Dulu duk dengar dengan tengok sajalah cerita cerita dan kisah orang orang sekeliling saya pergi China, Turki, Dundee,Paghis, Amerika, Menangkap kain langsir dan jubah di Bandung (Kota Kinabalu kira jugak ke?) nak pergi duk fikir Haji pun tak lepas lagi nak gi berjalan, nak pergi fikir fikir kena ambil cuti, bila kena ambil cuti terus terfikir baik baik kampung ziarah keluarga, nak dapat cuti panjang bukan senang, tu yang sebabkan tak pernahnya jadi kalau nak jalan jauh jauh faktor tak sampai hatinya banyak
Yang ini mungkin rezeki bila tawaran melawat ni datang dari keluarga Ummu Muhammad, hampir fully sponsored, Tok Ma baru je datang Bangi luangkan seminggu masa di sini, baru je ziarah Cik Na ngan Tok Mek, kira boleh pejam matalah kalau nak pergi huhuh
Perancangan Anjolie Muhammad nak ziarah tetap kenalan keluarga yang telah bersilaturrahm lebih 20 tahun menyebabkan Medan jadi pilihan untuk ke sana berbanding Bandung mahupun Jakarta.
Lapangan Terbang Polonia- Medan sapa yang pernah datangkenal lah tempat ni, kami disambut oleh Petronas, banyak jugak Petronas di sini.
Tempat kediaman kami dua hari pertama dan dua hariterakhirkamidi Sumut( SumateraUtara)Bangunan Bawah terdiri dari tiga pintu Anak sulung mendiami pintupertama, menjalankan perniagaan cybercafe dan menguruskan jemaah haji dan umrah, pintu kedua didiami oleh nenek dan pintu ketiga dulunya butik pakaian sekarang tak digunakan,laluan ke tingkatatas tempat kursus dan umrah Yayasan Manasik Haji Padang Arafah
Kami tak sempat masuk dalam dah tutup. Frust jugaklah bagi orang orang yangminatmuzium macam saya huhuh, nak tahu lanjut boleh ke siniHabis hari pertama dan kedua di sana hari ketiga dan keempat kami ke Brastagi
Kolam Renang Grand Mutiara Brastagi- sasau budak2 ni nampak kolam huh lepas tu semua biru sejukTempat ni kira macam Cameronlah kalau kat Malaysia( boleh bagi contoh Malaysia je takkan nak bagi contoh Barcelona pulak :P ) Jalan ke sana Masya Allah saya tak nak lalu dah, memabukkan!


Dalam perjalanan ke Parapat singgah di Air terjun Piso piso, dari sini pemandangan sebahagian dari Tasik Toba dapat dilihat, cantik tapi ingatkan jalan nak sampai huh serik!

Merasa juga Nasi Padang akhirnya, kat sini lauknya dihidang semua tapi bil dikira mana yang kita ambil dan makan sahaja tu sekali hidang penuh meja, kalau ada kambing laju je tangan nak capai huhuh nasib baik dia tak hidang gulai otak :P, bab makan ni teringin je nak mencuba, kolak durianlah, mee pangsit,soto
Tapi yang ni saya tak cuba lah Kat sini kalau B1 benda nilah kalau nak makan B2 yang seekor lagi tu najis mughallazah jugak
Di Parapat kami menginap di Hotel Inna Parapat, pilihan selepas batalkan Niagara jauh sangat di puncak bukit susah Ummu Muhammad nak shopping :P dan susah bebudak nak mandi air danau Toba
tak sempat lah berselisih dengan SBY sebab beliau datang merasmikan Muzium Batak sehari sebelum tu. Kami pun tak pergi Muzium Batak beliau tapi ke Muzium Batak lain. Tak banyak sangat pameran di sini
Balik dari Parapat, kami menginap di Asean International Hotel. Terserempak Dato Zainal Sakom di sini menginap satu hotel tapi tak lah teringin nak interview beliau pasal isu Khusrin, mengkhusr kan masa sahaja.

Baik layan aktiviti ruji anak anak.main kolam.... huhuh

Hari hari terakhir di Medan, selain pergi ke Pasar Ikan, Tebing Tinggi ( terkenal dengan kuih kacangnya) Istana Maimun
Kedai Bika Ambon paling laris di Medan. Zulaikha
Dan Kedai Baulu Meranti dengan Baulunya yang penuh kaya dengan keju fuhhs....
Hari terakhir, sewaktu saya pergi menangkap buku di toko buku wali songo, anak anak di bawa oleh menantu nenek yang lain pergi melawat kolam dan kawasan pesantren yang sedang dibangunkan beliau. Budak budak punya seronok dapat memancing cuma saya yang rugi tak dapat ikut tengok mereka memancing, dapat makan je hasil tangkapan malam tu..Gambar gambar lain ada kat sini
http://www.facebook.com/album.php?aid=39330&id=100000350424974&l=a6c415112e
Pemandu pelancong kami sepanjang di sini adalah ahli keluarga nenek sendiri, Cucu beliau yang membawa kami ke sana ke sini sepanjang seminggu di sana. Kerja sambilan sebagai pembantu pelancong memudahkan kami nak "mengada ngada" sepanjang di sana. Anda pun kalau berminat nak melancong ke sini dibantu oleh beliau boleh hubungi saya atau hubungi beliau di blog di bawah
www.travelmedanku.co.cc












.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)



