Entry One:

Sumber dari the sun.....masa tengah tunggu training kat Menara MAB ops Menara TM. teringin nak update blog terus laks sorry ek ummu auni dan ummu nufayl rasa nak ek sket :p jangan ada yang gigit henpon lak pas nih

Dulu masa tengah berebut rasanya dinyatakan pulau ada sumber minyaklah hapalah tup tup bila kalah......



teringat hujah mantan menteri luar pasal isu ni.Beliau dipetik sebagai berkata 'Rumah kita kalau kita tak jaga tak bermakna kita tak nak rumah tu'

Tapi hakikatnya masa perbicaraan di The Hague didedahkan bahawa selain dari surat rasmi daripada pemangku SUK Johor,fakta juga menyatakan bahawa Malaysia tidak pernah memasukkan pulau tersebut sebagai sebahagian daripada Malaysia bila ia mengeluarkan peta rasmi dalam tahun 70 an.

Itu lagi teruk dari tak jaga, TAK NGAKU PUN !!! Tak tahulah kalau masa tu Pulau Putih Mata tu tak timbul lagi kot.

Entry Two:

Berita semalam menyatakan hanya RM 4 Juta setahun sahaja duit dari Terengganu yang digunakan untuk Monsoon Cup manakala dakwaan RM 250 juta itu bukan datang dari duit royalti tapi dari Pusat....

Kalau macam tu, teruklah pembangkang buat dakwaan tu tapi....mana pergi duit ihsan?

BN - Beras Naik?

Kaji ubi setelo ganti nasi - Mustapa

Oleh WAN RAMLI WAN MUHAMAD

BESUT 25 Mei - Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) diminta menjalankan kajian terperinci berhubung cadangan menjadikan Vitato iaitu sejenis ubi keledek sebagai satu daripada makanan mengganti nasi bagi rakyat Malaysia.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed berkata, Vitato yang juga lebih dikenali di Kelantan dan Terengganu sebagai 'ubi setelo', ternyata lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan tepung gandum dari segi diet, vitamin C dan karotena.

Katanya, kajian terperinci seharusnya dijalankan segera, terutama dalam aspek tanggapan dan kehendak pengguna sendiri, sama ada ia boleh dijadikan makanan gantian sekiranya khasiatnya tidak banyak berbeza dengan beras.

''Bukan mahu ganti sepenuhnya dengan nasi yang kini menjadi makanan asasi rakyat Malaysia tetapi untuk kajian mendapatkan tindak balas daripada pengguna itu sendiri," katanya selepas melawat projek penanaman Vitato di Kampung Gong Macang dekat sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang, Datuk Rahim Ahmad; bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh; Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri, Datuk Wan Zakaria Wan Abdul Rahman dan beberapa pemimpin masyarakat.

Projek penanaman Vitato di Gong Macang diusahakan di kawasan seluas 50 hektar dengan membabitkan 47 peserta.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata, pihaknya membuat cadangan ini berikutan harga beras di pasaran dunia sekarang melambung tinggi.

Bagaimanapun katanya, di negara ini kerajaan membuat keputusan mengekalkan harga kawalan beras Super Tempatan 15 peratus antara RM1.65 sekilogram hingga RM1.80 sen sekilogram yang ditetapkan mengikut zon.

Mengenai Vitato, beliau berkata, Kelantan dan Terengganu bakal menjadi pengeluar terbesar di negara ini sekiranya semua petani menyahut seruan kerajaan mengusahakan tanaman itu secara besar-besaran.

Katanya, antara kawasan dikenal pasti sesuai untuk penanaman Vitato termasuk Bachok Utara, Besut, Setiu dan beberapa kawasan lain.

Menurutnya, tanaman Vitato juga sesuai dijadikan tanaman ganti kepada tembakau yang kini dikurangkan penanaman di negara ini walaupun ia dari segi pendapatan kepada petani adalah kurang.

nota; Pilihlah ubi mana yang bersesuaian dengan bajet anda. Senarai harga di sini Saya suka ubi kayu rebus dengan kelapa/ikan masin/ dakpun ubi kayu goreng....


Kredit gambar
Hish org taman sutera nih...


My 7 facts...

1. Anak ke-1 dari 4 orang adik beradik... hobi saye suke melawat muzium :P (macam budak sekolah kampung dusun jer)

2. MBA- Married But Available hahaha :P ada dua lagi kosong..sekarang ni masih lagi semangat berkibar kibar dan bercita cita tinggi untuk tidak mengisi lagi dua tu

3. Kecik-kecik dulu suke tengok citer gaban dengan satria baja hitam(atau kamen rider bak kata sin chan), tiap tiap petang khamis lepas balik ngaji quran dekat masjid masak maggi dengan ayah ngah amiir and then tunggu lah depan tv dari kul 4 sampai kul 5.

4. Pernah diugut untuk di black list oleh tempat belajar dulu sebab tak nak masuk pertandingan kat TV last last masuk ingat nak target dapat nokia 3210 (masa tu gempak giler woo sape ada tepon nih)



last last dapat komputer sebijik, tiket melancong ke langkawi naik air asia,(masa tu naik air asia boleh dapat kacang free lagik), tiket penerbangan antarabangsa ke mana mana destinasi bernilai RM 10k, sebijik motor yang masih lagi berguna sampai sekarang dan sebuah piala iringan :P

5. Tiket RM 10k tuh burn macam tuh jer sebab saya lupa nak redeem.

6. Favourite food - semua yang sedap di lidah dan mengenyangkan setakat ni dah rasa ayam itik serati angsa ayam api KAMBING, otak, pipi, lidah, tunjal bla bla bla bla tirambisu, jering rebus cicah kelapa, ubi kayu goreng,jagung parut, gulai budu :( , sup gearbox mana yang terlintas...tak baik citer makanan banyak banyak....tapi teringin nak rasa nasi ambanglah tak dapat dapat lagik..


7. Cita cita pelbagai, masa darjah dua dengar orang nak jadik pensyarah saya pun nak jadi pensyarah tapi tak tahu apa benda pun pensyarah tu... bila duduk keliling dengan group lain citer citer tu bertukar, nak jadi rela(ikatan relawan rakyat) pun pernah..Masa impress dengan husam nak jadik MP kubang kerian pun pernah hehe tapi antara yang pernah difikirkan serius masa sekolah rendah dulu adalah saya mahu hidup macam mak ayah saya jer tak mewah sangat dan tak susah sangat......


saya nak tag sape ek nanti ramai marah kat saye laks...

volunteer dulu leh tak..? kalau lepas seminggu tader volunteer bagi...


