Khaybar Khaybar Ya Yahuud....Jaisyu Muhammad Saufa Ya'uud......

ATTENTION EDITORS - VISUALS COVERAGE OF SCENES OF DEATH AND INJURY


MIDEAST

Shahd Okal, 8 months

maria2

The bodies of mother and her children

The bodies of mother and her children Asmaa, 33, and her daughters Maria, 5, and Shahd, 8 months, who were killed on Wednesday when an Israeli shell hit their house, lay on the floor before their funeral in Jebaliya, northern Gaza Strip , Thursday, July 27, 2006, leaving their father Sameer Okal alive


syurga

Shahd Okal 1

husband asma

Palestinian Sameer Okal, back 2nd left, sits next to the bodies of his wife Asmaa, 33, and his daughters Maria, 5, and Shahd, 8 months, who were killed on Wednesday when an Israeli shell hit their house


r1480229464

r122204863

Ke Syurga Insya Allah.....


Ya Allah, bantulah saudara-saudara kami para mujahidin di Palestin dan di semua tempat.
Ya Allah, bantulah mereka dan janganlah Engkau membantu musuh melawan mereka.
Ya Allah, bantulah mereka dan janganlah Engkau menolong musuh melawan mereka.
Ya Allah, tepatkanlah bidikan mereka dan kukuhkanlah kaki-kaki mereka serta berilah taufiq-Mu pada setiap langkah mereka.
Ya Allah, satukanlah barisan mereka dan kumpulkanlah segala upaya mereka.
Ya Allah, jadikanlah jihad mereka di jalan-Mu dan janganlah haramkan pahala jihad mereka atas kami.
Ya Allah, tolonglah kaum muslimin yang terdhalimi di Palestin dan semua tempat.
Ya Allah, tolonglah mereka (kaum muslimin) dan perbaikilah hubungan mereka.
Ya Allah, binasakanlah Amaerika dan sekutunya yang zalim, goncangkanlah dan hancurkan mereka.
Ya Allah, cerai beraikan barisan mereka dan luluh lantakkan kalimat mereka.
Ya Allah, janganlah Engkau memberikan kedudukani yang baik bagi mereka di muka bumi ini.
Ya Allah, lemparkanlah rasa takut dalam hati-hati mereka.
Ya Allah, hitunglah jumlah mereka, bunuhlah mereka dan jangan sisakan seorang pun dari mereka

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka

Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan2 mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka

Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.

Hari ini Hari Jumaat

Entry One:

Dialog Hari Jumaat

Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya:
"Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?"

Lima puluh menjawab " aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama.. tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?"

Duit seringit menjawab perlahan seraya menunduk, "hmm.. bosan.. balik balik tempat sama.. surau, masjid, surau... ".

Credit to Faizsahri... Barakallah feek


Entry Two:


Mafhum sabda nabi ..Zikir yang ringan disebut dil lidah tetapi berat timbangannya di sisi Allah SUbhanaLlahi wabihamdihi...SubhanaLlahil'Aaziim

Entry Three:

Banyakkan Selawat

Entry Four:

Mesyuarat
MB: TG Nik Aziz tidak dijemput

Thu | Jul 27, 06 | 06:19:26 PM
Oleh Maslan Yusoh

KOTA BHARU, 27 Julai (Hrkh) - Apabila disebut Kelantan terus menjadi mangsa diskriminasi kerajaan Pusat, ada pihak menganggap ia sebagai berfikiran sempit dan tidak mahu keluar dari kepompong lama.

Barangkali itulah yang cuba ditafsirkan pengerusi Debat Perdana di RTM 1, Dato' Johan Jaffar ketika menjadi pengantara pada debat perdana malam Isnin lalu, yang turut mengetengahkan pemimpin muda dari Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim.

Sebaliknya, apabila dibangkitkan isu global, lebih-lebih lagi kisah penderitaan penduduk Islam di Palestin dan Lubnan, apa pula yang mampu dibuat Pengerusi Persidangan Negara-Negara Islam (OIC). Beliau hanya sekadar keluar kenyataan mahu mengambil tindakan tegas.

Sedangkan sidang tergempar dan apa-apa mesyuarat khas mengenainya belum lagi kelihatan. Kalau inilah situasinya mungkinkah bos kepada Johan juga tidak global dan berada di bawah kepompong kerana tidak sensitif dengan saudara seagama di Lubnan dan Palestin.

Merujuk kepada apa yang diutarakan Mohd Zaki yang juga Adun Kelaboran, mengenai isu Menteri Besar Kelantan tidak dijemput menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang ke-100 di Putrajaya baru-baru ini, ia memang tepat dan tidak mampu disanggah lagi.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Haji Annual Bakri Haron ketika dihubungi mengesahkan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat langsung tidak menerima jemputan menghadiri mesyuarat tersebut.

Maka hujah yang diketengahkan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan pada debat terbabit yang mempersoalkan bagaimana pemantauan projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 mampu dilakukan dengan berkesan, sekiranya ketua kerajaan negeri enggan diajak berunding, tepat sekali.

"Kita tidak mahu apabila projek yang dirancang gagal dilaksana di Kelantan, Menteri Besar pula dipersalahkan, sedangkan ketika mesyuarat bagi membincangkan isu tersebut kita langsung tidak dijemput," kata Annual.

Penyelia Parlimen Kuala Krai, Zamzuri Mat Lazim mempersoalkan mengapa Menteri Besar Kelantan tidak dijemput sedangkan menteri-menteri kabinet lain juga hadir pada mesyuarat tersebut.

Antaranya, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Seri Rafidah Aziz; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato' Seri Ong Ka Ting serta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Seri Abdul Aziz Shamsudin.

"Sebenarnya siapa yang berfikiran sempit dalam isu ini, pemimpin PAS atau moderator debat tersebut atau juga seorang lagi penalis dari Umno," kata Zamzuri.

abuamiir komen: Jangankan jemput banner pasal mesyuarat tersebut pun tak letak lambang negeri Kelantan....

Pelik Sunggoh-

Boleh bawa masuk Mesyuarat AMM yg tengah berlangsung skarang

YANG ANEH-ANEH

OLEH FAISAL TEHRANI

ANEH! Begitu kata kawan saya Abdullah Komurcu yang sudah berada di Malaysia dalam setahun. Yang aneh-aneh terlalu banyak di Malaysia, tambahnya lagi. Beliau merujuk kepada banyak perkara yang sebetulnya membingungkan, itu kata beliau. Juga kata hati saya, tetapi kerana ia terlalu lazim di Malaysia maka ia tidak lagi jadi membingungkan meskipun ia adalah sebetulnya sesuatu yang amat mengelirukan. Jika kita kata ini sesuatu yang mengelirukan kita pula yang dituduh keliru. Maaf artikel ini lebih mengata pembaca beragama Islam. Ini bulan raya, lagi pun agama itu nasihat.

Contoh? Begini. Kawan saya itu merujuk berita seorang artis menunaikan umrah kemudian pulang masih menyanyi, masih mengenakan pakaian seksi dan macam-macam lagilah. Bila orang tanya dia balas semula dengan jawapan, ini antara saya dengan Allah. Eh-eh bukan di dalam Islam antara Allah dengan kita ada kaitan dengan lain-lain manusia juga?

