Dr Muszaphar

Satu petang selepas mengedar poster & risalah untuk ceramah Dr Mujahid dan dalam perjalanan ke tempat ummu amiir

amiir: Baba Dr Muzhaphar baba (sambil menunjuk ke skrin besar di hadapan pintu masuk UKM)



abu amiir: Dr Muszaphar? mana
amiir: Tu Dr Muszaphar baba, anak die kena batu mati.
abu amiir: Bukan anak die adik die.. sape cakap kat amiir Dr Muszaphar
amiir: tuk. Dr Muszaphar anak die kena batu lepas tu mati sian die..
abu amiir: Bukan anak die, adik die
amiir: adik die, sape baba
abu amiir: ajil
amiir: ajil..

Komen: Tak pasti lahplak kalau nak dikatakan ni pun salah satu daripada kebaikan program angkasawan iaitu memupuk minat kanak kanak kepada angkasa lepas. pepun ok lah ingatkan amiir ni kenal mawi ke dafi ke ajer..kenai lah jugak Dr Muszaphar.. Pak Lah pun die kenai :P

Jemput Semua




Kullu 'Aamin Waantum Bikhair

Selamat Hari Raya 'Eidul Fitri Maaf Zahir Batin dari Kami sekeluarga.

Jemputlah ke Rumah walaupun tiada majlis Rumah Terbuka tahun ni.


abu amiir & keluarga

Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku

Entry One:





"Americans have a history of standing with Muslims facing suffering and hardship -- and it's a proud history. Our country defended Muslims in Bosnia and Kosovo after the breakup of Yugoslavia. We supported Kuwait after it was invaded by Saddam Hussein. Americans came to the aid of victims of devastating earthquakes in Pakistan, India, and Iran. Americans responded with urgency and compassion to the wreckage of the tsunami in Indonesia and Sri Lanka and Thailand. We're rallying the world to confront the genocide in Sudan, and deliver humanitarian aid for those in dire need. And we support the establishment of a Palestinian democracy to live side by side with Israel in peace."


Excerpt from George W Bush Speech during Iftaar Dinner at the White House

Comment: Ppoorah kalau dengan FATAH demokrasi kalau dengan HAMAS sekat semua bantuan.

Entry Two:

Semalam malam ke 23, ada malam ke 25, malam ke 27 dan juga malam ke 29 bagi siapa yang mahu concentrate pada malam malam ganjil lah.

Dari Ubadah bin Shamit Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam ke luar pada Lailatul Qadar, ada dua orang sahabat berdebat, beliau bersabda.

"Artinya : Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kalian tentang Lailatul Qadar, tapi ada dua orang berdebat hingga tidak bisa lagi diketahui waktunya; mungkin ini lebih baik bagi kalian, carilah di malam 29. 27. 25 (dan dalam riwayat lain : tujuh, sembilan dan lima)" [Hadis Riwayat Bukhari 4/232]

So masih ada kesempatan lagi. Ada yang mahu pakai teori pengalaman Imam Ghazali yakni malam besok (Sabtu Malam Ahad) adalah Lailatul Qadar boleh jugak, ada yang mahu berpegang pada malam 27 seperti yang diamalkan di mekah di mana pada malam tersebut masjidil haram sesak melebihi orang nak balik kampung pada minggu hadapan pun boleh jugak. apa pun jangan lupa doa di bawah.

Diriwayatkan dari Sayyidah Aisyah Radhiyallahu ‘anha, (dia) berkata : "Aku bertanya, "Ya Rasulullah ! Apa pendapatmu jika aku tahu bila Lailatul Qadar (terjadi), apa yang harus aku ucapkan ?"Beliau menjawab, "Ucapkanlah :
"Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul afwa fa’fu’annii"
"Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku"


Kenapa Istighfar atau meminta ampun?

1. Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a:
Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t amat gembira dengan taubat hamba-Nya yang beriman iaitu seorang lelaki yang berada di kawasan tandus. Bersamanya seekor unta yang membawa makanan dan minuman, lalu dia tidur. Sebaik sahaja dia bangkit unta tersebut telah hilang. Dia terus mencarinya sehinggalah terasa kehausan dan dahaga lalu berkata: Lebih baik aku kembali ke tempatku tadi. Aku akan tidur sehingga mati. Lantas dia tidur berbantalkan lengannya dengan harapan supaya mati. Namun begitu dia terjaga lagi dan didapati unta yang membawa bekalan makanan dan minuman ada di sisinya. Allah s.w.t amat gembira dengan taubat hamba yang beriman ini dengan unta dan bekalannya - Sahih Muslim


2.Hadis Anas bin Malik r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t amat gembira dengan taubat hamba-Nya iaitu salah seorang daripada kamu bertaubat kepada-Nya semasa dalam perjalanan di kawasan tandus (kering kontang). Semasa berhenti rehat unta berjalan perlahan-perlahan meninggalkannya sambil membawa bersama bekalan makanan dan minuman. Lelaki itu puas mencarinya sehinggalah merasa putus asa lalu berbaring di bawah sepohon pokok. Asyik dalam keadaan tersebut tiba-tiba unta yang dicari-cari tadi muncul di sisinya. Dia terus memegang tali kekang unta tersebut. Oleh kerana terlalu gembira dia berkata dalam keadaan tersasul: Ya Allah! Engkau hambaku dan aku tuhan-Mu - Sahih Muslim

Analogi lain kita boleh relatekan bagaiman kegembiraan keluarga Yin bila beliau ditemui dulu bagaimana gembiranya keluarga Yin.

"Detik-detik pertemuan bersejarah Shamsul Ghazali Shamsuddin, 34, dan isterinya, Nor Amizah Ahmad, 25, dengan Yin berlangsung dalam suasana penuh kegembiraan bercampur hiba di rumah seorang rakan mereka di Setiawangsa, di sini, kira-kira pukul 6 petang.

Ketika itu, kedua-dua mereka tidak dapat menahan kerinduan masing-masing lalu terus memeluk dan mencium anak sulung mereka itu yang wajahnya sedikit berubah kerana kepalanya dibotakkan.

"Kali pertama kami nampak semula Yin, kami terus pegang, kami peluk dia kuat-kuat, cium dia sambil air mata mengalir kerana gembira dan kesyukuran... susah nak gambarkan kegembiraan kami dengan kata-kata.

"Bayangkanlah, kami memang tak sangka akan jumpa semula Yin. Tetapi berkat doa dan sembahyang hajat kami dan umat Islam lain di seluruh negara, akhirnya Alhamdulillah, Allah makbulkan doa kita semua.

"Terima kasih rakyat Malaysia. Semua ini berlaku selepas doa dan pertolongan anda, kami sangat bersyukur."

Itulah kata-kata penuh emosi yang diluahkan oleh Shamsul dan Nor Amizah kepada pemberita ketika ditanya mengenai detik-detik pertemuan semula mereka dengan Yin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, malam tadi.




Link ke Gambar dan Berita


Percayalah Allah lagi gembira dengan taubat kita

3. Allah akan menggantikan Kejahatan Kita dengan Kebaikkan. (Dosa Digantikan Dengan Pahala)

"Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Alfurqaan -70.)

4. Hadis dari Abu Umamah r.a

Nabi s.a.w bersabda: "Malaikat yang di sebelah kanan (yang menjadi penulis kebaikan) ialah ketua kepada yang di sebelah kiri; maka apabila seseorang melakukan sesuatu kebaikan, dituliskan baginya kebaikan itu menjadi sama dengan sepuluh kebaikan yang tersebut, dan apabila ia melakukan sesuatu kejahatan, lalu Malaikat yang di sebelah kiri hendak menulisnya, berkatalah Malaikat yang disebelah kanan: "Tunggu dahulu;" lalu ia menunggu selama enam atau tujuh jam; kemudian jika orang itu beristighfar dari perbuatan jahat itu, tidaklah dituliskan sesuatu pun; dan jika ia tidak meminta ampun kepada Allah Taala, dituliskan baginya satu kejahatan sahaja."

5. Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

"Allah amat gembira dengan taubat hambanya melebihi kegembiraan salah seorang dari kalian yang telah menemukan kenderaannya kembali." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

6. Nabi bersabda "Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata " Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman "Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya – dalam riwayat yang lain ditambah " Aku ampunkan dosanya. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata" Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman "Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya-dalam riwayat yang lain ditambah "Aku ampunkan dosanya. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata "Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hamba-Ku in, buatlah apa yang kau mahu Aku ampunkan engkau." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

7. Allah berfirman dalam Hadis Qudsi " Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dari-Ku, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu engkau pohon keampunan dari-Ku, Aku ampunkan engkau, aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, engkau jika datang kepada-Ku dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemui-Ku tanpa mensyirikkan Daku dengan sesuatu, nescaya aku datang kepadamu dengan penuh keampunan. (Riwayat al-Tirmizi)

Dalam hidup ini, kita kalau kena kurung dalam penjara tu pun ...erm tu contoh teruk sangat kalau kita dikurung dalam rumah yang tader bekalan letrik, api air etc selama beberapa hari pun dah cukup sengsara bagaimana pula nak dikurung dalam azab api neraka tak tahu berapa lama nauzubillah. Satu hari akhirat sama dengan seribu tahun dunia justeru itu doalah banyak banyak mohon kemapunan daripada Allah.

Ambillah kesempatan mohon banyak banyak keampunan untuk diri kita ibu bapa kita dan juga yang telah pun meninggalkan kita baik mereka itu ayah,pasangan,rakan mahupun kenalan kita.

Katakanlah kalau Allah tak bagi apa yang kita doa dalam hidup ni,doa doa lain keperluan yang kita minta,dia tak bagi kecuali yang satu ni (doa ampun) cukup banyak dah sebenarnya.Semua hajat lain yang kita doa dalam hidup ni ada yang kita nak pakai dalam masa 5 tahun atau 10 tahun paling lama 30 tahun, tu pun kalau hidup selama tulah, tapi akhirat tidak ada penghujungnya kalau selamat disana tak adalah yang lebih besar daripada itu.

