Posting Tertunda - 2

IMG_0223

" Amiir pun nak masak jugaaaaaaaaak"

IMG_0277

"ERm.. naper kenduri mesti air sirap ek?? buatlah air strawberry ke... milo ais ke"

DSC01275
" Eh eh ni sape yang kawen ni?"

IMG_0407

IMG_0408

Sesi Bergambar dengan pengantin pengantin lama


DSC01271

IMG_0427

Host of the event..

Tanda aras Naib Canselor

Second Edition Gambar on the way.. sabau sabau.. sementara tu bole baca artikel di bawah menarik..buat modal bersembang.. :P



Tanda aras Naib Canselor

Oleh Nordin Kardi

Dalam susunan semula Kabinet Perdana Menteri yang terbaru, jawatan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia telah bertukar tangan daripada Datuk Seri Dr. Shafie Salleh kepada Datuk Mustapa Mohamed. Adakah beberapa perkara yang telah diasaskan oleh menteri terdahulu akan diubah oleh menteri yang baru?

Saya percaya masyarakat universiti bersedih dengan tiadanya Dr. Shafie yang telah mengasaskan Kementerian Pengajian Tinggi dan mengalu-alukan kedatangan Mustapa.

Terdapat banyak istilah-istilah yang sekarang menjadi percakapan harian di kampus-kampus universiti seperti universiti berkelas dunia, ranking, kerangka kelayakan, pemindahan kredit, penanda arasan dan banyak lagi.

Banyak di antaranya kelihatan seperti buah-buah fikiran baru, walaupun dalam sorotan tulisan-tulisan mengenai universiti, istilah-istilah itu telah lama dikenali. Walau apa pun, ahli masyarakat universiti sentiasa diberi inspirasi supaya meningkatkan pelbagai perkara dalam urusan universiti.

Tanggapan-tanggapan awam mengenai universiti kadangkala tidak dilihat secara komprehensif, sebaliknya dilihat dalam bentuk cebisan-cebisan mengikut konteks. Apabila ranking Universiti Malaya menurun daripada kedudukan di bawah seratus (89) kepada kedudukan ke seratus enam puluh lebih (169), perdebatan di Dewan yang mulia menjadi hebat sekali sehingga ada cadangan-cadangan memotong gaji menteri.

Hal ini mungkin baik dari segi menggambarkan budaya ambil berat para pembuat undang-undang terhadap prestasi kerja para eksekutif berkaitan universiti. Namun, hal ini mungkin menjadi bahan ketawa orang universiti di negara maju.

Agaknya apakah Itali riuh-rendah kerana Universiti Bologna, universiti Eropah tertua di dunia, yang telah ada lebih dahulu daripada Oxford, berada di belakang Universiti Malaya? Profesor Dr. Hashim Yaacob tersenyum membaca laporan THES (Times Higher Education Supplement) apabila mendapati Universiti Otago (tempat beliau mendapat pengajian kepakaran, yang mungkin kepakaran itu tiada di Universiti Malaya) berada jauh di belakang Universiti Malaya.

Riuh-rendah universiti di negara ini mungkin samalah seperti Malaysia ingin menjadi negara maju menjelang 2020, Selangor telah pun mengisytiharkan Negeri Maju, Kedah hendak mengisytiharkannya pada tahun 2010, universiti di Malaysia pun tidak mahu ketinggalan mengisytiharkan macam-macam.

Dalam kes Malaysia negara maju, nasib baik Tun Dr. Mahathir Mohamad memasukkan klausa `mahu maju mengikut acuan sendiri', jika tidak mungkin Malaysia juga akan menyerahkan kepada akhbar yang setara dengan THES untuk membuat pengisytiharan sama ada hasrat itu dicapai seperti tanda aras yang ditetapkan oleh laporan tersebut.

Dengan adanya klausa itu bolehlah Malaysia memilih tanda arasnya sendiri atau, jika mahu juga, memilih tanda aras orang lain yang hanya sesuai dengan Malaysia.

Jika Naib-Naib Canselor universiti di Malaysia boleh dibenarkan memilih tanda aras pilihan mereka sendiri, mungkin mereka memilih beberapa aspek sahaja daripada seberapa banyak tanda aras mengenai Naib Canselor. Antaranya tentulah gaji tahunan atau bulanan Naib Canselor.