Kemudian kata sahabat saya itu, lebih aneh dia melihat remaja atau gadis bertudung kemudian mengenakan t-shirt lengan pendek. Di mana konsep menutup auratnya? Atau di sekolah bertudung labuh kemudian pulang sekolah tidak sabar-sabar lagi menayangkan rambut merah blonde yang baru diwarnakan.

Atau, contoh lain, gadis bertudung kelihatan sopan, menegurnya di dalam tren dengan penuh manja dan menawarkan saya boleh bawa pergi jalan-jalan di Genting. Bila saya tiba dan sergah gadis itu kerana perangai buruknya, dia marah pula pada saya. I just want to be friendly.

Eh-eh ini Malaysiakah? Bukankah ini negara Islam? Atau bukankah Turki yang sepatutnya lebih teruk kerana mereka dilanda fahaman sekularisme lebih awal dari kita? Sahabat saya itu jadi lebih terkejut kerbau melihat ada artis wanita bertudung sempurna kemudian menyanyi lagu seperti pop. Ini aneh. Katanya. Ini Islam cara Malaysia, kita berbangga kita terbuka. Tukas seorang teman saya, orang tempatan yang rasa bertanggungjawab mempertahankan Malaysia.

Dan apa pendirian saya? Kenapa mempertahankan dan melindungi perkara yang nyata salah?

Pengalaman saya di Turki yang paling besar ialah menyedari bahawa hak dan batil jelas dan ketara terpisah. Kalau sudah mungkar takkan bercampur dengan makruf. Tak mungkin bertemu. Tutup aurat cara separuh seperti yang diamalkan di Malaysia bukan kebiasaan di Turki dan bukan kebiasaan wanita dengan penuh mesra menawarkan mahu bersiar-siar bersama. Tak terjadi wanita bertudung bujang keluar berjalan iseng-iseng dengan teman lelaki meskipun di dalam kumpulan. Tak ada lagu pop dengan lirik Islami. Atau tak mungkin artis pop seperti Guben Ergen atau Emre Altug menunaikan umrah kemudian hebohkan pada semua peminat dan media, baru pulang dari umrah dan hati sudah tenang asyik teringat kaabah tetapi tetap melalak sampai nampak anak tekak dan tetap tayang pusat.

Eleh biasalah. Kolot betul Faisal Tehrani ini sejak dua tiga bulan inikan. Ikut ajaran sesatlah agaknya si Faisal sekarang.

Eh-eh apa dah jadi dengan budak-budak kita?

Eh-eh, macam tak sedarkah ini berlaku selama ini?

Jadi perlukah kita terkejut jika ada daging babi bercampur dengan daging ayam di stor simpanan daging sebelum di jual ke pusat membeli belah lalu ditag dengan tanda HALAL? Perlukah kita terperanjat di kedai 24 jam air soya di rak bawah, beer atau arak di rak atas? Sedangkan di kaunter bank kita di sebelah ialah kaunter muamalah di sebelah ialah kaunter kewangan cara sekular. Kitakan rayakan Krismas dan hari raya sama-sama. Apa salahnya. Baguslah orang Malaysia
terbuka.

Pokoknya halal dan haram bersatu.

Di Malaysia kita buat begitu! Kita bangga, kita kata ini Islam cara kita. Eh-eh Islam cara kita yang betul ke atau Islam cara yang disimpulkan di dalam al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi yang betul? Mana satu yang betul? Eh-eh kita keliru ke? Takkan kita keliru? Ini telah diamalkan sekian lama. Dia orang Turki, dia yang tak tahu, dia yang lagi keliru.

Eh-eh anehnya kita di dalam dunia yang kita tidak tahu mana satu makruf mana satu mungkar dan noda. Kerana itulah saya pernah terperanjat besar bila seorang gadis bersolat dan berpuasa tapi duduk bersekedudukan dengan teman lelakinya berbangsa Iran. Bolehkah ini berlaku, eh-eh inikan Malaysia. Nak hairan apa!

Mashaallah seteruk itukah kita tidak nampak mana yang hak dan mana yang batil. Patutlah! Allah sudah tutup pintu hidayahkah untuk remaja kita? Atau Allah sudah gelapkan hati kita sebegitu busukkah hingga sudah tidak kenal lagi mana yang betul mana yang salah dan bila ia bercampur baur kita sangka itu lebih baik dan cool?

Bukankah di dalam sembahyang kita minta jalan lurus sahaja Ya Allah yang Kau tunjukkan pada kita. Jangan jalan lain. Jalan campur aduk pun tak mahu. Di mana duduknya kita? Teman-teman selalu bertanya, kenapa saya begitu tergiur dengan Turki (negara orang) dan duduk di sana lama-lama. Jawapan saya, saya nampak mana yang betul mana yang salah. Hitam putih jelas terang. Dan saya tak perlu risau iman saya berkarat dimasuki unsur nifaq. Yang saya selalu minta dalam doa lepas sembahyang, Tuhan jangan jadikan saya orang munafik. Saya takut!
Itu yang membuatkan saya memandang lebih tinggi negara orang. Macam bagus sahaja Faisal sekarang.

Eh-eh nak jadi baik pun dipandang serong?

Saya sedih hati dan terlalu berduka dengan keadaan di Malaysia, keadaan yang menimpa remaja-remaja kita. Mana tidaknya kekeliruan
adalah kebenaran. Masalah kita di Malaysia bukan masalah ilmu.

Kita kreatif, bangsa Malaysia lebih kreatif dari bangsa-bangsa lain, saya sahkan ini setelah banyak mengembara. Mana ada masyarakat yang boleh menjadikan nasi putih kepada ratus macam nasi lain. Roti canai boleh diintikan nenas apatah lagi pisang. Itu baru perkara mudah-mudah kita sudah kreatif. Bakat kita sudah diterima dan diiktiraf.

Justeru apa masalah lagi, kita bagus dan lebih pandai apa? Kata Abdullah, sebelum ini jika dia lihat cawan dengan tulisan dibuntutnya Made In Malaysia dia akan beli berbanding cawan dengan tertera tulisan Made In Taiwan kerana Malaysia negara Islam, sekarang dia rasa sangsi.

Dia naik keliru. Islam apa begini? Kita Islam dengan hadharah, kita berilmu. Tentu, berilmu dan bijak serta berpengetahuan seperti masyarakat Malaysia mesti datang seiiring dengan adab dan akhlak. Masalah kita ialah masalah akhlak. Kalau tidak masakan tidak saya akan menganga mendengar cerita ada gadis remaja Melayu menggesel bahagian tubuhnya kepada teman saya di dalam LRT.

Come on Faisal, apa salahnya, budak perempuan itu mengaji khatam al-Quran apa! Dia tahu tajwid lebih dari engkau.

Jadi sayalah yang berdosa? Eh-eh kelirunya!

