skip to main | skip to sidebar

Ummu Amiir's Point of View

Everyone has their view of life...and this is Ummu Amiir's Point Of View.......

Pages

  • Home
7/31/2008 11:11 AM by nuun 0 comments
Entry One:

Intipati ucapan Timbalan Presiden di Bachok

Beliau memilih untuk menjelaskan secara lansung mengenai isu ini dengan memulainya di Bachok, Parlimen Beliau.

1.Beliau maklumkan secara 'direct' kepada PM sewaktu PM jemput beliau untuk berjumpa di Parlimen "Kalau jumpa nak bincang PAS masuk Umno/Barisan tak payah bincang"

2. Letakkan kepercayaan kepada pimpinan kerana Pas dipimpin oleh TOK GURU bukan macam UMNO dalam UMNO ramai TOK GARU.

3.Jangan cepat melatah dengan isu yang dimainkan oleh media.

4. Menceritakan pertemuan peribadi beliau dan TGNA di kediaman TGNA. TGNA memberitahu beliau, yang TGNA dah solat istikharah dan sepanjang hari selepas istikharah itu ayat yang bermain adalah ayat dalam surah Al Anfal "“Dan jika sekiranya mereka ( musuh ) condong untuk berdamai, maka condonglah kamu kepadanya ( terimalah perdamaian ) dan bertawakkallah kepada Allah. sesungguhnya Dialah tuhan yang maha mendengar dan maha menegtahui. Dan jika mereka mahu menipu dayamu, maka cukuplah Allah untukmu ( sebagai pelindung ). Dialah tuhan yang memperkukuhkan engkau dengan pertolonganNya dan dengan orang - orang yang beriman.”

5. Muqabalah akan diteruskan untuk isu isu berkaitan dengan kepentingan umat islam.

6. Nak dengar lanjut? boleh dengar di bawah. Kredit to Kelantan TV






Entry Two:

Saiful bersumpah al-Quran selepas siasatan selesai

Oleh UMAVATHI RAMAYAH

KUALA LUMPUR 30 Julai – Mohd. Saiful Bukhari Azlan akan bersumpah dengan al-Quran dalam masa terdekat bagi membuktikan dirinya pernah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, iaitu sebaik saja siasatan polis selesai.

Bekas pembantu Anwar itu menegaskan bahawa beliau tiada sebab untuk memfitnah dan menganiaya bekas Timbalan Perdana Menteri itu apabila membuat laporan polis pada 28 Jun lalu dengan mendakwa dirinya diliwat beberapa kali oleh Anwar.

Kesediaan beliau bersumpah itu yang bertujuan semata-mata bagi membuktikan kebenaran dakwaan dirinya telah diliwat oleh Anwar diberitahu kepada peguamnya, Zamri Idrus.

Mohd. Saiful, 23, akan melakukan upacara bersumpah mengikut Islam itu sejurus siasatan polis terhadap kes itu selesai tidak lama lagi.

Zamri dalam satu sidang akhbar di sini petang ini memberitahu, ketegasan Mohd. Saiful untuk bersumpah dengan al-Quran itu dinyatakan sendiri kepada beliau baru-baru ini.

Baca Lanjut....

Kata Saya:

"Dulu dulu pun ada hikayat yang mengisahkan kisah bersumpah. Klik sini

Entry Three:

Hanya nota perubatan - Dr. Latiff
Oleh Hamden Ramli

PUTRAJAYA 30 Julai - Laporan perubatan berkaitan aduan liwat terhadap Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang dikeluarkan Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak di sini bukan laporan perubatan sebenar yang biasa disediakan oleh pengamal perubatan berdaftar di negara ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad menjelaskan, laporan perubatan Hospital Pusrawi yang disiarkan oleh sebuah portal berita semalam sebenarnya adalah nota perubatan.

''Laporan perubatan mesti ditulis dengan terperinci dan kemas, bukan macam tulisan cakar ayam. Kalau laporan perubatan ditulis oleh pengamal perubatan berdaftar, ia tidak macam itu (seperti disiarkan portal berita)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Baca Lanjut..

Kata Saya:

"Datuk, orang nak tahu apa yang dikatakan dalam report tu, bukan nak tengok tulisan cakar ayam ke atau cakar harimau.Tapi takpelah Datuk, Pusrawi pun dah kata itu bukan laporan pemeriksaan berkaitan kes sodomi"

7/30/2008 5:24 PM by nuun 0 comments
Hospital: It wasn't a sodomy examination
Jul 30, 08 4:05pm

Hospital Pusrawi today clarified that its medical officer Dr Muhammad Osman Abdul Hamid did not conduct a sodomy-related examination on Mohd Saiful Bukhari Azlan.

MCPX

Hospital Pusrawi 280708.jpgThe hospital revealed that Muhammad, a Burmese national, is not a specialist but only a general practitioner stationed at the Emergency Unit.

In a statement distributed to reporters, the hospital's general manager Wan Mahmud Wan Yaakob also said that it has not released any official reports pertaining to the case.

After examining Saiful, he said, the doctor advised the former to undergo an examination by a specialist at a government hospital.

"There were no further examinations carried out (on Saiful at Pusrawi) in relation to the sodomy complaint," he added.

Saiful had gone to the hospital complaining of pain in the stomach and anus.

Hospital Pusrawi was thrust into the limelight following media reports on the findings of the doctor who examined Saiful on June 28, hours before he filed a police report accusing opposition stalwart Anwar Ibrahim of sodomising him.

In his report, the doctor stated that he found no evidence of sodomy.

Quizzed on the authenticity of the report leaked to the media, Wan Mahmud replied: "Looks the same, contents are the same."


1. hmmm..macam pernah dengar jer ayat last tu...

2. hmmm dah dr tu tak buat pemeriksaan berkaitan sodomi patutlah takjumpa benda benda dibawah

* Tiada pendarahan aktif (active bleeding, zero)

* Tiada kesan nanah (traces of pus, zero)

3. hmmm kan saya dah kata dulu pun dah ada laporan tapi ke dalam juga...


7/28/2008 4:04 PM by nuun 0 comments

Entry One:

Sah, tiada Liwat — Laporan perubatan

Isnin, 28 Julai 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional

KUALA LUMPUR, 28 Julai (SK)- LAPORAN perubatan dari doktor yang memeriksa tubuh Mohd Saiful Bukhari Azlan mengesahkan tiada sebarang kesan yang menunjukkan dia diliwat. Pada 28 Jun lepas Saiful menemui Doktor Mohamed Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi mengadu dia merasa kesan sakit didubur ketika membuang air besar.