1. Apa nama.....

2. ikut suka aku nak tulis apa

3. sape yang mengikut jejak apa namaaaa letak jawatan

4. Orang yang nak gi bercuti minggu depan

5. sedara die

6. fieldsky

7. last but not least
Saya mendapat berita Sdr Ezam Md Nor akan menyertai UMNO tidak lama lagi. Saya menghormati kputusan Sdr Ezam kerana berpegang kepada prinsip parti itu suatu wadah bukan aqidah. Saya juga berharap Sdr Ezam dapat memastikan perjuangan beliau untuk membasmi rasuah dan membentuk kerajaan berwibawa diteruskan. Mungkin perkara pertama yang perlu beliau buat ialah mendapatkan UMNO membuka semula fail saperti rasuah Rafidah, Rahim Tamby Chik, Tan Sri Nor Yaakob dan banyak lagi fail/personaliti didalam UMNO/BN.

Saya mendapat maklumat Sdr Ezam diterima masuk semula kedalam UMNO atas syarat beliau akan bertanding menentang DSAI dalam mana-mana pilihanraya kecil yang akan ditandingi. Saya harap berita itu tidak betul. Namun apa pun saya berharap Sdr Ezam meneruskan persahabatan kami walaupun berlainan Parti. Kami telah melalui banyak suka duka bersama termasuk dibalun polis, ditahan ISA dan macam-macam lagi. Saya mengucapkan selamat kepada Sdr Ezam insya ALLAH.

Adios

Zulkifli Noordin
Entry One:

Ingat nak ulas pasal buku terbaru yang telah selamat dikhatam( dah dua buku dah khatam tak sempat nak share nih :P) tapi dengan keluarnya berita Dr Mahathir keluar Umno rasa menariklah plak nak mengulas yang ni dulu.

Apa pentingnya tindakan chedet ni?

a. Rasa rasanya hampir pasti MP Jerlun pun akankeluar UMNO. dengan itu berkuranglah lagi satu kerusi BN di parlimen. Itu belum dikira MP yang masih lagi setia kepada che det.

b. Kalau taktik ni berjaya menyebabkan Perdana Menteri meletak jawatan, maknanya dah tiga oranglah daripada lima PM Malaysia berenti semuanya dikaitkan dengan beliau iaitu Tunku, Tun Hussein dan Pak Lah la kut

c. Dengan keluarnya chedet dari UMNO dan kalau Pak Lah pun berkeras tak nak berenti ditambah takdir umur beliau lagi panjang dari che det, beliau akan memasuki senarai Presiden UMNO yang meninggal di luar UMNO.

d. Tunku letak jawatan 7 bulan(Januari 1970)selepas Perikatan kalah teruk di juga 5 negeri dan selepas che det dibuang dari UMNO. Apakah Pak Lah pun begitu juga?

e.Kalau sejarah berulang? 7 Bulan selepas PRaya maksudnya bulan Oktober 2008. DSAI janji kerajaan baru pada September 2008, adakah ni pun sebahagian daripada perancangan?

Menarik komen MP Pokok Sena seperti berikut:

Tiada harta tiga generasi supaya Dr M keluar Umno


oklah dulu nanti kita tengok apa yang bakal jadik selepas ni..


Entry Two:

Esok besday amiir husaini, minggu depan besday muhammad lak tapi kitaorang dah buat awal awal lagik.. sabtu lepas buat di rumah tuk



nak tengok gambar lainpegilah ke fotopages anjang amiir



ni takde kena mengena dengan faizal tahir ek..kalau dengan ahmad faizal yer...

Tadi buat di rumah pulak.. (tapi gambar tak sempat copet daripada anjang amiir lagik). Minggu depan Insya Allah buat di rumah mak tuk lak..

Terima kasih atas kunjungan dan hadiah tadik.. sob sob sob.....
Bila baca entry di bawah...

SPR: Kabinet batalkan dakwat kekal


1. saya tak tahu nak percaya seratus persen ke tidak...berdasarkan sejarah kenyataan beliau selama ini. ataupun sejarah kenyataan beliau sebelum ini pun disebabkan faktor entry di atas jugak..

2. Boleh kena OSA tak bila dedahkan keputusan kabinet macam ni?





'Kerastangan' terbaru amiir bermotifkan rama rama. Tak tahu sama ada terpengaruh dengan cerita yang baba dia tengok dua minggu lepas, 'the silence of the lambs' ke atau rama rama sempena hari ibu. :p

Kaler merah melambangkan rama rama tu kononnya berani manakala biru pulak melambangkan cita citanya nak terbang ke langit biru macam air asia dan mas yang tengah berperang harga sekarang laksana giant,carrefour dan tesco bergaduh harga di akhbar suatu ketika dulu.

hijau pula melambangkan walaupun bergaduh di awan yang biru, bumi yang dipjak masih lagi rumput yang hijau.

Kesimpulan daripada cerita di atas, 'berpindahlah sekolah baru kalau anak anda boring di sekolah yang lama'.Mungkin silap babanya jugak dulu kot tak letakkan dia bersama sama umur 4-5 tahun di sekolah lama.

sekian terima kasih



H
Entry One:

Macam dia sorang jer kut boleh berucap macam ni tanpa gangguan :P tunggu zul nordin ke saifudin ke mahfuz ke bangun....dakpun ibrahim ali..




Teks penuh ucapan Ahli Parlimen Rembau 12 Mei 2008


TUAN Yang Dipertua,

Saya tampil untuk turut serta membahas usul menjujung kasih ke bawah duli Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong di atas titah Tuanku di Dewan yang mulia ini.

Izinkan saya bermula dengan merakamkan ucapan takziah dan rasa simpati rakyat Rembau kepada rakyat negara Myanmar atas malapetaka taufan yang mengorbankan puluhan ribu nyawa di negara jiran kita itu. Saya harap bantuan dari masyarakat antarabangsa akan sampai terus kepada rakyat Myanmar tanpa sekatan untuk mengelak krisis yang lebih besar berlaku.

Tuan Yang Dipertua,

Inisiatif Kerajaan untuk menilai semula serta mengambil langkah-langkah untuk memperkasakan beberapa institusi pemerintahan dan pentadbiran adalah selaras dengan hasrat Kerajaan untuk mengukuhkan lagi lunas-lunas demokrasi, ketelusan, accountability dan integriti dalam sistem politik negara. Iltizam politik yang ditunjukkan oleh Kerajaan untuk membawa perubahan yang dituntut oleh rakyat adalah bukti komitmen Barisan Nasional kepada prinsip-prinsip tersebut secara hakiki dan bukan hanya sekadar retorik politik.

Mendahului senarai, cadangan penstrukturan semula Badan Pencegah Rasuah dan penubuhan Suruhanjaya Perlantikan Hakim disambut baik oleh rakyat di Rembau kerana mereka, seperti juga rakyat Malaysia yang lain, ingin melihat gejala rasuah dibasmi secara menyeluruh dan memastikan setiap rakyat mendapat hak dan diberikan keadilan yang mutlak di mahkamah.