Penanda arasnya pula tentulah Universiti `Ivy League' Amerika Syarikat (AS), iaitu RM1.52 juta setahun atau RM126,667 sebulan. Orang Malaysia akan mengatakan ini suatu jenaka dengan menyimpulkan bahawa, jika begitu, lebih baik jadi Naib Canselor daripada menjadi Ketua Eksekutif dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Malaysia.

Hal ini tidak akan diketawakan di AS kerana Harvard pernah memasukkan calon Presiden Amerika Al Gore, sebagai calon Presiden Harvard (setara dengan Naib Canselor) mulai tahun 2001, selepas beliau tidak berjaya menjadi Presiden negara itu. Al Gore dikatakan tewas kerana pemilih bimbang jika beliau menjadi Presiden Harvard, `pembiyaan' daripada pengikut Republikan akan berkurangan.

Calon Presiden Amerika lain yang pernah menjadi calon `Naib Canselor' Harvard ialah Dukakis. Betapa pula Harvard boleh mengeluarkan surat amaran kepada Henry Kessinger bahawa jika dia tidak melepaskan jawatannya sebagai Setiausaha Negara AS dan pulang ke Harvard, `tempoh jawatannya' akan ditamatkan?

Selepas memutuskan tanda aras utama Naib Canselor ialah imbuhan kewangan, para Naib Canselor akan pula mengemukakan tanda aras kedua iaitu tempoh memegang jawatan Naib Canselor. Sekali lagi tanda aras yang dipilih mestilah tanda aras universiti nombor satu dalam senarai THES.

Apabila disemak tempoh perkhidmatan `Naib Canselor' Harvard, akan didapati dalam tempoh 132 tahun (1869 hingga 2001), Harvard mempunyai hanya enam `Naib Canselor' yang bermakna tempoh purata khidmat seorang Naib Canselor ialah 22 tahun! Rekod terlama Naib Canselor Harvard dipegang oleh Charles William Eliot, selama 40 tahun (1869 hingga 1909).

Sekali lagi orang Malaysia akan kata, itu rekod Kurun Pak Kaduk. Rekod terbaru pula Derek Bok memegang jawatan itu selama 20 tahun (1971 hingga 1991, seperti Pak Ungku), iaitu Naib Canselor yang hanya diselangi oleh seorang lain yang bernama Neil Rudenstine, sebelum diambil alih oleh Naib Canselor sekarang iaitu Lawrence H Summers.

Sekali lagi apabila saya berbual dengan Profesor Dr. Hashim, saya akan menyindir beliau bahawa belum pun panas kerusi yang didudukinya, dia akan bersara. Sindirian saya tentulah akan menyebabkan Naib Canselor lain ketawa lebih besar dan ketawa itu ditujukan kepada diri kami sendiri.

Tanda aras selanjutnya tentulah pula mengenai kelulusan Naib Canselor. Naib Canselor mesti ada kelulusan Ph.D. Jika tiada bagaimana harus mengetuai institusi yang dipenuhi oleh rakyat yang mempunyai Ph.D?

Mungkin ini juga yang menyebabkan Perdana Menteri semasa mencipta kementerian tersebut memastikan untuk memilih Menteri Pengajian Tinggi dari kalangan ahli politik yang memiliki Ph.D. Menteri pula seterusnya memastikan KSU (Ketua Setiausaha) dan Ketua Pengarah Pengajian Tinggi dan stafnya memiliki Ph.D belaka, sedangkan Opinion Journal yang dikeluarkan oleh Wall Street Journal mencatatkan bahawa hanya 50 peratus Presiden (Naib Canselor) universiti di Amerika Syarikat yang mempunyai Ijazah Doktoral!

Memandang ke Britain, hanya seorang daripada lima orang Naib Canselor mutakhir Universiti Cambridge memiliki Ijazah Ph.D (Richard Hume Adrian, 1985-86, memiliki Ijazah Doktor Perubatan; Michael William, 1987-88, memiliki MA; Sir David Glyndwr, 1989-96, memiliki MA dan LLB; Lord Alec Nigel 1996-2003, tidak dicatatkan kelulusannya; dan Alison Faltes, 2003-kini, memiliki Ph.D dan MA).

Apakah pula bidang pengajian tumpuan bagi kelulusan Naib Canselor? Sekali lagi orang Malaysia mungkin akan berkerut dahi jika saya mencadangkan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menjadi Naib Canselor universiti di Malaysia yang tersenarai dalam THES, sedangkan Naib Canselor Harvard sebelum Summers ialah Rudenstine seorang tokoh puisi.

