Entry One
Zulkifli masih terbayang tragedi lima anak ditelan ombak
Oleh: NORLIZAH ABAS
PULAU PINANG 21 Dis. - Detik-detik menjelang 26 Disember ini bagaikan satu `penyeksaan' kepada pemandu bas kilang, Zulkifli Mohd. Noor, 42, selepas kehilangan lima anaknya dalam sekelip mata ketika berkelah di Pantai Pasir Panjang, Pulau Betong, Balik Pulau dekat sini, hampir setahun lalu.
Walaupun mereka sekeluarga pasrah dengan amukan ombak besar yang menggulung pantai, hari-hari mendatang dihitung dengan penuh debaran - kalau-kalau peristiwa hitam tsunami menjengah kembali.
Jika pepatah menyatakan `Masa merubah segalanya' atau `Alah bisa tegal biasa', ia tidak berlaku kepada keluarga ini kerana ternyata mereka masih ditimpa trauma berpanjangan kerana kehilangan insan tercinta dalam senafas sahaja.
Menurut Zulkifli, semakin lama tragedi malang itu ditelan waktu, semakin sukar untuk melenyapkannya dari kotak fikiran - seolah-olah baru semalam ia berlaku.
Ekoran kejadian itu, mereka seperti `merajuk' dengan desiran ombak sehingga tidak mahu lagi ke pantai.
``Sejak kejadian itu, kami sekeluarga tidak pernah menjengah ke pantai apatah lagi untuk berkelah.
``Bukan kami memusuhi pantai tetapi masih terbayang-bayang bagaimana kelima-lima mereka hilang dibawa arus deras,'' ujarnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di rumahnya di Pondok Upeh, Balik Pulau.
Pada 26 Disember lalu, Zulkifli dan isterinya, Jamilah Majid, 39, tidak sempat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan lima daripada tujuh anak mereka setelah dihanyutkan ombak besar sewaktu berkelah di pantai itu.
Mangsa-mangsa ialah Siti Nurain, 16, Mohd. Shukri, 12, Siti Nur Shuhada, 10, Siti Nur Atikah, 9 dan Siti Suraya, 5, manakala anak yang terselamat ialah Siti Fairuz, 7, dan Siti Zulaikha, setahun sembilan bulan.
Zulkifli menyatakan, kejadian tersebut banyak mengganggu kehidupan sehariannya kerana empat bulan selepas itu dia masih tidak mampu meneruskan tugas sebagai pemandu bas kilang.
Dia menjelaskan, tugas berkenaan memerlukannya menyeberangi laut setiap hari melalui Jambatan Pulau Pinang ketika berulang-alik dari Seberang Perai ke bahagian pulau _ satu `bebanan' yang amat berat untuk dipikul.
Menurutnya hingga kini, bukan dia sahaja merasa berdebar-debar setiap kali menyeberangi jambatan, malah perasaan itu turut dikongsi oleh isterinya.
``Jika dulu, isteri saya berani memandu kereta bersama anak-anak untuk pulang ke kampung di Batu Kurau, Perak tetapi kini dia tidak sanggup lagi berbuat demikian,'' ujarnya.
Zulkifli turut menyatakan, isterinya masih lagi kesedihan dan kerap takut ketika hari hujan dan keadaan gelap.
Ketika ditanya bagaimana mereka sekeluarga melawan perasaan rindu terhadap ahli keluarga yang telah pergi, bapa tujuh orang anak itu menyatakan, hanya pakaian dan kelengkapan sekolah peninggalan mereka menjadi penawar duka.
Katanya, dia tidak sampai hati untuk memberikan barang-barang peninggalan mereka kepada saudara-mara atau jiran kerana hanya itu sahaja `harta' paling berharga untuk direnung-renung ketika kesedihan.
``Memang ramai suruh saya sedekahkan barang kepunyaan anak-anak dengan alasan buat apa lagi dikenang-kenang tapi saya tidak sampai hati kerana jika diberi, tiada apa lagi yang tinggal untuk kami.
