Tazkirah utkku yg selalu alpa...

Dah bersediakah kita?

Antara TANDA-TANDA KIAMAT KECIL berdasarkan hadis

  1. Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a.,katanya, "Rasulullah s.a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang harikiamat."Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - SahihBukhari
  2. Zina bermaharajalela."Dan tinggallahmanusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar(keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim
  3. Bermaharajalela alat muzik."Pada akhir zaman akanterjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. "Ada yang bertanya kepadaRasulullah;"Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?"Baginda menjawab;"Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian(muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah
  4. Menghias masjid dan membanggakannya. "Di antaratanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalammendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
  5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat danhubungan dengan tetangga tidak baik. "Tidak kan datang kiamat sehingga banyakperbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang burukdalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim
  6. Ramai orang soleh meninggal dunia."Tidak akandatang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agamadimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dantidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad
  7. Orang hina mendapat kedudukan terhormat."Di antaratanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka'bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika ituialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" -Riwayat Thabrani
  8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnyasahaja."Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialahmanusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yangdikenalnya saja." - Riwayat Ahmad
  9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnyatelanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telahdekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila merekamemakainya keadaannya seperti telanjang."
  10. Bulan sabit kelihatan besar."Di antaratanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit."Riwayat Thabrani
  11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikanberita."Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datangkepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belumpernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlahdirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim
  12. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yangbenar."Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dandisembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad
  13. Negara Arab menjadi padang rumput dansungai."Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumputdan sungai-sungai." - Sahih Muslim

Dari Degup Jantungku

Petikan dari "Dari Degup Jantungku" oleh Menteri Besar Kelantan dan Al-Mursyidul Am PAS. Wad CCU, Tingkat 1, Institut Jantung Negara.


"Alangkah bermenafaatnya negara ini jika menerima saranan PAS untuk kembali kepada petunjuk dan pimpinan dari langit. Ubah perlembagaan UMNO dan ubah perlembagaan Malaysia. Letakkan al-Quran dan Hadith secara bertulis mengatasi segala-galanya. Dari situ, kita pun senang untuk berkerjasama. "

"Saya bimbang, UMNO cuma meniru sikap seorang yang bernama Abdullah bin Ubai. Orang ini pernah membina sebuah masjid yang dinamakan masjid Dhirar. Walaupun membina masjid itu baik tetapi apabila tujuannya tidak baik, maka ia tetap diarah untuk dibakar oleh Rasulullah s.a.w. Di sini, tokoh munafik ini berbuat baik untuk menudung (menutup) kejahatan. Bila di tegur oleh Rasulullah SAW,dia berdalih malah bersumpah(halaf) yang dia sedang mengusahakan kebaikan. Sebenarnya, dia hanya bermaksud mahu diterima kepimpinannya sedangkan dia masih tetap mahu mengkhianati agama Islam. Kerja ini hampir sama dengan kerja pemimpin UMNO. "

"UMNO isytihar Malaysia negara Islam tanpa apa-apa perubahan. Nampak mahukan negara di Islamkan. Tentulah ini sangat baik tetapi, al-Quran dan Hadith tidak mahu diterima. Ini Islam jenis apa? Mahu terap Islamlah dan mahu Islam hadarilah. "


"Saya tidak akan tutup mulut saya dari menegur mana yang salah kerana inilah jalan yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. Ini bukan kerana saya berdegil tetapi saya kuat mempercayai bahawa Malaysia hanya akan selamat jika sedia kembali kepada Allah. Malaysia tidak akan menjadi Islam hanya dengan permainan istilah.Ia akan hanya berubah dengan ikhtiar dan kesungguhan setiap pemimpin untuk melaksanakan Islam."


"Di sini, kita boleh terus berbeda pendapat. Anjurlah majlis untuk bermuzakarah. Insya-Allah, kami akan hadir untuk bekerjasama. Islam memberi peluang yang seluas-luas untuk berdialog samaada dengan orang Islam atau Non-Islam. Samaada engkau yang benar atau kami yang benar(wa inna au iyya kum),ini semangatnya.

