Pesta Buku Antarabangsa 2005

Assalamualaikum..

Bismillah Walhamdulillah

a."Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya"
Surah Al 'Alaq 1-5.

b. Saya mula mengesan minat membaca seingat saya sewaktu berumur 8thn(djh 2)-waktu itu sewaktu kami semua di bawah jagaan nenek sementara menunggu parent pulang (which i saw very strict at that time) yg mana pada masa tu kami semua tidak dbenarkn keluar rumah selagi belum ptg(lepas asar),semua kena baca buku @ buat kerja sekolah.Masa tulah saya akan menyelongkar beg sekolah kepunyaan sepupu(the eldest among us)utk membaca buku buku teksnya.Mungkin disebabkan tabiat itu saya tidak menghadapi byk masalah utk belajar pd darjah darjah selepas itu disebabkan saya telahpun menghabiskan sukatan setahun sebelum itu.

c. Di peringkat sekolah menengah minat menyelongkar(hehe) diteruskan tapi kali ini lebih kepada himpunan surat khabar yg disimpan oleh ayah saya (to be frank harakahle) simpanan secara tidak sengaja yg menjangkaui tahun 1987-88. Selain daripada Sk tsebut saya juga telah beberapa kali menyusun kembali semua buku buku (dan pastinya buku teks sekolah menengah kegunaan mereka turut berjaya dikhatam).Hobi tersebut pastinya telah membuka mata saya utk mengetahui isu semasa dan pastinya politik dua parti.

d.Di peringkat menengah tinggi(tingkatan 4&5) minat menyelongkar sedikit berkurangan mungkin disebabkan saya berada di sekolah berasrama even minat menyelongkar library sekolah pun agak terbatas disebabkan kawasan library yang berada di kawasan pelajar puteri yang menyebabkan kami pelajar putera agak segan untuk ke library terutamanya selepas waktu sekolah.

e.Di MMU baik di Melaka mahupun di CBJ library sudah pastinya merupakan sasaran utama saya baik utk tujuan study mahupun menyelongkar :P

f.Di peringkat awal kerja ,di antara kunjungan kunjungan awal saya ke rumah ayah nuun a.k.a Ummu Amiir, sesuatu yang menarik perhatian saya ( Selain dari anak dia lah :P ) adalah suasana di bilik solat merangkap library hampir kesemua ruang di dalam bilik itu dari bawah ke atas dipenuhi dengan buku dan saya jangka anda sudah dapat mengagak apa tindakan saya selepas itu sampai sekarang.

g. 2001, Pertama kali saya mula berkunjung ke Pesta Buku,ibarat yang paling tepat mungkin seperti rusa masuk kampung lah kot (kalau nak lagi tepat tanya Karam Singh Walia) Tahun seterusnya 2002,kali pertama saya,nuun dan adik adik berkunjung ke sana dan di situ juga kali pertama saya berjumpa dengan makcik limau (tahun seterusnya memang tak sah kalau tak jumpa dia).Tahun 2003 kali pertama kami ke sana sebagai suami isteri,2004 Ummu Amiir menguzurkan diri kerana menyambut Amiir Husaini,2005 dan seterusnya anda semua sedia maklum...

h. Bagaimana dengan minat membaca Ummu Amiir pula? Antara banyak banyak persamaan antara kami berdua salah satunya adalah hobi ini. Dari zaman MMU lagi kami berkongsi pemikiran yang sama(tak heranlah kalau most of the time gerak hati pun selalu sama dan terkeluar/terjadi pun pada masa yang sama!!), berkongsi buku yang sama kalau buku yang saya dah beli nuun akan beli buku yang lain dan kami akan bertukar tukar buku. Mungkin sebab hobi itulah Ummu Amiir kerap menjadi rujukan sama ada di kalangan rakan sebaya, junior dan kenalan yang lagi berumur dari kami.Sebab lain rasanya anda semua mungkin dah maklum.

i.Amiir Husaini pula? Saya mendapat hobi ini dari ayah saya, Ummu Amiir mendapat hobi ini dari ayah beliau, Darah kami yang mengalir dalam tubuh beliau Insya Allah harapnya dapat membuahkan hasil yang sama walaupun Ummu Amiir hanya sempat mengajar Amiir membaca dan mengenal buat beberapa ketika sahaja.

