Mana satu Daa....

Mana satu lah orang tua ni.. Ummu Nufayl leh explain kot


Shahidan: Perlis tidak amal qunut bukan bermakna ikut Wahhabi

Petikan Dari Utusan Malaysia 9 Dec 2005

Oleh YUSRI SAHAT

KANGAR 8 Dis. - Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim menegur sikap segelintir pendakwah yang menuduh Perlis mengamalkan fahaman Wahhabi kerana meninggalkan beberapa perkara yang menjadi kelaziman dalam ibadat.

Sambil menegaskan bahawa Perlis tidak pernah mengenepikan amalan Ahli Sunah Waljamaah, beliau berkata, perbezaan dalam beberapa amalan ibadat tertentu berbanding negeri lain bukan bermakna Perlis mengikut fahaman Wahhabi.

``Memang ada amalan tertentu yang berbeza berbanding negeri lain seperti tidak membaca doa qunut dalam sembahyang subuh atau talkin, tetapi itu tidak bermakna ia fahaman Wahhabi.

``Rasulullah juga tidak membaca doa qunut dalam setiap sembahyang subuh, sebaliknya ia dilakukan pada waktu-waktu tertentu,'' katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis makan malam sempena Persidangan Ketua-Ketua Jabatan dan Majlis Agama Islam Seluruh Malaysia ke-69 di sini, malam tadi.

Mingguan Malaysia pada 27 November lalu mendedahkan mengenai fahaman Wahhabi yang dikatakan semakin menular terutama di kalangan cerdik pandai di negara ini.


Fellow Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr. Uthman El-Muhammady berkata, kumpulan itu menolak amalan membaca al-Quran untuk orang meninggal dunia, membaca Yasin, qunut, tahlil, berdoa, berzikir, ziarah kubur dan pelbagai lagi perkara harus dan sunat yang menjadi amalan Ahli Sunnah Waljamaah.


Shahidan menegaskan, para pendakwah tidak sewajarnya membuat andaian sesebuah negeri itu mengikut fahaman Wahhabi berdasarkan perbezaan tertentu dalam amalan ibadat.

``Perlis hanya mengamalkan apa yang diamalkan oleh Rasulullah dalam amalan-amalan ibadat yang dilakukan dan tidak mahu mengada-adakan apa yang telah termaktub dalam al-Quran dan sunah,'' jelasnya.

Berikutan wujud ketidakfahaman pelbagai pihak mengenai fahaman Wahhabi, beliau menyarankan Jakim memberi penjelasan mengenai fahaman tersebut bagi mengelakkan kekeliruan umat Islam terhadap amalan Ahli Sunah Waljamaah.

Kerajaan negeri juga, katanya, akan mengadakan seminar mengenai amalan ibadat di Perlis yang sealiran dengan mazhab Imam Shafie tidak lama lagi.


``Kita juga akan mengeluarkan risalah berkaitan bahaya gerakan Muhammad Abdul Wahab yang mengasaskan fahaman Wahhabi itu,'' jelasnya.


Dalam pada itu, Shahidan mencadangkan supaya sebarang dialog untuk membincangkan fahaman Wahhabi dilakukan secara tertutup tanpa melibatkan umat Islam yang cetek pengetahuan agama.

``Kita bimbang orang Islam yang cetek pengetahuan agama akan lebih keliru jika mereka terlibat dalam dialog yang membincangkan fahaman Wahhabi ini,'' tambahnya.





Wahhabi bukan militan
Petikan Dari Utusan Malaysia 11 Dec 2005
Oleh: YUSRI SAHAT

KANGAR 10 Dis. - Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim menyangkal dakwaan bahawa fahaman Wahhabi bersifat militan dan boleh menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam.

Tegas beliau, fahaman Wahhabi yang berasal dari Semenanjung Arab itu tidak berbahaya berbanding Syiah kerana amalannya menjurus kepada sunah Rasulullah dan al-Quran yang sejati.

Berikutan itu, katanya, Perlis rela dilabelkan sebagai pengikut fahaman Wahhabi selagi amalannya tidak bertentangan dengan Ahli Sunah Waljamaah.

``Kalau mereka kata saya mengamalkan fahaman Wahhabi, saya tidak kisah kerana apa yang saya amalkan adalah mengikut cara Rasulullah dan al-Quran,'' tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis berkhatan beramai-ramai yang melibatkan 300 kanak-kanak di Dewan 2020, di sini hari ini.

Menurut Shahidan, meskipun mazhab Al-Shafie dikatakan menjadi ikutan rasmi umat Islam di Malaysia, tetapi banyak amalan berunsur bidaah yang tidak diajar dalam mazhab itu dilakukan.

Misalnya, kata beliau, amalan mengadakan kenduri selepas berlaku kematian dalam sesebuah keluarga yang jelas tidak terdapat dalam mazhab Al-Shafie.


``Jika di zaman Rasulullah, orang ramai akan membawa makanan kepada keluarga si mati tetapi di negara ini, keluarga si mati pula yang perlu menjamu orang kampung,'' katanya.

Shahidan juga memberitahu, Perlis akan menganjurkan muzakarah tertutup antara ulama tempatan dan antarabangsa bagi membincangkan isu fahaman Wahhabi mulai bulan depan.

Dari Pangkalan Pasir .

Entry One

Badan masih terasa penat , setelah melalui perjalanan yang agak jauh dari Pangkalan Pasir ke Kuantan .Tambahan pula keputusan Pilihanraya Kecil N.12 Pangkalan Pasir tidak memihak kepada PAS. Hati dan perasaan ini agak sedih dan pilu.

Agak sukar untuk memulihkan perasaan ini dalam masa yang singkat , setelah saya melalui sendiri beberapa insiden negatif yang merosakkan demokrasi negara dalam pilihanraya kecil di Pangkalan Pasir .

Tak mungkin aku maafkan Petualang Negara .

Rasa hiba kian mencengkam setelah saya menerima pula sms dari Ustaz Misbahul Munir bahawa seorang sahabat yang juga staf DPPP ( sdr Rizal ) terlibat dalam kemalangan Jalan raya sejurus pulang dari Pangkalan Pasir ke Perak semalam .

Ya Allah , Ya Rabbi : Berat juga ujianMU ke atas kami pejuang agamaMU. Namun aku yakin , segalanya masih kecil berbanding generasi terdahulu yang mengharungi liku - liku perjuangan untuk mendaulatkan SyariatMU di atas muka bumi ini .

Tak kiralah menang atau kalah , itu semua tidak akan menjadi sebab atau alasan untuk aku berhenti memperjuangkan agamaMU ya Allah !!

Sungguhpun begitu , terlalu banyak yang telah aku pelajari dari episod perjuangan yang getir ini . Ya ..lah !! Kenapa kita menang ? Pasti ada faktornya dan kenapa kita kalah ? pasti pula ada sebabnya.

Jawapan kepada persoalan ini akan menjadi panduan dan sempadan bagi semua pejuang untuk menyambung tugas dan agenda yang masih banyak .

Ayuh !! Sahabat , bangkit lah dari rasa bungkam dan lesu / kecewa dan putus asa . Islam pasti Menang !! marilah kita melengkapkan jadualnya.

posted by Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi

Entry Two

Saya sepertimana rakan pejuang yang lain juga turut merasai sedih dengan keputusan pilihanraya kecil Pengkalan Pasir semalam. Tetapi ini tidak menghalang saya untuk menyampaikan ucapan tahniah dan sekalung penghargaan kepada pejuang-pejuang sekalian. Kefahaman kita dengan perjuangan ini menyebabkan kita turut merasai sedihnya walaupun bukanlah kita yang bertanding dan bukanlah kawasan kita yang terlibat dengan pemilihan itu.

Alhamdulillah syukur kita ucapkan kerana kita diberikan kefahaman dan komitmen untuk terus berada dalam jamaah ini. Kita melihat sekeliling kita. Banyak rakan-rakan yang terlibat berada dalam jentera musuh sebagai putera/puteri atau pemuda sebagainya. Sebahagian yang lain hanya menjadi pak turut sahaja.

Biar le sesiapa yang memerintah. Aku peduli apa. Sebahagaian yang laian bekerja dan memberikan pandangan menurut isu. Kalau isunya mengalahkan Islam, maka mereka turut sama menyalahkan Islam. Sebahagian yang lain melihat kumpulan mana lebih banyak peluang untuk mendapat benda dan ringgit. Maka mereka akan bersama dengan kumpulan itu.

Syukur kepada Allah yang telah menetapkan kita berada dalam gerakan Islam samada dalam waktu senang atau sukar, dalam waktu menang atau tewas, dalam waktu sedih atau riang. Kita masih di sini. Berhujan berpanas. Kita masih setia untuk mu Islam. Kita masih setia untuk menegakkkan agama Allah dan sunnah rasul. Biarlah apa dikata. Biarlah apa dicerca. Kita masih setia.

Saya percaya, walaupun terdapat beberapa kelemahan, banyak pekerja gerakan berada dalam tahap kerja yang paling optima. Inilah yang disebut oleh YAB TG Mursyidul Am supaya kita mesti sentiasa berharap dan berhati-hati walaupun semasa ibadat. Ini menunjukkan kepada kita bahawa kita perlu sentiasa berhati-hati juga walaupun kita sedang dalam kemenangan menentang nafsu kita supaya kita kelak akan terus mengharapkan bantuan Allah selain dari usaha-usaha kita yang sedikit ini.

Kalau nak diharapkan kemenangan dari usaha yang sedikit ini sudah tentu sangat mustahil. Mereka mempunyai segala-galanya. Media massa. Polis. SPR. Jentera-jentera lainnya. Semuanya. Kalaulah usaha kita sahaja adalah sangat mustahil bagi kita untuk menang. Pertolongan Allah itulah yang utama. Dan mungkin kita masih belum berupaya untuk kemenangan itu.

Berpuashatikah kita dengan usaha kita yang sedikit itu? Cukupkah bantuan yang kita berikan kepada jamaah dan ummah bagi Islam mencapai kemenangan. Cukupkah derma yang telah kita berikan. Cukupkah dengan doa yang kita pohonka? Cukupkah denagn tenaga yang kita wakafkan? Cukupkah dengan tidak tidur malam kita berkawal untuk menngakap perasuah-perasuah dan penipu tersebut? Berapa orang pemilih yang kita telah temuai untuk menyampaikan mesej Islam? Berapa orang pengundi telah kita temui untuk menyampaiakan penyelewengan musuh?

Cukupkan dengan kita mengatakan Pak Mat atau Pak Dolah yang bodoh itu mengundi Umno? Cukupkah dengan kita menyalahkan media kerananya Islam tewas? Cukupkah kita menyalahkan hipokrit musuh sedangkan kita tidak turun ke medan? Cukupkah kita tidur berseronok dengan isteri di waktu saudara kita keletihan dan kepenatan di medan?

Tahukah diri ini dan tuan-tuan bahawa ada pekerja yang langsung tidak tidur malam hanya kerana menunggu di semua pintu masuk daripada diserang musuh. Tahukah tuan banyak yang banyak yang langsung tidak pulang ke rumah selepas kematian Adun kita. Ada yang terpaksa menjadi poling agent dan caunting agent walaupun tidak mempunyai kemahiran perundangan. Satu kes yang melibatkan pooling agent kita menghalang seorang pemilih daripada mengundi kerana disyaki pengundi hantu yang mana tuannya dah meninggal dunia. Tetapi pooling agent itu hanya berbahas dengan pegawai SPR dan mengganggu proses pemilihan. Dia tidak terlintas agaknya untuk membuat laporan dalam borang bantahan serta nak tengok IC pemilih hantu tersebut. Siapa hendak disalahkan?

Sebenarnya kekalahan kita di Pengkalan Pasir adalah dalam keadaan jentera pilihanraya kita yang paling baik. Isu samaada nasional atau tempatan menyebelahi kita. Beberapa orang kuat musuh juga memberikan komitmen untuk mengundi kita. Pasukan musuh juga berselerak dari sudut kepimpinannya. Dan kita masih kalah dengan isu sama. Iaitu pengundi hantu dan politik wang. Bayangkanlah bagaimana agaknya ditempat jentera kita lemah, isu tidak menyebelahi kita, pimpinan kita tidak kuat dan sebagainya itu. Bersedialah untuk tewas!

Adakah kita bepuashati dengan sumbangan kita? Orang yang tidak memberikan sumbangan sepatutnya merasai menyesal. Orang yang memberikan sumbangan tetapi masih belum optima juga patut merasa menyesal. Orang yang hanya mengharapkan sahabat lain sahaja bekerja juga harus turut menyesal. Orang yang hanya mengharapkan musuh berubah menjadi baik dan masuk pilihanraya dengan jujur juga harus menyesal kerana musuh selama-lamanya tidak akan jujur dengan Islam. Orang yang tidur nyeyak di waktu malam dikala saudaranya menjaga benteng pertahanan patut menyesal. Orang yang tidak menyumbangkan derma pada waktu musuh memanipulasikan politik wang juga patut menyesal. Orang yang melepaskan batuk ditangga, berkhidmat kerana malukan kawan juga patut menyesal. Sesallah kita sebelum kerajaan kita diambil musuh. Postmotermlah kita dan baikpulihlah kita sebelum kerajaan pimpinan ulama’ kita berkecai.

