Ingat posting berkaitan dengan rambut botak amiir dan ali?

ni sambungannya... semalam alhamdulillah sempat buat apa yang tak sempat di buat dua minggu yang lalu. Jom kita tengok apa yang sempat dicapture oleh kamera.... minggu depan penuh lagi jadual, kalau tangguh tak tau bila nak buat lah pulak...




Ni pemandangan menyenakkan mata sebelum operasi pembersihan dijalankan. Kalau anda perasan pokok lengkuas tu umurnya hampir sama usia dengan umur amiir (masa ummu amiir ada lagi) kira ada sentimental value jugaklah huhu, tapi kami pun tak ingat berapa kali kami pernah pakai..



Selepas operasi pemutihan. Dulu kat belakang ni pernah ditanam serai, kangkung, ulam raja, cili tapi sekarang dah takde dah... ummu muhammad ada cadang nak tanam tu nak tanam ni tapi tak berjalan lagi idea tu... Semalam sebelum mula operasi duk terfikir satu cadangan 'radikal' apa dia? nanti tengok lah...

Ada iklan kata Pertanian Adalah Perniagaan tapi kalau bertani lalang rasanya tak pernah ada orang untung lagi kut.....



Kita pergi bahagian depan pula. Kat atas tu pemadangan saujana mata memandanglah...

Ni selepas rumput di'trim' lah. Saya cuba cari gambar 5 tahun lepas waktu mula mula 'gardening' tapi tak jumpa. Depan ni tak ada perancangan 'radikal' lagi sehingga semalam. Lepas ni tak tahu lah..



Petang selepas basuh kereta pergi tempat umi amiir lak... dah nak maghrib pun sampai lepas tu nak gi bengkel lak ambil motor yang dah dua minggu tertangguh nak baiki.

Perasan ada 'jiran baru' kat tempat ummu amiir. Saya duk ingat sebelah tu akan kosong paling tidak pun untuk 20- 30 tahun akan datang kalau nak berisi pun. Tambahan pula perkuburan baru dah dibuka tapi siapa tahu perancangan Allah kan?
Mitok maah lah ... tok dei nok updek.......ni pung ikut dei aaa baghu buleh update.....

(Mintak maaflah ..tak sempat nak update... ni pun ikut sempat jer baru boleh update...)

Gambar waktu balik Terengganu dua minggu lepas ( Dua minggu lepas baru nak update?) huhu..kali ni balik naik bas sebab tak ambil cuti..balik hujung minggu jer...


Khusyuk tidur dalam bas.... mana abg cik??


Amboiii ambil kat dia sorang kerusi tu...... tak senonoh tul.... :P




Sampai sampai rumah ibu ( mak saudara Muhammad no 1) terus masuk swimming pool.



Hari terakhir lepas gi ziarah sedara kat hospital ngan pergi rumah tok teh amiir, ingat nak gi keropok 008 ( rujuk posting terdahulu) nak beli keropok tapi...bila tengok orang macam kat bawah...kira cancel lah....



Beratur sampai ke luar...... punya ramai orang hujan hujan pun..... so kempunan aaa nak makan keropok lekor 008. Balik rumah ibu nasib baik dia masak special sebab nak balik malam tu...


Apa lagi.. 'belasah' lah...sampai lenguh mulut :P.