29 Dec 2002 – 29 Dec 2005

a. 29 Dec 2002 -

walimah3

b. 29 Dec 2003 - ulangtahun pertama


Ada sedikit kekeliruan yang menyebabkan cara kami accept the date agak anti klimaks. Mungkin disebabkan kami masih lagi dalam proses kenal mengenal, menyebabkan berlakunya kekeliruan tersebut. Ianya selesai selepas solat isyak pada malam tersebut dan kami saling meminta maaf.

c. 29 Dec 2004 - ulangtahun kedua

Satu malam… dua minggu sebelum 16 Dec sesampai di rumah beliau menunjukkan saya satu kotak berbalut. Pesannya kalau nak bukak bungkusan tersebut pada malam tu kena buat sesuatu yang kreatif yang dia puas hati dan accept…

At last sebelum tidur.. beliau kata” bukaklah…dan hadiah beliau untuk saya sempena ulangtahun kedua kami…

zire71

Di pihak saya pula, dah berkira kira untuk memberikan hadiah yang agak istimewa juga.Memang dah siap untuk buat second selection pun masa tu. At last , sebab nak surprise, sampai ummu amiir “pergi” pun dia tak tahu yang saya ada merancang untuk memberikan sesuatu kepada beliau. Insya Allah saya akan tetap bagitau beliau kelak…

Set54_03


note: Tapi usia hadiah tersebut bersama saya tidak lama, bila mana ianya telah di ambil curi pada malam 24 Ramadhan yang lalu sewaktu saya sedang bersolat tarawikh di masjid. Terduduk jugak bila tengok cermin kereta pecah dan hadiah tersebut hilang. Tiga hari saya berturut turut menunggu nunggu berdoa dan berharap agar orang yang mengambilnya dilembutkan hati untuk memulangkan kembali at least hadiah tersebut ataupun saya mohon sesuatu dengan Allah. Malam 27 Ramadhan, saya menerima hakikat bahawa memang “malaun” tu mengambil/mencuri hadiah tersebut pada masa yang SALAH , dan sampai sekarang ianya pergi tak kembali…

d. 29 Dec 2005 - ulang tahun ketiga

“Pagi tadi (Jumaat 30 Dec 2005) saya menerima email yang antara isi kandungannya ialah:

tadi masa dlm perjalanan pergi ofis,
ternampak2 muka nora ( ummu amiir) senyum..
pastu baru teringat mimpi dia semalam..

insyaAllah mimpi yang betul bukan mainan syaitan..

dia sedang berdiri..pakai tudung bulat yang besar, kaler coklat campur krim.
pastu baju dia pun kaler yang lebih kurang tapi pekat sikit..
bunga kecik2 kaler hitam kot.. (detail baju dia samar2)
tapi nampak cam berisi sikit..cam lepas bersalin kot..
cam gambar dia dlm majalah yang gambar lepas lahirkan amiir tu..

dia senyum cam biasa..
nuun

kata orang, kalau kita mimpi arwah,
waktu pagi (bukan lepas subuh)
dan dlm mimpi kita arwah tak bercakap..
itu tandanya memang dia datang jenguk kita dalam mimpi kita..
kalau arwah bercakap tu kemungkinan mainan syaitan..

Saya tak pasti kata kata di atas berasas atau tidak kalau pun ianya tidak betul paling kurang mimpi tersebut bukannya mimpi yang bukan bukan.

Dulu sewaktu mula mula menerima berita mengenai ummu amiir byk yg dtg dan mengirimkan ucapan takziah memujuk saya dan kami sekeluarga dgn kata kata mungkin ada hikmah di sebalik kejadian yg kita payah nak terima

Antara hikmah, mungkin ummu amiir lebih “fragile” apa jadi kalau saya dulu...
atau....



Bersambung............

Baba baba....

Entry One

Pak Su: Amiir... Satu Dua Tiiii..?
AMiir: Tidaaaaa!

Pak Su: Empat Lima Eeee..?
Amiir: Nammmm!

Pak Su: Tujuh Lapan Semi....?
Amiir: Teng!!!

Cik Na: Amiir.. One Two.. .?
AMiir: Theeeeee!

CIk Na: Four Five ...?
AMiir: Shik........

Cik Na: Seven Eight NIne...?
Amiir : Teng......


Entry Two

Ada dua kisah yang buat saya terdiam sekejap...

Satu hari (last two or three weeks..kalau tak silap ) saya sampai lambat ke rumah dah waktu malam baru sampai.... bila mak teh ( mak saudara ummu amiir dari terengganu) bercerita:

"Tadi amiir berlari lari ke pintu depan sambil panggil baba baba bila mak teh bagi tau dia baba dah balik. sampai sampai kat depan..tengok tengok baba takde.. rupanya bukan baba yang balik mak teh dengar bunyi keta ingatkan keta faizal"

"Dia kat mana?" tanya saya

" Dah tido dah " ........


Lagi satu..ahad lepas..sewaktu saya tinggalkan dia di rumah mak tuk... masa tu saya dan cik na keluar sekejap.. masa tu dia asyik main... jadi kami pun tinggalkan dia pergi ke warta ... tengah asyik kat sana dapat call dari mak tuk.. bagi tau

" amiir nangis panggil baba baba sambil pergi ke pintu depan... tengok baba takde panggil cik na pulak"..last last mami dia dukung...

saya balik .. dan macam dulu jugak amiir dah pun tidur....

