6/25/2010 3:31 PM by nuun



Cuti sekolah dah berakhir seminggu lebih dah, orang lain mungkin cuti cuti ke kameron, ke bandong, ke mana mana lagi lah. Nak pergi South Africa, jauh sangat, jadi kitaorang balik ziarah Tok Mah Muhammad (tader gambar sebab tertinggal telefon) ngan pusing beberapa tempat di KL sempena kedatangan Tok Ma ke KL.

Ke mana pergi?

Tasik Titiwangsa. Dulu tempat ni popular dengan Eyes on Malaysia ( yang dah dipindah ke Melaka). Amiir duk siap menuntut janji nak kayuh perahu/shuttle tapi bila pergi tanya tak boleh lah pulak seorang dewasa dan 3 orang budak....)


Lepas gi Taman Tasik titwangsa, kempunan nak kayuh perahu, pergilah pulak ke Taman Tasik Perdana atau Lake Garden. Tasik ni adalah tasik yang tertua di KL, ada dari tahun 1800-an lagi.
Kat sini pun mula mula kempunan juga bila dibagitahu pukul 230 petang baru buka sedangkan jam masa tu baru pukul 1230, hmmm takkan nak tunggu....



Apa lagi pergi muzium lah, bawak Tok Ma sekali....

Hari tu saya ceritakan saya hanya peri Dewan Pameran 2 Memorial Tun Abd Razak, kali ni kita pergi Dewan Pameran 1 pula iaitu bangunan Sri Taman tu sendiri.


Apa ada dalamnya?

kerusi yang selalu digunakan oleh Tun Razak

Dulu laman ni pernah diadakan persandingan anak Tun Hussein Onn. Kat sini juga katanya ada kolam yang kununya mengikut cerita orang kampung yang DS Najib minta ayah beliau buat tapi Tun Razak tak nak sebab pakai duit rakyat, tapi at last macam mana ada jugak kolam tu saya pon tak tahulah.... jadi tak tahulah betul ke tidak cerita ini.

Bilik tidur utama dan bilik air yang pernah digunakan oleh kedua dua PM.

Kerusi ni pula terletak di anjung sebelah belakang bersebelahan dengan bilik tidur utama. Dulunya digunakan oleh PM ke 2 dan ke 3 untuk berehat sambil menikmati pemandangan yang menarik.

Lepas gi memorial, masih ada masa lagi, nak tunaikan janji Muhammad pula iaitu gi Planetarium Negara yang terletak bersebelahan dengan memorial tu. tapi rupanya tutup hari isnin jadi kami menyeberanglah jambatan di planetarium untuk ke muzium negara.

kebetulan ada pameran menarik iaitu pameran keranda.Pameran ni diadakan untuk menngisahkan urusan/cara/peralatan/gambar pengkebumian berdasarkan kaum agama dan zaman. Antara yang sempat diambil gambar...



Tanam mayat atas pokok pun ada.... agaknya ni asal usul sejarah langsuir kot :P



Fuhh mahal dari rumah kitaorang!!!!

Keranda kerbau ni umurnya 3000 tahun kalau tak silap.

Akhirnya setelah penat pusing sana sini sementara tunggu nak kayuh sampan, tercapai jugaklah hajat.....



ni gambar tidak ada kena mengena dengan lawatanlah...

3 Response to " "

  1. Ummu Auni Says:

    wah wah wah
    nantikan gambar kami pergi berjalan pula :P

  2. abuamiir Says:

    kita bole post gambar kat malaysia jer...

  3. Unknown Says:

    best jugak..nanti nak pergi jugalah insyaAllah