Monday Blues.....

Dalam kesibukan melayan dhuyuf sempena open house semalam, sempat juga berehat dan menghayati program Forum Perdana anjuran RTM..UmmuAmiir tidak pernah betul betul menonton debat perdana seperti semalam.. selalunya jari UmmuAmiir akan sibuk mengalih ke siaran siaran lain sambil menunggu tayangan favourite smallville... UmmuAmiir terlepas menonon sewaktu Husam Musa menjadi ahli panel.. Abu Amiir kata masa tu best!! Abu Amiir memang peminat setia Husam.. Malam tadi giliran Dr. mariah . Awal lagi Ummu Amiir dapat circulated SMS, minta berdoa supaya beliau dapat menyampaikan amanah parti dalam debat tersebut.. Alhamdulillah... bagi Ummu Amiir.. dia telah berjaya menangkis dan dalam masa yang sama menerangkan mesej parti..

Berulang kali dalam debat tersebut.. Dr Mariah menerangkan bahawa kerajaan tidak mengamalkan demokrasi yg sebenarnya.. Pembangkang tidak dibenar bersuara di media.. bukti paling jelas malam itu... hampir kesemua hujah Dr. Mariah dipotong oleh pengerusi forum, yang UmmuAmiir kira agak bias.. Dr. Rajindran yg bertindak sebagai akedemik pula sangat emotional dan lebih UMNO dari orang UMNO..

Apa pun..kesimpulan dari debat semalam, Dr Mariah hebat! walaupun diserang oleh 4 speaker lelaki!


.....so very the malay....

on the open house note.... it was a success.. alhamdulillah.. UmmuAmiir kira.. kami dapat capai matlamat kami.. berkenalan dengan jiran jiran terdekat dan menguatkan sillah... peluang raya sebgini kami gunakan sebaiknya untuk kenal jiran depan rumah belakang..kiri kanan... dasyat ya masayarakat kota.. bayangkan.. hampir setahun kami tinggal di situ dan semalam merupakan kali pertama kami kenal jiran di depan rumah,belakang , kiri dan kanan... hmm hmm..salah sendiri!! selesai majlis.. ummuAmiir key-in semua nama nama jiran dalam organizer AbuAmiir... agar tak lupa!!

untuk semua yang datang..Jazakallah... terima kasih kerana membawa berkat ke rumah kami..:)










0 Response to "Monday Blues....."