Rakyat umum menyifatkan langkah penubuhan Suruhanjaya Perlantikan Hakim sebagai satu cadangan yang amat berani dalam mengembalikan maruah, martabat dan kebebasan institusi kehakiman yang dianggap tercemar dan tercalar kredibilitnya sejak berlaku krisis kehakiman pada tahun 1988. Suruhanjaya ini, yang dicadangkan oleh YAB Perdana Menteri, harus memastikan bahawa proses penilaian dan penapisan perlantikan dan juga kenaikan pangkat hakim dijalankan dengan telus dan beramanah, tanpa adanya sebarang usaha untuk mempengaruhi mana-mana pihak yang terlibat. Dengan cara ini, rakyat akan lebih yakin bahawa hanya individu yang terbaik dari segi ilmu undang-undang dan integriti akan menganggotai badan kehakiman negara.

Namun begitu, saya percaya penubuhan Suruhanjaya ini tidak menghakis prerogative Perdana Menteri. Selaras dengan contoh daripada negara-negara lain, cabang eksekutif Kerajaan perlu mempunyai hak budi bicara untuk menimbang cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya tersebut. Pada masa yang sama, Suruhanjaya ini sama sekali tidak akan menghakis kedaulatan Institusi Raja, kerana nama-nama calon hakim baru dan mereka yang dinaikkan pangkat tetap memerlukan perkenan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Harapan yang menggunung juga diletakkan oleh rakyat agar komposisi keanggotaan Suruhanjaya ini merangkumi mereka yang arif dan dalam ilmunya, berpengalaman dan berintegriti tinggi seperti bekas hakim-hakim, cendekiawan undang-undang dan wakil dari profesion guaman, selain Ketua Hakim dan hakim-hakim kanan yang masih berkhidmat.

Tuan Yang DiPertua,

Penstrukturan semula Badan Pencegah Rasuah dengan menjadikannya sebuah suruhanjaya bebas yang dikenali sebagai Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia dan penggubalan akta perlindungan bagi whistleblowers juga merupakan langkah-langkah yang berani dalam menunaikan janji kepada rakyat. Saya ingin mencadangkan supaya Suruhanjaya ini diberi lebih kuasa, terutamanya kuasa pendakwaan. Perlaksanaan cadangan ini akan memberi pengkhususan kepada Suruhanjaya tersebut dalam pendakwaan kes-kes rasuah dan boleh meringankan beban Kamar Peguam Negara yang berdepan dengan banyak kes-kes tertangguh.

Pada masa yang sama, saya juga berharap agar Kerajaan akan meneruskan usahanya untuk mencegah rasuah dengan penggunaan teknologi moden. Teknologi sebegini akan dapat memastikan bahawa wang rakyat yang dibelanjakan memperoleh nilai yang terbaik. Contohnya, Kerajaan boleh menggunakan teknologi maklumat untuk mengurangkan kos perolehan dan menyalurkan penjimatan tersebut kepada projek-projek pembangunan. Sistem yang dikenali sebagai e-perolehan atau e-procurement mampu menjamin harga barang yang dijual kepada Kerajaan adalah pada harga yang berpatutan. Sistem ini telah berjaya mengurangkan kos di syarikat-syarikat gergasi dunia sehingga 25%.

Satu lagi contoh yang saya ingin utarakan ialah perlaksanaan sistem track and trace dalam Kerajaan. Sistem track and trace yang lazimnya digunakan oleh perkhidmatan pos, membolehkan pengguna menyemak status fail mereka, nombor telefon dan alamat e-mel pegawai yang sedang memproses fail tersebut. Melalui perlaksanaan sistem ini, rakyat akan menjimatkan banyak masa kerana status permohonan mereka boleh didapati secara real time. Saya juga mencadangkan agar tempoh masa atau deadline juga dapat diberikan untuk permohonan-permohonan tertentu agar rakyat yang berurusan dengan Kerajaan tahu bila kes mereka akan dapat diselesaikan. Ini akan meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengurangkan kemungkinan berlakunya rasuah, apabila permohonan daripada rakyat tersenggut-senggut pergerakannya atau langsung tidak bergerak lantaran kerana tiada pelincir.

Tuan Yang Dipertua,

Media massa yang terbuka, bertanggunggjawab dan berkredibiliti merupakan tunggak penting sistem pemerintahan yang demokratik. Oleh itu, satu langkah bersepadu hendaklah diambil untuk memperkukuhkan media massa tempatan, tidak kira sama ada media cetak, elektronik atau Internet agar kredibiliti semua jenis media akan dapat ditingkatkan lagi.

Kerajaan telah membuktikan keprihatinannya dengan memberikan ruang untuk media massa menyuarakan pendapat mereka tentang pelbagai isu semasa. Sudah tiba masanya bagi ruang ini diperkukuhkan lagi secara formal dengan satu reformasi menyeluruh, yang boleh menjamin media yang terbuka dan bertanggungjawab. Menyedari akan hakikat bahawa isu-isu berhubung kaum dan agama adalah sensitif, perubahan ini perlulah dijana dengan halus dan teliti, dengan objektif yang nyata, iaitu menjadikan media satu institusi yang berkredibiliti tinggi dan berwibawa.

Saya menyambut baik cadangan YB Menteri Dalam Negeri untuk mengkaji semula keperluan untuk memperbaharui lesen tahunan bagi media cetak, yang secara tidak langsung akan menghapuskan sekatan birokratik yang mengekang kebebasan mereka. Pada masa yang sama, para wartawan baru, termasuklah wartawan blog dan laman berita Internet, perlu juga membina keupayaan mereka dengan menjalani latihan profesional sepertimana yang dilakukan oleh wartawan baru media arus perdana. Ini akan mendedahkan mereka kepada perkara-perkara asas kewartawanan, seperti kewartawanan yang beretika, dan undang-undang mengenai penyebaran fitnah dan berita palsu, bagi melahirkan wartawan yang bertanggungjawab.

Apabila industri media mempunyai keupayaan yang lebih tinggi dari aspek profesionalisme yang turut melambangkan sikap bertanggungjawab, maka peranan penyeliaan media itu boleh diserahkan oleh Kerajaan kepada badan yang bebas. Model Suruhanjaya Aduan Media yang wujud di beberapa negara, boleh memastikan laporan yang adil dan beretika dan mencegah sebarang berita yang menghasut, menghina atau menimbulkan kemarahan pelbagai pihak. Jika mekanisma ini boleh diwujudkan dan penyeliaan media boleh dibuat secara bebas tanpa menggugat keharmonian dan keselamatan awam, dan jika industri media serius untuk membina keupayaan dan kemahiran mereka demi kewartawanan yang beretika, adil dan bertanggungjawab, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan boleh dimansuhkan.

Tuan Yang Dipertua,

Saya percaya semua pihak bersetuju bahawa matlamat Kerajaan dalam memberikan subsidi adalah untuk mengurangkan beban rakyat yang kurang berkemampuan serta memangkin pertumbuhan sektor strategik negara. Kerajaan membayar pelbagai subsidi dengan jumlah yang amat besar, di mana untuk tahun 2007 sahaja ia telah menjangkau lebih RM33 bilion.