Set84_01

Trauma

Entry One

Zulkifli masih terbayang tragedi lima anak ditelan ombak

Oleh: NORLIZAH ABAS

PULAU PINANG 21 Dis. - Detik-detik menjelang 26 Disember ini bagaikan satu `penyeksaan' kepada pemandu bas kilang, Zulkifli Mohd. Noor, 42, selepas kehilangan lima anaknya dalam sekelip mata ketika berkelah di Pantai Pasir Panjang, Pulau Betong, Balik Pulau dekat sini, hampir setahun lalu.

Walaupun mereka sekeluarga pasrah dengan amukan ombak besar yang menggulung pantai, hari-hari mendatang dihitung dengan penuh debaran - kalau-kalau peristiwa hitam tsunami menjengah kembali.

Jika pepatah menyatakan `Masa merubah segalanya' atau `Alah bisa tegal biasa', ia tidak berlaku kepada keluarga ini kerana ternyata mereka masih ditimpa trauma berpanjangan kerana kehilangan insan tercinta dalam senafas sahaja.

Menurut Zulkifli, semakin lama tragedi malang itu ditelan waktu, semakin sukar untuk melenyapkannya dari kotak fikiran - seolah-olah baru semalam ia berlaku.

Ekoran kejadian itu, mereka seperti `merajuk' dengan desiran ombak sehingga tidak mahu lagi ke pantai.

``Sejak kejadian itu, kami sekeluarga tidak pernah menjengah ke pantai apatah lagi untuk berkelah.

``Bukan kami memusuhi pantai tetapi masih terbayang-bayang bagaimana kelima-lima mereka hilang dibawa arus deras,'' ujarnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di rumahnya di Pondok Upeh, Balik Pulau.

Pada 26 Disember lalu, Zulkifli dan isterinya, Jamilah Majid, 39, tidak sempat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan lima daripada tujuh anak mereka setelah dihanyutkan ombak besar sewaktu berkelah di pantai itu.

Mangsa-mangsa ialah Siti Nurain, 16, Mohd. Shukri, 12, Siti Nur Shuhada, 10, Siti Nur Atikah, 9 dan Siti Suraya, 5, manakala anak yang terselamat ialah Siti Fairuz, 7, dan Siti Zulaikha, setahun sembilan bulan.

Zulkifli menyatakan, kejadian tersebut banyak mengganggu kehidupan sehariannya kerana empat bulan selepas itu dia masih tidak mampu meneruskan tugas sebagai pemandu bas kilang.

Dia menjelaskan, tugas berkenaan memerlukannya menyeberangi laut setiap hari melalui Jambatan Pulau Pinang ketika berulang-alik dari Seberang Perai ke bahagian pulau _ satu `bebanan' yang amat berat untuk dipikul.

Menurutnya hingga kini, bukan dia sahaja merasa berdebar-debar setiap kali menyeberangi jambatan, malah perasaan itu turut dikongsi oleh isterinya.

``Jika dulu, isteri saya berani memandu kereta bersama anak-anak untuk pulang ke kampung di Batu Kurau, Perak tetapi kini dia tidak sanggup lagi berbuat demikian,'' ujarnya.

Zulkifli turut menyatakan, isterinya masih lagi kesedihan dan kerap takut ketika hari hujan dan keadaan gelap.

Ketika ditanya bagaimana mereka sekeluarga melawan perasaan rindu terhadap ahli keluarga yang telah pergi, bapa tujuh orang anak itu menyatakan, hanya pakaian dan kelengkapan sekolah peninggalan mereka menjadi penawar duka.

Katanya, dia tidak sampai hati untuk memberikan barang-barang peninggalan mereka kepada saudara-mara atau jiran kerana hanya itu sahaja `harta' paling berharga untuk direnung-renung ketika kesedihan.

``Memang ramai suruh saya sedekahkan barang kepunyaan anak-anak dengan alasan buat apa lagi dikenang-kenang tapi saya tidak sampai hati kerana jika diberi, tiada apa lagi yang tinggal untuk kami.

``Lantas saya membeli sebuah almari dan menyimpan semuanya di situ,'' ujarnya dengan nada pilu.

Bagaimanapun, di sebalik semua ketetapan Allah s.w.t. ke atas mereka, Zulkifli bersyukur kerana mereka sekeluarga masih mampu meneruskan kehidupan walaupun kesedihan hadir tanpa diundang.

Apa yang pasti keluarga malang ini cukup sabar dan tabah menghadapi dugaan Ilahi - berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.



Entry Two

Trauma mental akibat malapetaka
Oleh PROFESOR DR SYED HASSAN AHMAD
(Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan Unimas)

Trauma mental yang dialami dan dirasai dalam pelbagai peringkat, ada mangsa yang tabah dan cekal menghadapinya dan ada yang masih terpinga-pinga akibat kejutan emosi yang mendadak.

Trauma boleh dilihat dari dua perspektif; pertamanya apabila berlaku kecederaan fizikal yang teruk kepada seseorang; dan keduanya apabila berlaku insiden atau peristiwa ngeri yang membawa kepada kejutan emosi.

Sebagai contoh, trauma yang mengakibatkan berlakunya kecederaan fizikal pada tubuh badan seseorang ialah apabila seseorang individu terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Manakala contoh mengakibatkan kejutan emosi adalah apabila seseorang melihat atau mengalami insiden atau peritiswa di mana keselamatan dan nyawanya terancam, seperti mangsa dalam bencana ombak besar tsunami, baru-baru ini.

