Posting Tertunda - 2

IMG_0223

" Amiir pun nak masak jugaaaaaaaaak"

IMG_0277

"ERm.. naper kenduri mesti air sirap ek?? buatlah air strawberry ke... milo ais ke"

DSC01275
" Eh eh ni sape yang kawen ni?"

IMG_0407

IMG_0408

Sesi Bergambar dengan pengantin pengantin lama


DSC01271

IMG_0427

Host of the event..

Tanda aras Naib Canselor

Second Edition Gambar on the way.. sabau sabau.. sementara tu bole baca artikel di bawah menarik..buat modal bersembang.. :P



Tanda aras Naib Canselor

Oleh Nordin Kardi

Dalam susunan semula Kabinet Perdana Menteri yang terbaru, jawatan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia telah bertukar tangan daripada Datuk Seri Dr. Shafie Salleh kepada Datuk Mustapa Mohamed. Adakah beberapa perkara yang telah diasaskan oleh menteri terdahulu akan diubah oleh menteri yang baru?

Saya percaya masyarakat universiti bersedih dengan tiadanya Dr. Shafie yang telah mengasaskan Kementerian Pengajian Tinggi dan mengalu-alukan kedatangan Mustapa.

Terdapat banyak istilah-istilah yang sekarang menjadi percakapan harian di kampus-kampus universiti seperti universiti berkelas dunia, ranking, kerangka kelayakan, pemindahan kredit, penanda arasan dan banyak lagi.

Banyak di antaranya kelihatan seperti buah-buah fikiran baru, walaupun dalam sorotan tulisan-tulisan mengenai universiti, istilah-istilah itu telah lama dikenali. Walau apa pun, ahli masyarakat universiti sentiasa diberi inspirasi supaya meningkatkan pelbagai perkara dalam urusan universiti.

Tanggapan-tanggapan awam mengenai universiti kadangkala tidak dilihat secara komprehensif, sebaliknya dilihat dalam bentuk cebisan-cebisan mengikut konteks. Apabila ranking Universiti Malaya menurun daripada kedudukan di bawah seratus (89) kepada kedudukan ke seratus enam puluh lebih (169), perdebatan di Dewan yang mulia menjadi hebat sekali sehingga ada cadangan-cadangan memotong gaji menteri.

Hal ini mungkin baik dari segi menggambarkan budaya ambil berat para pembuat undang-undang terhadap prestasi kerja para eksekutif berkaitan universiti. Namun, hal ini mungkin menjadi bahan ketawa orang universiti di negara maju.

Agaknya apakah Itali riuh-rendah kerana Universiti Bologna, universiti Eropah tertua di dunia, yang telah ada lebih dahulu daripada Oxford, berada di belakang Universiti Malaya? Profesor Dr. Hashim Yaacob tersenyum membaca laporan THES (Times Higher Education Supplement) apabila mendapati Universiti Otago (tempat beliau mendapat pengajian kepakaran, yang mungkin kepakaran itu tiada di Universiti Malaya) berada jauh di belakang Universiti Malaya.

Riuh-rendah universiti di negara ini mungkin samalah seperti Malaysia ingin menjadi negara maju menjelang 2020, Selangor telah pun mengisytiharkan Negeri Maju, Kedah hendak mengisytiharkannya pada tahun 2010, universiti di Malaysia pun tidak mahu ketinggalan mengisytiharkan macam-macam.

Dalam kes Malaysia negara maju, nasib baik Tun Dr. Mahathir Mohamad memasukkan klausa `mahu maju mengikut acuan sendiri', jika tidak mungkin Malaysia juga akan menyerahkan kepada akhbar yang setara dengan THES untuk membuat pengisytiharan sama ada hasrat itu dicapai seperti tanda aras yang ditetapkan oleh laporan tersebut.

Dengan adanya klausa itu bolehlah Malaysia memilih tanda arasnya sendiri atau, jika mahu juga, memilih tanda aras orang lain yang hanya sesuai dengan Malaysia.

Jika Naib-Naib Canselor universiti di Malaysia boleh dibenarkan memilih tanda aras pilihan mereka sendiri, mungkin mereka memilih beberapa aspek sahaja daripada seberapa banyak tanda aras mengenai Naib Canselor. Antaranya tentulah gaji tahunan atau bulanan Naib Canselor.

Penanda arasnya pula tentulah Universiti `Ivy League' Amerika Syarikat (AS), iaitu RM1.52 juta setahun atau RM126,667 sebulan. Orang Malaysia akan mengatakan ini suatu jenaka dengan menyimpulkan bahawa, jika begitu, lebih baik jadi Naib Canselor daripada menjadi Ketua Eksekutif dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Malaysia.

Hal ini tidak akan diketawakan di AS kerana Harvard pernah memasukkan calon Presiden Amerika Al Gore, sebagai calon Presiden Harvard (setara dengan Naib Canselor) mulai tahun 2001, selepas beliau tidak berjaya menjadi Presiden negara itu. Al Gore dikatakan tewas kerana pemilih bimbang jika beliau menjadi Presiden Harvard, `pembiyaan' daripada pengikut Republikan akan berkurangan.

Calon Presiden Amerika lain yang pernah menjadi calon `Naib Canselor' Harvard ialah Dukakis. Betapa pula Harvard boleh mengeluarkan surat amaran kepada Henry Kessinger bahawa jika dia tidak melepaskan jawatannya sebagai Setiausaha Negara AS dan pulang ke Harvard, `tempoh jawatannya' akan ditamatkan?

Selepas memutuskan tanda aras utama Naib Canselor ialah imbuhan kewangan, para Naib Canselor akan pula mengemukakan tanda aras kedua iaitu tempoh memegang jawatan Naib Canselor. Sekali lagi tanda aras yang dipilih mestilah tanda aras universiti nombor satu dalam senarai THES.

Apabila disemak tempoh perkhidmatan `Naib Canselor' Harvard, akan didapati dalam tempoh 132 tahun (1869 hingga 2001), Harvard mempunyai hanya enam `Naib Canselor' yang bermakna tempoh purata khidmat seorang Naib Canselor ialah 22 tahun! Rekod terlama Naib Canselor Harvard dipegang oleh Charles William Eliot, selama 40 tahun (1869 hingga 1909).

Sekali lagi orang Malaysia akan kata, itu rekod Kurun Pak Kaduk. Rekod terbaru pula Derek Bok memegang jawatan itu selama 20 tahun (1971 hingga 1991, seperti Pak Ungku), iaitu Naib Canselor yang hanya diselangi oleh seorang lain yang bernama Neil Rudenstine, sebelum diambil alih oleh Naib Canselor sekarang iaitu Lawrence H Summers.

Sekali lagi apabila saya berbual dengan Profesor Dr. Hashim, saya akan menyindir beliau bahawa belum pun panas kerusi yang didudukinya, dia akan bersara. Sindirian saya tentulah akan menyebabkan Naib Canselor lain ketawa lebih besar dan ketawa itu ditujukan kepada diri kami sendiri.

Tanda aras selanjutnya tentulah pula mengenai kelulusan Naib Canselor. Naib Canselor mesti ada kelulusan Ph.D. Jika tiada bagaimana harus mengetuai institusi yang dipenuhi oleh rakyat yang mempunyai Ph.D?

Mungkin ini juga yang menyebabkan Perdana Menteri semasa mencipta kementerian tersebut memastikan untuk memilih Menteri Pengajian Tinggi dari kalangan ahli politik yang memiliki Ph.D. Menteri pula seterusnya memastikan KSU (Ketua Setiausaha) dan Ketua Pengarah Pengajian Tinggi dan stafnya memiliki Ph.D belaka, sedangkan Opinion Journal yang dikeluarkan oleh Wall Street Journal mencatatkan bahawa hanya 50 peratus Presiden (Naib Canselor) universiti di Amerika Syarikat yang mempunyai Ijazah Doktoral!

Memandang ke Britain, hanya seorang daripada lima orang Naib Canselor mutakhir Universiti Cambridge memiliki Ijazah Ph.D (Richard Hume Adrian, 1985-86, memiliki Ijazah Doktor Perubatan; Michael William, 1987-88, memiliki MA; Sir David Glyndwr, 1989-96, memiliki MA dan LLB; Lord Alec Nigel 1996-2003, tidak dicatatkan kelulusannya; dan Alison Faltes, 2003-kini, memiliki Ph.D dan MA).

Apakah pula bidang pengajian tumpuan bagi kelulusan Naib Canselor? Sekali lagi orang Malaysia mungkin akan berkerut dahi jika saya mencadangkan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menjadi Naib Canselor universiti di Malaysia yang tersenarai dalam THES, sedangkan Naib Canselor Harvard sebelum Summers ialah Rudenstine seorang tokoh puisi.

Namun demikian, pada masa Rudenstine, Harvard dengan beraninya melancarkan komitmen pencarian wang sebanyak AS$2.1 bilion dan yang berjaya dikutip ialah AS$2.6 bilion, suatu rekod baru tercipta dalam sejarah universiti di sana. Harvard mencatatkan himpunan pembiayaan sebanyak US$ 19.2 bilion, iaitu, mengikut catatan Opinion Journal, menyamai atau melebihi, bajet 142 (setiap sebuah) negara dunia.

Demikianlah apabila banyak tanda aras orang lain diminta agar digunakan oleh setiap Naib Canselor universiti di Malaysia untuk menaikkan martabat universiti masing-masing. Untuk tujuan memastikan tanda aras meliputi pelbagai aspek yang `standard' digunakan, para Naib Canselor juga akan belajar, tentulah dengan penuh sopan dan santun, menyelitkan tanda aras yang dinyatakan.

Jika Menteri Pengajian Tinggi baru memihak kepada para Naib Canselor, mungkin Dewan yang mulia akan riuh-rendah sekali lagi supaya gaji menteri baru juga dipotong RM10 kerana membawa cadangan yang tidak masuk akal di Malaysia.

p/s : Berita Harian hari ni baru jer memaklumkan Presiden Harvard akan meletak jawatan..so sapa nak apply bole lah..

Posting Tertunda -1

Salam....

Terima Kasih atas kedatangan,ucap selamat,hadiah dan juga doa yang mengiringi majlis walimah kami baru baru ini....

Since ramai yang duk bertanya mana gambar..minta maaf banyak banyak tak menyempat lagi nak uruskan pasal gambar... tengoklah dulu mana yang ada... harap harap bila kami dah selesaian kesemua gambar nanti nanti ianya akan dipost kan di sini lah..harapnya ..tak "basilah " kot..

Tarikh : 28 Januari 2006
Temapat: Surau An Nur Bandar Baru Bangi
Masa : 11:00 pg


Watak watak utama:

IMG_0074

Muhammad ( Tak sempat tuar baju..bangun lambat punya pasai)

IMG_0068

Amiir Husaini...( Eh nak buat apa tu Amiir?)

Amiir nak peluk abang laaa.... sat sat .. slow motion...



















IMG_0075








































IMG_0073







IMG_0096


Amiir: Peluk sudah... Erm.. Camne nak ambik gambar Baba dengan Ma ni... Biar Abang ambik lah.... Abammmmm abammm

IMG_0205

Muhammad: Satuuuuu Duaaaa


IMG_0218


Gambar gambar lain termasuk gambar kenduri di Rumah leluarga Ummu Amiir dan di Kota Bharu bakal menyusul Insya Allah....

Menarik....

Menarik..panjang sikit... tapi boleh ambil masa utk baca sikit sikit....


CINTA SAMA CINTA TAPI BERCERAI JUGA
Credit to:Ust Pahrol from Fitrah Perkasa

Kadar perceraian semakin meningkat. Bukan sahaja dikalangan pasangan bukan Islam tetapi juga dikalangan orang Islam sendiri. Banyak sebab yang meruntuhkan alam rumah-tangga – sebab yang datang dari dalam, mahupun yang datang dari dalam. Ya, pada anggapan ramai tentunya penceraian berlaku kerana hati pasangan suami isteri sudah gersang daripada rasa cinta dan mencintai. Bila suami sudah tidak cintakan isteri, isteri pula tidak cintakan suami, maka penceraian pun berlaku. Begitulah anggapan ramai. Dan itu memang ada kebenarannya.

Tetapi terfikirkah kita bahawa ramai juga pasangan yang bercerai walaupun mereka masih saling cinta menyintai. Pelik bunyikan? Kenapa boleh bercerai ketika hati saling cinta menyintai? Hal ini sebenarnya boleh berlaku dan memang acap kali berlaku. Puncanya? Banyak. Tapi salah satunya ialah: Apabila masing-masing (suami atau isteri atau kedua-duanya sekali) lebih pentingkan menuntut hak untuk dirinya, berbanding menunaikan hak untuk pasangannya.