Sememangnya peruntukan subsidi adalah lebih wajar dimanfaatkan untuk sektor strategik dan golongan berpendapatan rendah. Sebagai contoh, sektor pertanian di mana-mana negara mendapat subsidi yang tinggi kerana dianggap sektor yang penting. Di Malaysia, subsidi untuk sektor pertanian, walaupun menelan belanja yang besar, wajar diteruskan memandangkan dasar keselamatan makanan atau food security menjadi antara keutamaan Kerajaan.

Tetapi pada masa yang sama, sistem subsidi negara perlu dikaji semula dan dirombak kerana matlamat mungkin tidak menepati sasaran. Sebagai contoh, subsidi untuk petrol diberi kepada semua tanpa mengira kemampuan. Siapa sahaja yang mengisi petrol di Malaysia dengan apa jua jenis kenderaan mendapat kadar subsidi yang sama. Sistem ini tidak selaras dengan keadilan ekonomi atau economic justice di mana bantuan sepatutnya diberi kepada rakyat yang tidak berkemampuan. Adalah sesuatu yang amat tidak adil jika rakyat yang membawa kereta yang mahal dan berkuasa tinggi mendapat kadar subsidi yang sama dengan mereka yang membawa kenderaan yang lebih sederhana. Malah sebenarnya, pemilik kereta besar mendapat subsidi yang lebih, kerana keperluan petrol mereka pastinya jauh lebih tinggi daripada mereka yang memiliki kenderaan berkuasa rendah dan sederhana; yakni sasaran sebenar sistem subsidi.

Ketidakadilan ini perlu diperbetulkan segera. Salah satu cara, yang pastinya memerlukan penelitian dari segi perlaksanaannya, adalah untuk memperkenalkan sistem kuota bagi setiap pemilik kenderaan menikmati petrol bersubsidi sepenuhnya tiap-tiap bulan. Pengguna yang melebihi kuota tersebut akan membayar harga yang lebih tinggi mengikut kadar progresif yang ditetapkan. Pemilik kereta dan motosikal berkuasa rendah juga boleh diberi kuota yang lebih atas falsafah bantuan secara progresif – yang tidak mampu dibantu lebih daripada yang mampu. Perubahan ini boleh membawa penjimatan besar kepada Kerajaan yang boleh diguna untuk pembangunan di kawasan-kawasan luar bandar terutamanya di Sarawak dan Sabah.

Kerajaan juga perlu segerakan pembangunan enjin hybrid yang menjimatkan pengunaan petrol melalui program pembangunan enjin Campro dibawah Petronas. Sementara itu, kerajaan perlu kaji perlepasan penuh duti import dan eksais bagi kereta asing berkuasa hybrid tersebut kerana lebih jimat petrol dan mesra alam sekitar.

Tuan Yang Dipertua,

Isu harga minyak bukan hanya merupakan isu ekonomi tetapi turut dibahaskan dari sudut politik. Sentimen rakyat mudah sekali dibakar dengan janji manis dan sejarah yang diputarbelit. Semasa pilihanraya umum, pembangkang telah memancing undi dengan janji untuk menurunkan harga minyak. Penasihat PKR dengan bangganya mengingatkan rakyat semasa beliau menjadi Menteri Kewangan selama lapan tahun, tak pernah ada peningkatan harga petrol. Pandailah konon. Memang dasar lidah bercabang. Dia lupa nak bagi tahu, semasa beliau menjadi Menteri Kewangan, harga minyak mentah di pasaran dunia hanya diantara AS$12 dan AS$26 setong. Hari ini harga pasaran dunia sudah melepasi AS$120 setong. Apa yang susah sangat pada zaman beliau? Harga minyak dunia amat rendah.

Janganlah nak mendabik dada walhal sebenarnya menipu rakyat. Bagi saya, pencapaian Kerajaan yang berjaya mengekalkan harga petrol pada tahap di antara yang paling rendah di ASEAN dalam keadaan harga pasaran dunia yang tidak pernah terjangka ini, merupakan pencapaian yang jauh lebih membanggakan daripada apa yang Penasihat PKR mampu buat semasa harga minyak dunia begitu rendah – itu belum cerita lagi tentang kegagalan beliau untuk menangani krisis kewangan 1997 – an absolute failure, dengan izin.

Sebagai seorang ahli Dewan yang datang daripada generasi muda, saya juga ingin menyentuh tentang kedudukan rizab minyak negara yang dikatakan akan habis dalam 10 tahun, dan dalam masa dua tahun lagi Malaysia akan menjadi net importer of oil. Bercakap tentang hal ini, saya masih tidak faham dengan cadangan Pembangkang untuk mengguna sebahagian daripada keuntungan Petronas untuk menurunkan harga minyak. Mengikut penyata kewangan Petronas pada tahun 2007, Kerajaan mendapat RM48.3 bilion dalam bentuk cukai, dividen dan royalti daripadanya. Jumlah ini merupakan 66.2% dari keuntungan kasar Petronas. Wang ini masuk terus sebagai bajet pembangunan Kerajaan yang membiayai pelbagai projek pembangunan. Baki daripada keuntungan tersebut antaranya diguna untuk operasi carigali di negara-negara asing untuk mendapatkan rizab baru.

Adakah salah bagi Petronas untuk menjaga masa depan negara dengan memastikan bahawa apabila rizab tempatan sudah habis, apabila telah kering telaga minyak Negara, kita sekurang-kurangnya masih boleh berkongsi sedikit manfaat dari rizab asing yang digali oleh Petronas? Takkan kita begitu dangkal dan cetek pemikiran, tidak langsung memikir dan menghiraukan legasi kita kepada generasi akan datang? Saya rasa demi ketelusan, untuk membuktikan bahawa Kerajaan dan Petronas tidak menyembunyikan apa-apa daripada rakyat, satu taklimat khas perlu diadakan di Parlimen dimana penyata kewangan lengkap dibentangkan agar kedudukan kewangan serta saluran keuntungan Petronas dapat difahami dengan jelas oleh semua wakil rakyat.

Tuan Yang Dipertua,

Kenaikan harga minyak dan harga makanan di seluruh dunia sememangnya membimbangkan. Rakyat Rembau juga resah mendengar berita yang tersebar luas berhubung krisis ini. Di Mesir, dua orang terbunuh kerana berebut sekeping roti. Rusuhan yang berpunca daripada makanan terjadi di banyak negara seperti Burkina Faso dan Cameroon. Menurut satu kajian yang dilakukan oleh Kuwait Finance House, harga makanan sedunia telah meningkat sebanyak 83 peratus dalam tempoh tiga tahun terakhir ini.

Malaysia amat bertuah kerana walaupun krisis makanan melanda seluruh dunia, rakyat kita masih mampu untuk membeli barangan makanan, walaupun mungkin tidak semewah dahulu. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan kerana begitu berpandangan jauh, dengan usaha untuk memodenkan sektor pertanian beberapa tahun yang lepas, sebelum krisis makanan ini terjadi. Keputusan Kerajaan untuk melaksanakan dasar beteraskan pertanian ini terbukti keberkesanannya. Merujuk kepada laporan Bank Dunia, World Development Report 2008: Agriculture for Development, pakar-pakar ekonomi sedunia mengakui pertanian sebagai satu kaedah penting dalam membasmi kemisikinan dan menyediakan pembangunan yang mapan.