Wassalam


Pesta Buku Antarabangsa 2005, originally uploaded by nuun.

Rebat untuk Cukai saya tahun hadapan,Tahun ni semua masuk borang Ummu Amiir

Lalai dengan Kerja?

Dah dah abih dah bab kahwin, kita sembang bab kerja plak.....

Sekali lagi credit to my pebret lecturer...thanks, moga menjadi ilmu bermanfaat bekalan untuk hari esok bagi beliau khususnya dan kita semua...

************************************************************************************

1) Macam-macam manusia dengan kerja. Ada yang kerja mereka merapatkan hubungan dengan Allah dan ada yang sebaliknya.

2) Bagi orang yang berkerja sendiri seperti berniaga atau mengambil upah, mereka mempunyai hubungan yang tersendiri dengan Allah. Ada di kalangan mereka yang bangun sebelum subuh memohon kepada Allah agar dimurahkan “rezeki yang tidak pasti” untuk hari itu. Mereka sentiasa berdoa agar tidak sakit kerana sakit bererti tidak berkerja dan tiada income. Pendek kata, mereka sentiasa menjaga hubungan dengan Allah dan sentiasa memohon pertolongan daripada yang Maha Esa kerana ia mempunyai kesan langsung dengan rezeki mereka.

3) Berlainan dengan sebahagian mereka yang kerja makan gaji(kitalah tu-abu amiir). Jika mereka bangun awal pagi untuk beribadah kepada Allah, atau bangun lewat terlepas solat subuh, gaji mereka tetap sama. Jika mereka rasa badan tak sedap dan kurang sihat untuk ke tempat kerja, mereka boleh dapatkan MC dan gaji mereka tetap sama dengan kawan yang pergi kerja. Di segi zahirnya, tiada kesan pada gaji ketika dia taat atau cuai kepada perintah Allah swt.Awas! Kita perlu berhati-hati dengan keadaan ini kerana ia boleh menyebabkan seseorang itu mula memandang ringan hubungannya dengan Allah swt.

4) Sebaliknya, ada juga yang ketika makan gaji hubungannya dengan Allah amat baik sekali. Tetapi apabila dia kerja sendiri dan mula sibuk, hubungannya dengan Allah mula rapuh.

5) Bagi kita yang mengetahui tujuan hidup seperti yang diceritakan dalam al-quran, kita perlu menjaga hubungan dengan yang Maha Esa pada setiap keadaan. Janganlah keselesaan hidup dan telah mempunyai kerja yang selamat mencacatkan hubungan kita dengan Allah swt. Pada pandangan saya, tiada kerja yang benar-benar selamat(melainkan kalau kerja itu kita tidak lupa untuk merujuk kepada buku panduan operasi yang telah dibekalkan kepada kita sebelum kita lahir lagi-abu amiir). Wallahu A’lam.

Semoga Berbahagia

Sewaktu saya dan Ummu Amiir berada pada zaman pra perkahwinan dulu, seringkali kami mendengar kawan kawan ataupun kenalan yang baru mendirikan rumahtangga menerima ucapan yang saya kira sebagai doa iaitu "Selamat Pengantin Baru, Semoga Berbahagia ke Anak Cucu".Masa tu pada pandangan saya ungkapan itu seolah olah hanya mendoakan pasangan tersebut berbahagia cukuplah sehingga mendapat cucu dan selepas itu nasiblah.Justeru itu, saya lebih suka dan memang telah mengamalkannya pun pada waktu itu iaitu memberi ucapan kepada sahabat dan kenalan kami yang melalui zaman bersejarah mereka dengan ucapan "Semoga Berbahagia Hingga Ke Akhir Hayat" kerana kami percaya itu yang lebih tepat.Apa pun itu semua tidak penting kerana yang penting sekarang saya ingin berkongsi dengan anda semua makluman perkara di bawah.

Saya dengan sukacitanya ingin memaklumkan perkara yang mana saya akan lebih gembira bila saya membuat pengumuman ini Ummu Amiir ada bersama sama saya.

