Tilka HuduuduLlah...

1. Dapatkah Hukuman Kasi Perogol, Wanita dimestikan memakai Cawat Besi, Gantung sampai mati, Sebatan, Penjara, Denda menyelesaikan kejadian di bawah?

2. "Kalau saya berdosa, saya berdosa dengan Tuhan bukan dengan orang JAWI" bagaimana kalau ini terjadi kepada orang yang berkata demikian apa tindakan ibu bapa mereka ?

3. "Jika hudud terlaksana orang Islam ramai kudung tangan kerana mencuri dan akan habislah batu di jalan raya digunakan merejam" betul ke?

Kronologi kes rogol dan bunuh membabitkan wanita dan kanak-kanak

13 MEI 1996 -
Seorang wanita, K. Mariadhyee, 40, dirogol bergilir-gilir oleh empat lelaki dan kemudian dibunuh dengan dijerut tuala, di Ladang Kilang Lama, Kilometer 6.4, Jalan Kuala Ketil, Sungai Petani, Kedah.

14 FEBRUARI 1997 -

Seorang wanita Indonesia dibunuh selepas dirogol, dipercayai lebih daripada seorang lelaki di Jalan Merak 9, Puchong Jaya, Petaling Jaya.

30 OGOS 1997 -

Nor Shawani Dahlan, 7 tahun, dirogol kemudian dibunuh di Kampung Kumpulan A, Hulu Melaka, Langkawi, Kedah.

18 MEI 1999 -

Audrey Melissa Bathinathan, 17, dirogol kemudian dicekik sehingga mati dan kemudian mayatnya dicampak di kawasan semak di pencawang elektrik, Jalan Cenderasari berdekatan Masjid Negara, Kuala Lumpur.

1 MEI 2000 -

Seorang wanita ditemui dirogol dan dibunuh sebelum mayatnya dibakar di tapak kawasan industri, Kampung Mak Lagam, Kemaman, Terengganu.

17 OKTOBER 2000 -

Jurutera Komputer, Noor Suzaily Mukhtar, 24, diperkosa di atas bas dan kemudian dicekik sehingga mati sebelum mayatnya dibuang di tapak pembinaan di Pandamaran, Klang oleh pemandu bas ekspres, Hanafi Mat Hassan.

22 OKTOBER 2000 -

Norshuhada Burak, 6 tahun, dibunuh selepas di perkosa oleh jirannya di Selayang Baru.

14 FEBRUARI 2001 -

Farrah Deeba, 17 tahun, dibunuh selepas dirogol dan mayatnya dicampak ke dalam longkang besar di Kampung Tersusun Batu Dua, Tapah, Perak.

3 JULAI 2001 -

Nurul Hanis Kamil, 16 tahun, dibunuh setelah dirogol dan kemudian pada bajunya ditulis namanya dengan darah di Kampung Tersusun Batu Dua, Tapah, Perak.

1 APRIL 2002 -

Nur Syakila Ramli Abdullah Choo dibunuh selepas dirogol dan mayatnya dicampak ke dalam longkang berhampiran kediamannya di Taman Tasik Permai, Ampang.

26 JUN 2002 - Janda anak lima, Asiah Endek, dirogol dan kemudian dibunuh di sebuah kebun kelapa di Kampung Batu 9, Kapar.

14 JUN 2003 -

Penganalisis Teknologi Maklumat, Canny Ong Lay Kian, 29 tahun, ditemui mati dibunuh selepas dirogol. Sebelum itu beliau telah diculik di sebuah pasar raya di Bangsar.

5 DISEMBER 2003 -

Peragawati sambilan, Noritta Samsuddin, 22 tahun, ditemui mati dibunuh selepas dirogol di sebuah kondominium di Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

8 JANUARI 2004 -

Haserawati Saridi, 10 tahun, ditemui mati dipercayai dibunuh selepas dirogol di kawasan semak semasa dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Ratau, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah.

17 JANUARI 2004 -

Nurul Huda Ghani, 10 tahun, dibunuh selepas dirogol bergilir-gilir oleh tiga lelaki di pondok kawalan pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad, Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor.

Bak kata PM kita " Apa nak jadi dengan Malaysia ni" Au Kama Qaal...


Source : Utusan Malaysia

Ahmad story

I believe and want to be believed that in TM especially in Group IT Division we have the longest name relation between the management and the subordinate.

WHY?

My name is (u knowla) as an executive in ITSSO reporting to Manager ITSSO.
His name is Ahmad Jefiruddin as manager in ITSSO reporting to AGM ITSSO.
His name is Ahmad Marzuki as AGM in ITSSO reporting to GM ITSSO.
His name is Ahmad Rosdi as GM in ITSSO reporting to GCIO.
His name is Ahmad Azhar as Group Chief Information Officer Telekom Malaysia.

Any challenger? hehe

p/s:This writing does not carry any intention of proposing somebody with his first name also Ahmad from ZICO to sit on Dato AWO chair in order to complete the list.

Friday's thought - Part 2

Ada kalanya Allah mahukan maqam seseorang itu terletak di satu tahap tertentu yang lebih tinggi tetapi hamba berkenaan tidak berupaya mencapainya, kerana amalannya dan lain-lain keadaan yang menyekat.

Namun Allah yang Maha Penyayang, mahukan hamba-Nya itu berada di tahap yang lebih tinggi di sisi-Nya. Kerana itu, untuk mencapai tahap atau maqam berkenaan, Allah menurunkan dugaan kepada hamba berkenaan seperti mengenakan penyakit atau kematian orang yang dikasihi. Dalam masa yang sama, Allah memberi kesabaran dan ketabahan lalu hamba berkenaan berupaya berhadapan dengan dugaan Allah, yang akhirnya Allah meletakkan hamba tadi pada maqam yang lebih tinggi daripada kedudukan yang sedia ada.