July 15, 2005

It is time that we knock into the heads of Malay that our country Malaysia is never been an Islamic country

Entry One:

Forum Shariah dan Isu Semasa yang berlangsung pada 23 Julai 2006 di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur mendapat sambutan luar dugaan dan melebihi ruang dewan yang disediakan oleh pihak penganjur. Berikut adalah RESOLUSI FORUM tersebut:

Kami, yang berkumpul di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur pada hari ini untuk membincangkan cabaran semasa dalam pelaksanaan sistem Syariah di Negara ini menyatakan rasa bimbang terhadap usaha-usaha pihak yang sedang cuba meminggirkan kedudukan Islam dalam sistem kenegaraan dengan berselindung di sebalik nama Kumpulan sekular ini tidak mendapat sokongan bagi membawa agendanya di kalangan besar masyarakat Malaysia, perjuangan mempertahankan hak-hak asasi. Usaha-usaha ini merupakan satu langkah untuk membelakangkan hakikat sejarah semenjak ratusan tahun lalu di mana Syariah diterimapakaikan di dalam kehidupan individu dan masyarakat di negara kita.

Kami juga bimbang dengan ruang yang diberikan kepada usaha-usaha negatif ini dalam media masa tempatan dan antarabangsa walaupun pandangan ini hanya merupakan suara-suara terpencil dan pinggiran berbanding dengan faham dan penghayatan majoriti umat Islam.

Kita bimbang mungkin usaha negatif ini didalangi oleh unsur-unsur luar negara yang berhasrat melumpuhkan Islam. Situasi ini pasti akan bertambah buruk jika pandangan-pandangan liar ini turut dilayan oleh pihak-pihak yang berwewenang dalam negara kita. Sekiranya masyarakat Islam tidak cukup prihatin dan peka terhadap perkembangan ini mereka akan terus menyalah-gunakan saluran perundangan untuk mencapai matlamat mereka.

Menyedari hakikat ini maka kami yang berkumpul di Masjid Wilayah untuk Forum Syariah dan Cabaran Semasa pada 23 Julai 2006 bersetuju dengan resolusi berikut:

1. Kedudukan istimewa Islam merupakan elemen penting dalam Perlembagaan dan sistem perundangan Negara. Ia turut merupakan hak asasi umat Islam di negara ini. Jika dasar ini diganggu-gugat ia mampu menimbulkan pelbagai kesan negatif dalam masyarakat. Oleh itu, formula yang sedia ada dan sudah terbukti mengekalkan kesejahteraan bersama ini, harus dipertegaskan dan diterima oleh semua pihak, Islam dan bukan Islam.


2. Semua peruntukan Perlembagaan dan Undang-undang yang berkaitan dengan Islam perlu diperkukuhkan untuk menutup semua ruang usaha untuk menggunakan saluran mahkamah bagi melemahkan kedudukan Islam.


3. Seluruh umat Islam perlu menyatukan suara, sikap dan tindakan dalam mempertahankan kedudukan Islam yang sedang diancam.

4. Setiap ancaman terhadap Islam adalah bermakna ancaman terhadap martabat dan kedudukan Raja-Raja Melayu yang menjadi Ketua Agama di setiap negeri dan terhadap kewibawaan institusi-institusi Islam.

5. Menuntut agar dihentikan segera semua percubaan usaha merombak dan menghakis kedudukan Islam dalam Perlembagaan dan sistem perundangan Negara. Mana-mana ketidakpuasan hati berkenaan dengan Islam harus disalurkan ke meja rundingan dengan pihak-pihak yang berautoriti. Pendekatan konfrontasi melalui ”roadshow” (majlis penerangan ) dan pertikaian mahkamah hanya akan mengakibatkan ketegangan dan mengancam ketenteraman masyarakat.

6. Kita menuntut media aliran perdana mengambil pendirian tegas dan tidak berpihak dalam isu-isu berkaitan Islam dan tidak mempelopori pandangan bahawa Malaysia adalah negara sekular dan amalan Islam adalah hak peribadi. Kita menuntut pihak media memberi ruang kepada pihak Islam untuk menyuarakan pendapat mereka dan tidak lagi meminggirkan suara arus perdana (”mainstream”) Islam. Media aliran perdana mestilah bersikap professional dan beretika di dalam lapuran dan analisa mereka mengenai Islam.

7. Hak dan kebebasan beragama perlu difahami dalam ruanglingkup Islam, bukannya mengikut kecenderungan individu. Fahaman kebebasan dan hak asasi acuan sekular-liberal adalah bercanggah dengan ajaran Islam serta agama-agama lain.

8. Semua Dewan-dewan Undangan Negeri dan Parlimen (bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan) hendaklah meluluskan segera enakmen/akta yang menghalang dakyah bukan Islam kepada umat Islam dan pihak berkuasa hendaklah melaksanakan enakmen/akta berkenaan dengan segera.

9. Kerajaan hendaklah menetapkan pendirian untuk menolak usaha-usaha barat dan badan–badan bukan kerajaan yang bersekongkol dan menggunakan NGO tempatan, ahli-ahli akademik dan orang perseorangan untuk mempengaruhi polisi dan undang-undang berkaitan orang Islam.

10. Ada di kalangan pemimpin Muslim yang menyuarakan pandangan yang menyokong kelompok yang mengatakan amalan Islam adalah hak individu dan undang-undang moral tidak harus dilaksanakan di Malaysia. Kenyataan seperti ini amatlah dikesali kerana undang-undang moral di dalam Islam di Malaysia telah merupakan intipati kepada undang-undang di Semenanjung Malaysia jauh lebih dahulu sebelum kedatangan penjajah-penjajah.

11. Majlis Peguam Malaysia yang mewakili lebih 12,000 peguam di Semenanjung telah mengambil pendirian berpihak tanpa mengambilkira pandangan peguam Islam yang membentuk lebih dari 40% dari jumlah keseluruhan peguam. Majlis Peguam Malaysia atas nama hak asasi manusia telah mencampuri urusan agama Islam dan ini bertentangan dengan matlamat Majlis Peguam ditubuhkan dan kita menuntut Majlis Peguam sebagai penjaga kedaulatan undang mematuhi undang-undang negara ini.



Luar Masjid
Luar Masjid

Pintu Masuk dewan
Pintu Masuk dewan

pintu masuk dewan tepi
pintu masuk dewan tepi

Ruang legar
Ruang legar

Solat Hajat dan tazkirah dari Mufti Perak

Solat Hajat dan tazkirah dari Mufti Perak


Entry Two:

Prof. Madya Dr. Kamar Oniah di antara yang turut serta dalam mesyuarat-mesyuarat bagi penubuhan suruhanjaya perundingan agama di awal 2003 dan merupakan orang yang pertama menarik diri. Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menemuramah beliau pada 19 Julai 2006.

PEMBELA: Dr., PEMBELA difahamkan bahawa Dr. salah saorang yang turut serta dalam usaha peringkat awal penubuhan IFC.

Dr. Kamar Oniah: Ya, di awal 2003 sebagai wakil JUST

PEMBELA: Kemudian Dr. menarik diri?