Kenapa boleh terjadi demikian? Kenapa tindakan menuntut hak boleh menimbulkan masalah? Bukankah hak itu suatu yang wajib? Maka tentulah wajib pula kita menuntutnya. Pandangan semacam itu tidak berapa tepat. Sebenarnya, bila dikatakan hak itu sesuatu yang wajib, maka kita mesti lebih fokus untuk menunaikan berbanding menuntutnya. Apa bezanya antara menuntut hak dengan menunaikan hak? Untuk menunaikan hak, kita perlu melaksanakan peranan. Sebaliknya untuk menuntut hak, kita hanya perlu mendesak. Sepatutnya, demi keteguhan rumah-tangga, suami-isteri perlu fokus kepada soal menunaikan hak (dengan melaksanakan peranannya) bukan menuntut hak, dengan menunggu pasangannya menjalankan peranannya.

Dalam rumah tangga misalnya, suami punya peranan dan isteri juga punya peranan. Begitu juga, suami punya hak, isteripun punya hak. Sudah lama kita belajar tentang hak-hak itu, khususnya apabila kita mempelajarinya bab munakahat dalam pelajaran feqah. Namun untuk faham, cukup dengan sekadar belajar. Tetapi untuk mengamalkannya, kita perlu lebih daripada sekadar belajar.

Misalnya, kita telah belajar bahawa antara peranan suami dalam rumah-tangga ialah memberi nafkah zahir dan batin, menjadi pendidik, memimpin rumah-tangganya. Sekiranya suami menjalankan peranan-peranan itu dengan baik, maka hak isteri secara otomatik akan dapat dipenuhi. Ertinya, bila suami berperanan, hak isteri dipenuhi. Begitu juga pada pihak isteri. Dia juga ada peranannya. Antaranya, menjaga maruah diri, melayani suami, menjaga rumah, menjaga harta suami serta mengasuh anak-anak. Secara timbal-balik, apabila isteri menjalankan peranannya, maka hak suami pula akan dipenuhi.

Agaknya ramai yang faham akan hakikat ini. Tapi kenapa masih timbul masalah? Masalah berlaku apabila suami atau isteri atau kedua-duanya sekali, lebih fokus menuntut hak ke atas pasangannya berbanding menjalankan peranannya sendiri. Maksudnya, suami asyik menuntut hak. Kenapa aku tidak dilayan? Kenapa isteriku tak buat begini, tak lakukan begitu, dan macam-macam lagi... Suami begini lebih fokus menuntut haknya.

Isteri juga, asyik menuntut hak kepada suami. Hendak itu, mahu ini, dan macam-macam lagi. Akhirnya, masing-masing lupa untuk menjalankan peranannya. Bila masing-masing bertumpu pada menuntut hak, bukan menjalankan peranan maka terjejaslah rumah-tangga.

Menjalankan peranan ertinya kita perlu ‘memberi’, manakala untuk mendapat hak kita perlu ‘menerima’. Bila kita hanya ingin menerima tanpa mahu memberi, maka lambat-laun rumah tangga akan hancur kerana hukum Sunnahtullah menunjukkan bahawa: Orang yang memberi sahaja akan menerima – what you give you get back. Tegasnya, kita perlu memberi dahulu barulah orang lain akan akan memberi kepada kita dan pada waktu itu barulah kita menerima.

Apa yang sepatutnya dilakukan oleh suami-isteri ialah masing-masing harus lebih fokus pada menjalankan peranan bukan menuntut hak. Dengan itu barulah hak masing-masing dipenuhi. Bila suami berperanan, hak isteri akan dipenuhi. Bila isteri berperanan, hak suami akan dipenuhi. Sebaliknya apabila masing-masing menuntut hak dan mula melupakan peranan... tiada siapa yang untung. Sama-sama rugi, sama-sama tidak mendapat hak. Sebab masing-masing abaikan peranan.

Kenapa kebanyakan manusia lebih suka menuntut haknya berbanding menunaikan hak orang lain? Ini semua berpunca daripada silap cara berfikir yang berpunca daripada lemahnya rasa iman. Orang yang suka menuntut hak sebenarnya ialah orang yang pentingkan diri sendiri. Dalam kamus hidupnya, kurang benar rasa nak ‘memberi’ tetapi yang lebih banyak ialah keinginan untuk ‘menerima’. Ini satu kesalahan besar justeru bijak pandai telah menyatakan,” kita hidup dengan apa yang kita terima, tetapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita berikan.” Kata bijak pandai lagi, “kita membina rumah dengan apa yang kita dapat tetapi kita membina rumah-tangga dengan apa yang kita berikan!”

Mengapa orang suka menerima, tidak suka memberi? Ini kerana memberi ertinya terkorban. Terkorban hak kepunyaan kita. Manakala kalau kita menerima, perkara sebalik berlaku yakni kita menerima pengorbanan orang lain. Orang yang suka menuntut hak, payah hendak memberi. Sebab itu akan menyebabkan haknya terkorban. Ini paling dibenci dan mahu dijauhi. Sebab mereka terlalu sayangkan diri dan pinggirkan orang lain. Apa sebabnya seseorang terlalu sayangkan diri dan pinggirkan orang lain?

Puncanya, iman kepada Allah lemah. Hubungan antara iman dan kasih-sayang adalah berkadar terus. Bila kuat iman, kuatlah kasih-sayang. Dan hanya bila kasih-sayang kuat maka barulah seseorang boleh berkorban untuk orang lain. Perlu ditegaskan bahawa untuk menjamin keharmonian hubungan sesama manusia, maka mesti ada khaliq (Tuhan) yang menghubungkannya. Ertinya, suami dan isteri mesti terikat untuk ‘memberi’ hanya kerana dan untuk Allah. Bukan hanya berfikir untuk ‘menerima’ demi kepentingan diri.

Demi menjamin kestabilan dan kekukuhan rumah-tanga sekaligus mengelakkan penceraian, Allah SWT mestilah jadi ‘centre’ dalam hati, permikiran, perasaan dan tindakan suami-isteri. Allah meminta kita sayangkan orang lain (dalam konteks ini pasangan kita) seperti kita cintai diri kita sendiri. Dan ini hanya dapat dilakukan oleh orang beriman. Tanpa iman, manusia akan cinta dirinya sahaja. Mereka lokek untuk ‘memberi’ kerana dirasakan memberi itu merugikan, mengurangkan dan membosankan.

Perceraian pada hakikatnya disebabkan seseorang itu terlalu sayangkan dirinya. Bagaimana ini berlaku? Bukankah sebelum ini dikatakan pasangan yang saling cinta-mencintai pun boleh bercerai. Ya, memang isteri sayangkan suami, suami sayangkan isteri. Tapi sayang mereka bukan kerana iman, bukan kerana Allah, tetapi kerana sayangkan diri sendiri. Hakikatnya mereka sayangkan orang lain, kerana sayangkan diri sendiri.

Isteri sayangkan suami kerana mengharapkan belaian untuk dirinya. Suami sayangkan isteri, kerana mengharapkan layanan untuk dirinya sendiri. Semua manfaat kembali kepada diri masing-masing. Bukan kerana benar-benar sayangkan pasangannya, lebih-lebih lagi bukan kerana Allah. Sebab itulah payah benar hendak korbankan hak. Lebih suka tuntut hak!

Pernah terjadi, pada zaman Sayidina Umar... Seorang bapa telah mengadu kepada Sayidina Umar RA, bahawa anaknya telah menderhakainya. Anak itu juga dakwanya mempunyai kelakukan yang buruk. Sayidina Umar RA memanggil anak tersebut dan bertanya, “kenapa kamu tidak menunaikan hak ke atas ayahmu?” Anak itu menjawab, “kerana ayah saya juga tidak menunaikan haknya keatas saya. Antara hak seorang anak ialah dia mesti diberikan nama yang baik oleh ayahnya. Tapi, bapa saya telah menamakan saya dengan nama yang buruk. Antara hak saya lagi ialah mendapat ibu yang baik. Tetapi ayah saya telah memberikan ibu yang jahat kepada saya.”

Hal yang sama berlaku kini. Sepatutnya, jangan kita fikirkan hak kita saja tidak dipenuhi, tapi hak orang lain yang kita tidak penuhi lebih wajar diutamakan. Dalam ajaran Islam, peranan lebih dipentingkan. Umat Islam sepatutnya lebih pro-aktif – fokus pada apa yang boleh diri sendiri lakukan! Sebaliknya, dalam masyarakat Barat, hak lebih dipentingkan. Mereka lebih re-aktif – lebih fokus kepada apa yang orang lain sepatutnya lakukan!

Sedangkan hukum sunnahtullahnya mudah: Bila kita menjalankan peranan dengan baik, maka hak pasangan kita akan dipenuhi. Apabila hak pasangan kita dipenuhi, maka itulah yang akan mendorongnya untuk menjalankan peranannya dengan baik. Dan bila dia berperanan dengan baik, maka hak kita pula akan dipenuhinya. Indahnya, kalau begitu... Penceraian pun akan dapat dielakkan. Itulah cinta yang suci, cinta tidak mengharapkan balasan. Cintakan manusia kerana Allah!

Puasa Asyura dan Taasuaa'

Aisehman.. tersilap bajet plak.. terlepas hari ni puasa....


Puasa Asyura dan Taasuaa'
oleh Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi
Credit to Al Ahkam...


'Asyura' : adalah hari yang ke 10 didalam bulan Muharam, dan Taasuaa' : adalah hari ke 9 darinya, kelihatan dari kumpulan khabaran bahawa hari Asyura' telah dikenali disisi kaum Quraish dimasa Jahiliyah, dan dikenali sebagai hari raya orang Yahudi. Aisyah telah berkata : pada hari Asyura' orang Quraish pada zaman Jahiliyah berpuasa, dan Rasulullah saw berpuasa dengannya. Tatkala tiba Rasulullah di Madinah baginda berpuasa, dan memerintahkan manusia berpuasa dengannya, maka tatkala difardukan Ramadhan baginda bersabda :

"Barangsiapa mahu maka berpuasalah ia, dan barangsiapa tidak mahu, maka boleh meninggalkannya" - [Mutafaq a'laih].

Telah berkata Ibn Abbas : tatkala Nabi saw sampai (iaitu di Madinah) maka beliau telah melihat kaum Yahudi berpuasa 'Asyura', maka baginda bersabda :
"Apa ini", maka mereka menjawab : Hari ini merupakan hari keselamatan, Allah swt menyelamatkan Musa dan Bani Israel dari musuh mereka, maka berpuasalah Musa, Maka baginda bersabda :'Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu'. Maka beliau berpuasa dan memerintahkan agar berpuasa". - [Mutafaq a'laih].

Maka Nabi saw telah memfardukan puasa pada perintah dan keazamannya, sehingga dia menghantar orang memberitahu kepada manusia agar melakukan puasa pada siangnya, walaupun mereka telah makan.

Tatkala difardukan puasa pada bulan Ramadhan maka di hapuskan kefarduan ini (puasa 'Asyura), kembalilah ia menjadi mustahab (sunat) berpuasa sahaja.

Dari Abu Qatadah, beliau berkata : Rasulullah saw bersabda :
"Puasa pada hari Arafah menghapuskan (dosa) 2 tahun : yang lepas dan yang akan datang, dan puasa pada hari 'Asyura' menghapuskan (dosa) setahun yang lepas" -[Hadith diriwayatkan oleh semua kecuali al-Bukhari dan Tirmudzi, Nailul Authar, 4/323].

Nabi saw telah memberi perhatian keatas syahsiah (kepribadian) Islamiyah khususnya didalam segala hal, supaya orang Islam memiliki keutuhan dari yang lain, beliau menganjurkan agar berpuasa pada hari yang ke 9, iaitu bersama hari 10, agar dapat membezakan diantara puasa mereka dan puasa ahli kitab.

Dari Ibn Abbas berkata : Rasulullah saw berpuasa pada hari 'Asyura', dan memerintahkan berpuasa, maka mereka berkata :-
"Ya Rasulullah, sesungguhnya hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nasrani!' Maka baginda bersabda :'Maka jika kalau tiba tahun hadapan insyaallah kami akan berpuasa hari ke 9'. Maka dia berkata : Maka tidak datang tahun hadapan sehinggalah Rasulullah saw wafat." -[Hadith riwayat Muslim dan Abu Daud].

Tidak didatangkan apa2 perkara didalam hari 'Asyura' melainkan berpuasa, dan terdapat beberapa orang melakukan perkara seperti berhias, mandi, memakai celak, membelanjakan keluarga, menjadikannya musim atau perayaan dengan menyembelih binatang sembelihan, dan manusia meluaskan lagi. Kesemua ini tidak ada asalnya didalam agama Allah, tidak ada sebarang dalil yang sahih.

Ia kelihatan seperti reaksi perbuatan orang2 syiah yang mengambil hari tersebut sebagai hari bersedih dan berkabung, mereka memukul2 dada, menyepak2 pipi mereka, mengoyak2kan pakaian mereka, mengingatkan mereka tragedi syahid yang dizalim, Hussien bin Ali ra.

