Peringatang utk ku yang selalu tak update blog...

Seorang teman berkata, “Saya minat menulis, tapi saya takde masa. Saya harus bekerja dan kemudian mengurus anak sebelum dan selepas kerja. Bagaimana caranya? “Apa jawapan saya? “Memang, siapa yang punya waktu?”

Saya menjawab dengan sebuah pertanyaan, siapa yang punya masa? Jawapannya adalah semua orang. Semua orang punya masa. Kita sama-sama memiliki waktu 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Siapa yang hanya punya waktu 20 jam sehari? Atau hanya 5 hari dalam seminggu?

Yang membezakan setiap orang, bukan jumlah masa yang dimiliki, kerana semua orang memiliki waktu yang sama. Yang membezakan adalah keputusan setiap orang bagaimana menggunakan waktunya. Saya punya waktu 24 jam, untuk apa saja yang memanfaatkan waktu saya? Anda juga punya waktu 24 jam, untuk apa saja waktu yang anda punya?

Jujur, sering kali jawapan saya bukan yang mereka (yang merasa tidak punya waktu) inginkan. Saya sendiri tidak tahu jawapan apa yang mereka inginkan. Saya bukannya tidak bersimpati terhadap orang yang sibuk dengan kewajibannya. Tetapi, kesibukan memang tidak pernah habis, dan semua itu adalah keputusan anda. Anda mahu menggunakan masa anda untuk apa.

Toni Morrison, seorang ibu tunggal yang harus mengurus 2 anak dan bekerja untuk menyara kedua anak-anaknya memenangi anugerah Pulitzer dan hadiah nobel atas tulisannya. Saat ditanya, bagaimana boleh menulis di tengah kesibukannya, dia menjawab:

“Menulis di waktu senggang”

Mungkin ada yang membantah, “Saya tidak punya waktu senggang”

Sekali lagi, terserah anda. Adakah anda mahu memiliki “masa senggang” atau tidak, semuanya pilihan dan keputusan anda.

“Tapi, banyak yang harus saya lakukan!” Siapa yang tidak? Semua orang memiliki tugas yang harus dilakukan. Hanya pemalas yang tidak mempunyai kewajipan. Hanya pemalas yang banyak memiliki waktu terluang. Semua orang, yang sedar akan kewajipan, akan selalu sibuk kerana banyak yang perlu dilakukan. Hanya saja, apa yang harus anda lakukan juga ada pilihan anda.

Mengapa tidak membuat alasan agar anda boleh mempunyai masa? Jika anda bertahan pada alasan tidak punya masa, maka anda akan terus tidak punya masa. Jika anda membuat alasan untuk mengambil keputusan menggunakan sebahagian masa untuk hal tertentu, maka anda pun akan punya masa.
Jus Mangga Tilmisani: Kenangan, Kesetiaan

Pada suatu Ramadhan, Ustaz Umar At-Tilmisani (Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin Ketiga) diundang untuk menghadiri pertemuan di Iskandariah. Para pengundang menyiapkan hidangan berbuka puasa untuk beliau, Di antara hidangan tersebut terdapat jus mangga. Salah seorang ikhwan menyuakan segelas jus mangga kepada beliau. Beliau meminta maaf sambil mengatakan bahawa beliau tidak dapat menerima dan meminumnya.

Sebahagian hadirin memperhatikan adanya perubahan pada air muka beliau. Mereka pun bertanya, "Apakah ustaz alergi pada jus mangga. Atau jus mangga bisa menganggu kesihatan ustaz?"

"Tidak..". jawab beliau.

Setelah berbuka, hadirin begitu penasaran mengapa beliau tidak mahu meminum jus mangganya. Mereka terus mendesak beliau untuk menjelaskannya.

"Apabila saya terlambat pulang kerja", kata beliau, "Al-Marhumah isteri saya selalu menunggu dengan sabar menyiapkan dua gelas jus mangga. Kemudian kami berdua meminumnya bersama-sama. Sekarang, isteri saya sudah wafat. Saya tetap merasa berat untuk meminum jus mangga sendirian. Sya tak bisa meminumnya tanpa dia."

"Saya", lanjut beliau, "Selalu memohon kepada Allah agar Ia mempertemukan kami berdua di syurga. Lalu, kami dapat bersama-sama menikmati minuman syurga. Lalu, kami dapat bersama-sama menikmati minuman syurga.."