Dr. Kamar Oniah: Ya, saya berasa amat tidak senang hati dengan perjalanan dan perkembangan mesyuarat-mesyuaratnya. Setelah berbincang dengan Presiden JUST, Prof. Dr. Chandra Muzaffar, beliau menghormati pendirian saya dan membenarkan saya menarik diri. Di peringkat ini JUST dan ABIM masih mengharapkan sikap dan halatuju usaha tersebut dapat dibetulkan dan kembali kepada tujuan asalnya. Tetapi bila tidak menjadi begitu, malah lebih teruk dan rumit, semua menarik diri dan Prof Chandra selaku Presiden JUST dan Saudara Ahmad Azam selaku Presiden ABIM membuat kenyataan akhbar keluar dari usaha ini.

PEMBELA: Apa tujuan asalnya?

Dr. Kamar Oniah: Semasa Prof. Dr. Chandra melantik saya sebagai wakil JUST ke perundingan tersebut, beliau memberi tahu saya bahawa ianya adalah satu usaha bagi membincangkan kemungkinan ditubuhkan majlis perunding antara agama bagi menyelesaikan masalah-masalah yang berbangkit; dan sekiranya setelah tertubuh dan berjalan dengan baik, mungkin boleh difikirkan nanti untuk dinaikan tarafnya ke taraf suruhanjaya atau pun menjadi sebahagian dari SUHAKAM.

PEMBELA: Dr. setuju dengan saranan tersebut?

Dr. Kamar Oniah: Ya, sebab saya banyak terlibat dengan dialog antara agama dan kumpulan-kumpulan keamanan – hingga hari ini.

PEMBELA: Dr. kata tadi Dr. menarik diri sebab tidak senang dengan perjalanan dan perkembangannya. Sila jelaskan sikit.

Dr. Kamar Oniah: Pasal perjalanan mesyuarat – saya amat tidak senang dengan pengendalian mesyuarat – kucar kacir. Pengerusinya pada masa itu adalah Mr. Cecil Rajendra dari Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Majlis Peguam (JHA). Wakil-wakil Jawatankuasa ini memonopoli mesyuarat – pintas dan potong cakap orang, seolah-olah mereka mewakili semua dan pendapat mereka muktamad dan dipakai, dan mesyuarat memihak kepada mereka. Jelas sudah ada satu pakatan dan keputusan sudah pun dibuat. Ini bermakna yang lain seperti saya hanya merupakan wakil-wakil "token" (lambang) untuk diperkudakan. Yang anehnya mereka dari JHA itu tidak terlibat dalam dialog agama sebelum ini. Ini jelas apabila saya bertanya dan bangkitkan beberapa hal – tak tahu pun yang dialog antara agama di Malaysia, apatah lagi di dunia sudah berjalan begitu lama. Malah minit mesyuarat pun tak tepat; misalnya, saya tidak hadir satu mesyuarat tapi nama saya dicatat sebagai hadir.


PEMBELA: Tentang perkembangannya pula, bagaimana?

Dr. Kamar Oniah: Mula-mula lagi saya rasa sudah ada yang tak kena. Saya persoalkan tentang perwakilan – kenapa wakil agensi-agensi Islam kerajaan tidak turut hadir? Saya kata keputusan mesyuarat tidak akan diterima umum kalau badan-badan rasmi yang mewakili umat Islam di negara ini tidak turut serta – kita akan diragui dan dipersoalkan nanti. Begitu juga dengan yang bukan Islam – kenapa tidak lebih terbuka walhal saya tahu bukan semua dari komuniti-komuniti agama-agama ini merestui, apatah lagi setuju dengan Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS)

PEMBELA: Jawapan mereka?

Dr. Kamar Oniah: Jawapannya ialah agensi-agensi Islam telah diundang tetapi tidak ada jawapan. Bagi yang bukan Islam, kata mereka, kalau dibuka kepada badan-badan agama yang lain, sukar mendapat persetujuan nanti.

PEMBELA: Ada lagi yang Dr. persoalkan?

Dr. Kamar Oniah: Ya, saya persoalkan kenapa perlu suruhanjaya yang disarankan itu diletak di bawah Bar Council yang tidak ada kena-mengena dengan agama? Kenapa suruhanjaya perlu tertakluk kepada mana-mana badan? Sepatutnya ia bebas berdiri sendiri.

PEMBELA: Jawapan mereka?

Dr. Kamar Oniah: Wakil-wakil JHA jadi jurubicara mesyuarat menjawab semua yang saya bangkitkan. Mereka kata suruhanjaya akan lebih berkuasa kalau bagitu. Yang jelas bagi saya ialah kerana mereka mahu memperkudakan dan memperalatkan suruhanjaya kelak untuk agenda-agenda mereka tersendiri.

PEMBELA: Ada lagi yang Dr. tak setuju?

Dr. Kamar Oniah: Ya, yang paling saya tidak senangi dan tentang ialah mesyuarat beralih dari berbincang tentang penubuhan majlis perunding kepada menghentam Islam oleh wakil-wakil Islam JHA. Saya beri ingatan, malah amaran bahawa itu adalah urusan “intra-faith" yang hanya boleh ditangani oleh komuniti yang terbabit; “inter-faith” tak boleh masuk urusan domestik agama tertentu.

PEMBELA: Jadi?

Dr. Kamar Oniah: Wakil Islam JHA menjawab Islamlah yang menghalang kebebasan beragama di Malaysia ini dan menarik perhatian mesyuarat kepada edaran dalam mana dikepilkan laporan-laporan kes-kes murtad di mana wakil JHA berkenaan, selaku peguam mereka, telah kalah dalam kes-kes tersebut. Jadi jelaslah bagi saya dan wakil-wakil Muslim yang perihatin bahawa usaha ini rupanya bukanlah untuk berunding tentang penubuhan majlis perunding agama tetapi adalah untuk memperjuangkan murtad dari Islam.

PEMBELA: Jadi Dr. tarik diri?

Dr. Kamar Oniah: Ya, dan bila mereka mengubah aturcara dan penceramah-penceramah seminar selepas dipersetujui bersama Prof. Chandra dan Sdr. Ahmad Azam, lalu mereka juga, secara terbuka, mengumumkan di dalam akhbar penarikan diri JUST dan ABIM, dan ini disusuli oleh perwakilan dan pertubuhan-pertubuhan Islam yang lain.

PEMBELA: Rumusan Dr. tentang usaha tersebut?

Dr. Kamar Oniah: Terpesong dari tujuan asal dan juga tidak mendukung etika mesyuarat kerana meminda sesuka hati itu dan ini. Dalam lain perkataan, mereka ini tak boleh dipercayai dan tak boleh langsung dibuat rakan sepasukan kerana mereka ini jenis yang tak jujur kepada keputusan bersama dan memperkudakan kawan-kawan.

PEMBELA: Tetapi mereka teruskan usaha dengan IFC dan sekarang mereka yang sama juga muncul dalam kes-kes murtad yang sedang hangat di dalam dan di luar mahkamah. Apa pendapat Dr.?

Dr. Kamar Oniah: Ya, saya amat hairan kenapa orang yang mengangap diri mereka Muslim bagitu gairah dan seronok, malah turut memperjuangkan orang murtad dari Islam. Agama-agama lain pun, walau pun tidak dapat menghalang orang keluar dari agama mereka, namun mereka tetap merasa sedih dan marah juga jika ada yang keluar.

PEMBELA: Mereka katakan ini adalah hak asasi.

