Entry One:

Aisehman.. PRU punya pasal terlupa nak posting pasal SPM.. Sebut pasal SPM , Muhammad pun ada nak share jugak pasal SPM. Mungkin pakcik makcik yang amik SPM tahun 96 di Terengganu boleh recall memory balik kot..








Entry Two:

Apa Sudah Jadi???

a. Bad Adviser?




b. ADUN Bintong MB Perlis yang baru
14/03/2008 3:11pm

KUALA LUMPUR 14 Mac — Raja Perlis telah berkenan melantik Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Bintong, Datuk Dr. Md Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis yang baru menggantikan Datuk Seri Shahidan Kassim, Setiausaha Sulit kepada Raja Perlis Mohd Adib Zakaria mengumumkan dalam satu kenyataan di sini hari ini.- Bernama


Shahidan akan lawan" kata orang kanan bekas MB Perlis

Isu MB Perlis: "Wakil rakyat BN tak sokong, sila isytihar keluar BN" Shahidan


c. Pergh.....kalau betul surat ni daripada MP Jerlun....



Letter : Credit to Malaysiakini
Entry One:

Ini mungkin antara beberapa kenyataan Zam yang saya boleh setuju.

"Insaflah Umno, usah lagi terus niat tawan Kelantan" Zam

Nak kena kalah tergolek dulu baru nak sedar, kalau tak statement beliau sebelum ni...

a. "Kami bukan hanya mahu menang tetapi kami akan bekerja keras untuk memastikan bagaimana menghilangkan deposit lawan. Kemenangan tidak menjadi soal pokok lagi"

b."Saya hanya mempunyai satu wajah tetapi ada orang yang mempunyai pelbagai wajah yang mengelirukan, sekejap berwajah ulama, esoknya berwajah penari dan penyanyi dan ada kalanya berwajah seorang penunjuk perasaan."

c."Harus diingat, RTM bukan jentera kempen pilihan raya tetapi ia berperanan sebagai penyampai maklumat kepada rakyat,"

d."Pembangkang akan hilang kerusi mereka kerana rakyat sudah boleh menilai keadaan sebenar sekarang."Yang penting sekarang ialah kemenangan Barisan Nasional (BN). Malah, kalau boleh, di Merbok kita nak hilangkan deposit calon parti lawan,"

e. Kerajaan Kelantan yang diterajui Pas dirasakan tidak lagi relevan untuk memenuhi kehendak semasa rakyat negeri itu malah pendekatan agama yang didokong parti itu gagal menunjukkan Islam sebagai agama terbaik, kata Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin.

Berbanding negeri jirannya, beliau berkata, pembangunan pesat Terengganu, menerusi dakwah Bil-Hal, iaitu satu perbuatan bagi menunjukkan Islam sebagai agama terbaik, tidak dapat disaingi kerajaan Pas. "Nasib baik rakyat Kelantan tidak begitu susah sebab Kerajaan Persekutuan terus membantu kerana kasihankan nasib malang orang Kelantan di bawah pemerintahan Pas,"


Entry Two:

KUALA TERENGGANU 12 Mac – Terengganu mungkin memperoleh Menteri Besar yang baru apabila nama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Idris Jusoh dikatakan ‘tidak diperkenan’ oleh pihak istana untuk memegang jawatan itu bagi penggal kedua.

Sumber Istana Terengganu ketika dihubungi mengesahkan sehingga hari ini Idris tidak mendapat ‘restu’ untuk meneruskan tugas tersebut walaupun beliau berjaya mengetuai Barisan Nasional (BN) Terengganu memperoleh kemenangan majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya Umum Ke-12.


hmmm..kalau betul jadi camtu,kesianlah jugak tak berbaloilah dengan segala usaha selama ni, dengan roboh masjid di Kijal, dengan isytihar Bandaraya Pesisir Pantai , dengan berkawan dengan sedara kepada menantu PM, dengan monsoon cupnya , dengan Terengganu Bestarinya tapi terbuang begitu saja...


" Setakat ini, antara nama yang disebut-sebut untuk mengisi jawatan Menteri Besar Terengganu ialah ADUN Cukai, Datuk Mohamed Awang Tera dan ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid.

Turut disebut ialah ADUN Bukit Besi, Din Adam dan ADUN Kijal, Datuk Ahmad Said."

Erm...kalau nama yang terakhir betul jadi MB lagi haru BIRU gamaknya, habis semua orang di ajak bertumbuk...mungkin kisah di bawah boleh direnungi

"Untuk penelitian, penulis salin semula patah demi patah aksi berbalas kata antara Exco Ahmad Said dengan Abdul Wahid dalam satu sidang DUN Terengganu, April 2005 lalu.

Ahmad: Saya pohon penjelasan dan laluan. Inilah sikap wakil rakyat PAS dari Wakaf Mempelam. Melemparkan apa sahaja tuduhan tanpa batas-batas sebagai insan yang bernama Islam. Apakah kerajaan Negeri Terengganu hari ini lebih jahat daripada Yahudi?

