Lepas satu satu

Entry One:

Ilmu sesat Tok Hassan
Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli
am@hmetro.com.my

KUALA TERENGGANU: Seorang ketua ajaran sesat bukan saja mendakwa pernah bertungkus-lumus menahan tiang ‘Arasy’ daripada runtuh bagi mengelakkan dunia kiamat, tetapi juga menyifatkan dirinya lebih mulia daripada Imam Mahadi.

Dengan menamakan amalannya ‘Ajaran Hassan’, lelaki lingkungan 50-an terbabit yang lebih dikenali Tok Hassan turut mendakwa pernah berdialog dengan Allah dan Nabi Muhammad.

Dia juga mendakwa Nabi Muhammad pembohong kerana membawa ajaran menyesatkan umat Islam.

Tok Hassan yang tinggal di kawasan terpencil, juga dikatakan memiliki ‘nafsu haiwan’ apabila menggunakan ‘pernikahan batin’ untuk melayan nafsu serakahnya dengan pengikut wanita.


Selain itu, dia menjadikan Mat Rempit sebagai sasaran kononnya untuk pemulihan sebelum akidah mereka dipesongkan dengan kaedah ‘ilmu hitam’.


Ketua ajaran terbabit juga mendakwa solat, puasa, zakat dan haji boleh dilakukan dengan niat dan hingga kini, sudah memerangkap puluhan pengikut lelaki dan perempuan, termasuk golongan profesional.

Malah, ajaran yang dikatakan mirip ajaran ketua ajaran sesat Ariffin Mohamad atau Ayah Pin itu dikatakan bertapak sejak 20 tahun lalu dan kini mengembangkan sayap ke Endau dan Mersing, Johor.

Pada Ramadan lalu, Tok Hassan dan dua pengikutnya sempat memberi ceramah berkaitan akidah sambil menghisap rokok.

Pegangan sesat Tok Hassan didedahkan anak saudaranya, Muhammad Fauzi Mustafa, 40, dari Semenyih, Selangor, kepada Harian Metro semalam selepas mendakwa ibunya dilarikan pengikut ketua ajaran sesat itu.

Malah, kata Muhammad Fauzi, dia juga dibelasah hingga cedera di hidung dan mata oleh bapa saudaranya itu ketika bertikam lidah mengenai isu ketuhanan pada hari raya keempat lalu.

Dia kemudian ke Hospital Kemaman (HK) bagi mendapatkan rawatan sebelum membuat laporan di Balai Polis Daerah Kemaman dan Pejabat Agama Islam Daerah bagi mengadu mengenai kejadian itu.

"Lebih membimbangkan saya, ibu masih dalam ‘genggaman’ Tok Hassan di markasnya berhampiran Bukit Anak Dara, Kijal dan saya dihalang berjumpanya," katanya.

Sebelum kejadian, menurutnya, dia pernah mengikut ibu ke markas lelaki terbabit bagi menyiasat ajaran pelik diamalkan di tempat itu.

Dia terpaksa ‘menculik’ ibunya dari markas itu untuk ‘dipulihkan’ hingga ibunya menunjukkan perubahan selepas sebulan berubat di Gombak, Selangor.

"Saya bersyukur ketika itu ibu kembali ke pangkal jalan dan sudah mendirikan solat serta mengaji al-Quran.

"Tetapi, tidak lama selepas itu, ibu dilarikan semula pengikut Tok Hassan ketika pulang semula ke kampung di Kemaman.

"Melalui SMS, Tok Hassan mencabar saya mengambil ibu di markasnya," katanya yang mendakwa ketua ajaran sesat itu menggunakan ilmu hitam untuk memerangkap pengikutnya.

Muhammad Fauzi berkata, dia berharap ibunya dapat diselamatkan kembali bagi mengelak terus disesatkan.

Bagi mengelak kegiatan itu berterusan, katanya, dia sudah menyiapkan beberapa pengakuan daripada ahli keluarga bekas pengikut Tok Hassan untuk dihantar kepada Jabatan Agama Islam negeri.

Sementara itu, seorang ustaz yang mahu dikenali Man, mengatakan dia pernah diherdik pengikut Tok Hassan ketika dalam perjalanan ke surau untuk mendirikan solat.