Selepas daripada itu janganlah kita salah menyalah satu sama lain, kenapa kita tidak berusaha untuk mempertahankan kerajaan ini. Bersedialah kita untuk menjawab dengan alasan-alasan kita yang banyak itu di hadapan Allah. Seumpama orang yang menderhaka kepada ibunya semasa hayat ibunya, tetapi meracau-racau untuk menjadi anak soleh ketika ibunya sudah tiada. Mana mungkin akan kembali.

- Abu Azzam Abbas - 08.12.2005

‘Pas Kelantan kini sudah berubah’-Dr Mashitah

‘Pas Kelantan kini sudah berubah’

PASIR MAS: Rakyat Kelantan perlu sedar dasar kerajaan Pas Kelantan kini sudah berubah mengikut selera pemimpin mereka yang menjadikan Islam sebagai alat politik.

"Datuk Nik Aziz ( Menteri Besar Kelantan) pun sudah berubah. Dulu hiburan tak boleh, sekarang sudah boleh,” kata Setiausaha Parlimen Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Beliau berkata, bukti kerajaan Pas tidak konsisten membawa dasar pemerintahan yang didakwa berteraskan Islam sejak 15 tahun lalu apabila perkara berkaitan hiburan kini dibenarkan.

Pemimpin Pas, katanya banyak bercakap bohong kepada rakyat terutama di kampung bahawa nasib mereka tetap dibela.

"Pemimpin juga cakap bohong boleh bela nasib rakyat sedangkan yang kaya dan senang ialah ahli exconya, tetapi rakyat masih ramai yang susah. Inilah jenis pemimpin Pas yang nak kenyang perut sendiri saja.

"Apakah kalau Pas memerintah (negara) parti itu boleh jamin rakyat tidak akan susah," katanya pada majlis ceramah di Kampung Dangar di sini, semalam.


Sehubungan itu, Dr Mashitah yang juga Ahli Parlimen Baling mengajak rakyat Kelantan supaya berani membuat perubahan politik dengan memberi sokongan penuh kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).

Katanya, Islam sendiri menuntut umatnya memilih pemimpin berwibawa, berpandangan jauh dan prihatin kepada rakyat.

"Jadi, saya lihat calon BN (Hanapi Mamat) yang ditawarkan kepada rakyat di Pengkalan Pasir seorang yang menepati kriteria mengikut tuntutan agama.

"Di Baling (Kedah) yang tidak ada bezanya dengan Pasir Mas, rakyat berani mengubah (pemimpin) daripada Pas pada Pilihan Raya Umum lalu kepada BN. Jadi, kenapa tidak rakyat Pengkalan Pasir untuk turut membuat perubahan," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas itu ketika diminta mengulas mengenai Pas mendakwa mengundi parti dapat pahala, beliau berkata dakwaan itu adalah percubaan Pas mempolitikkan agama yang dibimbangkan boleh menjejaskan akidah umat Islam.

Katanya, berbeza dengan perjuangan Umno yang memperjuangkan agama dengan menggunakan politik.

"Kita (Umno) memperjuangkan agama, dia (Pas) menggunakan agama, sebab itu isu-isu yang dibangkitkan adalah berkaitan agama.

"Di kawasan saya ketika berkempen Pilihan Raya Umum 2004, Pas juga main isu apabila pangkah Pas masuk agama (Islam). Saya rasa sedih sebab tidak ada orang berani menentukan bahawa kita masuk ke syurga (undi Pas).

"Sedangkan Rasulullah SAW, pernah sebut pada anak baginda Fatimah bahawa baginda sendiri tidak boleh menjamin anak masuk syurga, tetapi Pas boleh jamin pangkah (undi Pas) dah boleh masuk syurga," katanya.

Kesian Pak Lah....

Source The Star 1/12/2005-Syabas Pengundi Kota Bharu

Zaid: Run lotteries to raise sports funds

ORGANISE special lotteries to raise funds for sports. This was the suggestion Datuk Zaid Ibrahim (BN – Kota Baru) gave to overcome the problem of finances.

He said many gaming companies did not contribute to sports adequately.

Sports in England, he said, were fully funded by profits from gaming.

n_p12zaid

Asked whether the proceeds would be halal, he asked: "What is more important is what we use the money for. Why are we afraid of doing it. Is it because of PAS? They only have six seats in Parliament. What are we afraid of?"

Apa yang lebih penting adalah tujuan wang itu digunakan. Apa yang nak kita bimbangkan. Adakah (kita bimbang) kerana PAS? Mereka hanya ada enam kerusi di Parlimen. Apa yang kita takutkan?


He made the comments when debating Budget 2006 for the Youth and Sports Ministry at committee stage.

During the debate, several MPs questioned the role of the Sports Commissioner.

They said the post should be abolished because it had not helped the development of sports.

Loh Seng Kok (BN – Kelana Jaya) said many countries which did not have such a position still managed to excel in sports.

“One has to look at the state of sports before and after the position was created,” he said, adding that the post was created to solve problems, not otherwise.

This led Datuk Ghazali Ibrahim (BN – Padang Serai) to suggest that the post be abolished as it had not benefited sports in Malaysia.

Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (BN – Larut) asked why the commissioner had been given the right to meddle in a particular sports organisation.

“This is akin to interfering in family matters,” he said.

Debate on this issue then focused on why the commissioner could not solve the issue of the deregistration of the Malaysian Taekwondo Association (MTA).

Lim Kit Siang (DAP – Ipoh Timur) asked why the parties involved couldn't come together to resolve the problem.

“If this drags on, I’m afraid our performance in the sport may be adversely affected,” he said.

Deputy Youth and Sports Minister Datuk Ong Tee Keat, winding-up for his ministry, said the problem arose when MTA failed to appeal to the ministry against the commissioner's decision to suspend the association.

“Furthermore, MTA took the issue to court and this added tension to the whole matter,” he said.

He said that like all MPs, he also hoped the matter would be resolved quickly.

Katakan Tidak Pada Wahabi

Nice Artikel untuk menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Dr Uthman AlMuhammadi. BTW, ada lagi satu artikel yang saya rasa patut ditelaah bersama boleh refer ke laman web abg guru di bawah..

ISU WAHABI: UMAT ISLAM KERUGIAN UMUR


Katakan Tidak Pada Wahabi
Oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Adalah malang apabila golongan yang kononnya kuat berpegang dengan agama tidak bersifat ilmiah. Sedangkan ilmu adalah teras kepada Islam yang tulen dan murni. Antara sikap tidak ilmiah ialah menuduh seseorang dengan sesuatu tuduhan palsu disebabkan tidak mahu atau berupaya menjawab persoalan yang dikemukakan. Sikap ini sama dengan Amerika sekarang yang menganggap sesiapa sahaja yang mengkritiknya sebagai pengganas sekalipun tanpa bukti.

Di Malaysia ini, wujud sikap yang sedemikian. Jika seseorang memberikan pandangan agama yang bukan menjadi perkara yang biasa diketahui oleh golongan agama tradisional tempatan, maka dia akan dilebelkan sebagai ‘wahabi’. Sekalipun mungkin dia tidak tahu menahu wahabi itu apa?! Bahkan yang membuat tuduhan itupun kebiasaannya tidak begitu tahu apa itu wahabi?!

Jika kita bertanya kepada kebanyakan yang suka melebelkan orang lain sebagai ‘wahabi’; apa itu wahabi? Berbagai jawapan diberikan. Ada yang katakan wahabi ialah sesiapa yang tidak qunut subuh. Jika kita beritahu dia, mazhab-mazhab yang lain juga demikian. Apakah al-Imam Ahmad bin Hanbal dan Abu Hanifah juga wahabi? Dia diam. Ada yang kata: wahabi tidak tahlil. Kita beritahu dia tahlil maksudnya La ilah illa ALLAH, tahmid bermaksud Alhamd li ALLAH, tasbih bermaksud subhana ALLAH. Setahu kita mereka ini menyebutnya. Mana mungkin, jika tidak, mereka kafir. Bahkan imam-imam di Arab Saudi menghafaz al-Quran dengan begitu hebat dan bacaan-bacaan mereka diperdengarkan di sana sini. Adakah mereka kafir?!! Ada yang kata wahabi adalah mereka yang belajar di Arab Saudi. Saya kata saya tidak belajar di Arab Saudi pun ada juga yang menuduh wahabi. Kemudian, kalau wahabi itu sesat, apakah sekarang Masjid al-Haram dan Masjid al-Nabi sedang didiami dan diimami oleh golongan yang sesat?!! Ada yang kata wahabi ialah golongan tidak bermazhab. Kita beritahu dia Arab Saudi yang sebagai dituduh wahabi bermazhab Hanbali.

Agak yang lebih pandai menyebut; wahabi adalah pengikut Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab. Dari situ digelar pengikutnya ‘Wahhabi’. Saya katakan saya sendiri dalam pengalaman yang singkat ini ada yang menuduh wahabi, sekalipun saya tidak begitu membaca buku-buku Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab. Saya hanya menganggapnya salah seorang tokoh-tokoh umat yang ada jasa dan sumbangannya. Dalam masa yang sama ada kekurangan dan kelemahannya. Dia bukan tokoh mazhab fiqh yang ulung untuk dirujuk fatwa-fatwa fiqhnya. Dia sendiri bermazhab Hanbali. Bukan juga jaguh dalam hadith, sehingga al-Albani pernah mengkritiknya dengan agak keras. Namun, sebagai tokoh, ada sumbangannya yang tersendiri. Dari segi ilmiah, secara peribadi saya tidak dapat banyak manfaat daripadanya. Namun sumbangannya tidak dilupakan. Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam Fiqh al-Aulawiyyat memujinya, dengan berkata: Bagi al-Imam Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab di Jazirah Arab perkara akidah adalah menjadi keutamaannya untuk memelihara benteng tauhid dari syirik yang telah mencemari pancaran tauhid dan dikotori kesuciannya. Beliau telah menulis buku-buku dan risalah-risalah dalam perkara tersebut. Beliau bangkit menanggung bebanan secara dakwah dan praktikal dalam memusnahkan gambaran-gambaran syirik. (m.s. 263, ctk. Maktabah Wahbah, Mesir). Bahkan Dr. Wahhab al-Zuhaili juga memujinya dengan menyebut: "Sesuatu yang tiada syak padanya, menyedari hakikat yang sebenar, bukan untuk meredhakan sesiapa, berpegang kepada ayat al-Quran yang agung (maksudnya) "Jangan kamu kurangkan manusia apa yang menjadi hak-haknya (Surah Hud: 85), bahawa suara kebenaran yang paling berani, pendakwah terbesar untuk islah (pembaikian), membina umat, jihad dan mengembalikan individu muslim kepada berpegang dengan jalan al-salaf al-salih yang terbesar ialah dakwah Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab pada kurun yang kedua belas hijrah. Tujuannya untuk mentajdidkan kehidupan muslim, setelah secara umum dicemari dengan berbagai khilaf, kekeliruan, bid'ah dan penyelewengan. Maka Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab ialah pemimpin kebangkitan agama dan pembaikian (islah) yang dinantikan, yang menzahir timbangan akidah yang bersih.." (Rujukan: Dr Wahbah al-Zuhaili, Risalah Mujaddid al-Din fi Qarn al-Thani ‘Asyar, m.s 57-58). Bahkan banyak lagi puji-pujian beliau dalam risalah tersebut. Saya tidak pasti apakah tokoh-tokoh agama yang begitu ramai memuji Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab patut dituduh wahabi atau tidak?!!!

Antara kitab-kitab yang saya ajar ialah kitab fekah mazhab al-Imam al-Syafi'i. Saya baca kitab al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i kerana ia agak mudah untuk generasi muda. Namun apabila saya menyebut apa yang terkandung dalam kitab tersebut yang tidak sama dengan amalan masyarakat, maka dituduh wahabi. Sedangkan kitab itu adalah kitab dalam Mazhab al-Imam al-Syafi'i. Tokoh-tokoh penulisnya, adalah tokoh-tokoh semasa mazhab al-Imam al-Syafi'i , iaitu al-Syeikh Mustafa Khin, al-Syeikh Mustafa al-Bugha dan ‘Ali al-Syarbaji. Namun apabila saya baca antara apa yang disebut dalam kitab tersebut: "Daripada bid'ah apa yang dibuat oleh keluarga si mati ialah dengan mengumpulkan orang ramai kepada makanan dengan munasabah yang dinamakan berlalunya empat puluh hari dan seumpamanya. Sekiranya perbelanjaan makanan tersebut dari harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih haram. Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim tersebut. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan memakannya" (1/263, Damsyik: Dar al-Qalam), saya dituduh wahabi. Apakah semua penulis itu wahabi?!!. Mereka katakan kepada saya, jangan baca! Itu tidak sama dengan mazhab syafii tempat. Saya tanya: Adakah ada dua mazhab al-Syafi'i??!. Tidak mengapalah, mari kita tengok apa kata kitab-kitab melayu jawi. Kata Syeikh Daud al-Fatani (semoga ALLAH merahmatinya) dalam Bughyah al-Talab: "(dan makruh) lagi bid'ah bagi orang yang kematian membuat makanan menserukan segala manusia atas memakan dia sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang diadatkan kebanyakan manusia (dan demikian lagi) makruh lagi bid'ah bagi segala yang diserukan dia memperkenankan seruannya" (2/34). Demikian juga kenyataan dibuat oleh al-Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dalam Sabil al-Muhtadin. Begitu juga al-Marbawi dalam Bahr al-Mazi menyebut: "Maka bid'ah yang tidak elok" (7/130). Apakah mereka semua juga wahabi?!!.