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=0313&pub=utusan_malaysia&sec=bicara%5Fagama&pg=ba_03.htm&arc=hive

Friday's thought

--Entry One--

Kegelisahan di dalam kedinginan
Meniti sepi keseorangan
Sebuah kematian yang tiada bernisan
Sendu mengiringi perpisahan

Ruang nan luas diri bergerak bebas
Namun keupayaanku terbatas
Segala mimpi menjadi api
Perit membakar diri

Sebuah cinta dan harapan
Menjadi debu berterbangan

Tersekat nafasku kabur pandangan mataku
Amat tersiksa diriku
Kerana kehilanganmu

Mengapakah terus mengharap menanti
Walau cukup kusedari
Kau takkan kembali

Pemergianmu mengisi permintaan
Biarpun dikau masih kuperlukan
Kita dikata pasangan bahagia
Kini terasing luka

--Entry Two--

Biar berlinangan airmata
Ku takkan hentikannya
Biarkan ia menyembuh luka
Hilanglah rasa duka

Tidak ku termampu merentasi liku-liku
Oh tidak ku mampu menghadapi semua itu
Oh sungguh ku tak upaya

Jangan dibiarkan jerih perih kehidupan
Bisa meleraikan iman kan hancur semuanya
Walau menitis airmata darah
Tak bisa merubah segalanya
Melainkan taubat nasuha moga kan diterima

Namun ku percaya
Masih ada kesudahannya
Kerana allah itu
Maha kaya maha mendengar
Rintihan hamba-hambanya

Kerana sesiapa bertaqwa kepadanya
Pasti akan ada jalan keluarnya
Rezeki yang tidak disangka-sangka
Cukup Allah baginya Berkuasa segala-galanya
Terima seadanya

--Entry Three--

Seringkali kita memang tidak pernah terlupa menghitung
sedikit kekurangan/kesusahan/kesempitan yang kita alami
Seringkali juga kita selalu terlupa merenung
kelebihan/kesenangan/kelapangan yang masih banyak kita miliki

FEMALE IMAM?

FEMALE IMAM? Comments? Actions?Hellooooo OOOOOOOOO I Seeee

Have you ever heard about Dr. Amina Wadud? If you still remember, Dr. Amina Wadud is the who had created controversy at the Islam and Aids International Conference held in Kuala Lumpur in May 2003. Her paper: "Vulnerabilities: HIV and AIDS" was excluded from the conference due to its irrelevancy and contradiction with Islamic principles. Another fact about her is that she was one of the helped founder of one NGO in Malaysia namely Sisters In Islam. For me personally, both of these parties are trying to influence Muslim opinion while disregarding the fundamental elements of religious practices.



Astaghfirullah al-azim.. Now, she (Dr. Amina Wadud) comes up with another controversial issue. She 'sial'ly (I'm not so sure the exact English word for Malay word of 'sial') want to be the first woman to lead a public, mixed-gender Friday prayer and also deliver the Friday sermon. Is there any new fatwa that 'halalizing' this stupidity? Bear in mind, this is one of the agendas of 'Islam Liberal' movement - the current issue discussed in our country. So, my their respected brothers and sisters in Islam, let us beware of all these nonsense and be steadfast with the true religion of Islam! Knowledge ('ilm) is the most powerful shield from all these deviations. Remember.. Badaa Islamu ghariban, fasaya'udu ghariban kama badaa, fatuba lil ghuraba'..



The First Muslim Woman on Record to Lead Mixed-Gender Prayer


Who: Dr. Amina Wadud will lead Jumah/Muslim Friday Prayer
When: Friday, March 18, 2005, 1-3pm
Where: Sundaram Tagore Gallery 137 Greene Street New York, New York 10012

Event Description:
On Friday, March 18, 2005, Dr. Amina Wadud, professor of Islamic studies at Virginia Commonwealth University, will be the first woman to lead a public, mixed-gender Friday prayer. She will also deliver the Friday sermon.



Read More: http://www.muslimwakeup.com/events/archives/2005/03/friday_prayer_l.php


Taken from:

http://muhtarsuhaili.tripod.com/

Adegan yang belum tentu anda mahu

Bismilah Walhamdulillah Wa'ala Rasuulillah...

--Entry One--

Update(Baca dgn mode memegang kepala)

Katakanlah pada suatu pagi setelah anda bangun dari tidur kemudian berjalan mengadap cermin seperti kebiasaan yang anda lakukan semenjak anda mengenali apa itu cermin dan apakah JTOR cermin dalam kehidupan anda,sedang anda berkhayal yang anda ini hensem ataupun lawa sambil menyikat rambut (apa punya ayat aaa) tiba tiba anda dapati adanya helaian helaian putih dicelah celah kehitaman rambut anda dan aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa aku sudah beruban????

Mengapakah rambut anda tiba tiba berubah menjadi putih?Rambut sebenarnya mempunyai warna asas putih. Pigmen berwarna yang terdapat pada folikel rambut menyebabkan rambut kita berwarna hitam atau perang semasa usia muda. Apabila usia seseorang individu itu meningkat (tua) , sel-sel pigmen tadi mati lalu menyebabkan warna rambut bertukar menjadi putih. Keseluruhan proses pemutihan rambut ini mengambil masa yang lama iaitu diantara 10 hingga 20 tahun.

Makna kata siapa yg rasa dah beruban tu maknanya dah veteren lah kerana uban ni jarang sekali ia berlaku dalam tempoh yang singkat.


Uban ni berkadar terus dgn umur ke?


"Tidak kelihatan uban di jenggotnya kecuali sedikit". HR Muslim.
"Rambut yang putih (uban) di kepala dan di janggut (Nabi Muhammad Shalallahu ?alaihi wassalam) tidak melebihi dua puluh helai". HR al-Bukhari.

Mafhumnya nabi yg wafat pd umur 63 pun sikit ubannya .


Nak bagi sikit boleh cabut ke uban ni?

1. Hadis yang lain, daripada ‘Amr bin Syu‘aib daripada ayahnya daripada neneknya berkata yang maksudnya :

Maksudnya: “Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Jangan kamu cabut uban. Tiada daripada seorang muslim beruban dengan satu uban di dalam Islam, berkata Musaddad (periwayat) daripada Sufyan: “Melainkan bagi uban itu cahaya di hari qiamat.” Sementara katanya (periwayat) dalam hadis Yahya: “Melainkan Allah menulis baginya dengan sehelai uban itu satu kebajikan dan menggugurkan daripadanya (orang itu) dengan sehelai uban itu satu kesalahan.”