Namun demikian, pada masa Rudenstine, Harvard dengan beraninya melancarkan komitmen pencarian wang sebanyak AS$2.1 bilion dan yang berjaya dikutip ialah AS$2.6 bilion, suatu rekod baru tercipta dalam sejarah universiti di sana. Harvard mencatatkan himpunan pembiayaan sebanyak US$ 19.2 bilion, iaitu, mengikut catatan Opinion Journal, menyamai atau melebihi, bajet 142 (setiap sebuah) negara dunia.

Demikianlah apabila banyak tanda aras orang lain diminta agar digunakan oleh setiap Naib Canselor universiti di Malaysia untuk menaikkan martabat universiti masing-masing. Untuk tujuan memastikan tanda aras meliputi pelbagai aspek yang `standard' digunakan, para Naib Canselor juga akan belajar, tentulah dengan penuh sopan dan santun, menyelitkan tanda aras yang dinyatakan.

Jika Menteri Pengajian Tinggi baru memihak kepada para Naib Canselor, mungkin Dewan yang mulia akan riuh-rendah sekali lagi supaya gaji menteri baru juga dipotong RM10 kerana membawa cadangan yang tidak masuk akal di Malaysia.

p/s : Berita Harian hari ni baru jer memaklumkan Presiden Harvard akan meletak jawatan..so sapa nak apply bole lah..

Posting Tertunda -1

Salam....

Terima Kasih atas kedatangan,ucap selamat,hadiah dan juga doa yang mengiringi majlis walimah kami baru baru ini....

Since ramai yang duk bertanya mana gambar..minta maaf banyak banyak tak menyempat lagi nak uruskan pasal gambar... tengoklah dulu mana yang ada... harap harap bila kami dah selesaian kesemua gambar nanti nanti ianya akan dipost kan di sini lah..harapnya ..tak "basilah " kot..

Tarikh : 28 Januari 2006
Temapat: Surau An Nur Bandar Baru Bangi
Masa : 11:00 pg


Watak watak utama:

IMG_0074

Muhammad ( Tak sempat tuar baju..bangun lambat punya pasai)

IMG_0068

Amiir Husaini...( Eh nak buat apa tu Amiir?)

Amiir nak peluk abang laaa.... sat sat .. slow motion...



















IMG_0075








































IMG_0073







IMG_0096


Amiir: Peluk sudah... Erm.. Camne nak ambik gambar Baba dengan Ma ni... Biar Abang ambik lah.... Abammmmm abammm

IMG_0205

Muhammad: Satuuuuu Duaaaa


IMG_0218


Gambar gambar lain termasuk gambar kenduri di Rumah leluarga Ummu Amiir dan di Kota Bharu bakal menyusul Insya Allah....

Menarik....

Menarik..panjang sikit... tapi boleh ambil masa utk baca sikit sikit....


CINTA SAMA CINTA TAPI BERCERAI JUGA
Credit to:Ust Pahrol from Fitrah Perkasa

Kadar perceraian semakin meningkat. Bukan sahaja dikalangan pasangan bukan Islam tetapi juga dikalangan orang Islam sendiri. Banyak sebab yang meruntuhkan alam rumah-tangga – sebab yang datang dari dalam, mahupun yang datang dari dalam. Ya, pada anggapan ramai tentunya penceraian berlaku kerana hati pasangan suami isteri sudah gersang daripada rasa cinta dan mencintai. Bila suami sudah tidak cintakan isteri, isteri pula tidak cintakan suami, maka penceraian pun berlaku. Begitulah anggapan ramai. Dan itu memang ada kebenarannya.

Tetapi terfikirkah kita bahawa ramai juga pasangan yang bercerai walaupun mereka masih saling cinta menyintai. Pelik bunyikan? Kenapa boleh bercerai ketika hati saling cinta menyintai? Hal ini sebenarnya boleh berlaku dan memang acap kali berlaku. Puncanya? Banyak. Tapi salah satunya ialah: Apabila masing-masing (suami atau isteri atau kedua-duanya sekali) lebih pentingkan menuntut hak untuk dirinya, berbanding menunaikan hak untuk pasangannya.