Subhanallah!

sumber: http://tamanulama.blogspot.com

Dinner bersama Tok Guru Nik Aziz di bilik CL..part 2"

bertakzirah sebentar tuhh... Menjamu selera....alhamdulilah.. Sambil mejamah makanan kami bercerita...
CL Jamu mereka dengan Lamb Kabsah serta chicken Mandey...
Ada jugak bakso soto dan meehun, serta sambal bilis dan kuih bahulu...alhamdulilah..
"Datin sri "pun datang jugak..very humble person...masyallah..
Tuk Guru berangkat pulang...JUTAAN terimakasih tak terhingga...


" Dinner dengan TOK GURU NIK AZIZ di bilik CL...."

Ah'lan wah'shahlan Tok Guru...silakan masuk....
Tok Guru Nik Aziz mendoa kan sesuatu untuk CL..nak tau apa kah DOA nyer..?



Bersama sama kami makan malam tadi....alhamdulilah



Bergambar bersama CL sebelum beliau beredar pulang....Tok Guru Nik Aziz adalah insan yang AMAT MULIA serta mempunyai keperibadian yang AMAT tinggi...CL berasa amat bersyukur kerana berkesempatan bersama nye walaupun hanya sejam lebih beliau bersama CL...sempat jugak beliau menceritakan beberapa perkara yang AMAT berguna pada kita semua...Pada BELIAU, CL mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kerana sudi datang berkunjung dan menjamu selera di kamar CL...hanya allah swt sahaja yang dapat membalas budi baik beliau dan DOA CL moga beliau akan senantiasa sihat sejahtera ,panjang umur dan dilindungi Allah swt ...insyalah...syukran TOK GURU NIK AZIZ...

Kompleks hotel mega dibina di Mekah


Gambar ilustrasi artis menunjukkan kompleks Menara Abraj al-Bayt berdekatan dengan Masjidil Haram di Mekah. - AFP


DUBAI 14 April - Sebuah kompleks hotel gergasi yang sedang dalam pembinaan di Mekah bakal menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia dan di atasnya akan dibina sebuah jam yang enam kali lebih besar daripada jam Big Ben di London.

Pengurus besar hotel berkenaan, Mohammed al-Arkubi pada sidang media di sini semalam berkata, kompleks tujuh menara hotel yang dikenali sebagai Menara Abraj al-Bayt itu akan mengandungi 3,000 buah bilik dan suite, kebanyakannya menghadap Masjidilharam.

Ketinggian kedua-dua menara itu hanya kurang kira-kira 11 meter daripada ketinggian menara tertinggi di dunia, Burj Khalifa yang mencecah 828 meter.

Menara Jam Diraja Mekah akan dibina daripada struktur konkrit setinggi 662 meter dan puncak menara logam setinggi 155 meter yang dilitupi dengan simbol bulan sabit.

Malah struktur konkrit Menara Jam Diraja Mekah itu adalah lebih tinggi daripada bangunan kedua tertinggi di dunia pada masa kini iaitu Taipei 101 di Taiwan, yang setinggi 508 meter.

"Fasa pertama hotel akan dibuka pada akhir Jun ini, manakala jam itu akan mula beroperasi pada akhir Julai, iaitu menjelang bulan Ramadan yang dijangka bermula sekitar 10 Ogos," kata Arkubi.

Jam buatan Jerman itu, digambarkan sebagai 'yang terbesar di dunia', mempunyai muka selebar 45 meter dan setinggi 43 meter di keempat-empat sisi menara, katanya.

Jam tersebut dijangka boleh kelihatan sejauh 17 kilometer pada waktu malam dan 11 hingga 12 kilometer pada waktu siang.

Kompleks itu dibina oleh syarikat hartanah gergasi, Bin Laden Group, bagi pihak kerajaan Saudi. - AFP

SARAPAN PAGI SEORANG MENTERI BESAR


From: Wan Rusma Deris

Sewaktu kami sekeluarga berkunjung ke Kota Bharu Kelantan pada cuti sekolah bulan lepas, kami sekeluarga sarapan pagi di gerai berhampiran hotel penginapan..

Kami sekeluarga terkejut dan rasa terharu bila kami dapati MB Kelantan tengah sarapan pagi di gerai tersebut berseorangan tanpa pengawal peribadi dan pegawai kerajaan Kelantan..