Kedua2nya tidak benar, dan kita tidak menghadapi bid'ah dengan bid'ah, dan tidak menghadapi penyelewengan dengan perkara yang sama juga, tetapi dengan cara kembali keseluruhannya keatas apa yang disyariatkan Allah dan Rasulnya.
Berkata Imam Ibn Qayyim :
"Hadith2 mengenai penggunaan celak pada hari 'Asyura', mencantikkan diri, membelanja keluarga, bersolat, dan lain2 yang mempunyai fadhilat, Tidak sahih apa2 mengenainya, dan tidak satu hadith pun, dan tidak datang dari Nabi saw apa-apa darinya, selain dari hadith2 puasanya, dan menganggapnya batil"

dan misalnya : Barangsiapa yang melapangkan (berbelanja) keatas keluarganya pada hari 'Asyura', Allah swt akan melapangkannya sepanjang tahun", maka berkata Imam Ahmad : Hadith ini tidak sah.

Mengenai hadith memakai celak, berhias dan berwangi-wangian : maka ia adalah dari pembikinan pendusta, dan orang2 yang lain mengambilnya dijadikan hari tersebut sebagai hari penderitaan dan dukacita, kedua2 golongan ini merupakan ahli bid'ah dan mereka terkeluar dari al-sunnah.

Ahli al-sunnah melakukan apa yang telah diperintahkan oleh Nabi saw dengan berpuasa, dan mengelak dari Syaitan yang mengarahkan kepada bid'ah. (al-Manar al Munif didalam Sahih da Dha'if, Dar al-Qalam, Beirut, ditahqiq oleh Abu Ghuddah, ms 111-113).

Syiekh al-Islam Ibn Taimiyah telah ditanya : berkenaan dengan amalan manusia di Hari 'Asyura' mengenai celak, mandi, bersolek, bersalaman (berjabat tangan), memasak biji-bijian, menunjukkan kegembiraan, dan yang lain2 dari syara', apakah ia datang dari Nabi saw dengan hadith yang sahih atau tidak? Jika tidak datang dari hadith yang sahih apa2 mengenainya, apakah mereka melakukannya merupakan bid'ah atau tidak? Begitu juga yang dilakukan oleh kumpulan yang lain seperti menyakiti diri, bersedih dan berhaus-hausan, mengoyak2kan baju, Apakah perkara begitu ada asalnya atau Tidak?
Beliau menjawab : Segala pujian bagi Allah yang memerintah sekelian alam, tidak datang apa2 dari hadith Nabi saw , dan tidak juga datang dari para sahabatnya, dan tidak disunatkan dari Imam2 Islam yang empat, dan tidak selain darinya, dan tidak ada didalam riwayat oleh pencatat2 kitab rujukan sesuatu mengenai hal sedemikian, tidak dari Nabi saw, tidak dari sahabat, tidak dari tabiin, tidak dari buku Shahih, tidak dari Sunan, tidak dari masanid, tidak diketahui apa2 mengenai hadith2 ini dari abad2 yang penting.

Akan tetapi yang ada ialah hadith yang diriwayatkan kepada sesiapa pada hari 'Asyura' memakai celak maka dia tidak merasa pedih mata sepanjang tahun, dan barangsiapa yang mandi pada hari 'Asyura' tidak akan sakit sepanjang tahun", dan contoh2 yang serupa dengannya.

Mereka meriwayatkan kelebihan (Fadhaa'il) menunaikan solat di hari 'Asyura', dan mereka meriwayatkan pada Hai 'Asyura' Adam bertaubat, berlabuhnya kapal di Bukit Judi, Yusuf kembali kepada Ya'kub, Ibrahim terselamat dari Api, Penyembelihan Kibas (Nabi Ismail) dan sebagainya.

Diriwayatkan didalam hadith maudhu' (palsu) bahawa Nabi saw sesunguhnya :
"Barangsiapa yang melapangkan kaum keluarganya pada hari 'Asyura' maka Allah akan melapangkannya sepanjang tahun".

Semua riwayat mengenai Nabi saw (didalam hal ini) adalah dusta, akan tetapi diketahui akan riwayat Sufyan bin Uyainah dari Ibrahim bin Muhammad bin Muntasyir, dari ayahnya berkata :"Telah sampai kepadaku seseungguhnya barangsiapa yang melapangkan ahli keluarganya pada hari 'Asyura' maka Allah akan melapangkan sepanjang tahun" -[Majmu' Fatawa, Syiekh al-Islam Ibn Taimiyah, 25/229,300].

Syiekh al-Islam mengingatkan : bahawa al-Hussein ra ketika dibunuh secara zalim, beliau syahid dan dimuliakan Allah dengannya dan dipertemukan dengan ahli baitnya yang suci, dan dihina kepada mereka yang zalim dan menyerangnya, dan akan menyertai kumpulan orang2 yang jahat dikalangan manusia.

Ada kumplan yang menjadi Jahiliyyah yang zalim : atau atheist, munafik, dan kumpulan2 yang sesat melampau, yang mana ketaatnyanya kepada ahlu al-bait, mengambil hari 'Asyura' sebagai hari pemakaman, kesedihan dan meratap, menzahirkan syiar Jahiliyyah seperti menampar pipi, mengoyak2kan baju, meratap2 seperti kaum Jahiliyyah.

Bagi menghadapi kaum2 ini, mereka melawan keta'asuban kepada Hussein dan ahlu al-bait. Dan bagi mereka yang jahil yang menghadapi kemusnahan (fasad) dengan kefasadan, pembohongan dengan pembohongan, kejahatan dengan kejahatan, bid'ah dengan bid'ah, mereka memaparkan kebahgiaan dan kegembiraan didalam upacara di Hari 'Asyura', seperti bercelak, bersolek, melapangkan ahli keluarga, memasak masakan yang diluar kebiasaan, dsb, sebagaimana dilakukanpada hari Eid dan perayaan. Mereka menjadikan hari 'Asyura sebagaimana musim menyambut hari Raya dan perkahwinan, sementara golongan yang lain mengambil sebagai hari kematian berada dialam keadaan kesedihan dan sedih. Semua kumpulan2 ini salah dan terkeluar dari sunnah. [Majmu' fataawa 25/307-310].


==========
terjemahan oleh kamin (al-ahkam)

Petikan dari buku : Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi, . Fiqh al-Shiyaam : Taisir al-Fiqh fi Dau' al-Quran wa al-Sunnah. cet. ke 3. Beirut : Muassasah al-Risaalah, 2001. ms 142-

The cartoon that shook the world

Demo bantah hina Nabi Jumaat ini

Oleh Zulkifli Sulong

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri akan turun menyertai perhimpunan yang bakal bermula di Masjid Kampung Baru Kuala Lumpur itu.

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Hrkh) - PAS mengajak umat Islam, tanpa mengira fahaman politik, membantah penghinaan terhadap Nabi Muhamad SAW yang dimulakan oleh sebuah akhbar Denmark dengan berhimpun di perkarangan kedutaan itu di Wisma Denmark selepas sembahyang Jumaat ini.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri akan turun menyertai perhimpunan yang bakal bermula di Masjid Kampung Baru Kuala Lumpur sebaik sahaja selesai Solat Jumaat itu.

Demikian kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa kepada Harakahdaily hari ini.

"Marilah kita semua umat Islam, tanpa mengira fahaman politik dan kedudukan berkumpul bagi menyatakan bantahan terhadap penghinaan yang dibuat terhadap Junjungan Besar kita Nabi Muhamad SAW," kata Nasharudin dalam kenyataan itu.

Bantahan ini, kata Nasharudin, juga ditujukan kepada akhbar Sarawak Tribune yang turut menyiarkan karikatur yang menghina Rasulullah itu.

Akhbar Sarawak Tribune adalah akhbar pertama di negara ini yang menyiarkan semula sebahagian dari 12 karikatur yang mula disiarkan akhbar Denmark, Jyllands-Posten September lalu.

Ekoran itu, Editor bertugasnya telah meletakkan jawatan dan permohonan maaf telah disiarkan oleh akhbar itu keesokan harinya.

Selepas Jyllands-Posten, akhbar-akhbar di Eropah mula menyiarkan semula karikatur itu atas alasan kebebasan media.

Bantahan demi bantahan mula dibuat oleh umat Islam di seluruh dunia.

Di Afghanistan seorang pembantah mati apabila ditembak oleh pihak berkuasa. Bantahan paling hebat berlaku di Syria, Yaman dan Lebanon. Di Mesir dan Indonesia serta London, bantahan juga turut dilakukan.

Islam telah meletakkan tindakan melukis gambar Rasulullah SAW adalah haram apatah lagi bertujuan menghina sebagaimana yang dilakukan oleh akhbar Denmark itu.

Jemput datang semua...

Entry One

"Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata.Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepunuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya)."
Al Fath 1-3...

02.02.hamas.ap

Palestinian supporters of Hamas wave flags Thursday during a rally in a refugee camp in Khan Younis in southern Gaza.

02.01.hamas.ap

Ismail Hanieh, a leader of Hamas, salutes supporters Thursday outside his house at the al-Shati refugee camp in Gaza.


Saya tidak dapat menahan diri untuk membuat update ini bila mengetahui keputusan terkini pilihanraya di Palestin. HAMAS ( Harakah Muqawwamah Islamiyyah) diumumkan memenangi pilihanraya tersebut dengan mendapat 73 kerusi dari 132 kerusi yang dipertandingkan. Pergerakan Fatah( diasaskan oleh Mantan Presiden Yassir Arafat) yang diuar uarkan akan memenangi pilhanraya ini (dengan sokongan semua pihak baik di Amerika Syarikat mahupun oleh sekutunya yang lain) hanya mampu memenangi 43 kerusi sahaja.

capt.sge.afi51.220304114518.photo00.default-384x334

Kemenangan ini sudah tentunya tidak akan sekali kaloi menggembirakan kuffar kuffar di serata dunia seperti yang digambarkan melalui komen komen di bawah:


President George W. Bush
"I've made it very clear that the United States does not support political parties that want to destroy our ally Israel, and that people must renounce that part of their platform."

Condoleezza Rice, U.S. secretary of state
"You cannot have one foot in politics and the other in terror. Our position on Hamas has therefore not changed."

Benjamin Netanyahu, Israeli opposition leader
"Today, Hamastan was formed."

Saeb Erakat, chief Palestinian negotiator
"We say to Hamas today, we are your loyal opposition and we wish you luck. We have done our best."

acting Israeli Prime Minister Ehud Olmert
"I will not negotiate with a government that does not meet its most basic obligations to fight terrorism. We are prepared to assist the Palestinians and [Abbas] very much but they must meet their commitments,"

Moga moga mereka tidak akan membuat "blunder" seperti yang pernah mereka lakukan di Algeria dahulu. Dan Moga moga juga kemenangan ini turut disaksikan dengan gembiranya oleh dua ikon HAMAS yang telah menyerahkan jiwa dan raga mereka untuk Allah.. Sungguh janji Allah itu benar..

rhs_rantissi,0





Entry Two


"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);"
Al Mulk 2


Apa yang telah, sedang dan bakal berlaku selepas ini kepada kami semua tidak dapat tidak ianya merupakan sebahagian dari perencanaan dan pengetahuan Allah.

Yang pasti moga moga ianya tidak menjadi sebab untuk kami tiba tiba pula tidak mendapat rahmat Allah lantaran alpa dengan "kesenangan" atau pun tewas dengan "kesulitan" yang bakal datang selepas ini.

Kalau dulu saya dapat menahan diri untuk tidak merungut dan mengeluh, dengan apa yang berlaku, doakan juga semoga ianya berkekalan selepas ini. Tak selalunya apa yang bakal berlaku selepas ini adalah sesuatu yang saya, ummu muhammad, muhammad dan amiir husaini senang dengannya tapi sudah pasti ia tidak akan berlaku melainkan diselitkan hikmah, petunjuk, ganjaran dan kaffarah di seballiknya.

Mungkin kami tidak mampu untuk senantiasa berada di barisan depan bersama sama dengan orang orang yang hampir setiap fikiran dan daya usahanya senantiasa dihalakan untuk meninggikan kalimatuLLah banyak kali juga saya sendiri tersasar dan tercicir. Tapi dengan peluang (mungkin juga ujian lagi) yang terbentang di hadapan saya dan ummu muhammad harap harap ianya merupakan jalan yang paling sesuai bagi kami untuk hampir dengan rahmat, pemerhatian dan pertolongan Allah dalam setiap masa.

Abu al-Laith meriwayatkan dengan sanadnya daripada Abu Darda' r.a. bahawa dia mendengar Salman al-Farisi r.a. mahu membeli seorang hamba sebagai khadam, lantas beliau menulis surat kepada Salman. Di antara isinya:

"Wahai saudaraku, saya pernah menyaksikan ketika Nabi s.a.w. didatangi seseorang yang mengeluh kerana berasa keras hatinya, maka sabda Nabi s.a.w.: 'Adakah kamu mahu supaya hatimu menjadi lembut dan diperkenankan hajatmu?' Jawabnya: 'Ya.' Sabda Nabi s.a.w.: 'Rahmatilah anak yatim dan usaplah kepalanya, dan berikanlah makanan kepadanya, nescaya akan lembut hatimu dan tercapai hajatmu.".


Dengan amalan fardhunya yang boleh dipersoalkan kualitinya apatah lagi amalan sunat, apa sangatlah amalan yang ada yang melayakkan saya berada di tempat yang hampir dengan orang orang yang dikasihi Allah.Sebab itulah dulu saya senantiasa menganggap apa yang berlaku kepada kami semua adalah kaffarah dan juga peningkatan darjat di sisi Allah.

