Qailulah

Qailulah

For many, qiyamullail is very familiar.. but what is qailulah?.. Qailulah adalah satu perkataan dari bahasa Arab untuk tidur diwaktu siang, afternoon nap dalam bahasa Inggeris atau siesta dalam bahasa Latin yang diamalkan di Sepanyol dan Mexico.

Dalam Islam, Qailulah lebih dikhususkan kepada tidur seketika sebelum masuk waktu zohor. Reason is supaya memudahkan umat untuk bangun berqiyamullail pada malam hari. UmmuAmiir did the reading on this lepas baca post Iena tentang mengantuk. Yatie's comment that waktu qailulah adalah selepas solat Zuhur hingga Asar selama beberapa minit saja iaitu antara 20 hingga 30 minit maybe was derived from certain sources.. mungkin yati boleh explain, but as far as I'm concern, waktu qailulah adalah sebelum zohor. Ini, UmmuAmiir sandarkan pada hadis dan huraian Imam Al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin dibawah..

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan qailulah (tudir sekejap) pada siang hari (sebelum Zohor) boleh memberi kekuatan untuk qiamullail - hadis dari Ibnu Abbas

Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor."
Jom kita kaji kelebihan di sebalik sunnah tidur qailulah yang disarankan Rasulullah ni.


Dalam kitab Mishkatul Masabih disebutkan: “Tidur sekejap pada waktu tengah hari (qailulah) bukanlah perbuatan keji kerana Rasulullah pernah melakukannya.”

Dalam sebuah riwayat, Imam Abu Hanifah selama 40 tahun tidak pernah tidur malam kerana malamnya dipenuhi dengan solat malam. Beliau tidur hanya sebentar pada waktu siang hari, iaitu qailulah.

Scientifically, Tengah hari adalah masa paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan manusia secara biologi bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai midafternoon quiescent phase atau a secondary sleep gate.

Orang barat, secara tak langsung telah bersetuju dengan apa yang islam sarankan ini. Antara mereka yang menggalakkan tidur seketika pada tengah hari ialah Dr William A Anthony, (PhD) dan Camille W. Anthony, pengarang buku The Art Of Napping At Work. David F Dinges and Roger J Broughton dalam bukunya, Sleeps and Alertness: Chronological, Behavioral and Medical

Aspects of Napping juga bersetuju dengan pendapat ini. Kajian itu menunjukkan mereka yang secara rutin tidur 30 minit pada waktu tengah hari mempunyai risiko menghidap sakit jantung 30 peratus lebih rendah berbanding mereka yang lain. –(quoted from Bharian-)

Orang Spain and Mexico naps because cuaca siang hari di sana terlalu panas.

Rujukan:

http://kmed.com/script/headline_newsmanager.php?id=14717&pagecontent=weirdnews
http://fauzynm.tripod.com/Nasihat/Nasihat126/nasihat126.html
http://www.islamset.com/psycho/nikhat.html
http://members.tripod.com/~DarulUlum/BH20.htm
http://www.islam-online.net/English/Science/2002/03/article8.shtml
Artikel "Ihya Ramadan: Manfaat tidur siang sekejap untuk beribadat malam" dari Endok Sempo Mohd Tahir dalam bharian



R e a d T h I s...


Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabipun terus mengeluarkan arahan:"Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur."(Bukhari-Muslim)


Suruhanjaya khas untuk mengkaji tentang masalah ketiduran di Amerika telah melapurkan bahawa masalah ini telah menjejaskan produktiviti dan menyebabkan kerugian $100 - $150 billion setahun. (Dr. Stanley Coren; Ibid) Saintis-saintis dari Universiti Chicago telah mendapati bahawa kekurangan tidur akan menyebabkan gangguan kepada proses pengeluaran hormon, melemahkan kemampuan badan untuk memanfaatkan kabohidrat di dalam badan, dan mengujudkan keadaan yang seakan penyakit kencing manis. (Rujukan: Tinker Ready (2000); 'Naps: The Art of Snoozing')


iena...try skilling in the art of napping at work..;)

and dear AbuAmiir...this vindicates why I sleep a lot heh heh...

0 Response to "Qailulah "