Rampai

Entry One:

Pagi: Gi buat "on site job"



Petang: Gi majlis bukak Posa



Khusyuk Makan apa tu...







Persembahan Percuma


Entry Two:

Comment: Pilihanraya Confirm Tahun ni Kalau betul. Sebab harga minyak pun tak bagi naik tahun ni. tahun depan tak tahu lah... tol plak camne?

Kadar tol baru oleh syarikat konsesi mula Januari 2008

Oleh Christina Koh
The Star

Rakyat Malaysia akan menghadapi kenaikan 10% pada kadar tol, dengan lapan syarikat konsesi menaikkan bayaran tol bermula Januari tahun hadapan, beritahu Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu.

Walau bagaimanapun, katanya kementerian sedang berusaha membuat cadangan untuk mengagihkan sebahagian kos kepada syarikat konsesi dan pihak kerajaan.

"Daripada meletakkan beban tersebut ke atas orang ramai, kita mahu bahagikan bebanan tersebut dibahagikan supaya syarikat-syarikat konsesi menanggungnya sedikit dan orang ramai sedikit.

"Saya akan meminta kerajaan jika ia dapat Bantu mengatasi situasi ini,” beritahunya kepada wartawan.

Ditanya berapa banyakkah kenaikan tol yang sebenar, Samy Vellu berkata, perjanjian menyatakan kenaikan 10%.

"Saya sudah kemukakan cadangan awal dan menjelaskan kepada Kabinet berapa kos sebenar yang terlibat, apa reaksi rakyat, apa yang kerajaan boleh lakukan, apa yang syarikat konsesi boleh lakukan sebagai syarikat yang bertanggungjawab dan apa lagi yang boleh dilakukan,” katanya.



Entry Three:

Taken From :
http://www.nasa.gov/mission_pages/station/expeditions/expedition16/index.html


The Expedition 16 crew members pose for a portrait at the Johnson Space Center. From the left (front row) are Russia's Federal Space Agency cosmonaut Yuri Malenchenko, flight engineer and Soyuz commander; astronaut Peggy Whitson, commander; and Malaysian spaceflight participant Sheikh Muszaphar Shukor. From the left (back row) are European Space Agency (ESA) astronaut Léopold Eyharts, astronaut Garrett Reisman and astronaut Dan Tani, all flight engineers.

Malaysian spaceflight participant? Bukan Malaysian First Astronout...Apa kata pak menteri?

SOALAN: NASA tidak mengiktiraf angkasawan pertama negara sebagai angkasawan, tetapi sebagai peserta penerbangan angkasa atau spaceflight participant. Tanpa pengiktirafan ini, adakah ini boleh menjejaskan imej dan kredibiliti angkasawan pertama negara.

"Ini hanya nama. Russia menggunakan istilah kosmonaut. Terpulang kepada Amerika Syarikat yang tidak mahu kita menyertai industri berteknologi tinggi ini. Amerika Syarikat tidak mahu semangat rakyat Malaysia bangkit. Persaingan akan memberi ancaman dan orang Amerika Syarikat takut negara kecil seperti Malaysia boleh bersaing dengan negara itu. Mengapa dia mesti menyokong agenda kita."

Dato' Seri Dr Jamaluddin Jarjis

Entry Four:
Lailatul Qadar

Oleh
Syaikh Salim bin ‘Ied Al-Hilaaly
Syaikh Ali Hasan Ali Abdul Hamid


[1]. Keutamaan Lailatul Qadar

"Artinya : Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Qur’an pada Lailatul Qadar, tahukah engkau apakah Lailatul Qadar itu ? Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan, pada malam itu turunlah melaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Allah Tuhan mereka (untuk membawa) segala urusan, selamatlah malam itu hingga terbit fajar" [Al-Qadar : 1-5]

Dan pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.

"Artinya : Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, (yaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui” [Ad-Dukhan : 3-6]

[2]. Waktunya

Diriwayatkan dari Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam bahwa malam tersebut terjadi pada malam 21,23,25,27,29 dan akhir malam bulan Ramadhan. [1]





Imam Syafi’i berkata : "Menurut pemahamanku. Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab sesuai yang ditanyakan, ketika ditanyakan kepada beliau : "Apakah kami mencarinya di malam ini?", beliau menjawab : "Carilah di malam tersebut" [Sebagaimana dinukil Al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah 6/386]

Pendapat yang paling kuat, terjadinya malam Lailatul Qadar itu pada malam terakhir bulan Ramadhan berdasarkan hadis Aisyah Radhiyallahu ‘anha, dia berkata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam beri’tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan beliau bersabda.

"Artinya : Carilah Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan" [Hadits Riwayat Bukhari 4/225 dan Muslim 1169]

Jika seseorang merasa lemah atau tidak mampu, janganlah sampai terluput dari tujuh hari terakhir, karena riwayat dari Ibnu Umar, (dia berkata) : Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

"Artinya : Carilah di sepuluh hari terakhir, jika tidak mampu maka jangan sampai terluput tujuh hari sisanya" [Hadits Riwayat Bukhari 4/221 dan Muslim 1165]

Ini menafsirkan sabdanya.

"Artinya : Aku melihat mimpi kalian telah terjadi, barangsiapa yang mencarinya carilah pada tujuh hari terakhir" [Lihat Maraji’ tadi]

Telah diketahui dalam sunnah, pemberitahuan ini ada karena perdebatan para sahabat. Dari Ubadah bin Shamit Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam ke luar pada Lailatul Qadar, ada dua orang sahabat berdebat, beliau bersabda.

"Artinya : Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kalian tentang Lailatul Qadar, tapi ada dua orang berdebat hingga tidak bisa lagi diketahui waktunya; mungkin ini lebih baik bagi kalian, carilah di malam 29. 27. 25 (dan dalam riwayat lain : tujuh, sembilan dan lima)" [Hadits Riwayat Bukhari 4/232]



Kesimpulannya.
Jika seorang muslim mencari lailatul Qadar carilah pada malam ganjil sepuluh hari terakhir : 21, 23,25,27 dan 29. Kalau lemah dan tidak mampu mencari pada sepuluh hari terakhir, maka carilah pada malam ganjil tujuh hari terakhir yaitu 25,27 dan 29. Wallahu ‘alam

[3]. Bagaimana Mencari Lailatul Qadar.?

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

"Artinya : Barang siapa berdiri (shalat) pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu" [Hadits Riwayat Bukhari 4/217 dan Muslim 759]



Disunnahkan untuk memperbanyak do’a pada malam tersebut. Telah diriwayatkan dari Sayyidah Aisyah Radhiyallahu ‘anha, (dia) berkata : "Aku bertanya, “Ya Rasulullah ! Apa pendapatmu jika aku tahu kapan malam Lailatul Qadar (terjadi), apa yang harus aku ucapkan ?"Beliau menjawab, "Ucapkanlah :
"Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul afwa fa’fu’annii"
"Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku" [2]

Dari Aisyah Radhiyallahu ‘anha.

"Artinya : Adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, apabila masuk pada sepuluh hari (terakhir bulan Ramadhan), beliau mengetatkan kainnya[3] menghidupkan malamnya dan membangunkan keluarganya" [Hadits Riwayat Bukhari 4/233 dan Muslim 1174]

Juga dari Aisyah, (dia berkata) :

"Artinya : Adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersungguh-sungguh (beribadah apabila telah masuk) malam kesepuluh (terakhir) yang tidak pernah beliau lakukan pada malam-malam lainnya" [Hadits Riwayat Muslim 1174]




[4]. Tanda-Tandanya


Dari ‘Ubay Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

"Artinya : Pagi hari Lailatul Qadar, matahari terbit tidak menyilaukan," [Hadits Riwayat Muslim 762]

Dari Abu Hurairah, ia berkata : Kami menyebutkan Lailatul Qadar di sisi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda.

"Artinya : Siapa di antara kalian yang ingat ketika terbit bulan seperti syiqi jafnah" [4]

Dan dari Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata : Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

"Artinya : (Malam) Lailatul Qadar adalah malam yang indah, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin, (dan) keesokan harinya cahaya sinar mataharinya melemah kemerah-merahan" [Tahayalisi 349, Ibnu Khuzaimah 3/231, Bazzar 1/486, sanadnya Hasan]


_________
Foot Note.
[1]. Pendapat-pendapat yang ada dalam masalah ini berbeza, Imam Al-Iraqi telah mengarang satu risalah khusus diberi judul Syarh Shadr Bidzikri Lailatul Qadar, membawakan perkataan para ulama dalam masalah ini, lihatlah…
[2]. Hadits Riwayat Tirmidzi 3760, Ibnu Majah 3850 dari Aisyah, sanadnya Shahih. Lihat syarahnya Bughyatul Insan fi Wadhaifi Ramadhan hal. 55-57 karya Ibnu Rajab Al-Hambali.
[3]. Menjauhi wanita karena ibadah,
[4]. Muslim 1170. Perkataan : "Syiqi jafnah" syiq artinya setengah, jafnah artinya bejana. Al-Qadhi ‘Iyadh berkata : "Dalam hadits ini ada isyarat bahwa malam Lailatul Qadar hanya terjadi di akhir bulan, karena bulan tidak akan seperti demikian ketika terbit kecuali di akhir-akhir bulan".


Hari ini genap seminggu adik nurin dikebumikan. Orang yang buat kerja tu pun khabarnya masih lagi berkeliaran sehingga ke sekarang.Kalaulah dapat ditangkap sekali pun penghakiman yang bakal diterima oleh makhluk itu pun tak akan sekali kali adil kerana ianya berdasarkan civil law. katakanlah makhluk tersebut dihukum tanpa melalui mahkamah (mungkin orang dapat tangkap and then buat penghakiman sendiri, sula ke dulu sebelum bakar, kasi ke, atau apa apa yang terlintas pada masa tu) ianya juga masih tidak adil kepada makhluk tersebut kerana ianya dihukum berdasarkan emosi.

"Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat; maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung) dan cukuplah Kami sebagai Penghitung." (Al-Anbiyaa':47)

Rasulullah s.a.w bersabda: "Didekatkan matahari pada hari kiamat kepada makhluk-makhluk sehingga matahari itu menjadi dekat kepada mereka sejarak satu mil; maka pada saat itu manusia berada dalam peluh masing-masing mengikut kadar amal jahatnya; ada di antara mereka yang peluhnya sampai ke mata kakinya, ada yang sampai ke lututnya, ada yang sampai ke pinggangnya, dan ada yang sampai peluhnya masuk ke mulutnya".

Itu sewaktu menunggu keputusan ke neraka kah atau ke syurga. Bagaimana pula sewaktu kiraan dan hisab?


1. Hadith :
Daripada Abu Hurairah r.a katanya:”Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud:"Sesungguhnya sebarang hak tak dapat tidak mesti dibayar kepada tuannya sehingga kambing biri-biri yang tidak bertanduk diberikan peluang membalas kambing biri-biri yang bertanduk" ‘Iaitu menanduknya’ mengikut satu riwayat."

Muslim dan at-Tirmidzi

Itu hisab antara kambing dengan kambing yang mana selepas itu keduanya akan dijadikan tanah. Bagaimana kalau sesama manusia yang ianya tidak sempat meminta maaf atau diqisas di dunia dulu?

2. Ketika Rasulullah Shallahu 'Alaihi wa Sallam melihat orang-orang menjadikan burung sebagai sasaran anak panah, beliau bersabda: "Allah melaknat siapa saja yang menjadikan sesuatu sebagai sasaran" (Diriwayatkan Abu Daud dengan sanad shahih)

Bagaimana rupanya laknat Allah kalau manusia menjadikan manusia sebagai sasaran? walaupun dengan menggunakan terung?

3. Rasulullah Shallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda: "Seorang wanita masuk neraka karena kucing. Ia menahannya hingga mati. Ia masuk neraka karenanya, karena tidak memberinya makan sebab ia menahannya, dan tidak membiarkannya makan serangga-serangga tanah" (Diriwayatkan Al-Bukhari)

Itu kucing, bagaimana kalau membiarkan manusia kelaparan sehingga ke nafas terakhirnya?

Kalau buat kat manusia?

4.Rasulullah Shallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda ketika melihat keledai dicap, "Allah melaknat orang yang mencap keledai ini di wajahnya" (Diriwayatkan Muslim)

Bagaimana kalau patah patahkan tulang manusia tanpa haq?

Kiraan dan percaturan Allah jualah yang maha adil. Kalau selepas ini masih juga tidak dapat dijumpai ataupun kalau Allah tak nak berikan hidayah kepada dia untuk bertaubat dan memohon maaf dengan keluarga yang terlibat, terpulang lah kepada Allah untuk buat apa yang dia suka kepada makhluk tersebut baik secara tunai di dunia lagi mahupun di sana. Percayalah

1. Dan (setelah itu) datanglah tiap-tiap orang (ke Padang Mahsyar), disertai (dua malaikat: Yang satu menjadi) pembawa dan (yang satu lagi menjadi) saksi; (Qaaf:21)

2. "Pada hari Kami (Allah) berfirman kepada Jahanam, "Adakah engkau sudah penuh?" Jahanam bertanya, "Adakah tambahan lagi?" (Qaaf:30)

3. "Ingatlah! Sesungguhnya orang yang bersalah, akan dilemparkan dalam neraka Huthamah. Adakah yang memberitahukan padamu apakah Huthamah itu? Yaitu api Allah yang dinyalakan, yang naik sampai ke ulu hati. Sesungguhnya api itu ditutupkan di atas mereka dalam tiang yang panjang-panjang." (Al-Humazah:4-9)

4. "Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya;Maka tempat kembalinya ialah "Haawiyah" Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Haawiyah" itu?(Haawiyah itu ialah): Api yang panas membakar." (Al-Qaari'ah:8-11)

5. "Manakah yang lebih baik, limpah kurniaan yang termaklum itu atau pokok zaqqum?Sesungguhnya Kami jadikan pokok zaqqum itu satu ujian bagi orang-orang yang zalim (di dunia dan azab seksa bagi mereka di akhirat).Sebenarnya ia sebatang pohon yang tumbuh di dasar Neraka yang marak menjulang.Buahnya seolah-olah kepala Syaitan-syaitan.Maka sudah tentu mereka akan makan dari buahnya (sekalipun pahit dan busuk), sehingga mereka memenuhi perut darinya.Kemudian, sesungguhnya mereka akan beroleh lagi (selain itu) satu minuman campuran dari air panas yang menggelegak.Setelah (mereka dibawa minum) maka tempat kembali mereka tetaplah ke dalam Neraka yang menjulang-julang.." (As-Saaffat:62-67)

6. "Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api Neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu dan amatlah buruknya Neraka sebagai tempat bersenang-senang." (Al-Kahfi:29)

7. "Sesungguhnya siksa dalam neraka Jahim ialah dituangkan air yang mendidih di atas kepala orang-orang yang durhaka itu, kemudian terus masuk ke dalam sehingga menembus ke dalam perut mereka, kemudian keluar segala isi yang ada dalam perut itu sehingga tampak meleleh dari kedua tapak kakinya. Ini semua merupakan cairan yang berasal dari isi perut. Selanjutnya dikembalikan lagi sebagaimana semula."
Diriwayatkan oleh Tirmizi dan ia mengatakan bahwa hadis ini adalah hasan sahih.

Konfius




Satu hari budak di atas ni mengangkat satu panggilan telefon di rumah mak tuknya

XYZ: Hello, adik. ayah ada tak?
Budak ni: Ayah dah mati

XYZ: Umi (definitelah dia refer pada mak budak ni kan) ada tak...?
Budak ni: Umi pun dah mati

Then saya tak tahu macam mana seperti yang diciterkan oleh "an jolie" semalam(datuk budak ni lah) tetiba plak si XYZ pergi tanya pulak budak ni seperti di bawah

XYZ: ayah baba ada tak?
Budak ni: Ayah baba pun dah mati

Tu yang bila XYZ jumap dengan "an jolie" budak ni dia tanya apa ni tanya seua jawab mati...






Citer budak tu plak macam ni....(seperti yang diceritakan oleh mak tuk budak ni)

Satu hari (tak ingat bile) kawan mak tuk budak ni jumpa dengan budak tu (mungkin budak tu dengan mak cik pak cik dia kut)

ABC: amiir mak mana?
budak tu: mak dah mati, mak jawahir adalah...


So maaflah pada sesiapa yang tak tahu story asal. memang bebudak tu dibesarkan dengan citer ibu bapa meninggal dan melawat kubur.

Macam Filem Hindustan

From Malaysiakini

Transcript of Lingam’s conversation with Ahmad Fairuz
Sep 19, 07 5:39pm

Below is a transcript of the conversation by lawyer VK Lingam in his telephone conversation with Chief Justice Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, as recorded in an eight-minute video clip.

"The CJ said he is relative to now Agong, so he wants to stay on to 68, so, Tengku Adnan, I told Tengku Adnan, yesterday I had a meeting with him.

He said PM is already very angry with him, he said no problem he is going to make you acting err.. confirm your position as PCA, working very hard then working very hard to get Tan Sri Mokhtar as CJM.

Ah, we just keep it confidential. I am working very hard on it. Then there is a letter, according to Tengku, I am going to see him tomorrow, there is a letter sent to CJ, I mean Tan Sri Dzaiddin, that Datuk Heliliah, Datuk Ramli, Datuk Ramli and Datuk Ma’roop be made judges, and he rejected Dr Andrew Chui and apa itu Zainuddin Ismail lah. Because Zainuddin Ismail condemned your appointment and Tan Sri Mokhtar’s appointment.

And then you also, you seems to wrote a letter for the remaining five be confirmed as judges. As per our memo I discuss with Tun Eusoff Chin and we sent the same memo to PM.

I just want to get a copy letter that that has been done.

And then Tan Sri Dzaiddin said he is going to recommend six people for the court of appeal, but until today the letter hasn’t come to PM. He never discuss, but neither he has sent the letter to PM. Yes he has not sent. I know it is under the constitution for judges all that is your job Datuk to send, but we don’t want to make it an issue now.

Ah. Ok Actually I told Tengku Adnan to inform PM, PM to call you for a meeting. I organize it so that Tengku Adnan will call you directly. And then I got your number, I will tell him to call you directly to for you to meet PM lah. So should be ok, then ar.. correct correct, it is very important that the key players must be there.

Correct, correct, correct, correct, correct. You know that the same problem that Tun Eusoff Chin has. He tried to do all this and yet he has run out of soldiers. He couldn’t do it because many are from the other camp. Last time was unfortunate because Tun Daim was doing everything sabotaging, otherwise how are things with you - everything is ok?. No, don’t worry.

You know sometimes Tan Sri Vincent that half the time they are talking about judiciary rather than doing the work. But if I don’t do this part my work will be useless.

Ha ha ha. Ah yes.Correct,correct,correct,correct,correct,correct. Right, right, right, correct. Ah right susah. You see he has now up for six court of appeal judges, so that he can put his men before he retires.

Correct, correct, correct, ah and then ah, correct. But never-mind, I will do this, I will get Tengku Adnan to arrange for PM to call you and Tan Sri Vincent Tan for PM to call you. And you know why, actually, I am very grateful with Tan Sri Vincent Tan you know why, I brainwash you so much even I quarrel with him.

One day I went to Vincent Tan house, I fire him at the night in his house. I said bloody hell if you don’t do this who will do it?

All these people Tun Eusoff Chin, Datuk Ahmad Fairuz, Tan Sri Zainon all fought for that. Then he called Tengku Adnan. Tengku Adnan he said, saya bukan Perdana Menteri Malaysia lah, you know. If the old man doesn’t want to listen to me, go to hell.

He quarreled with me. I said never mind, never mind, you talk to PM again tomorrow morning to put Datuk Ahmad Fairuz to CJM. So next day morning he went and he called me back 9.30 that he said PM has already agreed.