Kedua-dua perspektif trauma ini akan mengakibatkan trauma mental, tetapi contoh kedua, iaitu apabila melihat atau mengalami insiden yang menggugat keselamatan dan nyawa akan memberi kesan lebih mendalam pada emosi, pemikiran dan perilaku.

Oleh itu, bagi memahami aspek-aspek trauma mental, akan diperkatakan kesan trauma atau kejutan emosi yang dialami, faktor yang boleh mempengaruhi kewujudan kesan-kesan berkenaan dan bagaimana cara mengatasi permasalahan.

Ini bermaksud ada mangsa trauma boleh menyesuaikan diri dengan peristiwa yang berlaku dan mampu mengatasi permasalahan itu dan ada juga mangsa trauma tidak dapat menyesuaikan diri selepas berlaku insiden trauma, lalu terus mengalami gangguan emosi berpanjangan.

Lazimnya, selepas berlaku peristiwa trauma, semua mangsa akan resah gelisah apabila mengenang semula peristiwa yang berlaku, mudah berasa takut, apa-apa kaitan yang boleh mengingatkan kembali peristiwa itu akan membuat mereka cemas dan cuba mengelak menghampiri tempat kejadian.

Perasaan takut

Contohnya, turun ke laut atau pergi ke pesisiran pantai kerana ia akan menimbul kembali perasaan takut, tidur mereka diganggu mimpi dan igauan ngeri mengenai insiden yang berlaku dan mereka tidak dapat berfungsi secara normal.

Boleh dikatakan 20 hingga 60 peratus mangsa bencana akan menunjukkan tanda trauma mental seperti ini. Golongan kanak-kanak lebih mudah mengalami tanda trauma mental berbanding orang dewasa.

Kanak-kanak berkenaan juga ada risiko lebih tinggi untuk mengalami gangguan mental jika berdepan tekanan emosi apabila usia mereka meningkat.

Namun keadaan ini tidak lama, boleh dikatakan dalam masa sebulan, mangsa boleh secara beransur-ansur dapat menyesuaikan diri dan berfungsi seperti normal kembali.

Bagaimanapun, ada segolongan mangsa trauma akan menghadapi pelbagai kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan peristiwa yang berlaku.

Gangguan emosi akan terus menghantui mereka dan ini menyebabkan mereka berasa cemas, bimbang, sedih, pilu dan mudah hilang kawalan diri.

Ada mangsa trauma terus mengalami kesan peristiwa ngeri itu hingga tiga bulan umpamanya, ada yang mengalami tekanan emosi lebih daripada itu dan ada yang mengalami gangguan sama hingga bertahun-tahun lamanya.

Segolongan lagi mangsa trauma tidak menunjukkan sebarang reaksi untuk beberapa lama selepas berlaku insiden menakutkan. Mereka nampak selamba saja, tetapi selepas beberapa bulan, kira-kira enam bulan selalunya, mereka mula menunjukkan tanda-tanda gangguan emosi berpunca daripada pengalaman trauma lalu.

Fenomena ini berlaku kerana mereka cuba membela diri, secara separuh sedar dengan melupakan buat seketika malapetaka yang berlaku.

Antara beberapa faktor berkaitan adalah genetik, pengalaman dilalui, perwatakan atau personaliti dan sokongan sosial. Faktor personaliti memainkan fungsi penting dalam wujudnya gangguan emosi berpanjangan selepas trauma.

Kajian dibuat di luar negara menunjukkan mangsa trauma yang mempunyai personaliti matang, cekal, fleksibel, bersemangat, sanggup berjuang mempunyai daya ketahanan emosi lebih mantap dan boleh menghadapi dan menangani tekanan emosi dari sesuatu peristiwa yang mengancam keselamatan.

Kurang matang

Sebaliknya, mangsa trauma yang personalitinya kurang matang, tidak mahir berinteraksi, mudah cemas, sensitif dan mudah putus asa, berisiko tinggi mengalami gangguan emosi susulan sesuatu peristiwa trauma.

Oleh itu, bagi mereka yang ada perwatakan bermasalah, insiden trauma yang sudah berlaku akan mencetuskan pelbagai konflik dalam diri mereka, iaitu mungkin mereka berasa bersalah dan sebagainya.

Justeru, kekeliruan dan kecelaruan pemikiran dialami mengeruhkan lagi emosi mereka.

Antara beberapa tanda trauma mental yang mungkin berlaku adalah hilang ingatan, lupa atau hilang memori buat seketika mengenai peristiwa itu, peningkatan kewaspadaan pada persekitaran, mudah panik, kemurungan, keresahan dan paling serius ialah hilang kewarasan dan menjadi tidak siuman.

Walau apapun berlaku, bantuan utama untuk mangsa trauma ialah memberi sokongan moral, kerana dalam krisis dialami, kejutan emosi sangat mendalam dan minda mangsa tidak stabil semasa itu.

Selepas keadaan menjadi reda, barulah pendekatan lebih sistematik dibuat bagi memberi peluang kepada mangsa meluahkan apa-apa konflik yang terbuku di hati, dan memberi ruang untuk mangsa beranikan diri secara sedikit demi sedikit menghampiri tempat berlakunya trauma itu.

Kebanyakan mangsa trauma boleh mengatasi gangguan emosi yang dialami, tetapi mereka yang mengalami gangguan perasaan yang berpanjangan dan serius perlu mendapatkan nasihat terperinci dan mungkin memerlukan rawatan dengan ubat-ubatan untuk sementara waktu.

