RM 15.81 juta kos ubahsuai kediaman rasmi PM

Dewan Rakyat Isnin diberitahu bahawa kos pengubahsuaian kediaman rasmi Perdana Menteri ‘ Seri Perdana’ di Putrajaya yang dilaksanakan tahun ini berjumlah RM15.81 juta.
Kerja pengubahsuaian itu meliputi kerja membaik pulih dan menaik taraf sistem penyaman udara, pendawaian elektrik, lanskap serta pengubahsuaian dalaman termasuk ruang dapur dan bayaran juruperunding.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memberitahu demikian dalam jawapan bertulis kepada Teresa Kok (DAP-Seputeh) mengenai kos pembinaan, pengubahsuaian dan pengurusan tahunan kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Menurutnya kerja pengubahsuaian telah pun siap sepenuhnya dan Perdana Menteri telah pun berpindah ke kediaman rasmi beliau.
Mohamed Nazri berkata kos penyelenggaraan bulanan yang melibatkan keseluruhan kompleks kediaman Perdana Menteri termasuk blok rumah persendirian beliau hanya berjumlah RM2.9 juta setahun iaitu dengan purata RM242,991.50 sebulan.
Beliau berkata kos asal pembinaan kediaman rasmi Perdana Menteri dengan merujuk khusus kepada blok rumah persendirian di mana Perdana Menteri dan keluarga tinggal berjumlah RM24.17 juta.
Mohamed Nazri berkata kos asal kontrak pembinaan kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dengan merujuk kepada blok rumah persendirian di mana Timbalan Perdana Menteri dan keluarga tinggal berjumlah RM13.51 juta.
Beliau berkata kos penyelenggaraan tahunan kompleks kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri berjumlah RM1.46 juta setahun iaitu dengan purata RM122,267 sebulan.
Setakat ini, kos pengubahsuaian kompleks kediaman Timbalan Perdana Menteri bagi tahun ini belum diputuskan lagi kerana masih di peringkat kajian dan perancangan Jabatan Kerja Raya, katanya.
Kompleks Seri Perdana merangkumi tiga blok iaitu Blok 1 Blok Protokol - kemudahan-kemudahan ruang sambutan utama,Blok 2 Blok Bankuet - kemudahan-kemudahan jamuan dan Blok 3 - blok kediaman rasmi Perdana Menteri
Kerja-kerja pembinaan Kompleks Seri Perdana ini bermula pada awal tahun 1997 dan pengurusan pentadbiran kompleks ini mula beroperasi pada 18 Oktober, 1999.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak terus tinggal di Seri Perdana selepas mengambilalih jawatan Perdana Menteri dari Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau tinggal di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri yang terletak tidak jauh dari komplek pejabat-pejabat kerajaan di Putrajaya.
Abdullah berpindah ke Seri Perdana baru-baru ini selepas kerja ubahsuai selesai.
p/s: Ayat yang diboldkan = Mampoih aku takleh nak pk nak ubahsuai apa lagik.