Abdul Wahid: Betul, Dato' Yang Dipertua. Saya mengaku dan saya bertanggungjawab. Yahudi, dia rampas tanah orang Palestin tapi dia bina penempatan untuk orang Yahudi. Ini (BN) rampas tanah rakyat sendiri, roboh rumah rakyat sendiri. Itu lebih teruk daripada Yahudi.

Ahmad: Dato'Yang Dipertua, inilah perangai binatang!
(Sebaik Ahmad sebut perkataan 'binatang' itu, Dewan bergemuruh dengan tepukan meja oleh wakil-wakil BN lain. Tanda mereka bersetuju memanggil wakil PAS dengan kalimah itu!)

Abdul Wahid: Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, dia nak kata apa pun, katalah kalau Yang Dipertua terima, saya tak ada masalah.
Ahmad: Saya tak ada masalah jugak, pasal mung jahat. Bila-bila masa, jumpa ah (boleh bertumbuk).

Abdul Wahid: Rupa-rupanya ada orang terasa.

Ahmad: Terasa apa, mung jahat. Muka je pakai songkok. Songkok fesyen apa gini, fesyen iblis!

Speaker: Sila bertenang, Yang Berhormat!

Ahmad: Kabar mung nak (bertumbuk) kat mana. Lepas ni, boleh jumpa lagi.

Abdul Wahid: Inilah Yang Berhormat, orang yang saya hadapi. Bercakap secara gentleman tapi nak ajak gocoh (bertumbuk) semacam.

Ahmad: Gentleman babi apa begitu, Yang Dipertua. Gentleman, cakap gentleman. Kata ikut dang sekali, benda apa ni. Mengarut sekali, bersajak, bersyair. Gila ni, Yang Dipertua.


Entry Three:

Generasi baru Melayu yang mengundi pembangkang terutama DAP pada pilihan raya umum Sabtu lepas tidak mempunyai semangat kebangsaan, fikiran mereka bercelaru, dan hanya terikut-ikut mahukan perubahan, kata veteran UMNO, Tan Sri Abdul Aziz Tapa hari ini.

hmm..penatlah gitu Tan Sri, takkan nak kena tunggu jadi macam salah seorang mantan TPM baru nak berubah tone.Tapi takleh nak kata kat die jugak, dia dapat banyak drp UMNO, kita yang duk tak setuju ni dapat apa ? :P
Daripada Blog Dato Kadir Jasin

1. Perdana Menteri, pada hari penamaan calon, menyifatkan pakatan pilihan raya pembangkang sebagai "syok-syok sahaja";

2. Perdana Menteri yang mencabar penunjuk perasaan supaya menggunakan peti undi sebagai tempat mutakhir menunjuk perasaan;

3. Menteri Kerja Raya yang mengatakan dia sedia berhenti jika rakyat jelata tidak mahukan dia lagi. Dia terus bertanding dan rakyat menyahut seruannya dengan mengundi pembangkang. Maka kecundanglah dia pada hari jadinya yang ke-72;

4. Menteri Penerangan (yang kalah di Sungai Petani) yang menyifatkan para blogger sebagai 'syok sendiri'.;

5. Dia juga "bersumpah" akan memastikan lawannya hilang wang pertaruhan. Lawanya tidak hilang wang pertaruhan sebaliknya dia yang hilang kerusi; dan

6. Timbalan Ketua Pemuda (yang menang di Rembau) yang berkata tugasnya adalah memporak-perandakan pembangkang. Malangnya yang berlaku adalah di sebaliknya. Pembangkang memporak-perandakan BN.

Details pasal PRU nantilah.... menang menang pon sebuk jugak tapi harap tak sebuk sangatlah...belum pepe dah kena panggil dah malam ni
Hari ni Besday Ummu Muhammad - Moga Panjang Umur Murah Rezqi, ada idea nak bagi hadiah ape?


Entry One:

1. Local stars also hit the polls campaign trail for BN candidates

KUALA LUMPUR: Local stars such as Camelia, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, rap group KRU's Norman Abd Halim and Datin Seri Normala Samsuddin have joined the campaign fever.



2. Siti turns heads in Gemas and Senawang
Popular singer Datuk Siti Nurhaliza Tarudin caused a stir among constituents here when she turned up on Friday night to show her support for Barisan Nasional candidates.

3. KRU’s Norman hits campaign trail for Barisan candidates
Local rap group KRU member Norman Abd Halim has turned “politician” ahead of the polls on March 8.


4. "I never think twice about going to the polling centre in Shah Alam. Wherever in the world I am, I always return in time to exercise my right as a citizen.
"This is an opportunity for me to protect my career and the industry I work in. If we were ruled by a close-minded party, the local music industry would suffer greatly."
- Syafinaz Selamat


Ooooo kalau belah sana punyalah takde masalah ek... kalau nampak jer belah sini( walaupun belum tentu) terus bermasalah.