(Hadis riwayat Abu Daud)


2. Jangan kamu mencabut uban, sesungguhnya ia menjadi cahaya bagi seseorang muslim di hari Kiamat" (Hadis Hasan, riwayat al-Turmudzi, Abu Dawud dan al-Nasai).

(maksud melarang di sini saya tak sempat check bebetul sama ada makruh ataupun lebih lagi)


Abis tu apa yang boleh dibuat kalau uban banyak sangat?


Mewarnai rambut yang beruban adalah sunat. Begitu juga dengan janggut yang beruban. Manakala warna yang dibenarkan ialah kekuningan atau kemerahan. Inilah pendapat yang disepakati oleh para ashab. (Al-Majmuk: 1/360-362 : kitab thaharah, bab as-siwak) Perkara sunat ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya:

Maksudnya: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Bahawasanya orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak mewarnai (rambut atau janggut mereka), kerana itu buatlah kelainan daripada mereka".

(Hadis riwayat Al-Bukhari)

Ini diperkuatkan lagi dengan peristiwa ketika Abu Quhafah (ayah kepada Sayidina Abu Bakar Radhiallahu ‘anhu) di bawa ke hadapan Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam pada hari pembukaan Mekkah yang mana ketika itu rambut dan janggutnya dipenuhi dengan uban, lalu Baginda bersabda:

Maksudnya: "Tukarkan (warna uban) itu dengan sesuatu dan jauhilah daripada (menggunakan) pewarna hitam".

(Hadis riwayat Muslim)

Kalau tak mahu cara diatas cara di bawah pun boleh tapi tak tahu berkesan ke tidak

Petua : Mengelak Rambut Dari Cepat Beruban.
Ambil segengam biji buah betik ( banyak pun tak apa) yang dah masak kamudian jemur ( keringkan ), kemudian goring dengan tidak mengunakan minyak sampai hangus, lepas tu tumbuk sampai betul-betul lumat, kemudian masak dengan semangkuk santan pekat sampai menjadi minyak, dan minyak inilah kita gunakan sebagai minyak rambut seharian, InsyaAllah menjadi.)


Habis dah.

Moral of the Story: Uban tetap akan datang no matter kita buat macam mana pun.
Remark: Sumber diambil dari pelbagai sumber terima kasih pada semua.Kalau ada salah dan silap tolong maklumkan...


--Entry two--

Semalam macam biasa usrah(lepas maghrib), back to normal discuss tajuk dalam teks menyentuh tentang pengambilan makanan halal, haram dan syubhah dalam duk discuss topic tu tertimbullah plak isu tentang beli barang barang buatan amerika dan israel,apa lagi hasilnya dekat pukul 9 baru sampai my turn(orang ke 11/15) untuk bercakap punyalah lama nak abihkan masing masing bercakap pengalaman dan pandangan mereka, anyway makin menarik sebab orang yang naqib selalu suruh dia bagi pandangan sebelum ni tapi dia tak nak sebab malu, inferior etc pun dah mula belajar bercakap bagi pandangan alhamdulillah ada peningkatan.

wassalam...

Four Entries of The Day

--Entry One--


Buat Apa tu? Posted by Hello

--Entry Two--

Hilang - what is meant by hilang?sesuatu kepunyaan kita atau dikaitkan dgn kita dahulunya kini tidak lg menjadi milik kita ataupun tidak lagi dikaitkan dgn kita sama ada diambil dari kita, diberi kepada pihak lain,tiba tiba tiada dlm pemilikan kita dan yg sewaktu dgnnya.

Contoh hilang yang biasa kita dengar ialah :
hilang barang, hilang masa(ni kadang kita sedar tapi most of the time tak),hilang orang, hilang nikmat( ni pun satu tak ramai sedar),hilang duit ( ni paling ramai cepat perasan) dan sebagainyalah

Apa keadaan kita kalau sesuatu tu hilang ek?
Kalau yg hilang itu perkara2 yg kita tidak suka cthnya hilangnya kesusahan atau kesedihan daripada kita,maka kita akan gembira & syukur .

Kalau yg hilang itu perkara2 yg kita tidak mahu ianya hilang @ masih perlukan . contohnya hilang barang or sesuatu yg kita sayang maka kita mungkin sedih .

TAPI
Kalau yang hilang itu bukannya milik kita?

Moral of the story:(ntah betul ke tidak :p)
kalau sesuatu yg dalam tangan kita pun boleh hilang dan kita boleh redha dengannya maka apalah sangat sesuatu yg belum lagi kita miliki dan ianya juga hilang fahasbunaLLah( Cukuplah Allah bagi kita)

--Entry Three--


Maaf Posted by Hello

Kalau ada sesiapa boleh bagitau ayat ni dalam surah mana nanti tolong update ek?

"Jika kamu ingin membalas maka balaslah seperti mana yang dikenakan kepada kamu, tetap sekiranya kamu memaafkan maka itulahyang lebih baik di sisi Allah"

Tak ingat dalam surah mana tapi ayat dia bermula " Wa in 'aaqabtum Fa'aaqibuu bimithli maa 'uuqibtum bih " sehingga akhir ayat.

--Entry Four--

Dah bagi empat cukuplah tu, hadamkan bebetul...

M.A.K.A.N

Assalamualaikum

Bismillah Walhamdulillah Wa'ala Rasuulillah...

