Wukuf di 'Arafah

Kita sambung balik cerita berjalan ke Haramain. Lama sungguh tak update sampai dah nak sampai musim haji yang baru dah, cerita kami tak sampai sampai pun kat 'Arafah lagi. Sabo ajerlah...

Menjelang beberapa hari sebelum musim haji bermula, semakin ramai yang mengalami 'penyakit rutin bagi penduduk luar Makkah' iaitu batuk :) .(Kalau tak batuk macam tak 'sah' lah datang Makkah). Walau bagaimanapun Alhamdulillah klinik Malaysia tidaklah jauh sangat untuk kami pergi.

Klinik untuk jemaah haji Malaysia ni biasanya ditempatkan di bangunan yang menempatkan ramai jemaah haji dari muassasah (TH) dan juga jemaah dari TH Travel. Macam kami, klinik Malaysia yang berdekatan adalah di bangunan Hotel Sevilla Barakatlah.

sebelum

Hotel Sevilla Barakat

depan 1

Gambar kredit kepada almakki.com.my



Di Hotel ini sahaja terdapat 3000++ jemaah haji kesemuanya dari TH Travel, tak termasuk hotel hotel berdekatan lagi yang datang melalui PJH swasta macam kami. Kalau nak hantar dobi, penghantaran barang ke Malaysia, dan juga pengeluaran wang dari akaun TH boleh dibuat di sini. Bagi jemaah yang tak leh nak miss tengok RTM ka atau TV3 pun boleh lah datang ke lobi hotel ni. Nak internet percuma pun ada.

Kami pergi (selepas beberapa kali pergi tapi asyik ramai je) ke klinik Malaysia dua hari sebelum berangkat ke 'Arafah untuk mengambil ubat batuk dan keperluan perubatan. Ubat batuk pun bila minta dengan doktor, hanya diberi ubat sakit tekak kalau tak silap memandangkan stok telah pun habis.


Jemaah haji sedang menunggu giliran untuk berjumpa doktor.


Jemaah kami dimaklumkan oleh Ust Halim bahawa jadual untuk kami berangkat ke 'Arafah adalah pada 8 Zulhijjah/25 Disember selepas solat Zohor. Ayat popular yang digunakan oleh Ust Halim kalau tak silap adalah "Saya kata lepas Zohor tu tak bermaksud semua terus turun tunggu kat lobi lepas Solat Zohor, tunggu sahaja di bilik masing masing, jangan pergi ke mana mana sehingga dipanggil, jangan tunggu kat lobi nanti kalau bas lambat sampai, semua tengok saya semacam jer"

Maksudnya boleh jadi pukul 2 boleh jadi pukul 3 boleh jadi lepas asar...lepas zohor lah jugak tu...

Maklumlah jutaan manusia baik penduduk Makkah atau jemaah dari seluruh duia, semuanya nak pergi ke sana kecuali sebahagian yang dah pun pergi semenjak dari hari tarwiyah lagi.

8 Zulhijjah 1430H, Hujan turun membasahi Bumi Makkah, Bagi yang di Malaysia sudah tentu anda boleh ingat kembali pada masa ini jugalah Jeddah dilanda hujan yang begitu teruk menyebabkan berlakunya korban nyawa dan kerosakan yang agak teruk di sana.Kali terakhir ianya berlaku 30 tahun yang lalu. Di Makkah pun selepas Zohor hujan lebat membasahi tanah barakah itu, kami dimaklumkan ada bas yang membawa jemaah ke 'Arafah terpaksa berpatah balik disebabkan hujan yang terlalu lebat.


Pemandangan dari bilik kami pada 9 Zulhijjah


Masa terus berlalu dan kami masih belum dipanggil, kami mengisi masa dengan zikir,membaca Al Quran dan juga berbual bual, Alhamdulillah kami tak 'pressure' walaupun tak dipanggil panggil lagi.

Asar tiba, kami masih belum dipanggil lagi dan hujan masih lagi turun walaupun tidak selebat tengahari lagi. Kami solat Asar berjamaah di bilik.