Kenapa boleh terjadi demikian? Kenapa tindakan menuntut hak boleh menimbulkan masalah? Bukankah hak itu suatu yang wajib? Maka tentulah wajib pula kita menuntutnya. Pandangan semacam itu tidak berapa tepat. Sebenarnya, bila dikatakan hak itu sesuatu yang wajib, maka kita mesti lebih fokus untuk menunaikan berbanding menuntutnya. Apa bezanya antara menuntut hak dengan menunaikan hak? Untuk menunaikan hak, kita perlu melaksanakan peranan. Sebaliknya untuk menuntut hak, kita hanya perlu mendesak. Sepatutnya, demi keteguhan rumah-tangga, suami-isteri perlu fokus kepada soal menunaikan hak (dengan melaksanakan peranannya) bukan menuntut hak, dengan menunggu pasangannya menjalankan peranannya.

Dalam rumah tangga misalnya, suami punya peranan dan isteri juga punya peranan. Begitu juga, suami punya hak, isteripun punya hak. Sudah lama kita belajar tentang hak-hak itu, khususnya apabila kita mempelajarinya bab munakahat dalam pelajaran feqah. Namun untuk faham, cukup dengan sekadar belajar. Tetapi untuk mengamalkannya, kita perlu lebih daripada sekadar belajar.

Misalnya, kita telah belajar bahawa antara peranan suami dalam rumah-tangga ialah memberi nafkah zahir dan batin, menjadi pendidik, memimpin rumah-tangganya. Sekiranya suami menjalankan peranan-peranan itu dengan baik, maka hak isteri secara otomatik akan dapat dipenuhi. Ertinya, bila suami berperanan, hak isteri dipenuhi. Begitu juga pada pihak isteri. Dia juga ada peranannya. Antaranya, menjaga maruah diri, melayani suami, menjaga rumah, menjaga harta suami serta mengasuh anak-anak. Secara timbal-balik, apabila isteri menjalankan peranannya, maka hak suami pula akan dipenuhi.

Agaknya ramai yang faham akan hakikat ini. Tapi kenapa masih timbul masalah? Masalah berlaku apabila suami atau isteri atau kedua-duanya sekali, lebih fokus menuntut hak ke atas pasangannya berbanding menjalankan peranannya sendiri. Maksudnya, suami asyik menuntut hak. Kenapa aku tidak dilayan? Kenapa isteriku tak buat begini, tak lakukan begitu, dan macam-macam lagi... Suami begini lebih fokus menuntut haknya.

Isteri juga, asyik menuntut hak kepada suami. Hendak itu, mahu ini, dan macam-macam lagi. Akhirnya, masing-masing lupa untuk menjalankan peranannya. Bila masing-masing bertumpu pada menuntut hak, bukan menjalankan peranan maka terjejaslah rumah-tangga.

Menjalankan peranan ertinya kita perlu ‘memberi’, manakala untuk mendapat hak kita perlu ‘menerima’. Bila kita hanya ingin menerima tanpa mahu memberi, maka lambat-laun rumah tangga akan hancur kerana hukum Sunnahtullah menunjukkan bahawa: Orang yang memberi sahaja akan menerima – what you give you get back. Tegasnya, kita perlu memberi dahulu barulah orang lain akan akan memberi kepada kita dan pada waktu itu barulah kita menerima.

Apa yang sepatutnya dilakukan oleh suami-isteri ialah masing-masing harus lebih fokus pada menjalankan peranan bukan menuntut hak. Dengan itu barulah hak masing-masing dipenuhi. Bila suami berperanan, hak isteri akan dipenuhi. Bila isteri berperanan, hak suami akan dipenuhi. Sebaliknya apabila masing-masing menuntut hak dan mula melupakan peranan... tiada siapa yang untung. Sama-sama rugi, sama-sama tidak mendapat hak. Sebab masing-masing abaikan peranan.

Kenapa kebanyakan manusia lebih suka menuntut haknya berbanding menunaikan hak orang lain? Ini semua berpunca daripada silap cara berfikir yang berpunca daripada lemahnya rasa iman. Orang yang suka menuntut hak sebenarnya ialah orang yang pentingkan diri sendiri. Dalam kamus hidupnya, kurang benar rasa nak ‘memberi’ tetapi yang lebih banyak ialah keinginan untuk ‘menerima’. Ini satu kesalahan besar justeru bijak pandai telah menyatakan,” kita hidup dengan apa yang kita terima, tetapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita berikan.” Kata bijak pandai lagi, “kita membina rumah dengan apa yang kita dapat tetapi kita membina rumah-tangga dengan apa yang kita berikan!”