Dr. Kamar Oniah: Orang lain pun ramai yang memperjuangkan hak asasi, malah lebih hebat perjuangannya dari mereka dua tiga kerat ini, namun tidak pula sampai memperjuangkan murtad dari agama sendiri.

PEMBELA: Apa pandangan Dr. terhadap mereka-mereka ini?

Dr. Kamar Oniah: Bagi saya mereka-mereka yang memperjuangkan murtad atas wadah dan objektif apa sekali pun, apatah lagi melalui mahkamah dan perundangan untuk menukarkan status Islam di negara Malaysia ini, tidak lagi merupakan sebahagian dari Umat Islam Malaysia kerana mereka mengkhianati Umat Islam Malaysia. Kalau ada rakyat Malaysia yang mengkhianati Malaysia, tentunya rakyat Malaysia juga tak senang dan menganggap mereka yang sebegini bukan lagi sebahgian dari negara ini.


PEMBELA: Habis nak panggil mereka apa?

Dr. Kamar Oniah: Mungkin boleh digelar mereka ini sebagai “Umat Islam Mereka” kerana mereka ini mereka-reka dan mengada-ngada.

PEMBELA: Apa nasihat Dr. kepada mereka.

Dr. Kamar Oniah: Saya bukan peguam dan tak tahu bagi nasihat. Yang saya tahu ada di antara orang Islam yang terlibat tak sedar realiti dan implikasi perbuatan mereka ini dan hanya terikut-ikut atas semangat setiakawan, atau pun kebetulan memegang jawatan itu dan ini dalam persatuan dan persatuan memutuskan menyokong murtad. Bagi mereka yang sebagini, fikir-fikirkanlah semula implikasi perbuatan ini – buang saja sahabat-sahabat yang membawa kecelakaan kepada diri sendiri dan umat Islam di negara ini dan keluar terus dari persatuan terlibat. Malah saya rasa semua orang Islam wajar keluar dari semua persatuan dan pergerakan yang terlibat menyokong kes-kes murtad. Apa guna bayar yuran dan berjuang bersama kalau sudah jelas sekarang diri hanya diperalatkan oleh pimpinan-pimpinan untuk kepentingan dan agenda-agenda mereka tersendiri – katakan “goodbye” saja dan sertai perjuangan baru. Atau, kaji semula perlembagaan persatuan berkenaan dan tengok apakah penglibatan saperti ini termaktub dalam perlembagaan, kalau tidak gulingkan exconya kerana memperalatkan persatuan untuk kepentingan peribadi.

PEMBELA: Terima kasih Dr.

Dr. Kamar Oniah: Sama-sama

Entry Three:

Palestine............Lebanon...............

KES MURTAD AZLINA JELANI (LINA JOY) & KELEMAHAN SISTEM PERUNDANGAN IMPLIKASI TERHADAP MASA DEPAN ISLAM & MELAYU DI MALAYSIA

KES MURTAD AZLINA JELANI (LINA JOY) & KELEMAHAN SISTEM PERUNDANGAN:

IMPLIKASI TERHADAP MASA DEPAN

ISLAM & MELAYU DI MALAYSIA

Fakta yang terkandung dalam tulisan ini diringkaskan berdasarkan daripada;

1. kupasan kes murtad Azlina Jailani (Lina Joy) yang dibincang dihadapan peguam-peguam Islam Malaysia & organisasi kerajaan & bukan kerajaan (NGO) yang hadir pada taklimat isu murtad pada 12-Julai-2006 di Bilik Mesyuarat Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, serta,
2. berdasarkan kupasan kes yang telah dibentang & dibincangkan bersama Saudara Zulkifli Nordin pada 09-Julai-2006 di Surau As-Sakinah Taman TTDI Jaya, Shah Alam.

Program selanjutnya untuk ulasan & pelan tindakan akan diadakan pada;

1. Jumaat 14-Julai-2006, 07.45pm di Masjid Ibtisam Taman TTDI Jaya, ulasan akan diberikan oleh wakil Ahli Jawatankuasa Peguam Pembela Islam (PPI).

2. Ahad 16-Julai-2006, 02.30pm di Anjung Rahmat, Ibu Pejabat ABIM Jalan Gombak untuk merangka pelan strategi oleh seluruh NGO & organisasi Muslim & Malaysia.

3. Ahad 16-Julai-2006, 08.30am di Unisel, SS7 Shah Alam untuk sessi taklimat isu semasa oleh Peguam & Bekas Presiden Majlis Peguam.

Kehadiran & hebahan untuk kedua program ini diharapkan sepenuhnya & menjadi kewajipan untuk umat setiap Muslim bertindak.

MUQADDIMAH

Maksud hadith;

Daripada Ibn Mas`ud dan 'Aisyah, Nabi s.a.w. bersabda: Tidak halal darah seseorang muslim selain daripada tiga sebab: berzina selepas menjadi muhsan, membunuh orang lain tanpa hak dan mengasingkan diri dari jemaah serta meninggalkan agama (murtad).
(Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud dll)


"Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka hendaklah ianya dibunuh"
(Riwayat al-Bukhari dan Abu Dawud)


Dalam sejarah lampau, kes Natrah, seorang wanita Belanda yang memeluk Islam dan berkahwin dengan Mansor Adabi telah dipaksa oleh ibu bapanya keluar dari Islam (Murtad) dan menggunakan mahkamah British di Singapura untuk dibawa balik ke Belanda.


Keprihatinan seluruh umat Islam & masyarakat dari seluruh pelusuk Tanah Melayu untuk berjalan kaki dan berbasikal untuk berkumpul & berdemonstrasi di Sinagpura untuk membantah & mempertahankan aqidah hanya SEORANG muslimah dari dimurtadkan tanpa sedikitpun memikirkan perasaan takut untuk berhadapan dengan bedila pelurun serta cota tentera British dan sebagainya yang menghalang mereka…

Hakikat yang berlaku selepas itu hingga sekarang, umat Islam sekarang terlalu lemah dan dayus untuk hanya mampu melihat sahaja tanpa memperdulikan langsung sejumlah 100,000 (Mufti Perak), dan 250,000 kes yang telahpun murtad “tanpa paksaan” dan hanya menanti untuk didaftarkan di Pejabat Pendaftaran Negara…

Apa pendirian kita…?

LATAR BELAKANG

1. Bangsa Melayu khususnya di Malaysia, adalah satu-satunya bangsa di dunia yang mengguna pakai definisi yang jelas di dalam perlembagaan untuk mentakrifkan definisi perkataan Melayu serta skop yang merangkuminya.
2. Istilah Melayu di Malaysia dijelaskan sebagai seorang yang penganut agama Islam, dan Islam & Melayu pada dasarnya mengikut definisi perlembagaan sama sekali tidak boleh dipisahkan.
3. Perkara ini diletakkan dengan jelas di dalam perlembagaan dan menjadi suatu undang-undang di Malaysia untuk Melayu tidak dibenarkan meninggalkan Islam, (rujuk Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan), dan Melayu dan bangsa lain yang menganut agama Islam adalah tertakluk di bawah syariat Islam & perundangan Mahkamah Syariah di Malaysia.