Sorry for the long dissapear.. told u already my hands are both tied even there is possibility of my legs being tied also. :P

Malam Ahad lepas usrah kami ada membuat sedikit"bidaah" melencong dari kebiasaan membincangkan isi kandungan dalam teks usrah semata mata.( FYI teks usrah kami Waba sepanjang Jalan membincangkan waba atau penyakit penyakit hati dan luaran yang sering kena dekat kita)

Mlm tu kami minta ada sorang brother(dah level pakcik pun actually sebaya dengan ayah kalau dia masih hidup) to present about food and its comsumption in our daily life ,mcm jemput nutrician lah plak ke dalam usrah. Dalam pembentangan beliau banyak diceritakan dari segi tabiat permakanan orang orang melayu, kajian yang dilakukan oleh pakar permakanan, kelebihan makanan tertentu, apa yang boleh dimakan pada umur tertentu(guess what! at the age of 40 if we start to feel some problem in our health, its too risky to eat more than sebiji telur seminggu!!), Perbezaan air yang ada di sekeliling kita, mana yang bagus mana yang tidak sesuai untuk tubuh kita and of course mesti ada orang tanya about tongkat ali and he also explained it. Nak tahu details mana yang area bangi kena join lah usrah tu.

Almost everybody in the usrah that night gave their own views regarding and experiences of what they have practiced varies from exercise, diet, water therapy(remember all members laughed when one bro who tried to practice water therapy which need him to drink 3 litres before going to his working place and its ended up with he has to stop three times along the way from Bangi to Jln Tun Abd Razak to fulfill his urge!(nasib baik R&R bukan macam tempat kerja limau nipis:p)

We adjourned the night with everybody in the usrah agreed to have another same session once a month and next time will be a kursus on how to plant a tree with a proper way,berapa banyak tanah, baja nak kena campur(ni boleh apply masa abu amiir nak reno garden ni), nanti semua will bring their cangkuls ,anak pokok semua and for sure that session will be in the morninglah!!!

Wanna join us???

Jazakumullah

Assalamualaikum Wbt

Bismillah Walhamdulillah Wa'ala Rasuulillah...

--Entry One--

Terima Kasih atas pandangan dan response yang diberikan. 'ala kulli hal semuanya mengharapkan perkara yang baik dilakukan terhadap blog ini. Insya Allah blog ini akan terus dikemaskini (walaupun dengan cara dan bawaan yang pasti berbeza)untuk memenuhi tujuan Ummu Amiir dan juga untuk mengharapkan maksud kalam di bawah dipenuhi Insya Allah..

7 Pahala Yang Dapat Dinikmati Selepas Mati

Dari Anas r.a. berkata bahwa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf(buku/kitab?) ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yg menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yg memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya (blog/artikel?).

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya. Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)

2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.

3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

--Entry Two---

Membaca beberapa blog/tulisan nukilan sahabat sahabat Ummu Amiir dan juga khabar yang disampaikan oleh kenalan dan rakan kami terdengar ayat ayat yang membawa maksud

"Kenderaan yang dinaiki oleh arwah terbabas lalu melanggar divider"
"Mungkin arwah mengantuk lalu hilang kawalan"
"Kecuaian?"
"Kenderaan tersebut dipandu laju kerana mengejar masa?"

Apa pun selepas penelitian dibuat terhadap kenderaan tersebut dan juga maklumat yang diperolehi sendiri dari orang yang mula mula sekali membantu Ummu Amiir, kemalangan tersebut disebabkan oleh kerosakan teknikal pada kenderaan yang berlaku tepat sewaktu Ummu Amiir memandunya berseorangan bukannya sewaktu kami sekeluarga pada malam sebelum kejadian ataupun sewaktu adik Ummu Amiir pada pagi kejadian.Punca kemalangan adalah kerana tayar kenderaan yang dinaiki itu pecah, tiada pembahagi jalan yang dilanggar,tidak melibatkan kemalangan dengan kenderaan lain dan menurut saksi, kenderaan tersebut tidak dipandu laju.Keadaan jasad Ummu Amiir tidak seperti keadaan dan rupa kenderaan .Luka di bahagian kepala mungkin dijadikan sebab oleh Allah untuk memudahkan dan mempercepatkan Ummu Amiir kembali.Bagi yang berkesempatan menatap wajah Ummu Amiir sebelum disolatkan,moga moga ianya menggambarkan kesudahan yang baik.Moga moga juga kalau ada sebarang kesakitan yang dialami ianya dapat menghapus semua dosa dosa Ummu Amiir agar beliau kembali menemui Allah tanpa membawa sebarang dosa.

Harapnya selepas ini tidak timbul lagi cerita cerita yang membawa maksud seperti di atas. Yang pasti "Jemputan" datang sewaktu Ummu Amiir sedang dalam usaha untuk memudahkan perjalanan tetamu "Yang Menjemput" ke rumahNya.Harapnya ia penamat yang baik seperti yang selalu dipohon oleh beliau dan kita semua.Terima kasih kepada yang mula mula membantu selepas kemalangan termasuk mengajar dua kalimah syahadah kepada beliau, kepada pemilik kereta yang menumpangkan Ummu Amiir terus ke hospital (tidak diketahui mana yang ada maklumat boleh menghubungi kami), kepada yang menyelamatkan barang barang kepunyaan Ummu Amiir seperti laptop, beg tangan dan beg kerja( tidak diketahui walaupun menurut saksi pertama beliau tidak sempat menyelamatkan barang barang tersebut, kepada yang datang menziarahi dan mendoakan di hospital, rumah dan perkuburan, kepada yang terus mendoakan Ummu Amiir sehingga ke hari ini, terima kasih semuanya moga moga dibalasi Allah dengan pembalasan sama baik seperti itu atau lebih baik lagi.



--Entry Three--

Terima kasih kepada Caterer dalam bikinan yang sudi meluangkan waktu cuti kalian memasak di kediaman kami minggu lepas, next time boleh datang lagi (kalau FOC lah). Mungkin junior sifu boleh berkongsi resipi dan menu di blog beliau.

--Entry Four---

Bila blog ini akan diupdate lagi?
Harapnya dapat diupdate sekerap pemilik asalnya dulu lah. Apa pun sekarang, tangan masih lagi terikat dengan beberapa komitmen kerja yang salah satunya berkaitan dengan usaha untuk memudahkan kerja kumpulan yang "mengisi periuk nasi warga TM" menunaikan tanggungjawab mereka. Harap harap kalau yang diusahakan ini berjaya dan dilaksanakan ianya bukan setakat memudahkan kerja mereka tetapi juga menjadi amal kebaikan yang berterusan Insya Allah.

Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catatkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata.(Yaasin 12)

Wassalam..

Memoria

Ahah.. I don't care what you'll be thinking.. I'm in this certain political party or whatnot.. If this country is practising democracy... I'm one of the citizen who is only utilizing the freedom of speech and blogging.. lol..I know one person (read:fuadzani)who's going to go green eyes upon looking at Amiir's pict..

Amiir & AbuAmiir with TG Haji Hadi Awang Posted by Hello


No No... this is not Tn Guru as if he is waxed at Tussauds.. this is "the" TG during last Sunday..and Amiir is so busy trying to eat TG's flower...


Amiir with Dr. Mariah... Posted by Hello


x : Masa forum tu, teruk prof tu hentam Dr.
Dr. Mariah : Ana buat apa yg mampu saja malam tu.. we we're given 8 mins aje.. takde masa nak argue. kalau argue pun, takut cakap separuh jalan nanti audience bertambah konfius.Orang boleh judge.. empat lawan satu.. kita kena tenang aje.. jawab secara rasional..
x: Dia tak bagi soalan dulu ke?
Dr. mariah : Dia bagi satu list soalan, tak specific.. Ana banyak prepare berkenaan wanita ..
UmmuAmiir : Dr Mariah, anyway you did great that night.



entry two
_______


I'm fat!!! aaa I'm fat!!

Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak.

Sumber : Jalinan Keluarga
diubahsuai dari Kuliah Mingguan Surau An-Nur,
10 Jun 1998 oleh Ustaz Khalid Haji Mohd Isa

"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar." (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :
"Tahukah engkau siapakah orang yang mandul."
Berkata para sahabat :
"Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak."
Lalu Rasulullah SAW berkata :
"Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia."-(Maksud Al-Hadith )

Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.

1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa

1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
-Saidul (penghulu) Istighfar
-Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)
-Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38)
-Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
-Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128)
-Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74)
-Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti :
menakutkan anak-anak dengan sekolah menakutkan dengan tempat gelap menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif
mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).
membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual) ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :
Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

Wallahu'alam.
+++++++++

Entry two

You know how lucky one can be??.. always winning presents upon lucky draws and competitions..

I know this guy...who won himself free airplane tickets, a motorbike , a pc , tickets to Swiss Garden Pangkor, thumbdrive to name a few... and again, yesterday he won a subwoofer .. through a lucky draw contest.. lucky lass..

Me? am I in the lucky type??.. (trying to figure out what i won anything so far.. umph.. umphh.. )

nevertheless...I still consider myself lucky!! to be born and raised up as Muslim and ... of course lucky that I'm married to that lucky lass and got to enjoy his subwoofer!!..:P

Monday Blues.....

Dalam kesibukan melayan dhuyuf sempena open house semalam, sempat juga berehat dan menghayati program Forum Perdana anjuran RTM..UmmuAmiir tidak pernah betul betul menonton debat perdana seperti semalam.. selalunya jari UmmuAmiir akan sibuk mengalih ke siaran siaran lain sambil menunggu tayangan favourite smallville... UmmuAmiir terlepas menonon sewaktu Husam Musa menjadi ahli panel.. Abu Amiir kata masa tu best!! Abu Amiir memang peminat setia Husam.. Malam tadi giliran Dr. mariah . Awal lagi Ummu Amiir dapat circulated SMS, minta berdoa supaya beliau dapat menyampaikan amanah parti dalam debat tersebut.. Alhamdulillah... bagi Ummu Amiir.. dia telah berjaya menangkis dan dalam masa yang sama menerangkan mesej parti..

Berulang kali dalam debat tersebut.. Dr Mariah menerangkan bahawa kerajaan tidak mengamalkan demokrasi yg sebenarnya.. Pembangkang tidak dibenar bersuara di media.. bukti paling jelas malam itu... hampir kesemua hujah Dr. Mariah dipotong oleh pengerusi forum, yang UmmuAmiir kira agak bias.. Dr. Rajindran yg bertindak sebagai akedemik pula sangat emotional dan lebih UMNO dari orang UMNO..

Apa pun..kesimpulan dari debat semalam, Dr Mariah hebat! walaupun diserang oleh 4 speaker lelaki!


.....so very the malay....

on the open house note.... it was a success.. alhamdulillah.. UmmuAmiir kira.. kami dapat capai matlamat kami.. berkenalan dengan jiran jiran terdekat dan menguatkan sillah... peluang raya sebgini kami gunakan sebaiknya untuk kenal jiran depan rumah belakang..kiri kanan... dasyat ya masayarakat kota.. bayangkan.. hampir setahun kami tinggal di situ dan semalam merupakan kali pertama kami kenal jiran di depan rumah,belakang , kiri dan kanan... hmm hmm..salah sendiri!! selesai majlis.. ummuAmiir key-in semua nama nama jiran dalam organizer AbuAmiir... agar tak lupa!!

untuk semua yang datang..Jazakallah... terima kasih kerana membawa berkat ke rumah kami..:)










Baitul Futuh

Eh dah bersawang lah rumah kita Amiir... lama tak update.. I'm in the midst of closing a project that TMNet's BOD is watching closely... so my hands are really tied for blogging... o.k wont eloborate and whine .. Abuamiir tak bagi merungut pasal kerja...

Anyway better springclean rumah for the Raya Open House merangkap Housewarming (belated).... sahabat sahabat, jemputlah ke baitul futuh kami pada hari ahad ni.. di alamat... No 19 Jalan 3/22 Bandar Baru Bangi... dari pukul 4..:).





On the other hand.. i better search for the suitable menu in my dusty recipe book!.. any ideas????

I Know What Amiir Did Last Raya...

What a holiday..!!:)

Apart from having hot fever for three days.. followed by two days of measles...Amiir had good time being fully entertained..won't say much.. You're welcome to view the dossiers... here and here ...


Selamat Hari Raya Posted by Hello


Ucapan Selamat Hari Raya EidulFitr dari kami, Abu Amiir, Ummu Amiir dan Amiir Husaini kepada semua..:) maaf zahir batin, dan jemputlah ke rumah...