Tetapi laporan Doktor Mohamed yang dikeluarkan pada jam 2.14 petang, sebaik sahaja pemeriksaan dibuat ke atas tubuh Saiful mengesahkan tiada sebarang kesan liwat seperti yang didakwanya.

Laporan itu jelas menyatakan:

* Tiada kesan koyak pada kulit (skin tearing, zero)

* Tiada pendarahan aktif (active bleeding, zero)

* Tiada kesan nanah (traces of pus, zero)

laporan penuh boleh dibaca menerusi Suara Keadilan edisi 141 yang akan terbit esok.


Kata Saya:Dulu pun laporan kata macam tu jugak tapi 6 tahun ke dalam...


Entry Two:

Itu Luar Tabie

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Abdul Latif ketika dihubungi Agendadaily menyifatkan, laporan Malaysiakini yang mendakwa ada laporan perubatan tiada kesan liwat ke atas Saiful berniat jahat bagi memberi gambaran tidak berlakunya perbuatan liwat.

"Laporan ini mempunyai unsur mala fide . Apa juga bentuk laporan sama ada kesan calar ada atau tidak, tiada siapa boleh buat kesimpulan liwat tidak berlaku selagi perkara berkenaan tidak dibicarakan di mahkamah,” katanya.

Lagi pun jelasnya, prosedur pemeriksaan juga mestilah mengikut prosedur siasatan sekiranya ia melibatkan aduan jenayah.

Sehubungan itu, Dr Latif berkata, jika benar ada laporan doktor mengenai isu liwat berkenaan disebarkan, Saiful sebagai pesakit boleh membuat aduan kepada Majlis Perubatan Malaysia. Jika doktor berkenaan disabitkan kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah AKta Perubatan 1971.

Ini kerana katanya, doktor mempunyai sumpah kerahsiaan dengan pesakit.

Tambah beliau, mengikut etika tiada doktor boleh mendedahkan laporan pesakit kecuali laporan berkenaan mempunyai kaitan dengan siasatan jenayah dan dibawa ke mahkamah.

Secara sinis beliau berkata, jika laporan pesakit segaja didedahkan "itu adalah di luar tabie". – 28/7/2008


Kata Saya:


1"Bicara" lah dulu di Mahkamah.Kalau DSAI ada alibi ke apa ka even kalau Mubahalah ke bersumpah ke sekali pun bicaralah kat Mahkamah dulu, Mahkamahlah boleh tentukan ada liwat ke tidak. Cuba try kena atas batu kepala dia baru tau.....


2. Dalam situasi sekarang mala fide tidak pernah dikira berlaku kalau si pelapor membuat laporan terhadap yang dilapor ianya dikira sebagai membuat permohonan biasiswa sahaja.



8:31 AM by nuun 0 comments
1. Hari ni saya nak cerita apa yang dilaporkan dalam mSTAR Online jer...

2. Saya tak nak cerita lagi buku apa yang telah habis dibaca .Ada 1 tengah nak habiskan (nasib baik boleh baca kat henpon masuk bilik air pun boleh baca gak :P ) ada 2 dah habis bulan ni tak silap ada 3 lagi yang belum dishare macam tok mudin

3. Pasal budak budak pun tak sempat nak cerita lagik nantilah lepas balik kampung..


Entry One:

Nasihat Tuanku Ja'afar: Bersatulah, antara Pak Lah atau Anwar perlu korban
27-07-2008 02:54:57 PM
Oleh G. MANIMARAN

PETALING JAYA: Dalam ulasan berunsur politik yang jarang sekali diberikan, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman (gambar) menegaskan, masyarakat Melayu negara ini tidak bersatu padu manakala Umno, antara komponen utama dalam Barisan Nasional (BN) perlu bernafas semula, dengan mengambil kira senario politik semasa negara.

"Nasihat saya ialah bersatu semula jika boleh. Salah seorang harus terlepas (tidak berpeluang mengetuai kepimpinan atau menjadi Perdana Menteri), sama ada Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) atau (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim).

"Kita mungkin perlu memilih antara Umno dan PKR (Parti Keadilan Rakyat) ketika PAS semakin kukuh," kata baginda dalam temu bual eksklusif yang disiarkan The Star hari ini.

Temu bual itu diadakan di Istana Hinggap, Seremban.

Tuanku Ja'afar yang menyambut Hari Keputeraan ke-86 pada 19 Julai lalu merupakan Raja Melayu yang tertua bertakhta di negara ini.

Malah ulasan baginda itu seolah-olah sealiran dengan perkembangan tanah air khususnya sejak negara mengadakan pilihan raya umum ke-12 8 Mac lalu.

Dalam pilihan raya umum kali ini, buat kali pertama BN kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dan kuasa kerajaan negeri melibatkan lima negeri - Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Barisan pembangkang yang diberikan nama baru selepas 8 Mac lalu - Pakatan Rakyat terdiri daripada PKR, PAS dan DAP.

Ketika Umno lemah dan berusaha untuk pulih, Ketua Umum Pakatan Rakyat, Anwar telah menyasarkan untuk menubuhkan kerajaan persektuan menjelang 16 September.

Dan, ketika Anwar berhadapan dengan isu meliwat yang kedua dalam tempoh 10 tahun, timbul syor supaya Umno dan PAS mengadakan muzakarah bagi menyatupadukan orang Melayu.

Pendekatan Umno-PAS itu telah diakui kepimpinan kedua-dua parti itu.

PAS menolak muzakarah tetapi mencadangkan pendekatan muqabalah.

Dalam temu bual tersebut, Tuanku Ja'afar juga menasihatkan rakyat negara ini supaya tidak menyertai demonstrasi jalanan kerana apa saja isu yang timbul harus diselesaikan di Parlimen.

Baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong ke-10, dari tahun 1994 hingga 1999. Ayanda baginda Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad merupakan Yang di-Pertuan Agong pertama.

Dalam ulasannya, Tuanku Ja'afar menambah: "Seorang bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri, seorang lagi berhasrat untuk mengekalkan jawatan. Caturan politik ini sangat kompleks dan sukar untuk diramalkan."