Menurutnya, perlakuan pengikut terbabit seolah-olah mempermainkan hukum Allah selain memperlekehkan solat dan ajaran dibawa Nabi Muhammad.

"Pengikut ajaran itu seakan-akan mendabik dada memperlihatkan ajaran sesat mereka di khalayak ramai, tanpa dikenakan sebarang hukuman.

"Saya bimbang jika ajaran itu dibiarkan, ia akan berkembang dan mampu menarik lebih ramai golongan cetek agama menyertai ajaran itu," katanya.

Mengulas kes Tok Hassan membelasah anak saudaranya, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima aduan berkaitan kejadian itu.

Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 323, Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Entry Two:

1. "Soal membazir tidak timbul, pasal duit itu kerajaan bayar kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). JPJ pula akan gunakan duit itu untuk membayar gaji".

2. "Apa membazir pula? Duit itu pusing daripada kerajaan ke kerajaan. Bukan untuk Adnan Yaakob (tetapi) untuk kerajaan,"

3. "Kenapa sembilan (CCC9)? Sebab sembilan paling besar. Saya sendiri suruh ambil sembilan. Itu ceritanya,"


- Datuk Seri Adnan Yaakob

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=1128&pub=utusan_malaysia&sec=dalam%5Fnegeri&pg=dn_03.htm&arc=hive

Kalau Saper saper tak tahu lagi pasal HINDRAF

HINDRAF
Hindu Rights Action Force
No. 135-3-A, Jalan Toman 7,
Kemayan Square,
70200 Seremban, Negeri Sembilan
Malaysia. Tel : 06-7672995/6
Fax: 06-7672997 Email waytha@hotmail.com

15.11.2007
The Rt. Hon. Gordon Brown
Prime Minister of the United Kindom
10 Downing Street, Fax: +442079250918
London, URGENT
SW1A 2AA

Dear Sirs,

RE: 1. COMMONWEALTH ETHNIC INDIAN PEACE LOVING SUBJECTS IN MALAYSIA PERSECUTED BY GOVERNMENT BACKED ISLAMIC EXTREMIST VIOLENT ARMED TERRORIST WHO LAUNCHED A PRE DAWN VIOLENT ARMED ATTACK AND DESTROYED THE KG JAWA MARIAMAN HINDU TEMPLE AT 4.00 A.M THIS MORNING (15.11.2007).

2. APPEAL FOR U.K TO MOVE EMERGENCY U.N RESOLUTION CONDEMNING “ETHNIC CLEANSING” IN MALAYSIA.

3. APPEAL TO REFER MALAYSIA TO THE WORLD COURT AND INTERNATIONAL CRIMINAL COURT FOR CRIMES AGAINST IT’S OWN ETHNIC MINORITY INDIANS.

We refer to the above critical matters in Malaysia but which generally gets the least attention locally even by the Opposition parties, NGO’s, the Malaysian Human Rights Commission and the media for this community is generally regarded as politically insignificant, do not draw local or international funding and are deemed not pressworthy. To the contrary the Malaysian government has successfully projected itself to the world as a modern Islamic thinking country which is not true.

The ethnic minority Indians in Malaysia were brought in to Malaysia by the British some 200 over years ago. Since independence in 1957 the Malaysian Indians have been permanently colonialised by the Islamic fundamentalist and Malay chauvinists UMNO led Malaysian government.

Among the recent atrocities committed by this government are as follows:-

1.100 over Indians were slashed and killed by the UMNO controlled Malaysian government in the Kampung Medan mini genocide. Despite numerous appeals, the Malaysian Human Rights Commission has refused to hold a Public Inquiry. The UMNO controlled Malaysian courts struck off a victim’s public interest civil suit for a Public Inquiry to be held without even the said UMNO controlled government having to file in their defence. The UMNO controlled Attorney General and the Inspector General of Police refused to investigate and / or initiate an inquest into the death of at least six Indians in this tragedy despite.

2. Every week one person at average is killed in a shot to kill policy and in every 2 weeks one person is killed in police custody. About 60% of these victims are Indians though they form only 8% of the Malaysian population.

