudian. Jadi tak dapatlah nak bercerita secara lanjut mengenai sejarah PAS bertapak mendapat kuasa di Kelantan 18 tahun yang lalu kecuali melalui keratan akhbar di bawah
Terima Kasih kepada Almarhum ayah saya yang saya kira tidak ketinggalan membeli akhbar tersebut semenjak dari keluaran awalnya dulu menyebabkan saya boleh berkongsi dengan anda semua detik detik bersejarah 18 tahun yang lalu. Ada sesetengah keluaran lama lama mungkin masih tersimpan di rumah di Kelantan. Paling lama yang ada dalam simpanan saya sekarang (di KL) adalah keluaran pada tahun 1988 menceritakan insiden keluar dewan oleh TG Nik Aziz dan ADUN PAS Kelantan yang lain.
Kalau anda nak tengok bagaimana rupa Harakah pada keluaran pertama mungkin boleh berkunjung ke pejabat Harakah di Jalan Pahang Barat ataupun anda boleh berhubung dengan Ust Suhaimi. Beliau ada koleksi lengkap kecuali 1988,89.
Seperti yang dijanjikan, saya sediakan keratan al Harakah bertarikh 29 Oktober 1990 iaitu seminggu selepas kemenangan besar PAS dan APU (Angkatan Perpaduan Ummah) di Kelantan. Ingat kata kata TG MB, sesiapa yang undi PAS pada tahun 1990 menyebabkan PAS boleh laksanakan Islam dapat pahala.
Bayangkan kalau kebaikan yang dilaksanakan di Kelantan dilaksanakan di 5 negeri Pakatan yang lain?
Perubahan suasana di bilik yang sama 18 tahun kemudianPerarakan Calon - Perhatikan YB Fatah Haron (Besan TG MB merangkap Adun Bukit Tuku) dulu dan sekarang

9 Mac 2008, lokasinya masih sama Pejabat Perhubungan PAS Negeri Kelantan.Credit to http://www.daylife.com
18 tahun kemudian..dah tentu banyak insiden pahit maung dengan Al Sultan heheLink Berkaitan

.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)