Bukan Sebarang Guru

Assalamualaikum

"Sharing is caring"(Copyrights not reserved as of today)
Credit to Ust Ahmad Zainal Abidin (One of my pebret lecturer in MMU)


1) Satu masa Imam Abu Hanifah (Imam mazhab Hanafi) mendapati seorang
muridnya yang berpotensi tiada dalam kelas. Murid tersebut ialah Abu
Yusof. Setelah diselidiki, rupa-rupanya murid tersebut telah membuka majlis
ilmu di tempat lain tanpa terlebih dahulu memberitahu gurunya.

2) Abu Hanifah telah menghantar muridnya yang lain bagi mengikuti
perkembangan kelas yang dibuka oleh Abu Yusof. Imam Abu Hanifah telah
menugaskan murid tersebut supaya mengemukakan lima soalan dalam sesi
soal jawab.

3) Salah satu dari lima soalan yang ditanya ialah apakah hukuman
terhadap lelaki yang mengambil kain kafan si mati dalam kubur. Nak dikatakan
lelaki tersebut mencuri adalah kurang tepat kerana definasi curi ialah
mengambil"harta orang lain" sedangkan simati tidak memiliki sebarang harta.
Abu Yusof memohon penangguhan untuk menjawab soalan tersebut.

4) Dalam kelas pengajian Abu Hanifah berikutnya, beliau telah melihat
muridnya Abu Yusof hadir pada hari itu. Setelah kelas berakhir, Abu
Yusof terus berjumpa gurunya untuk bertanyakan beberapa soalan. Sebelum
sempat soalan ditanya, Abu Hanifah sambil tersenyum berkata:

"Aku tahu apa yang kamu nak tanya". Selepas itu Abu Hanifah mengungkap
nasihatnya yang masyhur kepada Abu Yusof Maksudnya: "Kamu menjadi buah kismis sebelum menjadi buah anggur masak". Abu Yusof pun faham maksud perkataan gurunya dan selepas itu beliau terus menghadiri kelas pengajian Abu Hanifah.

5) Akhirnya Abu Yusof telah menjadi seorang ilmuan terbilang dan
hampir menyamai gurunya. Sebab itu bila membaca feqah mazhab Hanafi, kita
selalu berjumpa pendapat Abu Hanifah dan juga pendapat muridnya iaitu Abu
Yusof dan Abu Hasan as-Syaibani.

6) Pengajaran:
i) Guru yang baik dapat mengenal pasti potensi muridnya lantas
menggilap potensi tersebut dengan penuh bijaksana.
ii) Murid yang cemerlang pula akan akur dengan tunjuk ajar gurunya.


p/s
"apakah hukuman terhadap lelaki yang mengambil kain kafan si mati dalam kubur?" Ada sape boleh tolong bagi jawapan?

0 Response to "Bukan Sebarang Guru"