Mengapa orang suka menerima, tidak suka memberi? Ini kerana memberi ertinya terkorban. Terkorban hak kepunyaan kita. Manakala kalau kita menerima, perkara sebalik berlaku yakni kita menerima pengorbanan orang lain. Orang yang suka menuntut hak, payah hendak memberi. Sebab itu akan menyebabkan haknya terkorban. Ini paling dibenci dan mahu dijauhi. Sebab mereka terlalu sayangkan diri dan pinggirkan orang lain. Apa sebabnya seseorang terlalu sayangkan diri dan pinggirkan orang lain?

Puncanya, iman kepada Allah lemah. Hubungan antara iman dan kasih-sayang adalah berkadar terus. Bila kuat iman, kuatlah kasih-sayang. Dan hanya bila kasih-sayang kuat maka barulah seseorang boleh berkorban untuk orang lain. Perlu ditegaskan bahawa untuk menjamin keharmonian hubungan sesama manusia, maka mesti ada khaliq (Tuhan) yang menghubungkannya. Ertinya, suami dan isteri mesti terikat untuk ‘memberi’ hanya kerana dan untuk Allah. Bukan hanya berfikir untuk ‘menerima’ demi kepentingan diri.

Demi menjamin kestabilan dan kekukuhan rumah-tanga sekaligus mengelakkan penceraian, Allah SWT mestilah jadi ‘centre’ dalam hati, permikiran, perasaan dan tindakan suami-isteri. Allah meminta kita sayangkan orang lain (dalam konteks ini pasangan kita) seperti kita cintai diri kita sendiri. Dan ini hanya dapat dilakukan oleh orang beriman. Tanpa iman, manusia akan cinta dirinya sahaja. Mereka lokek untuk ‘memberi’ kerana dirasakan memberi itu merugikan, mengurangkan dan membosankan.

Perceraian pada hakikatnya disebabkan seseorang itu terlalu sayangkan dirinya. Bagaimana ini berlaku? Bukankah sebelum ini dikatakan pasangan yang saling cinta-mencintai pun boleh bercerai. Ya, memang isteri sayangkan suami, suami sayangkan isteri. Tapi sayang mereka bukan kerana iman, bukan kerana Allah, tetapi kerana sayangkan diri sendiri. Hakikatnya mereka sayangkan orang lain, kerana sayangkan diri sendiri.

Isteri sayangkan suami kerana mengharapkan belaian untuk dirinya. Suami sayangkan isteri, kerana mengharapkan layanan untuk dirinya sendiri. Semua manfaat kembali kepada diri masing-masing. Bukan kerana benar-benar sayangkan pasangannya, lebih-lebih lagi bukan kerana Allah. Sebab itulah payah benar hendak korbankan hak. Lebih suka tuntut hak!

Pernah terjadi, pada zaman Sayidina Umar... Seorang bapa telah mengadu kepada Sayidina Umar RA, bahawa anaknya telah menderhakainya. Anak itu juga dakwanya mempunyai kelakukan yang buruk. Sayidina Umar RA memanggil anak tersebut dan bertanya, “kenapa kamu tidak menunaikan hak ke atas ayahmu?” Anak itu menjawab, “kerana ayah saya juga tidak menunaikan haknya keatas saya. Antara hak seorang anak ialah dia mesti diberikan nama yang baik oleh ayahnya. Tapi, bapa saya telah menamakan saya dengan nama yang buruk. Antara hak saya lagi ialah mendapat ibu yang baik. Tetapi ayah saya telah memberikan ibu yang jahat kepada saya.”

Hal yang sama berlaku kini. Sepatutnya, jangan kita fikirkan hak kita saja tidak dipenuhi, tapi hak orang lain yang kita tidak penuhi lebih wajar diutamakan. Dalam ajaran Islam, peranan lebih dipentingkan. Umat Islam sepatutnya lebih pro-aktif – fokus pada apa yang boleh diri sendiri lakukan! Sebaliknya, dalam masyarakat Barat, hak lebih dipentingkan. Mereka lebih re-aktif – lebih fokus kepada apa yang orang lain sepatutnya lakukan!

Sedangkan hukum sunnahtullahnya mudah: Bila kita menjalankan peranan dengan baik, maka hak pasangan kita akan dipenuhi. Apabila hak pasangan kita dipenuhi, maka itulah yang akan mendorongnya untuk menjalankan peranannya dengan baik. Dan bila dia berperanan dengan baik, maka hak kita pula akan dipenuhinya. Indahnya, kalau begitu... Penceraian pun akan dapat dielakkan. Itulah cinta yang suci, cinta tidak mengharapkan balasan. Cintakan manusia kerana Allah!