"Kita mungkin mempunyai Tengku Razaleigh (Hamzah) dan (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) dalam pertarungan jawatan presiden (Umno).

"Di akhbar, saya baca (bekas Perdana Menteri), Tun Dr. Mahathir (Mohamad) mengatakan bahawa (Datuk Seri) Mohd. Najib tidak akan jadi Perdana Menteri.

"Orang Melayu tidak bersatu dan Umno perlu diberikan nafas (baru)," kata baginda.

Kata Saya:

1. Harapnya pandangan tersebut tidak mewakili pandangan majoriti raja raja melayulah.

2. YdPB NS merupakan seorang lagi Raja Melayu selain dari Sultan Pahang (Sultan Pahang gesa rakyat sokong BN) yang telah dan pernah menyatakan sokongan terbuka untuk BN.

3. Tak tahu kebetulan atau tidak(mana ada kebetulan dalam dunia nih kan?) ramai kerabat diraja merupakan tokoh tokoh yang begitu rapat dengan UMNO. Adinda Tuanku Jaafar misalnya, Tunku Abdullah pernah menjadi Ahli Parlimen Rawang kalau tidak silap adalah kawan rapat kepada TDM(kalau ikut biografi Tunku Abdullah: A Passion For Life beliau yang banyak menolong TDM sewaktu TDM hampir hampir nak ditangkap bawah ISA dulu) Adinda Sultan Pahang pula Datuk Seri Tengku Azlan merupakan Ahli Parlimen Jerantut sekarang.Raja raja lain, Sultan Kelantan? Bapa Saudara Baginda kan Ku Li. Raja Perlis? Adinda baginda Datuk Seri Syed Razlan Exco Kerajaan Perlis sekarang.

4. Kalau itu semua mewakili Raja raja melayu(harapnya tidaklah) nampaknya PAS kena usaha lebih lagi lah untuk "mesra istana"hehe.


Entry Two:

Tidak mustahil Umno-PAS bersatu, sejarah 70-an berulang?


27-07-2008 05:43:56 PM (Dikemas kini)

KUALA TERENGGANU: Sejarah lebih tiga dekad yang lalu berulang? Umno dan PAS akan bersatu di bawah satu bumbung sebagaimana disaksikan awal 1970-an selepas pilihan raya umum 1969?

Jawapan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek ialah: "Ya."
Justeru, kata beliau, penyatuan antara Umno dan PAS bukan sesuatu yang mustahil kerana kedua-dua parti itu pernah bersatu di bawah sebuah pakatan sebelum ini.

Baca Lanjut...

Kata Saya:

1. Memang sejarah 70-an akan berulang, tahun 1974 bergabung tahun 1978 kena tendang.

2. Cubalah bergabung kalau berani... tahun 2008 bergabung tahun 2012(kalau sempatlah) masa tu UMNO dah kuat balik tak timbul dah isu perpaduan melayu semua tu hampir pasti gamaknya kalau sejarah berulang PAS kena tendang balik..


Entry Three:

Usaha ketiga anjur konsert Inul sebelum hujung Ogos
27-07-2008 01:25:03 AM
Oleh G. MANIMARAN

PETALING JAYA: Penganjur konsert Inul Daratista tidak putus asas! Pihaknya mahu terus berusaha mengadakan persembahan ratu dangdut Indonesia itu di ibu negara bulan depan.

Selepas kecewa dua kali dalam seminggu ekoran pembatalan minit-minit terakhir, Pengarah Urusan IMS Prima Sdn. Bhd., Nasir Abu Bakar berkata, pihaknya akan menemui pihak berkuasa minggu depan untuk mendapatkan lampu hijau bagi membolehkan Inul menemui kembali peminatnya.

"Kami bercadang untuk mengadakan konsert seperti yang dirancang sebelum Ramadan ini.

Baca Lanjut...


Kata Saya:

1. Nak buat jugak tu...Dah rugi dekat sejuta pun ketegaq jugak. Sape nak nak tolong cover kerugian tu pergilah beramai ramai nanti kalau jadik jugak konsert tu..jangan kena panah petir sudah!!!

7/21/2008 8:54 AM by nuun 0 comments
1. Muzakarah bermula * PM 3 kali bertemu pemimpin Pas * UMNO tidak letak syarat

PUTRAJAYA 20 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendedahkan bahawa muzakarah bersama Pas telah diadakan sebanyak tiga kali bagi membincangkan beberapa isu berkaitan dengan keagamaan dan orang Melayu.

Beliau berkata, UMNO ikhlas untuk menjayakan pertemuan dengan Pas demi perpaduan Melayu dan kepentingan masa depan umat Islam.

Katanya, pertemuan dengan pemimpin peringkat tinggi itu tidak disertai oleh Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Baca Lanjut....


2. PAS mengakui bertemu Perdana Menteri

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

PAS tidak menafikan bahawa memang telah ada pertemuan antara pimpinan tertinggi parti dengan YAB Perdana Menterti yang juga selaku Presiden Umno, bagi membincangkan isu-isu kepentingan bersama berkaitan umat Islam dan bangsa Melayu
.

Perjumpaan pertama dengan YAB Perdana Menteri berlaku sejurus selepas PRU ke 12 yang lalu yang melibatkan Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Nasharudin Mat Isa; Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustapha Ali dan ahli parlimen Shah Alam,YB Hj Abd Khalid Samad.

Pertemuan ini telah pun dilaporkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak PAS.

Berikutan itu Majlis Syura Ulamak PAS telah mengambil ketetapan bersetuju sebulat suara merestui Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung PAS bagi mempertingkatkan usaha yang bersungguh-sungguh dalam menyatupadukan umat Islam dan rakyat Malaysia berlandaskan Islam.

Sehubungan dengan ketetapan itu pertemuan telah diadakan lagi di bangunan Parlimen yang melibatkan Timbalan Presiden PAS dan YAB Perdana Menteri, yang telah dilaporkan kepada saya dan Majlis Syura Ulamak.

PAS bersedia bagi menjayakan muzakarah dengan Umno ini demi kebaikan umat islam dan bangsa Melayu di Malaysia. - mr/mks.