Apabila kita memberitahu amalan Nisfu Syaaban seperti yang dibuat oleh masyarakat kita bukan dari tunjuk ajar Nabi s.a.w. Mereka kata: "awak wahabi". Kita kata ini bukan daripada tulisan Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab, ini fatwa Dr Yusuf al-Qaradawi apabila ditanya mengenai nisfu Syaaban, beliau menjawab: "Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya...perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka.( Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah, 1/382-383, Beirut: Dar Uli al-Nuha). Apakah beliau juga wahhabi?!!

Al-Imam al-Nawawi (meninggal 676 H) adalah tokoh agung dalam mazhab al-Syafi'i. Pada zamannya, beliau membantah mengiringi jenazah dengan mengangkat suara membaca al-Quran. Beliau berkata: "Ketahui sesungguhnya yang betul lagi terpilih yang menjadi amalan al-salaf al-salih r.a ialah diam ketika mengiringi jenazah. Jangan diangkat suara dengan bacaan, zikir dan selainnya. Hikmahnya nyata, iaitu lebih menenangkan hati dan menghimpunkan fikiran mengenai apa yang berkaitan dengan jenazah. Itulah yang dituntut dalam keadaan tersebut. Inilah yang cara yang betul. Jangan kamu terpengaruh dengan banyaknya orang yang menyanggahinya. Sesungguhnya Abu ‘Ali al-Fudail bin ‘Iyad r.a. pernah berkata -maknanya-: "Berpegang dengan jalan petunjuk, jangan engkau tewas disebabkan sedikit yang melaluinya. Jauhilah jalan yang sesat. Jangan engkau terpengaruh dengan banyaknya golongan yang rosak". Adapun apa yang dilakukan oleh golongan jahil di Damsyik, iaitu melanjutkan bacaan al-Quran dan bacaan yang lain ke atas jenazah dan bercakap perkara yang tiada kaitan, ini adalah haram dengan ijma’ ulama. Sesungguhnya aku telah jelaskan Adab al-Qiraah keburukannya, besar keharamannya, dan fasiknya sesiapa yang mampu membantahnya tetapi tidak membantahnya". (Al-Nawawi, Al-Azkar, m.s. 225-226, Damsyik: Maktabah al-Ghazali). Saya percaya jika al-Imam al-Nawawi di zaman kini dan buat kenyataan ini, golongan yang taksub pegangan tempatan akan menuduhnya juga wahabi. Apatah lagi jika mereka membaca kenyataan al-Imam al-Nawawi ini menyetujui tokoh-tokoh mazhab al-Syafi’i yang membantah jamuan atau kenduri sempena kematian. Katanya: "adapun menyediakan makanan oleh keluarga si mati dan menghimpunkan orang ramai kepadanya adalah tidak diriwayatkan daripada Nabi s.a.w sedikit pun. Ia adalah bid’ah yang tidak disukai" (Al-Nawawi, al-Majmu’ Syarh al-Mahazzab 5/320 Beirut: Dar al-Fikr).

Banyak lagi contoh-contoh lain jika hendak disebut. Maka fahamlah bahawa tuduhan wahabi kepada seseorang di negara kita ini kebanyakan adalah fitnah. Sebagai jawapan kepada persoalan yang tidak terjawab, maka diputarkan isu ke arah yang lain. Ia adalah lambang akhlak dan perilaku buruk pembuatnya. Memburukkan orang lain tanpa bukti dan ilmu. Kesemua mereka ini akan didakwa di akhirat kerana memutar belitkan fakta tanpa rasa takut kepada ALLAH. Tidak pernahkah mereka membaca firman ALLAH dalam Surah al-Hujurat ayat 11-12: (maksudnya) Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Adalah malang jika medan perbahasan ilmiah dijadikan medan fitnah memfitnah. Apatah lagi jika yang terlibat itu golongan agama. Kita sepatutnya hanya berada dalam sempadan fakta dan angka sahaja. Jangan terbabas ke peringkat tuduh menuduh secara tidak berakhlak. Umpamanya, memang benar kita dalam beberapa pandangan hukum, mengambil selain dari mazhab al-Syafi'i. Ini beradarkan kajian atau tarjih yang disandarkan kepada ulama lain. Di Malaysia pun memang banyak hukum yang tidak berpegang dengan mazhab al-Syafi'i, terutamanya dalam fiqh muamalat. Lihat sahaja hukum-hakam zakat di negara ini. Namun ini bukan bererti kita menghina al-Imam al-Syafi'i. Malang sebahagian yang berniat jahat membuat fitnah kononnya kita menghina Imam kita yang agung itu. Sedangkan saya sendiri pada Julai 2004 telah menulis tentang keagungan al-Imam al-Syafi'i dalam majalah ini dan demikian juga dalam buku-buku saya. Bahkan ada yang membuat cerita kononnya ingin dibakar kitab-kitab mazhab dan inilah wahabi. A’azu bi ALLAH min zalik (pohon perlindungan dengan ALLAH dari itu semua). Benarlah kata Kata Muhammad bin Salih al-‘Ali: "Kebiasaannya, taksub kepada sesuatu pandangan atau mazhab membawa kepada sejenis sikap keras terhadap sesiapa yang menyanggahi pandangan dan mazhabnya. Inilah yang berlaku kepada sebahagian pengikut mazhab fiqh yang lidah mereka petah (mencerca) sesiapa yang berbeza dengan mereka…Orang yang taksub terlindung dari penilaian secara ilmiah dan berhati-hati dalam hukuman. Dia tidak melihat melainkan keburukan dan kesilapan orang yang berbeza dengannya. Ini membawanya kepada sikap keras, mengkritik dan menyakiti.." (rujukan: Muhammad bin Salih bin Yusuf al-‘Ali, Insaf Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah m.s. 113-114, Jeddah: Dar al-Andalus al-Khadra`).

Ramai pendakwah yang mengeluh dengan akhlak buruk ini. Saya juga berdukacita dan bersimpati. Apatah lagi jika ahli fitnah memakai gelaran ahli badan ulama. Lebih lagi kita sedihkan. Namun saya katakan kepada diri saya yang amat dhaif dan para pendakwah yang difitnah; bersabarlah. Telah pun difitnah sebelum ini para rasul yang mulia, sehingga Nabi Muhammad s.a.w dituduh ahli sihir dan gila. Al-Imam al-Syafi'i r.h pernah dituduh sebagai pendokong Syiah di zaman sehingga dia dihukum. Al-Imam Al-Bukhari r.h pernah tuduh sebagai bersefahaman dengan Mu’tazilah mengenai al-Quran, sehingga dia terpaksa keluar dari kampung halamannya. Demikian sejarah dan sirah para ulama kesemuanya tidak sunyi dari mainan golongan yang hasad dan khianat. Demikian tabiat dakwah ini yang sentiasa menuntut keikhlasan dan pengorbanan. Pada hari kita memulakan dakwah ke jalan ALLAH dan rasulNya ini, kita sepatutnya mengetahui denai berliku dan lorong berduri yang akan lalui di hadapan. Jika tidak bertemankan keikhlasan dan kecintaan yang tinggi kepada ALLAH dan Rasul, gugurlah kita satu persatu. Untuk itu dari awal kita mesti sedar hakikat ini. Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

Ada kata golongan wahabi enggan terikat dengan mazhab. Jadi sesiapa yang ada berpegang dengan mazhab lain dalam beberapa perkara, maka dia wahabi. Kita katakan kita amat menghormati mazhab dan memuliakannya. Dalam banyak perkara kita terkait dengan mazhab al-Syafii. Tetapi ahli ‘tuduh menuduh’ ini seperti kata Dr Yusuf al-Qaradawi: "Golongan yang taksub ini tidak membolehkan sesiapa yang mengikut sesuatu mazhab keluar daripadanya, sekalipun dalam beberapa masalah yang jelas kepada pengikut mazhab bahawa dalil mazhabnya lemah. Sehingga mereka menyifatkan sesiapa yang keluar mazhab sebagai tidak berpendirian. Perbuatan ini sebenarnya mewajibkan apa yang tidak diwajibkan oleh Allah SWT. Seakan-akan mereka menganggap imam-imam mazhab mempunyai kuasa membuat syari`at dan perkataan mereka adalah hujah syarak yang dipegang dan tidak boleh dibangkang. Ini sebenarnya menyanggahi tunjuk ajar imam-imam mazhab itu sendiri, kerana sesungguhnya mereka telah melarang orang ramai bertaklid kepada mereka atau selain mereka. Ini juga menyanggahi apa yang dipegang oleh golongan salaf umat ini iaitu para sahabah dan mereka yang selepas sahabah sepanjang kurun-kurun yang awal yang merupakan sebaik-baik kurun dan yang paling dekat kepada petunjuk Nabi. Justeru itu, para ulama besar umat ini dan para muhaqqiqnya (pengkaji) membantah sikap melampau di dalam taklid mazhab yang menyamai apa yang dilakukan oleh ahli kitab yang mengambil paderi dan pendita mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah". (rujukan: Dr. Yusuf al-Qaradawi, Al-Sahwah al-Islamiyyah bain al-Ikhtilaf al-Masyru’ wa al-Tafarruq al-Mazlum, m.s 202, Kaherah: Dar al-Sahwah). Barangkali mereka juga kena masukkan al-Qaradawi dalam senarai wahabi seperti yang didakwa oleh Amerika terhadap beliau.

Dalam ilmu hadith pula, kita menyebut apa yang disebut oleh ulama-ulama hadith yang mendhaif atau menghukum sebagai palsu sebahagian hadith yang diamalkan oleh masyarakat kita. Umpamanya, kita memetik ulasan-ulasan para ulama terhadap Kitab Ihya ‘Ulum al-Din. Bukan bertujuan menghina al-Imam al-Ghazali (semoga ALLAH merahmatinya), tetapi sebagai ingatan untuk kita. Malangnya, mereka yang tidak takutkan ALLAH membuat fitnah kononnya kita menganggap kita lebih alim dari al-Imam al-Ghazali. Di sini saya petik apa yang tertera dalam buku saya "Menangkis Pencemaran Terhadap Agama & Tokoh-Tokohnya" yang dicetak pada awal tahun 2004:

"Sebagai contohnya di sini kita sebutkan kitab Ihya`Ulum al-Din karangan al-Imam al-Ghazali r.h (meninggal 505H) secara khusus. Ini memandangkan ia merupakan yang paling masyhur dan banyak diguna pakai dalam masyarakat. Dengan kita menyedari bukan hanya kitab al-Ihya ini sahaja yang mengandungi hadith-hadith dhaif dan palsu, ada kitab-kitab lain juga banyak yang mempunyai masalah yang sama. Mengkritik hadith-hadith palsu dan dha`if dalam kitab al-Ihya ini tidaklah bererti kita menafikan sama sekali sumbangan penulisnya dan nilai-nilai baik yang terkandung di dalamnya. Sebagai seorang tokoh, tentunya Al-Ghazali mempunyai sumbangannya yang tersendiri. Namun ini tidak memboleh kita menyembunyi apa yang benar. Kita mendo`akan keampunan dan kerahmatan Allah untuknya dan juga kita. Namun persoalan kebenaran dan ilmu mesti dijelaskan. Firman Allah:

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu.( Surah al-Nisa`: 135)

Al-Ghazali seperti yang dinyatakan oleh al-Hafizd al-Zahabi (wafat 748H) ketika mengulas kesilapan-kesilapannya dalam kitab Ihya `Ulum al-Din: "Aku katakan: Al-Ghazali adalah imam yang besar, namun bukanlah menjadi syarat seorang alim itu untuk dia tidak melakukan kesilapan. (rujukan: Al-Zahabi, Siyar `Alam al-Nubala 19/339, Beirut :Muassasah al-Risalah)

Sesiapa sahaja yang mengkaji ilmu hadith tahu bahawa Al-Imam al-Ghazali bukan seorang pakar dalam bidang hadith, ini diakui oleh semua pihak, melainkan mereka yang jahil tentang ilmu hadith sahaja. Sehingga Taj al-Din al-Subki (meninggal 771H/ Beliau adalah tokoh mazhab al-Syafi’i yang terkenal) yang begitu mempertahankan al-Imam al-Ghazali dalam Tabaqatnya turut mengakui hal ini dengan menyatakan: "Adapun apa yang dianggap cacat pada kitab al-Ihya disebabkan kelemahan sebahagian hadith-hadithnya, ini kerana al-Ghazali diketahui bukanlah seorang pakar dalam bidang hadith". (rujukan: Taj al-Din al-Subki, Tabaqat al-Syafi`yyah al-Kubra, 3/449, Beirut :Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah)

Kita lihat apa yang kata tokoh-tokoh hadith umat mengenai kitab Ihya `Ulum al-Din antaranya:

-Kata al-Hafizd al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H) dalam Al-Bidayah wa Al-Nihayah: "Ketika berada di Damsyik dan Bait al-Maqdis, al-Ghazali mengarang kitabnya Ihya `Ulum al-Din, ianya sebuah kitab yang ganjil. Ianya mengandungi ilmu yang banyak berkaitan syarak, bercampur dengan kehalusan tasawwuf dan amalan hati. Namun padanya banyak hadith yang gharib, munkar dan palsu".( Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 12/186, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah)

-Kata al-Hafizd al-Imam Ibn Jauzi (wafat 597H): "Kemudian datang Abu Hamid al-Ghazali menulis untuk golongan sufi kitab al-Ihya’ berdasar pegangan mereka. Dia memenuhi bukunya dengan hadith-hadith yang batil yang dia tidak tahu kebatilannya".( rujukan :Ibn Jauzi, Talbis Iblis, m.s. 190, Beirut : Dar al-Kutub al-ilmiyyah)

-Kata al-Hafizd al-Imam al-Zahabi (wafat 748H): "Adapun kitab al-Ihya padanya ada sejumlah hadith-hadith yang batil. Sekiranya tidak ada padanya adab, cara dan zuhud yang diambil dari ahli falsafah dan golongan sufi yang menyeleweng, padanya ada kebaikan yang banyak. Kita memohon daripada Allah ilmu yang bermanfaat. Tahukah anda apa itu ilmu yang bermanfaat?. Ianya apa yang dinyatakan al-Quran dan ditafsirkannya oleh Rasulullah secara perkataan dan perbuatan".( Al-Zahabi, Siyar `Alam al-Nubala`, 19/339)

-Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (wafat 728H): "Abu Hamid (Al-Ghazali) tidak mempunyai kepakaran dalam hadith-hadith Nabi dan riwayat-riwayat salaf sepertimana yang dimiliki oleh ahli yang mengetahui perkara itu. Mereka dapat membeza antara yang sahih dan yang tidak sahih. Oleh itu al-Ghazali menyebut dalam kitab-kitabnya hadith dan athar yang palsu dan dusta, yang mana kalau mengetahuinya tentu dia tidak menyebutnya".( Ibn Taimiyyah, Dar`u Ta`arud al-`Aql wa al-Naql, 7/149, Riyad : Dar al-Kunuz al-Adabiyyah).

