Entry One
" Ketahuilah OlehMU "
Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia..
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.
Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih...
Allah SWT sudah menghitung airmatamu.
Jika kau pikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja...
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.
Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelepon...
Allah SWT selalu berada disampingmu.
Ketika kau pikir bahwa kau sudah mencoba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi...
Allah SWT punya jawabannya.
Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu.
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur...
Allah SWT telah memberkatimu.
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban...
Allah SWT telah tersenyum padamu.
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.
Ingat bahwa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap...
Allah SWT TAHU .......
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...
mnlisBKNkrnNAMA From Tranung Kite
Entry Two...
Allahu rabbi...
- Berita Nasional -
Bayi ditemui sebelah mayat ibu, kakak jadi rebutan

NORHAYATI mendukung bayi yang ditemui bersama mayat ibu
dan kakaknya yang kini ditempatkan di Hospital Seremban,
semalam. – Gambar oleh Owee Ah Chun
SEREMBAN: Bayi comel yang ditemui bersama mayat ibu dan kakaknya, di sebuah rumah tinggal di Kampung Siliau, Rantau, dekat sini, Isnin lalu, kini menjadi rebutan ramai yang mahu menjadikannya anak angkat.
Sejak kisah bayi malang itu disiarkan media Selasa lalu, pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri dihujani panggilan telefon orang ramai yang mahu mengambil bayi itu sebagai anak angkat.
Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat JKM negeri, Aidah Jaamat, berkata mereka yang berhasrat berbuat demikian bukan saja penduduk negeri ini, tetapi juga dari Melaka, Johor dan Kuala Lumpur.
“Ramai bertanya mengenai bayi perempuan itu sehingga kami tidak menang tangan untuk melayan dan kebanyakan pemanggil berhasrat menjadikan bayi itu sebagai anak angkat,” katanya ketika mengiringi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Datuk Norhayati Omar, yang melawat bayi terbabit di Hospital Seremban (HS), semalam.
Selasa lalu, akhbar ini menyiarkan laporan seorang wanita warga Indonesia dipercayai membunuh anak perempuannya berusia dua tahun sebelum membunuh diri kerana dikatakan kecewa dengan suaminya.
Suami mangsa dipercayai seorang warga India dikatakan pulang ke negara asalnya, Mac lalu selepas permitnya tamat tempoh dan terus tidak muncul-muncul selepas itu.
Wanita itu, Reni Wahabi, 32, yang dipercayai baru empat hari melahirkan anaknya sebelum kejadian itu dipercayai meminum racun serangga untuk membunuh diri.
Sebelum itu, dia dipercayai memberi anaknya berusia dua tahun minum racun sama sebelum menikam kanak-kanak itu dipercayai kerana tidak sampai hati melihat anak perempuannya menderita kesakitan.
Ketika mayat mereka ditemui penduduk kampung kira-kira jam 2.15 petang, bayi terbabit masih bernyawa dan hanya ada kesan merah akibat ruam lalu dihantar ke HS.
Sementara itu, Aidah berkata, orang ramai yang berhasrat menjadikan bayi malang itu sebagai anak angkat perlu mematuhi beberapa prosedur yang ditetapkan.
“Kami akan mendapatkan perintah mahkamah bagi mendapatkan hak penjagaan sementara bayi itu untuk diserahkan kepada Rumah Kanak-Kanak Tunku Budriah di Cheras.
“Selepas itu, banyak prosedur lain perlu dilakukan, termasuk menanti sama ada dapat mengesan warisnya, selain menentukan kewarganegaraan bayi terbabit,” katanya.
Sementara itu, Norhayati berkata, pemeriksaan doktor mendapati bayi terbabit sihat, cuma dia menghidap demam kuning tetapi dijangka dibenarkan keluar dari hospital tidak lama lagi.