20 Julai 2008,
Presiden,
Parti Islam Se Malaysia (PAS)._


Pandangan saya:

1. Harap harap
ianya adalah sekadar muzakarah bukannya cari jalan nak bergabung balik dengan UMNO(Baca PAS masuk UMNO/Barisan balik). Dan ianya tidak bercanggah dengan kenyataan Presiden sebelum ini:

PAS terus komited bersama Pakatan Rakyat

Saya juga ingin menegaskan bahawa dalam suasana politik negara yang penuh dengan fitnah dan kegawatan sosial dan ekonomi ini, kami akan terus berjuang bersama Pakatan Rakyat bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang amanah, bersih dan adil.


2. Kalau betul perkara di atas dibuat atas nama kepentingan bersama berkaitan umat Islam dan bangsa Melayu,
kenapa tak dibuat sebelum PRU 12. Separuh "mampos" lawan UMNO/BN sampai ada yang boleh keluar statement undi UMNO haram bla bla, harus bergabung dengan DAP, ambil mudharat kecil tolak mudharat besar tup tup bila kawan tu dah nak kalah kita tolong depa pulak. Ni macam nak ulang tayang cerita tahun 1974, bukannya macam Salahuddin tolong King Richard the Lion Heart nih. Kalau insiden tahun 1974 mungkin boleh di terima sebab kali pertama dipatuk kali ni....

3. Kalau betul bergabung balik dengan UMNO (Baca PAS masuk UMNO/Barisan balik) dengan menggunakan alasan
perpaduan Melayu dan kepentingan masa depan umat Islam.Maknanya PAS semacam bersetujulah bahawa UMNOlah yang mampu menyatupadukan Melayu dan memperjuangkan kepentingan Umat Islam. UMNO ikhlas? Boleh Blah!!! Masa susah terkedek kedek cari PAS masa senang???

a. “Tetapi saya yakin UMNO sukar untuk bertindak ikhlas kerana dalam amalan kebangsaan ia tidak mengajar keikhlasan melainkan parti ini kembali kepada Islam,” - Nik Aziz

b. PAS sudah lama mencadang diadakan muzakarah dengan Umno bagi menyelesaikan pelbagai permasalahan yang timbul khususnya berhubung agama Islam dan orang Melayu.

Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bagaimana berkata, cadangan berkenaan tidak pernah dilayan pemimpin parti itu walaupun ia bertujuan untuk kebaikan semua pihak.


4. Kalau betul bergabung balik dengan UMNO (Baca PAS masuk UMNO/Barisan balik) dengan menggunakan alasan
perpaduan Melayu dan kepentingan masa depan umat Islam, berapa kurun agak agak PAS akan dilabel sebagai mungkir "Gerakan Islam yang mungkir janji, paling teruk khianat dan tidak boleh dipercayai!!! oleh non muslim"

5. Mungkin ada yang akan soalkan saya DAP dan PKR boleh percaya ke? lagi jahat ke DAP dan PKR banding dengan UMNO?. Saya kata: Kalau tak percaya buat apa bekerja dengan mereka masa PRU 12 dulu? Dah rekod UMNO baik sangat pada umat melayu takyah lah lawan mereka, takyahlah sumpah Ezam berbakul bakul sebab masuk UMNO, walaupun mungkin Ezam masuk sebab tak puas hati dengan 3A's (Anwar, Azizah, Azmin)

6.Kalau betul bergabung balik dengan UMNO (Baca PAS masuk UMNO/Barisan balik) dengan menggunakan alasan
perpaduan Melayu dan kepentingan masa depan umat Islam kesian dekat Ketua Penerangan yang juga Anggota Dewan Harian PAS Pusat yang telah mengeluarkan kenyataan di bawah:

Siumankah untuk mengatakan PAS bekerjasama dengan Umno?

Dan

Tiada rundingan dengan Umno, PAS tidak akan khianati mandat rakyat


7. Harap harap bila saya tulis di atas, saya tak termasuk dalam golongan yang dinyatakan seperti di bawah:

"Sedarkah kita pemimpin yang kita serang bukan sekadar menjelajah pelusuk negara berceramah politik tetapi mereka mengangkut al Quran, Hadis dan kita-kitab besar, mengajar dan memberikan ilmu dari masjid ke masjid, surau ke surau dan pusat tarbiyah ke pusat tarbiyah, sedangkan kaki kita terhenjut-henjut asyik mendengar lagu-lagu “underground” yang kita dakwa baik dan comel lirik-liriknya!

Saya tidak mahu bergaduh dengan sesiapa tetapi saya tidak akan mendiamkan diri jika dengan sewenang-wenangnya pemimpin-pemimpin yang “tested” dalam jemaah diserang dan dihina seolah penulis-penulis yang menyerangnya itu jauh lebih mursyid, maksum, baik dan sempurna."


Saya harap tidaklah. dan saya pun tak mahu "Membeli dan Memegang saham dalam meruntuhkan 'Kepimpinan Ulamak'". Saya juga tak bermaksud untuk tidak setuju dengan yang mengeluarkan pandangan berdasarkan maksud ayat di bawah:

"Mari saya tuliskan maksudnya: “Dan jika sekiranya mereka ( musuh ) condong untuk berdamai, maka condonglah kamu kepadanya ( terimalah perdamaian ) dan bertawakkallah kepada Allah. sesungguhnya Dialah tuhan yang maha mendengar dan maha menegtahui. Dan jika mereka mahu menipu dayamu, maka cukuplah Allah untukmu ( sebagai pelindung ). Dialah tuhan yang memperkukuhkan engkau dengan pertolonganNya dan dengan orang - orang yang beriman.”

Lebih cemerlang jika anda memahami bagaimana ayat ini menyusul selepas ayat ke 60 dan disusuli ayat 63. Di situ ada keindahan sungguh. Belajar berilmu dan jangan asyik membodohkan orang. Nanti kamu diperbodohkan."



Saya cuma cenderung untuk bersetuju dengan pandangan di bawah yang saya tahu juga hampir tidak pernah meninggalkan solat malamnya dan juga turut sama menjelajah pelusuk negara berceramah politik tetapi mereka mengangkut al Quran, Hadis dan kita-kitab besar, mengajar dan memberikan ilmu dari masjid ke masjid, surau ke surau dan pusat tarbiyah ke pusat tarbiyah.

a. Pemimpin Pas diingatkan pertemuan hanya untuk peribadi bukan parti: Nik Aziz

KOTA BAHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pemimpin kanan parti, yang membuat pertemuan dengan pemimpin Umno, hanya boleh mengadakan pertemuan membabitkan perbincangan peribadi dan bukannya membabitkan isu politik kedua-dua parti.