1. "saya agak sedih apabila kunjungan saya ke sana telah dipolitikkan. Jangan salah ertikan kunjungan saya ke sana"


2. Kelantan kesal kedatangan Maya Karin ‘dipolitik’

KOTA BAHARU 9 Jan. - Kerajaan Pas Kelantan kesal dengan beberapa pihak yang mempolitikkan kedatangan pelakon Maya Karin ke negeri ini bulan lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan, Sains dan Teknologi, Nik Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, kedatangan Maya Karin hanyalah untuk menjadi ahli panel forum bagi membicarakan filem karyawan Iran terkenal, Majid Majidi sempena MiniFest Kelantan 2007.

"Kerajaan Kelantan menjemput aktres itu atas dasar program seni, tiada kaitan dengan politik dan tindakan pihak tertentu mensensasikan kedatangannya amat tidak wajar," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


3. "Semasa saya pergi ke sana tidak terfikir langsung soal politik. Sebabnya saya ni pelakon dan bukannya ahli politik. Malah saya merasakan jemputan itu sesuatu yang amat baik untuk saya. Rupa-rupanya apabila tiba, saya diberi persepsi lain oleh pihak-pihak tertentu. Ia benar-benar membuatkan saya amat kecewa"



Entry Two:

Ada dua bahagian yang menarik dalam petikan berita di bawah mengenai program TGNA bersama anak kelantan di Hotel nikko semalam.

PAS counters onslaught


a. "Only PAS can guarantee heaven for the people," he said in his speech during a gathering for the Kelantanese at Nikko Hotel last night.

Memang SAH MENIPU bila dilaporkan begitu.




b. About 3,000 people attended the three-hour gathering at the hotel.

kalau Akhbar MENIPU tulis angka di atas agak agak bilangan sebenar berapa?






Gambar credit to pak sheikh dan MSO
dan minaqjinggo

Entry Three:

Politics can’t unravel family ties


KOTA BARU: When Azizzudin Hussein was 36(the incumbent(BN) for the Mengkebang state seat that he won in 2004), he turned to his uncle Datuk Omar Mohammed (five-term Perupok PAS assemblyman) to find him a wife.

"I had many girlfriends but it was difficult for me to make a choice. I only knew that a good wife must come from the kampung," he said of his single days.

His uncle being a very meticulous type went around researching the background of a few women before settling on one.

Being the good nephew that he is, Azizzudin agreed with his uncle’s choice without question.


Entry Three:


Islam BN bukan sekadar slogan: Najib
-Bharian Isnin 3/3/08

a. Antara yang diucapkan beliau:

"Memang BN dan Pas sama-sama mengamalkan Islam tetapi BN tidak mahu Islam itu semata-mata dilihat dari segi luaran dan akidah saja.

"Puak hijau yang di dalamnya kosong itu pun nak Islam, banyak bunyi Islam, sekadar slogan membangun bersama Islam tetapi segalanya kosong," katanya ketika merasmikan Bangunan Baru Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Kawasan Tiga Daerah Pasir Puteh di sini, semalam.

Najib berkata, Islam bukan hanya membabitkan soal akidah dan akhlak, sebaliknya turut mencakupi perjuangan membina tamadun yang cemerlang dan hebat.

"Itu bezanya antara Umno dan Pas. Kita perjuangkan bukan saja Islam, tetapi martabat dan maruah umat Islam," katanya.



Maruah Isteri?

b. Ucapan di bawah ni kalau dapat dekat orang Kelantan mesti dikatanya Najib ni jalan 'tak lenggok ke atah ko'... kalu maghi Kota Bharu 'BOLE' ko...[Mudin apa dia BOLE tu?]

"Islam tidak suka umatnya mundur dan menolak kemajuan. Sebarang usaha kebajikan adalah kehendak Islam, menghapuskan kemiskinan juga Islam, malah menyediakan peluang pekerjaan, itu juga Islam. Jangan kita sempit pengertian Islam.

"Kalau Islam agama pembangunan dan kemajuan, tidak suka tengok umatnya mundur, hidup dalam kemiskinan, terhina serta dijajah orang lain, bukankah itu menjadi asas perjuangan Kerajaan BN selama ini," katanya.

"Kenapa kita tidak mahu perubahan, sedangkan Islam adalah agama kemajuan, kejayaan, pembangunan dan kemakmuran dunia serta akhirat. Islam bukan agama yang membawa kemunduran kepada umatnya dan kerosakan kepada bumi ini," katanya.


Entry Four:

Sabtu lepas kami "attack" Pasar Malam yang paling Glamer dalam DUN Bangi tu... hehe..... Pasang VCD, Edar Risalah, Edar VCD dari non stop dari pukul 3 sampai 12 malam (Macam HotFM Big JAM plak..Ahad terus flat :P ).Sambutan Alhamdulillah India datang siap minta VCD tambahan, Risalah Extra. Cina datang tanya "malam ni ceramah kat mana?" SB pun datang jugak lantak pi aaa depa..komplen pun ada jugak..kami tak mintak permit dulu sebelum buat... poooodah..





Entry One:

Mana Satu betul ni? Semalam kena pilih Calon ari nih kena pilih Parti

Pilih parti, bukan personaliti – Najib


PEKAN 25 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan para pengundi supaya tidak memilih personaliti semata- mata, sebaliknya turut mengambil kira parti yang diwakili kerana pilihan raya merupakan proses untuk membentuk kerajaan yang akan mentadbir negara.