Ramadhan wishes....

Ramadhan is coming to the end... If Ramadhan ada MAPS, I think I deserve to get 1 or 0.5???... Cry


Along's EDD is the same as Aida.. 20th Nov.. but it seems that Aida's baby doesnt want to miss this Syawal .Aida gave birth to a baby boy this morning..she had hoped for a normal delivery.. and ramadhan is where most wishes come true..:)

true infact.. yesterday i was feeling down.. i got tonnes and tonnes of work to do.. and i just didnt know where to start, I have to deal with all these technical jargons.. IPVPN, IP Sec, router config.. bla bla..... i hope my boss still remembers that I'm an art degree holder.. not science..

anyway, I prayed.. and made my du'a so that everything goes on well and I wont panic and get over pressured today ...and. ting!!! hari ini sangat tenang, i was able to resolve banyak kerja.. I feel GOOD!!! RAMADHAN is GOOD!!!! erm.. i think I'll dua for twins.. *wink*


I better pay Aida a visit this time.. she has been babbling on and on because we didnt visit her during amni..

lots of stuff to settle before raya !!!! to all, just in case I wont be blogging sampai raya... Maaf Zahir Batin, Datang lah ke rumah kami, you'll be welcomed by AbuAmiir's garden!! yes!! he is into gardening now..:)




Five month Old Amiir

hello Posted by Hello


giggle Posted by Hello

majlis ilmu

I killed two birds with a stone... slot tarbiyatul aulad yg dibentang dalam usrah tadi bukan je untuk memanfaatkan ahli usrah, tapi mainly for me untuk tahu dan belajar cara untuk didik zuriat Ummu dan AbuAmiir ....antara pengisiannya dalam slot tarbiyatul aulad today adalah berkenaan dengan tanggungjawab pendidikan seks oleh ibubapa terhadap anak anak ..

Pendapat Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya tarbiyatul Aulad menggariskan .. pendidikan seks terhadap anak anak dibahagikan kepada tiga peringkat

pada usia 7-10 tahun (tamyiz) dimana si anak harus diberi petunjuk tentang adab-adab minta izin dan adab penglihatan

pada usia 10-14 tahun (murahaqah) yg mana masa ini anak harus dijauhkan dari segala rupa perkara yang boleh menimbulkan nafsu berahi seks.

pada usia 14-16 thn (baligh) yg mana anak harus diajar tentang adab adab perhubungan seks andaikata dia memang sudah bersedia dikahwinkan.

sesudah umur baligh (dewasa) harus diajarkan tentang adab memelihara diri andaikata belum menempuh alam perkahwinan.


demikian adalah ringkasan tentang perbahasannya :

(1) adab meminta izin ;
ada 3 waktu yang mana anak dari seusia tamyiz lagi harus di ajar untuk meminta izin sewaktu masuk ke bilik ibu bapa . Ini berdasarkan ayat Quran surah An-Nur 58-59

Pertama : waktu sebelum solat subuh - sebab ibubapa waktu tu masih sedang tidur
Kedua : waktu tengahari : sebab waktu ini mungkin ibubapa sedang menanggalkan pakaian dan duduk berehat dengan isteri.
Ketiga : waktu sesudah sembahyang isya' - sebab masa ini waktu istirehat dan tidur.

lepas anak ini masuk usia murahaqah wajib di ajarkan perkara tersebut pada anak-anak.

"dan apabila anak-anak kamu telah mencapai usia cukup umur maka hendaklah mereka meminta izin (untuk masuk kepada kamu) sebagaimana orang yang terdahulu tadi meminta izin ."
(An-Nur 59 )


hikmahnya; selain menjaga dari anak anak itu berkeinginan terhadap seks, perlu diingat juga bahawa anak-anak itu jujur, alangkah malunya kita kalau apa yang di lihat diceritakan kepada saudara mara dan sahabat handai.. :)

lain kali pulak huraikan pasal adab melihat.....syok ade usrah balik...;)

so macamana?.. any of you got comments on pendidikan seks yang dipropose oleh kementerian wanita in schools??

Qailulah

Qailulah

For many, qiyamullail is very familiar.. but what is qailulah?.. Qailulah adalah satu perkataan dari bahasa Arab untuk tidur diwaktu siang, afternoon nap dalam bahasa Inggeris atau siesta dalam bahasa Latin yang diamalkan di Sepanyol dan Mexico.

Dalam Islam, Qailulah lebih dikhususkan kepada tidur seketika sebelum masuk waktu zohor. Reason is supaya memudahkan umat untuk bangun berqiyamullail pada malam hari. UmmuAmiir did the reading on this lepas baca post Iena tentang mengantuk. Yatie's comment that waktu qailulah adalah selepas solat Zuhur hingga Asar selama beberapa minit saja iaitu antara 20 hingga 30 minit maybe was derived from certain sources.. mungkin yati boleh explain, but as far as I'm concern, waktu qailulah adalah sebelum zohor. Ini, UmmuAmiir sandarkan pada hadis dan huraian Imam Al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin dibawah..

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan qailulah (tudir sekejap) pada siang hari (sebelum Zohor) boleh memberi kekuatan untuk qiamullail - hadis dari Ibnu Abbas

Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor."
Jom kita kaji kelebihan di sebalik sunnah tidur qailulah yang disarankan Rasulullah ni.


Dalam kitab Mishkatul Masabih disebutkan: “Tidur sekejap pada waktu tengah hari (qailulah) bukanlah perbuatan keji kerana Rasulullah pernah melakukannya.”

Dalam sebuah riwayat, Imam Abu Hanifah selama 40 tahun tidak pernah tidur malam kerana malamnya dipenuhi dengan solat malam. Beliau tidur hanya sebentar pada waktu siang hari, iaitu qailulah.

Scientifically, Tengah hari adalah masa paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan manusia secara biologi bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai midafternoon quiescent phase atau a secondary sleep gate.