Malah beliau terlebih dahulu menegur dan menberi salam kepada kami sekeluarga serta mengajak kami sekeluarga makan bersama-sama dimeja beliau sambil berborak menayakan dari mana, bagaimana perasaan kami bila berada di Kelantan dan banyak lagi..


Ketika berborak, beliau tiada sedikit pun menyentuh soal politik atau cerita perkembangan terkini di Negeri kami (Negeri 9).. Malah beliau berterima kasih kepada kami kerana sudi datang dan lihat sendiri keadaan di Kelantan daripada membaca di akhbar atau melihat di TV.. Malah kami sekeluarga rasa lebih terharu bila beliau bayar kami sekeluarga makan pada pagi itu..

* MB Negeri saya sendiri pun susah nak jumpa.. kecuali ada majlis rasmi yang ada publisiti sahaja.Mana nak cari MB macam ni? / end
Hmmm lambat lagi update berkenaan rehlah ke Haramain.Tapi takpelah kita sambung cerita...

Beberapa hari sebelum ‘Hari Besar’ tiba, kami dibawa Ust untuk aktiviti Raptai Haji yang melibatkan sesi lawatan ke lokasi yang bakal kami lalui sewaktu hari hari haji nanti. Lawatan ini kami kira penting kerana ianya bagaikan memberi persediaan mental terlebih awal kepada kami dan juga jamaah haji yang lain.

Dari hotel penginapan, kami dibawa dengan tiga buah bas ke ‘Arafah, Muzdalifah dan Mina. Tempat pertama yang kami ziarah adalah ‘Arafah. Untuk ke ‘Arafah pada sekarang, ada sembilan jalan yang boleh dipilih dan kalau tak silap bas kami melalui jalan keenam untuk sampai ke sana.

Pada masa tersebut sudahpun kelihatan ramai jamaah haji dari kumpulan dan juga negara lain turut sama memenuhi dataran 'Arafah untuk melihat dengan lebih dekat tempat wukuf.


Jamaah yang memenuhi Dataran 'Arafah

Unta yang setia menunggu siapa yang sudi bergambar

‘Arafah

Terdapat banyak riwayat yang menceritakan tentang sejarah dinamakan tempat wukuf ni sebagai ‘Arafah. Antara riwayat yang masyhur adalah yang berkaitan tempat Nabi Adam dan juga Hawa dipertemukan semula dan saling kenal mengenali kembali (ta’aruf) setelah mereka diturunkan di dunia dari Syurga.



Suasana sewaktu hari wukuf
Gambar kredit kepada sumber asal

Riwayat lain turut mengisahkan di sinilah Jibril mengajar Nabi Ibrahim tentang amalan(manasik) haji. Setelah selesai mengajar Nabi Ibrahim, Jibril bertanya Arafta?(sudahkah kamu tahu?) Nabi Ibrahim menjawab ‘Araftu (Aku sudah tahu).

Di ‘Arafah, kami melalui kawasan Lembah Uranah yang masa sekarang kontang. Lembah Uranah terkenal dalam sirahnya adalah tempat Nabi Saw menyampaikan khutbah perpisahan 72 hari sebelum kewafatan baginda yang mana ianya didengari oleh lebih kurang 124,000 hingga 144,000. Bagaimana ianya boleh didengari oleh sebegitu ramai jamaah pada masa itu dalam keadaan tiada kemudahan pembesar suara dan sebagainya itulah kuasa Allah. Diriwayatkan dalam Sahih Muslim bahawa Rabiah bin Umayyah bin Khalaf adalah orang yang mengulang kembali ucapan Rasulullah dengan kuatnya di ‘Arafah.

Tempat asal di mana Rasulullah Saw Menyampaikan khutbah yang masyhur tersebut sekarang menjadi bahagian hadapan daripada Masjid Namirah. Mustahak untuk diketahui adalah tidak semua kawasan dalam masjid ini boleh dijadikan tempat berwukuf. Bahagian di mana tempat nabi berkhutbah dan solat ketika haji wada’ tidak termasuk sebahagian daripada kawasan wuquf.

Masjid Namirah, binaan yang lama, perhatikan kedudukan menara dan kubah masjid yang dibina ditempat Rasulullah saw berkhutbah.
Gambar kredit kepada sumber asal


Kedudukan Masjid Namirah, Lembah Uranah dan Jabal Rahmah

Jabal Rahmah

Salah satu mercu tanda 'Arafah sudah tentunya Jabal Rahmah. Tempat spesifik di mana diriwayatkan Nabi Adam bertemu dengan Hawa. Dengan ketinggiannya lebih kurang 70 meter, bukit ini memang menjadi tumpuan pelawat baik pada musim umrah dan tentunya pada musim haji untuk memanjat dan berdoa di puncak bukit tersebut.