Akan tetapi, Allah S.W.T sangat berpesan kepada kita bahawa “jika kamu berselisih dan berbeda pendapat, kamu hendaklah kembali kepada kitab Allah dan rasulnya”dan bukannya Perlembagaan Negara. Selagi kita sedia berdialog untuk akhirnya kembali kepada petunjuk langit, saya tidak ada masalah. Jika tidak, dalam terbaring di hujung katil ini pun, saya akan tetap bingkas dan tidak mengalah. Biar gelung-gelung wayar ini menjadi saksi akan istiqamah seorang pemimpin parti pembangkang yang tetap enggan menyerah! "

Melaka dalam kenangan

Alhamdulillah, Isnin lepas dapat menjejakkan kaki ke melaka sekali lagi dengan abg.. kebetulan cik abg ade kerja di telekom Melaka... gah betul; tengok MMU melaka.. cantik!.. MMU cyber tak se"heaven" itu..




Nih gambar rumah di taman Dahlia.. Osmets:, gebulat (now ofismate), Nik (mother of Shaista Sufiah), Farah Fawcett, Su Embun,Aliyah dan Buna..

Apa yg bestnya Melaka ya? I;m very sure that kalau tanya kawan kawan dulu, semua agree duk Melaka lagi best ..

memang setiap kali pergi ke melaka, mesti teringat kisah kisah lama di Melaka.. dalam 4 years of study kat MMU. Kenangan di Melaka antara yg paling susah nak lupa.. student life memang best..:) cik abg bawak jugak gih menjengah kawasan rumah lama di Taman Dahlia.. huh huh.. .. dulu duk belakang rumah sekarang duduk serumah... try jugak carik warung makcik siti..tapi MMU dah banyak berubah.. mesti kedai makcik siti yg terkenal dengan nasi goreng kampung dengan telur mata kerbau dia dah upgraded juga tak ? Konon-konon mengembalikan nostalgia lama.. kami berenti utk lunch dekat sajian utama.. dulu, waktu belajar, sajian Utamalah tempat terkenal utk melepak.. Sajian Utama sekarang pun dah tenggelam dalam kepesatan tu..

By the way.. Kat Melakalah actually mula- mula kenal cik Abg.. Alhamdulillah.. :) orang yg tegur cik nuun "excuse me "masa satu kursus anjuran IU dengan tu dah jadi bukan sahaja suami, tapi best friend and father of my son..:) maybe that's why Melaka best kot ek? heheh ...gatai

_________________

Hmm berkisar pasal pengharaman konsert Sure Heboh.. nyata dapat reaksi banyak pihak.. I was expecting something from our CEO.. .. Farid Ridzwan did give his statement.. siap jawab.. Sure heboh akan kembali dengan acara yg lebih meriah tahun depan bedasarkan sambutan peminat..mafhumnya tuh.. tergugat sikit kekaguman pada this young CEO.. sheikh fadzil pulak siap mempertikaikan kat mana haramnya sure heboh... katanya... Sure Heboh seperti jualan karnival lain... dan menyatukan masyarakat berbilang bangsa...

uhuh?.. cik Nuun bukak balik Harussani's statement.. did he said the carnival?.. no no.. he specifically said the concert.. (terbayang masa ezlyn duk nyanyi lagu hai hai bye bye dia pakai skirt pendek macam yg ditayang lam tv).. anyway.. memang ade benarnya yang the statement should be gazzeted as all concerts yang nyata mendedahkan aurat dan melalaikan tu diharamkan.. Mungkin prosedur Dato' Harussani salah i dunno.. tapi we should treat it sebagai teguran dari seorang ulama'.. and we should respect it rather than menyangkal dan membidas..

todays news, Zaid Ibrahim the very the great the lawyer kononnya tu plak komen.. that these two badan mufti, Majlis Fatwa Kebangsaan dan Mjalis Mufti-Mufti Malaysia nih.. can not simply make rules... and that Malaysia ade it's own law that should govern all the rules made by the mufti's.. hmm Negara Islam .. tapi undang undang dunia dilebihkan dari undang undang islam..