Fuhh

at last baru leh tengok balik urusan memblog ni. Maaflah ek blog ni terjadi perkara furu' sikit akhir akhir ni sebab duk concentrate benda benda lain.Kalau tok mudin ke makcik horlick ke mungkin blog ni perkara usul kut hehe, kes saya ni 'kompas' terlari sedikit.

Bukan blog aje tak sempat, perkara'wajib' tahunan macam hantar email ucap selamat raya maaf zahir batin pada semua kawan/kenalan/opismate pun tak tersempat buat tahun ni.

Ni baru sempat nak tengok balik, nak update apa ek, pasal bebudak ni balik kg raya kot....

Pergh...Payah nak cari ni.....



"Seandainya satu hari nanti kerajaan bertukar rupa dan kalau berlaku pertukaran kuasa. Terlalu ramai nanti yang tidak boleh bersuara dan ISA mungkin diguna seluas-luasnya. Besok, bila kena pada kita, apa kita nak buat?," kata Dr Asri yang akan menghadiri Tazkirah Tarawih di Stadium Kota Bharu pada hari ini.

Beliau yang juga akan memberi ceramah di Kompleks Islam Lundang esok, sempena pelancaran Tabung Serambi Mekah yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, juga mempersoalkan bagaimana pemimpin yang gagal kendalikan parti yang kecil mampu kendalikan negara yang besar.

"Takkan nak tunggu ada rusuhan atau kekacauan. Ketika itu sudah tidak boleh dipulihkan lagi. Sekali kekacauan tercetus, susah untuk dipulihkan.

Menurut pengamatan beliau, keadaan ini berlaku kerana pemimpin politik menganggap kedudukan politik itu seperti harta rompakan.

"Mereka bermati-matian untuk mendapatkannya sekalipun terpaksa menggunakan belanja yang besar kerana pulangan atau keuntungannya juga besar," kata beliau.



Esoknya boleh buka puasa semeja dengan PM


Sedekah dalam talian

Oleh Ziauddin Sharuddin
zia@bharian.com.my




Kebiasaannya majlis tahlil diadakan serentak bersama membaca surah Yassin dan diakhiri dengan doa selamat

TAHLIL sudah menjadi sebahagian kehidupan umat Islam di negara ini. Malah, boleh dikatakan orang Islam Malaysia membesar bersama tahlil.

Ketika kanak-kanak, kita mengikut ibu bapa ke kenduri tahlil dan apabila dewasa, menyertai majlis tahlil yang diadakan di surau, masjid dan di rumah jiran serta kenalan.


Majlis tahlil bukan saja diadakan oleh individu seperti ketika memasuki rumah baru, malah hingga peringkat negara dan rasmi sempena pelbagai peristiwa seperti Hari Pahlawan dan Bulan Kemerdekaan.

- Erm.. Tahlil sempena umur negara ke 51 ek? macam oghang laks..


Tahlil juga sinonim dengan Ramadan. Ketika bulan suci ini memasuki fasa pertengahan, semakin banyak masjid dan surau turut mengadakan majlis tahlil.

Kebiasaannya majlis tahlil diadakan serentak bersama membaca surah Yassin dan diakhiri dengan doa selamat menyebabkan diberi pelbagai nama seperti majlis tahlil dan doa selamat atau majlis membaca Yassin dan tahlil.

Pelajar madrasah yang hafaz al-Quran adalah antara yang membaca tahlil.

Kebanyakan majlis tahlil dipimpin oleh mereka yang mempunyai pengetahuan agama seperti imam dan ustaz.

Jika majlis diadakan di kediaman individu, maka imam dan ustaz ketika berdoa akan menyebut nama yang diminta oleh tuan rumah seperti ibu bapa atau sebarang nama lain yang sudah meninggal dunia supaya roh simati mendapat kesejahteraan.

Bagaimanapun, majlis tahlil di masjid dan surau, termasuk ketika Ramadan sekarang dilakukan oleh jemaah secara beramai-ramai. Sebelum itu, borang disedarkan dan mereka yang berminat akan menulis nama ibu bapa atau waris.

Ketika majlis tahlil, nama si mati satu demi satu disebut ketika doa. Sama ada di rumah, masjid atau surau, sedikit bayaran diberikan sebagai sedekah.

- Erm... Kalau nama 5 muka surat jenuh lah nak baca... Kalau bayaran ada minimum value set kira sedekah jugak ke atau kira bayaran service charge?

Membaca al-Quran menjadi amalan harian pelajar.

Zaman berubah, tetapi amalan tahlil terus mekar. Bagaimanapun, tiada siapa terfikir bahawa perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), terutama internet memberi kesan terhadap amalan tahlil.