Pemandangan dataran 'Arafah dari puncak Jabal Rahmah

Dari segi dalil, menurut Imam Nawawi dalam Al Majmu' menukilkan bahawa tidak ada dalil khusus yang mensyariatkan supaya jamaah memanjat bukit tersebut untuk berdoa baik untuk tujuan jodoh mahupun supaya orang yang didoakan sampai seru menunaikan haji.Tapi ramai juga jemaah yang mengambil kesempatan untuk memanjat Jabal Rahmah dengan pelbagai tujuan

Ada juga yang ambil kesempatan untuk menulis nama nama di batu tanda Jabal Rahmah. Mungkin untuk tujuan jodoh


Wadi Muhassir

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Mina. Dalam perjalanan ke sana, kami telah ditunjukkan satu kawasan bernama Wadi Muhassir. Mengikut sirah, di kawasan inilah berlakunya peristiwa burung burung Ababil menyerang tentera Abrahah dengan batu batu dari api neraka.

'Kaabah' binaan Abrahah di Yaman yang masih lagi kekal sampai sekarang,tujuan asal dibina untuk menyaingi Baitullah tapi menjadi tempat buangan sampah.
Gambar kredit kepada sumber asal

Disunnahkan bagi kita semua untuk mempercepatkan perjalanan sebaik sahaja melalui kawasan ini mengenangkan ianya adalah tempat di mana Allah menurunkan azab neraka di dunia lagi. . Mengikut sirah, Nabi s.a.w memecut untanya untuk mempercepatkan perjalanan sampai di Wadi Muhassir. Begitulah kebiasaan baginda apabila tiba di tempat-tempat yang telah diturunkan bala oleh Allah Taala kepada musuh-musuhnya.

Muzdalifah

Selepas melewati wadi Muhassir, kami tiba di kawasan Muzdalifah. Muzdalifah adalah kawasan di mana jamaah haji akan bermabit (bermalam) seketika untuk mengutip anak anak batu yang akan digunakan untuk melontar pada hari ke 10 Zulhijjah.

Di sini letaknya Masjid Al Masy’aril Haram yang dinamakan sempena dengan ayat Al-Baqarah [198] Tidak ada dosa bagimu untuk mencari kurnia (rezeki hasil perniagaan) dari Tuhanmu. Maka apabila kamu telah bertolak dari Arafah, berzikirlah kepada Allah di Masy`aril Haram. Dan berzikirlah (dengan menyebut) Allah sebagaimana yang ditunjukkan-Nya kepadamu; dan sesungguhnya kamu sebelum itu benar-benar termasuk orang-orang yang sesat

Masjid Al Masy’aril Haram

Mina


Sedikit sejarah mengenai Mina, mengikut Imam Nawawi dalam Al Majmu’, ahli bahasa dan sejarah zaman dahulu menamakan tempat ini Mina kerana mengenangkan banyaknya darah korban yang ditumpahkan di sini. Manasik haji yang dilakukan di sini adalah bermalam, melontar dan bercukur dan juga berkorban.

Di Mina, sewaktu kami sampai, dari atas bukit sayup kelihatan khemah khemah yang kalis api yang memang sudah sedia menanti. Khemah khemah ini sebenarnya adalah ‘khemah kekal’ bukan seperti di ‘arafah yang didirikan setahun sekali.

Istana tetamu untuk bermalam di Mina

Di sini juga letaknya Masjid Khaif yang mana mengikut Hadis Rasulullah saw Tujuh puluh orang Nabi telah bersolat di sini antaranya adalah Nabi Musa. Rasulullah juga turut bersolat di sini sewaktu Haj Wada’ Baginda.

Masjid Khaif dan khemah khemah haji di Mina

Jamrah

Dari Mina kami meneruskan perjalanan melalui lereng bukit untuk melihat Jamrah. Jamrah dalam bahasa arab bermaksud batu kecil.Jamrah telah melalui beberapa proses pembesaran semenjak dari zaman di fardunya haji sehingga ke hari ini di mana pada masa sekarang binaan jamrah telahpun menjadi bangunan yang cukup teguh dan tinggi iaitu setinggi 5 tingkat setelah selesainya pembinaan terakhir di bawah seliaan Raja Abdullah.

