minggu ziarah klinik & pusat kesihatan

Ahad Petang 22 Jul 2007

"Awak nak MC ke?" "Takperlah......erm bolehlah in case" jawab Ummu Muhammad. Esoknya memang benar benar beliau bercuti

Selasa Pagi 24 Jul 2007

" Doktor saya sakit kepala, mulut bla, bla bla…Dah datang Ahad lepas dr bagi ubat bla bla bla bla" Adu Ummu Muhammad selepas di bawa ke Klinik pada pagi tersebut.
" Awak datang bila? Ahad lepas tapi takde pun rekod awak datang ahad lepas, last sekali awak datang 3 haribulan 7. awak jumpa doktor mana?
"Dr Mohd Ali."
"Takperlah mungkin rekod lain kut. Awak boleh kerja atau mahu cuti? tanya Dr Ayman yang berketurunan arab itu"
"Cutilah " jawab Ummu Muhammad
“Ok saya bagi MC satu hari insya allah.... Seperti yang dijangka...

Rabu Malam 25 Jul 2007

"Berapa lama pakai prebiotic ni baru nampak kesan?" tanya saya

"Kita pakai dua minggu dulu tengok kesannya. Dulu ada juga kes macam ni kita bagi prebiotic ada kesan. Kita kena handle satu satu dululah pertamanya batuk die dulu kemudian baru pasal muntah" ujar Dr Huda sewaktu dirujuk berkenaan amiir yang muntah hampir setiap hari sekarang (bukan hampir memang tiap2 hari)

Catatan: Mesyuarat **** Negeri di Shah Alam tak pergi. Masa yang sama di serdang ada lg satu jemputan utk portfolio lain..

Khamis Malam 26 Jul 2007

"Mungkin urat awak ni mengalami stress" jawab doktor di klinik yang lain pula pada ummu muhammad sambil mengajarkan teknik tertentu untuk mengurangkan kesan stress tersebut"

1030 malam dapat panggilan daripada adik saya.beliau dan rombongan sekolahnya seramai 6 orang terkandas di Nilai entah mcm mana salah atur, bas yang ditunggu2 tak sampai. Terpaksa ke sana.Dua trip juga dibuatnya. Jam 130 kesemua di bawa balik utk menginap di Bangi.

Catatan: Excuse Mesyuarat **** yang sepatutnya di adakan malam tersebut.

Jumaat 27 Jul 2007

" Kota Bharu male nih ado lagi ko?"
"Takdok" jawab semua kaunter yang ditanya di hentian Kajang
" Putra pun takdok jugok ek. Paling awa bilo ado"
" Habih doh .Pagi esok adolah "

Sepagi saya menguruskan urusan pembelian tiket untuk adik saya dan rombongan sekolahnya yang terkandas. Semua tiket Bas ke KB habis(biasalah ke Negeri tak membangun susah nak dapat tiket kalau last minit tambahan pula 6 orang) Stesen keretapi dituju Alhamdulillah ada bermakna saya terpaksa berkejar selepas mesyuarat di pejabat untuk uruskan pengangkutan.

Lepas Jumaat. Minta tangguh mesyuarat 30 minit sebab tak sempat sampai. Pengerusi bersetuju.fuhh… sempat jugak sampai lepas 30 minit sambil dukung amiir yang dahpun tertidur masuk bilik mesyuarat. Plan asal ingat lepas ambik dia di sekolah pagi tu jumpa ayah su die sumer lepas jumaat hantar rumah tuk jer tapi semua tak balik sekolah lagik)

Malam uruskan penghantaran mereka 2 trip.
Catatan: Tak pergi Program **** peringkat zon sedangkan saya yang aturkan jemputan pada tarikh tersebut

Ahad Malam 29 Jul 2007

Sekali lagi ke klinik kali ni untuk ummu muhammad dan 'ali yang demam demam amiir pula untuk mata beliau yang bengkak digigit sewaktu tidur. Saya sendiri sepanjang satu hari sampai ke malam sakit kepala, tengkuk etc.

Catatan: Program Mingguan utk kesekian kalinya tak pergi.

Selasa 31 Jul 2007

"Abg sibuk tak, kalau sibuk ija balik naik komuterlah"
Sekali lagi Ummu Muhammad mendapat MC. Pergi ambik beliau kat Ofis bawa balik berehat malam nampaknya berkurangan sedikit sahaja sakit beliau. "Erm..macam mana nak tinggal tiga tiga kat rumah malam ni, tak terjaga Ummu Muhammad kalau sorang duk nangis lagi dua org duk "memeriahkan" suasana. Akhirnya saya bawa amiir ke Mesyuarat ****. Alhamdulillah dia tak buat hal sepanjang mesyuarat. Memang aim saya dan ummu amiir dari dulu lagi untuk biasakan dia dengan perkara perkara ni. Kalau Jumaat Petang beliau dah biasa tengok tuk nya pergi usrah, malam malam babanya ke “mesuaghat”.

Catatan: Lagi satu Mesyuarat **** tak pergi bertindih masa.Kena wakilkan pada org lain tapi tak ada feedback depa pergi ke tidak. Terpaksa follow up dengan SU balik.

Rabu 1245am 1 Ogos

Selepas tertangguh beberapa kali barulah saya dapat noktahkan catatan "minggu ziarah klinik & pusat kesihatan" kami sepanjang minggu lepas.....



"amiir yang nyenyak tidur selepas bermesyuarat (bukan semasa bermesyuarat) Ummu Muhammad, Muhammad dan 'Ali dahpun nyenyak di atas"

0 Response to "minggu ziarah klinik & pusat kesihatan"