3. In every three weeks one Hindu temple is demolished in Malaysia.

The latest being the demolishment of the Mariaman temple in Padang Jawa, Shah Alam, Selangor early this morning (15.11.2007) and the next being the (Mutaiya) Hindu temple in Sungai Petani scheduled for the 29.11.2007.

A violent armed pre down attack at 4.00a.m this morning was launched by the UMNO controlled Malaysian government backed by about 600 police, riot police, Islamic extremist and armed terrorists which completely destroyed this temple.

In an attack two weeks ago, uniformed police, riot police and city Council officers hurled rocks and attacked unarmed Hindu devotees with knives, sticks and iron rods.

At least 20 Hindu devotees were seriously injured and 19 arrested including 4 of their United Kingdom trained lawyers in direct violation of Article 5 (Right to life) Article 8 (Equality) Article 11 (Freedom of Religion) Section 295 (defiling a place of worship), Section 296 (disturbing a religious assembly), 298A(causing racial disharmony) and Section 441(criminal trespass) of the Malaysian Penal Code.

These authorities are plagued by an above the law mindset and in fact liberally take the law into their own hands. These atrocities however does not happen to almost all Islamic places of worship. Please visit www.policewatchmalaysia.com for further and better particulars.

4. State sponsored direct discrimination against the Indians in Public University intakes, Indian (Tamil) Schools, skills training institutes, civil service and private sector job opportunities, business and license opportunities and in almost all other aspects of daily life.

Despite our hundreds of letters, appeals and pleas to the Malaysian King and Sultans, the Prime Minister, Attorney General, Inspector General of Police, Ministers, Chief Ministers and the latest being our letters to the Prime Minister dated 29.10.2007 and 30.10.2007 and to the Attorney General dated 1.11.2007 the Malaysian authorities are only proceeding with greater ferocity and with impunity with very little regard for the Federal Constitution and laws of Malaysia. So please help us.

CONCLUSION

We fear that this peace loving Indian community of Tamil origin having been pushed to the corner and the persecution getting worse by the day may be forced to into terrorism in a matter of time as what has happened to the Sri Lankan Tamils.

APPEAL

On our part we are committed to a peaceful and lawful struggle and pray and appeal that the Government of the United Kingdom:-

1. Moves an emergency United Nations resolution condemning these state sponsored atrocities and persecutions of Malaysian Indians in Malaysia.

2. Refers Malaysia to the World Court and the International Criminal Court for Crimes against it’s own ethnic minority Indians

Thank You,

Yours Faithfully

P.Uthayakumar
Legal Adviser

Macam macam

Entry One:

Hari Keluarga TM Ibu Pejabat di Desa Waterpark Sabtu Lepas









Entry Two:


Semalam (26112007) Birthday Budak ni.




Kalau abang abang die sambut birthday di dua tempat dia pun tanak ketinggalan sambut dua tempat jugak di Teras Jernang dengan BB Bangi sebab birthday dia sama dengan birthday zulfa
. Tapi gambar gambar kat TJ tak sempat nak transferlah masuk Phone so sorrylah ek Zulfa. Photographer rasmi utk family pun tak balik (iffah, bleh disclose ke address fotopages tu ? :p ) so takderlah gambar... yang ada mana yang sempat ambil jer. Kalau Kelantan tu dekat sah sah buat tiga malam berturut turut :p sebab birthday dia pun sama dengan birthday mak sepupu dia kat Kelantan.





nota: Kesemua gambar gambar di atas diambil dengan menggunakan phone baru :P

Entry Three


href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEix7Tp0M2ZOi3YwKn17UCtxXTVhthGxqHFeIZq-XFkPOmPUkgwDoUT-wSAyQZoLczNDXagA5aQMVTTz4L5YLoekFNlx4m2Ukp0QF5VFLYp9HyY0Tzd0RsOlnJTLRmkdCq8Pdhd_/s1600-h/Taiwan+Parliament1.jpg">





Ingatkan kat negara ni jer boleh berlaku benda benda ni. Kat Malaysia cukuplah dengan perkataan Bodoh, Bocor etc. tapi rupanya rupanya Malaysia memang boleh !!!