Kalaulah apa yang telah saya lalui itu bertepatan dengan anggapan dan sangkaan saya(Sungguh Allah itu menepati sangkaan hambaNya) Doa saya biarlah ianya berkekalan melalui peluang yang bakal datang kelak. Moga moga jalan hidup saya dan kami semua selepas ini akan menjadi syarat yang melayakkan kami semua menggapai hajat dan cita cita kami iaitu berada hampir dengan Rasulullah SAW dan seterusnya mendapat syafaat Baginda SAW. Sudah tentulah apa yang bakal kami lalui selepas ini tidak senantiasa gembira dan menyenangkan tapi percayalah bahawa syurga Allah itu tidak "murah"!. Mudah mudahan Allah senantiasa bersama kami dalam perjalanan ini sehingga kami kembali menemuiNya kelak dalam keadaan kami diredhai dan kami meredhai..

Dari Sahl bin Saad r.a. dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: "Aku dan orang yang memelihara anak yatim adalah di dalam syurga seperti ini." Sambil Baginda menunjuk dengan kedua jarinya -jari telunjuk dan jari tengah (yang dirapatkannya).(1)
(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari)


Picture159_10Jan06


Jemput datang semua.. Doakan kerahmatan dan keberkatan untuk kami dan kita semua di sini dan juga DI SANA.....

LAPORAN KHAS ISU PENYERAGAMAN RANG UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM

Credit to: ABIM and Malaysiakini
Catatan: Kalau nak tahu apa isu sebenar di sebalik penyeragaman rang undang undang ni yang sampai Datuk Seri Shahrizat nak jumpa majlis raja raja Melayu atas alasan kononnya rang undang undang ini menindas wanita.. inilah dia....

LAPORAN KHAS ISU PENYERAGAMAN RANG UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH PERSEKUTUAN) (PINDAAN) 2005
MUQADDIMAH

Perdebatan isu pembentangan Rang Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan)(Pindaan) 2005 di Parlimen mengundang polemik hangat berikutan bantahan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen serta Senator Wanita di Dewan Parlimen termasuk NGO wanita yang dikenali sebagai Gabungan Kumpulan Bertindak Wanita (JAG) terhadap beberapa peruntukan baru di dalam undang-undang tersebut yang dikatakan tidak adil terhadap wanita. Perdebatan berlanjutan sehingga ke luar dewan dan pelbagai pihak telah tampil dengan pandangan serta pendirian masing-masing berhubung dengan isu tersebut.

PENDIRIAN SERTA PANDANGAN KEMENTERIAN YANG TERLIBAT

1. KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT DATUK SERI SHARIZAT JALIL

Di dalam kenyataan medianya, Datuk Seri Shahrizat Jalil berkata rang undang-undang tersebut akan diperhalusi sernula untuk memberi keadilan kepada lelaki, wanita, kanak-kanak dan keluarga.

Kementerian ini telah memberi pandangan bahawa selepas usaha penveragaman Rang Undang-undang keluarga Islam ini selesai, JAKIM perlu memperbaiki model (undang-undang Keluarga Islam supaya tidak berlaku penindasan dan diskriminasi terhadap wanita.

Pindaan hanya akan dilakukan selepas undang-undang mengenai keluarga Islam dan perkara yang bersangkutan dengan perundangan hal ehwal Islam diseragamkan di antara negeri/-negeri.

Masanya sudah tiba untuk melihat semula undang-undang syariah secara lebih menyeluruh untuk masa depan. Apa yang penting sekarang ini ialah perlaksanaannya kerana ia mesti mengikut semangat sebenar-benarnya dalam syaiah. “- UTUSAN MALAYSIA 23 DISEMBER 2005.

2. MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DATUK DR. ABDULLAH MD. ZIN

“Orang ramai perlu memahami tafsiran tertentu Rang Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan,) (Pindaan) 2005 yang akan dllaksanakan, bagi mengelakkan daripada dikatakan mendiskriminasikan kaum wanita. “-UTLISAN MALAYASIA 23 DISEMBER 2005

3. PERDANA MENTERI MALAYSIA — DATUK SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI

“Sections of the controversial Islamic Family Law bill which the Cabinet has acknowledged as being unfair to Muslim women will be amended. PM said the cabinet had decided that amendments to the Islamic Family Law (Federal Territories) (Amendment) Bill 2005 could still be made to rectify any shortcomings.” THE STAR, 23rd DECEMBER, 2005

EVOLUSI PROSES PENYERAGAMAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM DI MALAYSIA

Sejak sedekad yang lalu, pelbagal polimek timbul akibat ketidakseragaman undang-undang Islam di Malaysia menyebabkan plhak-pihak yang terlibat tampil memberikan pandangan bahawa sudah tiba masanya sebuah undang-undang Islam yang seragam dilaksanakan di Malaysia bagi membendung isu-Isu diskriminasi dan ketidakadilan yang berlaku khususnya terhadap wanita dan kanak-kanak. Susulan daripada cadangan tersebut, maka Majlis Raja-Raja telah bersidang dan bersetuju dengan penyeragaman undang-undang keluarga Islam untuk dijadikan sebuah akta/enakmen yang seragam di seluruh Negara.

Negeri-negeri yang telah menerima serta melaksanakan undang-undang seragam tersebut adalah Kelantan (negeri yang pertama membuat pindaan),Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Melaka, Johor, Sabah, Sarawak dan yang terkini adalah Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya). Manakala negeri-negeri lain laitu Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Terengganu masih belum menerima undang-undang seragam tersebut.

Rang Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan (Pindaan) 2005 tersebut perlu diluluskan di peringkat Sidang Dewan Negara untuk diseragamkan sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh negeri-negeri lain di seluruh negara.

Setakat ini Undang-undang seragam tersebut telah berjalan dengan baik dan lancar di semua negeri yang telah menerima pakai undang-undang tersebut tanpa sebarang masalah.Sebarang pindaan terhadap undang-undang tersebut juga hanya boleh dilakukan selepas undang-undang tersebut diterima dan diseragamkan di antara negerl-negeri,

POLEMIK ISU YANG TERLIBAT

Terdapat sekurang-kurangnya 5 Isu kontroversi di dalam Rang undang-undang tersebut sebagaimana yang dikemukakan oleh pihak-pihak yang tidak berpuashati dengan undang-undang tersebut:

1. Isu hak suami untuk menuntut bahagian harta isteri yang sedia ada apabila suami tersebut berpoligami.

(The right of husband to claim a share of his existing wife’s property,’ upon his committing polygamy- Husbands have en equal right W a wife’s property, likewise she has a claim to joint property acquired during their marriage.

2. Bahawa undang-undang tersebut menggalakkan dan memudahkan proses poligami untuk kaum lelaki.

(Making polygamy easier for ~man- while a husband may be able to prove that his proposed marriage Is necessary, he does not have to prove it to be just).

3. Isteri harus memilih samada untuk menuntut nafkah atau pembahagian harta sepencarian apabila suami berpoligami.

(Forcing a wife to choose either maintenance OR div/c/on of join property upon a husband’s polygamous marriage- syariah law makes it mandatory for husbands to provide maintenance for a wife throughout their marriage. Islamic law entitles her to both)

4. Hak suami untuk memfasakhkan pernikahan —(‘Enhancing the husband’s night to divorce- This gives an additional right to divorce for the husband, which used to be the prerogative of the wife, tie may escape paying any form of compensation.)

5. Membolehkan suami mendapatkan perintah Mahkamah bagi menghalang Isteri daripada melupuskan hartanya. (Allowing a husband to get a court older to stop his wife from disposing of her property- The husband has no rights over his wife’s property since she is not obliged to provide maintenance for him or their children. That is his responsibility.)

PERUNTUKAN SEKSYEN DI DALAM UNDANG-UNDANG TERSEBUT YANG BERKAITAN:

1. SEKSYEN 23- POLIGAMI
2. SEKSYEN 53- FASAKH
3. SEKSYEN 108- PERINTAH TEGAHAN MELUPUSKAN HARTA SEPENCARIAN

KOMEN/PANDANGAN UMUM BERKAITAN ISU KONTROVERSI TERSEBUT

Pada dasarnya, undang-undang tersebut telah dibahaskan tanpa panduan hukum syara’ malah ianya hanyalah perbahasan “lay man” dan pastinya tafsiran dan pemahamannya adalab terhad. Berbeza sekall pemahaman serta perspektif pengamal undang-undang dan hasrat penggubal undang-undang sendiri yang pandangannya nyata lebih komprehensif dan bermakna.

Secara umumnya, agak mustahil untuk mempunyai sebuah undang-undang Islam yang cacat apatah lagi sebuah undang-undang Islam yang dikatakan tidak memberikan keadilan dan mendiskriminasi kaum wanita dan kanak-kanak. Maish tidak waras juga untuk meluluskan sebuah undang-undang Islam yang kemudiannya diwartakan untuk diseragamkan dl seluruh Negara sekiranya terdapat lacuna di dalarn undang-undang tersebut,

Namun demikian, kita akur dengan kelemahan dan ketidaksempurnaan manusia dan dari segi undang-undang, kepincangan proses penguatkuasaan undang-undang Itu sendiri. Jalan penyelesaianya bukanlah dengan menghentam undang-undang tersebutnya sebaliknya memberikan pendekatan secara proaktif termasuk memberi ruang yang luas untuk proses memahamkan undang-undang tersebut kepada masyarakat.

PENJELASAN BERKAITAN ISU-ISU YANG BERKAITAN

1. Penjelasan berkaitan dengan isu harta sepencarian

Definisi harta sepencarian menjadi polemic memandangkan penafsiran terhadap permilikan harta semasa tempoh perkahwinan memberikan hak yang sama kepada kedua-dua pihak untuk membuat tuntutan. Harta Sepencarian adalah tergolong dalam syarikah al-milk (mulk) kerana harta tersebut merupakan percampuran harta yang telah diusahakan bersama oleh kedua-dua suami Isteri,

Kadar pembahagiannya pula hendaklah dibuat berdasarkan sumbangan masing-masing
yang boleh ditentukan berdasarkan sumbangan masing-masing yang boleh ditentukan berdasarkan persetujuan bersama atau pembuktian.

Syarikah al-milk tidak memerlukan sebarang akad. Ciri tersebut wujud pada harta sepencarian kerana tidak pernah wujud dalam perkahwinan suatu aqad antara suami isteri untuk mencampurkan harta mereka dan membahagl keuntungan daripada harta tersebut kerana aqad perkahwinan tidak menjangkau sehlngga mengharuskan pemilikan dan penguasaan ke atas harta pasangan yang dikahwini. Apa yang jelas berlaku ialah kedua-dua isuami isteri bekerjasama untuk menambah harta demi kesenangan hidup bersama.

Sumbangan isteri terhadap harta yang diperolehi dibuat atas dasar kasih sayang, kerjasama dan kerelaan meskipun ia bukan sebahagian daripada kewajipan isteri tersebut.

Perkembangan undang-undang telah menempatkan harta sepencarian dalam peruntukan bertulis dan mengiktlraf sumbnagan plhak-pihak dalam memperolehi hak masing-masing terhadap harta sepencarian dengan memberikan kuasa kepada Mahkamah untuk mengambil perhatian terhadap tiga elemen utama iaitu harta yang diperolehi bersama oleh suaml isteri, harta yang diperolehi semasa perkahwinan sedang berkuatkuasa dan pembahagian harta mengikut syarat tertentu mengikut hukum syara’.(termsuk usaha tunggal pihak-pihak dan sokongan / dorongan moral,sumbangan terhadap kebajlkan rumahtangga).

Islam memberl taraf tersendiri kepada wanita sebagai feme sole, yang bermakna wanita tersebut berhak memiliki harta di atas namanya sendiri. Dalam masyarakat sekarang, ramal isteri yang bekeria dan pendapatan mereka adalah hak mereka sendiri. Malah dalam isu poligami, suami sama sekali tldak boleh rnenuntut harta sepencarian yang diperolehi daripada pendapatan isteri.

2. Poligami

Isu yang ditimbulkan adalah alasan yang hanya perlu dikemukakan oleh suami apabila hendak berpoligami adalah bahawa perkahwlnan tersebut adalah patut atau perlu dan tidak perlu membuktlkan bahawa perkahwinan tersebut adalah patut dan perlu. Terdapat justiflkasl dan segi hukum syarak bagi isu tersebut khususnya berkaltan dengan konotasi patut atau perlu serta patut dan perlu memandangkan Ia melibatkan situasi yang berbeza dan memerlukan hikmah dalam mendalami isu patut atau perlu tersebut. Adalah tidak wajar meletakkan patut dan perlu dalam keadaan di mana isu utamanya adalah keadaan yang mellbatkan ada keperluan dharuri yang mendesak sedangkan poligami merupakan perkahwinan yang dibenarkan di sisi hukum syarak,

3. Isu samada isterl hanya boleh menuntut nafkah atau harta sepencarian apabila suami berpoligami

Isu ini telah melibatkan penfaslran yang salah dl dalam peruntukan tersebut sedangkan hakikatnya peruntukan seksyen tersebut dibuat untuk memastikan kaum wanita diberikan hak masing-masing sewajarnya dalam Isu poligami. Sewaktu perbicaraan poligami, Haklm akan meneliti setiap butiran terperinci termasuk jumlah pendapatan Pemohon, bilangan tanggungan dan orang yang akan ditanggung bagi memastikan Pemohon benar-benar berkemampuan dan adil terhadap isteri-isterinya.