AZLINA JAILANI @ LINA JOY?

1. Nama asal: Azlina Jailani, pernah memohon pada tahun 1997 untuk ditukar kepada Azlina Lelani tetapi ditolak sebab beralasan telah tukar agama Kristian.
2. Permohonan kedua untuk tukar kepada Lina Joy pada 1999 tanpa menyatakan sebab pertukaran kepada agama Kristian telah diluluskan, dengan Kad Pengenalan Baru tertera perkataan Agama Islam.
3. Ayah bernama Jailani bin Shariff dan ibu bernama Kalthum binti Omar, keduanya beragama Islam dan mengamalkan hidup sebagai Muslim.
4. Berwajah typical Malay, berbangsa Melayu keturunan Jawa, berumur 42 tahun.
5. Mengisytiharkan tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990, mempunyai sijil Baptis yang dikeluarkan pada 11-May-1998, dan pada tahun 2000 menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan seorang India Kristian, dan meminta untuk didaftarkan perkahwinan tersebut untuk mengesahkan perkahwinan beliau.
6. Telah beberapa kali dipanggil dan dinasihatkan oleh Majlis Agama berkenaan kemurtadan beliau, tetapi beliau mempertahankan yang pilihan keluar dari Islam adalah kehendak sendiri dan telah dimaklumkan pada kedua ibu bapa.
7. Bekerja di ProQuest di Taipan, Subang Jaya.menetap di Taman Dato’ Tan Yeiw Lai, Kuala Lumpur.

FAKTA KES

1. Selepas berkahwin dengan seorang Kristian, beliau memohon untuk pendaftaran perkahwinan, tetapi tidak dibenarkan sebab di dalam Kad Pengenalan masih tertulis beragama Islam walaupun beliau berjaya menukar nama dalam Kad Pengenalan kepada Lina Joy.
2. Berusaha untuk menghilangkan perkataan agama Islam tersebut dengan permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada tahun 2000.
3. Permohonan tidak dibenarkan oleh JPN disebabkan tidak ada kebenaran dari Mahkamah Syariah yang membenarkan memperakui beliau keluar Islam.
4. Mahkamah Syariah mengguna pakai undang-undang Islam yang tidak mengbenarkan (MENGHARAMKAN) seseorang Muslim keluar dari Islam (Murtad), dan Sijil Tukar Agama (Murtad) seperti yang dikehendaki oleh JPN tidak dapat dikeluarkan.
5. Permohonan bermula di Mahkamah Tinggi tahun 2000, seterusnya ke Mahkamah Rayuan pada 19-Septemebr-2005, dan keduanya mengiktiraf bahawa kes adalah dalam kuasa Mahkamah Syariah untuk membenarkan beliau keluar dari Islam dan membolehkan dibuang perkataan Islam di dalam Kad Pengenalan.
6. Setelah semuanya tidak berjaya, peguambela, Dato’ Dr Cyrus Das, juga bekas Presiden Majlis Peguam, berjaya mendapat kebenaran untuk kes dibawa kepada Mahkamah Persekutuan.
7. Kes didengar oleh 3 Hakim (2 Muslim & 1 non-mullim ~ Ketua Hakim Tun Fairiz, Dato’ Alauddin, & Dato’ Richard) pada dasarnya berpendirian yang sama menyokong tindakan Mahkamah Rayuan… HINGGALAH Majlis Peguam yang di ketuai oleh Peguam Malik Imtiaz Sarwar dan beberapa yang lain, yang hanya menjadi barisan peguam pemerhati beserta banyak lagi NGO yang menyokong Lina Joy meminta untuk memberi hujah & bersuara, dan DIBENARKAN oleh mahkamah yang terlibat.
8. Itu adalah permulaan isu ini dibesarkan yang mana tidak pernah dalam sejarah perundangan negara peguam pemerhati dibenarkan berhujah di dalam Mahkamah.
9. Hujah yang dibawa oleh barisan peguam pemerhati yang diketuai oleh Majlis Peguam tersebut melarikan isu utama kes berkenaan daripada hak & kuasa Mahkamah Syariah TETAPI memberi hujah bahawa Lina Joy adalah berhak untuk mempraktikkan kepercayaannya dan dilindungi oleh perlembagaan sebagai hak individu seperti yang terkandung di dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.
10. Isu Mahkamah Syariah seperti yang diputuskan oleh mahkamah terdahulu sudah tidak releven lagi pada hujah Majlis Peguam, dan isu yang diperjuangkan oleh Kumpulan Artikel 11 & IFC dijadikan isu utama kes ini di Mahkamah Persekutuan.
11. Isu yang diperjuangkan oleh kesebelas NGO non-Mulsim atas nama kumpulan Artikel 11 & Inter-Faith Council (IFC) adalah untuk mendefinisikan perkataan "person" (individu) yang terkandung di dalam Artikel 11 tersebut untuk merujuk kepada individu as per say, bukan lagi kumpulan atau agama secara umumnya.
12. Ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia attempt yang sebegitu berani & bersikap kurang ajar yang dilakukan untuk menghuraikan definisi tersebut untuk menguraikan ikatan Islam mengikut kepahaman peribadi seseorang penganut itu sendiri, dan menafikan hak Islam sebagai agama untuk mewajibkan umatnya mempraktikkan amalan & syariat Islam seperti yang terkandung dalam undang-undang Islam.



IMPLIKASI DARI DEFINISI "INDIVIDU"

Nampak & dengar terlalu kecil, tetapi implikasinya melampau batas pemikiran kita…!

1. Orang Islam dibenarkan meninggalkan Islam pada bila-bila masa sahaja, walaupun mengakui mereka adalah Melayu pada bangsanya. Ini bermakna Melayu di Malaysia bukan lagi terikat dengan agama Islam seperti yang telah digazetkan dalam perlembagaan.
2. Apabila definisi "person" didefinisikan sebagai hak individu, maka agama Islam boleh ditafsirkan mengikut kefahaman individu sendiri tanpa ada undang-undang Islam yang boleh mengongkongnya;

* Orang Islam boleh keluar-masuk Islam pada bila-bila masa.

* Islam boleh diamalkan mengikut kefahaman sendiri sepenuhnya.
* Kesalahan syarie oleh seorang Muslim tidak boleh diambil tindakan disebabkan perundangan Syariah sudah tidak relevent.
1. Sebagai contoh, solah boleh dilakukan mengikut sedap hati mengikut rakaat solah yang difahami sendiri, puasa dalam Ramadhan boleh ditinggalkan apabila membuat deklarasi “bukan Islam” pada bulan itu tanpa boleh diambil tindakan.
2. Semua badan-badan Islam tidak relevent lagi dalam perundangan semasa, sebab hak mempraktikkan secara individu diperjuangkan.
* Raja-raja Melayu hilang kuasa sebagai benteng & simbol agama.
* Kanak-kanak apabila masuk umur 18 tahun, ibu bapa akan terus hilang kuasa untuk menetapkan agama dan fahaman mereka, dan tindakan boleh diambil ke atas ibu bapa yang memaksa anak mereka mengamalkan Islam.
* Perukunan Islam pada dasar sudah tidak valid disebabkan tiada satu pun akta-akta berkaitan Islam contohnya Akta Solah, Akta Puasa, Akta Haji, Akta Zakat yang mengikat seseorang Muslim di dalam perlembagaan.