Orang barat, secara tak langsung telah bersetuju dengan apa yang islam sarankan ini. Antara mereka yang menggalakkan tidur seketika pada tengah hari ialah Dr William A Anthony, (PhD) dan Camille W. Anthony, pengarang buku The Art Of Napping At Work. David F Dinges and Roger J Broughton dalam bukunya, Sleeps and Alertness: Chronological, Behavioral and Medical

Aspects of Napping juga bersetuju dengan pendapat ini. Kajian itu menunjukkan mereka yang secara rutin tidur 30 minit pada waktu tengah hari mempunyai risiko menghidap sakit jantung 30 peratus lebih rendah berbanding mereka yang lain. –(quoted from Bharian-)

Orang Spain and Mexico naps because cuaca siang hari di sana terlalu panas.

Rujukan:

http://kmed.com/script/headline_newsmanager.php?id=14717&pagecontent=weirdnews
http://fauzynm.tripod.com/Nasihat/Nasihat126/nasihat126.html
http://www.islamset.com/psycho/nikhat.html
http://members.tripod.com/~DarulUlum/BH20.htm
http://www.islam-online.net/English/Science/2002/03/article8.shtml
Artikel "Ihya Ramadan: Manfaat tidur siang sekejap untuk beribadat malam" dari Endok Sempo Mohd Tahir dalam bharian



R e a d T h I s...


Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabipun terus mengeluarkan arahan:"Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur."(Bukhari-Muslim)


Suruhanjaya khas untuk mengkaji tentang masalah ketiduran di Amerika telah melapurkan bahawa masalah ini telah menjejaskan produktiviti dan menyebabkan kerugian $100 - $150 billion setahun. (Dr. Stanley Coren; Ibid) Saintis-saintis dari Universiti Chicago telah mendapati bahawa kekurangan tidur akan menyebabkan gangguan kepada proses pengeluaran hormon, melemahkan kemampuan badan untuk memanfaatkan kabohidrat di dalam badan, dan mengujudkan keadaan yang seakan penyakit kencing manis. (Rujukan: Tinker Ready (2000); 'Naps: The Art of Snoozing')


iena...try skilling in the art of napping at work..;)

and dear AbuAmiir...this vindicates why I sleep a lot heh heh...

Girls in the house....


Girls in the house.... Posted by Hello

We had some photo's snapped yesterday.. and I realized I have beautiful sisters!!.. how fast they've grown up.. Ebah the youngest is already in form 4...

For those who don't really know me.. I have ten siblings, where 6 of them are girls!!! and being in a big family.. I'm not ashamed to say..I want many tooo... meriah ooo...

As a bunch of girls nearly same aged.. we did a lot together.. I just love having around.. We'll go shopping together, watch movies together, gossiping together... and the best of all is when oll 7 of us.. yes.. including mak goes into the kitchen.. we'll sing , tease each other.. everything.. and of all,,, the youngest ebah is the most talkative... you'll never guess what'll come out from her mouth.. heh

Hani Harun -Mak..
I once had a fight with mak when i was in my teen age.. being a teen i guess.. makes you more rebellious.. but it faded.. I am very grateful and proud for having a very sporting mom..!! mak thaught us how to do campak campak cooking, how to do men's work at home, how to be a lady!When i had labour pain.. she was there with me.. consoling me.. I need not to say anything else to show how i dearly love mak!

Norfadhilah Mohd Ali - Along..
27- lecturer IIC
Along ni manja..heck, anak sulung..selalu manja! heh but she's the kind of sis you can rely on. :) she's gifted with language.. she can converse really good in Arabic, a bit of chinese and abit of spanish (terpengaruh dengan cerita spanish) .Of all.. this along of mine is really born to be a leader.we're expecting her baby after raya.. yey..can't wait!!

Me - Nora
the nuisance

Najihan - Deq'an
23-Tax assistant KPMG
She's the fairest of us all.. macam cina! clever, naughty but she's the one who one would really like to be friends with. She's good in everything.. I'd love to be her!.. (err tp with hubby ah..taknak abdullah.. heheh:P)

Aiffah - Ifah
22-UIA student - Engineering
She used to be slow during her primary schools.. But this girl turned up now to be constantly in dean's list.I'm damn proud of her.Masa di UK, people really like to cubit her pipi.. so very montel.. and it is still.. Paling creative,she ought to be an architect!

Nawal -Nawal
19-UUM Sintok-Accounting
The most that look more like me is Nawal. She loves gardening, she's fluent in chinese langguage, she's got so many talents that i don't have. and some more, she's getting beatiful day by day..geesh. jeles

Suwaibah-Ebah
16-SMK jalan 3
I salute her.. she has memorize a few juz' of Al-Quran... kecoh sikit though.. tapi very hillarious!! I just love her!!! Everyone loves her!! the benefit of being the youngest daughter...

hey girls.. kalau korang happen to read this.. cepat ah kawinnnn dan gemuk!

Family Planning


Ever known that Islam menganjurkan kita menyelangkan anak selama dua tahun?.. "tahun pertama.. tahun menjaga.. tahun kedua..tahun untuk mencurah kasih sayang dan bermanja kerana pada tahun kedua inilah anak-anak membina personaliti."quoted from a friend

Firman ALlah dalam Surah Al-Baqarah ayat 233;

Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma'ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. .......


MasyaAllah....Cantik Allah nukilkan tu.. Islam gariskan dua tahun ibu digalakkan menyusu anak.. Sains juga kata selama ibu menyusu anak merupakan satu cara natural contraception...

Ala Kulli haal.. UmmuAmiir just want to share apa yang UmmuAmiir ringkaskan hasil dari info di atas. Tajuk ni pernah dibincangkan oleh Aini ...I wasn’t interested to join in...having hard to conceive the first time...buat UmmuAmiir fikir rather not to abstain the coming...

Coincidentally, when surfing thru a friend's website, he mentioned the above..I had to do the rethinking then...

Let me put it this way..

Syariat menyeru supaya zuriat itu diperbanyak..infact.. banyak hadis dan ayat Quran yang menyokongnya..

