Posting untuk Pak Lan - Part 2

Sempena walimah Sdr Fadzlan....

Tulisan ini merupakan edisi kedua selepas edisi yang pertama hilang dalam satu kemalangan PDA. Jadi Saya akan menulis berdasarkan apa yg saya ingat ajerlah .Fadzlan yahya dikenali juga sebagai Kutai @ Pak Lan @ Abg Lan @ Sorry.exe...

Saya sebenarnya tidak dapat mengingati bilakah saya mula mengenali beliau. Apa yang saya dapat ingat adalah saya mula mengenali beliau melalui bapa "Saudah Mariah" selepas mereka mula berkenalan di lab microprocessor eh silap Digital System(Subject yang di ajar oleh Prof Artificial Intelligence yang tersohor seantero MMU)

Bermula dari hari itu beliau menjadi sahabat kami dan seterusnya ahli tidak rasmi rumah yang bernombor telefon 062314578, menyertai aktiviti aktiviti IU dan juga sama sama menyertai kami untuk aktiviti memanjat bukit di sekitar Ayer Keroh dan Bandar Melaka. Masa tu kereta tank merupakan kenderaan rasmi kami kalau ada perjalanan melibatkan urusan IU dan juga utk aktiviti kami memanjat bukit. Besar sungguh jasa kereta tersebut kepada kami dan saya diberitahu ianya telahpun menjalani proses penjenamaan semula ( warna baru dan mungkin juga nama pun baru) selepas lanya bertukar milik. Saya tak pasti pula berapa ''one time cost" utk penjenamaan semula kereta tersebut mungkin co owner WKM 9759 boleh memberi jawapannya.



Pemandangan Unitele Dari Bukit Tmn Dahlia


Pemandangan Unitele Dari Bukit Tmn Dahlia



Dua Bakal Pengantin Bersama Bekas Pengantin 1998

Dua Bakal Pengantin Bergambar Kenangan Bersama Bekas Pengantin Selepas Sessi Menuntut Ilmu (Rumahtangga kot?) di Bukit St John Melaka


1999 - Hampir kesemua rakan rakan di keliling kami antaranya tuan punya 'The Big House' , Limau dan Husband to be,Zurrain Panadol,Soluble @ dot dot dot,Pelajar world class liar dan lagi satu pengantin turut menjadi OC di kampus Melaka. Pastinya termasuk dalam kumpulan itu adalah saya dan nuun . Kalau kami waktu itu ditugaskan utk menjaga sekumpulan pelajar baru(kumpulan Hang Jebat) Sdr Kutai ni pula terpilih utk menjadi pendengar setia utk mendengar ngomelan ibu bapa pelajar mengenai kediaman mereka. Saya kira pengalaman tersebut akan banyak membantu beliau selepas berumahtangga nanti insya Allah itu pun kalau beliau 'Stay The Same' .

2001,graduation year,saya menyertai beliau untuk bersama sama tinggal di Dengkil bersama sama dgn beberapa rakan yang lain di mana ketika itu ada satu insiden stunt yang telah saya lakukan (waktu itu beliau sedang bercerita tentang ....... erm nak citer ke Lan? Tak payahla kot) menyebabkan beliau tidak pernah lagi selepas itu bercerita tentang perkara tersebut kepada saya. Tahun itu juga beliau turut sama mengiringi saya menyambut nuun yang baru pulang dari Khartoum, menemani saya ke Teras Jernang( Sampai ada orang kata ko cute ek?), selain turut sama menjadi pengunjung tetap Ma Lee dan Restoran The Mines..Selepas saya berkahwin pun beliau masih lagi merupakan antara sahabat rapat yg selalu ke rumah dan dinner bsama kami

Kelebihan beliau pada pandangan saya ialah kemampuan beliau untuk menerangkan sesuatu perkara terutamanya yang bersangkutan dgn ICT dlm bahasa yg mudah difahami. Beliau merupakan antara org yg paling kerap dirujuk oleh saya selain daripada seorg lagi pengantin lantaran kerana kemampuan beliau itu. Saya kira kelebihan beliau itu sudah tentunya diwarisi daripada ayah dan ibunya yang bekerja sbg guru ,Bercakap tentang guru ,untuk makluman dan sebagai khulasahnya .Di antara beliau,anak Cikgu Sahak dan saya,walaupun kami bertiga merupakan anak kepada pendidik, hanya beliau sahaja yang memilih seorg pendidik sebagai pasangan hidup beliau, manakala bapa Amni memilih mak Fawwaz (pakar dlm menjaga duit TM) sbg teman hidup beliau dan saya pula dijodohkan dgn seorg yang sewaktu hayatnya mempunyai semangat dan cita cita untuk membuka dan memiliki nurseri sendiri tetapi sudah tertulis yg hayat beliau berakhir sebagai seorang Project Manager.

0 Response to "Posting untuk Pak Lan - Part 2"