Entry Three

Zabidi Morad - Bekas Penasihat Undang undang Al Arqam,Pengarang buku "Tersungkur di Pintu Syurga" , bekas majistret pernah mengakui selepas beliau ditahan ISA, beliau tidak boleh mendengar bunyi kunci kunci bergesel/bergemerincing kerana ia mengingatkan kepada bunyi wadar penjara datang membawa kunci pintu penjara.

Rozita - Pemilik sendayu Tinggi mengakui beliau tak boleh/tak dapat tengok sungai selama setahun selepas anak beliau mati lemas, pada masa yang sama beliau disalahkan oleh keluarga atas kejadian tersebut..

Saya - tak payahlah.. tapi anda mungkin boleh bercerita di sini....

Ayam....

Harga ayam tidak naik - Shafie Apdal

ayam


PUTRAJAYA 21 Dis. - Tidak berlaku kenaikan harga ayam di peringkat pengguna walaupun Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (PPPM) mengumumkan kenaikan harga ayam hidup di ladang sebanyak 20 sen mulai semalam.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd. Shafie Apdal menegaskan, kenaikan itu cuma berlaku di peringkat pengedaran yang tidak seharusnya membimbangkan kerana ia tidak melibatkan harga jualan di peringkat peruncit.

``Kenaikan ini berlaku di peringkat pengedaran. Pengguna tidak perlu keluar duit tambahan untuk membayar harga ayam,'' katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pasca Kabinet kementerian itu di sini hari ini.

p/s: Ada sape sape boleh tolong terangkan tak berita ni, susah aa nak paham..

Setahun Sudah Berlalu....

XXX: Isteri encik mengalami kemalangan dan ada kecederaan di kepala.Dia dah tak sedarkan diri waktu sampai di hospital. Kami dah berikan rawatan pernafasan..
Diam...(Dalam hati lapang seketika setelah tak ketahuan sepanjang perjalanan ke hospital)

XXX: Tapi dia dah takde....

OOO: Errr.. takde?

XXX: Ya....Encik banyakkan bersabar bla bla bla.....

OOO: .................... Diam.. "Let me see her first"....

Antara percaya dengan tidak..Itu kata kata yang saya ingat terkeluar dari mulut saya sebelum diiringi oleh doktor untuk melihat jenazah beliau...

The rest is history.....Begitulah seingat saya...sejuk tangan...jantung berdebar...menggigil nak recall balik....

Saya percaya ada yang agaknya menunggu apa yang saya mahu katakan pada hari ini.

Banyak yang saya lakukan untuk memujuk hati selepas dari itu,membanding bandingkan ujian ni dengan ujian yang dikenakan terhadap orang lain.. contoh yang paling jelas saya kira adalah tsunami yang berlaku sepuluh hari selepas itu di mana saya melihat dan ada saya ceritakan dalam pertemuan dengan sahabat sahabat lain,

ada yang kehilangan lima anak di depan mata sekaligus,( Refer to: Pilu tidak terperi lihat lima anak ditelan ombak)

ada yang kehilangan isteri (Percutian berakhir kehilangan isteri) ,

dan mungkin juga ada yang kehilangan ibu atau ayah sekali gus, ada yang menjadi yatim piatu itu tidak dikira lagi yang kehilangan harta benda setelah kehilangan ahli keluarga....di mana mahu dimulakan balik kehidupan mereka....

pagi ini setelah membaca petikan berita di bawah sekali lagi saya terfikir...


Snatch theft victim lying in coma loses Singapore job


Aah tangan ni terus menggigil ....bila bandingkan dengan ujian yang Allah pilih untuk diberikan kepada amiir husaini, ya berat...siapa yang kena sahaja boleh merasainya kalau pun tidak boleh menceritakannya..saya cuba bandingkan pula orang lain yang sebaya dengan beliau yang mungkin tidak sempat berjumpa dengan ibu ataupun ada yang tidak pernah dapat merasa tangan atau mendengar azan dan iqamah ayahnya sendiri.. ataupun saya bandingkan juga dengan kehidupan tokoh tokoh besar islam yang mana kebanyakkannya melalui jalan yang hampir serupa walaupun tidak sama dengan jalan yang dilalui oleh amiir sekarang.Memang menekan tapi.... percayalah ada lagi yang menerima ujian lagi berat dari beliau. Sungguh Allah itu menepati sangkaan hambanya... moga ada didikan khusus dari Allah untuk semua ini. Ibunya teringin sangat anaknya menjadi seorang pemimpin moga moga ini sebahagian dari jadual Allah kepada amiir untuk mengabulkan doa uminya.

Satu pagi pintu rumah kami pernah diketuk ..ada seorang kanak kanak perempuan masih diusia sekolah rendah memohon simpati dan sedekah sambil menceritakan tentang ayah dan ibu yang meninggal dan dia terpaksa menjaga adik adiknya yang lain..mungkin beliau berbohong atau disuruh menipu untuk meminta sedekah tapi saya pasti kalaupun ceritanya itu tidak benar,dia tak akan melakukan perkara itu untuk membeli sebuah kereta walaupun kereta mainan. sudah tentu ianya dilakukan untuk sesuap nasi atau seteguk air..

21204 026

Paling tidak amiir masih lagi mempunyai ahli keluarga dan yang cukup cukup menyayangi beliau,berebut rebut mahu menjaga beliau, dikurniakan pengasuh yang melayan bak anak sendiri...mungkin kerana beliau juga memelihara anak sendiri yang kematian bapa...itu belum ditambah lagi dengan rakan rakan yang selalu bertanya khabarkan beliau dan juga yang kerap meninggalkan "kesan yang saya boleh nampak" sewaktu saya menziarahi ummu amiir di "kediamannya".Walaupun saya dah selidiki dan saya tak dapat cari siapa. Moga Allah merahmati anda semua...