``Lantas saya membeli sebuah almari dan menyimpan semuanya di situ,'' ujarnya dengan nada pilu.
Bagaimanapun, di sebalik semua ketetapan Allah s.w.t. ke atas mereka, Zulkifli bersyukur kerana mereka sekeluarga masih mampu meneruskan kehidupan walaupun kesedihan hadir tanpa diundang.
Apa yang pasti keluarga malang ini cukup sabar dan tabah menghadapi dugaan Ilahi - berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Entry Two
Trauma mental akibat malapetaka
Oleh PROFESOR DR SYED HASSAN AHMAD
(Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan Unimas)
Trauma mental yang dialami dan dirasai dalam pelbagai peringkat, ada mangsa yang tabah dan cekal menghadapinya dan ada yang masih terpinga-pinga akibat kejutan emosi yang mendadak.
Trauma boleh dilihat dari dua perspektif; pertamanya apabila berlaku kecederaan fizikal yang teruk kepada seseorang; dan keduanya apabila berlaku insiden atau peristiwa ngeri yang membawa kepada kejutan emosi.
Sebagai contoh, trauma yang mengakibatkan berlakunya kecederaan fizikal pada tubuh badan seseorang ialah apabila seseorang individu terbabit dalam kemalangan jalan raya.
Manakala contoh mengakibatkan kejutan emosi adalah apabila seseorang melihat atau mengalami insiden atau peritiswa di mana keselamatan dan nyawanya terancam, seperti mangsa dalam bencana ombak besar tsunami, baru-baru ini.
Kedua-dua perspektif trauma ini akan mengakibatkan trauma mental, tetapi contoh kedua, iaitu apabila melihat atau mengalami insiden yang menggugat keselamatan dan nyawa akan memberi kesan lebih mendalam pada emosi, pemikiran dan perilaku.
Oleh itu, bagi memahami aspek-aspek trauma mental, akan diperkatakan kesan trauma atau kejutan emosi yang dialami, faktor yang boleh mempengaruhi kewujudan kesan-kesan berkenaan dan bagaimana cara mengatasi permasalahan.
Ini bermaksud ada mangsa trauma boleh menyesuaikan diri dengan peristiwa yang berlaku dan mampu mengatasi permasalahan itu dan ada juga mangsa trauma tidak dapat menyesuaikan diri selepas berlaku insiden trauma, lalu terus mengalami gangguan emosi berpanjangan.
Lazimnya, selepas berlaku peristiwa trauma, semua mangsa akan resah gelisah apabila mengenang semula peristiwa yang berlaku, mudah berasa takut, apa-apa kaitan yang boleh mengingatkan kembali peristiwa itu akan membuat mereka cemas dan cuba mengelak menghampiri tempat kejadian.
Perasaan takut
Contohnya, turun ke laut atau pergi ke pesisiran pantai kerana ia akan menimbul kembali perasaan takut, tidur mereka diganggu mimpi dan igauan ngeri mengenai insiden yang berlaku dan mereka tidak dapat berfungsi secara normal.
Boleh dikatakan 20 hingga 60 peratus mangsa bencana akan menunjukkan tanda trauma mental seperti ini. Golongan kanak-kanak lebih mudah mengalami tanda trauma mental berbanding orang dewasa.
Kanak-kanak berkenaan juga ada risiko lebih tinggi untuk mengalami gangguan mental jika berdepan tekanan emosi apabila usia mereka meningkat.
Namun keadaan ini tidak lama, boleh dikatakan dalam masa sebulan, mangsa boleh secara beransur-ansur dapat menyesuaikan diri dan berfungsi seperti normal kembali.
Bagaimanapun, ada segolongan mangsa trauma akan menghadapi pelbagai kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan peristiwa yang berlaku.
Gangguan emosi akan terus menghantui mereka dan ini menyebabkan mereka berasa cemas, bimbang, sedih, pilu dan mudah hilang kawalan diri.