Suasana melontar pada zaman dahulu
Gambar kredit kepada sumber asal

Di sini terdapat sedikit kekeliruan di kalangan rombongan kami memandangkan saiz bangunan yang menempatkan jamrah begitu besar, ada di kalangan kami yang terkeliru dengan menyangkakan bahagian berbentuk bulat

yang menempatkan eskalator itulah yang mengandungi batu tanda jamrah untuk jamaah melontar, rupanya tidak, Ustaz telah menjelaskan di mana lokasi jamrah yang betul.




Unreported event

Seminggu dah berlalu Pesta Buku Antarabangsa KL, saya pun dah baca bermacam macam komen baik di FB, blog dan juga email.Bahagian kami je yang belum diceritakan lagi pada orang.


Tahun lepas dua kali kalau tak silap kami pergi, satu pada hari pertama bermula sahaja pesta buku iaitu hari Jumaat, terus kami pergi ke sana (kebetulan masa tu juga Mesyuarat MT pertama dipengerusikan oleh DS Najib boleh rujuk posting terdahululah).Kali kedua kami pergi kami ambil cuti khusus kot, tu yang sempat berposing dengan Ust Zahazan etc.


Tahun ni memang tak sempat untuk kami buat lagu tu…… Tapi kami cuba curi masa ambil juga cuti sebab tak mahu bersesak sesak pada hujung minggu ataupun membatalkan aturcara yang tak boleh di batalkan.
Rabu 24/3/2010, tarikh yang kami sepakati(macam ijmak ulama pulak)untuk berkapcai ke PWTC.

Pagi tu setelah selesai menghantar kesemua hero hero ke sekolah masing masing, kami pergi bersarapan di ‘port baru’ yang makanannya saya kira menitiskan air liur juga dibuatnya. Bagi orang Bangi dan penggemar sup mungkin dah biasa dengar Restoran UK ( Restoran Sup Urat Keting) yang glamour dengan sup urat keting dan juga semakin meningkat masyhur dengan sate yang ramai bila mencubanya memberi komen lagi sedap dari sate Samuri.

Tapi kami tak pergi sarapan kat situ lah pagi tu, kami pergi menjamu selera di Restoran Belauk



Kalau Hari minggu ‘heaven’ tengok makanannya ada kari gearbox, nasi kerabu, nasi dage (dagang), nasi belauk, kuih muih kelantan. Pagi tu saya mencuba nasi lauk itik serati, makanan pagi yang popular lah di Kelantan.


Ummu Muhammad dengan nasi lemaknya lah.. Kemudian kami uruskan urusan pendaftaran Amiir Husaini untuk darjah satu tahun hadapan di Sek Keb Jalan 4 Bdr Baru Bangi ( Bukan ni bukan Sekolah Harian Terbaik PMR tu, ni sekolah rendah sahaja, yang terbaik tu Sek Men Jalan 4 ) Rupanya bermula tahun ni kena buat pendaftaran secara online. Dua kali kami terpaksa berulang alik ke sekolah tu hari tersebut.


Selesai urusan di Bangi,bermulalah perjalanan kami ke Kuala Lumpur……Sampai di sana sejam selepas gerai dibuka ( pukul 11) hajat di hati ingat nak aje terpacak pukul 10 kat depan pintu masuk tu tapi takut peniaga tak siap nak susun buku lagi huhuh Sampai di sana, gerai pertama yang terserempak dengan kami adalah gerai JIM international, First stop dah hilang dekat dua keping ( adakah ini mimpi atau reality :P ).

Kemudian kami ke gerai Galeri Ilmu lah menyambar buku buku terbaru tulisan Abi Saif. Tahun ni tak berkesempatan jumpa beliau macam tahun tahun lepas, mungkin beliau pergi pesta buku hari tu tapi agaknya beliau pakai baju besi dan topeng muka Raja Louis XIV kot sampai kami tak nampak!


Di Gerai GISB.

Pintu Masuk Gerai Karangkraf,macam nak masuk sarkas jer….


Susun atur sama macam tahun lepas rak rak bukunya, Karangkraf antara penerbit yang membuka gerai terbesar pada kali ini.


Pintu masuk ke Pameran di Dewan Tun Razak 2


Ini pula gerai PTS di Dewan Tun Razak 2.