Ada yang kata, kalau iya pun, banyak lagi isu yang lebih penting. Kita katakan alhamd lil Lah, atas kurnia ALLAH, banyak isu-isu ilmiah utama di negara ini, kita antara yang awal membincangkannya. Isu Islam Liberal, isu Astora, Syiah dan seumpamanya. Tulisan-tulisan kita banyak tentang isu-isu itu. Adapun isu-isu yang disebutkan tadi hanya sampingan sebagai menjawab persoalan-persoalan yang dibangkit oleh generasi baru yang luas pembacaannya. Namun telinga anda hanya memetik apa yang anda benci dan memekakkan diri dari apa yang anda suka. Kami pohon keampunan dari Allah untuk kami dan anda juga !!

Justeru, jauhkan diri fitnah-menfitnah kerana itu perlambangan akhlak yang buruk dan peribadi yang amat rendah. Kita kurang kecewa apabila pelakunya itu ‘Shahrir Long’. Namun kita akan kecewa jika hal ini dilakukan oleh golongan agama, yang berakhlak dan mempunyai maruah diri. Mungkin ada orang yang benar-benar ingin menasabkan dirinya kepada wahabi. Namun kita sejuta kali menyebut : ‘Katakan tidak untuk wahabi’. Ya untuk syafii, ya untuk Hanbali, Ya untuk Maliki, Ya untuk Hanafi. Dengan syarat tidak ekstrim dan taksub. Tapi no untuk wahabi kerana ia bukan aliran yang cukup untuk dimazhabkan

Kenapa? Tak Percaya ek...

RM 15.81 juta kos ubahsuai kediaman rasmi PM

Seri Perdana

Dewan Rakyat Isnin diberitahu bahawa kos pengubahsuaian kediaman rasmi Perdana Menteri ‘ Seri Perdana’ di Putrajaya yang dilaksanakan tahun ini berjumlah RM15.81 juta.

Kerja pengubahsuaian itu meliputi kerja membaik pulih dan menaik taraf sistem penyaman udara, pendawaian elektrik, lanskap serta pengubahsuaian dalaman termasuk ruang dapur dan bayaran juruperunding.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memberitahu demikian dalam jawapan bertulis kepada Teresa Kok (DAP-Seputeh) mengenai kos pembinaan, pengubahsuaian dan pengurusan tahunan kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Menurutnya kerja pengubahsuaian telah pun siap sepenuhnya dan Perdana Menteri telah pun berpindah ke kediaman rasmi beliau.


Mohamed Nazri berkata kos penyelenggaraan bulanan yang melibatkan keseluruhan kompleks kediaman Perdana Menteri termasuk blok rumah persendirian beliau hanya berjumlah RM2.9 juta setahun iaitu dengan purata RM242,991.50 sebulan.

Beliau berkata kos asal pembinaan kediaman rasmi Perdana Menteri dengan merujuk khusus kepada blok rumah persendirian di mana Perdana Menteri dan keluarga tinggal berjumlah RM24.17 juta.

Mohamed Nazri berkata kos asal kontrak pembinaan kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dengan merujuk kepada blok rumah persendirian di mana Timbalan Perdana Menteri dan keluarga tinggal berjumlah RM13.51 juta.

Beliau berkata kos penyelenggaraan tahunan kompleks kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri berjumlah RM1.46 juta setahun iaitu dengan purata RM122,267 sebulan.


Setakat ini, kos pengubahsuaian kompleks kediaman Timbalan Perdana Menteri bagi tahun ini belum diputuskan lagi kerana masih di peringkat kajian dan perancangan Jabatan Kerja Raya, katanya.


Kompleks Seri Perdana merangkumi tiga blok iaitu Blok 1 Blok Protokol - kemudahan-kemudahan ruang sambutan utama,Blok 2 Blok Bankuet - kemudahan-kemudahan jamuan dan Blok 3 - blok kediaman rasmi Perdana Menteri

Kerja-kerja pembinaan Kompleks Seri Perdana ini bermula pada awal tahun 1997 dan pengurusan pentadbiran kompleks ini mula beroperasi pada 18 Oktober, 1999.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak terus tinggal di Seri Perdana selepas mengambilalih jawatan Perdana Menteri dari Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau tinggal di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri yang terletak tidak jauh dari komplek pejabat-pejabat kerajaan di Putrajaya.

Abdullah berpindah ke Seri Perdana baru-baru ini selepas kerja ubahsuai selesai.

p/s: Ayat yang diboldkan = Mampoih aku takleh nak pk nak ubahsuai apa lagik.

Post Raya

Salam Aidil Fitri...


Entry One


Takde apa lagi nak update semenjak dua menjak tiga menjak raya ni, tak sampai seru lagi untuk update belek belek blog kengkawan ummu amiir lain pun sumer duk citer pasal raya di kampung masing masing which was a big difference for amiir this year and for the rest of his life.

Among highlighted event


ni baru kenduri yang pertama kenduri yang kedua nanti amiir upload gambar lepas majlis nanti...kot kot ada gambar amiir menepung tawar mak lang dan pak lang plak


Entry Two

ada blog blog yang abu amiir masuk sumer duk citer pasai kawan kawan amiir semua menunjukkan kecenderungan untuk solat bila nampak sejadah, eloklah tu betullah ada kata kata tu kalau nak tau seseorang tu macam mana kena tengok kawan kawan dia Alhamdulillah kawan kawan amiir semuanya kaki solat, kawan kawan amiir pun sama macam kawan kawan ummu amiir. betullah anak anak ni macam kain putih ibu bapa lah yang akan lakarkan kehidupan sama ada sebagai yahudi, nasara atau mukmin haqiqi, abu amiir nak citer pasai kecenderungan untuk solat pun tak reti, ibu ibu yang reti citer pasai ni sebab tu kalau nak baca citer anak anak belajar solat bacalah citer ummu nufayl ke ummu auni ke insya allah lebih kurang sama kot dengan amiir, cuma mungkin gambar di bawah boleh menceritakan detail lagilah :P




















SOLAT

amiir sedang mengimamkan solat maghrib bersama ayah su

seusai

imam muda pakar hadis insya allah

Kullu 'Aamin Wa Antum Bikhair

Assalamualaikum Warahmatullah

Bismillah Walhamdulillah..

Sempena dengan musim 'Aidil Fitri yang bakal menjelang, kami ingin mengucapkan "Kullu 'Aamin Wa antum Bikhair" kepada semua.

Moga moga Allah menerima segala amal ibadah yang telah kita lakukan selama ini terutamanya usaha keras kita sepanjang bulan Ramadhan ini, moga moga Allah sudi untuk
mengampunkan sebarang salah dan silap kita yang mungkin berlaku sama ada secara sengaja ataupun tidak, sepanjang kita menunaikan Siyam Ramadhan ini.

Kita mohon supaya Allah dengan sifat Rahman dan Rahimnya meletakkan kita semua di
kalangan graduan graduan yang bertakwa di sisi Allah walaupun mungkin ibadah kita masih jauh jika dibandingkan dengan nabi-nabi, rasul rasul dan juga aulia' Allah.Kita mohon juga supaya Allah panjangkan lagiumur kita supaya kita dapat bertemu lagi dengan Ramadhan 1426 untuk kita meneruskan tugas kita kepada Allah.

Kami juga ingin memohon ribuan ampun dan maaf kepada semua sekiranya ada terkasar bahasa, perbuatan atau tingkah laku kami yang mungkin ada menyinggung perasaan dan hati anda semua, dan kami juga memaafkan kalau ada apa apa yang pernah terguris di hati kami sebelum ini. Begitu juga sekiranya ada sebarang hutang yang kami masih belum jelaskan harapnya dapat dimaklumkan kepada kami supaya kita semua dapat melalui Hari Raya dengan hati yang tenang dan seterusnya diberkati dan dirahmati.

Jemputlah ke kedua dua kenduri yang bakal di adakan nanti...

Sekian

Wassalam

raya2004 124

Sorrylah ek tader gambar baru tahun ni kena recycle yang tahun lepas

--abu amiir,ummu amiir & amiir husaini--
bandar baru bangi
27 Oktober 2005

archive:
http://nuun.blogspot.com/2004_11_01_nuun_archive.html

Anak Orang Anak Kita

Entry One

mak long: 3,2,1 ready or not?...Here I .......?
amiir: TAM!!!!
mak long: COME.....

baba: satu..dua...
amiir: TIDA.....
baba: A..B...
amiir: SHI....
baba: kaki mana sakit?
amiir: (angkat kaki tunjuk)
baba: sakit?
amiir: taatit.

Set129_101


Entry Two

Masih ingat lagi cerita Nur Fatin Najwa tempoh hari? Mana mana yang ingin menghulurkan bantuan kepada keluarga ini boleh menghubungi sendiri keluarga ini, Encik Mohd Rashidi bin Rashid di talian 019-4023596 atau kepada yg ingin menyumbangkan secara online, akaun BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD adalah seperti berikut 07-043-02-018082-1.

Dermalah sementara kita masih lagi hidup di bulan barakah ni, kalau takde duit banyak bagi sikit jadilah, kalau dah ada simpan duit untuk bagi duit raya kat anak anak buah kenapa tidak ambil sikit dari peruntukan tu then derma kepada adik fatin ni,kalau nak buat "trick sikit" dermalah pada malam malam ganjil dan siapa tahu kalau Allah nak takdirkan malam yang kita derma tu adalah malam Qadar!!! Rabbuna Yusahhil...

Waliamatul'Urus

Assalamualaikum....

ayah ngah 1
--amiir ngan ayah ngah (tengah tengok barang hantaran)--

1. Amiir nak jemput semua semua yang mengenali Baba, Umi ,Ayah Ngah dan Mak Lang Amiir ke majlis kenduri kesyukuran sempena perkahwinan seperti yang akan dimaklumkan di bawah:


a. Majlis Kesyukuran Pertama
AHMAD FAHMI BIN HJ. MOHD ZANI (Ayah Ngah Amiir)
DENGAN
IRHAN ARNIE BINTI HJ. ZAKARIA

pada hari Isnin 7hb. November 2005
bersamaan 5 Syawal 1426 Hijrah

di:

LOT 877, LORONG KAMPUNG JELUTONG,
JALAN SEK. KEB. SERIBONG,
16150 KOTA BHARU, KELANTAN

Map for ceremony on 7 Nov 2005

b. Majlis Kesyukuran Kedua

Picture 232

--amiir ngan mak lang (tak ingat majuk sebab apa--

NAJIHAN BINTI MOHD ALI (Mak Lang Amiir)
DENGAN
SYED NAZIM SYED FAISAL ALSAGOFF

pada hari Ahad 20hb. November 2005
bersamaan 18 Syawal 1426 Hijrah

di:

LOT 1962B JLN SENTOSA
KPG TERAS JERNANG
43650 BDR BARU BANGI,SELANGOR

2. Mana mana kawan kawan amiir, baba, umi, ayah ngah, mak lang,mak long,mak anjang, cik na,mak andak, pak teh dan ayah su yang nak kad jemputan untuk kedua dua majlis tersebut nanti kawan kawan/pakcik/makcik telefonlah baba ke ayah ngah ke mak lang ke. No telefon ada kat bawah tu

baba:013-2040627
ayah ngah:013-3654337
mak lang: 012-2240344

3. Nanti datang tau Amiir tunggu kat dua dua tempat tu....

Wassalam

"I've lost my mother and I don't want to lose you too."

Entry One

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi


Takziah kepada PM dan Keluarga ....

xxx: wondering how he's going to run the country after two biggest blow in his life.

yyy: the same goes to the wives of ISA detainees

xxx: at least they know their's still alive.

yyy: erm..how long he has to wait until he meet again his wife?

xxx: we pray for the best lah for her, may Allah forgive all her sins through her long battle before.may this will be a tazkeerah for him..