Entry Two:

"Undi parti kita simbolnya bulan. Bulan ni senang, letak lagu mana mana pun tak terbalik, bukan macam dacing , dacing kalau tak kena letak jadi senget jadi terbalik. Ini jelas dan Allah jadikan bulan, adalah perhitungan diri manusia. Diri manusia dihitung dengan bulan. Bila isteri kita mengandung, orang akan tanya berapa bulan dah mengandung ? orang tak tanya berapa kilo dah mengandung? Bila dilahirkan ke dunia, setelah dilahir ke dunia orang tanya berapa bulan dah budak ni? orang tak tanya berapa kilo, berapa kati dah budak ni? Hok tanya berapa kilo berapa kati ni apa benda? lembu dan kerbau !"

-TG Hadi Awang
Entry One:

Gambar masa penamaan calon DUN Bangi + Video - Mungkin yang boleh dengar zikir sebelah PAS ajer kot yang Be End (BN) dok berjoget dalam bulatan tu tak jelas sangat.


















Entry Two:

Praya 2004:

Keadilan terima padah jika letak calon di Merbok - Zainuddin

ALOR STAR 12 Mac - Parti Keadilan Nasional (Keadilan) akan menerima padah sekiranya meletakkan calon mereka bertanding di Merbok, kata Penasihat Media Kementerian Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin.

Beliau yang juga calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di Merbok berkata, parti pembangkang berkenaan harus sedar keadaan itu berasaskan sejarah pilihan raya umum lalu.

"Pengundi-pengundi Merbok tidak pernah memberi kemenangan kepada mana-mana parti pembangkang dari dulu sehingga sekarang.


Praya 2008:

Zainuddin ikrar hilangkan deposit lawan

SUNGAI PETANI 24 Feb. - Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Petani, Datuk Seri Zainuddin Maidin berikrar akan memastikan calon parti lawan kalah dan hilang deposit pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Zainuddin, 69, yang berpindah dari Parlimen Merbok akan ditentang oleh Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sungai Petani, Johari Abdul, 53.

Menteri Penerangan itu berkata, beliau berasa yakin dapat menghilangkan deposit Johari berdasarkan penerimaan dan sokongan pengundi terhadap kehadirannya di Sungai Petani.

"Kami bukan hanya mahu menang tetapi kami akan bekerja keras untuk memastikan bagaimana menghilangkan deposit lawan. Kemenangan tidak menjadi soal pokok lagi,'' katanya selepas penamaan calon di Dewan Munsyi, Institut Perguruan Sultan Abdul Halim (IPSAH), Jalan Kuala Ketil di sini hari ini.


Entry Three:

SELAMAT, AMAN, MAKMUR !!!



Details can be found here Waktu buka tadi rasa gambar atas tu ada lagik. tapi dah takde dah.... heran betul...

Yang saya faham lah bila tengok gambar dan petikan di bawah tu...

Dr. MAZA: Sesungguhnya undi yang kita berikan kepada seseorang calon adalah perlambangan kepada diri kita sendiri. Jika kita seorang yang inginkan kebaikan, tentu kita akan memilih mereka yang mampu membawa kebaikan dan kesolehan. Begitulah sebaliknya. Jika kita memilih calon yang buruk dari segi kepimpinan dan agamanya, sedangkan ada yang baik, itulah identiti kita sebenarnya. Sabda Nabi s.a.w dalam hadis al-Imam Muslim: “Ruh-ruh itu adalah tentera yang dihimpunkan; apa yang mereka kenal, maka mereka berpadu. Apa yang mereka tidak kenal, maka mereka bertentangan”. Nilailah siapakah yang jiwa dan ruh kita cenderung kepadanya, maka itu nilai ruh kita. Maka, pilihlah berdasarkan calon, bukan parti!



Entry One:

Forum Perdana Ehwal Islam


PARLIMEN Merbok dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan forum perdana bertajuk, ‘Tangan Kanan Memberi Sorokkan Tangan Kiri’ (Perbincangan tentang Malaysia sebuah negara kebajikan yang bermasyarakat majmuk dan jasa-jasa kerajaan kepada rakyat).

Forum ini diadakan di Padang Masjid Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah. Siaran langsung forum itu akan ke udara pada 21 Februari 2008 (Khamis) pukul 9.30 malam di RTM1.

Ahli panel ialah Shabudin Yahaya (Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang), Datuk Dr. Fadzilah Kamsah (Pakar Motivasi) dan Ustaz Mohd. Farid Ravi Abdullah (Pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor). Pengerusi forum ialah Ustaz Zakaria Othman (Jakim) manakala perantara ialah Muhammad Hafiz Hamidun.

Erm.. Ni event malam tadik. Anda boleh nilai sendiri. Sehabis sangka baik yang boleh dibuat program ni disusun berbulan bulan sebelum musim sekarang. Tapi bila tengok tajuk forum.......