Kalau pasang kamera pun tak guna jugak kalau org yang membuatnya langsung tak rasa bersalah. Lagipun dah "tertendang" sampai tiga kali nak kata apa,kena defend ajerlah.. mungkin dia duk pk masa ni lah aku boleh pelepaih geram :P

Kickdefella

Tindakan YB tadi disiarkan secara langsung ke seluruh dunia, adakah YB kesal dengan tindakan yang di buat atas perasaan marah?

YB PALOH

Sebenarnya saya merasakan bahawa itu perlu untuk mengajar mereka,bahawasanya jangan menghina wakil-wakil rakyat (dari BN) dan perkara ini jelas kepada kita walaupun seluruh dunia melihat. Tapi saya merasakan bahawasanya itu wajar untuk kita bertindak
kepada kerajaan ini kerana banyak perkara-perkara yang dilakukan tidak adil.

Kickdefella

Jadi YB merasakan bahawa tindakan wajar, walau di satu ketika YB cuba menendang YB dari Kelaboran walaupun di dalam dewan yang mulia?

YB PALOH

Ya, kerana beliau telah memperkatakan sesuatu yang kesat kepada saya. Sepatutnya beliau tidak mengatakan sesuatu yang kesat kepada saya.

WARTAWAN

Spesifik (Apa yang dikatakan)?

YB PALOH

Ahh, okey, okey

YB BN LAIN

Kena masuk dewan, ni usul nak dismiss dia..


Nota: Kang dah kena gantung 6 bulan....

nota:
1. http://thestar.com.my/columnists/story.asp?file=/2007/7/5/columnists/alongthewatchtower/18191475&sec=Along%20The%20Watchtower
2. http://kickdefella.wordpress.com/


Agak agak apa akhbar aliran perdana nak lapor esok ( Kalau boleh spin lah)?

isk isk isk




Siapakah yang akan menggantikan beliau?

Yang ini?





atau yang ni?




atau yang ini





Tapi Tok Guru dah pesan siap siap dah


Tuan Tabal Tuan Guru,
Teluk Kemang Masjid Tanah,
Jangan Tabal Sultan Baru,
Sial Majal ke lubang tanah

isk isk isk !!!!



1.



"Saya cabar pembangkang supaya jangan keluar di jalan raya, jangan cuba menjadi hero di jalan, jangan buat seperti beruk-beruk di jalan."

"Kalau betul mahu lawan, kita lawan dalam gelanggang sebenar, lawan seperti jantan yang sebenar,"

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=1106&pub=umno2007&sec=berita&pg=bu_58.htm&arc=hive

Komen:

a. Respon Saye:

Petikan Dari Utusan

Kumpulan itu cuba memecah masuk ke dalam bangunan itu untuk bertemu dengan Rice yang sedang menghadiri Forum Serantau ASEAN (ARF), namun dihalang oleh polis antirusuhan.

"Turun bawah sini atau kami akan masuk melalui pintu ini," jerit Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, yang mengetuai perhimpunan 10,000 orang itu.

Komen: Kan PM selaku Presiden UMNO pun masa tu pun dijadualkan jumpa Rice, nape tak guna gelanggang tu? awat duk melalak tgh jalan jugak.


b. Respon Abg Lan
"Khairy, with his left arm in a sling, gave a 30-minute speech decrying the attacks and demanding that the United States get Israel to cease its attacks. He said Israel was using weapons and ammunition provided by the United States. He gave Rice five minutes to come out and receive the memorandum.

When there was no sign of this happening, Khairy together with about 200 supporters pushed their way past the FRU line. In the commotion, some supporters, including Khairy, fell. Other police personnel moved in to form a human chain in front of the entrance to the convention centre.

Despite this, Khairy and a handful of supporters managed to get through. They squatted outside the entrance for two hours. Besides Khairy, the others who waited outside included Umno Putera chief Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim and Datuk Norza Zakaria, political secretary to Finance Minister II Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Khairy was finally allowed into the building and was seen being taken to the Police Control Centre. He came out about 20 minutes later and told his supporters that the memorandum was with Rice.

Demikianlah laporan akhbar The Star darihal demonstrasi (jalanan) anjuran Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pada 28 Julai 2006 lalu sempenan Persidangan Menteri-menteri ASEAN di KLCC, Kuala Lumpur.