Namun begitu, rakyat mahukan kepastian dari Kerajaan sama ada negara kita bersedia untuk menghadapi kemelut yang belum pernah dihadapi ini. Pada saat dan ketika ini, tahap sara diri komoditi makanan masih belum berada pada keadaan yang memuaskan. Sebagai contoh, mengikut data 2007, peratusan sara diri beras hanya pada kadar 72%, sayur-sayuran 89%, daging lembu 25% dan daging kambing 9%. Ini bermakna Kerajaan masih lagi perlu bergantung kepada import barangan makanan dari luar untuk menampung keperluan makanan negara. Hanya daging ayam dan daging khinzir yang melepasi kadar 100% tahap sara diri. Itu pun tak cukup bagi satu Kerajaan Negeri yang telah meletakkan keutamaan nombor satu pentadbirannya kelulusan Projek Khinzir Raksasa atau singkatannya PKR.

Dalam memerangi krisis makanan ini, langkah Kerajaan untuk memperuntukkan lebih banyak dana untuk membuka kawasan-kawasan penanaman padi baru amat dialu-alukan. Namun, pembukaan kawasan-kawasan baru ini perlu juga disusuli dengan peningkatan hasil. Kadar purata hasil padi negara berada pada tahap 3.5 tan sehektar. Namun, tanah Malaysia yang subur ini terbukti mampu menghasilkan purata pengeluaran yang jauh lebih tinggi seperti 6 hingga 7 tan sehektar di MADA, manakala di Sekinchan 10 hingga 11 tan sehektar. Jika kita dapat meningkatkan purata pengeluaran sebanyak 20 hingga 30% dengan menggunakan tanah yang sedia ada, kita tidak akan menghadapi masalah kekurangan beras.

Mungkin punca perbezaan ketara ini ialah aspek pengurusan pertanian yang kurang efisyen. Sebagai contoh, penggunaan teknologi seperti transplanting machine yang dapat membantu petani untuk mengadakan satu sistem yang lebih teratur perlu diperbanyakkan. Dengan adanya sistem seperti ini, petani tidak lagi berhadapan dengan masalah penaburan benih yang tidak serata, masalah lalang dan sebagainya.

Tuan Yang Dipertua,

Telah terlalu banyak kali disebut tentang kononnya berlaku tsunami politik pada 8 Mac lalu. Istilah tersebut seolah-olah sudah menjadi perkataan ruji ahli-ahli Pembangkang. Mereka tuduh kononnya pemimpin BN sombong dan elit. BN diminta untuk mecerminkan diri. Akan tetapi, baru dua bulan bergelar Yang Berhormat, siapa yang riak dan takbur nadanya dalam Dewan yang mulia ini? Siapa yang begitu angkuh, hingga akal tak cecah ke langit, kaki tak jejak ke bumi, dalam meramal dan mewar-warkan bahawa mereka akan berkuasa di Putrajaya dalam tempoh tak beberapa bulan lagi? Siapa sebenarnya kini ingin membelakangkan prinsip demokrasi dengan menawarkan ahli BN untuk melompat parti, dengan membentuk Kerajaan melalui pintu belakang? Siapa sebenarnya yang tidak berani melihat wajah sendiri?

Mereka tidak berani kerana apabila dicermin, refleksi yang jelas terlihat adalah satu pakatan kononnya, tetapi dengan persefahaman yang begitu rapuh dan tidak kukuh. Pakatan yang dibuat ternyata begitu lemah, umpama retak menanti belah. Saling meragui sama sendiri, khuatir ditikam sama sendiri. Sebab itu saya istilahkan Pakatan Rakyat ini sebagai Pakatan Public Relations atau PR. Penggabungan pembangkang ini hanya PR. PAS dengan DAP hanya PR. Supaya di mata rakyat nampak cantik, nampak menarik, nampak kukuh. Tapi yang sebenar-benarnya, yang tersirat di dalamnya, dalam perkara asas atau fundamental, jelas tiada persefahaman.

Saya sebenarnya rasa amat sedih dan hairan apabila soalan saya tentang kontrak sosial kepada ahli dari Bachok yang juga Timbalan Presiden PAS tidak dijawab. Oleh itu, saya rasa adalah tidak salah sekiranya satu kesimpulan di tawarkan diatas keengganan PAS ini – bahawa PAS yang sering menampilkan dirinya sebagai parti Islam yang gagah, nampaknya sudah kehilangan taring, umpama singa tidak bergigi, takut dengan dalang yang diajak bersekongkol. Soalan saya sama ada PAS setuju dengan kenyataan ahli dari Ipoh Timor yang meminta kontrak sosial dikaji semula dan menidakkan perbezaan antara Bumiputera dan bukan Bumiputera, Islam dan bukan Islam, dibiar tidak bersahut, hanya berlalu ditiup angin. Umpama bercakap dengan dinding. Sepi ini jugalah suasananya apabila ahli dari Bukit Gelugor menghina institusi Raja Melayu di Dewan yang mulia ini.

Kalau setuju katakan setuju, kalau tidak, jawab sahaja tidak. Tetapi pemimpin jenis apakah ini, yang dalam perkara asas negara sebegini, beliau membisu seribu bahasa sebaliknya mencari helah untuk tidak bersuara? Kalau sampai soal kontrak sosial pun PAS sudah takut nak jawab, apa gunanya dengan PR kalau bukan sekadar untuk Public Relations? Kami di sebelah sini pun tidak sempurna, ada kelemahannya. Yalah, siapa yang tidak ada kelemahan. Namun, selagi Barisan Nasional memegang Kerajaan Persekutuan, kontrak sosial yang termaktub dalam Perlembagaan, yang menjadi asas kepada Tanahair kita, akan kita pertahankan tanpa segan silu, tanpa galang gantinya, walau perlu berkalang leher. Bila saya tanya tentang keseragaman dasar tender terbuka dan penghapusan DEB, Ipoh Timor tak jawab. Sebaliknya dia serang peribadi saya. Kenapa? Tak faham atau tak erti nak jawab soalan. Atau sekadar menggunakan taktik diversion untuk mengelak dari menghadapi isu sebenar yang cuba saya bangkitkan? Kenapa PR tak boleh bagi komitmen untuk menghapuskan DEB di semua Negeri pentadbirannya agar lebih seragam dan konsisten?

Itu baru kontrak sosial, belum masuk lagi satu perjuangan asas PAS, iaitu isu Negara Islam. PAS bila sudah menjadi rakan kongsi kecil atau junior partner dalam PR, perjuangan Negara Islam pun dah tak boleh sebut langsung. Takut dengan DAP, takut kena langkah mayat dulu. Takut nak tegur Bukit Gelugor yang mempertikaikan kuasa Sultan sebagai ketua agama Islam dalam kes Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Perak. Ini semua adalah soalan pokok yang mesti dijelaskan sekiranya PR bukannya sekadar Public Relations.