Puasa Asyura dan Taasuaa'

Aisehman.. tersilap bajet plak.. terlepas hari ni puasa....


Puasa Asyura dan Taasuaa'
oleh Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi
Credit to Al Ahkam...


'Asyura' : adalah hari yang ke 10 didalam bulan Muharam, dan Taasuaa' : adalah hari ke 9 darinya, kelihatan dari kumpulan khabaran bahawa hari Asyura' telah dikenali disisi kaum Quraish dimasa Jahiliyah, dan dikenali sebagai hari raya orang Yahudi. Aisyah telah berkata : pada hari Asyura' orang Quraish pada zaman Jahiliyah berpuasa, dan Rasulullah saw berpuasa dengannya. Tatkala tiba Rasulullah di Madinah baginda berpuasa, dan memerintahkan manusia berpuasa dengannya, maka tatkala difardukan Ramadhan baginda bersabda :

"Barangsiapa mahu maka berpuasalah ia, dan barangsiapa tidak mahu, maka boleh meninggalkannya" - [Mutafaq a'laih].

Telah berkata Ibn Abbas : tatkala Nabi saw sampai (iaitu di Madinah) maka beliau telah melihat kaum Yahudi berpuasa 'Asyura', maka baginda bersabda :
"Apa ini", maka mereka menjawab : Hari ini merupakan hari keselamatan, Allah swt menyelamatkan Musa dan Bani Israel dari musuh mereka, maka berpuasalah Musa, Maka baginda bersabda :'Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu'. Maka beliau berpuasa dan memerintahkan agar berpuasa". - [Mutafaq a'laih].

Maka Nabi saw telah memfardukan puasa pada perintah dan keazamannya, sehingga dia menghantar orang memberitahu kepada manusia agar melakukan puasa pada siangnya, walaupun mereka telah makan.

Tatkala difardukan puasa pada bulan Ramadhan maka di hapuskan kefarduan ini (puasa 'Asyura), kembalilah ia menjadi mustahab (sunat) berpuasa sahaja.

Dari Abu Qatadah, beliau berkata : Rasulullah saw bersabda :
"Puasa pada hari Arafah menghapuskan (dosa) 2 tahun : yang lepas dan yang akan datang, dan puasa pada hari 'Asyura' menghapuskan (dosa) setahun yang lepas" -[Hadith diriwayatkan oleh semua kecuali al-Bukhari dan Tirmudzi, Nailul Authar, 4/323].

Nabi saw telah memberi perhatian keatas syahsiah (kepribadian) Islamiyah khususnya didalam segala hal, supaya orang Islam memiliki keutuhan dari yang lain, beliau menganjurkan agar berpuasa pada hari yang ke 9, iaitu bersama hari 10, agar dapat membezakan diantara puasa mereka dan puasa ahli kitab.

Dari Ibn Abbas berkata : Rasulullah saw berpuasa pada hari 'Asyura', dan memerintahkan berpuasa, maka mereka berkata :-
"Ya Rasulullah, sesungguhnya hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nasrani!' Maka baginda bersabda :'Maka jika kalau tiba tahun hadapan insyaallah kami akan berpuasa hari ke 9'. Maka dia berkata : Maka tidak datang tahun hadapan sehinggalah Rasulullah saw wafat." -[Hadith riwayat Muslim dan Abu Daud].

Tidak didatangkan apa2 perkara didalam hari 'Asyura' melainkan berpuasa, dan terdapat beberapa orang melakukan perkara seperti berhias, mandi, memakai celak, membelanjakan keluarga, menjadikannya musim atau perayaan dengan menyembelih binatang sembelihan, dan manusia meluaskan lagi. Kesemua ini tidak ada asalnya didalam agama Allah, tidak ada sebarang dalil yang sahih.

Ia kelihatan seperti reaksi perbuatan orang2 syiah yang mengambil hari tersebut sebagai hari bersedih dan berkabung, mereka memukul2 dada, menyepak2 pipi mereka, mengoyak2kan pakaian mereka, mengingatkan mereka tragedi syahid yang dizalim, Hussien bin Ali ra.