Cuba anda perhatikan antaranya:
PERTAMA:
Khairy dibenar berucap selama 30 minit
KEDUA:
Khariy bersama 200 penyokongnya merempoh dan melepasi barisan FRU
KETIGA:
Akibat rempuhan ganas itu ada yang terjatuh termasuklah Khairy
KEEMPAT:
Khairy akhirnya dibenar masuk ke dalam bangunan

Soalnya kenapa begitu lunak dan mesra sekali layanan pihak polis dan FRU terhadap Khairy sedangkan Sabtu lepas Himpunan Rakyat Aman BERSIH di Masjid Jamek disiram dengan air kimia dan gas pemedih mata? Beratus orang ditahan oleh pihak polis sedangkan tidak ada seorang pun pemimpin atau ahli Pemuda Umno pada 28 Julai 2006 lalu ditahan atau didakwa.


c. Respon Abg Mat

"Khairy berani cabar kita, sebab dia menantu 'beruk' yang duduk di celah ketiak Pak Lah,Kalau bukan menantu Perdana Menteri, letak muka dia di Chow Kit pun tak laku"


2. Tertarik dengan entry abu saif pasal BERSIH kali ni. antara entry beliau

"Di dalam temubual oleh Radio 24 Bernama pada Berita 8 malam 12 November baru-baru ini, SS Mufti Perlis memberi ingatan kepada BERSIH supaya memikirkan bahawa ketika kepentingan peribadi, golongan atau parti tertentu mahu dicapai, kesan tindakan mereka sebenarnya menimpa semua orang. Beliau juga mahu BERSIH melihat nasib negara-negara Muslim lain yang tidak menikmati keamanan dan kebebasan bersuara seperti yang ada di Malaysia. Selain itu, beliau mengingatkan BERSIH agar tidak lupa kepada adab-adab semasa berada di Masjid, dan adab itu perlu dibawa juga ke luar masjid.

Soalnya, sekalian mereka yang terlibat di dalam BERSIH memang komited kepada keamanan. Buktinya, kesemua mereka bersurai secara aman dan teratur selepas memorandum berjaya diserahkan kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Sedangkan siapakah yang menembak orang ramai dengan water canon dan air berasid? Siapakah yang mengunci masjid malah pernah dalam demonstrasi sebelum ini, mereka masuk ke masjid dengan memakai but? Tidakkah semua itu dilakukan oleh FRU sebagai jentera pemerintah?"

Respon Saye:

Nasib baik ada orang amik gambar :P





3. Apa yang saye 'ralat' berkenaan BERSIH?

a. Daripada naik komuter turun di Masjid Negara, saya decide bonceng moto ngan rakan (macam DSAI ler kunun) ke DM/Masjid Jamek konon nak elak public transport tutup etc. tapi at the end stranded di Masjid Jamek



Kalau tak boleh bersama sama mereka semua di bawah




b. Balik pulak rantai motor putus terpaksa menyeret carik bengkel

c. Handphone saya kaput takleh nak capture gambar. Tgh mencari PDA Phone baru ada sesapa boleh rekmen PDA Phone yang ada keyboard, touchscreen, ada office document, tak hang sokmo, murah, bla bla bolehlah rekmen kat sinih.

Dr Muszaphar

Satu petang selepas mengedar poster & risalah untuk ceramah Dr Mujahid dan dalam perjalanan ke tempat ummu amiir

amiir: Baba Dr Muzhaphar baba (sambil menunjuk ke skrin besar di hadapan pintu masuk UKM)



abu amiir: Dr Muszaphar? mana
amiir: Tu Dr Muszaphar baba, anak die kena batu mati.
abu amiir: Bukan anak die adik die.. sape cakap kat amiir Dr Muszaphar
amiir: tuk. Dr Muszaphar anak die kena batu lepas tu mati sian die..
abu amiir: Bukan anak die, adik die
amiir: adik die, sape baba
abu amiir: ajil
amiir: ajil..

Komen: Tak pasti lahplak kalau nak dikatakan ni pun salah satu daripada kebaikan program angkasawan iaitu memupuk minat kanak kanak kepada angkasa lepas. pepun ok lah ingatkan amiir ni kenal mawi ke dafi ke ajer..kenai lah jugak Dr Muszaphar.. Pak Lah pun die kenai :P