Mana satu lah orang tua ni.. Ummu Nufayl leh explain kot
Shahidan: Perlis tidak amal qunut bukan bermakna ikut Wahhabi
Petikan Dari Utusan Malaysia 9 Dec 2005
Oleh YUSRI SAHAT
KANGAR 8 Dis. - Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim menegur sikap segelintir pendakwah yang menuduh Perlis mengamalkan fahaman Wahhabi kerana meninggalkan beberapa perkara yang menjadi kelaziman dalam ibadat.
Sambil menegaskan bahawa Perlis tidak pernah mengenepikan amalan Ahli Sunah Waljamaah, beliau berkata, perbezaan dalam beberapa amalan ibadat tertentu berbanding negeri lain bukan bermakna Perlis mengikut fahaman Wahhabi.
``Memang ada amalan tertentu yang berbeza berbanding negeri lain seperti tidak membaca doa qunut dalam sembahyang subuh atau talkin, tetapi itu tidak bermakna ia fahaman Wahhabi.
``Rasulullah juga tidak membaca doa qunut dalam setiap sembahyang subuh, sebaliknya ia dilakukan pada waktu-waktu tertentu,'' katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis makan malam sempena Persidangan Ketua-Ketua Jabatan dan Majlis Agama Islam Seluruh Malaysia ke-69 di sini, malam tadi.
Mingguan Malaysia pada 27 November lalu mendedahkan mengenai fahaman Wahhabi yang dikatakan semakin menular terutama di kalangan cerdik pandai di negara ini.
Fellow Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr. Uthman El-Muhammady berkata, kumpulan itu menolak amalan membaca al-Quran untuk orang meninggal dunia, membaca Yasin, qunut, tahlil, berdoa, berzikir, ziarah kubur dan pelbagai lagi perkara harus dan sunat yang menjadi amalan Ahli Sunnah Waljamaah.
Shahidan menegaskan, para pendakwah tidak sewajarnya membuat andaian sesebuah negeri itu mengikut fahaman Wahhabi berdasarkan perbezaan tertentu dalam amalan ibadat.
``Perlis hanya mengamalkan apa yang diamalkan oleh Rasulullah dalam amalan-amalan ibadat yang dilakukan dan tidak mahu mengada-adakan apa yang telah termaktub dalam al-Quran dan sunah,'' jelasnya.
Berikutan wujud ketidakfahaman pelbagai pihak mengenai fahaman Wahhabi, beliau menyarankan Jakim memberi penjelasan mengenai fahaman tersebut bagi mengelakkan kekeliruan umat Islam terhadap amalan Ahli Sunah Waljamaah.
Kerajaan negeri juga, katanya, akan mengadakan seminar mengenai amalan ibadat di Perlis yang sealiran dengan mazhab Imam Shafie tidak lama lagi.
``Kita juga akan mengeluarkan risalah berkaitan bahaya gerakan Muhammad Abdul Wahab yang mengasaskan fahaman Wahhabi itu,'' jelasnya.
Dalam pada itu, Shahidan mencadangkan supaya sebarang dialog untuk membincangkan fahaman Wahhabi dilakukan secara tertutup tanpa melibatkan umat Islam yang cetek pengetahuan agama.
``Kita bimbang orang Islam yang cetek pengetahuan agama akan lebih keliru jika mereka terlibat dalam dialog yang membincangkan fahaman Wahhabi ini,'' tambahnya.
Wahhabi bukan militan
Petikan Dari Utusan Malaysia 11 Dec 2005
Oleh: YUSRI SAHAT
KANGAR 10 Dis. - Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim menyangkal dakwaan bahawa fahaman Wahhabi bersifat militan dan boleh menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam.
Tegas beliau, fahaman Wahhabi yang berasal dari Semenanjung Arab itu tidak berbahaya berbanding Syiah kerana amalannya menjurus kepada sunah Rasulullah dan al-Quran yang sejati.
Berikutan itu, katanya, Perlis rela dilabelkan sebagai pengikut fahaman Wahhabi selagi amalannya tidak bertentangan dengan Ahli Sunah Waljamaah.
``Kalau mereka kata saya mengamalkan fahaman Wahhabi, saya tidak kisah kerana apa yang saya amalkan adalah mengikut cara Rasulullah dan al-Quran,'' tegasnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis berkhatan beramai-ramai yang melibatkan 300 kanak-kanak di Dewan 2020, di sini hari ini.
Menurut Shahidan, meskipun mazhab Al-Shafie dikatakan menjadi ikutan rasmi umat Islam di Malaysia, tetapi banyak amalan berunsur bidaah yang tidak diajar dalam mazhab itu dilakukan.
Misalnya, kata beliau, amalan mengadakan kenduri selepas berlaku kematian dalam sesebuah keluarga yang jelas tidak terdapat dalam mazhab Al-Shafie.
``Jika di zaman Rasulullah, orang ramai akan membawa makanan kepada keluarga si mati tetapi di negara ini, keluarga si mati pula yang perlu menjamu orang kampung,'' katanya.
Shahidan juga memberitahu, Perlis akan menganjurkan muzakarah tertutup antara ulama tempatan dan antarabangsa bagi membincangkan isu fahaman Wahhabi mulai bulan depan.