So I said never mind, we hope for the best. So I said no harm trying, the worst that it can happen is that you lose. Being the old man, he is 76 years old, he gets whispers everywhere, and then you don’t whisper, he get taken away by the other side. But, now PM is very alert because every time he gets letters from Tan Sri Dzaiddin, he called Tengku Adnan, he said discuss with Vincent, come and discuss.

Yes yes, ya. Correct, correct, ya, but you see although I know PM, I am a lawyer in practice my views are.. I go through them, I go through them lah. Ah, ah, ah, ah.

And then Dzaiddin will call them telling that you went saw PM and you make a big issue out of it. Oh ya, I think so, I think so.

Ok, fine, fine, fine, fine. Ok, ok, ok, ok.

Ah, ah. Correct, correct. Now I heard Raja Aziz, Raja Aziz two weeks ago spoke to my lawyer Thayalan, and another lawyer Ailan, in the high court, they have a case each other. So, Thayalan and Ailan asked Raja Aziz, how is Tan Sri Wan Adnan?

He said he is on his way down. But you know what is the shocking thing he said? Datuk Fairuz became CJM. He overruled everybody, in three months time, he is going be made PCA, and six months time he is going to be CJ. He said he can’t think, he’s shocked. He told us.

Ha, it seems that they are going to organize a campaign to run you down. But you just keep quite, don’t say anything. Even the press asked, you said I leave it to God, that’s all. Don’t say. I really like your message. You said you work very hard, what can I do? I leave it to God.

That’s the best answer Datuk that you can ever be.

Ah… I will also get Tan Sri to remind PM to put a Tan Sri-ship this year lah. This will elevate you, you know.

Oh yes, yes, yes, yes. Ha. Steve Shim got so fast, Tan Sri Chong waited for whole year to get Tan Sri-ship.

Ah.. My god that’s why, ah. Correct, correct, correct, correct. Ya, ya, ya, ya. Right, right, right. Correct, correct.

Don’t worry, we organize this. If Tan Sri Vincent and Tengku Adnan want to meet you privately, they will, I will call you. We organize in a private arrangement, in a very neutral place.

No don’t worry, Datuk, I know how much you suffer for Tun Eusoff Chin. And Tun said Datuk Ahmad Fairuz 110% loyalty. We want to make sure our friends are there for the sake of the PM and the sake of the country.

Not for our own interest, not for our own interest. We want to make sure the country come first. Well, you suffered so well, so much you have done. For the election, Wee Choo Keong, everything. How much, no body would have done all these.

Yes, you know. Good lah. Don’t worry. I am constantly working on this.

Ya ya, don’t worry, don't worry. We work hard on this. And Datuk, and then if Tan Sri Vincent and Tengku Adnan want to see you, I will organize it in such a confidential place.

Ok Datuk very best. God bless you and your family.

Ok. Thank you thank you. Bye."

http://www.jeffooi.com/2007/09/explosive_8_minutes_2002.php

Elaun Gaji Duit Pendapatan

Semalam ada org fwd email pasal elaun elaun ni..rasa nak share plak.. mungkin leh sama sama baca kut.

nota:
a. Untuk elaun PM mungkin perlu penjelasan kut betul ke kiraan macam tu atau dia dapat gaji as PM jer.
b. rujukan boleh dibuat di laman web Peguam Negara

Elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong

Ini adalah di bawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982).
Ini budget tahunan untuk Agong. Akan dibayar secara bulanan kepada Agong. Selain dari elaun untuk Agong ni, mereka masih dapat elaun Sultan di negeri masing masing.

1. Privy Purse - RM360,000 (bermakna bulanan adalah RM30,000).
2. Elaun keraian - RM120,000 (bulanan sebanyak RM10,000)
3. Elaun diraja Istana Negara - RM144,000 (bulanan sebanyak RM12,000)

So, total setiap bulan seorang Agong dapat adalah sebanyak RM52,000.

Elaun untuk Permaisuri Agong ialah

1. Privy Purse - RM67,200 (iaitu RM5,600 sebulan).
2. Elaun keraian - RM21,600 (RM1,800 sebulan).

Total sebulan Permaisuri Agong dapat ialah RM7,400.

Selain daripada tu, setiap tahun Agong dapat lebih RM53 million untuk perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan untuk gaji pekerja dia.Breakdown nya adalah seperti berikut

1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu - RM52,259,100
2. Gaji kakitang an istana - RM1,004,880

Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong

Aku tak pernah tau wujud nya elaun ni. Bermakna setiap bekas Agong yang tukar setiap 5 tahun tu akan dapat elaun bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong. Ini adalah dibawah peruntukan Undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006.

Dibawah akta ni elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong setiap bulan untuk seumur hidup. Contoh nya lah kan, macam Sultan X (bekas Agong), selain dari elaun Sultan dia dapat tiap bulan, dia juga dapat elaun bekas Agong.

1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong - RM15,180 sebulan.
2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong - RM4,500 sebulan.

Boleh dikatakan kat Malaysia ni kebanyakan Sultan dah pun jadi Agong, just imagine berapa banyak kerajaan belanjakan untuk kesemua bekas-bekas Agong dan bekas-bekas Permaisuri Agong yang masih hidup?

Pencen khas untuk balu Agong

Ini adalah pencen untuk balu Agong. Bermakna kalau Agong tu mati semasa dia tengah jadi Agong, so balu dia akan dapat pencen ni. Contohnya pencen khas ni Siti Aishah dapat sebab Sultan Selangor mati masa tu dia tengah jadi Agong kan. Kira untung lah Siti Aishah ni sebab dapat pencen khas. Anyway, ini adalah di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979).

So, ini lah yang Siti Aishah dapat.

1. Pencen seumur hidup - RM4,500 sebulan.
2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk driver dan maintenance of car.
3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM750,000.

Elaun Sultan dan kerabat (contoh K)

Elaun untuk Sultan dan kerabat kat setiap negeri adalah dibawah peruntukan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja. Ini contoh untuk K. Basically, kat negeri negeri lain pun lebih kurang sama juga amount nya.

1. Elaun Sultan - RM52,600 sebulan.
2. Elaun keraian Sultan = RM15,480

So, setiap bulan Sultan (contoh disini ialah Sultan K) ialah sebanyak RM68,080.

Untuk Sultanah pulak elaun nya adalah

1. Elaun Sultanah - RM12,000 sebulan
2. Elaun peribadi Sultanah - RM2,600 sebulan.

Sebulan Sultanah akan dapat RM14,600.

Elaun lain lain untuk kerabat ialah
Raja Muda - RM13,000
Raja Puan Muda - RM5,200
Tunku Bendahara - RM4,000
Bini Tunku Bendahara - RM1,250
Tunku Temenggung - RM3,500
Isteri Tunku Temenggung - RM900
Tunku Laksamana - RM3,000
Isteri Tunku Laksamana - RM600

Banyak lagi elaun untuk kerabat bergelar.

Selain daripada tu kerabat-kerabat lain pun dapat allowances juga. Contoh macam anak anak Sultan dapat allowace dalam RM1,000 sebulan and kerabat jauh sikit (bukan anak Sultan) dinamakan kerabat kategori 2 juga dapat allowace sebanyak RM500 sebulan.

Gaji dan allowances untuk Perdana Menteri, Menteri dan Ahli Parlimen

Ini semua adalah dibawah Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan 2005.

Gaji untuk Perdana Menteri, Menteri, MP adalah seperti berikut,

Perdana Menteri - RM22,826.65 sebulan
Timbalan Perdana Menteri - RM18,168.15 sebulan
Menteri-menteri Kabinet - RM14,907.20 sebulan.
Timbalan Menteri-menteri Kabinet - RM10,847.65 sebulan
Setiausaha Parlimen - RM7, 187.40

Ahli Dewan Negara - RM6,508.59
Ahli Dewan Rakyat (ni kira MP lah) - RM4,112.79

So, contohnya macam Pak Lah... dia adalah Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan juga dia adalah MP, so monthly income dia ialah

= RM22,826.65 + (RM14,907.20 x 2) + RM4,112.79
= RM56,753.84.

Ini formula untuk calculate pencen bekas MP.

Pencen:
1/144 x tempoh perkhidmatan (bulan) x Gaji

Minimum pencen dapat ialah separuh dari gaji MP. Bermakna kalau jadi MP satu penggal pun akan dapat pencen paling sikit pun RM2, 056.40. Lagi lama jadi MP lagi banyak pencen dia akan dapat.

Gratuity:
1/48 x Gaji x 12 x tempoh perkhidmatan (bulan)

Mencari pahala di hotel….?

Posa posa ni teringin nak makan best gak salah satu tempat makanan best yang banyak kat hotel la.. Ni satu artikel boleyla kalo nak baca. Artikel Saya??????? Nantilah.......


Mencari pahala di hotel….?
(Credit to Orginial Author)




Dalam bulan Ramadhan ni Kawan tengok banyak orang kaya memberi tumpuan kepada hotel.Hotelpun beri tumpuan pada orang kaya juga. Sebahagian daripada mereka tidak sempat nak berbuka puasa di rumah kerana kesibukan masing-masing.

Ada juga yang mengambil kesempatan ‘berehat’ menyediakan makanan atau juadah berbuka puasa kerana letih ataupun kesuntukan masa.

Walau apa sekalipun sebab-musababnya, permintaan untuk berbuka puasa di hotel-hotel mewah memang ada.

Malah, kerana permintaan tinggilah, ada hotel tertentu di Lembah Klang yang ‘menawarkan’ harga istimewa sehingga RM80 dan RM90 ++ satu kepala untuk berbuka puasa.

Banyak manalah agaknya yang akan dimakan oleh pengunjung berkenaan. Walaupun pihak hotel menyediakan sehingga 60 jenis kuih-muih untuk berbuka, dan 40 jenis lagi untuk makan malam, tidak mungkin ada pengunjung yang mampu menikmati kesemua jenis juadah berkenaan.

Dengan RM90 seorang makan di hotel mewah, kita sebenarnya boleh menikmati juadah yang hampir sama sebanyak sembilan kali di sebuah restoran biasa. Atau, kita boleh juga mengajak sembilan orang lain untuk memeriahkan makan malam kita.