Pujian untuk Rafiiqul A'ala yang tidak menjadikan saya hilang punca sewaktu terkena "Sadamatul ula" , ya mungkin saya "berlebih lebihan" pada satu satu ketika atas sifat kelemahan saya dan saya mengharapkan ianya tidak mengurangkan "ajrun bighairi hisaab" yang telah dijanjikan untuk kami semua lantaran sifat ArRahman dan Ar Rahim Allah....Moga moga saya,amiir dan kami semua dapat melalui "tajuk" besar dalam buku kehidupan dan amalan kami ini dengan cemerlang yang melayakkan kami untuk mendapat balasan kesenangan di dunia sebelum menikmati kegembiraan abadi di sana bersama sama dengan semua.......Percayalah bukan saya dan amiir sahaja yang sedang melaluinya..

nuun


abu amiir
16 disember 2005

Memoria- Part 2

Set26_01

Remember this photo?..

Refer to memoria posting on 13/12/2004

Actually that was the second last photo Ummu Amiir took with her only biological son.

The last photo was

Set26_02

Pak Pak Bung..Pak Pak Bung...

Tu Bunyi kompang version amiir tu


Entry One

Mak Andak: Amiir macam mana bunyi kambing?
Amiir: Beeek

Mak Andak: Ayam , ayam bunyi camner?
Amiir: Ok Eeek Ooook

Mak Andak: Lembu macam mana bunyi cuba bunyi lembu?
Amiir: OooOOOOoooooooook

PAk Su: Kucing?
Amiir: Yeaaaom!Yeaaaom!

Pak Su: Mak Andak bunyi macam mana?
Amiir: OoooOOOOOOOOooooK





Entry Two


Ari tu dah janji nak post gambar amiir masa kahwin mak lang amiir. ni ada sikit.

Malam Nikah


DSC_4818

Amiir dan Mak Anjang


DSC_4913

Zulfa: Meh aa main kawen kawen...
Amiir: Tak mo aaa nak turun dah



DSC_4909

Zulfa: Alaaaaaaa teruk aaa bukan betul betul nak amik gamba je teruk aaa dia ni
Amiir: Isk...Tengah Pikir (Nak tughung ke tak nak ni?) Esoklah kita amik gambar ek


deqan kawin 244

Mak Lang: " Ni Mak Lang kawen ke Amiir ngan Zulfa yang kawen nih?"

deqan kawin 255


Amiir ngan Cik Na

Mana satu Daa....

Mana satu lah orang tua ni.. Ummu Nufayl leh explain kot


Shahidan: Perlis tidak amal qunut bukan bermakna ikut Wahhabi

Petikan Dari Utusan Malaysia 9 Dec 2005

Oleh YUSRI SAHAT

KANGAR 8 Dis. - Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim menegur sikap segelintir pendakwah yang menuduh Perlis mengamalkan fahaman Wahhabi kerana meninggalkan beberapa perkara yang menjadi kelaziman dalam ibadat.

Sambil menegaskan bahawa Perlis tidak pernah mengenepikan amalan Ahli Sunah Waljamaah, beliau berkata, perbezaan dalam beberapa amalan ibadat tertentu berbanding negeri lain bukan bermakna Perlis mengikut fahaman Wahhabi.

``Memang ada amalan tertentu yang berbeza berbanding negeri lain seperti tidak membaca doa qunut dalam sembahyang subuh atau talkin, tetapi itu tidak bermakna ia fahaman Wahhabi.

``Rasulullah juga tidak membaca doa qunut dalam setiap sembahyang subuh, sebaliknya ia dilakukan pada waktu-waktu tertentu,'' katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis makan malam sempena Persidangan Ketua-Ketua Jabatan dan Majlis Agama Islam Seluruh Malaysia ke-69 di sini, malam tadi.

Mingguan Malaysia pada 27 November lalu mendedahkan mengenai fahaman Wahhabi yang dikatakan semakin menular terutama di kalangan cerdik pandai di negara ini.


Fellow Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr. Uthman El-Muhammady berkata, kumpulan itu menolak amalan membaca al-Quran untuk orang meninggal dunia, membaca Yasin, qunut, tahlil, berdoa, berzikir, ziarah kubur dan pelbagai lagi perkara harus dan sunat yang menjadi amalan Ahli Sunnah Waljamaah.


Shahidan menegaskan, para pendakwah tidak sewajarnya membuat andaian sesebuah negeri itu mengikut fahaman Wahhabi berdasarkan perbezaan tertentu dalam amalan ibadat.

``Perlis hanya mengamalkan apa yang diamalkan oleh Rasulullah dalam amalan-amalan ibadat yang dilakukan dan tidak mahu mengada-adakan apa yang telah termaktub dalam al-Quran dan sunah,'' jelasnya.

Berikutan wujud ketidakfahaman pelbagai pihak mengenai fahaman Wahhabi, beliau menyarankan Jakim memberi penjelasan mengenai fahaman tersebut bagi mengelakkan kekeliruan umat Islam terhadap amalan Ahli Sunah Waljamaah.

Kerajaan negeri juga, katanya, akan mengadakan seminar mengenai amalan ibadat di Perlis yang sealiran dengan mazhab Imam Shafie tidak lama lagi.


``Kita juga akan mengeluarkan risalah berkaitan bahaya gerakan Muhammad Abdul Wahab yang mengasaskan fahaman Wahhabi itu,'' jelasnya.