Kat sini ralat sikit sebab:


a) Buku PTS yang dah dua tahun kami cari tapi tak jumpa jumpa, nak kena minta tolong mak auni dapatkan dengan harga staff lah kut pas ni.

b) Kami beli rasanya lagi banyak dari mak nufayl tapi apsal kami tak dapat staff price!!!:P



Anda rasa saya beli buku senangnya memasak yang mana satu? Yang masak nasi ke atau yang masak kambing?:P

Sudut Pameran di Dewan Tun Razak 2.

Kami keluar dari sana sejam sebelum gerai gerai ditutup (pukul 7). Ikut hati mau nak lajak sampai pukul 8 tapi oklah tu datang lewat sejam balik kenalah awal sejam :P
Apa yang kami dapat tahun ni? (mak ngan ayah Amni tak heran pun :p, Kat Car Boot Sale atau kat Frankfurt depa boleh dapat lagi banyak)


Hajat di hati nak susun dari pintu masuk nak tengok sampai ke tak ke dapur tapi memang tak sempat, banyak kerja lain menunggu,malam tu sampai rumah dekat pukul 9 lebih, pukul 12 keluar rumah balik gantung banner balik rumah dekat pukul 2 siapkan laporan sedar sedar dah nak masuk Subuh……………….

Esoknya pagi pagi kena pergi Az Zahrah Ummu Muhammad kena sedut gas, pergi ofis event sampai lunch,

Ni dah lepas event lah, depa duk susun kerusi meja sebab nak buat press conference harga Unifi.


Petang mesyuarat. Nasib baik malam tu tak payah keluar boleh masuk tidur awal sikit 1:30 hahaha
.Jumaat selepas waktu kerja, pergi Takaful Ikhlas selesaikan urusan Ummu Muhammad, terus kami pergi makan malam sebab malamnya saya kena keluar lagi . Kali ni kami cuba di sini pula sebab Ummu Muhammad kata dia makan masa out station di negeri pasola, makanannya sedap.

Apa yang kami makan?

Erm.. Cheese dan Garlic Nan, Yang hijau paling dekat dengan anda tu namanya palak paneer, (sayur hijau diblend bersama keju),kami juga order dhal maharani (kuah kacang dhal bersama telur). Kambing ada tak? Kami order Mutton Josh, katanya special of the month :P.


Balik tu lepas Isyak saya keluar, tak ingat tidur pukul berapa, anda boleh tengok dekat FBlah :P.
Sabtu saya urusan AGM dan Ummu Muhammad urusan takaful Ikhlas beliau. Malamnya ada sedikit jamuan sempena Mak Long Amiir nak sambung belajar ke Dundee. Ahad pagi pagi lagi kami semua ke KLIA menghantar,





Selepas itu saya terus berkejar ke AGM. Terlepas peluang nak jumpa ayah Alia dan kengkawan MMU berprogram di BJ dengan UMNO. AGM kat sini makan kambing jugak ke? Tak tak tak….takde kambing .kopi janda pun ayah Maisarah tak jamu....


Isnin, pula outstation ke Utara, menjamu selera di Mak Jah Mee Udang ermmm memang lagi sedap dari Mak Teh Mee Udang saya rasa. Cuma rasa tensi sikit bila makan kuew teow nya……………….




Banyak sangat udang !!!


Rabu ‘berehat’ sekejap pejabat, menyusun dan mentaici jadual jadual yang bertindan supaya tak bertindan sangat…:P


Khamis, satu hari di Cyberjaya hohoh pekena Lamb Hanith di Restoran Saba.

Asalnya restoran ni takdelah ramai sangat orangnya tapi lepas keluar Jalan Jalan Cari Makan, nak makan sana kena queue dulu. (Kalau nak tengok gambar gambar lain klik sini)

Tapi saya rasa dekat restoran Nasi Arab di Hentian Kajang lagi sedap Hanith dia, Kabsah pun rasanya mesti lagi sedap di sana dengan sini. Mungkin sebab kat Hentian Kajang tu orang tak berapa ramai, dia boleh masak sedap sikit kot banding

Hari ni( Jumaat) pun saya masih lagi di luar pejabat, mesyuarat di luar, menariknya GM kami belanja jamuan makan tengahari hari ini Dua ekor kambing lagi…..






Tiba tiba saya rasa macam terdengar mak Imran kata posting kali ni masih lagi berbau kambing....