Entry Two

Sedih dengan kepergian Endon
Thursday, October 20 @ 12:33:25 MYT

RATU terkejut dan sedih apabila membaca sistem pesanan ringkas (SMS) daripada sahabat Ratu mengatakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Endon Mahmood telah kembali ke rahmatullah jam 7.55 pagi tadi (20 Oktober).

Bunyi SMS itu mengejutkan Ratu yang sedang tidur, dan slepas bangkit, terus bergegas bersiap untuk ke pejabat seperti biasa.

Sepanjang perjalanan ke pejabat fikiran Ratu hanya tertumpu kepada Endon, 65, yang meninggal dunia dalam bulan Ramadan.

Dalam hati Ratu berkata, alangkah bertuahnya Endon kerana meninggal dalam bulan puasa. Ratu pernah dengar seorang ustaz berkata, kalau mati dalam bulan Ramadan, ditangguhkan pertanyaan di kubur.

Walaupun Ratu berpihak kepada pihak pembangkang, tetapi naluri Ratu sebagai seorang anak dan isteri terasa kesedihan akan pemergian Allahyarham.

Ratu dapat bayangkan betapa sedihnya jiwa Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang begitu setia berada di sisi isterinya ketika Allahyarham menanggung kesakitan barah buah dada.

Bayangkan, kesedihan hati seorang suami yang telah hidup sekian lama bersama isteri selama berpuluh-puluh tahun.

Nak menyambut Aidilfitri pula tu. Kesedihan yang menyelubungi anak-anak walaupun mereka sudah mempunyai suami atau isteri tetapi bagi Ratu, IBU merupakan `ratu hati' bagi semua insan di dunia ini. Kehilangannya memang sukar dicari ganti.

Ratu tabik habis dengan Allahyarham. Walaupun Allahyarham mempunyai prinsip yang berlainan fahaman politik dengan Ratu tetapi Ratu melihat Allahyarham seorang insan yang tabah, sabar dan berjiwa kental.

Ketika Ratu menjaga ibu di Hospital Universiti Kebangsaan (UKM) di Cheras, Ratu menyaksikan seorang gadis yang setiap saat mengerang kerana menanggung kesakitan barah buah dada.

Sayu hati Ratu apabila mendengar suara gadis itu mengerang dan menangis kesakitan.

Ratu mendekati gadis itu dan Ratu dapat merasakan betapa sakitnya serangan barah buah dada.

Ratu berdoa dijauhkan daripada menghidap penyakit tersebut. Ratu tidak dapat menahan sebak apabila gadis tersebut mengulangi perkataan, `nak balik…nak balik...nak balik'.

Ratu memberanikan diri menghampiri bapa saudara gadis tersebut dan mencadangkan kepada beliau, `bawalah balik anak saudara pak cik…'.

Keesokan harinya Ratu mendapat maklumat daripada seorang jururawat bahawa gadis tersebut sudah kembali ke rahmatullah.

Apa yang Ratu saksikan mungkin juga telah berlaku kepada Allahyarham Datin Endon.

Walaupun Ratu tidak pernah menziarahi Allahyarham Endon ketika beliau sakit, Ratu dapat bayangkan mungkin Allahyarham juga menanggung kesakitan sebagaimana yang dialami oleh gadis tersebut.

Di sinilah letaknya kesabaran dan ketabahan seorang pesakit yang diserang barah buah dada.

Bukan sahaja pesakit yang menderita tetapi penderitaan itu turut dirasai oleh seluruh ahli keluarganya.

Dalam situasi kritikal Endon menghadapi penderitaan, Ratu turut `respect' dengan pendirian dan sikap suaminya, Abdullah kerana menyerahkan semua tugas kepada Timbalannya, Najib Tun Razak.

Beliau sentiasa berada di sisi Endon di hospital Putrajaya dan berbuka puasa bersama-sama isterinya.

Ratu seorang isteri. Jiwa, perasaan dan semangat seorang isteri yang sedang menanggung kesakitan akan bertenaga apabila melihat wajah suami.

Segala kesakitan tidak akan terasa apabila tangan suami menjamah dahi isteri, disulami dengan kata-kata perangsang dan kasih sayang. Waktu inilah baru terserlah kejujuran dan kesetiaan seorang suami kepada isteri.

Apatah lagi bila nyawa sudah berada di tekak, rasanya kalau suami ada kuasa mahu ditarik semula supaya nyawa terus berada di seluruh badan. Terlalu sayang untuk melepaskan isteri yang sentiasa menemai suami ketika susah dan senang.

Tetapi sebagai manusia yang tidak mempunyai apa-apa kuasa, kita hanya mampu berserah dan bersabar dengan Qada dan Qadar Allah. Allah Maha Berkuasa di atas segala-galanya.

Cuaca pagi ini diselubungi kemendungan. Hujan renyai-renyai membasahi bumi dan sejuk keadaannya.

Seluruh rakyat Malaysia bertafakur, bagi umat Islam pagi hari lagi sudah mengirimkan bacaan Al-Fatihah dan doa kepada Allahyarham. Masyarakat bukan Islam turut bersedih dengan pemergiannya.

Banyak program kerajaan ditangguhkan bagi menghormati pemergian Datin Endon ke rahmatullah. Siaran televisyen dan radio hanya menyiarkan pembacaan al-Quran sepanjang hari.

Ratu bersyukur juga, apabila berlaku kematian membabitkan orang besar, semua siaran televisyen dan radio, seolah-olah lebih Islamik. Mengaji al-Quran diutamakan, manakala pengacara wanita termasuk pembaca warta berita bertudung.

Ratu berharap dan sentiasa berdoa pada bulan Ramadan ini segala kerja amal itu akan berpanjangan bukan sahaja ketika ada pembesar negara, pimpinan negara atau isteri-isteri pimpinan meninggal, barulah kita tercari-cari unsur agama. Lepas tu lupa balik.

Al-Fatihah untuk Allahyarham Endon, semoga rohnya dimasukkan dalam golongan orang yang beriman…Amin! – lanh

Perginya jantung hati kami

Perginya jantung hati kami
Oleh Ahmad Lutfi Othman
Tuesday, October 18 @ 10:17:58 MYT


Rabu, 5 Oktober, 1 Ramadhan, jam 8.15 pagi. Segalanya berhenti. Deru angin, kicau burung, juga lintasan dan angan-angan. Dengan lembut roh Nurul Syafiqah bt Siti Hawa, 11 tahun, anak kedua kami dipisahkan dari jasadnya sehingga saya, isteri dan tiga putera lainnya, Ahmad Luqman Hakim, Ahmad Ikmal Syafiq dan Umar Mukhtar menyangkanya tertidur nyenyak.

Tragedi tidak bermula Subuh awal puasa itu.
Aturan Ilahi tentang kematian kerap menyentap, mengejutkan lena, memancung cita-cita, namun punya rahsia tersembunyi, yang mungkin tidak terbongkar sampai bila-bila.

Jumaat, 30 September, 12.45 tengahari. Syafiqah telefon dari sekolah. "Akak tertinggal bas, boleh ayah ambil?" Saya terdiam, banyak kerja mesti disiapkan; artikel politik kampus untuk harakahdaily baru setengah jalan. "Akak jalan kaki, ya?" pintas Syafiqah selepas saya membatu.

Semalaman membakar pizza

"Tapi banyak barang kena bawa ni," asaknya tanpa nada mendesak. Hari itu Syafiqah 'menjamu' guru-gurunya dengan juadah pizza masakan ibunya. Semalaman dia menunggu pizza dibakar oven. Sememangnya Syafiqah suka sekali membawa makanan ke sekolah, tidak lama dulu nasi daging.

Sehingga dia mengalah, saya langsung tidak terasa apa-apa bahawa Syafiqah mulai letih dengan demam dan sakit tekak yang dideritainya. Petangnya Syafiqah telefon maklumkan dia dapat tumpang kawannya balik.

Malamnya, apabila sampai depan rumah, lambat pula Syafiqah buka pagar. "Awat lambat?" Saya merungut walaupun cahaya lampu kereta menyerlahkan muka Syafiqah yang pucat.

"Akak cari tudung."

"Malam gelap, tak ada siapa nampak," jawab kebodohan saya.

Ketika itu tidak teringat langsung bahawa Syafiqah kini cukup prihatin dengan aurat. Nak masukkan karung sampah di belakang rumah pun Syafiqah pastikan bertudung dulu.

Set nasi ayam

Sabtu, 1 Oktober, sepatutnya saya tunaikan janji dengan Syafiqah. Selepas tamat UPSR dan PSRA, dua hari sebelum itu, Syafiqah minta set nasi Ayamas.

"RM5 saja ayah. Akak teringin nak makan dengan kawan. Kami jalan kaki pun boleh." Masya-Allah, saya seolah-olah tidak mendengarnya sambil memberi jawapan tidak pasti, "esok ... esok."

Isteri saya, Siti Hawa memberitahu Syafiqah tidak selera makan malam tadi apabila saya minta izin ke KL hadiri mesyuarat penggerak demokrasi bersama Mat Sabu. Nasi goreng kampung dengan sambal belacan kegemarannya hanya ditatap, kemudian disimpan dalam peti sejuk. Saya masih tidak terasa apa-apa sedangkan takdir hanya menunggu masa.

"Ayah pi sekejap aja, sebelum tengahari selesai, nanti malam kita balik kampung," kata saya kepada Syafiqah sambil berjalan ke kereta. Raut muka cerianya seperti terlindung. Saya seakan terlupa Syafiqah anak berjiwa kental, sesekali tidak menunjukkan rasa sakit minta dimanja walaupun sememangnya sedang menderita.

Lewat petang, selepas menukar tayar kereta di Hulu Kelang, memecut laju ke asrama anak sulung kami, Luqman, di SAM 10, Cheras. Aduhai, janji dengan Syafiqah sudah luput.

"Bawa akak ke klinik, tekak makin perit," katanya, juga tanpa menunjukkan rasa sakit.

Masih sempat bermain-main

Klinik famili kami, Dr Mahyuddin Yassin tutup. Saya ke klinik sebelah, dekat Taman Sri Ampang. Semasa menunggu, Syafiqah bermain-main dengan dua anak kecil. Nampak letih tetapi tetap gembira.

Saya berbisik, "Nak balik kampung?" "Ayah baliklah dulu, akak boleh tinggal dengan nenek," balasnya.

Ketika neneknya datang malam itu, kami sudah bersiap nak balik Kedah. Syafiqah tenang saja. Kalau anak lain tentu akan merengek. Emak mentua saya akan membawanya ke hospital periksa darah, takut-takut denggi.

Dalam perjalanan kami dimaklumkan Syafiqah tidak diserang demam maut itu. Lega. Melalui SMS, dan itu kali pertama Syafiqah menggunakannya, dia bertanya, "ayah di mana?" Sambil melintasi Taiping, saya menjawab. Selang beberapa lama nada SMS berbunyi, juga dari Syafiqah, soalan sama, di samping memberitahu dia muntah.

5 pagi, kami sampai di Kampung Raja, Kubang Pasu. Saya maklumkan kepada Syafiqah. Kemudiannya kami diberitahu Syafiqah malam itu asyik sembang dengan neneknya, maklumkan kandungan SMS.

Ahad, pagi ke petang (begitu juga Isnin) temujanji saya padat di Alor Setar, Syafiqah terus SMS. "Mulut akak pahit, nak buat macamana." Saya menjawab, dan Syafiqah bertanya hal lain pula. Sehingga malam baru saya sedari SMS tadi rupanya "gagal dihantar". Ya Allah, rupanya Syafiqah terus menunggu dan menunggu ...

Selasa pagi kami berangkat pulang. Walaupun jangkanya dapat bertolak sebelum jam 10, tapi disebabkan singgah banyak rumah saudara-mara, itu pun tidak sempat menziarahi pusara bonda Aisyah (sesuatu yang tidak pernah saya tinggalkan jika balik kampung), menjelang 1 tengahari baru kami keluar ke Pekan Tunjang, seterusnya ke Lebuhraya Utara Selatan.

Di rumah neneknya, Syafiqah makin lemah tidak berselera makan, dan asyik menyebut nama ayah dan ibunya. Tapi bicaranya tetap ramah, suaranya masih bertenaga. Kami solat Maghrib di R&R Sg Buloh. Syafiqah desak saya jemput. Sekali lagi, ayah yang tidak mengerti perasaan anak di hujung usia itu, minta tangguh esoknya, atas alasan letih.

Celoteh bersama Luqman

Syafiqah berkeras. Dia menggesa nenek dan pamannya hantar segera ke Bukit Ampang. Ketika Syafiqah tiba, saya keletihan di katil. Namun terdengar juga celotehnya dengan Luqman. Dia bercerita tentang bagaimana darahnya diperiksa. Saya dimaklumkan kemudiannya, Luqman pun tidak memberikan respons sewajarnya, juga kerana letih dan mengantuk.

Awal pagi terdengar Syafiqah asyik masuk keluar bilik air, muntah. Ibunya berlari-lari anak menyantuni, antara Syafiqah dan adik kecilnya, Nurin Afifah, 2 tahun, yang juga terbatuk-batuk. Setengah jam sebelum Subuh kami sekeluarga di meja makan, bersahur, termasuk Syafiqah.

"Fiqah tak payah posalah," kata saya. Ampun Tuhan, suara suara agak tinggi minta Syafiqah kembali tidur dan berehat, kebetulan kerusi di meja makan tidak cukup untuk semua kami.

