Family Planning


Ever known that Islam menganjurkan kita menyelangkan anak selama dua tahun?.. "tahun pertama.. tahun menjaga.. tahun kedua..tahun untuk mencurah kasih sayang dan bermanja kerana pada tahun kedua inilah anak-anak membina personaliti."quoted from a friend

Firman ALlah dalam Surah Al-Baqarah ayat 233;

Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma'ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. .......


MasyaAllah....Cantik Allah nukilkan tu.. Islam gariskan dua tahun ibu digalakkan menyusu anak.. Sains juga kata selama ibu menyusu anak merupakan satu cara natural contraception...

Ala Kulli haal.. UmmuAmiir just want to share apa yang UmmuAmiir ringkaskan hasil dari info di atas. Tajuk ni pernah dibincangkan oleh Aini ...I wasn’t interested to join in...having hard to conceive the first time...buat UmmuAmiir fikir rather not to abstain the coming...

Coincidentally, when surfing thru a friend's website, he mentioned the above..I had to do the rethinking then...

Let me put it this way..

Syariat menyeru supaya zuriat itu diperbanyak..infact.. banyak hadis dan ayat Quran yang menyokongnya..

Imam Ahmad meriwayatkan hadis Anas, bahawa Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:Maksudnya : "Kamu kahwinilah keturunan yang ramai anak, kerana sesungguhnya saya akan berbangga dengan kamu kepada nabi-nabi lain pada Hari Kiamat."; (Hadis riwayat Abu Daud dan Nasa'i)

Abu Daud dan Nasa'i meriwayatkan dari Ma'qil Yasar bahawa seorang lelaki datang menemui Nabi Sallallahu 'Alahi Wasallam, kata lelaki itu: "Saya telah mengahwini seorang perempuan bangsawan lagi cantik, tetapi dia tidak beranak." Katanya: "Tidak mengapa". Kemudian datang lagi untuk kedua kalinya, tetapi dilarang oleh Nabi. Untuk ketiga kalinya lelaki itu datang lagi, maka nabi pun bersabda: Maksudnya: "Berkahwinlah dengan wanita yang penyayang dan peranak kerana sesungguhnya dengan (banyak bilangan) mu, aka akan mengalahkan (bilangan) umat-umat (yang lain)."

Diriwayatkan bahawa Nabi Sallalallahu 'Alahi Wasallam bersabda: Maksudnya: "Dan sebaik-baik perempuan kamu ialah yang penyayang lagi ramai keturunannya."


Walaupun dah jelas dinyatakan Allah begitu, masih ramai yang ber alas an takut tak cukup duit nak sara anak.. dan Allah jawab …


Tafsirnya: "Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan. Kami akan memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka." ( Surah al-An'am : 151)


Tafsirnya: "Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan. Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepada kamu." ( Surah al-Isra' : 31)


Inilah pandangan syariat secara umum terhadap zuriat. Syariat menyeru supaya zuriat itu diperbanyak. Hadis-hadis pula menggalakannya dan al-Qur'an sendiri yang menjadi perlembagaan umat itu telah juga mengisyaratkannya. Banyak zuriat adalah fitrah dan menghadkan zuriat bermakna menentangnya.

Perancangan keluarga bererti membatas kelahiran anak atau menghad keturunan. Nowdays, banyak cara utk contraception. Antaranya ada yang bersifat permanent dan ada jugak yang hanya bersifat sementara (temporary).

Islam's POV, sebarang perancang keluarga yang kekal or permanent contohnya.. vasektomi atau hysterectomy adalah haram. Kecuali atas alasan alasan yang memudharatkan kesihatan.., akan tetapi.. kaedah perancangan keluarga yang bersifat sementara –temporary Contohnya seperti pil perancang, IUD, injection adalah mubah yakni harus.

A bit of explanation on al'-azl..Pada zaman rasulullah, kaedah al-‘azl (mengeluarkan air mani di luar rahim supaya tidak terjadi persenyawaan mani suami isteri ) diamalkan. Dan berdasarkan hadis kaedah itu tidak dilarang. Therefore menafikan some pendapat bahawa Azl itu sama macam menggugurkan..Kaedah ni di nasabkan kepada dua elemen 'offer' (ijab) dan 'acceptance' (qabul) which are components of a legal contract in Islamic law (Hubby Aini should know more on this..:P ) ...Someone who submits an offer and then withdraws it before the other party accepts it is not guilty of any violation, for a contract does not come into existence before acceptance. In the same manner, there is no real difference between the man's emission or retention of the semen unless it actually mixes with the woman's 'semen'.

Imam Ghazali - ulama besar dalam mazhab Syafi'e - dalam kitabnya Ihya' 'Ulumiddin (2/57-59) sewaktu menghuraikan tentang Adab Bergaul (suami isteri) telah menyentuh tentang hukum 'azl ini. Para ulama berbeza pendapat mengenai 'boleh' dan 'makruh' nya ('azl) kepada empat mazhab:
1. Sebahagian membolehkan secara mutlak dalam segala hal keadaan.
2. Sebahagian mengharamkan dalam segala hal.
3. Sebahagian mengatakan halal dengan seizin isterinya dan tidak halal tanpa keizinannya. Dan seakan-akan yang mengatakan ini, mengharamkan (kerana) menyakitkan, bukan pembuangan mani di luar rahim.
4. Sebahagian mengatakan dibolehkan pada wanita hamba, tidak dibolehkan pada wanita merdeka (isteri).

Dan yang sahih (yang benar) pada kami (menurut Imam Ghazali) ialah yang demikian itu diperbolehkan.( Boleh baca huraiannya dalam links di bawah.)

From my readings, Fatwa kerajaan Brunei menegaskan bahawa kaedah perancangan keluarga ini jika bersifat peribadi seperti takut tak mampu dari segi kewangan , fizikal atau mentally adalah dibolehkan.. tapi bila mana perkara itu bersifat umum.. seperti contoh kerajaan negara China yang menekankan 1 anak sahaja utk satu pasangan.. adalah haram dan salah.

"China's family planning policy combines government guidance with the wishes of the masses. The basic requirements of family planning are late marriages and late child-bearing, so as to have fewer, but healthier, babies, especially one child per couple. But a flexible family planning policy is adopted for rural people and ethnic minorities; in rural areas, couples may have second baby in exceptional cases, but must wait several years after the birth of the first child." excerpt from Asianinfo.org

Ini jelas melawan dan bertentangan dengan syara' yang mengehendaki perkembangan dan pertumbuhan zuriat, dan juga bertentangan dengan hikmat Allah menjadikan manusia dan bahkan haiwan untuk beranak-pinak.


Firman Allah "Dan tidak ada yang merangkak-rangkak di bumi ini (makhluk Allah yang bernyawa) melainkan Allah yang menanggung (memberi) rezekinya."
(Surah Hud : 6 )


_________

Rujukan:

  1. Family Planning and Islam: A Review by Khalid Farooq Akbar
  2. MOL Fatawa- Birth Control
  3. TIDAK HARUS MEMUTUSKAN KETURUNAN-Jabatan Mufti Brunei
  4. Is a Vasectomy a Permissible Method of Birth Control?
  5. Is Family Planning allowed in Islam ?by Jamaal Zarabozo
  6. Issues in Islam -Islam on Family Planning And Abortion-By Fouzi Sahawneh
  7. Chinese People- Family Planning

0 Response to "Family Planning"