Namun Menteri Besar Kelantan itu menyatakan kesediaannya untuk bertemu dengan pemimpin Umno untuk membincangkan isu agama atas kapasiti peribadi tetapi tidak atas nama parti.

Baca Lanjut...

b. Kerjasama dengan Umno boleh timbulkan masalah - Nik Aziz

Salmah Mat Husain

Thu | Jun 26, 08 | 6:41:04 am MYT

KOTA BHARU, 26 Jun (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan parti itu akan menghadapi masalah apabila meneruskan cadangan berunding dengan Umno.

"Mengadakan pakatan PAS dan Umno sebagaimana sebelum ini akan berlaku seperti di Kelantan pada tahun 1970-an di mana wujudnya Berjasa dan Bebas pada waktu itu.

"Kalau kita ambil kesempatan berunding pula dengan Umno, jahanam habislah.. bahkan Muktamar PAS yang bakal diadakan di Perak Ogos depan akan menjadi medan mengamuk penyokong.

Baca Lanjut...


c. Abdullah memancing, hati-hati

Pengumuman sebelah pihak oleh Abdullah tentunya ada motif tersirat. Jujurkah Abdullah bila beliau umumkan pemimpin 'decision-makers' PAS telah tiga kali menemui beliau? Atau beliau sedang memainkan PAS dengan satu strategi politik dengan umpan yang enak? Sekurang-kurang, dalam keadaan terlalu terdesak, beliau boleh mencapai matlamat politik jangka pendek;

a. Mengukuhkan kedudukan beliau dalam UMNO di tengah pergolakan dalaman yang tidak menentu.
b. Menabur benih perpecahan di dalam PAS yang mungkin mara mengambil alih tempat UMNO pada masa depan.
c. Menghilangkan keyakinan dalam Pakatan Rakyat dan menghalang Agenda Post Pilhanraya 2008.
d. Menjarakkan semula PAS dari sokongan masyarakat bukan Melayu, mungkin 40 tahun kebelakang semula.

Baca Lanjut...

Muzakarah ke, perbincangan ke... kalau betul bergabung balik dengan UMNO (Baca PAS masuk UMNO/Barisan balik) dengan menggunakan alasan perpaduan Melayu dan kepentingan masa depan umat Islam baik cakap awal awal "Kita lawan UMNO/BN ni bukan nak bagi mereka kalah cuma nak bagi depa datang berunding je dengan kita" senang takyah bersusah payah di peringkat bawah/akar umbi sampai ada yang pecah keluarga dengan UMNO, pulau masjid yang dibuat oleh Kerajaan UMNO bla bla bla..



Petikan Ucapan Timb Presiden: "Kalau Bincang nak masuk BN, bincang nak masuk UMNO, sayalah orang yang pertama akan menentang, tak timbul isu nak masuk UMNO"



7/16/2008 8:36 AM by nuun 0 comments



1. Jawatan Kosong - Tok Mudin boleh isi kalau nak, tapi Tok Mudin pendokong tegar PAS... Tapi rasanya mana ada orang nak mengaku dia kalah...

Mengenai prestasinya malam tadi, beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan untuk menilainya, termasuk sama ada beliau dikekalkan di dalam Kabinet.

Sebelum ini Ahmad Shabery menyatakan kesediaannya digugurkan daripada jawatan Kabinet sekiranya gagal mempertahankan dasar kerajaan dalam perdebatan dengan Anwar mengenai isu kenaikan harga minyak.

Sebagai Menteri Penerangan, beliau berkata menjadi tanggungjawabnya untuk menerangkan dan mempertahankan dasar kerajaan sebaik mungkin kepada rakyat, termasuk bersedia bertanggungjawab sekiranya debat itu gagal mempertahankan dasar kerajaan.


Erm...Tak tahulah kalau Serangan Peribadi tu Dasar Kerajaan tapi tu pun gagal bila DASC serang DSAI pasal IPP.


2. Kalau tanya saya lawan DSAI patutnya TDM(Che Det).Kedua duanya banyak membaca dan merujuk. Pusingan dulu (1998) DSAI "tak menang" dengan TDM sebab biasalah bak kata TDM sendiri antara no 1 dan no 2 no 2 tak boleh pecat no 1 jadik no 1 pecat no 2 dan no 2 hanya boleh minta no 1 letak jawatan. Tambahan pula TDM masa tu ada 3M Money, Machinery dan Media.

3. Pengalaman nyata membantu DSAI selain dari kekuatan dan kemampuan mendatangkan fakta dan sumber rujukan. Selepas semalam ini kali kedua Menteri UMNO "dimalukan" secara langsung oleh BA/Pakatan. Kali Pertama sewaktu debat antara Menteri yang suka kata orang lain BODOH dan Ketua Pemuda PAS.

4. Kredit wajar diberi kepada DASC atas kesanggupan beliau untuk hadir dan tidak menghantar wakil pada saat saat akhir. Ataupun dengan Pemimpin UMNO lain yang hanya berani bagi komen lepas Debat sahaja

"Kebenaran yang harus diangkat dalam perdebatan ini, bukan soal siapa yang lebih petah bercakap. Yang penting fakta.Kalau petah bercakap, tetapi fakta diputar belit itu tak guna. Kita nak kebenaran walau tak se petah orang lain, itu yang penting. Kebenaran dan realiti, itu yang mesti difahami rakyat," katanya.

kjp







"It is clear that Anwar cannot implement the PKR election manifesto to reduce the oil price and today, it was exposed and proven that he was merely talking rubbish," he said.


Ataupun kalau nak dibandingkan dengan orang yang memberi komen di bawah

"Anwar mengambil pendekatan mencuri hati penonton menerusi retorik yang menyentuh emosi penonton tetapi kurang meyakinkan dari segi mengemukakan kaedah sedangkan Ahmad Shabery lebih banyak mengemukakan fakta-fakta kukuh dan munasabah," komen seorang penonton yang enggan namanya disebut.

DASC berkali kali jauh lebih baik. Paling kurang tak baling batu sembunyi tangan.