1. Tiga Orang sahabat yang kami kira agak signifikan dalam kehidupan kami ingin mendirikan rumah tangga dalam jangka masa terdekat ini Insya Allah

a. Pada tarikh 29/05/2005 (Ingatkan 29/12), Insya Allah majlis walimah di antara sahabat kami

Wan Amiruddin Wan Omar dan Hairun Aza Abd Rashid

Bertempat di Kg Baru Kuala Lumpur manakala kenduri di Kota Bharu Insya Allah akan berlangsung pada 11 Jun 2005.

b. Pada tarikh 04/06/2005 pula Insya Allah satu lagi majlis walimah akan diadakan antara

Fadzlan Yahya dan Norsuhana Mohd Hanas

Bertempat di Alor Gajah Melaka manakala kenduri di Muar pula Insya Allah pada 5 Jun 2005.

2. Maklumat lanjut mengenai lokasi, aturcara majlis dan sebagainya Insya Allah akan dimaklumkan sendiri oleh kedua dua pasangan ini dalam jangka masa terdekat.Makluman ini adalah sebagai persediaan untuk anda semua merancang jadual pada tarikh yang telah dimaklumkan.

3. Sememangnya kedua dua majlis ini amatlah ditunggu tunggu oleh pihak saya dan Ummu Amiir khususnya dan sahabat sahabat serta kenalan yang lain amnya.Insya Allah sekiranya ada kesempatan saya akan mengeluarkan tulisan khusus mengenai hubungan dan signifikannya mereka kepada kami bagi pasangan pertama dan juga sdr Fadzlan.

Kepada Amir,Azah dan Fadzlan , Izinkan kami sekeluarga mendahului yang lain untuk mengucapkan tahniah di atas majlis yang bakal dilangsungkan .Semoga majlis tersebut Insya Allah akan berjalan dengan lancar dan mendapat rahmat dari Allah dan yang penting.....

Semoga Berbahagia Ke Akhir Hayat opssss Semoga Berbahagia Ke Anak Cucu dan Seterusnya Ke Akhir Hayat. Jauh beza antara dua ayat tu. Apa bezanya pulak?

































Kami telahpun mengalaminya...Tapi jangan bimbang saya redha dan Amiir Husaini juga Insya Allah akan redha, kan Amiir?

Bukan Sebarang Guru

Assalamualaikum

"Sharing is caring"(Copyrights not reserved as of today)
Credit to Ust Ahmad Zainal Abidin (One of my pebret lecturer in MMU)


1) Satu masa Imam Abu Hanifah (Imam mazhab Hanafi) mendapati seorang
muridnya yang berpotensi tiada dalam kelas. Murid tersebut ialah Abu
Yusof. Setelah diselidiki, rupa-rupanya murid tersebut telah membuka majlis
ilmu di tempat lain tanpa terlebih dahulu memberitahu gurunya.

2) Abu Hanifah telah menghantar muridnya yang lain bagi mengikuti
perkembangan kelas yang dibuka oleh Abu Yusof. Imam Abu Hanifah telah
menugaskan murid tersebut supaya mengemukakan lima soalan dalam sesi
soal jawab.

3) Salah satu dari lima soalan yang ditanya ialah apakah hukuman
terhadap lelaki yang mengambil kain kafan si mati dalam kubur. Nak dikatakan
lelaki tersebut mencuri adalah kurang tepat kerana definasi curi ialah
mengambil"harta orang lain" sedangkan simati tidak memiliki sebarang harta.
Abu Yusof memohon penangguhan untuk menjawab soalan tersebut.

4) Dalam kelas pengajian Abu Hanifah berikutnya, beliau telah melihat
muridnya Abu Yusof hadir pada hari itu. Setelah kelas berakhir, Abu
Yusof terus berjumpa gurunya untuk bertanyakan beberapa soalan. Sebelum
sempat soalan ditanya, Abu Hanifah sambil tersenyum berkata:

"Aku tahu apa yang kamu nak tanya". Selepas itu Abu Hanifah mengungkap
nasihatnya yang masyhur kepada Abu Yusof Maksudnya: "Kamu menjadi buah kismis sebelum menjadi buah anggur masak". Abu Yusof pun faham maksud perkataan gurunya dan selepas itu beliau terus menghadiri kelas pengajian Abu Hanifah.

5) Akhirnya Abu Yusof telah menjadi seorang ilmuan terbilang dan
hampir menyamai gurunya. Sebab itu bila membaca feqah mazhab Hanafi, kita
selalu berjumpa pendapat Abu Hanifah dan juga pendapat muridnya iaitu Abu
Yusof dan Abu Hasan as-Syaibani.