Entry Two:

'Banyak perlu dipertimbang'

Oleh: HELMI MOHD FOAD dan HAMDEN RAMLI

PUTRAJAYA 21 Feb. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan beliau terpaksa bersengkang mata sehingga pukul satu pagi untuk bertemu para pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri- negeri bagi mempertimbangkan senarai nama calon-calon Pilihan Raya Umum Ke- 12 pada 8 Mac ini.


Erm.. Kesian.. Orang dah biasa cukup tidur kut..


dan antara keputusan yang dibuat memenuhi jangkaan ramai......Harap harap keputusan seperti itu tidak berulang di peringkat PAS Kelantan ,takut takut ia akan mengundang masalah sampingan.


Khairy bertanding Parlimen Rembau


Entry Three:


Gugur




Paling mengejutkan ialah pengguguran Dr Amran Kasimin bagi kerusi Dun Bandar Baru Bangi. Menurut sumber, Amran pada mulanya disenaraikan sebagai calon, tetapi digugurkan setelah menjalani tapisan di Putrajaya.

Erm... Moga moga ianya merupakan satu bantuan buat yang di Bangi. Agar yang sebelumnya terkeliru antara faktor peribadi atau faktor parti dapat membuat pilihan dengan lebih jelas. Saya sendiri seperti juga majoriti yang lain saya kira tidak menyokong beliau bukan kerana sebab peribadi Dari segi peribadi dan saya kira tidak ramai yang mempunyai masalah peribadi dengan beliau .Umum pun mengetahui beliau rapat dengan Dr Haron Din dan Dr Shafie... dengan kami sekeluarga pula, beliau juga turut datang sewaktu walimah saya bahkan turut sama bersolat untuk Ummu Amiir dulu.Mungkin laluan yang di pilih beliau agak berbeza dengan sahabat sealiran beliau yang lain (Saya tidak diperalat BN - Amran)

Entry Four:

Untuk yang berhajat menyertai perarakan Penamaan Calon Ahad nanti. Perangai di bawah jangan dibuat....














memalukan kaum sahaja...


"Pembangkang ini dia kahwin mutaah, kawin mutaah ni saudara saudara mazhab syiah, dia amalkan kawin mutaah, dia kahwin satu malam, dia main malam tu, esok hari dia cerai untuk menghalalkan maksiat. Parti pembangkang ini kawin mutaah dia kawin...
PAS main DAP kut kiri, DAP main PAS kut kanan, Anwar main dua-dua kut belakang!!!lepas tu bila kalah dia cerai"

-Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Petikan video daripada Malaysiakini



Saya boleh faham camni lah kut...

"Jika itulah gelagat buruk sebelum mendapat jawatan, saya cadangkan kita jangan beri undi kepada manusia jenis ini. Itu adalah kedangkalan dan kerendahan budi yang tidak tahu bagaimana mengalurkan buah fikiran secara matang."
-Dr MAZA
Entry One:




"SAYA ikut parti, tidak ada soal nak atau tak nak, kita sebagai party worker kita tidak boleh timbulkan soal nak atau tak nak tanding, kita serahkan pada parti"

"Saya rasa meluat, nak muntah bila dengar Anwar bercakap soal rasuah, kita memerlukan seorang pemimpin yang jitu dan ikhlas seperti Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,"


Iyolah....

Entry Two:

Asked whether the election date was slated to ensure Parti Keadilan Rakyat de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim could not contest as he was forbidden by law to participate in the election until April 15, Abdullah replied:

"We have forgotten about Anwar. I didn’t think about Anwar and it (the election date) was not decided by me, please. It was decided by the Election Commission."


Betul ke?



Mengikut Perkara 55(4) Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen.

Parlimen bubar pada 14 Feb Maka kalau ikut perlembagaan , selewat lewatnya Praya boleh diadakan pada 13 atau 14 April. DSAI hanya boleh bertanding pada 15 April ke atas. Takkan tu pun nak salahkan SPR pulak, kita yang bubar awal SPR hanya boleh tetapkan tarikh dalam lingkungan tu sajalah.
Entry One:



"Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada asalnya bercadang untuk membubarkan Parlimen minggu depan.

Namun, disebabkan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin akan berlepas untuk bercuti di luar negara malam ini, cadangan itu diubah bagi membolehkan Perdana Menteri mendapatkan perkenan Seri Paduka hari ini.

Jadi malam tadi, Perdana Menteri telah mengubah fikirannya (membubarkan Parlimen hari ini)," kata seorang pembantu Perdana Menteri di sini hari ini.


Entahlah labu..... Kalau budak budak ke bolehlah nak kata "banyaklah kamu..." terfikir jugak Istana Negara kan diletak bawah bidangkuasa JPM, takkan tak tahu langsung Tuanku nak pergi bercuti ke apa ke.