Dalam pada itu, Shahidan mencadangkan supaya sebarang dialog untuk membincangkan fahaman Wahhabi dilakukan secara tertutup tanpa melibatkan umat Islam yang cetek pengetahuan agama.

``Kita bimbang orang Islam yang cetek pengetahuan agama akan lebih keliru jika mereka terlibat dalam dialog yang membincangkan fahaman Wahhabi ini,'' tambahnya.





Wahhabi bukan militan
Petikan Dari Utusan Malaysia 11 Dec 2005
Oleh: YUSRI SAHAT

KANGAR 10 Dis. - Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim menyangkal dakwaan bahawa fahaman Wahhabi bersifat militan dan boleh menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam.

Tegas beliau, fahaman Wahhabi yang berasal dari Semenanjung Arab itu tidak berbahaya berbanding Syiah kerana amalannya menjurus kepada sunah Rasulullah dan al-Quran yang sejati.

Berikutan itu, katanya, Perlis rela dilabelkan sebagai pengikut fahaman Wahhabi selagi amalannya tidak bertentangan dengan Ahli Sunah Waljamaah.

``Kalau mereka kata saya mengamalkan fahaman Wahhabi, saya tidak kisah kerana apa yang saya amalkan adalah mengikut cara Rasulullah dan al-Quran,'' tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis berkhatan beramai-ramai yang melibatkan 300 kanak-kanak di Dewan 2020, di sini hari ini.

Menurut Shahidan, meskipun mazhab Al-Shafie dikatakan menjadi ikutan rasmi umat Islam di Malaysia, tetapi banyak amalan berunsur bidaah yang tidak diajar dalam mazhab itu dilakukan.

Misalnya, kata beliau, amalan mengadakan kenduri selepas berlaku kematian dalam sesebuah keluarga yang jelas tidak terdapat dalam mazhab Al-Shafie.


``Jika di zaman Rasulullah, orang ramai akan membawa makanan kepada keluarga si mati tetapi di negara ini, keluarga si mati pula yang perlu menjamu orang kampung,'' katanya.

Shahidan juga memberitahu, Perlis akan menganjurkan muzakarah tertutup antara ulama tempatan dan antarabangsa bagi membincangkan isu fahaman Wahhabi mulai bulan depan.

Dari Pangkalan Pasir .

Entry One

Badan masih terasa penat , setelah melalui perjalanan yang agak jauh dari Pangkalan Pasir ke Kuantan .Tambahan pula keputusan Pilihanraya Kecil N.12 Pangkalan Pasir tidak memihak kepada PAS. Hati dan perasaan ini agak sedih dan pilu.

Agak sukar untuk memulihkan perasaan ini dalam masa yang singkat , setelah saya melalui sendiri beberapa insiden negatif yang merosakkan demokrasi negara dalam pilihanraya kecil di Pangkalan Pasir .

Tak mungkin aku maafkan Petualang Negara .

Rasa hiba kian mencengkam setelah saya menerima pula sms dari Ustaz Misbahul Munir bahawa seorang sahabat yang juga staf DPPP ( sdr Rizal ) terlibat dalam kemalangan Jalan raya sejurus pulang dari Pangkalan Pasir ke Perak semalam .

Ya Allah , Ya Rabbi : Berat juga ujianMU ke atas kami pejuang agamaMU. Namun aku yakin , segalanya masih kecil berbanding generasi terdahulu yang mengharungi liku - liku perjuangan untuk mendaulatkan SyariatMU di atas muka bumi ini .

Tak kiralah menang atau kalah , itu semua tidak akan menjadi sebab atau alasan untuk aku berhenti memperjuangkan agamaMU ya Allah !!

Sungguhpun begitu , terlalu banyak yang telah aku pelajari dari episod perjuangan yang getir ini . Ya ..lah !! Kenapa kita menang ? Pasti ada faktornya dan kenapa kita kalah ? pasti pula ada sebabnya.

Jawapan kepada persoalan ini akan menjadi panduan dan sempadan bagi semua pejuang untuk menyambung tugas dan agenda yang masih banyak .

Ayuh !! Sahabat , bangkit lah dari rasa bungkam dan lesu / kecewa dan putus asa . Islam pasti Menang !! marilah kita melengkapkan jadualnya.

posted by Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi

Entry Two

Saya sepertimana rakan pejuang yang lain juga turut merasai sedih dengan keputusan pilihanraya kecil Pengkalan Pasir semalam. Tetapi ini tidak menghalang saya untuk menyampaikan ucapan tahniah dan sekalung penghargaan kepada pejuang-pejuang sekalian. Kefahaman kita dengan perjuangan ini menyebabkan kita turut merasai sedihnya walaupun bukanlah kita yang bertanding dan bukanlah kawasan kita yang terlibat dengan pemilihan itu.

Alhamdulillah syukur kita ucapkan kerana kita diberikan kefahaman dan komitmen untuk terus berada dalam jamaah ini. Kita melihat sekeliling kita. Banyak rakan-rakan yang terlibat berada dalam jentera musuh sebagai putera/puteri atau pemuda sebagainya. Sebahagian yang lain hanya menjadi pak turut sahaja.

Biar le sesiapa yang memerintah. Aku peduli apa. Sebahagaian yang laian bekerja dan memberikan pandangan menurut isu. Kalau isunya mengalahkan Islam, maka mereka turut sama menyalahkan Islam. Sebahagian yang lain melihat kumpulan mana lebih banyak peluang untuk mendapat benda dan ringgit. Maka mereka akan bersama dengan kumpulan itu.