5. Makin glamerlah Kementerian Penerangan selepas ni dulu Masa Tun Khalil Yaakub jadi menteri isu Allah Samseng, kemudian masa isu barua video klip memali, Masa Zam isu erection every five years., we are very democratic you know what!!! dan semalamlah...

6. Dalam banyak banyak hujah DASC yang saya takleh terima dan susah nak maaf bila DASC berkata kat Malaysia pun walaupun susah tapi rakyat cukup makan.

Kenyataan BODOH!!! cakap macam beliau jadi menteri cukup sekadar jaga makan anak bini jer.. kalau anak bini cukup makan maka rakyat pun cukuplah.. yang pernah makan siput babi tuh rakyat negara mana? yang rakyat pernah tanya pemimpin nak cari makan boleh ke melacur tu rakyat mana? Patutlah berbuih mulut nak menjawab semalam rupanya nak mohong lagik cukuplah....

7/08/2008 12:35 PM by nuun 0 comments
Pas ni kita tengok mufti dengan mufti lak...


Mufti Perlis jawab isu kemuka empat orang saksi kes liwat
Posted on Jul 07, 2008 under Isu Semasa, Berita |

Oleh ZIEMAN

PETALING JAYA: Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin jelas bercanggah pendapat dengan Mufti Perak, Dato Harussani Zakaria dalam kes orang yang menuduh dirinya diliwat mesti mengemukakan empat orang saksi dan jika gagal boleh disebat 80 kali.

“Mereka ini keliru antara seseorang yang mendakwa orang lain melakukan zina dengan orang yang mendakwa dirinya dirogol dan diliwat,” kata Dr Asri.

“Jika disamakan kaedah ini bererti mangsa-mangsa rogol dan liwat kena datangkan empat orang saksi dan kalau gagal berbuat demikian, mereka akan disebat 80 kali. Inikah Islam yang mereka faham?

“Kesalahan memahami hukum beginilah yang akan mengelirukan umat Islam? Jika ini yang ditonjolkan pada masyarakat, maka orang akan anggap Islam itu zalim,” katanya lagi.

Baru-baru ini, Dr. Asri meminta kedua-dua individu yang dikaitkan dalam kes liwat iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan supaya ‘bermubahalah’ atau bersumpah.

Beliau berkata isu liwat itu kini sudah menjadi semakin rumit dan rakyat pula menjadi keliru.

Katanya, Anwar dan Mohd Saiful hendaklah bersumpah laknat iaitu dengan melafazkan sumpah: “Jika dia tidak melakukan kepada saya, laknat Allah kepada saya, jika saya melakukannya, laknat Allah kepada saya.”

Cadangan Dr Asri tidak dipersetujui oleh Dr Harussani yang berpendapat Ketua Umum Pakatan Rakyat itu tidak perlu bersumpah atau bermubahalah.

Ini kerana, menurut Dr Harussani, isu liwat itu terletak dalam bab jenayah (kazaf) dan orang yang menuduh (Saiful) mesti membawa saksi sebagaimana yang disyaratkan dalam kanun jenayah syariah, jika dia gagal, dia boleh dikenakan hukuman 80 sebatan.

Dr Asri pula berkata, “Sebenarnya seseorang yang mendakwa dirogol atau diliwat boleh menguatkan kes dan tidak semestinya mengemukakan empat orang saksi saja. Pendakwa boleh mengemukakan qarinah (bukti atau apa saja yang berkaitan) untuk membantu siasatan,” jelasnya.

Dr Asri bertanya, adakah mungkin selepas ini pihak-pihak berkenaan akan mencadangkan supaya wanita-wanita yang membuat aduan menjadi mangsa rogol datuk, bapa, atau orang lain kena membawa empat orang saksi dan disabit 80 sebatan rotan.

“Dapatkah dicari empat orang saksi beriman? Di mana pula di dunia ini ada orang yang dirogol disaksikan empat orang saksi beriman dan saksi-saksi itu pula akan hanya melihat saja tanpa melarang perbuatan itu?,” tanyanya lagi.

Cadangan bermubahalah yang pernah disuarakan oleh Dr Asri tempoh hari jelas mengundang pelbagai reaksi dari ulamak dan ahli politik.

Dr Harussani tegas berkata yang Anwar Ibrahim tidak perlu bersumpah kerana katanya ia tidak menepati undang-undang Islam.

Kata beliau lagi, kes isu liwat yang membabitkan Anwar adalah perkara yang menjatuhkan maruah dan tidak timbul soal perlunya orang yang mendakwa atau tertuduh untuk bersumpah.

Kata Dr Asri, selepas bermubahalah (bersumpah) tidak bermakna orang itu tidak akan dihadap ke mahkamah.

“Mubahalah lain, prosedur mahkamah lain. Mubahalah timbul akibat ada pihak yang tak percaya pada sistem kehakiman, percaya ada komplot, bila masyarakat tidak mempercayai satu sama lain, bila saksi dianggap palsu, mahkamah pula tidak boleh dipercayai.

“Daripada terus berbalah antara satu sama lain dan membiarkan keadaan berterusan dan tuduh menuduh, elok didatangkan bermubahalah. Satu jalan penyelesaian untuk tidak terus berbalah,” kata Dr Asri.

Ketika diminta mengulas kenyataan Dr Harussani yang mengatakan cadangan bermubahalah itu datangnya orang yang terlebih pandai, Dr Asri hanya berkata, “hasad itu tidak baik.”

Anwar Tidak Perlu Bersumpah - Mufti Perak

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Hrkh) - Ulama terkemuka di Malaysia seperti Mufti Perak, Dato’ Seri Harussani Zakaria, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Hashim Yahaya dan beberapa yang lain menegaskan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak perlu bersumpah.

Dato’ Seri Harussani membuat penegasan itu berkata, Anwar yang dihadapkan pertuduhan melakukan liwat, tidak perlu bersumpah atau bermubahalah kerana ianya tidak menepati undang-undang Islam.

Ini kerana katanya, tuduhan yang dikenakan ke atas beliau oleh bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah dakwaan jenayah yang termasuk dalam hukum kazaf.

