Posting utk Pak Lan

5/04/2005 1:53 PM by nuun
Entry One

Sebenarnya pada hari ni (4 Mei 2005, sebulan sebelum tarikh ) sepatutnya artikel mengenal salah seorang bakal pengantin kita Sdr Fadzlan dinukilkan di sini tapi memandangkan kesilapan teknikal(Data hilang dari PDA sewaktu Synchronize, yang kita nak pada waktu tu yang tu lah yang hilang )Bukan tu sahaja yang hilang gambar gambar yang saya cadang untuk dimuatkan dalam tulisan mengenai Sdr Fadzlan dan juga sepasang lagi bakal pengantin turut hilang, memang kena buat balik lah itupun kalau ada masa. Kepada Sdr Paklan, Sdr Amir dan Sdri Azah, sabar ek tunggu posting baru bila ada masa free....

Apa pun kalau setakat hilang gambar atau data mungkin tak seberat kehilangan saudara kita di bawah (terbaca berita ni sewaktu sibuk mencari gambar yang hilang).

Entry Two

Isteri, anak tunggal meninggal selang sehari - Berita Harian 4 Mei 2005


MELAKA: Bagaikan jatuh ditimpa tangga, itulah nasib seorang atendan pam minyak yang terpaksa berhadapan dengan kematian dua orang yang disayangi iaitu isteri dan anak tunggalnya yang meninggal dunia dalam tempoh tidak sampai 24 jam.

Mohamad Ahmad, 54, dari Kampung Solok Jenuang, Ayer Molek, dekat sini, kematian isterinya, Zaiton Palit, 51, akibat kanser tulang dan usus pada Ahad lalu.

Bagaimanapun, beliau kemudian terpaksa pula menyemadikan jenazah anak tunggalnya, Othman, 16, yang meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Ayer Molek-Tiang Dua, kelmarin.

“Saya sama sekali tidak menyangka akan kehilangan isteri dan anak tunggal dalam tempoh yang begitu singkat.“Saya bagaikan tidak percaya nasib yang menimpa saya ini tetapi reda dengan pemergian kedua-dua orang yang sangat saya sayangi dan menganggap apa yang berlaku sebagai dugaan Allah. Mungkin ada hikmah di sebaliknya,” katanya dengan nada sebak ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Mohamad berkata, isterinya menderita penyakit kanser berkenaan sejak empat bulan lalu dan dirawat di Hospital Melaka selama sebulan lebih sebelum dibenarkan pulang dua bulan lalu.“Isteri saya meninggal dunia pada petang Ahad lalu dan jenazahnya dikebumikan pada hari yang sama selepas Maghrib.

“Bagaimanapun, keesokan harinya (Isnin) iaitu pada kira-kira jam 11.30 pagi, saya termasuk keluarga yang lain terkejut apabila diberitahu anak tunggal saya terbabit dalam kemalangan,” katanya.

Mohamad berkata, Othman, yang juga pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Molek, dekat sini, dalam perjalanan ke kedai runcit berhampiran rumahnya menunggang motosikal.

Difahamkan ketika kejadian, Allahyarham cuba memotong kereta dan bertembung dengan motosikal lain dari arah bertentangan menyebabkan kedua-dua penunggang motosikal terjatuh.Allahyarham dikatakan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Melaka akibat cedera parah di kepala.

Mohamad berkata, Othman adalah satu-satu anaknya yang tinggal. Abang kepada arwah meninggal dunia ketika berusia empat tahun.




gambar, originally uploaded by nuun.


MOHAMAD berdoa di pusara anaknya sambil melihat kubur isterinya (berpayung), semalam. Gambar oleh Norfaisal Jahuri

0 Response to "Posting utk Pak Lan"