Sewaktu saya dan Ummu Amiir berada pada zaman pra perkahwinan dulu, seringkali kami mendengar kawan kawan ataupun kenalan yang baru mendirikan rumahtangga menerima ucapan yang saya kira sebagai doa iaitu "Selamat Pengantin Baru, Semoga Berbahagia ke Anak Cucu".Masa tu pada pandangan saya ungkapan itu seolah olah hanya mendoakan pasangan tersebut berbahagia cukuplah sehingga mendapat cucu dan selepas itu nasiblah.Justeru itu, saya lebih suka dan memang telah mengamalkannya pun pada waktu itu iaitu memberi ucapan kepada sahabat dan kenalan kami yang melalui zaman bersejarah mereka dengan ucapan "Semoga Berbahagia Hingga Ke Akhir Hayat" kerana kami percaya itu yang lebih tepat.Apa pun itu semua tidak penting kerana yang penting sekarang saya ingin berkongsi dengan anda semua makluman perkara di bawah.
Saya dengan sukacitanya ingin memaklumkan perkara yang mana saya akan lebih gembira bila saya membuat pengumuman ini Ummu Amiir ada bersama sama saya.
1. Tiga Orang sahabat yang kami kira agak signifikan dalam kehidupan kami ingin mendirikan rumah tangga dalam jangka masa terdekat ini Insya Allah
a. Pada tarikh 29/05/2005 (Ingatkan 29/12), Insya Allah majlis walimah di antara sahabat kami
Wan Amiruddin Wan Omar dan Hairun Aza Abd Rashid
Bertempat di Kg Baru Kuala Lumpur manakala kenduri di Kota Bharu Insya Allah akan berlangsung pada 11 Jun 2005.
b. Pada tarikh 04/06/2005 pula Insya Allah satu lagi majlis walimah akan diadakan antara
Fadzlan Yahya dan Norsuhana Mohd Hanas
Bertempat di Alor Gajah Melaka manakala kenduri di Muar pula Insya Allah pada 5 Jun 2005.
2. Maklumat lanjut mengenai lokasi, aturcara majlis dan sebagainya Insya Allah akan dimaklumkan sendiri oleh kedua dua pasangan ini dalam jangka masa terdekat.Makluman ini adalah sebagai persediaan untuk anda semua merancang jadual pada tarikh yang telah dimaklumkan.
3. Sememangnya kedua dua majlis ini amatlah ditunggu tunggu oleh pihak saya dan Ummu Amiir khususnya dan sahabat sahabat serta kenalan yang lain amnya.Insya Allah sekiranya ada kesempatan saya akan mengeluarkan tulisan khusus mengenai hubungan dan signifikannya mereka kepada kami bagi pasangan pertama dan juga sdr Fadzlan.
Kepada Amir,Azah dan Fadzlan , Izinkan kami sekeluarga mendahului yang lain untuk mengucapkan tahniah di atas majlis yang bakal dilangsungkan .Semoga majlis tersebut Insya Allah akan berjalan dengan lancar dan mendapat rahmat dari Allah dan yang penting.....
Semoga Berbahagia Ke Akhir Hayat opssss Semoga Berbahagia Ke Anak Cucu dan Seterusnya Ke Akhir Hayat. Jauh beza antara dua ayat tu. Apa bezanya pulak?
Kami telahpun mengalaminya...Tapi jangan bimbang saya redha dan Amiir Husaini juga Insya Allah akan redha, kan Amiir?