Senario yang lazim berlaku di dalam kes permohonan poilgami adalah sepertl berikut:

i. Memeterai penjanjian persetujuan di antara suaml isteri berkaitan Isu nafkah dan pembahagian harta apablia suami mengemukakan permohonan poligaml.

ii. Tiada sebarang permohonan dikemukakan oleh mana-mana pihak untuk permohonan nafkah atau pembahagian harta sepencarian sewaktu permohonan poligami dikemukakan di Mahkamah menyebabkan Mahkamah hanya akan mengeluarkan perintah berdasarkan permohonan Pemohon.

Terdapat banyak pro dan kontra dl dalam peruntukan seksyen ini termasuk kemungkinan suami/isterl akan memindahmilik harta kepada orang lain sebelum ia dibahagikan serta ia dilihat sebagai seksyen yang sangat ketat bagi permohonan poligami. Malah Ia akan mengundang lebih banyak perkahwinan rahsia serta poligaml tanpa kebenaran memandangkan suami merasa terbeban dengan isu pembahaglan harta tersebut.

Namun dari segi kebaikannya pula, ía nyata memberikan hak kepada isteri untuk menuntut pembayaran nafkah yang sewajarnya serta pembahagian harta sepencarian apabila suamii berpoligami.

Frasa atau didalam seksyen 23 (10) tersebut juga telah mengundang salah tafsiran yang membawa Implikasi yang cukup besar sekiranya tidak ditafsirkan dengan jelas oleh penggubal undang-undang. Walaubagaimanapun dari sudut pengamal undang-undang, frasa atau di dalam seksyen tersebut boleh membawa maksud dan bergantung kepada penafsiran Mahkamah dan permohonan pihak-pihak.

4. Hak Suami untuk memohon fasakh di bawah seksyen 53.

Di dalam peruntukan undang-undang yang terdahulu sebelum pindaan, hak untuk memohon fasakh diberikan kepada isteri sepenuhnya. Namun selepas pindaan tersebut dibuat, hak untuk memohon fasakh telah diberikan juga kepada pihak suami.

Tidak timbul isu hak tambahan atau kuasa tambahan untuk menceraikan isterl diberikan kepada suami, sebaliknya ia adalah hak sedia ada untuk keadilan semua pihak dan kuasa mutlak berkaitan talaq masih di tangan suami.

Di bawah peruntukan Seksyen 53 tersebut telah digariskan keadaan-keadaan tertentu bagi membolehkan seorang suami mengemukakan permohonan fasakh tersebut. Rasional serta kewajaran permohonan untuk memfasakhkan perkahwlnan tersebut diberikan kepada suami adalah bergantung kepada keadaan-keadaan yang telah diperuntukkan di bawah seksyen tersebut.

5. Hak suami untuk mendapatkan perintah Mahkamah untuk menghalang isteri daripada melupuskan hartanya.

Isu perintah tegahan melupuskan harta sepencarian ini sebenarnya merungkai kembali isu salah faham terhadap definisi harta sepencarian. Mahkamah atas permohonan manamana pihak boleh mengeluarkan peintah tegahan/injunksi menahan suami/isterl daripada melupuskan apa-apa harta yang diperoleh semasa perkahwinan tidak termasuk harta persendirian isteri. Perintah ini terikat dengan prosiding induk dl dalam prosiding hal ehwal suami isteri masih belum selesai di Mahkamah serta prosiding di bawah Seksyen 122 (Harta sepencarian),

Berikut adalah antara cadangan daripada ABIM:

1. Mewar-warkan bahawa isu ini memerlukan pemahaman dan penafsiran undang-undang yang mendalam. Perbahasan dan diskusi serta pandangan yang dilontarkan harus berpaksikan kepada hukum syarak dan bukannya pandangan sembrono. Perlu diingat, undang-undang yang sedang dibahaskan adalah undang-undang Islam, hukum syara’ dan Divine Law yang memerlukan individu-individu yang berkelayakan sahaja untuk membicarakan undang-undang tersebut.

2. Bahawa proses penyeragaman undang-undang Islam di seluruh Negara telah diputuskan dlpersetujui di dalam Majlis Persidangan Raja-Raja Melayu untuk memartabatkan undang-undang Islam. Ia adalah rentetan daripada cadangan penyeragaman undang-undang Islam di seluruh Negara demi keadilan sejagat.

3. Memahamkan masyarakat tentang proses undang-undang yang berlaku adalah mengikut kelaziman undang-undang yang sah untuk diluluskan. Sebarang pindaan hanya boleh dibuat selepas undang-undang tersebut diluluskan.

4. Menganjurkan persidangan meja Bulat/Diskusi memahami undang-undang tersebut dengan menjadikan Majlis Komuniti Syariah sebagai teraju utama dalam memahamkan masyarakat berkaitan isu-tersebut.

5. Menganjurkan kepentlngan serta kepertuan legal literacy di kalangan masyarakat.

Disediakan oleh:

FADHLINA SIDEK
BIRO UNDANG-UNDANG ABIM

SUAMI DAN KELUARGA, SEPERTI IMAM DENGAN MAKMUMNYA

- Credit to abu saif..
psst..abg guru..nanti jemput ek minggu depan... Bagi yang belum pernah membaca artikel ini.. selamat membaca

SUAMI DAN KELUARGA, SEPERTI IMAM DENGAN MAKMUMNYA

Firman Allah SWT di dalam al-Quran, Surah al-Furqan ayat 74:

"Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh dari isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai Imam bagi orang-orang yang bertaqwa"

Ayat di atas merupakan siri sifat mulia yang Allah SWT senaraikan di dalam surah al-Furqan sebagai sifat "Ibaad ar-Rahmaan" atau "hamba-hamba bagi Tuhan yang Pengasih". Ia meliputi sifat-sifat mukmin secara individu, mukmin sebagai da'ie, mukmin yang mentaati Allah sesempurnanya dan mukmin yang mencegah dirinya dari sifat-sifat keji dan perlakuan jenayah yang mencela Tuhan lagi mendatangkan mudarat kepada sesama manusia.

Namun, salah satu daripada sifat keutamaan hamba-hamba Allah ini, adalah sifat dan peranannya sebagai pemimpin kepada keluarga. Bukan sahaja beliau berusaha gigih membentuk diri sebagai seorang mukmin yang sejati, beliau juga tidak lupa untuk membawa keluarganya ke gerbang kejayaan yang hakiki. Ini adalah sifat sebenar bagi orang yang berjaya, kerana mereka yang berjaya bukanlah dari golongan yang berjaya sendirian. Orang yang benar-benar berjaya adalah mereka yang membawa orang lain untuk berjaya bersama-sama dengannya. Dan sudah tentulah orang lain yang paling utama untuk dibawa bersama ke mercu kejayaan adalah isteri dan anak-anak.

Walau bagaimana pun, doa seorang mukmin yang bertanggungjawab terhadap isteri dan anak-anaknya ini, mestilah diteliti dengan cermat kerana terdapat banyak sentuhan halus al-Quran yang wajar dijadikan bahan penitipan tarbiah.

Mungkin bagi seorang suami dan bapa yang 'biasa', doanya bersahaja. Dia akan memohon kepada Allah SWT supaya menjadikan isteri dan anak-anaknya sebagai orang-orang yang bertaqwa. Mungkin beliau akan berkata "Ya Allah, jadikanlah diriku, isteri dan anak-anakku sebagai orang yang bertaqwa".

Namun kehalusan al-Quran (Lathaa'if Qur'aaniyyah) mengolah doa seorang suami dan bapa yang bersifat dengan sifat Ibaad ar-Rahmaan dengan cara yang lebih teliti. Renungi kembali ayat al-Quran tersebut:

"Serta jadikanlah kami sebagai Imam bagi orang-orang yang bertaqwa"

Doa tersebut menggunakan konsep Imam dan Makmum di dalam pengendalian peranan suami dan bapa. Ia lebih kukuh kepada mendatangkan makna seorang mukmin yang sejati kerana doa ini adalah doa yang di dalamnya ada amali. Ia bukan doa yang miskin usaha, sebaliknya doa yang disertai dengan pengorbanan, kesusahan dan ikhtiar. Mana mungkin begitu mudah kita memohon agar Allah mengurniakan 'penyejuk mata' melalui isteri dan anak-anak tanpa terlebih dahulu kita berikhtiar, sebagai memenuhi Sunnatullah yang memberi kepada yang berusaha?


KEPIMPINAN MELALUI TELADAN


"Jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertaqwa". Sebelum seorang mukmin memohon agar Allah menjadikan isteri dan anaknya sebagai orang yang bertaqwa, beliau memohon agar dirinya menjadi imam kepada golongan muttaqin ini. Ertinya, jika dia mahu isteri dan anaknya bertaqwa kepada Allah, maka dialah yang terlebih dahulu menjadi orang yang paling bertaqwa, sebagaimana imam yang memiliki kelebihan yang lebih daripada makmum. Maksudnya, doa ini mengajar kepada kita supaya membentuk diri agar menjadi seorang yang bertaqwa, lantas dari situlah nantinya, Allah melapangkan dada isteri dan anak-anaknya untuk menyusuri jalan Taqwa yang sama. Sesungguhnya di sinilah letaknya soal kepimpinan melalui teladan, mengajar melalui tingkah laku dan bukan hanya dengan konsep carrot and stick sebagai metodologi mudah amalan kebanyakan kita. Walk your talk, itulah kunci kejayaan di dalam memimpin sebuah rumahtangga yang bertaqwa.

SIFAT BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP JEMAAHNYA

Di antara aspek yang boleh ditonjolkan melalui konsep Imam dan Makmum ini adalah rasa tanggungjawab yang ada pada diri seorang imam terhadap makmum yang mengikutnya. Imam mengambil 100% tanggungjawab memimpin jemaahnya agar dapat menunaikan solat dengan betul mengikut kaifiyat serta berdisiplin di dalam perlakuannya. Imam perlu membetulkan saf makmum, membaca ayat-ayat al-Quran yang mendidik jemaahnya, serta menampung kekurangan makmum di dalam pembacaan al-Fatihah dan lain-lain.

Begitulah konsep yang sama di dalam sebuah keluarga. Seorang suami dan bapa hendaklah mengamalkan sikap bertanggungjawab terhadap segala keadaan isteri dan anaknya. Beliau mendisiplinkan mereka, manakala salah laku dan kecacatan yang ada pada isteri dan anak hendaklah dipulangkan kepada diri suami dan bapa. Renungi sejauh mana kita telah melaksanakan tugas tersebut dan apakah dosa peribadi yang telah kita lakukan sehingga kesannya tertimpa kepada isteri dan anak-anak.

Masyhur sekali kisah seorang anak yang gemar mencuri pensel kawan-kawannya di sekolah kerana ayahnya sendiri sering membawa pulang pen pejabat ke rumah untuk kegunaan peribadi. Anak berdosa, isteri ingkar, jangan segera menyalahkan mereka tetapi muhasabahlah diri kerana itu etika seorang imam terhadap makmumnya.

BERHUBUNG DAN TIDAK MUFARAQAH

Salah satu elemen yang penting di dalam pembentukan sebuah institusi imam dan makmum dan hubungan yang wujud di antara mereka.

Imam mestilah sentiasa berhubung dengan makmum. Ia berlaku melalui suara pembacaannya yang cukup jelas untuk diamati serta perbuatannya yang dapat dilihat oleh makmum untuk diikuti. Tidak mungkin dan tidak harus bagi seorang imam untuk berada di tempat yang tidak dapat diikuti oleh makmumnya. Dia harus sentiasa mengekalkan hubungannya dengan makmum. Terus berhubung, kerana melalui perhubungan itulah peranan imam terlaksana.

Hal ini mengingatkan kita kepada suatu sajak di dalam buku Chicken Soup for the Teenage Soul on Love & Friendship (Chicken Soup for the Teenage Soul) oleh Jack Canfield, Mark Victor Hansen dan Kimberly Kirberger

"If I had My Child to Raise Over Again"
By Diane Lemons
(From Chicken Soup for the Soul)

If I had my child to raise all over again :
I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd finger-paint more, and point the finger less.
I would do less correcting and more connecting.
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.

I would care to know less and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious and seriously play.
I would run through more fields & gaze at more stars.


Ayat "I would do less correcting and more connecting" mestilah direnungi secara serius oleh setiap bapa dan suami. Selalu benar seorang suami itu cenderung kepada correcting terhadap kesalahan isterinya sedangkan hak isteri untuk 'dihubungi' oleh suaminya tidak dipenuhi. Kita bersama tetapi terpisah, kita dekat tetapi jauh, kita sebumbung tetapi seorang di suatu lembah manakala seorang lagi di lembah yang lain. Sukar sekali di dalam masyarakat Melayu kita yang less expressive untuk membuka hati dan mulutnya, membina hubungan dengan isteri yang mahu didengari dan 'dihubungi'. Budaya 'man-to-man', 'heart-to-heart' dan lain-lain bentuk komunikasi amat asing dari masyarakat kita kerana kita cenderung memendam, berdendam dan akhirnya amuk dan binasa.