Dah namanya pakatan. Semua perkara kenalah sepakat. Lagi pula sekarang ini kononnya dah jadi Kerajaan menunggu atau government-in-waiting tapi perkara asas seperti ini pun tak boleh jawab. Apa akan jadi kepada Malaysia dibawah sebuah Kerajaan yang bukan tahu memerintah, tetapi sebaliknya mencipta polisi untuk ber-PR sahaja?

Negara berlandaskan PR akan berpecah mengikut citarasa masing-masing. Kalau macam tu tak ubahlah macam di zaman penjajah, mengamalkan sistem pecah dan perintah. Ikut suka dan cara masing-masing. Negara Islam di Kelantan dan Kedah; Malaysian Malaysia di Penang; kerajaan boneka di Perak dan projek babi di Selangor. Walaupun tidur satu katil, satu tilam, satu bantal tapi mimpi lain-lain. Ada yang mimpi flying carpets dengan serban, ada yang mimpi flying rockets dan ada yang mimpi flying pigs.

Perkara ini saya sebut kerana kita diberitahu bahawa PR akan mewujudkan Kerajaan Persekutuan sebelum 16hb September, 2008. Rakyat di Rembau nak tahu bagaimana rupa bentuk dan apa pendirian Kerajaan PR nanti. Sekarang ini terlalu banyak percanggahan, terlalu banyak perkara yang tidak konsisten. Pembangkang menunding jari kepada Kerajaan, tuduh Kerajaan BN tidak menunaikan janji. Tapi kerajaan campuran negeri Selangor baru dua bulan memerintah pun dah mula menujukkan ketidakmampuan untuk memenuhi apa yang telah dijanjikan. Kalau benar mereka telus dan adil, kenapa rayuan rakyat menolak projek babi tidak didengar? Dalam manifesto bukan main manis janji, kononnya nak turunkan cukai pintu. Hari ini bila dah ada kuasa, bila tanggungjawab dah terbeban di bahu, tak boleh buat pula. Macam-macam alasan diberi. Kalau pandai sangat, kononnya Menteri Besarnya seorang tokoh yang berpengalaman luas, yang pernah mengetuai dawn raid atas syarikat Guthrie, kenapa susah sangat nak menunaikan janji? Adakah kerana janji-janji itu semua sekadar janji pilihanraya pembangkang, yang dibuat tak guna akal, tidak realistik, populis, pakai hentam sahaja?

Pembangkang juga suka mendabik dada mengatakan mereka lebih baik dari Kerajaan, lebih adil dari Barisan Nasional. Mereka menuduh Kerajaan Persekutuan kononnya tidak memberi peruntukan kepada kawasan dan negeri di bawah PR. Lalu saya tanya Batu Gajah, kalau betul PR lebih baik daripada BN, maka tunjukkanlah teladan yang baik, bagi peruntukan kepada semua wakil rakyat tak kira parti di negeri-negeri PR. Tapi jawapan yang diberi tidak ada asas, tersasar dari landasan. Pada sesi taklimat Ahli Parlimen sebulan yang lepas, ada wakil pembangkang minta Kerajaan Persekutuan bagi peruntukan kepada semua ahli atas dasar keadilan. Semua wakil pembangkang tepuk. Tapi tak sampai beberapa minggu selepas itu, kerajaan campuran negeri Selangor mengumumkan peruntukan RM500,000 hanya untuk ADUN PR. Adil ke itu? Cakap tak serupa bikin. Ini baru dua bulan memerintah, dah pandai tipu dan memutar belit. Kalau Kuala Krai kata power corrupts and absolute power corrupts absolutely, tindakan PR ini membuktikan bahawa even a little power corrupts very quickly.

Tuan Yang Dipertua,

Rembau pohon menyokong




Entry Two


Huhu..Ingatkan masa jaman Jopun jer kena makan ubi..jaman BN(Barang Naik) pun kena pikir pikir untuk makan ubi jugak ...jangan sat lagik timbul pulak idea nak gunakan duit gambar pokok pisang pulak lah...




Makan keledek, ubi kentang ganti nasi

KUALA TERENGGANU 13 Mei - Rakyat Malaysia disaran memakan keledek dan ubi kentang bagi menggantikan nasi sebagai makanan ruji.

Baca lanjut
Entry One:

Kalau Tok Mudin dengan bulan dot dot dan apa yang aku tak bacanya atau mak auni serta mama auni dengan review nobel nobelnya, saya pun nak ikut mereka lah tapi mungkin tak sekerap merekalah kut.

Buku pertama yang boleh saya kongsi adalah



Antara yang menarik boleh dikongsi

"Parti bertanding tidak mempunyai simbol tertentu seperti hari ini.Mereka tpaksa mencabut undi utk mendapatkan simbol yang disediakan oleh pentadbir Pilihanraya (SPR lah tu kot.

Pada satu ketika wakil umno mendapat simbol gajah dan parti lawan mendapat simbol teko kebetulan calon umno kurang pandai berpidato manakala calon lawan bijak bersyarah .Dalam ucapan berkempen, calon tidak diwajibkan menerangkan dasar atau tanggungjawab yang bakal dibuat sekiranya menang. Mereka hanya menjelaskan peranan simbol masing masing secara terperinci.

Parti lawan menghuraikan peranan teko. Saya masih ingat calon itu meberitahu pengundi " Tuan tuan hendaklah mengundi saya yang bertanding memakai tanda teko kerana teko amat bguna dan mustahak untuk tuan. Bila makan pagi, tuan tuan mesti berhajat kepada teko untuk mengisi air kopi, bila tengahari, tuan tuan akan mencari teko lepas makan nasi. Begitu juga malam hari atau sebelum tidur".



Lucunya calon itu berkata " Kalau tuan tuan tidak memangkah teko, tuan2 tuan tidak akan membuat air kopi dan akan mati bila tidak minum". Kemudian calon itu bertanya pandangan pendengar sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan pendapat itu. Ramai akan menyahut SETUJU!!!.

Calon umno yang guna simbol gajah berasa takut bila calon parti lawan memberikan gambaran kejahatan gajah dengan berkata "tuan tuan sudah sedia maklum akan tabiat gajah yang suka merosakkan kebun tuan tuan, kampung halaman tuantuan. Jika gajah naik minyak dia mengamuk, tuan tuan akan dilanyak dan tuan tuan akan mendapat kesusahan"

Hehe..

