Ini kali kita pergi ke Hutan Melintang, Teluk Anson@Intan dan Sabak Bernam,huh ...memang betul betul out dari stesen ni..... tak pernah terfikir pon akan ada kerja kena pergi sini
Kita tengok apa yang sempat di 'snap' di sana.....
Ni bukan bandar Teluk Intan ni, baru pemandangan Taman Tun dari Tingkat 4 Pejabat....Ni pun bukan pemandangan Hutan Melintang, tapi pemandangan sebahagian daripada KL dari tingkat 50 Bangunan Pejabat ( Saya kira mungkin 300m kut dari paras bumi.)
Hutan Melintang terletak antara laluan dari Sabak Bernam ke Teluk Intan dan Bagan Datoh ( Kawasan Parlimen Menteri Pertahanan sekarang), kira dekat dekatlah lokasi tu yang boleh pergi kesemua tempat tu.
Kawasan ni terkenal kerana adanya medan ikan bakar dan jeti nelayan untuk mendapatkkan ikan ikan dan hasil laut lain jumlah yang banyak dan bila banyak tentunya murahlah...
memandangkan dah ada medan ikan bakar, kenalah pergi ek. Yang direkomen pada saya ialah Medan Ikan Bakar Persatuan Nelayan Hilir Perak..
Kami pergi siang lagi, nak balik baru ingat nak ambil gambar..... Apa yang kami pesan?
.jpg)
Udang ni tak beli tapi ada staf sana bagi, udang pancing.... fresh..
Sebelum tu kami pergi ke Teluk Intan dulu. Teluk Intan atau Teluk Mak Intan atau Teluk Anson merupakan bandar paling besar di kawan Hilir Perak, terletak kira kira 30km dari Hutan Melintang. Yang menarik di sini sudah tentulah Menara Condong dia.
Pemandangan dari Udara, Menara Teluk Intan.
Menara ni dikira unik sebab kedudukan dia yang condong seperti Menara Pisa di Itali. Dibina pada tahun 1885 setinggi 85 kaki dan mempunyai 110 anak tangga.
Kami duk ingat bolehlah naik sampai atas, memang boleh naik tapi tak adalah sampai kena panjat 110 anak tangga, sebab boleh naik sampai tingkat 3 sahaja.

Pemandangan di tangga sebelum pintu masuk
Pemandangan, selepas pintu masuk, ada macam kolam tempat orang buat niat/nazar kut, banyak duit yang dicampakkan di bawah tu..
Pemandangan di tingkat 2
Pemandangan dari tingkat 3 . Apa yang boleh dilihat kut celah celah lubang kayu tu?
Bermalam di Sabak Bernam, Posting kat bawah ni Mama ngan Ayah Wafi kena bacalah....bagi tau tempat tumpah darah :P
Daripada apa yang telah dikumpulkan melalui orang tua-tua di Sabak Bernam, bahawa nama Sabak Bernam adalah berpunca dari perkataan Sahabat Berenam :
Adalah diketahui bahawa terdapat enam orang bersaudara telah mudik ke hulu sungai tersebut dan mereka mendapati ada sebatang kayu yang tumbang dan menghalang lalulintas. Kemudian,mereka telah memotong kayu tersebut dan meneruskan perjalanan ke hulu. Sungguhpun demikian, tiada keterangan yang membuktikannya. Serba sedikit yang boleh dijadikan bukti ialah kubur-kubur mereka yang masih boleh ditemui hingga ke hari ini iaitu Landu di Kemboja, Lubok Pusing di Sepang, Keranji dan Teluk Rubiah.
Menurut satu cerita pula, dalam tahun 1880-an, nama Sabak Bernam itu wujud kerana dipercayai ada seramai enam orang iaitu terdiri daripada bekas Pembesar Aceh dan Sumatera. Mereka ini telah meninggalkan negeri masing-masing untuk datang ke Tanah Melayu.Dalam tempoh mereka di Tanah Melayu mereka telah menemui kuala sebuah sungai. Sebelum itu, sungai tersebut belum diketahui namanya. Kemudian, mereka telah mudik ke hulu. Dalam perjalanan mereka untuk bermalam, mereka telah mengambil keputusan bermalam di tebing sungai tersebut, tetapi didapati di sekelilingnya ditenggelami air, hanya mereka terjumpa dengan satu tempat yang sedikit tinggi seperti busut, maka di situlah mereka membuat pondok. Mereka menggunakan tanah sebagai tungku untuk memasak makanan. Maka dapur daripada tanah tersebut itulah dipanggil ‘Sabak’.
Dapur yang diperbuat daripada tanah itu diberi nama Sabak dan mereka pula ada enam orang, maka dengan itu mereka telah menamakan sungai tersebut sebagai Sungai Bernam dan tempat tinggal itu dinamakan Sabak Bernam. Mereka yang berenam itu ialah terdiri daripada Tuan Syed Ahmad, Tuan Sharifah Intan / Mastura, Sharifah Robiah, Haji Salim, Datuk Dalang dan Datuk Menteri.
Kat sini ada beberapa tempat yang boleh dikunjungi antaranya:
- Bagan Nakhoda Omar ialah sebuah pantai yang terpencil di daerah Sabak Bernam.
- Kelong Paradise Waterfront Resort
- Muzium Sabak Bernam
- Masjid Jin
- Ladang Mangga
- Lubuk Pusing
Ada muzium? apa lagi pergi muzium lah
Muzium Pertanian dan Perikanan ni mempamerkan warisan dan maklumat berhubung dengan sejarah pertanian dan perikanan di Daerah Sabak Bernam. Jom tengok apa yang ada
Maklumat lanjut boleh diperolehi di sini
Selain itu ada lagi satu tempat yang dikunjungi, Menara Pandang Sabak Bernam
Pemandangan dari Menara, Masjid, Muzium dan Kolej Komuniti Sabak Bernam.
Pemandangan Sungai Bernam dari Menara Pandang...
.jpg)
Ni pun salah satu pemandangan jugak yang terdapat di Menara tersebut. Tapi boleh didapati pada hari tersebut sahajalah.
Bagaimana dengan penginapan, ada yang cadang supaya tidur di Hays Resort, tapi kami memilih Zamita Resort ( Untuk Muslim sahaja)
.jpg)
.jpg)
Bilik selesa dan juga murah, sesuailah dengan dengan bajet..