Dari Pangkalan Pasir .

Entry One

Badan masih terasa penat , setelah melalui perjalanan yang agak jauh dari Pangkalan Pasir ke Kuantan .Tambahan pula keputusan Pilihanraya Kecil N.12 Pangkalan Pasir tidak memihak kepada PAS. Hati dan perasaan ini agak sedih dan pilu.

Agak sukar untuk memulihkan perasaan ini dalam masa yang singkat , setelah saya melalui sendiri beberapa insiden negatif yang merosakkan demokrasi negara dalam pilihanraya kecil di Pangkalan Pasir .

Tak mungkin aku maafkan Petualang Negara .

Rasa hiba kian mencengkam setelah saya menerima pula sms dari Ustaz Misbahul Munir bahawa seorang sahabat yang juga staf DPPP ( sdr Rizal ) terlibat dalam kemalangan Jalan raya sejurus pulang dari Pangkalan Pasir ke Perak semalam .

Ya Allah , Ya Rabbi : Berat juga ujianMU ke atas kami pejuang agamaMU. Namun aku yakin , segalanya masih kecil berbanding generasi terdahulu yang mengharungi liku - liku perjuangan untuk mendaulatkan SyariatMU di atas muka bumi ini .

Tak kiralah menang atau kalah , itu semua tidak akan menjadi sebab atau alasan untuk aku berhenti memperjuangkan agamaMU ya Allah !!

Sungguhpun begitu , terlalu banyak yang telah aku pelajari dari episod perjuangan yang getir ini . Ya ..lah !! Kenapa kita menang ? Pasti ada faktornya dan kenapa kita kalah ? pasti pula ada sebabnya.

Jawapan kepada persoalan ini akan menjadi panduan dan sempadan bagi semua pejuang untuk menyambung tugas dan agenda yang masih banyak .

Ayuh !! Sahabat , bangkit lah dari rasa bungkam dan lesu / kecewa dan putus asa . Islam pasti Menang !! marilah kita melengkapkan jadualnya.

posted by Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi

Entry Two

Saya sepertimana rakan pejuang yang lain juga turut merasai sedih dengan keputusan pilihanraya kecil Pengkalan Pasir semalam. Tetapi ini tidak menghalang saya untuk menyampaikan ucapan tahniah dan sekalung penghargaan kepada pejuang-pejuang sekalian. Kefahaman kita dengan perjuangan ini menyebabkan kita turut merasai sedihnya walaupun bukanlah kita yang bertanding dan bukanlah kawasan kita yang terlibat dengan pemilihan itu.

Alhamdulillah syukur kita ucapkan kerana kita diberikan kefahaman dan komitmen untuk terus berada dalam jamaah ini. Kita melihat sekeliling kita. Banyak rakan-rakan yang terlibat berada dalam jentera musuh sebagai putera/puteri atau pemuda sebagainya. Sebahagian yang lain hanya menjadi pak turut sahaja.

Biar le sesiapa yang memerintah. Aku peduli apa. Sebahagaian yang laian bekerja dan memberikan pandangan menurut isu. Kalau isunya mengalahkan Islam, maka mereka turut sama menyalahkan Islam. Sebahagian yang lain melihat kumpulan mana lebih banyak peluang untuk mendapat benda dan ringgit. Maka mereka akan bersama dengan kumpulan itu.

Syukur kepada Allah yang telah menetapkan kita berada dalam gerakan Islam samada dalam waktu senang atau sukar, dalam waktu menang atau tewas, dalam waktu sedih atau riang. Kita masih di sini. Berhujan berpanas. Kita masih setia untuk mu Islam. Kita masih setia untuk menegakkkan agama Allah dan sunnah rasul. Biarlah apa dikata. Biarlah apa dicerca. Kita masih setia.

Saya percaya, walaupun terdapat beberapa kelemahan, banyak pekerja gerakan berada dalam tahap kerja yang paling optima. Inilah yang disebut oleh YAB TG Mursyidul Am supaya kita mesti sentiasa berharap dan berhati-hati walaupun semasa ibadat. Ini menunjukkan kepada kita bahawa kita perlu sentiasa berhati-hati juga walaupun kita sedang dalam kemenangan menentang nafsu kita supaya kita kelak akan terus mengharapkan bantuan Allah selain dari usaha-usaha kita yang sedikit ini.