Ada mangsa trauma terus mengalami kesan peristiwa ngeri itu hingga tiga bulan umpamanya, ada yang mengalami tekanan emosi lebih daripada itu dan ada yang mengalami gangguan sama hingga bertahun-tahun lamanya.
Segolongan lagi mangsa trauma tidak menunjukkan sebarang reaksi untuk beberapa lama selepas berlaku insiden menakutkan. Mereka nampak selamba saja, tetapi selepas beberapa bulan, kira-kira enam bulan selalunya, mereka mula menunjukkan tanda-tanda gangguan emosi berpunca daripada pengalaman trauma lalu.
Fenomena ini berlaku kerana mereka cuba membela diri, secara separuh sedar dengan melupakan buat seketika malapetaka yang berlaku.
Antara beberapa faktor berkaitan adalah genetik, pengalaman dilalui, perwatakan atau personaliti dan sokongan sosial. Faktor personaliti memainkan fungsi penting dalam wujudnya gangguan emosi berpanjangan selepas trauma.
Kajian dibuat di luar negara menunjukkan mangsa trauma yang mempunyai personaliti matang, cekal, fleksibel, bersemangat, sanggup berjuang mempunyai daya ketahanan emosi lebih mantap dan boleh menghadapi dan menangani tekanan emosi dari sesuatu peristiwa yang mengancam keselamatan.
Kurang matang
Sebaliknya, mangsa trauma yang personalitinya kurang matang, tidak mahir berinteraksi, mudah cemas, sensitif dan mudah putus asa, berisiko tinggi mengalami gangguan emosi susulan sesuatu peristiwa trauma.
Oleh itu, bagi mereka yang ada perwatakan bermasalah, insiden trauma yang sudah berlaku akan mencetuskan pelbagai konflik dalam diri mereka, iaitu mungkin mereka berasa bersalah dan sebagainya.
Justeru, kekeliruan dan kecelaruan pemikiran dialami mengeruhkan lagi emosi mereka.
Antara beberapa tanda trauma mental yang mungkin berlaku adalah hilang ingatan, lupa atau hilang memori buat seketika mengenai peristiwa itu, peningkatan kewaspadaan pada persekitaran, mudah panik, kemurungan, keresahan dan paling serius ialah hilang kewarasan dan menjadi tidak siuman.
Walau apapun berlaku, bantuan utama untuk mangsa trauma ialah memberi sokongan moral, kerana dalam krisis dialami, kejutan emosi sangat mendalam dan minda mangsa tidak stabil semasa itu.
Selepas keadaan menjadi reda, barulah pendekatan lebih sistematik dibuat bagi memberi peluang kepada mangsa meluahkan apa-apa konflik yang terbuku di hati, dan memberi ruang untuk mangsa beranikan diri secara sedikit demi sedikit menghampiri tempat berlakunya trauma itu.
Kebanyakan mangsa trauma boleh mengatasi gangguan emosi yang dialami, tetapi mereka yang mengalami gangguan perasaan yang berpanjangan dan serius perlu mendapatkan nasihat terperinci dan mungkin memerlukan rawatan dengan ubat-ubatan untuk sementara waktu.
Entry Three
Zabidi Morad - Bekas Penasihat Undang undang Al Arqam,Pengarang buku "Tersungkur di Pintu Syurga" , bekas majistret pernah mengakui selepas beliau ditahan ISA, beliau tidak boleh mendengar bunyi kunci kunci bergesel/bergemerincing kerana ia mengingatkan kepada bunyi wadar penjara datang membawa kunci pintu penjara.
Rozita - Pemilik sendayu Tinggi mengakui beliau tak boleh/tak dapat tengok sungai selama setahun selepas anak beliau mati lemas, pada masa yang sama beliau disalahkan oleh keluarga atas kejadian tersebut..
Saya - tak payahlah.. tapi anda mungkin boleh bercerita di sini....