Imam Ahmad meriwayatkan hadis Anas, bahawa Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:Maksudnya : "Kamu kahwinilah keturunan yang ramai anak, kerana sesungguhnya saya akan berbangga dengan kamu kepada nabi-nabi lain pada Hari Kiamat."; (Hadis riwayat Abu Daud dan Nasa'i)

Abu Daud dan Nasa'i meriwayatkan dari Ma'qil Yasar bahawa seorang lelaki datang menemui Nabi Sallallahu 'Alahi Wasallam, kata lelaki itu: "Saya telah mengahwini seorang perempuan bangsawan lagi cantik, tetapi dia tidak beranak." Katanya: "Tidak mengapa". Kemudian datang lagi untuk kedua kalinya, tetapi dilarang oleh Nabi. Untuk ketiga kalinya lelaki itu datang lagi, maka nabi pun bersabda: Maksudnya: "Berkahwinlah dengan wanita yang penyayang dan peranak kerana sesungguhnya dengan (banyak bilangan) mu, aka akan mengalahkan (bilangan) umat-umat (yang lain)."

Diriwayatkan bahawa Nabi Sallalallahu 'Alahi Wasallam bersabda: Maksudnya: "Dan sebaik-baik perempuan kamu ialah yang penyayang lagi ramai keturunannya."


Walaupun dah jelas dinyatakan Allah begitu, masih ramai yang ber alas an takut tak cukup duit nak sara anak.. dan Allah jawab …


Tafsirnya: "Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan. Kami akan memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka." ( Surah al-An'am : 151)


Tafsirnya: "Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan. Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepada kamu." ( Surah al-Isra' : 31)


Inilah pandangan syariat secara umum terhadap zuriat. Syariat menyeru supaya zuriat itu diperbanyak. Hadis-hadis pula menggalakannya dan al-Qur'an sendiri yang menjadi perlembagaan umat itu telah juga mengisyaratkannya. Banyak zuriat adalah fitrah dan menghadkan zuriat bermakna menentangnya.

Perancangan keluarga bererti membatas kelahiran anak atau menghad keturunan. Nowdays, banyak cara utk contraception. Antaranya ada yang bersifat permanent dan ada jugak yang hanya bersifat sementara (temporary).

Islam's POV, sebarang perancang keluarga yang kekal or permanent contohnya.. vasektomi atau hysterectomy adalah haram. Kecuali atas alasan alasan yang memudharatkan kesihatan.., akan tetapi.. kaedah perancangan keluarga yang bersifat sementara –temporary Contohnya seperti pil perancang, IUD, injection adalah mubah yakni harus.

A bit of explanation on al'-azl..Pada zaman rasulullah, kaedah al-‘azl (mengeluarkan air mani di luar rahim supaya tidak terjadi persenyawaan mani suami isteri ) diamalkan. Dan berdasarkan hadis kaedah itu tidak dilarang. Therefore menafikan some pendapat bahawa Azl itu sama macam menggugurkan..Kaedah ni di nasabkan kepada dua elemen 'offer' (ijab) dan 'acceptance' (qabul) which are components of a legal contract in Islamic law (Hubby Aini should know more on this..:P ) ...Someone who submits an offer and then withdraws it before the other party accepts it is not guilty of any violation, for a contract does not come into existence before acceptance. In the same manner, there is no real difference between the man's emission or retention of the semen unless it actually mixes with the woman's 'semen'.

Imam Ghazali - ulama besar dalam mazhab Syafi'e - dalam kitabnya Ihya' 'Ulumiddin (2/57-59) sewaktu menghuraikan tentang Adab Bergaul (suami isteri) telah menyentuh tentang hukum 'azl ini. Para ulama berbeza pendapat mengenai 'boleh' dan 'makruh' nya ('azl) kepada empat mazhab:
1. Sebahagian membolehkan secara mutlak dalam segala hal keadaan.
2. Sebahagian mengharamkan dalam segala hal.
3. Sebahagian mengatakan halal dengan seizin isterinya dan tidak halal tanpa keizinannya. Dan seakan-akan yang mengatakan ini, mengharamkan (kerana) menyakitkan, bukan pembuangan mani di luar rahim.
4. Sebahagian mengatakan dibolehkan pada wanita hamba, tidak dibolehkan pada wanita merdeka (isteri).

Dan yang sahih (yang benar) pada kami (menurut Imam Ghazali) ialah yang demikian itu diperbolehkan.( Boleh baca huraiannya dalam links di bawah.)

From my readings, Fatwa kerajaan Brunei menegaskan bahawa kaedah perancangan keluarga ini jika bersifat peribadi seperti takut tak mampu dari segi kewangan , fizikal atau mentally adalah dibolehkan.. tapi bila mana perkara itu bersifat umum.. seperti contoh kerajaan negara China yang menekankan 1 anak sahaja utk satu pasangan.. adalah haram dan salah.

"China's family planning policy combines government guidance with the wishes of the masses. The basic requirements of family planning are late marriages and late child-bearing, so as to have fewer, but healthier, babies, especially one child per couple. But a flexible family planning policy is adopted for rural people and ethnic minorities; in rural areas, couples may have second baby in exceptional cases, but must wait several years after the birth of the first child." excerpt from Asianinfo.org

Ini jelas melawan dan bertentangan dengan syara' yang mengehendaki perkembangan dan pertumbuhan zuriat, dan juga bertentangan dengan hikmat Allah menjadikan manusia dan bahkan haiwan untuk beranak-pinak.


Firman Allah "Dan tidak ada yang merangkak-rangkak di bumi ini (makhluk Allah yang bernyawa) melainkan Allah yang menanggung (memberi) rezekinya."
(Surah Hud : 6 )


_________

Rujukan:

  1. Family Planning and Islam: A Review by Khalid Farooq Akbar
  2. MOL Fatawa- Birth Control
  3. TIDAK HARUS MEMUTUSKAN KETURUNAN-Jabatan Mufti Brunei
  4. Is a Vasectomy a Permissible Method of Birth Control?
  5. Is Family Planning allowed in Islam ?by Jamaal Zarabozo
  6. Issues in Islam -Islam on Family Planning And Abortion-By Fouzi Sahawneh
  7. Chinese People- Family Planning