Baru sempat nak update balik...kita sambung balik perjalanan haji kami tahun lepas....Moga moga ada manfaatnya Ohya semalam besday amiir husaini, dia duk minta kek, tak tahu nak bagi kek pisang ke kek buah :P last last mak dia pergi beli sepotong kek kat Secret Recipe Semalam

Apa yang Depa Pegang Tu
.jpg)
.jpg)
Dah Hilang dah Telinga PikaChu
Saya masih lagi belum bercerita tentang siapa yang membimbing kami di sana, bagaimana kami boleh berjumpa beliau dan sebagainya.Mungkin masih belum terlewat saya kira memandangkan surat pengesahan naik haji pun saya kira masih belum dikeluarkan untuk musim haji tahun ini, kursus haji pula masih lagi berjalan di seluruh negara baik kelolaan Tabung Haji sendiri ataupun kelolaan
Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang berdaftar dengan Tabung Haji.
Antara PJH terawal yang kami intai pada masa tersebut sudah tentulah
TH Travel,disebabkan pada waktu itu, kami masih belum mendapat pengesahan sama ada terpilih atau tidak.Anggapan kami manalah tahu dengan memilih anak syarikat TH, peluang kami untuk terpilih diharapkan lebih cerah jika dibandingkan dengan memilih PJH lain dan dalam masa yang sama menunggu pengesahan untuk naik haji dengan muassasah.
Pengesahan kami terpilih untuk menunaikan haji melalui muassasah akhirnya tiba kalau tak silap saya dalam bulan 6.Masa tu saya masih ingat saya dalam perjalanan ke utara dan pantai timur bila ummu muhammad telefon memaklumkan berita baik tersebut. Alhamdulillah tetapi masa tu kami masih berbelah bagi sama ada nak kekal dengna TH Travel (THTS) atau mencari PJH lain. Kalau tak silap hujung bulan tersebut juga kami kena bagi pengesahan sama ada memilih THTS atau PJH lain. Setelah merisik risik, mengikut kata hati dan juga istikharah, kami mengambil keputusan untuk tidak mengesahkan pemergian kami dengan THTS.
PJH mana yang kami pilih? Masa tu juga saya bertemu ke atau ditemukan atau diserempakkan dengan dua PJH yang dikendalikan oleh dua personaliti yang saya hormati ilmu dan ketokohan mereka berdasarkan pengalaman membaca dan mendengar penyampaian ilmu mereka. Saya berjumpa dengan laman web
hajiumrah.com kelolaan
Ust Abd Halim Abdullah dan juga buku tulisan

Dan juga laman web
abu anas madani yang di selia oleh
Al Fadhil Dr Abd Basit Abd Rahman Musyrif
Pondok Sungai Durian Kelantan.
Memang dua tokoh dan kelolaan merekalah yang melekat di hati saya pada ketika itu.Tapi nak pilih mana satu? Mana nak tahu yang mana sesuai dengan kami? Satu berpusat di Kelantan iaitu
AshHar Travel yang mana pastinya akan disertai oleh ramai jemaah dari Kelantan(saya kira mudahlah kami di sana sebab background sama) satu lagi PJH berpusat di Negeri Sembilan iaitu
Mitra Kembara. (Bagi saya mungkin tak berapa biasa kalau diletakkan bersama sama dengan jemaah yang agak berusia, takut takut kami cepat ambil hati kalau ada perkataan nyg datang dari mereka baik sengaja mahupun tidak).
Dari segi pembimbing juga saya pertimbangkan, kalau saya memilih PJH Ust Halim atau Dr Basit,adakah mereka akan sentiasa bersama rombongan kami atau mungkin terpaksa bersama kumpulan kami sekejap kemudian terpaksa meraikan kumpulan lain pula dalam PJH mereka.Yang ini pun kami turut ambil kira sebab kami nak 'direct access' kepada pembimbing kami sepanjang kami di sana.
Tetapi akhirnya memang kena buat keputusan kerana ada setengah perkara seperti kita akan dapat lokasi bilik di mana, siapa roomate kita dan sebagainya adalah perkara yang agak sukar kami ubah, kami berdoa sahaja supaya isu makanan, roomate tu dimudahkan Allah(dan memang Allah dengan rahmat dan kasih sayangnya mudahkan kami betul untuk itu) Apa yang kami boleh kawal kami buat sehabis mampu. Apa yang saya buat masa tu, saya hubungi melalui sms atau panggilan telefon kepada semua dekat 50 org yang telah memberikan komen terhadap perkhidmatan di bawah seliaan Ust Halim. Pejabat beliau di Seremban pun turut saya hubungi. Untuk AshHar Travel pula saya berhubung sendiri dengan pejabat berkenaan yang bertempat di Desa Pandan dan bertanyakan soalan soalan dan menilai jawapan yang diberikan.
Masih tidak ada keputusan yang konklusif.... Nak dijadikan sebab dan cerita pada satu petang saya tamat kursus awal pada waktu sepatutnya..apa lagi ambil peluang untuk terus ke Pejabat AshHar Travel dan rezeki saya bukan setakat bersua muka dengan orang yang membantu saya memberikan jawapan di talian tetapi dapat bersua dan bersembang sendiri dengan orang no 1 di syarikat itu iaitu
Ust Hj Ahmad Shukri(Abg kepada Dr Basit dan
Ust Abd Latif- Ketua Pemuda Pas Kelantan, Adun Mengkebang) hmmm makin berbelah bagi adalah....esoknya jumaat saya cuti, naik motor pula pergi Seremban.Sasaran adalah Pejabat Urusan Mitra Kembara

Hj Azhar - Salah Seorang Kakitangan di Pejabat Mitra Kembara Seremban
dan Alhamdulillah rezeki saya juga macam juga di AshHar Travel dapat berjumpa sendiri dengan Ust Halim dan bertanya kan soalan soalan yang lebih kurang sama macam yang saya tanya di Desa Pandan sebelum beliau keluar untuk temujanji dan solat jumaat
Selepas menimbang berdasarkan input yang ada kami memilih untuk pergi dengan Mitra Kembara dan bertawakkal semoga pilihan itu paling baik, paling sesuai untuk kami pada waktu itu.Bukan bermaksud AshHar Travel kurang baik kerana kalau orang tanya saya mana lebih baik, saya akan jawab dua dua baik cuma bergantung kepada keadaan orang yang bertanya pada saya ketika itulah.
Walaupun saya tak pergi bersama pakej kelolaan Dr Basit tapi tak bermakna cerita di atas tu berhenti di situ sahaja.Nak dijadikan cerita walaupun saya tak dapat bertemu dan belajar secara langsung dengan beliau di Malaysia tetapi di Madinah sampai dua kali saya terserempak dgn beliau, pertama kali di dalam Masjid Nabi, lagi Sekali di kawasan hotel penginapan saya.
.jpg)
Hotel Penginapan Kami di Madinah
Sebelum balik saya dan ummu muhammad berbincang apa cenderahati yang kami ingin bagi pada yang datang menziarahi kami nanti, akhir sekali kami sepakat untuk menghadiahkan sebuah buku kecil yang kami kira manfaatnya cukup besar dan fadhilatnya sungguh hebat berdasarkan hadis hadis sahih nabi. Sekali lagi cantiknya takdir Allah, nak dijadikan cerita ,buku tersebut di karang oleh Dr Basit......

Jadi memang saya dapat bermuamalah dengan dua dua pihaklah seperti harapan saya.

Saya dan Ust Halim di Arafah