Syukur kepada Allah yang telah menetapkan kita berada dalam gerakan Islam samada dalam waktu senang atau sukar, dalam waktu menang atau tewas, dalam waktu sedih atau riang. Kita masih di sini. Berhujan berpanas. Kita masih setia untuk mu Islam. Kita masih setia untuk menegakkkan agama Allah dan sunnah rasul. Biarlah apa dikata. Biarlah apa dicerca. Kita masih setia.

Saya percaya, walaupun terdapat beberapa kelemahan, banyak pekerja gerakan berada dalam tahap kerja yang paling optima. Inilah yang disebut oleh YAB TG Mursyidul Am supaya kita mesti sentiasa berharap dan berhati-hati walaupun semasa ibadat. Ini menunjukkan kepada kita bahawa kita perlu sentiasa berhati-hati juga walaupun kita sedang dalam kemenangan menentang nafsu kita supaya kita kelak akan terus mengharapkan bantuan Allah selain dari usaha-usaha kita yang sedikit ini.

Kalau nak diharapkan kemenangan dari usaha yang sedikit ini sudah tentu sangat mustahil. Mereka mempunyai segala-galanya. Media massa. Polis. SPR. Jentera-jentera lainnya. Semuanya. Kalaulah usaha kita sahaja adalah sangat mustahil bagi kita untuk menang. Pertolongan Allah itulah yang utama. Dan mungkin kita masih belum berupaya untuk kemenangan itu.

Berpuashatikah kita dengan usaha kita yang sedikit itu? Cukupkah bantuan yang kita berikan kepada jamaah dan ummah bagi Islam mencapai kemenangan. Cukupkah derma yang telah kita berikan. Cukupkah dengan doa yang kita pohonka? Cukupkah denagn tenaga yang kita wakafkan? Cukupkah dengan tidak tidur malam kita berkawal untuk menngakap perasuah-perasuah dan penipu tersebut? Berapa orang pemilih yang kita telah temuai untuk menyampaikan mesej Islam? Berapa orang pengundi telah kita temui untuk menyampaiakan penyelewengan musuh?

Cukupkan dengan kita mengatakan Pak Mat atau Pak Dolah yang bodoh itu mengundi Umno? Cukupkah dengan kita menyalahkan media kerananya Islam tewas? Cukupkah kita menyalahkan hipokrit musuh sedangkan kita tidak turun ke medan? Cukupkah kita tidur berseronok dengan isteri di waktu saudara kita keletihan dan kepenatan di medan?

Tahukah diri ini dan tuan-tuan bahawa ada pekerja yang langsung tidak tidur malam hanya kerana menunggu di semua pintu masuk daripada diserang musuh. Tahukah tuan banyak yang banyak yang langsung tidak pulang ke rumah selepas kematian Adun kita. Ada yang terpaksa menjadi poling agent dan caunting agent walaupun tidak mempunyai kemahiran perundangan. Satu kes yang melibatkan pooling agent kita menghalang seorang pemilih daripada mengundi kerana disyaki pengundi hantu yang mana tuannya dah meninggal dunia. Tetapi pooling agent itu hanya berbahas dengan pegawai SPR dan mengganggu proses pemilihan. Dia tidak terlintas agaknya untuk membuat laporan dalam borang bantahan serta nak tengok IC pemilih hantu tersebut. Siapa hendak disalahkan?

Sebenarnya kekalahan kita di Pengkalan Pasir adalah dalam keadaan jentera pilihanraya kita yang paling baik. Isu samaada nasional atau tempatan menyebelahi kita. Beberapa orang kuat musuh juga memberikan komitmen untuk mengundi kita. Pasukan musuh juga berselerak dari sudut kepimpinannya. Dan kita masih kalah dengan isu sama. Iaitu pengundi hantu dan politik wang. Bayangkanlah bagaimana agaknya ditempat jentera kita lemah, isu tidak menyebelahi kita, pimpinan kita tidak kuat dan sebagainya itu. Bersedialah untuk tewas!

Adakah kita bepuashati dengan sumbangan kita? Orang yang tidak memberikan sumbangan sepatutnya merasai menyesal. Orang yang memberikan sumbangan tetapi masih belum optima juga patut merasa menyesal. Orang yang hanya mengharapkan sahabat lain sahaja bekerja juga harus turut menyesal. Orang yang hanya mengharapkan musuh berubah menjadi baik dan masuk pilihanraya dengan jujur juga harus menyesal kerana musuh selama-lamanya tidak akan jujur dengan Islam. Orang yang tidur nyeyak di waktu malam dikala saudaranya menjaga benteng pertahanan patut menyesal. Orang yang tidak menyumbangkan derma pada waktu musuh memanipulasikan politik wang juga patut menyesal. Orang yang melepaskan batuk ditangga, berkhidmat kerana malukan kawan juga patut menyesal. Sesallah kita sebelum kerajaan kita diambil musuh. Postmotermlah kita dan baikpulihlah kita sebelum kerajaan pimpinan ulama’ kita berkecai.

Selepas daripada itu janganlah kita salah menyalah satu sama lain, kenapa kita tidak berusaha untuk mempertahankan kerajaan ini. Bersedialah kita untuk menjawab dengan alasan-alasan kita yang banyak itu di hadapan Allah. Seumpama orang yang menderhaka kepada ibunya semasa hayat ibunya, tetapi meracau-racau untuk menjadi anak soleh ketika ibunya sudah tiada. Mana mungkin akan kembali.