7.45 pagi, 1 Ramadhan, isteri mengejutkan lena saya. Syafiqah menjerit: "Ibu, sakit! Ibu, sakit! Dari atas saya mendengar suara Syafiqah cukup kuat, tidak pernah dia menjerit selantang itu.

Melihat keadaannya, jantung saya berdegup kencang. Taqdir makin dekat. Tahu ibunya menyidai basuhan, Syafiqah bersuara, agak perlahan: "Dahlah ibu, suruh abang sidai kain, akak sakit ni."

Kuatnya semangat Syafiqah

Tapi bicara Syafiqah masih jelas, dia sendiri minta ke hospital. Saya renung matanya, langsung tidak berair, maknanya dia hanya menjerit bukan menangis. Ya Allah, kuatnya semangat anakku ini. Sememangnya sejak malam tadi saya berkira untuk ke hospital pagi-pagi esoknya.

Namun, saya dan Siti langsung tidak terlintas Syafiqah akan berangkat ke alam lain, meninggalkan fitnah dunia. Rupanya Siti sudah memandi dan membersihkan tubuhnya.

"Bagai bayi saya mandikan Syafiqah, cuci rambutnya. Nampak kakinya kuning, tubuhnya sejuk, tapi langsung tidak terbayang dia mahu pergi selamanya," cerita Siti kemudiannya kepada kawan-kawan yang menziarahi.

8.00 pagi. Suara Syafiqah tetap jelas bila meminta saya memapahnya keluar dari bilik solat. Bersama Siti, saya menuntunnya ke ruang tengah. Selepas didudukkan, saya perhatikan wajahnya seolah-olah tanpa darah. Ketika itu baru lintasan hati mengilhamkan sesuatu yang pedih dan perit.

Syafiqah masih sempat minta saya papahnya ke kerusi panjang di depannya, mungkin dia mau berbaring. Saya cuba mengangkatnya tapi tidak terdaya, Syafiqah terasa berat.

Semasa sibuk mengemas untuk ke Hospital Ampang Puteri - 4 km dari rumah kami - saya, Siti dan anak-anak terpandang Syafiqah seperti menarik nafas panjang, dua kali. Lehernya terlentok.

Subhanallah, janji Allah sudah sampai. Mata saya dan Siti berpandangan, namun kami tidak sempat memberi reaksi lain kecuali mempercepatkan Syafiqah ke hospital.

Terasa hangat

Hati saya berkata-kata sambil cuba menatang tubuh Syafiqah yang masih terasa hanatnya. Selepas menghidupkan enjin kereta saya memanggil jiran sebelah, William, sama-sama mengangkat Syafiqah.

Berkali-kali namanya dipanggil. Syafiqah nampak seperti nyenyak tidur. Dalam kelam-kabut itu saya pandangan saya letak ke wajah Siti, ibu yang mengandungkan Syafiqah dan Syafiqah membesar di depannya sehingga menginjak usia 11 tahun.

Harapan ibu tetap tinggi. Sambil memangkunya di kerusi belakang, Siti tidak putus-putus menyebut nama Allah. Air mata tidak sempat tumpah lagi. Tumpuan saya ke arah jalan raya yang sibuk pagi itu. Perjalanan ke hospital terasa begitu aneh, kiri kanan jalan seperti sunyi sepi. Degupan jantung kuat sekali.

Tangan kanan memegang stereng, tangan kiri menjamah tubuh Syafiqah. "Panas lagi," harap Siti walaupun menyedari tiada apa yang bergerak di tubuh Syafiqah.

Mulut saya terkunci. Mata terasa panas. Bergenang air mata Siti tapi harapannya tidak pudar.

Saya memberhentikan kereta di lobi kecemasan. Hon dibunyikan bertalu-talu. Melihatkan reaksi awal kakitangan hospital ketika mereka mengangkat tubuh Syafiqah, jawapannya jelas dan pasti. Syafiqah sudah pergi meninggalkan kami.

Ketika saya memimpin Nurin dari kawasan letak kereta, dan Siti sedang menemani Syafiqah, saya belum dimaklumkan secara rasmi tentang kehilangan jantung hati kami itu.

Namun berat sekali kaki diheret menaiki tangga. Saya mendukung Nurin sambil menciumnya:


"Kakak dah tak ada Nurin."

Sebaik melangkah masuk hospital, saya nampak Siti sedang mengisi keterangan peribdi Syafiqah. Saya dengar hampir semua maklumat penting Syafiqah yang diberikannya salah.

Ketara pucat

Siti menoleh ke arah saya, wajahnya tenang walaupun ketara pucat. Saya tidak perlu bertanya lagi. "Fiqah dah tak ada, bang," getar suaranya jelas.

Berdepan jasad kaku Syafiqah, terlintas, bagaimana sewaktu tiga tahun saya menderita sakit misteri, terlantar di rumah, tidak mampu bekerja, saya sering terhibur dengan celotehnya, gurau manjanya, malah puas terasa bila dia mengurut lenguh badan. Kerap dia teresak-esak menangis bila melihat saya mengerang kesakitan.

Tapi, ya Allah, apabila dia menderita sakit, saya tiada di sisi, malah tidak pun sempat melayannya dengan baik, dan banyak janji tidak tertunai, walaupun sekadar nasi Ayamas yang selalu disebutnya.

Air mata mula tumpah dan hingga kini, selepas seminggu, air mata itu belum mahu kering lagi. Al-Fatehah. - UM

Nabi SAW tu bulan Ramadhan macam angin lalu sifat dermawannya kita?

Entry One

(Disiarkan tanpa suntingan)

Anak bongsu dari 9 beradik. Bapa kerja security guard di SP dan Mak kerja kilang di Prai. Kaki kanan Fatin dipotong pada hari ke 3 kelahirannya , sebab doctor suspect ketumbuhan pada kaki nya ada cancer. Bila dah dipotong barulah dapat nampak jantinanya yang sebenar. Isi kemerahan yang terbonjol keluar dari buntut belakang adalah ususnya yang di keluarkan bagi membolehkan Fatin membuang air besar.

Just imagine, baru umur lebih 3 bulan sekarang. Kalau berpeluang melawat dia di rumah, Fatin dengan matanya yang bulat seolah-olah mahu memberitahu sesuatu kepada pelawat-pelawat . Tak banyak orang yang tahu, termasuklah masyarakat sekeliling. Diharapkan dengan tersebarnya message ini, Fatin akan dapat menjalani rawatan yang lebih baik lagi.

Sekarang ini perlu rawatan susulan di Hosp. Alor Star. Bapa perlu berulang-alik dari rumah ke Hospital Alor Star. Fatin akan didukung oleh bapanya (Rashidi) menaiki Bas, yang perjalanannya memakan masa 1.5 ke 2 jam. Cuba bayangkan kesusahan yang Fatin perlu lalui. Alhamdullilah, 2 perjalanan yang lepas, ada 2 hamba Allah yang telah membantu menghantar Fatin, bapa dan kakaknya ke Alor Star dengan kereta mereka. Mudah-mudahan, dengan tersebarnya message ini, akan ada lagi hamba Allah yang akan tampil membantu meringankan kesusahan bapa Fatin, Rashidi untuk menghantar anaknya ini untuk mendapat rawatan.

Keluarga Fatin menetap di 4445 Paya Keladi Hujung, Kepala Batas, Seberang Prai Utara. Sesiapa yang sudi, Rashidi tidak keberatan untuk menerima kunjungan dari orang ramai yang ingin melihat sendiri keadaan Fatin. Mungkin Rashidi dan isterinya keluar bekerja, tapi Fatin dijaga oleh neneknya. Rashidi boleh dihubungi pada talian 019-4023596.

Kepada yang tersentuh dan ingin melawat anak yang istimewa ini, dan sekiranya anda tidak biasa dengan Kepala Batas, anda perlu mengambil jalan lama dari pekan Kepala Batas ke Sungai Petani. Belok di Simpang arah ke kanan menghala ke Paya Keladi. Teruskan perjalanan sehingga anda nampak papan tanda Paya Keladi Hujung di sebelah kanan. Ada sekolah agama di sebelah kanan bertentang dengan kedai runcit di seberang jalan. Belok kanan dilorong bersebelahan sekolah agama dan masuk lebih kurang 100m. Rumah ayah Fatin di sebelah kanan (kembar dua) dan betul-betul di belakang sekolah agama.

Kepada yg ingin menyumbangkan secara online, akaun Rashid di Public Bank Kepala Batas (alwadiah) adalah 4-9153033.

Mudah-mudahan Allah memberkati apa yang kita lakukan.


fatin1

fatin2

fatin3

Ni bukan kat Europe...

promenade

type-a

prom03


Dulu masa Ummu Amiir ada lagi... pernah pergi pusing pusing kat area promenade lakeside cyberjaya ni nak tengok rumah rumah kat sana(dulu kami plan nak buat rumah design sendirik tapi kat kelantan lah) tapi setakat tengok ajerlah....sebab kalau nak beli rumah macam ni kat sini , kerja sampai pencen pun rasanya memang payah nak dapat... sebab tu lah ramai masuk business kot, buat MLM, jual unit trust etc. mungkin cita cita depa nak beli rumah macam ni lah..

kalau ada yang teringin nak beli ada banyak lagi kosong,boleh refer site di bawah (adabeserta dengan harga sekali)

http://www.setiaharuman.com/residential/prom_pricing2.htm

ramadhan progress report card

ramadhan progress report card (tader idea nak tulis so kena ubahsuai dari posting ibu amni)

Baru seminggu puasa hari ni.. Caaiyok caiyok! Nampaknya kena menggandakan usaha kerana dah ramai agaknya telah memotong usaha aku untuk buat pahala. Bersungguh sungguh betul depa ini, puasa bila berbuka makan ala kadar je, minum terjaga tanpa berlebih lebihan.. isk isk!! agaknya sebab tu depa tak ngantuk and boleh buat ibadat lebih malam malam ek.

Hai, camna lah nak challenge camni, kalau buka puasa pun kena makan nasi tak campur kuih lagik, sahur pun makan jugak bukan setakat minum (takpe takpe.. pahala..pahala sahur ngengehngeh). Walau bagaimanapun, air kosong telah kutelan beberapa kali sehari. baik masa sahur, berbuka ataupun sebelum tidur. Dan pagi-pagi ini, biasalah berkunjung ke bilik air di office.

Langkah-langkah seterusnya untuk meningkatkan amalan secara indirect selepas ini:
(1) Letak nasi sikit jer dalam pinggan
(2) Makan nasi jgn tambah
(3) Ratah lauk lebih dari nasi
(4) Minum air dan makan sikit jer untuk sahur

GAMBATTE!! Semua di atas telah cuba dilakukan semenjak berpuasa..dengan harapan tubuh akan ringan dan tidak terlalu letih menjelang tarawikh Come on Ambo, you can do it!

P/S: Tapi bila recall dua tiga hari ni, terasa awal awal aritu jer semangat lepas tu nak start geylong jadik hampeh balik, hohoho.. takpe, baru seminggu berpuasa tapi sempatke habis ke sebulan, kalau habis pun kualitinya macam mana? :(

Note: Sebenarnya aku nak tulis report card macam ni..ni aku kata kat aku lah.... kalo korang nak apply kat korang pun taper...

a. Puasa aku sekarang kalau dibandingkan dengan 1 ramadhan( semangat berkibar kibar) macam mana?

b. TIlawah Quran apa khabar dah? semangat lagi ke? or dah start slow ( pandai bagi alasan alasan)

c. Solat qualitinya macam mana dah? berubah ke tidak or banyak khayal jugak lagik....

d. Sadaqah dah macam angin lalu ke atau masih lagi nak berkira? ramai lagik orang yang susah weyyy

e. TV macam mana? taderlah sampai kena berpatah arang berkerat rotan

f. Mata macam mana dah terjaga ke belum?

g. Mulut aoa cerita? tu tak tanya telinga lagik...

h.Kalau sedar kita dah mula geylong, semangat dah luntur( macam mana nak tahu semangat dah luntur?) baik patah balik....

Fuhh payahnya nak capai khawasul khusus...

Ramadhan dalam Sirah Rasul Allah SAW

1. `Ammul Hazan' atau `tahun kedukaan' iaitu pada Ramadan tahun ke-10 daripada kerasulan Nabi Muhammad @ 3 tahun sebelum sebelum hijrah).Bulan mulia itu menyaksikan kewafatan bapa saudara Baginda, Abu Talib, dan Ummul Mukminin Khadijah Khualid.

2. Tahun 1 Hijrah, Rasulullah SAW telah memerintahkan supaya Masjid Dhirar yang dibina oleh kaum Munafiq dirobohkan

3. Tahun 2 Hijrah,Zakat Fitrah diwajibkan untuk kali pertama juga pada 17 Ramadhan, berlaku peperangan Badar al-Kubra antara kaum Muslimin dengan Musyrikin.

4. Tahun 5 Hijrah pula adalah bulan persediaan tentera Muslimin menghadapi peperangan Khandak, salah satu peperangan terbesar pada zaman Rasulullah.

5. Tahun 6 Hijrah Zaid bin Harithah RA dihantar ke Wadi Al-Qura untuk bertemu dengan Fatimah bt Rabiah, permaisuri di kawasan berkenaan. Pihaknya telah merompak rombongan Zaid RA sebelum itu. Fatimah terbunuh di bulan Ramadhan semasa berhadapan dengan tentera muslimin ini

6. Tahun 7 Hijrah Peristiwa meruntuhkan berhala Musyrikin terbesar dan termasyhur di sekitar kota Makkah oleh angkatan Islam.Pasukan tentera pimpinan Khalid ibni Walid menghancurkan patung ‘Uzza, Umar ibnu ‘Asy pula meruntuhkan patung Siswa' dan pasukan Saad ibni Zaid al-Asyahily memusnahkan patung Mana.

