Konsert 'Sure Heboh' TV3 haram - Mufti Perak

Tak sabar nak dengar..what say TMNet and TV3 on this comment..


p/s: dah lama tak agree dengan sure heboh..
_________
Konsert 'Sure Heboh' TV3 haram - Mufti Perak

Friday, July 30 @ 16:18:08 MYT Oleh Wan Nordin Wan Yacob dan Ekmal YusofKUALA LUMPUR, 30 Julai (Hrkh) - Tokoh agama menyifatkan hiburan yang melalaikan seperti konsert 'Sure Heboh' adalah haram dan bertentangan dengan Islam.Bekas Mufti Negeri Selangor, Dato' Ishak Baharom menegaskan, menurut Islam apa juga perkara yang boleh melalaikan dan melekakan adalah bertentangan dengan syarak.

"Walaupun ada sedikit baiknya, tetapi buruknya banyak berkait dengan moral dan campur gaul di kalangan bukan muhrim,hukumnya tetap haram," ujarnya.
Beliau turut bersetuju dengan pendapat Mufti Negeri Perak, Dato' Seri Haji Harussani Zakaria yang menyatakan konsert 'Sure Heboh" anjuran TV3 adalah haram kerana program itu melalaikan.

Ujar Ustaz Ishak lagi, program seperti 'Sure Heboh' dilihat banyak menyumbang kepada gejala keruntuhan moral di samping perbuatan itu bukanlah selari dengan akidah Islam itu sendiri.
"Mereka yang hadir dan menganjurkan bukan sekadar leka tetapi menggalakkan unsur-unsur maksiat di kalangan masyarakat," tegasnya lagi.

"Pemimpin kita gah menyatakan Malaysia sebuah negara Islam, tetapi perkara yang berbaur maksiat terus disuburkan di kalangan rakyat," tambahnya.

Beliau seterusnya menggesa kerajaan dan pihak terbabit menghentikan segera penganjuran konsert 'Sure Heboh' dan program hiburan yang lain yang jelas haram di sisi Islam.
Sementara itu, Ustaz Harussani dalam rancangan 'Menjawab Soalan Agama' siaran langsung Radio Televisyen Malaysia (RTM) Ipoh pada pagi tadi berkata, persembahan hiburan 'Sure Heboh' adalah haram dan diwajibkan diberhentikan segera.

"Pada saya 'Sure Heboh' ini adalah suatu perkara yang tidak baik kerana ianya melalaikan orang. Maka perbuatan melalaikan orang itu hukumnya haram," ujarnya ketika menjawab soalan pemanggil sewaktu siaran langsung itu.

Ujar Ustaz Harussani lagi, mereka yang menghadiri rancangan 'Sure Heboh' itu terdiri dari kalangan remaja Melayu yang beragama Islam.

Tambahnya, mereka yang hadir tentulah akan berseronok dari sebelum Maghrib lagi hinggalah ke lewat malam, malah ada yang meneruskan aktiviti lain selepas konsert itu seperti melepak hingga ke Subuh.

Selain itu, beliau turut mengulangi kenyataan bahawa Pejabat Mufti Negeri Perak telah membuat laporan membantah pihak terbabit yang menganjurkan program 'Malaysian Idol', 'Akademi Fantasia' dan Persembahan Bakat Warga Emas.

"Semua program hiburan seumpama itu adalah perbuatan yang membuang masa dan melalaikan termasuklah melemahkan tumpuan pelajar terhadap pendidikan mereka," ujarnya.
Katanya lagi, sejajar dengan kenyataan Malaysia Negara Islam kerajaan perlu menghapuskan program-program yang melalaikan yang bertentangan dengan Islam.

Konsert 'Sure Heboh' anjuran TV3 yang telah menjelajah hampir seluruh negara kini akan mengadakan kemuncak acaranya di Stadium Bukit Jalil daripada 30 Julai sehingga 1 Ogos ini.
Sebelum ini, penganjurannya telah mendapat pelbagai tentangan daripada masyarakat dan tokoh agama kerana pengisian program yang dibawa mengandungi pelbagai acara hiburan yang melalaikan. - mks.

IKEA

uhuks uhuks... i am a die hard fan of IKEA but I couldnt go to it's Member's day sale... :(( ...

This One Old man that I adore...Shafahullah

Tuan Guru Nik Abdul Aziz semakin stabil -
Timbalan MBThursday, July 22 @ 17:29:23

MYT KOTA BHARU, 22 Julai (Hrkh) - Rakyat, khususnya penduduk Kelantan dan penyokong PAS, tidak perlu bimbang terhadap perkembangan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerana keadaannya semakin stabil.

Timbalannya, Ustaz Ahmad Yaacob, dalam sidang akhbar di Hospital Pakar Perdana tengah hari tadi ketika mengumumkan perkembangan tersebut, berkata kesihatan Tuan Guru semakin stabil khususnya selepas pukul 1.00 tengah hari tadi.

Menurutnya lagi, memang pada awalnya Tuan Guru menghadapi sedikit masalah dan tekanan darah tinggi, bagaimanapun keadaan beliau sudah kembali stabil hingga sekarang.
“Untuk itu saya berharap rakyat di negara ini khususnya rakyat Kelantan yang sentiasa menanti-nantikan perkembangan Tuan Guru tidak perlu berasa risau kerana beliau semakin stabil,” ujarnya lagi.

Apa yang penting, tambahnya panjatkan doa kehadrat Allah semoga Tuan Guru cepat sembuh.

_____________________

Ya Allah!..shafahullah...

I really hope i would have a chance to meet him .. dulu masa with the pondokeers dulu had one chance but had to let it go for some reason..

semalam bisik kat Amiir.. supaya dia doakan tok guru.. supaya besar nanti..die ber peribadi dan bersakhsiah sepertinya... amiin..


Err... i think i have unintentionally transformed my serious-down-to-earth-political hubby into a shopping maniac.. he even reminded me on this coming 25th July as the first day of the MEGA SALE CARNIVAL and guess what?.. we might be among the first to start shopping for it... Nuun!! what have you done..!!!!

kay tagal maniac

now now.. i just got to know that many of my collouges have already discovered my blog.. well well..welcome.. bak kata gebu.." haha.. habis semua orang baca ape ko membebel.."..
 
hmm lepas nih kene tapis tapis lah.. baru ingat nak ngumpat you all dalam blog.. keh keh keh...
 
 
anyway.. I am so the happy today... rasa nak meloncat loncat happy, despite of my eyes yg dah makin besar ketumbitnya and my running nose..  I found a website on kay tagal.. hoyeh hoyeh...siap ade video dia sekali kay.. heh heh... though not the whole story..tapi boleh lah buat mengubat rindu... lepas nih kurang lah sikit naik tanduk kat kepala thinking of going home early or sleeping overnight kat rumah mak just to watch kay tagal.. heheh...
 

two months old...

Amiir and his babah ... 


Memikirkan masalah negara...hmmmm  

 Naughty tak?  kecik kecik dah muka nakal..wonder how he'll be bila grown up..




Muslim smokers... Wake Up!!

Statistics!

From CIA official statistics:

1. Total World Population : 6.5 Billion.

2. Total Muslims in the world : 2 Billion.

3. Total Smokers in the world : 1.15 billion.

4. Total muslim smokers in the world : 400 million.

5. Largest Cigarette maker is Phillip Morris

6. Phillip Morris donates 12% profits to Israel.

7. Total Muslim money to Morris $800 million DAILY.

8. Average profit margin is 10%.

9. Average profit for Morris is $80 million DAILY.

10. Thus $9.6 million of Muslim money goes to Israel everysingle DAY!!