MENGAPA KES LINA JOY?

1. Kes Lina Joy adalah kes yang seduah lama didiamkan, tetapai ianya telah dimarketingkan diperingkat antarabangsa secara bersungguh-sungguh, adan ia adalah satu daripada ratusan ribu kes yang menanti untuk diketengahkan.
2. Kes Lina Joy adalah kes yang mengambil kesempatan dalam kekalutan semasa umat Islam di dunia, dan di Malaysia khususnya yang amat lemah dan tidak ada keupayaan untuk digembleng untuk mempertahankan Islam di mana-mana sahaja, hatta mempertahan aqidah seorang muslim yang lain.
3. Kes ini pada dasarnya adalah rentetan daripada tuntutan kumpulan “Artikel 11” yang pernah berkumpul di Petaling Jaya & Melaka, dan pernah cuba berkumpul di Pulau Pinang pada 14-Mei-2006 yang menuntut kepada pemerintah untuk membenarkan sepenuhnya kebebasan Murtad di bawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan, setelah kekalahan untuk kes Mohamed Abdullah @ Moorthy, S. Sharmala dan Nyonya Tahir.
4. Amat mendukacitakan sekali apabila kumpulan Artikel 11 yang juga dikenali Inter-Faith Council (IFC) disertai oleh beberapa individu Melayu & Islam termasuklah Sister-in-Islam, yang digerakkan oleh pemimpin-pemimpin & sekutu pemimpin-pemimpin negara yang beragama Islam.
5. Kes Lina Joy adalah attempt yang akan memberikan impact yang amat besar, dan diistilah kan sebagai “beyond our imgination” yang mana ia secara langsung mencabar undang-undang Syariah oleh Mahkamah Syariah di bawah Perkara 121(A) Perlembagaan Persekutuan, samaada ianya akan dipinda atau dihapuskan sepenuhnya, dan seterusnya mancabar hukam yang Allah SWT telah tetapkan di dalam Al Quran & As Sunnah.
6. Berikutan kes Lina Joy, maka terlalu banyak kes-kes permohonan Murtad dan sebagainya yang telah lama menunggu & sedang menunggu, dan kejayaan dari kes ini akan membenarkan permohonan lebih 250,000 untuk keluar Islam akan dibenarkan oleh perlembagaan.
7. Kes ini menjadi PERHATIAN PENUH organisasi & individu bukan Islam seluruh dunia, dan seluruh negara-negara besar didunia menghantar wakil untuk memberikan pressure yang besar ke atas hakim & sistem perundangan negara yang AMAT LEMAH untuk membela aqidah seorang rakyat Islam.
8. www.becketfund.com, www.malaysianbar.org.my, www.bernama.com.my menyenaraikan dengan jelas fakta kes dan bagaimana organisasi besar satu dunia ini menjadi tembok & dalang yang begitu kuat yang membela Lina Joy. Ianya dianggotai oleh pelbagai pertubuhan hak asasi manusia sedunia.
9. Di Malaysia pula 11 NGO dan organisasi menghantar wakil ke Mahkamah Persekutuun untuk memberi pressure kepada Hakim yang terlibat setelah mereka dibenarkan bersuara untuk membela Lina Joy, antaranya;

* Malaysian Bar Council
* All Women’s Action Society (AWAM)
* Sisters in Islam (SIS)
* Catholic Lawyers Society
* Interfaith Spiritual Fellowship
* Malaysian Civil Liberties Society (MCLS)
* Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS)
* National Human Rights Society (HAKAM)
* Pure Life Society
* Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
* Vivekananda Youth Movement, Seremban
* Women’s Aid Organization (WAO)
* Women’s Development Collective (WDC)

10. Wakil dari pertubuhan antarabangsa khususnya juga bercakap menyatakan pendirian & tekanan mereka ke atas mengkehendaki agama adalah pilihan 100% pada diri individu tanpa paksaan, dan membentngkan paper & kes study yang begitu panjang lebar kepada hakim-hakim yang terlibat untuk meletakkan mereka pada tahap kekeliruan yang amat tinggi.
11. Dalang utama pihak yang membela Lina Joy adalah wakil Bar Council yang beragama Islam (Malik Imtiyaz Sarwar) telah mengambil partisan stand untuk memberi hujjah yang menyokong tindakan Lina Joy tersebut tanpa mendapat restu dari Bar Council member. Malik sendiri berpendirian agar seorang Muslim dibenarkan untuk menukar agama mereka kepada apa jua pilihan mereka…
12. Suatu yang amat menyedihkan kerana tidak ada wakil daripada pertubuhan Islam yang begitu banyak di Malaysia, kecuali wakil beguam dari ABIM dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia sahaja yang bercakap mempertahankan hujah.
13. Suatu fakta yang dinyatakan oleh Peguambela pihak Lina Joy di dalam mengakhiri kes itu menyebut;

"…it is time that we must knock into the heads of Malay that our country Malaysia is never been an Islamic country. Strong message must be thrown to Muslim to tell them that in Malaysia Islam is just a subservient to constitution…"



TINDAKAN SEGERA

Memandangkan kes ini hanya mempunyai tempoh 6 minggu sebelum diputuskan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada 28-Julai-2006, maka tindakan segera telah diputuskan untuk diambil oleh segenap lapisan masyarakat Islam, antara keputusan jangka masa pendek yang telah dicadang dan dipersetujui akan diusahakan secepat mungkin adalah;

1. Penubuhan segera kumpulan Peguam Pembela Islam (PPI) yang diketuai oleh Peguam Zainur Zakaria, bekas Presiden majlis Peguam untuk melakukan protes kepada Majlis Peguam di atas keputusan beberapa Eksekutif Committee untuk menyokong kes Lina Joy;

* Isu secara langsung seolahnya menunjukkan seolahnya Majlis Peguam adalah dalang utama kes ini setelah mereka menyatakan sokongan penuh kepada kes Lina Joy di Mahkamah Persekutuan baru-baru ini, sedangkan tidak pernah mendapat mandate tersebut daripada badan dan ahli Majlis Peguam yang dilantik.

* Majlis Peguam juga telah menjadi pemangkin kepada tindakan berani & kurang ajar pelbagai pertubuhan NGO bukan Islam dalam & luar negara untuk mengajar orang-orang Islam untuk bagaimana mengamalkan Islam di Malaysia.

* Suatu EGM akan diadakan segera untuk membantah dengan mendapat tandatangan lebih 200 peguam Islam yang hadir dalam perjumpaan 12-Julai-2006 untuk menghalang Majlis Peguam daripada menyebelahi Lina Joy dalam kes beliau.

