Entry One
Suntingan Dari Artikel Utusan
Dalam Ruang & Waktu Oleh Adam A. Kadir
Beli kereta baru dengan lima bulan gaji
Walaupun AS di bawah Bush merupakan negara yang dibenci oleh dunia khasnya di kalangan negara Islam atas sebab-sebab yang terlalu nyata, namun dalam kriteria pasaran dan penggajian, AS merupakan negara yang sering mengemukakan contoh yang boleh diikuti oleh dunia. Selain daripada itu, AS adalah negara berbahasa Inggeris yang memudahkan kita mendapat maklumat dari pelbagai bentuk media malah daripada pengalaman ketika berada di negara itu.
Harga kereta terkecil di sana ialah kira-kira sama dengan lima atau enam bulan gaji seseorang yang baru lulus universiti di peringkat sarjana muda. Katalah harga kereta X berharga antara AS$10,000 dan AS$12,000. Katalah pula gaji si John yang baru lulus itu ialah AS$2,000 sebulan.

Kalau pakai Formula Makcik Limau Tiga Tahun kerja dah boleh beli apartment ,beli keta ni mesti macam beli botol kicap (kicap lagik?)
Bukan luar biasa bagi orang seperti John ditawarkan pinjaman 100 peratus, sama dengan harga kereta. Kalau begitu kedudukannya, maka dengan pinjaman AS$10,000, John membayar balik kira-kira AS$180 sebulan selama lima tahun.

Interior BMW 7 Series Nanti jadi CE TM boleylah kot merasa
Ini bererti John hanya menggunakan sembilan peratus daripada gaji bulanannya sebagai wang ansuran bulanan. Bagaimana pula kalau hakikat ini digunakan sebagai asas untuk membandingkan harga kereta termurah Y di sini dengan gaji seorang yang baru lulus universiti. Katalah kereta Y berharga RM30,000 sedangkan gaji bulanan Anu (yang baru lulus universiti) ialah RM1,700. Katalah pula Anu meminjam RM27,000 (selepas menyimpan antara enam bulan hingga setahun untuk mengumpulkan wang muka). Bayaran balik secara bulanan ialah RM400 untuk selama tujuh tahun.

Keta Jebon Dalam Citer Mati Pada Hari Lain
Daripada fakta di atas, kita boleh membuat kesimpulan begini: Anu membayar balik 23 peratus daripada gajinya, sedangkan John hanya sembilan peratus. Anu mengambil masa tujuh tahun untuk melangsaikan hutang, sedangkan John hanya lima tahun. Harga kereta Y yang dibeli oleh Anu adalah sama dengan gajinya selama 18 bulan, berbanding dengan harga X yang sama dengan lima bulan gaji John.

Mungkin ni Official Car for US President ngan Donald Trump
Pelbagai sebab boleh diberikan kenapa kereta Y menjadi begitu mahal berbanding dengan X, dari segi relatif antara tahap gaji dengan harga kereta. Dan sebab-sebab itu tentunya berlegar di sekitar kos bahan-bahan komponen yang diimport dan yang dibekalkan dari sumber-sumber tempatan. Cukai yang dikenakan ke atas kereta adalah satu faktor besar yang memahalkan harga kereta. Semuanya itu akan tersimpul dalam harga yang dituntut dari kocek pembeli.

Interior Merz S Class
Apa yang tinggal dalam kocek si Anu setelah ditolak ansuran kereta, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan cukai pendapatan yang mandatori tidak boleh membuatkan kehidupannya menjadi selesa. Lebih berat keadaannya apabila diambil kira harapan keluarga untuk menumpang sekapur sirih seulas pinang.
Datuk Adam Kadir ialah bekas Yang Dipertua Dewan Negara.Itu pandangan beliau anda pula bagaimana?
Entry Two
Aduhh Amiir dah ghalit golek golek ppale dah dengar lagu....masalah negara ni... :P