Waktu Maghrib, Ust Halim masih belum memanggil kami turun, Alhamdulillah kami masih tak pressure atau bising bising walaupun kedengaran jugalah ada jemaah yang 'berbunyi' sikit sikit mungkin penat menunggu tanpa diisi oleh apa apa aktiviti. Kami lebih memikirkan bagaimana Ust mungkin tak duduk diam sepanjang hari tersebut menguruskan pengangkutan dan sebagainya untuk keselesaan kami. Takpelah lama sedikit pun, lagipun kami di bilik ada aircond lagi :).

Bagi yang berpuasa, mereka berbuka di bilik termasuklah bilik kami, kami dibekalkan ayam golek yang dibeli oleh ibu ibu dari bilik sebelah (hehe)


Posing sewaktu berbuka puasa. Dua orang termasuk saya tak puasa hari tu. Sorang lagi sape tah heheh


Lepas Isyak(kalau tak silap), akhirnya Ust Halim memaklumkan kepada kami, jemaah dari Tingkat 1 - 7 bergerak dahulu. Kami bergegas turun dan naik bas, memang kelihatan Ust Halim begitu 'sibuk' berdasarkan riak air muka beliau. Tiga bas akan bertolak membawa jemaah kami ke 'Arafah. Selepas taklimat ringkas dari Ust Halim, kami bertolak dan kalau tak silap kami sampai di 'Arafah dalam pukul 11 atau pukul 12 saya pun ingat ingat lupa sebab saya tertidur dalam bas.



Di Arafah jemaah Mitra Kembara ditempatkan di kawasan khemah di Maktab 86. Setiap khemah ditetapkan untuk lebih kurang 13-15 orang bagi pakej pakej biasa dan biasalah apabila sampai masing masing mencari tempat yang sesuai untuk badan masing masinglah untuk mereka merebahkan diri berehat dan tidur sementara menantikan Subuh hari Wukuf.

Kami pula setelah selesai menolong sedikit sebanyak mengangkat barang barang jemaah lain dan barang isteri isteri ( jemaah paling muda kena kerja lebih sikit tolong ust, jadi orang harapan :) ). Kami ke khemah.Khemah kami terletak betul betul bersebelahan dengan khemah yang menempatkan petugas petugas dan doktor dari Tabung Haji, tidak terlalu jauh dari tandas dan bilik air yang penting hehe ..dekat dengan sumber air dan makanan iaitu dapur tempat mereka memasak makanan, Alhamdulillah rezeki atau Ust Halim pandai pilih :). Di khemah, kami belajar belajar mengingat jalan ke tandas ( kat sana kebanyakkan khemah berwarna putih, jadi jemaah macam dalam 'permainan maze' tu lah.

Di Khemah, Ust Halim membentangkan tikar tilam dan menceritakan kepada kami ( geng geng bilik saya) tempat kegemaran beliau untuk tidur dan berehat bila bawa jemaah haji berwukuf di 'Arafah. Anda rasa di mana?

Di luar khemah jemaah kami di tepi tepi laluan. Kami pun apa lagi semua ikut "sunnah" Ust Halim, geng bilik kami seramai 5 orang tu semuanya bentang tikar dan tilam serta tidur di luar khemah. Pertama kali dalam hidup saya, betul betul tidur beratapkan langit, bulan dan bintang. Kalau sebelum ni paling tidak, kalau tidur di luar rumah/bilik, saya tidur dalam khemah. Selain daripada menganggap ianya pengalaman yang menarik pada detik detik yang penting serta bernilai dalam hidup kami, ianya juga turut memberi peluang dan ruang keselesaan kepada jemaah sekhemah dengan kami untuk berehat dan tidur dengan lebih selesa. Harap ianya tidak menjadi fitnah kepada Ust Halim dan syarikat beliaulah.

Sebelum tidur, kami masih lagi berbual bual sambil menunggu mata lelap, tapi kami lihat Ust Halim memang dah "hanyut" terus dalam tidur beliau, memang antara kelebihan Ust yang kami sepakat setuju, bila kerja memang betul betul beliau kerja dan usaha sehingga tak ada ruang atau tak sampai hati nak komen, bila makan, memang makan betul betul( banyaklah :) begitu juga tidur, memang letak badan jer terus tidur.

0 Response to "Wukuf di 'Arafah"