“Kaedahnya dalam kes ini, ialah ‘orang yang menuduh mestilah mengemukakan bukti’ dalam mahkamah, jika dia gagal mengemukakan bukti, dia boleh dikenakan hukuman hudud,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Mengulas mengenai cadangan beberapa pihak termasuk Mufti Perlis yang menggesa Ketua Umum KeADILan itu bersumpah untuk membuktikan beliau benar atau pun tidak, Harussani secara sinis mengatakan, “itu cadangan dari orang yang terlebih pandai.”

Katanya, masalahnya dalam kes membabitkan Anwar adalah perkara yang menjatuhkan maruah dan tidak timbul soal perlunya orang yang mendakwa atau tertuduh untuk bersumpah.

Mufti Perak itu turut memberi peringatan kepada umat Islam, khususnya orang-orang Melayu supaya tidak terikut-ikut dengan budaya agama lain yang bersumpah dengan kitab dan sebagainya.

“Tiada kaedah langsung kena sumpah dengan al-Quran, itu meniru budaya agama lain, sumpah yang ada dalam Islam cuma ‘Wallahi, Wabillahi, Watallahi’,” tegasnya.

Menyuarakan pandangan yang sama, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Hashim Yahaya berkata, kes yang dituduh kes atas Anwar adalah yang membabitkan hukum kazaf, bukannya li’an.

“Sumpah hanya diterima dalam kes suami isteri atau li’an. Menyuruh tertuduh bersumpah dalam kes membabitkan kazaf menyalahi hukum syarak,” tegasnya ketika dihubungi.

Menurut beliau, masyarakat Islam tidak harus dikelirukan dengan gesaan bersumpah, kerana sumpah bukannya sesuai dalam semua perkara.

“Isunya tidak ada sumpah dalam bab kazaf, orang yang menuduh (Saiful) mesti membawa saksi sebagaimana yang disyaratkan dalam kanun jenayah syariah, jika dia gagal, dia boleh dikenakan hukuman 80 sebatan,” tegas beliau.

Mohd Rashidi Hassan

7/07/2008 10:07 AM by nuun 0 comments

Pernah tengok tak kalau ada orang yang merungut " iskk sikit lagi nak dapat" ataupun " Dua jer lagi boleh memerintah..." macam mana gaya mereka bila kata macam tu. Dakpun mungkin anda sendiri pun pernah rasa macam mana "miss" satu atau dua jer nak dapatkan sesuatu yang kita nak.

Kalau nak tengok macam mana gaya orang yang "hilang kuasa" terkejut mungkin boleh tengok di bawah kot..

Apa yang heboh sangat dalam tu...

Antaranya seperti berikut:

Bahagian Pertama


Kekalutan Dewan mengenai kenyataaan berikut:

Updates:
Hamidah says ’sorry’ for racial slur

Kalau ikut BN awal awalnya tak nak tarik perkataan di atas dengan alasan DBP kena tarik dulu (tak pasti ada ke tidak dalam istilah DBP)

Tapi kesimpulannya mungkin boleh dikatakan

a. Kesian juga kat Speaker yang asyik nampak terkehel lidah nak tenangkan kehangatan dan "terjahan" dari wakil wakil pembangkang yang rata riti "otai/perasan otai" dalam sidang tersebut. Maklumlah ada yang pernah jadi MB, Menteri Pusat, Exco negeri , Presiden tu Presiden ni dibandingkan dengan pimpinan Pakatan yang rata riti first timer termasuk MB sendirik.

b. Tak sangka Ketua Pembangkang dari Pengkalan Hulu boleh tahan juga .Ingatkan beliau "soft heart" bila diingatkan berita ni: Tajol Rosli kunci pintu dan menangis dan ini: Tajol menangis kerana Lenggong tapi bila tengok aksi beliau rupanya "sama naik" dengan Kubu Gajah dan Pangkor

c.Kubu Gajah asyik point of order .Mungkin nak tunjuk beliau otai kut. Siap suruh speaker berenti. Agaknya kalau Speaker Dewan Rakyat duduk Dun Perak lagi awal beliau berenti kot. Nasib baik beliau jadi Speaker Dewan Rakyat

Tak syiok lak cerita jom tengok,,




Bahagian Kedua

a. Ada peristiwa Titi Serong di provoke oleh Pangkor..
b. Pangkor siap boleh bagi warning pada speaker dewan - jangan masuk campur
c. Yang menarik bila bahas isu anugerah tanah kepada UMNO boleh ada wakil rakyat UMNO justify tanah tanah di anugerah kepada umno tak sepadan dengan pengorbanan kaum ibu UMNO dulu yang gadai gelang untuk kemerdekaan dulu. Tanah yang diberikan kepada mereka itu belumpun sampai nilai satu gelang yang disumbangkan oleh ibu umno dulu. Tidak ada salahnya menerima harta tersebut.

Ceh cakap macam UMNO jer berjuang separuh mampos nak merdeka dulu...





Credit to www.kelantan.tv



Tengah tengah dengar dapat pula sms seperti berikut:(Tak pasti betul ke idak mungkin boleh minta pengesahan dari Ust Ahmad Awang)

Aslmkm.pmntaan dr psrh jaya pas perak kpd slrh ahli pas utk bt slt hjt klu boleh stiap hr mhn pd ALLAH utk mpthnkn krjn pktn rkyt perak dan neg2 lain krn umno smkn mnjd2 utk mrnthkn krjn pktn rkyt sbrkn


7/04/2008 9:44 AM by nuun 0 comments
Entry One:

Antara 2 Kesah



Kesah 1:

Malaysia's de facto opposition leader Anwar Ibrahim smiles as ...
Reuters

Liwat : Anwar nafi

29/06/2008 11:44am
KUALA LUMPUR 29 Jun – Datuk Seri Anwar Ibrahim awal pagi ini menafikan laporan polis mengenai dakwaan meliwat seorang pembantunya.

Beliau menyifatkan dakwaan itu ``hanya rekaan semata-mata''.

Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan dakwaan itu bertujuan menyekat kebangkitan karier politiknya selepas pakatan pembangkang mencapai kemenangan besar pada pilihan raya umum Mac lalu.

- Utusan.

Komen PM:''Soal apa yang Datuk Seri Anwar kata (nafikan), itu bukan sesuatu yang boleh kita tentukan... dia tentulah buat penafian kerana lazimnya begitulah, orang yang dituduh akan buat penafian,"



Kesah 2:
Pembohongan dahsyat Tuduhan Balasubramaniam usaha Anwar alih perhatian umum – Najib



KUALA LUMPUR 3 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan akuan bersumpah penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam yang mengaitkannya dengan Altantuya Shaariibuu dan menyifatkan dakwaan itu sebagai satu pembohongan yang amat dahsyat.