Kalau dah berbuka puasa di hotel, tidak mungkin berseorangan, tentu sekali membawa keluarga atau kawan-kawan. Jika pergi sebanyak 10 orang, bermakna RM900 dah tentu terbang.

Jika dibuat jamuan di rumah menggunakan perkhidmatan katering dengan kadar RM10 seorang, kita sudah dapat menjamu 90 orang. Alangkah bertuahnya jika yang dijamu itu adalah anak-anak yatim dan fakir miskin.

Bersedekah pada golongan sedemikian tentu besar pahalanya di samping dapat kita mengelak daripada membazir dan makan pada kadar berlebihan yang pastinya bertentangan dengan tujuan umat Islam diwajibkan berpuasa.

Apabila berpuasa, kita berpeluang merasakan keperitan yang ditanggung oleh orang miskin dan tidak berkemampuan yang berlapar sepanjang masa.

Berpuasa juga dari sudut kesihatannya memberi ruang kepada ‘jentera-jentera pemproses’ dalam perut kita untuk berehat.

Malangnya, berbuka puasa atau lebih tepat ‘berpesta makan’ di hotel tidak menepati maksud tersebut. Makan pasti sekenyang-kenyangnya dan ada kala ‘terlepas’ pula menunaikan solat maghrib.

Bagi individu yang mampu, carilah rumah-rumah anak yatim yang begitu banyak di negara kita, termasuk di Lembah Klang. Raikan mereka dan mereka pasti akan mendoakan kita. Doa anak yatim dimakbulkan Allah.

Begitu juga dengan syarikat-syarikat gergasi atau separuh gergasi. Alangkah bahagianya jika anak-anak yatim dan fakir miskin dijamu di hotel-hotel. Selepas berbuka, berjemaah maghrib bersama-sama dan kemudiannya memanjatkan doa kesejahteraan kepada Ilahi.

Jika berhajat bersedekah dan meraikan lebih ramai lagi, bawa makanan ke rumah mereka. Nikmati juadah bersama-sama – bukan sahaja golongan tersebut akan berterima kasih dan berbesar hati, kita juga akan dapat menikmati keinsafan, teladan dan muhasabah diri.

Tidak sukar untuk mendapatkan anak-anak yatim dan fakir miskin. Jika susah juga, hulurkan sahaja sumbangan kita kepada masjid-masjid jame’ yang menyediakan juadah berbuka puasa. Tahulah pihak jawatankuasa masjid menguruskannya.

Menyentuh pihak hotel pula, adalah tidak adil jika kita membuat suatu kesimpulan semua hotel menaikkan harga makanan untuk berbuka puasa. Walaupun belum kedengaran adanya hotel yang memberikan potongan istimewa atau menurunkan harga, masih banyak hotel yang mengekalkan harga buffet masing-masing seperti sebelum bulan puasa.

Ada yang serendah RM40 sekepala, tetapi jumlah hidangan ditambah. Ada juga hotel-hotel tertentu yang menganjurkan sendiri majlis berbuka puasa untuk anak-anak yatim.

Hotel Quality Inn, umpamanya menjadikan majlis tersebut sebagai amalan saban tahun. Hotel ini bekerjasama dengan syarikat-syarikat milik kerajaan negeri Selangor, meraikan golongan tertentu.

Alangkah baiknya, setiap hotel khaskan satu hari dalam sebulan bagi meraikan golongan yang memerlukan ini. Jadi dalam sebulan, ada 29 hotel yang boleh dikunjungi untuk berbuka puasa secara percuma.

Amalan beberapa hotel tertentu yang menghulurkan makanan dan minuman berbungkus kepada orang awam, khususnya pemandu teksi dan lori kecil, elok juga diteruskan. Pemandu teksi tidak perlu berhenti lama untuk berbuka dan kemudiannya bersolat maghrib.

Elok juga jika hotel-hotel terkemuka berkenaan menjual nasi bungkus pada harga yang rendah. Hotel tidak akan rugi, sebaliknya hendaklah melihat amalan itu sebagai satu tanggungjawab sosial yang besar ertinya.

Jika dosa ada di mana-mana, pahalapun begitu juga.

Everyone of u is a leader

Everyone of u is a leader
Everyone has the opportunity to be a top level leader
but...not all of you will have the opportunity you be a top level leader
however everyone must be prepared to be a top level leader
becoz nobody knows what lies in the future

p/s: Tak ingat ambil dari mana credit to owner die lah...

Anak dilahirkan sebagai raja, jangan biarkan ia terus menjadi raja!

Credit to: emjay

Saya juga sebahagian daripada produk di bawah mungkin...Anda bagaimana,setuju?

Assalamualaikum wbh


Segala puji kepada Allah yang memberikan begitu banyak rahmat kepada diriku ini.

Pada 25 Jun pukul 8.18 pagi, saya telah mendapat PM dari pembaca Laman Emjay daniajohor berbunyi begini "emjay....mana pergi lama dah tak update blog nie.wasalam”.

Saya begitu terharu dengan PM ini. Rupanya pembaca laman emjay ini dan mungkin pembaca lain juga tertunggu-tunggu akan update saya terkini maklumlah update yang lepas hanya dilakukan pada 15 Jun lalu iaitu 10 hari lepas.


Saya sebenarnya baru saja kembali pada lewat petang semalam Ahad setelah berkampung di somerset Rompin semenjak khamis lepas. Menguruskan program motivasi staf fakulti. Memang terlalu banyak untuk diselaraskan sehingga laman emjay tidak dapat diupdate untuk tempuh yang lama.

Saya sentiasa bersyukur dengan Allah SWT dikurniakan 6 orang anak 4 puteri dan 2 putera. Saya cuba membayangkan seandainya Allah memberikan hanya seorang anak atau mungkin tidak ada anak langsung sebagaimana ramai pasangan masa kini. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah.

Saya mengingatkan semua pembaca dan diri saya supaya membalas segala nikmat anak yang diberikan oleh Allah SWT dengan sewajarnya dan bukan dengan melakukan kesyirikan sebagaimana dengan firman Allah dalam surah Al A’raaf ayat 189 –190

"Dialah yang menciptakan kamu dari diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya. Maka setelah dicampurinya isterinya itu mengandung kandungan yang ringan dan teruslah dia merasa ringan (beberapa waktu). Kemudian tatkala dia merasa berat, keduanya (suami/isteri) bermohon kepada Allah, Tuhannya seraya berkata "sesungguhnya jika Engkau memberi kami anak yang sempurna, tentulah kami termasuk orang-orang yang bersyukur" Tatkala Allah memberi kepada keduanya seorang anak yang sempurna, maka kedua-duanya menjadikan sekutu bagi Allah terhadap anak yang telah dianugerahkanNya kepada keduanya itu. Maka Maha Tinggi Allah dari apa yang mereka persekutukan"

Sememangnya ramai ibu bapa hari ini membalas rahmat anak yang diberikan sihat dan selamat oleh Allah SWT dengan melakukan syirik seperti memasukkan pensel dan pembaris di dalam bekas tembuni yang di tanam atau memungut tangkal agar anak dilindungi dari gangguan syaitan atau dengan meletakkan objek seperti paku, gunting dan surah Yasiin berhampiran bayi. Semua pekerjaan ini adalah pekerjaan syirik yang bakal mengundang pelbagai musibah dari Allah.

Apabila Allah mengurniakan seorang bayi lelaki atau perempuan, kenanglah rahmat bagaimana Allah perintahkan bayi ini untuk menyusu dari puting susu emaknya. Sebagai ibu, berdoalah agar dapat menyusukan bayi selama tempuh dua tahun. Berbagai rahmat dari amalan ini. Antara kebaikan amalan menyusukan bayi selama 2 tahun ini ialah:

1. Anak sangat kurang mendapat penyakit sebagaimana bayi yang menyusu botol

2. Kurang kos untuk membeli susu bayi – menjimatkan

3. Kurang kerja seperti memasak air dan membancuh susu

4. Ibu bapa tidak perlu bangun malam membancuh susu

5. Anak lebih sihat berbanding anak yang menyusu botol

6. Ibu insyaAllah tidak akan mengandung dalam tempuh menyusukan bayi ini.

7. Badan ibu akan cepat kembali slim macam sebelum mengandung kerana segala bekalan makanan dalam badan si ibu akan ditukarkan menjadi susu ibu.

Begitulah antara rahmat Allah kepada ibu yang menyusukan anak.

Sewaktu seorang anak dilahirkan, dia adalah seorang raja yang paling hebat di dunia dan tidak ada seorang raja pun di dunia yang lebih hebat dari mereka. Apabila perut lapar, dengan satu perintah sahaja, ibu akan datang untuk menyusukan anak ini. Apakah perintah universal yang digunakan oleh siraja berumur satu hari ini? Tidak lain dan tidak bukan ialah “MENANGIS”. Dengan perintah menangis ini juga segala dayang-dayang akan berkerumun untuk melayani kehendak si raja kecil ini. Bila tidak selesa kerana kencing atau berak, si raja kecil akan menangis. Bila sakit juga akan menangis. Pendek kata hanya dengan satu perintah sahaja iaitu menangis, segala kehendak si raja kecil ini akan dipatuhi oleh segala dayang-dayang yang terdiri dari ibu, bapa, kakak, abang, nenek, datok, orang gaji dan sebagainya.

Tabiat menangis untuk memerintah akan dikekalkan selama mungkin oleh si raja kecil ini. Lebih lama lebih menyeronokkan. Saya sendiri pun yang sudah berusia lebih 50 tahun merasakan seronok sekiranya sentiasa ada dayang-dayang yang setia memandikan saya, menyuapkan saya, memakaikan baju, memandu kereta saya dan melakukan segalanya untuk saya. Namun adakah tabiat ini sesuatu yang terbaik bagi diri saya? Jikalau saya di layan sebagai raja dari usia 1 hari sehingga 20 tahun dan kemudian layanan ini dihentikan mungkin atas sebarang alasan, apakah akan terjadi kepada saya? Bolehkah saya berdikari? Adakah saya akan menjadi orang yang tabah? Adakah saya akan menjadi orang yang sabar? Adakah saya akan menjadi orang yang rajin? Adakah saya akan mampu menguruskan diri saya sendiri? Sebenarnya, membesarkan saya sebagai raja dari usia 1 hari sehingga 20 tahun hanya akan mengundang lebih banyak masalah kepada diri saya di kemudian hari.