Kalau nak diharapkan kemenangan dari usaha yang sedikit ini sudah tentu sangat mustahil. Mereka mempunyai segala-galanya. Media massa. Polis. SPR. Jentera-jentera lainnya. Semuanya. Kalaulah usaha kita sahaja adalah sangat mustahil bagi kita untuk menang. Pertolongan Allah itulah yang utama. Dan mungkin kita masih belum berupaya untuk kemenangan itu.

Berpuashatikah kita dengan usaha kita yang sedikit itu? Cukupkah bantuan yang kita berikan kepada jamaah dan ummah bagi Islam mencapai kemenangan. Cukupkah derma yang telah kita berikan. Cukupkah dengan doa yang kita pohonka? Cukupkah denagn tenaga yang kita wakafkan? Cukupkah dengan tidak tidur malam kita berkawal untuk menngakap perasuah-perasuah dan penipu tersebut? Berapa orang pemilih yang kita telah temuai untuk menyampaikan mesej Islam? Berapa orang pengundi telah kita temui untuk menyampaiakan penyelewengan musuh?

Cukupkan dengan kita mengatakan Pak Mat atau Pak Dolah yang bodoh itu mengundi Umno? Cukupkah dengan kita menyalahkan media kerananya Islam tewas? Cukupkah kita menyalahkan hipokrit musuh sedangkan kita tidak turun ke medan? Cukupkah kita tidur berseronok dengan isteri di waktu saudara kita keletihan dan kepenatan di medan?

Tahukah diri ini dan tuan-tuan bahawa ada pekerja yang langsung tidak tidur malam hanya kerana menunggu di semua pintu masuk daripada diserang musuh. Tahukah tuan banyak yang banyak yang langsung tidak pulang ke rumah selepas kematian Adun kita. Ada yang terpaksa menjadi poling agent dan caunting agent walaupun tidak mempunyai kemahiran perundangan. Satu kes yang melibatkan pooling agent kita menghalang seorang pemilih daripada mengundi kerana disyaki pengundi hantu yang mana tuannya dah meninggal dunia. Tetapi pooling agent itu hanya berbahas dengan pegawai SPR dan mengganggu proses pemilihan. Dia tidak terlintas agaknya untuk membuat laporan dalam borang bantahan serta nak tengok IC pemilih hantu tersebut. Siapa hendak disalahkan?

Sebenarnya kekalahan kita di Pengkalan Pasir adalah dalam keadaan jentera pilihanraya kita yang paling baik. Isu samaada nasional atau tempatan menyebelahi kita. Beberapa orang kuat musuh juga memberikan komitmen untuk mengundi kita. Pasukan musuh juga berselerak dari sudut kepimpinannya. Dan kita masih kalah dengan isu sama. Iaitu pengundi hantu dan politik wang. Bayangkanlah bagaimana agaknya ditempat jentera kita lemah, isu tidak menyebelahi kita, pimpinan kita tidak kuat dan sebagainya itu. Bersedialah untuk tewas!

Adakah kita bepuashati dengan sumbangan kita? Orang yang tidak memberikan sumbangan sepatutnya merasai menyesal. Orang yang memberikan sumbangan tetapi masih belum optima juga patut merasa menyesal. Orang yang hanya mengharapkan sahabat lain sahaja bekerja juga harus turut menyesal. Orang yang hanya mengharapkan musuh berubah menjadi baik dan masuk pilihanraya dengan jujur juga harus menyesal kerana musuh selama-lamanya tidak akan jujur dengan Islam. Orang yang tidur nyeyak di waktu malam dikala saudaranya menjaga benteng pertahanan patut menyesal. Orang yang tidak menyumbangkan derma pada waktu musuh memanipulasikan politik wang juga patut menyesal. Orang yang melepaskan batuk ditangga, berkhidmat kerana malukan kawan juga patut menyesal. Sesallah kita sebelum kerajaan kita diambil musuh. Postmotermlah kita dan baikpulihlah kita sebelum kerajaan pimpinan ulama’ kita berkecai.

Selepas daripada itu janganlah kita salah menyalah satu sama lain, kenapa kita tidak berusaha untuk mempertahankan kerajaan ini. Bersedialah kita untuk menjawab dengan alasan-alasan kita yang banyak itu di hadapan Allah. Seumpama orang yang menderhaka kepada ibunya semasa hayat ibunya, tetapi meracau-racau untuk menjadi anak soleh ketika ibunya sudah tiada. Mana mungkin akan kembali.

- Abu Azzam Abbas - 08.12.2005

0 Response to "Dari Pangkalan Pasir ."