Komen PM: “Orang pandai buat cerita macam-macam hingga orang jadi kelam-kabut, tabur fitnah itu, tabur fitnah ini,”


Takper yang penting baik DSAI ke atau DSN kata perkara yang dihadapi sekarang tidak mengganggu mereka


DSN kata:

‘‘Saya amat relaks. Macam yang boleh awak tengok, saya boleh senyum. Saya tidak risau kerana kebenaran akan terbukti.‘‘Saya percaya dengan sistem yang ada dan saya tidak melakukan apa-apa kesalahan, jadi kenapa nak bimbang. Hidup perlu diteruskan seperti biasa dan pada saya, urusan seperti biasa,”


DSAI pulak kata:

"Saudara jangan fikir saya rungsing dengan apa yang berlaku, tidak... saya tidak sedikitpun rungsing dengan apa yang berlaku,"

DSN sambung lagik pasal kes yang dikaitkan beliau:

‘‘Kenapa saya perlu disiasat? Bagi saya satu sebab? Polis telah menyiasat sepenuhnya kes Altantuya, jadi mereka tahu semuanya,”

DSAI pulak kata tentang kes yang dikaitkan dengan beliau:

"Saya telah pun menghantar tiga surat yang ditulis oleh peguam mengatakan bahawa saya bersedia untuk memberi kerjasama di atas segala laporan yang telah dikeluarkan.
Tapi semua tidak mendapat kerjasama dari pihak berkuasa dan tidak dijawab oleh mereka.Saya berharap agar perkara yang berlaku pada tahun 1998 tidak akan berlaku lagi. Dahulu mereka menyerbu dan menangkap saya dan memalsukan bukti-bukti yang ada,"



Komen:

Hmm kalau apa yang berlaku sehari dua ni betul betul dimanipulasi oleh hanya DSN dan DSAI penat kita lepas ni, jangan terkejut lepas ni keluar pulak tuduhan DSAI liwat ayam, lembu, itik kerbau semua pastuh keluar pulak tuduhan DSN yang ikat C4 kat Altantuyaaa

Geng geng yang takut DSAAB jatuh mesti tengah duk gelak tengok..setel problem... dua dua baik anwar ka najib ka tak concentrate nak jatuhkan Pak Lah sebab masing masing duk sebuk dengan kes masing masing

Ya Allah Selamatkan Malaysia


Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
  • Subscribe RSS

  • Contributors

    • Www.nuun.blogspot.com
    • nuun

    Followers

    Blog Archive

    • ►  2019 (2)
      • ►  August (2)
    • ►  2015 (1)
      • ►  February (1)
    • ►  2014 (2)
      • ►  November (2)
    • ►  2013 (3)
      • ►  November (1)
      • ►  April (1)
      • ►  March (1)
    • ►  2012 (8)
      • ►  September (1)
      • ►  July (1)
      • ►  March (5)
      • ►  January (1)
    • ►  2011 (23)
      • ►  December (2)
      • ►  November (4)
      • ►  October (3)
      • ►  July (1)
      • ►  May (1)
      • ►  April (1)
      • ►  March (2)
      • ►  February (4)
      • ►  January (5)
    • ►  2010 (76)
      • ►  December (2)
      • ►  November (10)
      • ►  October (6)
      • ►  September (10)
      • ►  August (7)
      • ►  July (4)
      • ►  June (3)
      • ►  May (6)
      • ►  April (7)
      • ►  March (10)
      • ►  February (7)
      • ►  January (4)
    • ►  2009 (76)
      • ►  November (7)
      • ►  October (4)
      • ►  September (10)
      • ►  August (8)
      • ►  July (5)
      • ►  June (9)
      • ►  May (2)
      • ►  April (7)
      • ►  March (4)
      • ►  February (10)
      • ►  January (10)
    • ▼  2008 (87)
      • ►  December (3)
      • ►  November (2)
      • ►  October (7)
      • ►  September (4)
      • ►  August (7)
      • ▼  July (9)
        • Entry One:Intipati ucapan Timbalan Presiden di Ba...
        • Hospital: It wasn't a sodomy examination ...
        • Entry One:Sah, tiada Liwat — Laporan perubatan ...
        • 1. Hari ni saya nak cerita apa yang dilaporkan dal...
        • 1. Muzakarah bermula * PM 3 kali bertemu pemimpin ...
        • 1. Jawatan Kosong - Tok Mudin boleh isi kalau nak,...
        • Pas ni kita tengok mufti dengan mufti lak...Mufti ...
        • Pernah tengok tak kalau ada orang yang merungut " ...
        • Entry One:Antara 2 KesahKesah 1: ...
      • ►  June (13)
      • ►  May (13)
      • ►  April (7)
      • ►  March (6)
      • ►  February (11)
      • ►  January (5)
    • ►  2007 (46)
      • ►  December (5)
      • ►  November (6)
      • ►  October (4)
      • ►  September (6)
      • ►  August (6)
      • ►  July (2)
      • ►  June (2)
      • ►  May (3)
      • ►  April (4)
      • ►  March (2)
      • ►  February (2)
      • ►  January (4)
    • ►  2006 (62)
      • ►  December (3)
      • ►  November (4)
      • ►  October (3)
      • ►  September (2)
      • ►  August (4)
      • ►  July (7)
      • ►  June (5)
      • ►  May (8)
      • ►  April (5)
      • ►  March (6)
      • ►  February (6)
      • ►  January (9)
    • ►  2005 (88)
      • ►  December (11)
      • ►  November (3)
      • ►  October (13)
      • ►  September (8)
      • ►  August (7)
      • ►  July (11)
      • ►  June (11)
      • ►  May (9)
      • ►  April (6)
      • ►  March (8)
      • ►  February (1)
    • ►  2004 (92)
      • ►  December (4)
      • ►  November (2)
      • ►  October (14)
      • ►  September (15)
      • ►  August (3)
      • ►  July (7)
      • ►  June (6)
      • ►  May (10)
      • ►  April (13)
      • ►  March (10)
      • ►  February (8)

Designed by Wordpress Themes. Converted into Blogger Templates by Theme Craft