6) Pengajaran:
i) Guru yang baik dapat mengenal pasti potensi muridnya lantas
menggilap potensi tersebut dengan penuh bijaksana.
ii) Murid yang cemerlang pula akan akur dengan tunjuk ajar gurunya.


p/s
"apakah hukuman terhadap lelaki yang mengambil kain kafan si mati dalam kubur?" Ada sape boleh tolong bagi jawapan?

Happy Belated Birthday

Assalamualaikum...

--Entry One--

Happy Belated Birthday... Hope You will enjoy your life there

--Entry Two--

Ada beberapa perkara berikut dimana seseorang itu (lebih lebih lagi anaknya) boleh melakukan untuk memanfaatkan orang yang telah mati :- (Credit to Al Ahkam)

a. BERDO'A - Perkara terpenting yang dapat memberi munafaat kepada seseorang setelah kematiannya ialah melakukan DO'A agar Allah swt memberi pengampunan baginya. Berdo'alah agar dia selamat dari api neraka dan dimasukkan kedalam syurga. Tambahan lagi jika yang melaukan do'a tersebut merupakan anak2 dia, insyaallah akan memberi kesan kepada si-mati, sebagaimana sabda Nabi saw :

"Taraf seseorang akan di naikkan didalam syurga dan dia akan bertanya,'Bagaimana aku berada disini?', Dia akan diberitahu bahawa 'oleh do'a2 anak2 mu untuk mengampunkan kamu'"-[Hadith Riwayat Ibn Majah #3660, Sahih al-Jaami', #1617].

b. BERSEDEKAH - Seperkara lagi ialah memberi sedekah bagi pihak si-mati. A'isyah ra. meriwayatkan bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi saw :

"'Ibuku sudah mati, aku rasa bahawa jika ibuku boleh bercakap, dia akan bersedekah, apakah diakan menerima ganjaran jika aku bersedekah bagi pihaknya', Nabi menjawab :'YA'"-[Riwayat al-Bukhari, Fath, #1388].

Abu Hurairah ra meriwayatkan :-

"Bahawa ada seseorang lelaki berkata kepada Nabi saw :'bapaku telah mati dan meninggalkan harta, dan tidak membuat wasiat, apakah boleh mengkifaratkan (dosanya) jika aku bersedekah bagi pihaknya?', Nabi menjawab :'Ya'"-[Hadith diriwayatkan oleh al-Nasaai'].

Sa'd ibn 'Ubadah berkata :-

"Aku berkata : Ya Rasululllah, sesungguhnya ibuku telah mati, apakah boleh aku sedekahkan bagi pihaknya, baginda berkata : Ya, Aku berkata,'Sedakah yang mana yang afdal?', baginda menjawab : memberi minuman". [Hadith riwayat al-Nasaai']

c. HAJI / UMRAH / PUASA (yang tertinggal) - Seseorang itu boleh melakukan Haji dan Umrah bagi pihak ibu-bapa yang telah mati (setelah ia melakukan untuk dirinya terlebih dulu), dan boleh juga melakukan puasa ibu-bapanya yang tertinggal. Dari riwayat Abdullah ibn Buraidah bahawa bapanya ra berkata :

"Semasa aku duduk bersama Rasulullah saw , datang seorang wanita dan berkata : 'Sesungguh aku telah sedekahkan hamba kepadanya, dan dia telah mati'. Baginda menjawab :'anda telah mendapat ganjaran kamu dan hak warisan telah membawa hadiah anda kembali'.Dia berkata,'Ya Rasulullah, sesungguhnya dia mempunyai puasa satu bulan, apakah boleh aku berpuasa bagi pihaknya.'baginda menjawab : Puasalah untuknya'. Dia berkata :'Sesungguhnya dia tidak pergi haji lagi, apakah boleh aku menunaikan Haji baginya, maka baginda menjawab : Lakukan haji untuknya". [Hadith riwayat Muslim didalam Sahihnya, #1149].