7. Tahun 8 HIjrah Allah memberikan nikmat kepada rasul-Nya dan kaum Muslimin dengan kejayaan menakluki kota Makkah.

8. Tahun 9 Hijrah Baginda SAW telah pulang bersama tentera Islam daripada Peperangan Tabuk yang berlangsung selama 50 hari. Ia merupakan peperangan terakhir yang disertai oleh Baginda SAW. Delegasi Tsaqif kemudiannya bertemu dengan Nabi SAW sekembalinya Baginda SAW dari Tabuk dengan tujuan untuk menyatakan keIslaman mereka. Pada bulan itu juga Raja Himyar tiba di Madinah untuk mengisytiharkan Islam mereka

9. Tahun 10 Hijrah Nabi Muhammad menghantar Ali Abi Talib dan angkatan kaum Muslimin ke negeri Yaman dan membawa bersama surat Baginda kepada penduduk di situ.Dalam satu hari saja, penduduk Yaman khususnya kabilah Hamdan memeluk Islam dan besembahyang jemaah dengan Ali.

10. Tahun 11 Hijrah Siti Fatimah, puteri Baginda yang juga isteri kepada Saidina Ali Abi Talib dan ibu kepada Hassan dan Hussain.

Ini Wilayah Celcom

Artikel yang sungguh sungguh menarik... I'm lovin' it jatuh hati membacanya.. takde kena mengena dengan kempen Keluarga TM(Employees Get Customers) yang sedang berlangsung sekarang .Credit to Brother Faiz Sahri..



"Ini Wilayah Ramadhan"


Kalau anda bekerja/belajar di KL mungkin anda kurang biasa melihat perkataan "No Network" di skrin handphone, ataupun bar signal berada pada tahap kosong. Namun bagi kami yang bekerja di Bintulu, perkara ini memang menjadi kebiasaan.

Tapi yang pastinya bagi mereka yang tinggal di sekitar KL, Malaysia pasti akan ternampak iklan "Ini Wilayah Celcom" di billboards jalan raya.

Jadi izinkan saya membawa berita gembira kepada semua para muslimeen seluruh Malaysia. Bermula pada hari Rabu ini, line/signal/coverage anda semua pasti akan berada pada tahap maksima. No more out of coverage area! Ini saya boleh bersumpah.

In fact bermula pada malam Selasa lagi, para pekerja yang bersayap dah bersiap siaga untuk pasang billboard iklan "Ini Wilayah Ramadhan". Sebenarnya fenomena ajaib ini bakal berlaku di seluruh dunia. Yang lebih menggembirakan, bukan line kita dengan orang yang kita cintai akan clear. Bahkan line kita dengan Pencipta Cinta itu sendiri akan clear, tanpa 'noise'.

Jika selama ini kita rasakan bahawa kita punya talian dengan Allah tidak begitu baik, lemah dan menyedihkan. Insha Allah bermula Rabu ini, anda akan rasakan bahawa hubungan istimewa itu akan bertambah baik. Kerana jika selama ini gelombang kita mungkin hanya tersekat di langit, tetapi bersedialah, Rabu ini pintu langit akan terbuka luas! Dan ini bukan janji saya, tetapi ini janji Rasul kita.

Memang saya akui bahawa adakalanya, kita rasa terperangkap dengan segala perangkap dimensi dunia. Terperangkap dalam dimensi 'space' dan 'time'. Sedangkan akhirat itu di sana, bukan di sini. Namun Allah itu Maha Mencintai. Dia telah sediakan 'window' yang tersangat istimewa bagi kita untuk menerobos keluar dari dimensi ini. Dia telah sediakan 'window istimewa' bagi dimensi ruang (3rd dimension) di Baitullah Al-Haram. Dia telah bukakan "window istimewa" buat beberapa jam di dua pertiga malam setiap hari. Dan lebih menakjubkan, tawaran khas selama 30 hari, Dia telah bukakan "window istimewa" Ramadhan untuk para hambaNya.

Hakikatnya signal dari Allah itu antara yang paling kuat dan di'amplify' semasa Ramadhan. Jika masih tiada line, maka usahlah menuding jari lagi. Itu bukan masalah coverage dan noise(syaitan). Itu adalah masalah hati yang gagal berperanan sebagai receptor yang baik. Hati itu perlu dibaiki, di'fine-tune' ke frekuensi yang betul, agar dapat menerima pancaran Ilahiyyah.

Selamat datang ke "Wilayah Ramadhan" saya ucapkan buat semua. Ramadhan kareem, Allahu akram, wa Allahu akram.

pic26924

Chiit Pooodah

For Immediate Release
Office of the Press Secretary
October 4, 2005

Presidential Message: Ramadan

Laura and I send warm greetings to Muslims in the United States and throughout the world as they begin the observance of Ramadan.

The month of Ramadan, which commemorates the revelation of the Qur'an to the prophet Muhammed, is the holiest month of the Muslim year. It is a special time of reflection, fasting, and charity. It is also a time of spiritual growth and prayer and an occasion to remember the less fortunate by sharing God's gifts with those in need.

Throughout our history, America has been blessed by the contributions of people of many different faiths. Our Muslim citizens have helped make our Nation a stronger and more hopeful place through their faith, generosity, and compassion.

May this be a blessed Ramadan for Muslims in the United States and around the world. Ramadan mubarak.

GEORGE W. BUSH

Ramadhan Kareem ..Allah Akram...

Entry One

Assalamualaikum Warahmatullah

Bismillah Walhamdulillah..

Kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua.

Didoakan agar kita semua diberi kekuatan,kemampuan dan ketabahan untuk menjalani bulan tarbiah ini, moga moga dengan latihan yang bakal kita lalui selama sebulan ini Insya Allah akan melayakkan kita untuk menjadi graduan yang bertakwa di sisi Allah.

Kami juga ingin mengambil kesempatan untuk menyeru sahabat sahabat semua supaya menguatkan tekad dan memperbaharui azam untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti ibadah baik dari segi solat,doa, tilawah, bersedekah dan pelbagai ibadah sunat yang lain.

Marilah sama sama kita manfaatkan peluang yang masih lagi diberikan oleh Allah untuk merebut rahmat dan pengampunan buat diri kita dan juga ahli keluarga kita baik yang masih lagi diizinkan menyambut Ramadhan bersama sama ataupun yang tidak lagi dapat bersama kita

Sekian

Wassalam


--abu amiir & amiir husaini--
4 Oktober 2005


Entry Two


Sifat Puasa Nabi saw
karangan Syiekh Abdullah bin Abdul Rahman bin Jibrin




Terjemahan dan olahan oleh Khairol Amin(Credit to Al Ahkam (kamin)



Ini merupakan ringkasan sifat Puasa Nabi saw - dimana didalammnya meliputi kewajipan, adab2, do'a2, hukum2 bersekitar puasa, jenis manusia yang berpuasa, perkara yang membatalkan puasa, dan faedah2 lain. Kita memohon petunjuk Allah agar orang2 Islam mengamalkan sunnah Nabi saw pada semua peringkat, dari yang kecil sehinggalah yang dewasa/tua. Demi Allah yang memberi petunjuknya.

Ta'rif Puasa : merupakan ibadat kepada Allah dengan meninggalkan perkara2 yang dilarang dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.

Puasa Ramadhan merupakan salah satu rukun Islam. Nabi saw bersabda :

"Islam dibina atas 5 perkara : mengucap syahadah, mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan Haji ke Baitullaah al-Haram" [mutafaq 'alaih].

Orang2 yang berpuasa :-

* Puasa wajib bagi semua orang Islam yang Baligh dan berakal dan bermukim.

* Orang kafir tidak wajib puasa, dan mereka tidak perlu qadha' puasa jika mereka memeluk Islam.

* Kanak-kanak yang belum baligh tidak wajib puasa, akan tetapi disuruh melakukannya agar merekaa menjadi biasa dengan berpuasa.

* Pesakit yang mempunyai penyakit (emergency) dan sedang menunggu sembuh boleh bebuka puasanya dan setelah sembuh boleh mengqadha'nya kembali.

* Orang gila tidak wajib puasa, dan tidak boleh memberi dia makan jika dia sudah besar, dan orang yang 'insane' contohnya tiada diskriminasi terhadapnya, dan orang tua yang nyayuk tidak juga ada diskriminasi terhadap mereka.

* Orang yang tak berupaya ('aajuz) berpuasa atas sebab kekal (permanent) sebagaimana orang tua atau pesakit yang tiada harapan sembuh - setiap hari yang tidak berpuasa diberi makan kepada orang miskin.

* Wanita yang hamil dan menyusu jika menhadapi kesukaran keatasnya berpuasa disebabkan mengandung atau menyusu, boleh berbuka dan boleh menqadha' puasanya apabila datang keringanan dan hilangnya kebimbangan.

* Wanita datang haidh dan Nifas tidak boleh berpuasa didalam sedemikian, dan mengqadha' apa yang tertinggal.

* Melakukan operasi penyelamat (rescue) dari mati lemas atau kebakaran boleh berbuka untuk menyelamatkannya dan hendaklah diqadha' puasa.

* Orang yang bermusafir diberi pilihan berpuasa atau berbuka, dan wajib mengqadha' sekiranya berbuka didalam permusafiran, samada bermusafiran yang 'emergency', atau sepertimana Umrah, atau sentiasa bermusafir seperti pemandu teksi, mereka boleh berbuka selama mana mereka tidak berada dinegara mereka.

Hukum-hukum didalam berpuasa


1-Niat :


Wajib berniat didalam puasa. Kewajipannya sebelum terbit fajar, Nabi saw bersabda :

"Barangsiapa yang tidak menetapkan untuk berpuasa sebelum fajar, maka tiadalah puasa baginya"[Shahih Abi Daud]

Sabda Nabi saw didalam hadith lain :-

"Barangsiapa yang tidak berniat puasa pada malamnya maka tiadalah puasa baginya" [Sahih al-Nasaa'i].

Niat tempatnya dihati, melafaznya tidaklah datang dari nabi saw, dan tiadalah mana-mana para sahabat Nabi ra. melakukannya.

[Komentar : Umumnya, masyarakat Islam masih bergantung kepada Lafaz Niat : "Nawaitu Sauma ghadin..." dan bukannya azam untuk melakukan puasa pada keesokkan harinya. Yang menjadi rukun adalah niat yang berbentuk azam]

2- Waktu berpuasa :

Firman Allah swt :


"Makan dan minumlah sehingga jelas kepada kamu benang (garis) putih dari benang (garis) hitam, iaitu fajar" [surah al-Baqarah : 187]

* Fajar Kazib - padanya tidak dibenarkan solat fajar, tidak diharamkan makan dan minum. Ia merupakan cahaya putih terang yang berbentuk segi empat (komentar : seperti tiang cahaya putih yang menegak selama 20min sebelum fajar sebenar/solat fajar).

* Fajar Saadiq - padanya diharamkan makan bagi yang berpuasa, dibenarkan solat fajar, kelihatan segi empat merah diatas puncak gunung ganang.(komentar : garis putih bertebaran secara mendatar).

Apabila malam tiba dari arah timur dan berlalu dari arah barat, dan matahari terbenam, maka boleh berbuka puasa. Nabi saw bersabda :

"Apabila datangnya malam dari sini dan berlalunya siang dari sini, dan terbenamnya matahari, maka berbukalah puasa" [Hadith Mutafaq a'alaih].

Perintah ini bermula apabila bebola matahari hilang dan jika zahirnya zahir.

3-Sahur

Sabda Nabi saw :

"Perbezaan puasa diantara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur:" [Hadith Riwayat Muslim]. Bersabda Nabi saw didalam hadith yang lain :


"Barakah ada didalam 3 perkara : Jemaah, bubur dan sahur" [Hadith Riwayat al-Tabarani didalam al-Kabir].

Sahur merupakan berkat yang zahir, tidak harus ditinggalkan, kerana patuh kepada Sunnah. Sahur memberi kekuatan bagi yang berpuasa. Ia merupakan makanan yang diberkati sebagaimana Nabi saw menyebut namanya : "Anda telah sampai kepada makanan yang diberkati" [Sahih Abu Daud]. Sabda Nabi saw lagi :

"Makan Sahur adalah berkat, maka janganlah kamu meninggalkannya, walaupun salah seorang dari muka yang meminum seteguk air, kerana sesungguhnya Malaikat berselawat keatas orang2 yang bersahur" [Hadith Hasan riwayat Imam Ahmad]. Sabda Nabi saw lagi :

"Nikmat Sahur orang beriman adalah kurma" [Sahih Riwayat Abi Daud].

Dan telah menjadi petunjuk Nabi saw agar melewatkan sahur sebaik2 sebelum subuh/fajar.

[Komentar : waktu Imsak yang diamalkan seperti 10min sebelum masuk waktu fajar bukanlah diamalkan oleh para2 salaf. Ibn Kathir meriwayatkan bahawa kebanyakkan ulama Salaf bertolanransi didalam bab makan sahur sehingga hampir fajar. Begitu juga dengan mereka yang sedang meneguk air ketika azan berkumandang, adalah sunnah baginya menyelesaikan hajatnya dan bukan meludahkan air. Sabda Nabi saw : "Apabila salah seorang dari kamu mendengar azan sementara piring sudah ditangan, janganlah piring itu diletakkan sehingga ia menunaikan hajatnya" [Hadith Riwayat al-Hakim]]

4-Apa yang orang berpuasa perlu tinggalkan :

* Menipu : Nabi saw bersabda :

"Barangsiapa yang tidak meninggalkan menipu dan beramal dengannya, maka tidaklah Allah swt berhajat untuknya meninggalkan makan dan minumnya" [Hadith Riwayat al-Bukhari].