Lebih parah adalah sikap bapa yang tidak berhubung dengan anak-anak. Kita mengambil falsafah burung membesarkan anak-anak kita yang manusia. Kita bina sarang di dahan yang tinggi untuk keselamatan, kita keluar awal pagi untuk mencari rezeki dan kemudian pulang ke rumah dengan rezeki untuk disuap ke mulut anak-anak yang menjerit-menjerit seperti anak burung itu tadi.

Namun, perlulah diinsafi bahawa anak-anak kita menjerit bukan semata-mata kerana perut yang lapar dan fizikal yang berhajat, namun jiwa mereka turut kelaparan. Mereka mahu 'dihubungi'. Mereka mahu didengari, mereka mahu rasa 'dekat' dengan bapa mereka. Lihat sahaja perilaku Rasulullah SAW yang membelai rambut anak cucunya, mencium mereka, berhenti berceramah untuk memeluk Hasan serta Husain, sujud lama kerana membiarkan Husain yang sedang menunggang Baginda dan pelbagai contoh Baginda membina body contact. Daripada Anas RA, Rasulullah SAW juga diberitakan memberi salam kepada kanak-kanak. Baginda juga tidak meminggirkan kanak-kanak dari gurau senda dan perbualan seharian Baginda SAW.

Dari Sahl bin Saad as-Saa'idi RA, bahawa Rasulullah SAW pernah suatu ketika dihindangkan dengan minuman. Di kanan Baginda terdapat seorang kanak-kanak, manakala di sebelah kiri adalah orang-orang dewasa. Selepas meminum sebahagian minuman tersebut, Baginda SAW bertanya kepada budak itu: "adakah kamu izinkan aku memberikan air ini kepada mereka (orang-orang dewasa)?" Lalu budak itu menjawab: Tidak, demi Allah aku tidak akan lepaskan bahagianku darimu kepada sesiapa pun!

MEMBETUL DAN DIBETULKAN

Isteri dan anak adalah amanah yang mesti dipelihara dengan baik. Kesilapan dan kekurangan mereka hendaklah dipantau. Hubungan yang kukuh di antara imam dan makmum, membolehkan proses membetulkan itu dilakukan dengan baik oleh imam. Begitulah perihalnya dengan bapa atau suami dengan isteri dan anaknya. Mulakan kewajipan membetul itu dengan membina hubungan terlebih dahulu. Sebagaimana jemaah menolak untuk dipimpin oleh imam yang dibenci, begitu jugalah isteri dan anak akan menolak nasihat dari seorang lelaki 'asing' bernama suami dan ayah.

Namun, di dalam melaksanakan kewajipan itu, imam juga bersedia untuk dibetulkan. Jika sedang menjalankan tugasnya sebagai imam di dalam solat, ada kesilapan yang berlaku, makmum berhak bahkan dituntut untuk membetulkan imam.

Demikianlah keadaan bagi sebuah rumahtangga yang bertaqwa. Seorang suami atau ayah yang sedang melaksanakan tugasnya sebagai imam, pasti sesekali akan melakukan kesilapan yang lazimnya berpunca dari alpa dan leka. Maka isteri dan anak-anak hendaklah mengambil peranan membetulkan kesilapan itu dengan cara-cara yang sopan dan mulia. Dalam masa yang sama, ketua keluarga tersebut hendaklah pula berlapang dada menerima teguran kerana matlamat dan tujuan rumahtangga itu adalah keredhaan Allah. Fokus rumah tangga itu adalah menyempurnakan apa yang Allah suruh dan apa yang Allah larang. Ketika sedang menuju Allah, kita bahu membahu menyusuri jalan yang panjang itu.

TIDAK MELEBIHI HAD LAJU

Seorang imam yang bertimbang rasa akan sentiasa peka dengan keupayaan dan keadaan makmumnya. Makmum yang tua akan dirai dengan tidak terlalu memanjangkan bacaan. Makmum yang muda terhibur dengan bacaan yang jelas lagi bertenaga. Janganlah pula imam itu terlalu laju sehingga membiarkan jemaahnya tunggang langgang. Atau seronok sendiri sehingga makmumnya tercicir.

Begitulah keadaannya ketika sebuah rumah tangga yang dipimpin oleh seorang hamba kepada Tuhan yang Pengasih. Ketika dia dalam perjalanan menuju Allah, janganlah sekali-kali isteri dan anak-anak itu ditinggalkan.

Andaiannya, selepas kita berhenti rehat semasa di lebuhraya, lantas tiba-tiba menyedari yang anak kita tertinggal di kawasan rehat, 40km di belakang, bayangkan perasaan kita semasa itu. Bayangkan betapa cemasnya kita mencari u-turn atau simpang untuk berpatah balik menyelamatkan anak yang sudah tentu sedang menangis teresak-esak di celah kekecohan orang ramai.

Namun, apakah perasaan kita sama semasa kita meninggalkan anak dan isteri di dalam perjalanan kita menuju Allah. Kita sibuk dengan kerja-kerja kebajikan serta pertempuran mencari rezeki menampung kehidupan, tidakkah ramai di kalangan kita yang membiarkan anak kita keciciran dan sedar-sedar kita sudah tiada u-turn untuk kembali menyelamatkannya.

Janganlah terlalu deras menurut desakan keperluan hidup sehingga kita tercicirkan isteri dan anak yang kebingungan itu. Jangan sekali-kali...

ERTI DOA YANG SEBENAR


Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh dari isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai Imam bagi orang-orang yang bertaqwa"


Sesungguhnya doa ini amat besar maknanya. Ketika menadah tangan memohon hidayah dari Allah, mohonlah dengan sedar supaya Allah menjadikan kita terlebih dahulu sebagai insan paling bertaqwa, kerana yang paling bertaqwa itulah sahaja yang layak menjadi imam bagi makmum yang bertaqwa.

"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah dari manusia dan batu. Di atasnya ada malaikat yang amat keras dan mengerikan. Mereka tidak sekali-kali membantah apa sahaja yang Allah perintahkan, bahkan mereka terus melaksanakan apa yang diperintah (oleh Allah)" [At-Tahrim 66 : 6]

Gang 10

Sepatutnya.. saya ada benda lain yang boleh diletakkan di sini hari ini... tapi bila membaca beberapa petikan kata kata dan perlakuan yang agak "kasar serta biadap" saya utamakan untuk letakkan yang ini dahulu.

Terima Kasih to Roslan SMS yang telah mengumpulkan hampir kesemua kata kata yang keluar dari "orang tak gosok gigi"

ISU: Skuad Sukarelawan MAIWP

Objektif Penubuhan:

a. mengadakan kempen dan kegiatan bagi mengelakkan remaja terbabit dengan gejala sosial seperti dadah serta membantu mangsa bencana alam.
b.lebih menjurus kepada usaha memerangi masalah sosial di kalangan masyarakat dan bukannya sebagai pasukan pengintip.
c. lebih terlibat dalam program-program `dakwah' dengan cara turun padang bagi mendekati kutu rayau, penagih dadah, kaki lepak dan pekerja seks secara bersemuka.
d.tidak terhad kepada penganjuran program dakwah semata-mata, kerana ia turut membantu mereka yang dilanda musibah seperti banjir, kebakaran dan tanah runtuh.
-Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Che Mat Che Ali

SEPATAH PUN TIDAK ADA PERKATAAN MENGINTIP - KALAU DI TEMPAT AWAM ITU BUKAN MENGINTIP NAMANYA

Respon Diterima:

a. - Dato Seri Nazri Aziz Petikan dari NST
Before doing anything consult the government first. Dont act smart.

JAWI does not have trained people. They cant simply pick any Tom, Dick or Harry, give them a jacket and tell them to do this and that. What system is that?

Sebelum melakukan sesuatu (JAWI) perlu berunding dengan kerajaan. Jangan memandai-mandai.

JAWI tidak memiliki kakitangan yang terlatih. Mereka tidak boleh sewenang-wenangnya melantik sesiapa yang mereka suka, beri sehelai jaket dan mengarahkan orang tersebut melakukan ini dan itu. Apa jenis perauran ni?


b.Presiden Majlis Peguam Yeo Yang Poh
You want to ask people to snoop around? What kind of culture is this?
(Anda mahu beri kuasa kepada mereka untuk mengintip? Budaya jenis apakah ini?)


c. Presiden NGO Wanita Woman Aid Organaisation Ivy Josiah
The act of spying and snooping can themselves be considered indecent. This is encouraging voyeurism and is violation of ones human rights. How you dress and how you behave is your personal right.
(Kerja-kerja mengintip itu sendiri boleh dikira tidak senonoh. Ianya menggalakkan perlakuan tidak senonoh dan menggugat hak asasi individu. Cara berpakaian dan perlakuan seseorang adalah hak masing-masing)


d.Menteri di JPM Dato Radzi Sheikh Ahmad
Cabinet ministers were incredulous that such a squad was being formed right under their noses in Putrajaya.
(Para Menteri Kabinet tidak percaya bagaimana skuad ini boleh ditubuhkan di bawah batang hidung mereka di Putrajaya)

This involves invading peoples privacy. Although JAWI said the group can assist in disaster or provide other assistance, its a lame excuse. Its unnecessary because eventually there will be people snooping around.

Ini melibatkan gangguan terhadap hak asasi manusia. Walaupun JAWI mengatakan yang skuad tersebut akan membantu dalam mangsa bencana alam dan menyampaikan bantuan, ianya satu alasan yang lemah. Ianya tidak wajar kerana akhirnya nanti mereka ini akan digunakan juga untuk kerja-kerja mengintip.)



e. Dato Seri Dr Fong Chan Onn
Cabinet members strongly feel that existing laws are more than sufficient to deal with members of the public committing indecent acts in public

(Para menteri kabinet secara tegas berpandangan bahawa undang-undang yang sedia ada sudah mencukupi bagi menangani kes-kes yang melibatkan perlakuan tidak senonoh di khalayak ramai)

Ke Makam Bonda

Salam...

Mungkin ada yang berkeinginan nak menziarahi Ummu Amiir tapi disebabkan ada halangan dan mungkin juga tidak ada kesempatan... kat sini anda semua di ajak untuk sama sama menziarahi beliau. Tak dapat ziarah "kediaman" beliau pun betul betul pun takpelah janji ingatan dan doa semoga ummu amiir sentiasa dirahmati tu tak putus bila teringat kat Ummu Amiir... saya pasti beliau lebih menghargai "kiriman" berbentuk sedemikian dari anda semua.

Terima Kasih atas ingatan dan doa dari semua selama ini. Moga moga ianya terus berkekalan dan semoga anda juga akan dibalas dengan balasan yang sama atau lebih baik bila tiba masanya nanti...

Set63_01


Set54_03


Set65_01

Set66_03

Set73_01

Set66_01

Picture127_09Jan06

Picture128_09Jan06

Picture129_09Jan06

Picture130_09Jan06

Picture131_09Jan06

Picture134_09Jan06

Nama anda apa?

Rahsia di sebalik pangkal nama...
Oleh Fairuz Zaidan
Taken From Icon

BAYANGKAN dengan jumlah penduduk Malaysia kini yang menjangkau 26 juta orang, pastinya ada 1,001 jenis nama yang menjadi kebanggaan individu mahupun keturunan di dalam sesebuah keluarga.

Namun, di sebalik nama glamor atau pelik yang cuba didaftarkan dalam sijil kelahiran, tidak semua nama sebenarnya boleh diberikan kepada anak dengan sewenang-wenangnya.

Sebagai contoh nama yang tidak digalakkan didaftarkan dalam sijil kelahiran ialah seperti Bulat, Buang, Pungut atau juga Tumpang, di samping nama gelaran keturunan bagi yang layak saja.

i-Kon minggu ini cuba berkongsi informasi mengenai `rahsia’ keistimewaan gelaran di sebalik pangkal nama seseorang. Gelaran ‘mahal’ yang tidak dimiliki sebarangan orang ini begitu istimewa kerana ia diberikan sejak generasi ke generasi selain ada susur galurnya yang tersendiri.

Syed, Sharifah, Nik,Wan, Raja dan Tun adalah antara nama gelaran istimewa yang diberikan oleh jalur keturunan seseorang, di mana ia begitu dijaga supaya kemuliaan nama gelaran itu kekal terpelihara ke generasi akan datang.

Ada juga keluarga dalam kelompok ini yang sensitif untuk memilih di kalangan mereka saja bila membabitkan soal perhubungan, jodoh hinggalah ke gerbang perkahwinan, semata-mata untuk memelihara keturunan dan nama gelaran berkenaan. Cara sedemikian dilakukan bukan semata-mata `memilih bulu’, sebaliknya ditekankan kerana ingin memastikan zuriat keluarga mereka masih lagi memegang nama gelaran keluarga.