Banyak lagi yang dinukilkan olehbeliau di dalam buku tersebut, gaya bahasa pun bersahaja macam orang tua berceritalah tapi taderlah macam FT atau shirazy :P Banyak juga yang beliau bercerita kalau ada isu atau percanggahan orang orang bawahan beliau akan jawab berdasarkan hujah dannas dari Quran dan Hadis.Cumanya bila baca bahagian tu saya terfikir juga kenapa beliau tidak menyatakan pendirian beliau secara jelas atau menyentuh secara terus mengenai isu DSAI dalam buku ni memandangkan isu tersebut juga dikatakan menjadi salah satu faktor UMNO tumbang di Terengganu pada tahun 1999. Dalam media massa pun yang dapat dikutip tak begitu jelas juga
dan ini

Dalam buku tersebut pun saya duk harapkan beliau turut membuat catitan adakahbeliau termasuk salah seorang daripada delegasi ulama yang dihantar oleh Tun Dr Mahathir berjumpa dengan Dr Yusuf Qaradawi untuk menerangkan pemecatan Anwar itu adalah tidak salah, sebab dalam kenyataan Anwar dalam tiga orang ulama yang dihantar tu salah seorangnya adalah Menteri Besar dan sedinhnya ketiga tiga mereka itu khabarnya ditempelak oleh ulama besar tersebut dengan ayat ayat Qazaf.

Apa pun ada juga part menarik di mana antara amalan beliau yang boleh kita cuba untuk ikut(rasanya kita sekarang tak sesibuk beliau kut) iaitu khatam quran tiga hari sekali.

keseluruhannya nak kata apa bolehlah...dibandingkan dengan buku kisah peribadi TG Hadi Awang yang saya baca (ditulis oleh salah seorang rakan beliau) yang ni lagi ok bagi saya. Kita tunggu biografi DS Idris Jusoh lah pula kalau ada nanti...

Entry Two:

Apakah ini kerana Islam Hadhari yang dah tak disebut sekarang....atau..



baca lagi




Bukan Muhammad jer tau buat kad hari ibu,

Amiir pun buat jugak kat sekolah die (mana yg hari baba lak ni? Kang potong bajet besday baru tau :p) siap buat dua lagik...




Malamnya bila bila tuk tanya suh bagi kat mak apa jawab die

'Tuh Muhammad punyalaaah'


Isk...budak ni faham ke tak ni :p
Ada yang kata hari ni hari ibu, Muhammad pun kata hari ni hari ibu, saya pun tak pasti yer ke tak pasal tak kisah pun hari ibu tu dikhususkan pada hari tertentu.

Apa pun jom bersama mai bersatu tengok apa Muhammad nak kata kat mak die






p/s posting ini dibuat sepenuhnya menggunakan handphone :p
Mudah mudahan Allah mengurniakan ganjaran sewajarnya kepada Allahyarham dan keluarga beliau...







KUALA PERLIS: “Walaupun masih berpantang selepas melahirkan anak perempuan sebulan lalu, saya bertekad menyelamatkan suami yang dipukul sekumpulan lelaki kerana dituduh mengintai anak dara jiran.

“Mereka mengheret suami saya keluar dari rumah ketika kami anak-beranak sedang asyik menonton televisyen dan memukulnya bertalu-talu sehingga dia tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia, awal pagi tadi (semalam),” kata Fazilah Muhammad, 31, isteri kepada Hatib Leman yang mati dibelasah sekumpulan lelaki kerana didakwa mengintai budak perempuan berusia 12 tahun, semalam.

Fazilah yang ditemui di rumahnya di Kampung Belakang Kilang di sini, semalam berkata suaminya yang parah di bahagian dalaman badan serta patah beberapa tulang, disahkan meninggal dunia selepas empat jam dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar, kira-kira jam 3.45 pagi.

Fazilah turut ditumbuk kumpulan penyerang seramai kira-kira 20 orang itu ketika cuba menyelamat Hatib selepas seorang penduduk mendakwa suaminya cuba mengintai dan mencabul anak jiran di kampung itu.

Hatib, 35, bapa kepada lima anak yang bekerja sebagai buruh binaan, dibelasah sekumpulan penduduk kampung di depan mata isterinya yang masih dalam pantang selepas melahirkan anak kelima hanya kerana disyaki cuba mengintai seorang anak jiran.

Kumpulan lelaki terbabit mengheret mangsa keluar dari rumah sebelum memukulnya beramai-ramai sehingga menyebabkannya tidak sedarkan diri.

“Saya menjerit dan merayu kumpulan lelaki terbabit supaya tidak memukul dan menyerahkan Hatib kepada polis jika benar dia melakukan kesalahan tetapi rayuan saya tidak diendahkan,” katanya.

Beliau berkata, kumpulan lelaki terbabit berlagak samseng apabila menghalang jiran berdekatan daripada masuk campur dan mereka meninggalkan mangsa di bangunan kedai berdekatan selepas mendapati dia sudah tidak bermaya.

“Kumpulan lelaki terbabit kemudian melarikan diri dan meninggalkan mangsa kira-kira 20 meter dari rumah selepas beberapa jiran bersebelahan menghubungi polis,” katanya.

Fazilah berkata, suaminya dipukul selepas dituduh memanjat rumah jiran untuk mengintai dan mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun sehari sebelum itu.

Bagaimanapun, dakwaan itu tidak benar kerana suaminya berada di rumah bersama dia dan anak-anak pada masa dia dituduh melakukan perbuatan tidak senonoh itu.

“Saya turut mendengar perbualan kumpulan lelaki yang memukulnya bahawa mereka tersalah orang.

“Malah, budak perempuan yang dibawa untuk membuat pengecaman selepas kejadian itu juga mengaku Hatib bukan orangnya dan mengakui mereka sudah tersilap memukul suami saya,” katanya.

Fazilah yang tidak bekerja dan baru dua bulan menyewa rumah di situ hilang tempat bergantung dan sumber pendapatan untuk membesarkan lima anaknya berusia sebulan hingga 18 tahun berikutan kematian Hatib.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Yusof Mohd Diah, berkata setakat ini polis sudah menahan enam lelaki kerana disyaki terbabit dalam kejadian memukul hingga mati buruh kontrak itu.

Katanya, semua lelaki berusia 30-an dan 40-an yang ditahan itu ialah penduduk kampung berkenaan dan polis memburu beberapa lagi lelaki yang disyaki turut terbabit dalam kejadian itu.

“Mangsa dibawa ke hospital selepas ditemui anggota polis dalam keadaan tidak sedarkan diri di belakang sebuah bank di Kuala Perlis dan polis turut menyiasat dakwaan yang dilemparkan kepada mangsa.

“Setakat ini, kami tidak tahu sama ada perbuatan yang tidak disenangi ini dilakukan mangsa atau orang lain kerana dia hanya disyaki,” katanya.

Beliau berkata, enam lelaki yang ditahan itu akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Berita 2 : Orang awam dilarang bertindak terhadap suspek penjenayah

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar meminta orang ramai tidak meletakkan undang-undang di tangan sendiri apabila menahan seseorang disyaki penjenayah.

Katanya, orang awam hanya boleh menahan dan selepas itu membiarkan polis mengambil tindakan berdasarkan undang-undang.

Syed Hamid berkata, peranan untuk menguatkuasakan undang-undang dilaksanakan ialah polis, justeru orang awam tidak harus meletakkan undang-undang di tangan mereka bagi mengelakkan masalah lebih besar.