Merubah sikap anak dari seorang raja kepada seorang hamba hendaklah dilakukan seberapa segera kerana ini akan lebih menguntungkan anak ini dan juga menguntungkan kedua ibu bapa mereka. Kadang kala kita perhatikan seorang kanak-kanak berusia 6 tahun apabila selepas berak, masih ibu bapa mereka yang membersihkannya sedangkan ada anak yang ketika berusia 6 tahun sudah dilatih membasuh baju mereka sendiri selain membasuh pinggan mangkuk.

Anak besar yang masih kerap menangis menunjukkan anak ini masih mengekalkan sifat raja. Seorang anak kecil yang tidak lagi menangis menandakan anak kecil ini alhamdulillah telah berjaya membuang sifat raja.

Saya pernah melihat seorang anak saudara saya yang sudah berusia 8 tahun masih memerintah dengan tangisannya terutama sekali apabila berada di shopping complex. Si anak ini akan terus menangis sehingga ayahnya membelikan permainan sebagaimana yang dihajati anak kecil ini. Sifat ini sebenarnya adalah satu sifat yang patut dielakkan dan sebenarnya ibu bapa kanak-kanak ini sedang mengajar anak kecil ini nilai degil dan kepala batu dan semoga semua orang lain hanya mendengar kehendaknya sahaja.

Persoalan paling utama kini ialah bagaimana cara yang terbaik untuk mendidik anak kecil membuang sifat raja yang dikurniakan Allah semenjak dilahirkan? Ilmu psikologi barat mengajar pelbagai ilmu untuk mendidik sebahagiannya adalah jelas baik namun sebahagiannya pula jelas amat buruk terutama sekali ilmu yang tidak menggalakkan ibu bapa merotan anak-anak. Bagi saya ilmu yang disampaikan oleh Nabi Muhamad SAW adalah ilmu yang terbaik dan tiada tolok bandingnya. Jikalau ilmu dari nabi Muhamad ini dilaksanakan di Malaysia, insyaAllah tidak perlu dibangunkan bangunan penjara di Malaysia serta kira-kira sejuta umat Malaysia yang menagih dadah dapat dielakkan. Sebagai contoh apabila seorang penagih dadah telah disahkan mengambil dadah, terus ikat di depan masjid dan selepas solat asar, rotan mereka ini kerana telah mengambil bahan yang memabukkan sebagaimana hukuman rotan ke atas orang yang minum arak. Rotan ini bukan sebagaimana hukuman rotan kini yang tersangat kuat. Hukuman rotan dalam islam adalah lebih lembut tetapi bilangannya adalah lebih untuk mendidik dan bukan untuk membunuh. InsyaAllah kalau dilaksanakan hukuman ini, tidak ada rakyat Malaysia yang akan menghisap dadah sebagaimana sangat jarang umat Arab Saudi yang ingin mencuri kerana takutkan dipotong tangannya.

Apa yang ingin saya jelaskan didalam tulisan saya kali ini ialah ROTANLAH anak-anak kecil untuk mendidik mereka kerana ilmu ini sudah diajarkan Nabi Muhamad SAW sebagaimana disebut Nabi untuk merotan anak-anak apabila sudah mencecah usia tertentu tetapi masih tidak mahu solat. Islam menyediakan pahala dan dosa serta syurga dan neraka. Pada pandangan saya, menggunakan rotan untuk mendidik berserta ganjaran apabila anak melakukan sesuatu yang baik adalah amalan terbaik.

Berdasarkan pengalaman membesarkan anak-anak ini, memanglah amalan merotan anak adalah cara terbaik untuk mendidik anak. LEBIH AWAL MEROTAN, LEBIH CEPAT SIFAT RAJA DAPAT DIBUANG DARI DIRI ANAK-ANAK DAN LEBIH CEPAT ROTAN DAPAT DIGANTUNG (disimpan untuk adiknya pula). Jikalau mengikut pengalaman dan didikan arwah guru saya, usia anak kira-kira 1 ½ tahun sudah boleh dimulakan rotan walau pun setengah anak ini belum pandai bercakap. Mungkin pada usia ini, apabila anak kecil gemar melontar barang hingga merosakkan permainan sudah melayakkan untuk dirotan dengan ringan sahaja. Bila anak ini sudah berjaya untuk tidak lagi melontar barang, berilah ganjaran seperti menggosok kepala atau dicium.

Pada usia ini, rotan dilakukan bukan untuk benar-benar menyakitkan tetapi untuk merasakan sedikit perasaan sakit dan mengelakkan anak ini melakukan tabiat yang tidak sepatutnya dilakukan. Kadang-kadang sekadar menunjukkan rotan sudah berjaya mendidik anak ini dalam usia ini. InsyaAllah sekiranya amalan merotan ini diamalkan dengan konsisten bersama kaedah ganjaran, amalan merotan sudah boleh dihentikan pada usia anak ini mencecah 4 tahun. Insya Allah anak ini akan patuh kepada kedua ibu bapa hanya dengan arahan lisan tanpa menggunakan rotan.

Bahagian mana pula yang paling baik untuk dirotan? Menurut pesanan arwah guru, bahagian terbaik untuk dirotan ialah tapak tangan dan tapak kaki. Elakkan dari merotan bahagian lain kerana merotan bahagian lain hanya akan menjadikan anak lebih degil. Merotan tapak tangan ada kalanya mengundang bahaya kerana akan menyebabkan kecederaan terutama sekali apabila anak ini menutup tapak tangannya dengan menggenggam jarinya. Kalau ingin merotan di tapak tangan, adalah lebih baik agar ibu atau bapa memegang jari-jari anak ini agar rotan hanya menyentuh kawasan di tapak tangan sahaja.

Gunakanlah rotan sahaja dan bukan pembaris, tali pinggang atau penggantung baju. Menurut pesan arwah guru, menggunakan rotan membawa rahmat dari Allah kerana mengamalkan sunnah nabi berbanding objek lain. Ini telah terbukti melalui pengalaman membesarkan anak. Lain kesannya apabila menggunakan pembaris atau penggantung baju.

Bagi ibu bapa yang mengamalkan amalan merotan kepada anak yang sudah berusia lebih besar seperti 10 tahun dan 15 tahun, cabaran yang perlu dihadapi oleh ibu bapa ini adalah jauh lebih mencabar berbanding merotan anak yang berusia lebih muda seperti 2 tahun. Kadang-kadang ibu bapa akan tewas kerana amalan merotan yang dilakukan pada usia ini tidak mendatangkan kesan sebagaimana dihajati. Apa yang perlu difahami ialah, peringkat permulaan merotan bagi kanak-kanak berusia lebih dari 6 tahun, sememangnya mendatang kesan yang menakutkan di awal proses ini kerana ia akan lebih mengundang pelbagai kesan sampingan yang bukan-bukan yang berbentuk negatif. Sila baca artikel saya bertajuk MEMBERSIHKAN PERIGI BUTA - ilmu penting untuk dihayati. Yang diterbitkan pada 17 Mei 2007. Segala perbuatan baik insya Allah terpaksa melalui kesan yang seolah-olah negatif di awal proses namun sekiranya diteruskan berserta doa dan bertawakal kepada Allah ia bakal mengundang kejayaan sebagaimana dihajati selepas satu tempuh waktu.

Adalah perlu sekali diingati dan difahami bahawa kekecohan akibat amalan merotan diperingkat awal ini akan mengundang kegusaran. Dalam tempuh membersihkan perigi buta “sikap raja” ini, pertentangan akan berlaku antara kehendak ibu bapa untuk menyingkirkan sifat raja dan kehendak anak ini untuk mengekalkan sifat raja. Pertentangan ini akan berterusan untuk satu tempuh waktu berdasarkan ketekunan, consistency dan kesungguhan dari kedua-dua pihak ini. Satu pihak perlu memenangi pertentangan ini. Sekiranya anak yang menang, ibu bapa akan kecewa dan terpaksa menggantung rotan tanpa mencapai sesuatu. Anak akan terus dengan sifat raja. Sekiranya Ibu bapa yang memenanginya pula, alhamdulillah anak akan menjadi anak yang baik yang bakal mengundang pelbagai rahmat lain dari Allah.

Pertentangan dan peperangan dari dua pihak ini akan mencapai satu peperangan utama besar yang klimaks yang amat menggusarkan kedua-dua pihak. Pada peringkat ini, Allah sahaja yang tahu bagaimana tekanan perasaan untuk memastikan kemenangan berpihak kepada ibu bapa. Inilah peperangan yang bakal menentukan halatuju si anak ini. Apa yang saya maksudkan di sini ialah anak kecil ini akan mengeluarkan segala kudrat dan akalnya untuk memenangi peperangan agar dapat terus kekal menjadi raja. Kadang-kadang setelah dirotan, anak ini akan menunjukkan perangai yang tidak diduga sama sekali seperti orang kerasukan syaitan dengan merosakkan pelbagai barangan di rumah dan ada pula yang menyerang ibu atau ayahnya. Sekiranya perlu, ibu dan ayah perlu melakukan sesuatu seperti mengikat tangan dan kaki anak kecil ini dan terus merotannya mungkin di tapak kaki. Kadang-kadang setelah diikat kaki dan tangan, perlu dikurung pula di dalam bilik air untuk satu tempuh yang lama. Tujuannya adalah untuk memenangi peperangan ini semoga ibu bapa dapat mendidik anak dengan cara yang paling baik dan terus membuang sifat RAJA. Sekiranya peperangan yang paling besar ini dimenangi oleh pihak ibu bapa, insya-Allah tidak lama lagi rotan ini hanya diperlukan sekali sekala sahaja dan mungkin tidak lama selepas itu ia sudah boleh terus digantung.