Walaupun berbau `agak perkauman’, masyarakat hari ini sedar dan bersikap terbuka dengan senario perkahwinan sesama gelaran sebagai kesinambungan kepada budaya dan susur galur keturunan.

Namun, di sebalik keistimewaan nama gelaran ini, ada juga masyarakat yang bertindak ‘menggugurkan’ atau dengan lebih tepat lagi menukar nama gelaran yang dimiliki dengan nama biasa.

Pegawai Perhubungan Awam Jainisah Mohd Noor, berkata Jabatan Pendaftaran tidak menghalang mana-mana individu yang berhasrat untuk menukar identiti seseorang sekiranya nama asal mereka mempunyai maksud yang kurang baik.

“Tetapi, tidak sewenangnya seseorang untuk menukar nama. Sebagai contoh mereka perlu mendapat pengesahan surat dari Jabatan Agama Islam atau mana-mana pertubuhan agama dianutinya sebagai bukti menyokong permohonan pertukaran nama berkenaan.

“Di samping itu, individu berkenaan juga perlu mengangkat sumpah yang mengesahkan tindakannya untuk menukar nama baru, sebelum kes berkenaan dirujuk ke Jabatan Pendaftaran untuk tindakan susulan,” katanya kepada i-Kon.

Beliau berkata, sebaik proses mengangkat sumpah selesai, individu terbabit sendiri perlu hadir untuk mengisi borang pindaan butiran membawa sekali butiran peribadi seperti kad pengenalan asal dan kelahiran. Katanya, sebaik segala proses pertukaran nama selesai barulah permohonan pertukaran nama disahkan oleh Jabatan Pendaftaran dalam tempoh tertentu.

Ditanya mengenai permohonan individu yang inginkan gelaran nama tertentu seperti Syed, Sharifah, Wan, Nik atau sebagainya, Jainisah berkata, gelaran nama keturunan itu tidak boleh diberikan sebarangan kecuali jika ia dapat dibuktikan menerusi susur galur keturunan dalam keluarganya.

“Sebagai contoh, Nik dan Wan. Nama ini tidak boleh didaftarkan individu yang tiada kena mengena dengan keturunan nama ini.

“Mengenai nama unik pula, kebanyakan permohonan nama sedemikian didaftarkan di Sabah dan Sarawak yang mempunyai banyak etnik kaum,” katanya yang menyatakan Jabatan Pendaftaran Negara tiada halangan bagi seseorang yang ingin mendaftarkan nama asalkan ia tiada maksud yang tidak baik.

Apa yang pasti, tidak kiralah pangkal nama individu itu kedengaran ‘pelik’ seperti Puteh, Khamis, Tumpang, Pungut mahupun Buang atau juga nama gelaran keturunan seperti Tunku, Tengku, Syed, Syarifah, Wan, Raja dan Nik kerana yang pasti keperibadian dan tingkah laku lebih mendapat perhatian.

Syed/Sharifah = Dosa/pahala berganda?

BENARKAH ini? Seorang rakan dari keturunan Syed, Sharifah berkata, keturunan Syed/Sharifah, kalau buat baik, pahala akan digandakan, begitu juga jika membuat dosa. Semuanya dikira double!

Mengapa? Entahlah, jawabnya tetapi kata rakan tadi, inilah yang diperturunkan kepadanya oleh keluarga. Adakah kerana mereka keturunan pewaris nabi, maka segala-galanya dikira `lebih’?

“Tidak. Tiada beza keturunan Syed, Sharifah dengan orang Islam yang lain. Dosa, pahala yang diterima sama saja seperti umat Islam yang lain walaupun mereka keturunan Rasulullah.

“Dalam hadis ada menyebut, Rasulullah pernah menyatakan kepada Fatimah bahawa baginda tidak mempunyai hak untuk membantu anaknya itu biarpun haknya sebagai Rasulullah,” kata Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Maznah Daud.

Begitu juga dengan anggapan keturunan ini mendapat dua syafaat di akhirat. Reputasi keturunan ini memang diakui dan kemuliaan keluarga mereka terjaga tetapi tidaklah sehingga mereka mendapat kelebihan ini. Jika mereka tidak beribadat dan tidak patuh pada ajaran Allah, mereka tetap menerima seksaan Allah yang keras.

Satu lagi perkara yang paling sinonim dengan keturunan ini ialah perkahwinan sesama keturunan. Banyak kes, perhubungan tidak direstui keluarga kerana anak-anak memilih calon di kalangan `orang biasa’. Hakikatnya, kata Prof Madya Maznah, walaupun mereka diakui kemuliaan keturunannya, tidaklah hingga golongan ini tidak boleh berkahwin dengan orang biasa.

Jika disorot sejarah silam, Baginda Rasulullah juga mengahwini orang biasa, malah seorang isterinya Sofiah adalah daripada bangsa Yahudi. Malah anak-anak baginda juga berkahwin dengan orang biasa. Seperkara lagi yang dikaitkan dengan keturunan ini ialah mereka tidak boleh menerima sedekah atau zakat.

Apa ada pada nama?

MEMILIKI nama dengan gelaran istimewa pasti memberi kelebihan, dan tidak kurang juga ‘tekanan’ khususnya bagi wanita yang dikatakan perlu bertemu jodoh dikalangan keturunan mereka semata-mata.

i-Kon cuba ‘menyelami’ identiti mereka yang mempunyai pangkal nama istimewa yang tidak dimiliki sebarangan orang dan berkongsi pandangan mengenai identiti mereka, asal usul keturunan dan pendapat mereka mengenai perkahwinan dalam keturunan mereka.

Nik Norma

PENUNTUT Ijazah Doktor Falsafah University of Canterbudy, New Zealand, Nik Norma Nik Hasan berbicara mengenai nama keluarganya yang mempunyai pangkal nama Nik di hadapan. Kata Nik Norma, dalam susur galur keluarganya mempunyai banyak gelaran nama dalam keluarga seperti Tengku, Tunku, Engku, Raja, Tuan, Che dan Nik, sekali gus mewarnai keturunan keluarganya.

Namun, beliau sendiri tidak dapat memastikan yang gelaran Nik pada nama keluarganya adalah dari kalangan keluarga di raja walaupun neneknya mempunyai gelaran Tengku. “Saya mewarisi nama Nik daripada ayah iaitu Nik Hasan Nik Yusuf walaupun ibu saya tidak mempunyai gelaran Nik.

“Apa yang saya difahamkan, gelaran Nik akan lupus dengan sendiri jika wanita bergelar Nik berkahwin dengan lelaki ‘biasa’,” katanya. Namun, katanya ada juga lelaki Nik yang tidak meneruskan tradisi meletakkan pangkal nama Nik pada anak mereka seperti yang dilakukan oleh bapa saudaranya. Apakah asal usul Nik?

“Dari apa diceritakan kepada saya, pada zaman Puteri Saa’dong (di selatan Thailand), ada seorang raja memerintah tidak memiliki cahaya mata. Justeru, raja berkenaan mengambil anak angkat lelaki.

“Seorang diperoleh dari buluh betung manakala seorang lagi daripada mulut ikan sebelah. Jadi, gelaran nama Nik ini diberikan kepada mereka sebagai membezakan dengan gelaran kerabat di raja lain,” katanya yang sehingga hari ini tidak pernah menikmati hidangan rebung dan ikan sebelah kerana kepercayaan yang mengatakan keturunan Nik tidak boleh menikmati kedua hidangan berkenaan.

Nik Norma berkata, dari kajian dari buku yang dilakukannya, ada juga pendapat yang mendakwa gelaran Nik berasal dari nama Tengku sekitar kurun ke-18 hingga ke-19 dan diteruskan sehingga kini. “Malah, ketika kakak saya ingin bersalin dia dikehendaki membentang kain kuning kerana dikatakan mudah ketika bersalin,” katanya yang gembira kerana memiliki gelaran Nik dan berharap dapat meneruskan tradisi nama gelaran itu kepada anaknya pada masa akan datang.

Aida

BERBEZA pula dengan Aida S Kadir, 36 yang tidak meletakkan nama Sharifah di pangkal nama, sedangkan bapanya adalah dari keturunan Syed. Nama sebenar bapanya ialah Sheikh @ Syed Abdul Kadir.

Kata Aida, susur jalur keturunan gelaran Syed dalam keluarganya ialah Sheikh @ Syed Abdul Kadir bin Sheikh @ Syed Omar bin Tunku Syed Abdul Rahman al-Qadri (Pembesar Linggi Negeri Sembilan) - pembesar Melayu zaman British.

Namun, bapanya juga tidak meletakkan nama Syed dengan alasan tidak mahu menunjuk-nunjuk kelebihan dan keistimewaan nama dimiliki keluarganya itu. Bagaimanapun, kata Aida, dua abangnya mengangkat sumpah untuk mendapatkan semula gelaran Syed dengan alasan untuk memelihara keturunan Syed pada generasi akan datang.

“Dari cerita bapa, saya dari keturunan al-Qadri dari Riau Sumetera, suku sakat yang membuka Negeri Sembilan. “Walaupun saya tidak memegang gelaran Sharifah, dua anak kembar saya yang berusia dua tahun dinamakan Putri iaitu Putri Maryam Idez Azlisham dan Putri Khadijah Idez Azlisham,” kata anak keempat dari lima beradik ini.

Info JPN

# JPN hanya membenarkan nama yang panjangnya sehingga 94 aksara sahaja.Ini termasuklah nama bapa, perkataan bin, binti, a/l, a/p atau anak, koma dan sengkang.

# Pendaftaran nama anak perlu dilakukan dalam tempoh 14 hari dan boleh dikenakan denda RM5 bagi pendaftaran lewat iaitu antara 15 hingga 42 hari.

# Pertukaran nama ini hanya boleh dilakukan dalam tempoh setahun saja selepas pendaftaran nama anak.

NAMA YANG DITEGAH ATAU DILARANG

Nama gelaran yang dianugerahkan kerajaan
# Tun, Tan Sri, Datuk, Datin, Puan Seri, Dato Seri, Datuk Paduka, Datuk Patinggi, Datuk Wira Jaya, Datuk Bentara Dalam, Datuk Bentara Luar.

Nama pangkat atau jawatan
# Haji, Nabi, Imam, Rasul, Mufti, Ketua Menteri, Kadi, Perdana Menteri, Gabenor, Sarjan, King, Hakim, Permaisuri, Guru, Ustaz, Shahbandar, Ustazah.

Gelaran keturunan
# Syed, Sharifah, Tunku, Tengku, Nik, Wan, Raja

Nama profesional
# Doktor (Dr), Ir (Engineer), Professor, Akauntan, Audit, Diplomat ( Ada sesapa teringin ke nak letak nama nama ni kat pangkal nama e.g Professor amiir husaini ahmad faizal or.. Diplomat Mufis ke)

Nama kepahlawanan
# Mahaguru, Pahlawan, Pendekar, Panglima, Bomoh, Pawang, Dukun, Satria I

Nama-nama buruk
# Buruk, Malang, Sial, Derita, Haram, Pungut, Hapak, Baruah


NAMA YANG TIDAK SESUAI

Nama binatang atau serangga
# Babi, Monyet, Keldai, Rimau, Lipan, Buaya, Belalang, Semut, Ular

Nama buah-buahan, sayursayuran, tumbuhan, makanan
# Ciku, Pisang, Keladi, Kucai, Terung, Karet, Serai, Jintan, Kunyit, Halia, Bawang Merah, Kelapa, Santan, Lidi, Nasi, Bubur, Ketupat, Laksa, Sirap, Cendol, Lempeng, Daun. Errrr kalau limau nipis? or iena panadol?

Nama-nama lucu
# Kecut, Kutai I, Kuyok, Boyak, Kudung, Pendek, Panjang, Tinjau, Apek, Lonjong, Kuding I, Tunggal, Sinon, Ketiak, Leper, Kemek, Janggut, Tanduk, Kerepot ( Mak buyung tak termasuk kot?)

Nama-nama kejadian alam
# Gunung, Salji, Suria, Pelangi, Awan ( Penjejak Awan pun takleh jugaklah ?), Bintang, Bulan, Guruh, Petir, Panas, Hujan, Bumi, Langit, Gelombang, Laut, Batu, Angkasa

Nama-nama alat perkakas

Senduk, Piring, Mangkuk, Cawan, Katil, Tilam, Garpu, Tingkap, Pagar, Lesong, Berus, Parang, Tajak, Golok

Nama-nama warna
# Hitam, Putih, Jingga, Merah, Coklat, Kuning ( Dulu kan ramai org tua tua nama hitam , putih etc.)