* Zainur Zakaria dan dianggotai 15 peguam lain sebagai committee termasuk Kamar Ainiah, Zainul Rijal Abu Bakar, Haji Mohamad Buruk dan Dato' Zaiton Othman mewakili Persatuan Peguam Muslim Malaysia, merangkumi pelbagai bidang kepakaran dan fahaman politik yang pelbagai. Antara yang lain adalah; Dato Abu Zahar, Dato Ainuddin, Zulkifli Nordin, PaaWan Chik Marican (Peguambela utama kes), Baharuddin, Subki Yusuf, Radhi (Setiausaha NGO Melayu), Zainddin Ismail, Zainur Ridaun, Shamsuriya, Azril, Raja Mustafa…

2. Suatu website diwujudkan segera untuk menjadi rujukan kepada fakta kepada kes ini, www.peguampembelaislam.com atau www.peguampembelaislam.org, yang akan diputuskan segera mengikut kesesuaian.
3. Suatu Press Statement dikeluarkan oleh Peguam Pembela Islam untuk mendesak semua pihak yang terlibat untuk menghormati undang-undang dan menafikan penglibatan Majlis Peguam di dalam membela kes Lina Joy.
4. Perjumpaan oleh semua gabungan NGO Islam & Melayu untuk menyatakan sokongan terhadap tindakan Peguam Pembela Islam serta menyebarkan kesedaran kepada seluruh masyarakat tentang isu ini;

* Kes ini ada kes yang menjadi perhatian dunia, sedangkan di Malaysia kes ini disorokkan oleh pihak media tempatan atas alasan faktor keselamatan dan sebagainya, kecuali kenyataan yang terkandung di dalam Bernama.com.my

* Umat Islam di Malaysia dari apa jua kefahaman politik dan bangsa perlu sedar dan disedarkan tenatang apa yang sedang berlaku dan implikasinya terhadap Islam, Muslim dan perjuangan Islam di Malaysia pada masa hadapan.
* Majlis tersebut akan diselia oleh ABIM yang akan diadakan di Ibu Pejabat ABIM, Anjung Rahmat, Jalan Gombak pada 16-July-2006, Jam 2.30pm. Semua dijemput hadir

5. Press Statement telah dikeluarkan oleh Persatuan Peguam Syarie, Dato’ Zaiton Osman pada Jumaat 07-July-2006 tetapi langusng tidak dikeluarkan oleh mana-mana media di Malaysia.

6. Mesej akan disampaikan melalui mimbar khutbah Jumaat pada minggu hadapan atas kebenaran daripada pihak yang terlibat.
7. Paling kurang 100,000 artikel akan dicetak dan diedarkan dengan tujuan untuk menyedarkan umat Islam tentang perkara ini dalam bentuk bertulis, dalam bentuk yang mudah dipahami kepada seluruh masyarakat Malaysia.
8. Solah Hajat diminta dilaksanakan di segenap peringkat untuk memberi kesedaran dan memohon pertolongan Allah untuk menyelamatkan aqidah Umat Islam di Malaysia, khususnya.
9. Usaha juga akan diteruskan untuk menyedarkan pemimpin-pemimpin negara serta Majlis Raja-Raja tentang implikasi dari sikap ambil tidak endah dari kes ini, serta meminta dengan kuasa yang ada pada tangan mereka untuk berusaha menyelamatkan aqidah umat Islam dari terus dimusnahkan.
10. Seluruh badan serta oraganisasi & individu mesti menggunakan setiap kekuatan yang ada untuk mempengaruhi serta menyedarkan masyarakat tentang isu ini, serta meminta masyrakat untuk mencuba sedaya mungkin mempengaruhi pihak yang terlibat untuk memastikan pekutusan berpihak kepada menjaga Aqidah Islam.
11. Pengumpulan dana kewangan segera susulan daripada dana yang telah dukumpul ketika perjumpaan peguam Muslim pada 12-Julai-2006, yang akan digunakan untuk menggerakkan bantuan kepada individu yang terlibat di dalam kes ini, termasukalah untuk mendapatkan beberapa unit notebook serta printer dan peralatan lain sekretariat Peguam Pembela Islam.
12. Mengumpul tandatangan seluruh Muslim di Malaysia untuk diserahkan kepada pemerintah dan Raja & Hakim sebagaimana yang telah dilakukan oleh NGO tersebut dengan mengumpul 20,000 tandatangan dan diserahkan kepada Perdana Menteri baru-baru ini. Amat malang tiada sebarang tindakan atau statement dikeluarkan oleh beliau, malah seorang Menteri yang terlibat dengan perundangan Malaysia juga telah melabelkan “bodoh” kepada individu yang menghalang dari usaha ini diteruskan.
13. Seterusnya, atas usaha & idea bersama yang perlu dilakukan segera.
14. Maklumat seterusnya akan disalurkan melalui group email, boleh mendaftar sebagai ahli secara percuma;

peguampembelaislam@yahoogroups.com

PENUTUP

Saudara sekalain, Allah tidak akan tanya apa hasil dari apa yang kita lakukan, tetapi Allah akan tanya kita apa yang kita lakukan untuk memastikan tanggungjawab fardhu ‘ain untuk menegakkan Islam di muka bumi dilaksanakan…

Fikir & bertindak. Wassalam.

Kisah Bukhary Zaman Moden....(Bukan Materazzi ek)

Sorry the lorry tak sempat sangat..benda yang nak ditulis dah due dua minggu dah... :P amiklah apa yang ada



Y. Bhg Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Latar belakang Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary:

*Umur - 53 tahun

*Pendidikan - SPM

*Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)

*Kekayaan -RM1,425 juta

*Ke-7 terkaya di Malaysia

*Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)

*Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat

*Kereta - Proton Perdana

*Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.

*Bagaimana sumbangan sosialnya bermula - Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.


Petikan kata-kata Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary :

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.
2.(berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.
3.Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya.
4.Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.
5.Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.
6.Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.
7.Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.
8.Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.
9.Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.
10.Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.
11.Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?
12.Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.
13.Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
14.Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.
15.Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.
16.Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa!
17.Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.
18.Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.
19.Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.
20.Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.
21.Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.
22.Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.
23.Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).
24.Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.
25.Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.
26.Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.
27.perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.
28.Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.
29.Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.
30.Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.
31. .....kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.
32. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.
33. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.
34. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.
35. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.
36.Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.
37.Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.
38.Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.
39.Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.
40.Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.
41.Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.
42.Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.
43.Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.
44.Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.
45.Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.
46.Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.
47.Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.
48.Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.
49. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.
50. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.


Credit to:

i. Muhtar Suhaili (Bakal Jutawan Zuhud :-) Ameen.)

Jika ada peluang gunakanlah peluang.. Jika tiada peluang ciptalah peluang!

Tomyam Perahu Pecah.....

Hajatnya nak buat posting pasal lain tapi tak sempat nak mengarang lagik, sementara tu bagi laluan dulu kepada berita di bawah........

Masih ingat cerita saham MAS RM 8 sesaham? Cerita rasmi yang kita dengar dulu:

1. Tajudin: Bukan menyelamat -- Kami masih rugi walaupun menjual MAS dengan harga RM8 sesaham

2. Langkah tangkas kerajaan- Pembelian saham MAS, aset LRT demi kepentingan strategik negara

3.Kerajaan beli saham MAS kerana potensinya - Daim

4. Kerajaan beli balik MAS RM8 sesaham

Itu Cerita Dulu ....sekarang tongkang sudah pecahhhhh sume citer keluar...

TR_MAS_060706low

TR_MAS_060706x500

SOURCE: theSun, July 6, 2006 - Credit to screenshots