Kedua2nya tidak benar, dan kita tidak menghadapi bid'ah dengan bid'ah, dan tidak menghadapi penyelewengan dengan perkara yang sama juga, tetapi dengan cara kembali keseluruhannya keatas apa yang disyariatkan Allah dan Rasulnya.
Berkata Imam Ibn Qayyim :
"Hadith2 mengenai penggunaan celak pada hari 'Asyura', mencantikkan diri, membelanja keluarga, bersolat, dan lain2 yang mempunyai fadhilat, Tidak sahih apa2 mengenainya, dan tidak satu hadith pun, dan tidak datang dari Nabi saw apa-apa darinya, selain dari hadith2 puasanya, dan menganggapnya batil"

dan misalnya : Barangsiapa yang melapangkan (berbelanja) keatas keluarganya pada hari 'Asyura', Allah swt akan melapangkannya sepanjang tahun", maka berkata Imam Ahmad : Hadith ini tidak sah.

Mengenai hadith memakai celak, berhias dan berwangi-wangian : maka ia adalah dari pembikinan pendusta, dan orang2 yang lain mengambilnya dijadikan hari tersebut sebagai hari penderitaan dan dukacita, kedua2 golongan ini merupakan ahli bid'ah dan mereka terkeluar dari al-sunnah.

Ahli al-sunnah melakukan apa yang telah diperintahkan oleh Nabi saw dengan berpuasa, dan mengelak dari Syaitan yang mengarahkan kepada bid'ah. (al-Manar al Munif didalam Sahih da Dha'if, Dar al-Qalam, Beirut, ditahqiq oleh Abu Ghuddah, ms 111-113).

Syiekh al-Islam Ibn Taimiyah telah ditanya : berkenaan dengan amalan manusia di Hari 'Asyura' mengenai celak, mandi, bersolek, bersalaman (berjabat tangan), memasak biji-bijian, menunjukkan kegembiraan, dan yang lain2 dari syara', apakah ia datang dari Nabi saw dengan hadith yang sahih atau tidak? Jika tidak datang dari hadith yang sahih apa2 mengenainya, apakah mereka melakukannya merupakan bid'ah atau tidak? Begitu juga yang dilakukan oleh kumpulan yang lain seperti menyakiti diri, bersedih dan berhaus-hausan, mengoyak2kan baju, Apakah perkara begitu ada asalnya atau Tidak?
Beliau menjawab : Segala pujian bagi Allah yang memerintah sekelian alam, tidak datang apa2 dari hadith Nabi saw , dan tidak juga datang dari para sahabatnya, dan tidak disunatkan dari Imam2 Islam yang empat, dan tidak selain darinya, dan tidak ada didalam riwayat oleh pencatat2 kitab rujukan sesuatu mengenai hal sedemikian, tidak dari Nabi saw, tidak dari sahabat, tidak dari tabiin, tidak dari buku Shahih, tidak dari Sunan, tidak dari masanid, tidak diketahui apa2 mengenai hadith2 ini dari abad2 yang penting.

Akan tetapi yang ada ialah hadith yang diriwayatkan kepada sesiapa pada hari 'Asyura' memakai celak maka dia tidak merasa pedih mata sepanjang tahun, dan barangsiapa yang mandi pada hari 'Asyura' tidak akan sakit sepanjang tahun", dan contoh2 yang serupa dengannya.

Mereka meriwayatkan kelebihan (Fadhaa'il) menunaikan solat di hari 'Asyura', dan mereka meriwayatkan pada Hai 'Asyura' Adam bertaubat, berlabuhnya kapal di Bukit Judi, Yusuf kembali kepada Ya'kub, Ibrahim terselamat dari Api, Penyembelihan Kibas (Nabi Ismail) dan sebagainya.

Diriwayatkan didalam hadith maudhu' (palsu) bahawa Nabi saw sesunguhnya :
"Barangsiapa yang melapangkan kaum keluarganya pada hari 'Asyura' maka Allah akan melapangkannya sepanjang tahun".

Semua riwayat mengenai Nabi saw (didalam hal ini) adalah dusta, akan tetapi diketahui akan riwayat Sufyan bin Uyainah dari Ibrahim bin Muhammad bin Muntasyir, dari ayahnya berkata :"Telah sampai kepadaku seseungguhnya barangsiapa yang melapangkan ahli keluarganya pada hari 'Asyura' maka Allah akan melapangkan sepanjang tahun" -[Majmu' Fatawa, Syiekh al-Islam Ibn Taimiyah, 25/229,300].