Nama-nama huruf atau angka atau gabungan kedua-duanya
# D, K, P, Z, 001, 007, K 7, K 4, Zerozero Seven ( Waa kalau boleh , menarik jugak try nama afmz79 ke :P )

Nama perhiasan atau pakaian
# Cincin, Subang, Anting-anting, Mutiara, Benang, Kain, Baju, Rantai, Seluar, Kasut

NAMA NAMA YANG TIDAK ELOK MAKNANYA

# Narul (neraka), Khinzir (babi), Wati (persetubuhan).Ammakannu, Andayan, Annachi, Ettikkan,Kali ( Bentong Kali?), Karuppan, Kathammah, Madasamy, Mottayan, Muthammal, Mukayi (Mookayee), Mooli, MachappuPapa, Prayasamy, Periyannan, Sadachi, Sigappi, Sinnayee, Thambi( Thambi pun takleh?), Kulli, Valoo (or vellu?).Ah Chaw (ular), Ah Goo (kerbau), Ah Gong (orang gila), Ah Kooi (hantu), Ah Loo (keldai)Ah Seh, Ah Nyau, Sor Chai, Ah Kwai ,Ar Ser, Ar New, Ar Ngong, Ar Kwe, Ar Loo

So kepada ibu ibu dan bapa bapa yang bakal menambah anak lagi rancanglah nama anak anak anda kerana nama itu adalah doa dan dengan nama itu jugaklah kita akan diseru di akhirat, kalau zaman atuk nenek kita dulu mungkin kurang exposure pasal nama sebab tulah depa pilih nama pun ( nak kata suka ati tak jugak) .. tapi sungguh tak appropriatelah nanti anak anak dah besar dah tua, dah kerja sumer nak tukar nama dengan JPN pun susah banyak kerenah bukan setakat dgn JPN je nanti involve EPF SOCSo semua benda aaaa..kadang orang zaman dulu dah pilih nama elok dah.. tapi bila pergi JPN( tatau masa tu jabatan pendaftaran panggil apa nama dia) si bapak tulis jawi or bagitau nama jer .. org kat kaunter translate rumi which means tak seperti nama yang diinginkan oleh si bapak..si bapak yang tak reti rumi main yer lah... at last sampai ke sudah carry nama tak elok


p/s: Dulu plan nak bagi nama anak semua kat belakang ada al faiq orr al atiq ( tak ingat dah lama) atas reason nanti kalau dua tiga keturunan besok kalau jumpa nama yang ada hujungnya seperti tu depa taulah depa ni sekeluarga.. tapi pk pk balik susah jugak..

Terowong...

Sapa ada lagu ni boleh bagitau saya tak.. lama tak dengar

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa gunanya sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berkepanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiah dari Allah
Apakah kitakan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari Tuhan

Tadhiah

Entry One..

Salam 'iidul Adha..

Di mana saya berhari raya haji selain di kampung...

1995 - DI Klang Kali Pertama menyambut 'iidul Adha bukan di kampung, masa tu di sekolah menengah sebab ada exam...

1997 - Di MMU takleh balik jugak raya haji sebab ada exam...malam raya sampai di rumah kawan di KL. petang raya terus balik ke MMU Melaka

2003 - Di Bangi takleh balik lagik... sebab ummu amiir tengah banyak kerja so tak dapat cuti..

2006 - Di Bangi jugak... sebab raya tengah tengah MINGGU....


Entry Two -

From: "nuun qalami"
To: afmz79@yahoo.com
Subject: Fwd: tadhiah...
Date: Thu, 20 Jan 2000 16:32:47 GMT

ORANG ORANG YANG BERUNTUNG DALAM PERNIAGAANNYA....

firman Allah taala yang bermaksud:
"sesungguhnya Allah taala membeli daripada orang orang mukmin itu jiwa
raga dan harta benda mereka dengan digantikan bagi mereka keuntungan
syurga"

rasulullah SAW di dalam sabdanya menyatakan:"sesungguhnya telah
mendapat imbuhan dan modal untunglah pada hari itu dengan apa yang mereka
niagakan".dan sabda baginda lagi:"terdapat dari kalangan ummatku, lelaki yang
sentiasa benar dengan apa yang diamanahkan oleh Allah ke atasnya, yang
tidak akan memberi mudharat bagi mereka yang menentang mereka"


TEGAS

***ketegasan rub'i bin umair ketika dia berhadapan dengan rustam,
panglima tentera parsi semasa perang qadisiyyah, dengan kata katanya yang
masyhur:
"Allah mengutus kami agar mengeluarkan manusia daripada penyembahan
sesama manusia kepada penyembahan Allah semata mata, daripada kesempitan
dunia ini kepada keluasan akhirat dan daripada kezaliman agama agama lain kepada
keadilan Islam dan daripada penyembahan sesama makhluk kepada
penyembahan kepada Allah SWT"***

THABAT
***ketika mana al muqauqis raja mesir, menakut nakutkan 'ubadah bin
somit dengan bilanga tenteranya serta menawarkannya dengan harta agar mengundurkan bala tenteranya, lalu beliau berkata:"wahai raja, janganlah kamu dan sahabat sahabat kamu terpedaya; perbuatan kamu sebenarnya tidak menakutkan kami. sekiranya apa yang kamu katakan itu benar pun, ia tidak akan menghalang kami (daripada berperang). ini
adalah kerana kami akan perolehi dua kebaikan daripada kamu; kamu akan
memberi kami gamjaran dunia (ghanimah) sekiranya kami menewaskan dan sekiranya
kamu menewaskan kami, kami akan memperolehi ganjaran akhirat (syurga).
sesungguhnya Allah SWT telah berfirman dalam Al Quran:"dan berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat menewaskan golongan yang ramai dengan izin Allah dan Allah bersama sama mereka yang sabar".

sambungnya lagi;"tidak ada seorang pun di antara kami melainkan
mereka yang berdoa kepada Tuhannya pagi dan dan petang agar kami mati syahid
dan tidak lagi dikembalikan kepada tanahair, isteri dan anak anak kami.
malah tidak ada seorang pun daripada kami yang memeikirkan tentang anak anak
dan isteri kami yang akan ditinggaklkamn tetapi apa yang kami fiirkan
ialah jihad pada jalan Allah serta menegakkan kalimah Allah. sangkaan kamu
bahawa kwhidupan kami adalah serba kesempitan adalah tidak benar dan andainya dunia ini kami miliki maka kami tiada apa apa yang ada padanya kecuali bahagian kecil yang kami perolehi sekarang ini".***


TADHIAH

***seorang sahabat rasulullah SAW hanzolah bin abi 'amir telah
berkahwin dengan jamilah binti ubai pada malam jumaat. di sebelah paginya datang seorang menyeru ke medan jihad dengan katanya (marilah ke medan jihad) sebaik sahaja beliau mendengar seruan tersebut hanzolah terus mengenakan baju besinya, menyelitkan pedang di pinggangnya dan terus memacu kudanya ke meadan perang.

dalam peperangan uhud itu, sebaik sahaja pertempuran meletus,
hanzolah telah berjuang dengan penuh keberanian. beliau telah bertemu dengan
abu sufyan dan hampir hampir saja membunuhnya, tapi telah dihalang oleh
tentera musyrikin yang lain. dia dibelasah dan dipukul dengan pedang sehingga
dia akhirnya gugur syahid.

para sahabat menziarahi jenazah hanzolah, mereka melihat air menitis
dari kepalanya. lalu mereka bertanya kepada isterinya hal yang demikian.
jawab isterinya;"bilamana hanzolah mendengar seruan jihad maka dia terus
keluar ke medan jihad sedangkan ia dalam keadaan berjunub dan belum mandi,
lalu malaikat telah memandikannya".

di dalam peristiwa ini rasulullah pernah bersabda yang maksudnya:"sesungguhnya aku telah melihat para malaikat memandikan jenazah hanzolah di antara langit dan bumi dengan air langit (yang terkandung dalam awan) di dalam bekas perak".***



CINTA AKHIRAT
***At tabarani dan ibn ishaq meriwayatkanbahawa ketika abu khatimah
pulang daripada perjalanannya, rasulullah SAW telah pun berangkat ke medan
Tabuk. pada hari yang panas terik itu, beliau mendapati dua isterinya berada
dalam dua buah khemah di kebunnya. mereka berdua telah menyediakan hamparan
serta makanan dan minuman untuknya.

apabila melihatkan keadaan itu lalu abu khatimah berkata;"rasulullah
SAW berada di tengah panas sedangkan aku di bawah teduhan yang dingin,
makanan pula tersedia dan bersama wanita yang jelita dalam kebunnya...sungguh,
ini tidak adil!"

seterusnya dia berkata:"demi Allah aku tidak akan masuk ke dalam
khemah seorang daripada kamu pun sehingga aku berjumpa dengan rasulullah
SAW". ***

IKHLAS
***abdullah bin abu bakar berkahwin dengan atikah binti zaid, seorang wanita yang sungguh baik, amat jelita, berakhlaq mulia dan beradab tinggi. akan tetapi atikah sering menyibukkan abdullah daripada mengikuti ekspedisi ekspedisi jihad. maka abu bakr menyuruh abdullah supaya menceraikan isterinya sambil memberi suatu pesanan;
"beliau (atikah) selalu menganggu mu daripada berjihad maka ceraikanlah
ia".lalu abdullah pun menceraikan isterinya. pada suatu hari ayahnya
telah mendengar ia sedang mengucapkan syair yang berbunyi;...tidakku sangka seorang sepertiku pada hari ini akan kehilangan seseorang sepertinya, dan tidak wajar seseorang sepertinya diceraikan tanpa kesalahan (sebab),seorang yang berakhlaq tinggi, jelita dan berpangkat sungguh berat bagiku, aku masih cintakannya...."ayahnya yang tadi menyuruhnya untuk menceraikan isterinya, kini menyuruh abdullah untuk merujuk isterinya. selapas itu, abdullah menyertai ghazwah taif bersama rasulullah SAW lau ia telah ditimpa anak panah. setelah kembali ke madinah beliau meninggal dunia.***

CEKAL
***kisah seorang mujaddid dan mujahid kurun ini, as syahid hassan al
banna bilamana tibanya hari raya maka adalah menjadi kebiasaanya memeriksa
pemuda pemuda ikhwanul muslimin di setiap pelusuk dan kawasan.

pada suatu hari, ketika dia ingin keluar seperti kebiasaannya,
anaknya saiful islam jatuh sakit yang tenat yang hampir kepada kematian.

maka isterinya berkata:"kalau engkau bersama kami wahai suamiku,
dapatlah juga kami ketenangan darimu dan dapat kamu bersama anakmu yang sakit".

hassan al banna menjawab sambil memegang beg perjalanannya:"sekiranya ditakdirkan ankku ini sembuh maka alhamdulillah dan sekiranya
ditakdirkan dia menemui ajal, maka datuknya mengetahui jalan ke kubur". kemudian
ia keluar sambil membaca ayat Al Quran yang bermaksud:
"katakanlah! sekiranya bapa bapa kamu,anak anakmu, saudara maramu,
isteri isterimu dan kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan dan
perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, rumah rumah tempat tinggal
yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan rasulNya dan
jihad pada jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya.
dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang orang yang fasiq". (at
taubah : 24)****


Entry Three - Masa untuk berniaga dengan Allah..

Taken from Roslan sms

"Sebentar tadi saya difahamkan laman Malaysiakini menyiarkan, satu badan yang dikenali sebagai HINDU RIGHTS ACTION FORCE ataupun BADAN BERTINDAK HAK HINDU yang menghimpunkan 30 NGO termasuklah badan-badan seperti Hindu Seva Sangam, Pergerakan Belia Vivekananda, Majlis Belia India Malaysia dan Yayasan Tamil telah menyerahkan petisyen kepada Yang Di Pertuan Agong agar menggantung dan memecat Hakim Mahkamah Tinggi (rayuan khas) Hakim Md Raus Sharif.

Hakim Md Raus sebelum ini telah mendengar kes permohonan isteri Allahyarham Mohammad a.k.a Moorthy yang menuntut agar suaminya diisytiharkan sebagai seorang Hindu dan bukan Islam agar mayatnya boleh diperlakukan mengikut adat istiadat Hindu. Hakim Md Raus telah menolak permohonan tersebut atas alasan kehadiran Perkara 121 (1) (A) Perlembagaan Persekutuan yang menghalang mahkamah sivil campurtangan dalam keputusan mahkamah syariah.

Malah Badan Bertindak Hindu ini ditubuhkan semata-mata kerana tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut yang memperakui kuasa mahkamah syariah yang sebelumnya telah pun mengisytiharkan Allahyarham sebagai seorang Muslim sebelum meninggal dunia.

Sebelum ini sekumpulan badan-badan NGO bukan Islam telah menyerahkan memorandum kepada kerajaan agar membatalkan Perkara 121 (1) (A) dan dikembalikan ke peruntukkan asalnya.

Nampak-nampaknya tuntutan dan cabaran pihak bukan Islam ini semakin menjadi-jadi dan kelihatan sudah hampir diluar kawalan. Rasanya tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia Merdeka, mana-mana pihak atau kumpulan yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah sehingga berani menuntut agar hakim yang mendengarnya dipecat!

Ya Allah selamatkanlah ISLAM di Malaysia

Sempena merayakan Eidul Adha yang besar maknanya kepada umat Islam ini eloklah kita renung bersama Firman Allah swt dalam surah al Maidah ayat 54 yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia, mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikan Nya kepada sesiapa yang dikehendaki Nya, kerana Allah Maha Luas limpah kurnia Nya, lagi Meliputi Pengetahuan Nya."