- Abu Azzam Abbas - 08.12.2005

‘Pas Kelantan kini sudah berubah’-Dr Mashitah

‘Pas Kelantan kini sudah berubah’

PASIR MAS: Rakyat Kelantan perlu sedar dasar kerajaan Pas Kelantan kini sudah berubah mengikut selera pemimpin mereka yang menjadikan Islam sebagai alat politik.

"Datuk Nik Aziz ( Menteri Besar Kelantan) pun sudah berubah. Dulu hiburan tak boleh, sekarang sudah boleh,” kata Setiausaha Parlimen Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Beliau berkata, bukti kerajaan Pas tidak konsisten membawa dasar pemerintahan yang didakwa berteraskan Islam sejak 15 tahun lalu apabila perkara berkaitan hiburan kini dibenarkan.

Pemimpin Pas, katanya banyak bercakap bohong kepada rakyat terutama di kampung bahawa nasib mereka tetap dibela.

"Pemimpin juga cakap bohong boleh bela nasib rakyat sedangkan yang kaya dan senang ialah ahli exconya, tetapi rakyat masih ramai yang susah. Inilah jenis pemimpin Pas yang nak kenyang perut sendiri saja.

"Apakah kalau Pas memerintah (negara) parti itu boleh jamin rakyat tidak akan susah," katanya pada majlis ceramah di Kampung Dangar di sini, semalam.


Sehubungan itu, Dr Mashitah yang juga Ahli Parlimen Baling mengajak rakyat Kelantan supaya berani membuat perubahan politik dengan memberi sokongan penuh kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).

Katanya, Islam sendiri menuntut umatnya memilih pemimpin berwibawa, berpandangan jauh dan prihatin kepada rakyat.

"Jadi, saya lihat calon BN (Hanapi Mamat) yang ditawarkan kepada rakyat di Pengkalan Pasir seorang yang menepati kriteria mengikut tuntutan agama.

"Di Baling (Kedah) yang tidak ada bezanya dengan Pasir Mas, rakyat berani mengubah (pemimpin) daripada Pas pada Pilihan Raya Umum lalu kepada BN. Jadi, kenapa tidak rakyat Pengkalan Pasir untuk turut membuat perubahan," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas itu ketika diminta mengulas mengenai Pas mendakwa mengundi parti dapat pahala, beliau berkata dakwaan itu adalah percubaan Pas mempolitikkan agama yang dibimbangkan boleh menjejaskan akidah umat Islam.

Katanya, berbeza dengan perjuangan Umno yang memperjuangkan agama dengan menggunakan politik.

"Kita (Umno) memperjuangkan agama, dia (Pas) menggunakan agama, sebab itu isu-isu yang dibangkitkan adalah berkaitan agama.

"Di kawasan saya ketika berkempen Pilihan Raya Umum 2004, Pas juga main isu apabila pangkah Pas masuk agama (Islam). Saya rasa sedih sebab tidak ada orang berani menentukan bahawa kita masuk ke syurga (undi Pas).

"Sedangkan Rasulullah SAW, pernah sebut pada anak baginda Fatimah bahawa baginda sendiri tidak boleh menjamin anak masuk syurga, tetapi Pas boleh jamin pangkah (undi Pas) dah boleh masuk syurga," katanya.

Kesian Pak Lah....

Source The Star 1/12/2005-Syabas Pengundi Kota Bharu

Zaid: Run lotteries to raise sports funds

ORGANISE special lotteries to raise funds for sports. This was the suggestion Datuk Zaid Ibrahim (BN – Kota Baru) gave to overcome the problem of finances.

He said many gaming companies did not contribute to sports adequately.

Sports in England, he said, were fully funded by profits from gaming.

n_p12zaid

Asked whether the proceeds would be halal, he asked: "What is more important is what we use the money for. Why are we afraid of doing it. Is it because of PAS? They only have six seats in Parliament. What are we afraid of?"

Apa yang lebih penting adalah tujuan wang itu digunakan. Apa yang nak kita bimbangkan. Adakah (kita bimbang) kerana PAS? Mereka hanya ada enam kerusi di Parlimen. Apa yang kita takutkan?


He made the comments when debating Budget 2006 for the Youth and Sports Ministry at committee stage.

During the debate, several MPs questioned the role of the Sports Commissioner.

They said the post should be abolished because it had not helped the development of sports.

Loh Seng Kok (BN – Kelana Jaya) said many countries which did not have such a position still managed to excel in sports.

“One has to look at the state of sports before and after the position was created,” he said, adding that the post was created to solve problems, not otherwise.

This led Datuk Ghazali Ibrahim (BN – Padang Serai) to suggest that the post be abolished as it had not benefited sports in Malaysia.

Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (BN – Larut) asked why the commissioner had been given the right to meddle in a particular sports organisation.

“This is akin to interfering in family matters,” he said.

Debate on this issue then focused on why the commissioner could not solve the issue of the deregistration of the Malaysian Taekwondo Association (MTA).

Lim Kit Siang (DAP – Ipoh Timur) asked why the parties involved couldn't come together to resolve the problem.

“If this drags on, I’m afraid our performance in the sport may be adversely affected,” he said.

Deputy Youth and Sports Minister Datuk Ong Tee Keat, winding-up for his ministry, said the problem arose when MTA failed to appeal to the ministry against the commissioner's decision to suspend the association.

“Furthermore, MTA took the issue to court and this added tension to the whole matter,” he said.

He said that like all MPs, he also hoped the matter would be resolved quickly.