Entry Two:

Bila kali pertama tengok tertegaknya Bilik Gerakan BN di bawah ni (takyah kiralah camner boleh tetiba terpacak di kawasan taman permainan awam) terfikir dulu pun kami pun dulu masa nak buat Bilik Gerakan, setelah habis ikhtiar carik rumah untuk disewa dan dijadikan Bilik Gerakan, timbullah cadangan dari sahabat sahabat dan sebahagian daripada cadangan tu termasuklah nak sewa kotak macam dalam gambar tu ( masa tu nak kena fikir lagik mana nak cekau duit biasalah mana ada bajet khusus kecuali kena kutip derma) tapi setelah difikir soal keselamatan (ingat peristiwa watergate kalau nak tahu cerita lanjut boleh baca di sini
)cadangan tersebut terpaksa dilupakan.


Carik punya carik campur siap solat hajat lagi akhirnya dapatlah dua buah rumah yang dirasakan sesuai (itupun jenuh tuan rumah bagi alasan ke taichi bila disebut secara jelas nak buat rumah tu sebagai Bilik Gerakan untuk sehingga tamat Praya).

Masa meeting nak putuskan nak pilih rumah yang mana. Dapat tahu pulak satu rumah tu confirm tuan rumah tak nak sewakan kepada kami dengan alasan yang dirasakan sekadar alasanlah kut. Oklah taper lagi rumah lagi satu pula tuan rumah nak sewakan dengan kadar yang agak tinggi daripada kadar yang dirasakan sepatutnya.Kenalah bincang lanjut lagi macam mana, masa tu dah hampir nak setuju dah walaupun tinggi sebab satu kawasan tu dah pusing tapi takde hasil. Entah macam mana (Allah nak tolong dan mungkin doa solat hajat tu maqbul agaknya) kami dapat berita ada satu rumah berada di lokasi yang sangat sangat sesuai dan tuan rumah pula nak bagi percuma sahaja sepanjang tempoh kegunaan rumah tersebut Alhamdulillah! Tinggal nak buat operasi membersih dan mengemas ajerlah.

Allah tak lokek nak tolong dengan syarat kita buat kerja betul betul
amiir tengah bersihkan Bilik Gerakan yang baru


kemudian bulatkan (bulat? macam bulan jer :P )tawakkal padanya. Banyak kisah sirah yang kita baca pun kalau dah saat saat genting dah tak tahu nak buat apa dah setelah berusaha sehabis daya, habis ikhtiar, serahkan sahaja pada Allah dan pertolongan dari langit PASti datang! sudah tentu kebanyakkannya datang dari jalan yang kita tidak sangka lantaran logik akalnya kita dah sehabis upaya. Masa tulah baru terasa In YansurkumuLlah Fala Ghaalibalakum...



Entry Three:



Solat Hajat di Pej Kawasan Malam tadi ..melimpah keluar..
Entry One:

"Tidak... tidak lagi, pandailah you,"

Tu semalam... hari ini...

"Saya ingin mengumumkan mengenai pembubaran parlimen pada hari ini setelah mengadap Yang di-Pertuan Agong pada pagi ini"

Mungkin ada dikalangan kita yang pernah belajar atau tahu bahawa "cakap tidak betul" tu dibolehkan mungkin bagi pemimpin kalau ianya mengancam keselamatan atau menggugat kestabilan negara. Tak tahu pula kalau tarikh pembubaran parlimen boleh dikaitkan dengan kestabilan negara dan ianya pula "flip flop" dalam masa hanya 24 jam.

Agak agak kalau perkara di atas pun kita tak boleh nak pegang bagaimana pula dengan kata kata di bawah yang lain?

a. Yuran sekolah rendah, menengah dimansuh

"Langkah ini adalah ke arah pendidikan 100 peratus percuma," katanya semasa membentangkan Bajet 2008 bertemakan Bersama Membina Negara dan Menikmati Kemakmuran di Parlimen di sini, hari ini.


b. Tiada perjanjian dengan Dr. M – Abdullah

KUALA LUMPUR 31 Jan. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tidak wujud perjanjian dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri hanya sepenggal.

"Tiada perjanjian," tegas Perdana Menteri kepada pemberita selepas melancarkan pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur di sini hari ini.




c. PM ajak rakyat kerja keras

"Saya bekerja keras, tiada siapa yang boleh menafikannya sebab kita mahu capai kejayaan.Saya Perdana Menteri anda, perlu bekerja keras dan rakyat juga perlu bekerja keras... rakyat bekerja bersama saya, saya bekerjasama dengan rakyat," katanya ketika berucap pada majlis Makan Malam Bersama Rakyat di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Sacred Heart Boy's di sini malam ini.



d. Cukupkan makanan -- Kerajaan beri apa saja pertolongan untuk industri pertanian – PM

"Saya sedia membantu apa sahaja kepada petani kerana mereka memberi makanan kepada rakyat negara ini"


e. Malaysia terus dipacu -- Tekad Perdana Menteri pimpin negara ke mercu lebih gemilang

"Sesungguhnya Malaysia ini bukan milik mana-mana individu atau kaum tetapi adalah milik kita bersama setiap rakyat Malaysia.







f. Pembangunan Kelantan lebih rancak jika di bawah BN

"(Jika) kerajaan negeri pun di bawah BN, lebih rancaklah lagi pembangunan," katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Kelantan di Sekolah Kebangsaan Manik Urai Baru, di sini hari ini.