Dalam setiap kali merotan, sekiranya anak kecil ini terus menangis setelah dirotan, ini maknanya ia masih ingin menunjukkan sifat rajanya dan ingin memprotes tindakan ibu ayah ini. Pastikan ini tidak berlaku, sekiranya anak ini menangis selepas dirotan, tambahlah merotannya sehingga anak ini tidak lagi menangis.

Apa yang perlu diingat oleh ibu bapa ketika merotan ialah amalan ini dilakukan bukan kerana perasaan benci dan marah kepada anak tetapi adalah kerana ingin mendidik anak ini agar menjadi seorang insan yang berguna disisi agama bangsa dan keluarga. Dicadangkan setiap kali ingin merotan, ambillah air sembahyang dan berdoalah bersungguh-sungguh agar Allah memudahkan proses didikan ini. Ia memang satu proses yang berat namun kesudahan proses ini adalah sesuatu yang menarik.

Kini ilmu merotan ini telah saya ajarkan kepada mereka yang benar-benar ingin berkongsi ilmu dengan saya. Ada antara mereka yang saya minta merotan anak mereka yang membuat perangai yang tidak elok di rumah saya didepan saya. Alahmdulillah anak hamba Allah ini telah berubah menjadi lebih positif dan lebih mudah dibentuk.

Gunakanlah amalan merotan untuk mendidik anak ini dengan sewajarnya terutama sekali apabila tidak sembahyang. Kesalahan-kesalahan lain seperti mencuri barang adik beradik, tidak mengemas bilik, tidak mencuci pinggan mangkuk dan sebagainya juga boleh juga dirotan.

Saya sewaktu kecil dahulu banyak dirotan oleh emak saya namun setelah dewasa tidak ada pula sifat benci kepada ibu saya ini malahan saya mengucap syukur alhamdulillah atas segala pengalaman yang saya telah lalui.

Terima kasih dan alhamdulillah Ya Allah kerana mengizinkan saya dididik untuk merotan anak-anak saya. Semoga jasa ayah ibu yang mendidik saya dibalas sewajarnya oleh Allah dan begitu juga dengan arwah guru saya yang sangat saya kasihi semoga diterima Allah segala amalannya.

Sekian wassalam wallahualam

lawatilah laman emjay di http://emjayjb.multiply.com/

Emjay

Kalaulah duit tu duit poket sendiri bukan duit pembayar cukai - Part 2

Entry One:

Ingatkan entry di atas cukup saya sentuh pasal keter hijau yang dicat semula and then kemudian tak tahu nak letak mana lepas pakai. Agak agaknya lah mungkin keter tu akan diletak di muzium dengan tertulis description " Kereta yang didatangkan khas dari Amerika Syarikat dengan belanja duit cukai rakyat RM 171k khusus untuk mengenang lima ploh tahun merdeka"

Naper saya "hangin" sket biler sebut duit cukai rakyat sesenang buat beli keter pakai sekali and then masuk muzium...(ke ada cadangan nak lelong tak tahu lah..) semalam saya baru bukak surat yang diterima dari LHDN. ingatkan surat biasa jer sebab tu buat tak heran, rupanya mintak duit lagi!!! bukan sikit banyak plak tu siap mintak untuk tahun 2004 & 2005 dua tahun sekali gus!!! bila tengok tengok detail yang dinyatakan lagi bengang mana taknya penat kita kumpul resit buku sampai terlebih jumlah yang boleh rebate cukai boleh dia tak mention sepatah pun dalam tu rebate...... lagi sakit hati PCB yang potong tetiap bulan pun dia tak mention jugak!!! pas tu sesenang nak suruh buat rayuan tapi siap mention walaubagaimanapun cukai yang dinyatakan ini harus dijelaskan jugak ..weh ingat sesenang ke aku nak bayar nak refund punya susah... banyak cantek...

Bukan apa sesenang jer kutip cukai macam tu pas tu pi banjer ntah hape hape...


Entry Two:




"ni amiir gantung ngan baba"

Ceramah Abg Mat... moh ler..




Kalaulah duit tu duit poket sendiri bukan duit pembayar cukai

Entry One:
Kereta Tunku’ sertai perarakan

"Pada sidang media selepas menyaksikan ketibaan kereta berkenaan menerusi penerbangan kargo Federal Express, Rais berkata, walaupun kerajaan terpaksa membelanjakan RM171,000 bagi membeli dan membawa kereta itu ke tanah air, usaha memperingati perjuangan pemimpin negara terdahulu adalah amat bermakna dan berharga.



Rais berkata, kereta hijau muda itu akan melalui beberapa proses penyelenggaraan menyeluruh, termasuk dicat semula kepada hitam seperti kereta yang dinaiki Tunku Abdul Rahman.

"Kereta klasik yang dinamakan sebagai Kereta Merdeka itu juga akan menggunakan nombor pendaftaran M4442, iaitu nombor sama dengan kereta yang dinaiki Tunku Abdul Rahman ketika itu," katanya.





Komen: Baca artikel ni teringat TG Nik Aziz pernah buat statement lebih kurang berbunyi "Islam Hadhari ni macam kereta sorong gi bubuh lambang Mercedes, bubuh lah lambang gapo pung keta sorong ssituh lah"

Erm.. Berabih sampai dekat Dua Ratus Ribu dah memang bukan kereta tu. Kereta yang asal ada kat Memorial nuh..



Banyak benda boleh buat dengan duit sebanyak tu. Anak yatim piatu kat Kluang tu boleh tulun, Yang kemalangan semalam pun banyak lagi sanak saudara yang meninggal tak terjaga.

Note: Kerajaan Kelantan baru sahaja selesai mengadakan Seminar Cuti Ihdad khusus untuk mengambil berat soal Isteri yang baru kematian suami. Membincangkan dari segi kebajikan utk kakitangan kerajaan negeri yang kematian suami. Latest tunggu berita rasmi.

Entry Two:

Takziah & Mudah mudahan diberi kesabran dan keuatan oleh Allah kepada semua yang sedang diuji

Sabri Yunus tabah jalani ketentuan ilahi

TERKINI: Adibah Amin diserang angin ahmar

Ibu Muhyiddin Yassin meninggal dunia

Nahas terburuk 20 maut

Apa Citer Malaysiaku

Entry One:

Ni takde kena mengena dengan Fong Sai Yuk. Juga tidak ada unsur unsur penderaan ke atas "mangsa" terlibat.







Entry Two:

Gerak gempur dilancar -- Jentera pilihan raya UMNO mula digerakkan secara berperingkat

"KEPALA BATAS 12 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melancarkan Gerak Gempur Pergerakan Pemuda UMNO dan Gerak Kerja Pilihan Raya Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kepala Batas di sini bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Di seluruh negara, jentera gerak gempur pilihan raya UMNO sudah mula dilancarkan secara berperingkat-peringkat oleh para pemimpin parti itu.

Dalam ucapannya pada majlis pelancaran gerak gempur itu, Abdullah yang juga Presiden UMNO mengingatkan anggota-anggota sayap UMNO itu supaya bersiap siaga pada tahap yang efisien bagi menghadapi pilihan raya."



Komen: Macam dah dekat sangat, polis kata bersedia, SPR kata lepas bulan 9, PAS pulak kata bulan 11. Tapi menantu kata lain plak. Psy war ke? , apa pun mesti ada mesyuarat JKKK dulu baru boleh fix date iyer tak

Khairy ramal pilihan raya bukan tahun ini





Note; Dua minggu lagi Ceramah Mat Sabu tapi dia kemalangan plak. Any idea?

Latest News: Abang Mat ceria, berseloroh di wad - Ustaz Nasruddin


Entry Three:

Tony Kasim kembali ke rahmatullah

"Isteri Allahyarham, Che Juita Hashim, 47, berkata, suaminya meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi ketika mengerjakan solat sunat tahajud di rumah mereka."

Komen: Mudah mudahan itu petanda Husnul Khatimah. Allah mengurniakan hidayah kepada siapa yang dikehendakinya.

Entry Four:

Miskin punca rentung -- Tidak mampu bayar bil elektrik sebabkan 5 beranak maut



"Pemilik rumah yang disewanya, Jaliah Osman, 60-an, berkata, Sufiah pernah mengadu keluarganya kesempitan wang.

Lima hari lalu bekalan elektrik ke rumah itu dipotong kerana Kasmuri tidak dapat menjelaskan tunggakan bil sebanyak RM800.

“Kasmuri menggunakan sebahagian besar daripada wang yang dimiliki untuk membiayai tiga anaknya yang sedang menuntut di pusat pengajian tinggi,” kata Jaliah."

Komen: Apa cerita dengan syarikat syarikat di bawah?

"Shaziman berkata 10 syarikat mempunyai bayaran tunggakan bil elektrik berjumlah RM295.08 juta kepada TNB setakat Januari 2006 dengan Perwaja Steel Sdn Bhd terhutang sebanyak RM254.33 juta.

Yang lain ialah Nur Distribution Sdn Bhd (RM19 juta), Pendinginan Megajana (RM6.69 juta), United Paper Board (RM2.98 juta), Syarikat Stadium Shah Alam (RM2.89 juta), Teck See Plastic Sdn Bhd (RM2.76 juta), Merbok MDF Sdn Bhd (RM2.19 juta), MCB Industries Sdn Bhd (RM1.62 juta), Infineon Technologies (RM1.35 juta) dan Nibong Tebal Paper Mill (RM1.28 juta)."

"Shaziman berkata jumlah tunggakan bil elekrik seluruh negara setakat Januari tahun ini adalah RM2.32 bilion, dengan tunggakan pengguna domestik adalah sebanyak RM441 juta, komersial (RM708 juta), industri (RM1.12 bilion), perlombongan (RM0.66 juta) dan lampu jalan (RM48.39 juta)."

http://www.bernama.com/kpdnhep/news.php?id=185801&lang=my

Komen:

1. Memang TNB tak tahu nak jadi macam tu. Kalau tahu mesti TNB tak datang potong, so taklehlah nak salahkan TNB 110%

2. Katakan arwah ada merayu untuk buat penangguhan agak agak dapat ke tidak?

4. Mungkin arwah sekeluarga tak terfikir untuk memohon bantuan zakat tambahan pula amil yang duk kutip zakat pun kutip jer kerjanya kot mungkin tak terlintas nak tanya org yang dikutip zakat fitrah tu patut atau tidak dapat balik sumbangan dari asnaf yang lain.







