Pesta Buku Antarabangsa 2005

4/28/2005 6:16 PM by nuun
Assalamualaikum..

Bismillah Walhamdulillah

a."Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya"
Surah Al 'Alaq 1-5.

b. Saya mula mengesan minat membaca seingat saya sewaktu berumur 8thn(djh 2)-waktu itu sewaktu kami semua di bawah jagaan nenek sementara menunggu parent pulang (which i saw very strict at that time) yg mana pada masa tu kami semua tidak dbenarkn keluar rumah selagi belum ptg(lepas asar),semua kena baca buku @ buat kerja sekolah.Masa tulah saya akan menyelongkar beg sekolah kepunyaan sepupu(the eldest among us)utk membaca buku buku teksnya.Mungkin disebabkan tabiat itu saya tidak menghadapi byk masalah utk belajar pd darjah darjah selepas itu disebabkan saya telahpun menghabiskan sukatan setahun sebelum itu.

c. Di peringkat sekolah menengah minat menyelongkar(hehe) diteruskan tapi kali ini lebih kepada himpunan surat khabar yg disimpan oleh ayah saya (to be frank harakahle) simpanan secara tidak sengaja yg menjangkaui tahun 1987-88. Selain daripada Sk tsebut saya juga telah beberapa kali menyusun kembali semua buku buku (dan pastinya buku teks sekolah menengah kegunaan mereka turut berjaya dikhatam).Hobi tersebut pastinya telah membuka mata saya utk mengetahui isu semasa dan pastinya politik dua parti.

d.Di peringkat menengah tinggi(tingkatan 4&5) minat menyelongkar sedikit berkurangan mungkin disebabkan saya berada di sekolah berasrama even minat menyelongkar library sekolah pun agak terbatas disebabkan kawasan library yang berada di kawasan pelajar puteri yang menyebabkan kami pelajar putera agak segan untuk ke library terutamanya selepas waktu sekolah.

e.Di MMU baik di Melaka mahupun di CBJ library sudah pastinya merupakan sasaran utama saya baik utk tujuan study mahupun menyelongkar :P

f.Di peringkat awal kerja ,di antara kunjungan kunjungan awal saya ke rumah ayah nuun a.k.a Ummu Amiir, sesuatu yang menarik perhatian saya ( Selain dari anak dia lah :P ) adalah suasana di bilik solat merangkap library hampir kesemua ruang di dalam bilik itu dari bawah ke atas dipenuhi dengan buku dan saya jangka anda sudah dapat mengagak apa tindakan saya selepas itu sampai sekarang.

g. 2001, Pertama kali saya mula berkunjung ke Pesta Buku,ibarat yang paling tepat mungkin seperti rusa masuk kampung lah kot (kalau nak lagi tepat tanya Karam Singh Walia) Tahun seterusnya 2002,kali pertama saya,nuun dan adik adik berkunjung ke sana dan di situ juga kali pertama saya berjumpa dengan makcik limau (tahun seterusnya memang tak sah kalau tak jumpa dia).Tahun 2003 kali pertama kami ke sana sebagai suami isteri,2004 Ummu Amiir menguzurkan diri kerana menyambut Amiir Husaini,2005 dan seterusnya anda semua sedia maklum...

h. Bagaimana dengan minat membaca Ummu Amiir pula? Antara banyak banyak persamaan antara kami berdua salah satunya adalah hobi ini. Dari zaman MMU lagi kami berkongsi pemikiran yang sama(tak heranlah kalau most of the time gerak hati pun selalu sama dan terkeluar/terjadi pun pada masa yang sama!!), berkongsi buku yang sama kalau buku yang saya dah beli nuun akan beli buku yang lain dan kami akan bertukar tukar buku. Mungkin sebab hobi itulah Ummu Amiir kerap menjadi rujukan sama ada di kalangan rakan sebaya, junior dan kenalan yang lagi berumur dari kami.Sebab lain rasanya anda semua mungkin dah maklum.

i.Amiir Husaini pula? Saya mendapat hobi ini dari ayah saya, Ummu Amiir mendapat hobi ini dari ayah beliau, Darah kami yang mengalir dalam tubuh beliau Insya Allah harapnya dapat membuahkan hasil yang sama walaupun Ummu Amiir hanya sempat mengajar Amiir membaca dan mengenal buat beberapa ketika sahaja.

Wassalam


Pesta Buku Antarabangsa 2005, originally uploaded by nuun.

Rebat untuk Cukai saya tahun hadapan,Tahun ni semua masuk borang Ummu Amiir

0 Response to "Pesta Buku Antarabangsa 2005"