“Ada beberapa proses sebenarnya penjenayah perlu ditahan, didakwa di mahkamah, (bukan) orang ramai yang kuatkuasakan undang-undang, mereka tak ada kuasa.

“Kita faham perasaan dan kemarahan keluarga mangsa tapi kena bersabar dan biar polis ambil tindakan. Ini penganiayaan dan kejadian tak sepatutnya berlaku,” katanya ditemui di lobi Parlimen.

Beliau mengulas kejadian di Kangar, Perlis, seorang buruh mati dipukul sekumpulan 20 penduduk di depan isteri dan lima anaknya kerana disalah sangka suspek yang mengintai anak jirannya di Kampung Belakang Kilang.

Dalam kejadian itu jam 10 malam itu, Hatib Leman, 35, yang menonton televisyen bersama isteri dan anaknya dikatakan diheret kumpulan itu ke bangunan kedai berdekatan sebelum dibelasah sehingga tidak sedarkan diri.

Beliau berkata, polis perlu menyiasat kes di Perlis itu dan membuat keputusan sama ada kejadian ia kes pembunuhan. Sementara itu, polis akan melipatgandakan usaha memburu ketua sindiket dadah dan mengambil tindakan undang-undang serta membawa mereka ke muka pengadilan berikutan ramai wanita negara ini yang dijadikan mangsa sindiket pengedaran dadah di luar negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata gerakan memburu akan digiatkan di dalam negara bagi membanteras kegiatan pengedaran dadah dan menyekat sindiket daripada terus menjadikan wanita tempatan sebagai mangsa.

Berita 3 : Isteri mangsa pukul tertekan
Oleh Rashidi Karim

KANGAR: Isteri Hatib Leman, buruh yang mati dipukul sekumpulan 20 penduduk kerana tersilap menyangka beliau mengintai anak jirannya di Kampung Belakang Kilang, Kuala Perlis, malam Ahad lalu, bingung memikirkan masa depan keluarganya yang hilang tempat bergantung.

Fazilah Muhamad, 31, yang baru sebulan lebih melahirkan anak kelimanya, berkata dia tertekan dan hilang pedoman dengan pemergian suami yang menjadi tempat mereka enam beranak bergantung hidup.

Malah, tiga daripada lima anak mereka tidak pernah bersekolah kerana masalah kemiskinan.

Mereka kini berusia 11 hingga 17 tahun, manakala seorang lagi anak pasangan itu yang berusia lima tahun, mungkin mengikut jejak langkah abang dan kakaknya jika tiada bantuan sewajarnya diberikan.

Fazilah berkata, dia khuatir memikirkan soal pendidikan lima anaknya itu kerana tumpuannya kini lebih kepada mencari sumber pendapatan untuk menyara kehidupan keluarga.

“Saya bingung memikirkan soal makan minum anak dan wang untuk membayar sewa rumah, apatah lagi orang tempat kami bergantung sudah meninggal dunia.

“Saya difahamkan Allahyarham suami tidak menjelaskan sewa rumah sejak dua bulan lalu dan saya akan cuba meminjam daripada keluarga untuk menjelaskannya,” katanya ketika ditemui di rumahnya yang serba daif di Kampung Belakang Kilang, Kuala Perlis, semalam.

Tinjauan Berita Harian mendapati rumah sewa yang diduduki enam beranak itu serba kekurangan tanpa bekalan elektrik dan air paip, manakala struktur rumah kayu itu menunggu masa menyembah bumi.

Fazilah berkata, selepas kematian suami, dia kini bergantung kepada anak sulungnya, Hayati, 17, yang bekerja di sebuah restoran dan anak keduanya, Mohd Asri, yang bekerja sebagai nelayan di Kuala Perlis.

Katanya, anak ketiganya, Haliza, 11, yang juga tidak pernah bersekolah, menetap bersama keluarganya di Langkawi. Bagaimanapun, dia berjanji untuk memberi pendidikan kepada anak keempatnya, Ismail yang berusia lima tahun serta anak bongsunya, Nurul.

“Sebagai buruh kontrak, Allahyarham memperoleh pendapatan RM800 sebulan dan cukup untuk menampung perbelanjaan kami sekeluarga, termasuk membayar sewa rumah.

“Saya akan memohon bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk meringankan beban kami,” katanya.

Mengikut laporan akhbar semalam, Hatib mati dipukul sekumpulan 20 penduduk di depan isteri dan lima anaknya kerana disangka mengintai anak jirannya di Kampung Belakang Kilang, Kuala Perlis, malam Ahad lalu.

Hatib diheret keluar dari rumahnya ke bangunan kedai berdekatan sebelum dibelasah sehingga tidak sedarkan diri.

Mangsa mati kira-kira empat jam selepas dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.

Fazilah turut dipukul ketika cuba menyelamatkan suaminya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Yusof Mohd Diah, berkata polis menahan seorang lagi lelaki berusia lingkungan 40-an di sekitar Kuala Perlis, lewat petang kelmarin bagi membantu siasatan kes tersilap pukul itu, menjadikan jumlah yang ditahan setakat ini tujuh orang.

Katanya, polis menahan lelaki itu selepas mendapat maklumat dia dipercayai turut terbabit dengan kejadian berkenaan.

Beliau berkata, semua lelaki terbabit yang berusia antara 30-an dan 40-an itu sudah ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan dan mereka disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Credit to : Herman - Kesian pada keluarga ini. apa-apa hal pun siasat dulu. biar maklumat tu sahih, kesian pada anak bini mangsa. sekarang siapa nak sara mereka? Kalau ada sesiapa yang tahu maklumat perhubungan keluarga ini harap boleh sebarkan agar kita boleh membantu meringankan beban mereka
Entry One:

Sabtu lepas acara rasmi pertama hehe lepas amiir pindah sekolah baru.. sokan tahunan, kami pun cecepat daftar dia masuk sekolah baru(lepas dia boring kat sekolah lama) sebab nak kejar sokan ni lah...

Memula tengok alahaai jadik pompom boy..macam lost jek... tapi bila dahmasuk bertanding ok ler... sebenarnya tak perlu nak kisah sangat bebudak ni perform ke tak ..main main jer tuh..janji depa happy dulu.. jauh lagik jalan nak lalu banyak lagik exposure mereka akan dapat... kita mak bapak pun jangan masa tadika jer datang sekolah anak anak masa depa dah besar pun kena prepare lah ek... kalo ada sokan datang sekalik..(kalau dijemputlah)

maknye, amiirnye, muhammadnyer semua bertanding johan.. babanya bertanding dapat ape? abuk jer.. atau bahasa macho.bagi chance kat orang lainlah.. :P



Entry Two:

Malam tadi Ceramah Dato Husam, Kalau Ceramah TGNA di Cheras Perdana dapat dekat RM9k dan Orang penuh padang, Malam tadik oklah kalau dapat separuh pon... Yang menarik.. lepas Ceramah First Time tader Sampah nak dikutip sebab semua dah self volunteer kutip sendirik..