5.Apa pun mudah mudahan Allah letakkan mereka semua dikalangan orang yang tidak dihisab pada hari yang semua orang tak sanggup menunggu untuk penghisaban. Mudah mudahan ditempatkan di JannahNya.

abu amiir

14 Ogos 2007

no subject - Updated

Entry One:

Malam tadi sewaktu tengah uruskan hal kereta yang telah melalui proses 'incarnation' Ummu Muhammad telefon minta untuk bawakan 'Ali ke klinik kerana nappy rashesnya yang agak teruk. Sebab tu lah kut nangisnya lebih sikit.

"Emm ye ye kita pergilah" jawab saya sambil dalam kepala tengah berfikir nak kena hubungi semua ***** di anjung selatan untuk tangguhkan mesyuarat sebab tak pasti pukul berapa baru boleh selesai di klinik. Bukan senang nak setkan balik masa masing masing.Kalau tak pergi klinik dan mesyuarat ni dibatalkan pun saya still ada lagi satu event yang berlaku serentak cuma kena ikut keutamaanlah.




"Suasana di klinik pukul 10 malam tadi"


"Ni RM *** bakinya nanti saya bayar bila saya serahkan geran untuk pendaftaran semula jpj & puspakom nanti" sambil menghulur duit bayaran.

Sebenarnya ini kali ketiga saya kira kereta saya "menelan" duit simpanan saya dalam jumlah yang boleh dikira besar. Tahun lepas disebabkan kemalangan dan "throttle problem", yerlah mungkin disebabkan usia kereta dan kemalangan sewaktu saya tergesa gesa. Tapi kali ini memang salah satu faktornya disebabkan kecuaian dan tidak tergesa gesa saya.




Apa pun pengajaran yang saya duk fikir...


1. Kalaulah ambil pre caution awal takde sampai terpaksa bercuti,pakai kereta orang,kena tukar sebiji enjin.Bersusah payah dgn jpj dan puspakom. Kenduri adik angkat ummu amiir pun tak dapat pergi salah satu faktornya takde kenderaan.



"Keta pinjam..Kalau tak, tak dapat pergi kerja.."

2. Kebanyakkan masalah atau akibat/perkara yang besar bermula dengan perkara yang kecil yang diabaikan. Begitulah juga dengan hati manusia. Menjadi keras lantaran mengambil mudah dosa dosa kecil yang membentuk titik titik kecil di hati yang lama kelamaan membesar umpama kanser yang bila dikesan atau berlaku kerosakkannya sangat susah atau tidak dapat untuk dibaiki lagi.

3. Semua orang akan menyesal pada hari akhirat yang buat baik menyesal kerana tidak buat lebih baik. Yang buruk kerana tidak beramal dengan amalan yang baik

3. Menyesal di Akhirat tidak sama dengan mennyesal di dunia kerana menyesal di dunia masih lagi ada jalan pulang.

4. Rasanya Memang Allah nak "kenakan" saya kali ni sebab memang ada salah yang saya buat..memang terduduk jugak bila dapat tahu jumlah yang perlu di bayar dan rasa nak menangis jugaklah waktu hulur duit tu semalam.. tak pasal pasal. Banyak benda boleh buat dengan wang sebanyak tu.

5. Ibnu Masud pernah berkata:

"Sesungguhnya seorang mukmin itu melihat dosanya seperti sebuah bukit yang dibimbangi akan menimpanya. Manakala, seorang yang selalu melakukan dosa akan memandang dosa itu seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya".



Entry Two:


"Baba tak pergi mesyuarat ke malam ni?, Nanti naik tidur dengan amiir ek Baba"



abu amiir
selasa 7/8/07


Entry Three:

Daripada Malaysia Today

DISTRIBUTOR THREE

The Malaysia Today banners shall be ready on Sunday 12/8/2007

Non-business hours
- Starbucks - Pusat Bandar Damansara
- Starbucks - Bangsar Village
- Coffee Bean - SS2
- Syed - SS3
- Any place in Bangsar/TTDI/hartamas/Mt Kiara/Damansara/SS2/SS3 for orders over 10

Business hours
Can collect at Menara Telekom

comments: Fuyyooo.... saper ni?

Mail Order
I will be able to mail order, if ppl order 10 or more banners, email me at mtsticker@gmail.com for mail orders/payment and questions.

minggu ziarah klinik & pusat kesihatan

Ahad Petang 22 Jul 2007

"Awak nak MC ke?" "Takperlah......erm bolehlah in case" jawab Ummu Muhammad. Esoknya memang benar benar beliau bercuti

Selasa Pagi 24 Jul 2007

" Doktor saya sakit kepala, mulut bla, bla bla…Dah datang Ahad lepas dr bagi ubat bla bla bla bla" Adu Ummu Muhammad selepas di bawa ke Klinik pada pagi tersebut.
" Awak datang bila? Ahad lepas tapi takde pun rekod awak datang ahad lepas, last sekali awak datang 3 haribulan 7. awak jumpa doktor mana?
"Dr Mohd Ali."
"Takperlah mungkin rekod lain kut. Awak boleh kerja atau mahu cuti? tanya Dr Ayman yang berketurunan arab itu"
"Cutilah " jawab Ummu Muhammad
“Ok saya bagi MC satu hari insya allah.... Seperti yang dijangka...

Rabu Malam 25 Jul 2007

"Berapa lama pakai prebiotic ni baru nampak kesan?" tanya saya

"Kita pakai dua minggu dulu tengok kesannya. Dulu ada juga kes macam ni kita bagi prebiotic ada kesan. Kita kena handle satu satu dululah pertamanya batuk die dulu kemudian baru pasal muntah" ujar Dr Huda sewaktu dirujuk berkenaan amiir yang muntah hampir setiap hari sekarang (bukan hampir memang tiap2 hari)

Catatan: Mesyuarat **** Negeri di Shah Alam tak pergi. Masa yang sama di serdang ada lg satu jemputan utk portfolio lain..

Khamis Malam 26 Jul 2007

"Mungkin urat awak ni mengalami stress" jawab doktor di klinik yang lain pula pada ummu muhammad sambil mengajarkan teknik tertentu untuk mengurangkan kesan stress tersebut"

1030 malam dapat panggilan daripada adik saya.beliau dan rombongan sekolahnya seramai 6 orang terkandas di Nilai entah mcm mana salah atur, bas yang ditunggu2 tak sampai. Terpaksa ke sana.Dua trip juga dibuatnya. Jam 130 kesemua di bawa balik utk menginap di Bangi.

Catatan: Excuse Mesyuarat **** yang sepatutnya di adakan malam tersebut.

Jumaat 27 Jul 2007

" Kota Bharu male nih ado lagi ko?"
"Takdok" jawab semua kaunter yang ditanya di hentian Kajang
" Putra pun takdok jugok ek. Paling awa bilo ado"
" Habih doh .Pagi esok adolah "

Sepagi saya menguruskan urusan pembelian tiket untuk adik saya dan rombongan sekolahnya yang terkandas. Semua tiket Bas ke KB habis(biasalah ke Negeri tak membangun susah nak dapat tiket kalau last minit tambahan pula 6 orang) Stesen keretapi dituju Alhamdulillah ada bermakna saya terpaksa berkejar selepas mesyuarat di pejabat untuk uruskan pengangkutan.

Lepas Jumaat. Minta tangguh mesyuarat 30 minit sebab tak sempat sampai. Pengerusi bersetuju.fuhh… sempat jugak sampai lepas 30 minit sambil dukung amiir yang dahpun tertidur masuk bilik mesyuarat. Plan asal ingat lepas ambik dia di sekolah pagi tu jumpa ayah su die sumer lepas jumaat hantar rumah tuk jer tapi semua tak balik sekolah lagik)

Malam uruskan penghantaran mereka 2 trip.
Catatan: Tak pergi Program **** peringkat zon sedangkan saya yang aturkan jemputan pada tarikh tersebut

Ahad Malam 29 Jul 2007

Sekali lagi ke klinik kali ni untuk ummu muhammad dan 'ali yang demam demam amiir pula untuk mata beliau yang bengkak digigit sewaktu tidur. Saya sendiri sepanjang satu hari sampai ke malam sakit kepala, tengkuk etc.

Catatan: Program Mingguan utk kesekian kalinya tak pergi.

Selasa 31 Jul 2007

"Abg sibuk tak, kalau sibuk ija balik naik komuterlah"
Sekali lagi Ummu Muhammad mendapat MC. Pergi ambik beliau kat Ofis bawa balik berehat malam nampaknya berkurangan sedikit sahaja sakit beliau. "Erm..macam mana nak tinggal tiga tiga kat rumah malam ni, tak terjaga Ummu Muhammad kalau sorang duk nangis lagi dua org duk "memeriahkan" suasana. Akhirnya saya bawa amiir ke Mesyuarat ****. Alhamdulillah dia tak buat hal sepanjang mesyuarat. Memang aim saya dan ummu amiir dari dulu lagi untuk biasakan dia dengan perkara perkara ni. Kalau Jumaat Petang beliau dah biasa tengok tuk nya pergi usrah, malam malam babanya ke “mesuaghat”.

Catatan: Lagi satu Mesyuarat **** tak pergi bertindih masa.Kena wakilkan pada org lain tapi tak ada feedback depa pergi ke tidak. Terpaksa follow up dengan SU balik.

Rabu 1245am 1 Ogos

Selepas tertangguh beberapa kali barulah saya dapat noktahkan catatan "minggu ziarah klinik & pusat kesihatan" kami sepanjang minggu lepas.....



"amiir yang nyenyak tidur selepas bermesyuarat (bukan semasa bermesyuarat) Ummu Muhammad, Muhammad dan 'Ali dahpun nyenyak di atas"