Sebuah pusat pengajian agama di Kampung Baru, Kuala Lumpur, Madrasah al-Yamani, mencipta inovasi dengan memperkenalkan tahlil secara dalam talian (online).

- Ooo Inovasi, kalau puak puak yang dikatakan wahabi kata bidaah marah.....

Memperjelaskan kaedah baru ini, Mudir Madrasah al-Yamani, Mohd Fadzli Ahmad, berkata inovasi itu bertujuan memperluaskan jangkauan umat Islam yang mahu mengadakan tahlil, tetapi tidak dapat melakukannya.

Katanya, memang lebih afdal jika tahlil dilakukan sendiri olah anak atau waris, tetapi kadangkala mereka terpaksa meminta pertolongan orang lain kerana tidak boleh melakukan sendiri.

- Tak leh buat sendiri kenapa? takut tak ikhlas kah? kalau tak ikhlas belum tentu semua yang datang tahlil tu ikhlas. Takut tak diterima kah? antara orang yang ada hubungan dengan si mati berdoa untuk si mati dngan orang lain yang antaranya datang sebab malu alah..rasa rasa sape yang lebih sepenuh hati?

“Tahlil online diperkenalkan sebelum Ramadan lalu kerana kita memikirkan tidak semua orang ada masa membaca al-Quran dan berzikir banyak-banyak. Kebetulan saya dan pelajar setiap hari membaca al-Quran.

“Jadi kita minta niatkan amalan kamu (pelajar) kepada arwah yang meninggal dunia,” katanya yang mengasaskan madrasah itu pada 1994.

Mohd Fadzli berkata, tahlil online dibuka kepada mereka yang berminat dan diminta bersedekah untuk membantu madrasah. Menamakan waris dan pembayaran dibuat secara online melalui laman web www.etahlil.com.my.

“Kita doakan untuk mereka dan bayaran dibuat bukan atas dasar harga. Perkara ini (tahlil) tidak dapat dinilai. Perkataan Subhanallah lebih mahal dari dunia dan seiisinya. Cuma kita menggalakkan sumbangan untuk madrasah dengan harapan dapat digunakan untuk pembelajaran pelajar,” katanya.

- Erm harap harap biarlah sama antara yang bagi sumbangan sedikit dengan yang bagi sumbangan banyak dari segi layananannya bila nak tahlil

Tanpa latar belakang IT, beliau memberitahu bahawa idea mewujudkan tahlil online adalah cetusan fikiran `rakan-rakannya’.

Beliau yang mengajar dan menyampaikan ceramah agama di masjid dan pejabat pelbagai organisasi, berkata `rakan-rakannya’ adalah mereka yang mendengar ceramah atau belajar agama dengannya

“Mereka kata mengapa tidak membuka laman web yang membolehkan mereka yang berminat menyatakan nama ibu bapa atau waris yang meninggal dunia dan bersedekah secara dalam talian,” katanya.

Mohd Fadzli berkata, `rakan-rakannya’ membantu membina laman web hingga menjadi kenyataan.

Bertahlil untuk orang lain bukan perkara baru kerana sejak enam tahun lalu, katanya madrasah itu mengadakan solat hajat, membaca surah Yassin dan tahlil setiap hari Khamis malam Jumaat, tanpa mengira ada atau tidak permintaan daripada orang ramai.

Madrasah al-Yamani yang bermula dengan hanya tiga orang kini mempunyai kira-kira 70 pelajar, termasuk dari negara luar seperti Vietnam, Kemboja, Thailand, Brunei dan Indonesia.

Mulai 1 hingga 27 Ramadan, katanya pelajar termasuk berstatus hafiz membaca al-Quran hingga khatam setiap pagi, manakala selepas solat Asar, mereka berzikir `tiada Tuhan melainkan Allah’ sebanyak 1,000 kali.

- Erm mungkin oghang marah lah kut.. kalau tak setuju duk diam diam ajelah. tapi entah nape saya rasa pelik sikit.. Biarlah penganjur ada hak untuk uar uarkan kaedah ni dan saya pun ada hak untuk nytakan pepelikkan saya..jangan sebab ni pun nak ISAkan saya jugak sudahlah..... harap harap janganlah terkeluar dialog dialog dari 'anak anak soleh' yang sentiasa kesibukkan "alaa bang tak sempat tape tahlil online kan ada.. bagi jer dua tiga ratus suh depa tahlil selesai" dakpun bila ada kematian " Takpelah tak dan nak ziarah ...nanti kita onlinelah tahlil"

Bile mau update daaaa