d. MENUNAIKAN NAZARNYA - jika ibu-bapa seseorang itu mati, dan didapati bahawa ia pernah bernazar, maka bolehlah anak2nya menunaikan nazar bagi pihaknya. Dari Ibn Abbas ra. bahawa seorang wanita telah datang kepada Nabi saw dan berkata :

"Ibuku telah bernazar untuk menunaikan Haji akan tetapi dia telah mati sebelum sempat melakukannya. Apakah boleh aku melakukan Haji baginya?' Baginda menjawab :'Ya, lakukan Haji bagi pihaknya. Apakah anda berfikir bahawa jika ibu kamu mempunyai hutang, kamu akan membayarnya? Dia berkata .'Ya'. Baginda berkata .'Maka bayarlah apa yang menjadi milik Allah, kerana Allah lebih berhak tunaikan nazarnya" -[Hadith riwayat al-Bukhaari, al-Fath, #7315]

e. MELAKUKAN KORBAN - dilakukan korban baginya, sebagaimana semada Nabi saw melakukan korban beliau berkata :

"Dengan Nama Allah, Ya Allah, bagi pihak Muhammad dan kaum keluarga Muhammad" -[Hadith riwayat Muslim #1967].

------------------

I Know What I Did Last 2 Week

Assalamualaikum...

Entry One

Antara notable event last week

1. Kena transfer kerja - dapat tau sewaktu dalam pejalanan pulang ke KB ; dalam keta lagi - nasib baik transfer biasa bukan sebab problem ke apa :P. Teringat beberapa cerita pasai transfer or dapat kerja baru ni

a. seorang Editor Akhbar harian dapa tahu berita perlucutan jawatan sewaktu beliau berada di Hong Kong untuk menghadiri suatu seminar atas nama jawatan yang beliau pegang.
b. Lagi satu cerita salah seorang bekas KM Melaka hanya mendapat tahu beliau bakal dilantik sebagai KM pada pagi majlis mengangkat sumpah KM itupun sewaktu beliau sedang mencari- cari kerusi beliau di barisan belakang pada pagi sebelum majlis tersebut sebelum dimaklumkan oleh pegawai protokol.tak tahu betul ke idak nak tanya pun dah meninggal dah orang tu ni pun statement beliau sewaktu diwawancara dulu.
c. Ada lagi satu cerita tang ni mengenai PM kita waktu krisis UMNO dulu, beliau dapat tahu dilucutkan jawatan sebagai Menteri Pertahanan sewaktu beliau sedang mempengerusikan mesyuarat di kementerian tersebut.

2. Sakit Mata (Conjuctivitis) - Takde kena mengena dengan Unit Mat Skodeng.

Penyakit ini selalu berlaku pada musim-musim panas dan Keadaan berabuk. la bermula dengan sakit mata dan berair dan lama kelamaan mempunyai nanah dan boleh menjadi buta.

Tanda-tanda penyakit

* Mata berair, bengkak dan biji mata ditutupi selaput putih

Rawatan

* Bersihkan mata dengan air bersih (air suling atau normal saline)
* Sapukan mata dengan ubat krim


Jenis-jenis ubat

* Ubat mata Terramycin, chloramphenicol
* Terramycin L.A.

3. Makan - Makan

a. Sup Belut - Kelebihannya - Nilai gizinya tinggi,
b. Kari Kepala Kambing (Merangkap Lidah, Pipi etc - Kelebihannya - Nilai Kolestrolnya Tinggi
c. Ayam Percik - Kelebihan - Kadar Santannya Tinggi merangkap kolestrol lah tu
d. Kepek Ubi - Kelebihan - Kadar Karbohidratnya Tinggi

Entry Two

Amiir

Sape nama Amiir Husaini Angkat Tangan !!!!! Sayeeee...

To Autie Artisukma " Amiir minta maaf sebab telah memecahkan bekas makanan hadiah dari Auntie Artisukma kepada Baba dan Umi.Amiir minta maaf banyak banyak Amiir baru belajar mengemas.Tapi takpe auntie ada lima lagi bekas yang masih selamat".

Erm.. not bad for 10 turn to 11 months old baby kalau dah berjaya cipta rekod memanjat tangga ke tingkat atas kurang dari dua minit ditambah kalau dah pandai semayang bila nampak sejadah. kena beli pagar lah lepas ni kat mana nak cari pagar murah murah ek Pn Limau?



Wallahua'lam..