* Percakapan yang karut dan kotor. Nabi saw bersabda :

"Bukanlah dari itu dari makan dan minum, namum puasa adalah [menahan diri] dari bercakap kosong dan lucah, maka jika seseorang memaki atau menyakitimu, maka katakan : sesungguh aku sedang berpuasa" [Hadith Sahih Ibn Khuzaimahj].

5- Apa yang dibenarkan didalam berpuasa :

* Orang berpuasa yang masih berjunub : dari 'Aisyah ra :

"Telah masuk fajar dan baginda masih berjunub dengan isterinya, kemudian dia mandi dan berpuasa" [Hadith Muttafaq a'alaih].

* Orang berpuasa yang bersiwak : Nabi saw bersabda :

"Jika tidak menyusahkan umatku, nescaya aku memerintahkan mereka bersiwak setiap kali berwudhu'" [Hadith Muttafaq a'alaih].

Nabi saw tidak mengkhaskan orang berpuasa dengan yang lain, dan ini juga satu isyarat bahawa orang yang berpuasa boleh bersiwak pada setiap kali wudhu' dan setiap kali solat, pada setiap waktu samada sebelum tergelincir atau selepasnya.

* berkumur2 dan memasukkan air melalui hidung : Nabi saw berkumur-kumur dan memasukkan air kedalam hidung dan ketika itu dia berpuasa, akan tetapi dia tidak melakukannya secara melampau-lampau. Sabda Nabi saw :


"Berlampau2 didalam memasukkan air kedalam hidung melainkan ia sedang berpuasa" [hadith Shahih Abu Daud]

* Orang berpuasa bercumbu dan bercium : Dari 'Aisyah ra. berkata :

"Rasulullah saw pernah mencium dan dia sedang berpuasa, dia pernah bercumbu dan dia berpuasa, akan tetapi bagindalah orang yang kuat menahan syahwatnya dari kamu sekalian" [Muttafaq 'alaih].

Baginda tidak menyukai dilakukan keatas orang muda, kecuali yang tua. Baginda bersabda :

"Sesungguh orang tua mampu menahan diri mereka sendiri" [Hadith Sahih Riwayat Ahmad].

* Pemeriksaan dan mengambil darah - jarum tersebut tidak bermaksud makanan, ia tidak membatalkan puasa, kerana ia bukanlah makanan dan tidak sampai kepada jantung.

* Menampal gigi (uprooting) - tidak membatalkan puasa

* Merasai makanan : hadnya tidak sampai kepada halkum, dan begitu juga dengan penggunaan ubat gigi. Dari Abbas ra. berkata :

"'Tidak mengapa dia merasai (taste) cuka atau apa2, selagi ia tidak memasuki halkum, dan dia masih berpuasa" [Riwayat al-Bukhari[

* Memakai celak dan ubat mata (drops) yang memasuki mata - perkara ini tidak membatalkan puasa, samada menjumpai makanan di tekak, atau tidak menjumpainya. Berkata Imam al-Bukhari didalam sahihnya :


"Tidak tidak melihat apa2 masalah bagi Anas, hasan dan Ibrahim dengan bercelak memcacatkan orang berpuasa"

[Komentar : Perkara2 yang dianggap boleh membatalkan puasa seperti korek hidung, korek telinga, pakai eye drop, ambil darah, sembelit dan kesemuanya bukanlah merupakan perkara2 yang membatalkan puasa.]

6- Berbuka Puasa :

* Mempercepatkan berbuka puasa merupakan sunnah Nabi saw dan juga larangan kaum Yahudi dan Nasrani, mereka melewat2kannya, mereka melambat-lambatkan waktunya. Nabi saw bersabda :

"Sentiasa manusia itu berada didalam kebaikkan selama dia mendahulukan berbuka puasa" [Hadith Muttafaq 'alaih].

* Berbuka sebelum Solat Maghrib : dari Anas ra. berkata :

"Rasulullah saw pernah berbuka sebelum bersolat' [Hadith hasan riwayat Abu Daud]. Apa yang baginda makan sewaktu berbuka? Dari

Anas bin Malik ra. berkata :

"Nabi saw berbuka dengan Rutbaat (kurma matang) sebelum solat, dan jika tidak ada kurma matang maka beberapa biji kurma biasa, dan jika tiada kurma biasa, cukuplah dengan beberapa teguk air" [Hadith Sahih Abi Daud].

* Apa yang baginda ucapkan ketika berpuasa? Nabi saw berkata :

"bagi orang yang berbuka, do'anya tidak akan tertolak" [Hadith Sahih Ibn Majah].

Nabi saw semasa berbuka puasa berdo'a :

"Telah pergi kehausan dan telah membasahi urat-urat, dan pasti ganjaran dengan kehendak Allah" [Hadith Sahih Abi Daud]

[Komentar : Adalah tidak betul perbuatan seseorang yang melewatkan berbuka disebabkan baginya azan maghrib masih berkumandang. Begitu juga dengan do'a berbuka puasa yang masyhur dikalangan kita :(اللهم لك صمت وعلى رزقك أفطرت)- Allahumma laka Sumtu ....." yang sebenarnya status hadith tersebut adalah dhaif. Hadith Sahih bagi menggantikan do'a ini adalah seperti diatas dan transliterasinya adalah : "Dhahaba al-zama’ wa abtalat al-‘urooq wa thabata al-ajr in sha Allaah"]

7 - Perkara yang membatalkan puasa

* Makan dan minum dengan sengaja : samaada ianya bermunafaat atau mudharat seperti asap. Jika dia terlupa atau tersilap atau dipaksa maka tidaklah mengapa dengan kehendak Allah. Nabi saw bersabda :

"Jika seseorang terlupa lalu di makan dan minum air, maka sempurnakanlah puasanya, kerana sesungguhnya Allah lah yang memberi dia makan dan minum" [Hadith Muttafaq 'alaih].

* Muntah dengan sengaja : iaitu mengeluarkan apa yang ada didalam perut melalui mulut. Sabda Nabi saw :

"Barangsiapa yang muntah (tidak sengaja, sedangkan dia sedang berpuasa) tidak ada qadha' baginya, dan barangsiapa yang sengaja maka baginya qadha'"[Hadith Sahih Abu Daud].

Maka jika muntah tidak sengaja, maka ia tidak membatalkan puasa.

* Berjima' : jika berlaku pada siang hari Ramadhan dari orang yang berpuasa wajib, maka keatasnya qadha' kafaarah, iaitu membebaskan seorang hamba, dan jika tidak menjumpai hendaklah berpuasa 2 bulan berturut2, dan jika tidak mampu, memberi makan kepada 60 orang miskin.

* Injeksi makanan : iaitu menyalurkan bahan makanan melalui usus atau darah dengan tujuan pemakanan keatas pesakit, dan jenis-jenis ini membatalkan puasa, kerana ini masuk melalui rongga.

* Haidh dan Nifas : keluar darah dari wanita sebahagian hari siang samaada menjumpainya awal atau akhir, dia harus berbuka dan mengqadha'nya.

* Mengeluarkan mani : melakukan onani (masturbation) atau bercumbu atau bercium, atau apa perbuatan kearah itu, dan jika ia bersangkutan dengan pendewasaan, maka ia tidak membatalkan puasa kerana ia bukanlah diatas kehendak mereka yang berpuasa.

* Keluarnya darah : contohnya pendarahan berlaku kepada yang berpuasa, diberikan ganti atas apa yang dikeluarkan.

8-Qadha' Puasa

Adalah mustahab (digalakkan) menyegerakan diri untuk qadha' puasa dan tidak disukai melewatkannya, tidak wajib berturut2 didalam Qadha'. Pada ulama' bersetuju secara ijma' bahawa barangsiapa yang mati dan dia juga meninggalkan solat maka tiada qadha' baginya. Begitulah dari golongan yang lemah ('ajuz) yang tidak berpuasa sekalipun didalam hidupnya, mereka dikehendaki memberi makan hari-hari yang ditinggalkan kepada orang miskin. Akan tetapi, barangsiapa yang sedang berpuasa mati, maka wajib puasa keatasnya. Sabda Nabi saw :

"Barangsiapa yang mati sedangkan ia masih mempunyai puasa wajib, maka berpuasalah walinya untuknya" [Hadith Muttafqa 'Alaih]

9-Berpuasa tetapi meninggalkan solat :

Barangsiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meninggalkan satu rukun penting didalam rukun2 Islam selepas Tauhid. Puasa tersebut tidak bermunafaat apa2 selama-mana dia meninggalkan solat. kerana sesungguhnya solat itu tiang agama dan ia bergantung kepadanya. Meninggalkan solat telah dihukumkan kafir diatasnya. Orang kafir tidak diterima amalannya sebagaimana hadith Nabi saw:


"Sempadan yang membezakan diantara kita dan mereka (orang kafir) adalah Solat, barangsiapa yang meninggalkan solat maka dia telah kafir" [Hadith Sahih Riwayat Imam Ahmad]

10-Solat Malam yang optional ( Tarawih ) :

Rasulullah saw telah melakukan Qiam Ramadhan (Solat Tarawih) secara berjemaah, kemudian baginda telah meninggalkannya kerana takut umatnya akan mewajibkannya, maka sesiapapun tidaklah boleh mewajib solat ini. Bilangan rakaat ialah 8 (lapan) rakaat tanpa witir sebagaimana hadith dari A'isyah ra, :

"Nabi saw tidak menambah pada malam Ramadhan dan selainnya sebanyak 11 rakaat" [Hadith Muttafaq 'alaih]

Umar bin al-Khattab ra menghidupkan sunnah Solat berjemaah 11 rakaat ini, dan beliau bersolat pada zamannya sebanyak 23 rakaat, dan mereka bersolat selepasnya sebanyak 39 rakaat. Amalan 23 rakaat dilakukan sebagaimana solat di Masjidil Haram dan Masjid al-Nabawi, ini merupakan pandangan 3 Imam dan mereka2 yang lain.

Apa yang wujud pada umat Islam sekarang adalah Solat Tarawih dilakukan secara laju bacaannya, termasuklah ruku' dan sujudnya, dan ini telah bertentangan dengan solat, iaitu kaifiat khyusuk, dan dalam keadaan2 yang lain boleh mengakibatkan solat tersebut batal.

11-Zakat Fitrah

Zakat Fitrah merupakan amalan fardu, Nabi saw bersabda :

"Rasulullah saw telah memfardukan zakat fitrah pada bulan Ramadhan keatas manusia" [Hadith Muttafaq 'alaih]

Diwajibkan Zakat Fitrah keatas kanak2 dan orang dewasa, lelaki dan perempuan, manusia bebas dan hamba dari orang2 Islam, dan kadarnya diukur menurut negara tempat tinggal masing2, yang afdalnya tempat tinggal siang dan malam mereka bersama keluarga. Yang paling afdal diberikan kepada golongan miskin.

Waktu mengeluarkannya : Pada Hari Raya (Eid) sebelum solat, dan boleh juga sehari atau 2 hari sebelumnya, dan tidak boleh melewatkannya dari hari Eid.

Acu Cuba Try Test Buat

Pernahkah anda menatap wajah orang-orang terdekat dengan anda ketika ia sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali sahaja menatap wajah-wajah ketenangan mereka ketika sedang tidur.

Ketika itu yang kelihatan adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.

Seorang artis yang ketika di panggung, di layar perak, di kaca tv begitu cantik dan gemerlapan pun boleh jadi akan kelihatan sederhana dan jauh berbeza jika ia sedang tidur. Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur, tidak akan kelihatan wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda ketika beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu sasa dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat diwajahnya. Orang inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah rela melakukan apa sahaja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah. Lihatlah ibu anda. Hmm... kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai-belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana tempaan hidup yang keras. Orang inilah yang tiap hari mengurus keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan mengomeli kita semata-mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang tercinta itu : Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Abang, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya. Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan ketika menatap wajah yang terlelap itu. Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda.

Pengorbanan yang kadang2 tertutup oleh kesalah-fahaman kecil yang entah kenapa selalu sahaja nampak besar. Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu dapat kelihatan lagi melalui wajah-wajah jujur mereka ketika sedang tidur.

Pengorbanan yang kadang2 melelahkan namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun mengungkap segalanya. Tanpa kata, tanpa suara dia berkata : "betapa lelahnya aku hari ini". Dan penyebab lelah itu? Untuk siapa dia berlelah-lelah? Tidak lain adalah kita. Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, abang, adik, anak, dan sahabat yang telah melalui hari-hari suka dan duka bersama kita.

Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka.

Rasakanlah betapa kebahagiaan dan keharuan seketika terganggu jika mengingat itu semua.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika keesokan hari mereka; orang-orang yang dikasihi itu tidak lagi membuka matanya, selama-lamanya... ..

If you can touch it and you can see it, it's REAL...

If you can touch it but you can't see it, it's TRANSPARENT...

If you can't touch it but you can see it, it's VIRTUAL...

If you can't touch it and you can't see it, it's GONE...