g. Hanya calon berwibawa dipilih -- Kenyataan pemimpin politik tidak pengaruhi keputusan saya – PM

"Keputusan akhir siapa yang akan menjadi calon untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang, akan ditentukan oleh saya,"

"Kriteria yang saya tetapkan adalah lebih baik daripada apa yang dikatakan oleh menteri-menteri besar, ketua-ketua menteri atau pemimpin-pemimpin lain," katanya.


h.BN janji limpahan pembangunan di Kelantan

Kelantan bakal memperoleh kemajuan berganda yang tidak pernah dibayangkan jika Barisan Nasional (BN) mendapat mandat pada pilihan raya umum ke-12, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan beliau sendiri cukup ikhlas untuk membantu rakyat Kelantan yang sepatutnya memperoleh nikmat sebagaimana rakyat di negeri-negeri lain.

"BN betul-betul ikhlas nak membantu, kita tidak mahu janji kita ini menjadi igauan tetapi sebaliknya impian ini menjadi realiti.

"Kita tidak akan sekali-kali menjadikan Kelantan terus hanya bermegah dengan slogan-slogan besar semata-mata," katanya.


Yang Pasti dengan rasminya pembubaran Parlimen hari ini tumpuan sudah tentunya akan beralih kepada Praya lah dan orang ramai sudah tentu tidak kisah dan tak akan ambil tahu perkara perkara di bawah lagi..erm.. Apa hukuman ek terhadap Hakim berkenaan kalau perkara tu salah?

Kejutan besar -- Lingam draf penghakiman Mokhtar Sidin, setiausahanya urus cuti Eusoff Chin


Entry Two:

Bila bercakap pasal cakap tak betul atau menipu ni ni adalah respon Anak Cikgu Pa(Dato Mustapha Ali) pasal adik Cikgu Pa Masuk UMNO

"Ayah Ngah masuk Umno kali kedua, kali pertama 1999"

Memang sah Kaki Pelawok !
Musim musim Parlimen nak bubar ni....
Semua duk sibuk nak cakap bab Praya, Mengundi , Tak nak jadi calon etc. bla bla bla. Tertarik dengan satu tajuk dalam Utusan semalam Tiada dendam terhadap penyokong Pas – Najib yang menceritakan bahawa BN akan memberikan layanan sama rata kepada mereka selaras dengan pendirian parti selama ini yang sentiasa menghormati parti lawan.

Bila baca tang tu teringat salah satu 'keluhan' yang pernah diluahkan oleh mantan ADUN Kajang Dr Shafie Abu Bakar (Bakal ADUN Bangi plak kut Insya Allah) tentang layanan yang diberikan kepada beliau sepanjang beliau menjadi ADUN Kajang. Jom kita baca salah satu daripadanya


Di Mana Ruang Parking ADUN Kajang ?


Setiap kali berkunjung ke MPKj
Menyelesaikan urusan
Tersentuh hatiku menyayat
Betapa fasiq dan mungkarnya
Pegawai MPKj bertindak
Membezakan ADUN Pembangkang
Dan ADUN Kerajaan
Sama dipilih rakyat
Di dalam Kawasan Hulu Langat.

Lihatlah ruang parking ADUN-ADUN
Di sisi bangunan MPKj
Terpampang pada papan bertiang
ADUN Dusun Tua, Balakong, Beranang
Dalam petak-petak sebarisan
Di mana ruang ADUN Kajang ?

Inilah diskriminasi
Mencanggah demokrasi
Petak ruang dirampas segi hakikat
Mereka menghina rakyat
Yang memberi mandat
Betapa tidak bermaruahnya tindakan
Wakil yang menang diketepikan
Yang kalah diangkatkan
Menganggotai ahli majlis
Bernama Perbandaran Kajang
Hakikatnya ADUN Kajanglah
Paling utama mewakili Kajang
Merekalah perompak demokrasi
Menzalimi keadilan
Menganaktirikan ADUN Kajang
Menafikan peruntukan.

Betapapun ADUN Kajang
Menghadapi tekanan
Dalam kesempitan wang
Demi mandat rakyat
ADUN Kajang tetap berkhidmat
Membuka kaunter aduan
Melawat lokasi bencana
Menyelesaikan pertikaian
Kunjungan ke MPKj tetap berterusan
Menghantar aduan
Mencari ruang parking biasa
Yang kekosongan
Biar kehadiran
Sebagai rakyat biasa
Tiada keistimewaan
Berbaris di ruang kaunter
Atau duduk di bangku
Menunggu giliran
Kadang-kadang menagih ihsan dari kerani
Mohon cop tanda penerimaan
Demikian ketara Wakil Rakyat Pembangkang
Dari segi layanan.

Di mana ruang parking ADUN Kajang ?
Tak kisah
Biarkan ! Biarkan ! Biarkan !
Amalan diskriminasi berterusan
Rakyat memerhati di mana demokrasi
Lantas membuat pengadilan.