Syiekh al-Islam mengingatkan : bahawa al-Hussein ra ketika dibunuh secara zalim, beliau syahid dan dimuliakan Allah dengannya dan dipertemukan dengan ahli baitnya yang suci, dan dihina kepada mereka yang zalim dan menyerangnya, dan akan menyertai kumpulan orang2 yang jahat dikalangan manusia.

Ada kumplan yang menjadi Jahiliyyah yang zalim : atau atheist, munafik, dan kumpulan2 yang sesat melampau, yang mana ketaatnyanya kepada ahlu al-bait, mengambil hari 'Asyura' sebagai hari pemakaman, kesedihan dan meratap, menzahirkan syiar Jahiliyyah seperti menampar pipi, mengoyak2kan baju, meratap2 seperti kaum Jahiliyyah.

Bagi menghadapi kaum2 ini, mereka melawan keta'asuban kepada Hussein dan ahlu al-bait. Dan bagi mereka yang jahil yang menghadapi kemusnahan (fasad) dengan kefasadan, pembohongan dengan pembohongan, kejahatan dengan kejahatan, bid'ah dengan bid'ah, mereka memaparkan kebahgiaan dan kegembiraan didalam upacara di Hari 'Asyura', seperti bercelak, bersolek, melapangkan ahli keluarga, memasak masakan yang diluar kebiasaan, dsb, sebagaimana dilakukanpada hari Eid dan perayaan. Mereka menjadikan hari 'Asyura sebagaimana musim menyambut hari Raya dan perkahwinan, sementara golongan yang lain mengambil sebagai hari kematian berada dialam keadaan kesedihan dan sedih. Semua kumpulan2 ini salah dan terkeluar dari sunnah. [Majmu' fataawa 25/307-310].


==========
terjemahan oleh kamin (al-ahkam)

Petikan dari buku : Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi, . Fiqh al-Shiyaam : Taisir al-Fiqh fi Dau' al-Quran wa al-Sunnah. cet. ke 3. Beirut : Muassasah al-Risaalah, 2001. ms 142-

The cartoon that shook the world

Demo bantah hina Nabi Jumaat ini

Oleh Zulkifli Sulong

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri akan turun menyertai perhimpunan yang bakal bermula di Masjid Kampung Baru Kuala Lumpur itu.

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Hrkh) - PAS mengajak umat Islam, tanpa mengira fahaman politik, membantah penghinaan terhadap Nabi Muhamad SAW yang dimulakan oleh sebuah akhbar Denmark dengan berhimpun di perkarangan kedutaan itu di Wisma Denmark selepas sembahyang Jumaat ini.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri akan turun menyertai perhimpunan yang bakal bermula di Masjid Kampung Baru Kuala Lumpur sebaik sahaja selesai Solat Jumaat itu.

Demikian kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa kepada Harakahdaily hari ini.

"Marilah kita semua umat Islam, tanpa mengira fahaman politik dan kedudukan berkumpul bagi menyatakan bantahan terhadap penghinaan yang dibuat terhadap Junjungan Besar kita Nabi Muhamad SAW," kata Nasharudin dalam kenyataan itu.

Bantahan ini, kata Nasharudin, juga ditujukan kepada akhbar Sarawak Tribune yang turut menyiarkan karikatur yang menghina Rasulullah itu.

Akhbar Sarawak Tribune adalah akhbar pertama di negara ini yang menyiarkan semula sebahagian dari 12 karikatur yang mula disiarkan akhbar Denmark, Jyllands-Posten September lalu.

Ekoran itu, Editor bertugasnya telah meletakkan jawatan dan permohonan maaf telah disiarkan oleh akhbar itu keesokan harinya.

Selepas Jyllands-Posten, akhbar-akhbar di Eropah mula menyiarkan semula karikatur itu atas alasan kebebasan media.

Bantahan demi bantahan mula dibuat oleh umat Islam di seluruh dunia.

Di Afghanistan seorang pembantah mati apabila ditembak oleh pihak berkuasa. Bantahan paling hebat berlaku di Syria, Yaman dan Lebanon. Di Mesir dan Indonesia serta London, bantahan juga turut dilakukan.

Islam telah meletakkan tindakan melukis gambar Rasulullah SAW adalah haram apatah lagi bertujuan menghina sebagaimana yang dilakukan oleh akhbar Denmark itu.