Dah dah abih dah bab kahwin, kita sembang bab kerja plak.....
Sekali lagi credit to my pebret lecturer...thanks, moga menjadi ilmu bermanfaat bekalan untuk hari esok bagi beliau khususnya dan kita semua...
************************************************************************************
1) Macam-macam manusia dengan kerja. Ada yang kerja mereka merapatkan hubungan dengan Allah dan ada yang sebaliknya.
2) Bagi orang yang berkerja sendiri seperti berniaga atau mengambil upah, mereka mempunyai hubungan yang tersendiri dengan Allah. Ada di kalangan mereka yang bangun sebelum subuh memohon kepada Allah agar dimurahkan “rezeki yang tidak pasti” untuk hari itu. Mereka sentiasa berdoa agar tidak sakit kerana sakit bererti tidak berkerja dan tiada income. Pendek kata, mereka sentiasa menjaga hubungan dengan Allah dan sentiasa memohon pertolongan daripada yang Maha Esa kerana ia mempunyai kesan langsung dengan rezeki mereka.
3) Berlainan dengan sebahagian mereka yang kerja makan gaji(kitalah tu-abu amiir). Jika mereka bangun awal pagi untuk beribadah kepada Allah, atau bangun lewat terlepas solat subuh, gaji mereka tetap sama. Jika mereka rasa badan tak sedap dan kurang sihat untuk ke tempat kerja, mereka boleh dapatkan MC dan gaji mereka tetap sama dengan kawan yang pergi kerja. Di segi zahirnya, tiada kesan pada gaji ketika dia taat atau cuai kepada perintah Allah swt.Awas! Kita perlu berhati-hati dengan keadaan ini kerana ia boleh menyebabkan seseorang itu mula memandang ringan hubungannya dengan Allah swt.
4) Sebaliknya, ada juga yang ketika makan gaji hubungannya dengan Allah amat baik sekali. Tetapi apabila dia kerja sendiri dan mula sibuk, hubungannya dengan Allah mula rapuh.
5) Bagi kita yang mengetahui tujuan hidup seperti yang diceritakan dalam al-quran, kita perlu menjaga hubungan dengan yang Maha Esa pada setiap keadaan. Janganlah keselesaan hidup dan telah mempunyai kerja yang selamat mencacatkan hubungan kita dengan Allah swt. Pada pandangan saya, tiada kerja yang benar-benar selamat(melainkan kalau kerja itu kita tidak lupa untuk merujuk kepada buku panduan operasi yang telah dibekalkan kepada kita sebelum kita lahir lagi-abu amiir). Wallahu A’lam.