ADUN Kajang,
02 Ramadhan 1423
07 November 2002
Entry One:

Dua tiga hari sebelum ni saya baca berkenaan keputusan (MFK) Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa harus melabur dalam ASN/ASB atas dasar maslahah walaupun mengikut sumber dari UZAR mengatakan bahawa hujjah utama Majlis Fatwa adalah "MASLAHAT". Ini bererti majlis fatwa bukannya mengesahkan sistem dan cara pelaburan ASB dan ASN yang sedia ada tetapi ia diluluskan atas dasar 'Maslahat' atau kepentingan ramai (mungkin kerana terlalu ramai orang Islam yang telah terlibat dan fatwa mengharamkan akan mengakibatkan kekalutan yang tidak tergambar), hasilnya ia difatwakan harus.


Hari ni ada satu lagi berita yang melibatkan keputusan Majlis Fatwa iaitu Berdosa bayar zakat terus kepada asnaf. Berhati hati bila membayar zakat, mungkin anda boleh terlepas daripada LHDN tapi belum tentu lepas dari berdosa. (Kalau nak ikut keratan berita tu lah)


Entry Two:

Tertarik bila tengok senarai penerima pingat sempena Hari Wilayah tempoh hari. Mungkin bagi yang rajin bolehlah kut kira bilangan penerima yang terdiri daripada orang politik dibandingkan dengan penjawat awam atau pemimpin masyarakat. Yang saya tertarik dalam banyak banyak tu ada satu fakta yang ramai tak perasan atau tahu iaitu adanya bahagian/unit Ekstremis Politik di bawah Cawangan Khas(SB) di dalam PDRM. Nak semak sendiri bolehlah ke situ.

Entry Three:



"Kalau anak cucu tanya esok kenapa datuk dipecat, jawabnya datuk dipecat kerana menegakkan yang makruf dan menegur yang mungkar"

- Lebih kurang petikan ceramah/temubual bersama SS Dato' Ishak Baharom berkenaan isu penamatan kontrak beliau.

Pak Subky juga ada buat ulasan berkenaan almarhum boleh rujuk di sini

Entry One:

Respon kepada posting sebelum ini

"Mana ada caj tadah air hujan," Khir Toyo


Entry Two:

Berkenaan dengan gentlemen’s agreement antara FPM dan CPM

Ni Versi dari FPM(Former PM):

Pemberita: When you (Tun Dr M) stepped down in 2003 you said that you’ve made a gentleman agreement with Pak Lah that he would only stay for one term, so kalau he stay for more than one term macam mana?

Tun: Even if I say I have this gentleman's agreement there is no way I can prove it. So that was my thinking, that since he was older than Najib he should be the PM for one term and Najib should be able to take over.



Versi dari CPM (Current PM) plak:

"Tiada perjanjian," tegas Perdana Menteri kepada pemberita selepas melancarkan pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur di sini hari ini.
Abdullah, bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu, walaupun ditanya beberapa kali pemberita kecuali mengulangi jawapannya: "No gentlemen’s agreement (tiada perjanjian mulut)."


Mana satu ni?

Kalau FPM betul maksudnya CPM tak betul lah ke masa FPM duk cakap CPM zzzzzzzz.

Kalau CPM betul maksudnya FPM tak betullah dan memang orang yang pernah terlibat dengan tuduhan menuduh orang lain liwat tanpa saksi adil ni tak boleh diterima panyaksiannya.


Versi Deputy PM (DPM) plak kata macam ni?

"Saya tidak tahu mengenai hal itu (perjanjian di antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Abdullah). Saya komited untuk menyokong Perdana Menteri dan setia kepadanya."




CPM sewaktu mula mula melapor diri sebagai DPM ke-4 kepada FPM pada 11 Jan 1999. Masa tu masing masing tengah tak pelupa or mudah mengantuk lagi kot.

Jadi mana satu ni? FPM ke CPM ke atau DPM yang betul ni? FPM sokong DPM tapi DPM sokong CPM

Entry Three:

Tertarik baca tulisan Abg Roslan pasal The Emperor’s New Clothes. Tak tahu kebetulan ke or memang Allah nak tunjuk. Tapi menariklah dengan pimpinan UMNO ni ada yang meniaga roti, ada yang bukak kedai baju, ada yang dikatakan meniaga kapal selam, ada yang dikatakan meniaga pasir nasib baik takde lagi yang dituduh meniaga negara.




Tapi saya tak nak cerita banyaklah pasal tu sebab ramai mungkin dah baca pasal tu.Sebenarnya saya tertarik dengan satu keratan dari Utusan hari ni:

"DUA spekulasi politik sedang tersebar luas di Negeri Sembilan. Pertama tentang Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan disebut-sebut akan bertanding kerusi Parlimen kerana pucuk pimpinan memerlukan kepakarannya mentadbir khususnya ekonomi dan pelaburan untuk menyandang jawatan menteri penting di Pusat.

Spekulasi kedua ialah mengenai seorang pemimpin muda di Pusat yang berasal dari negeri Adat Perpatih itu dan berwawasan futuristik bakal menggantikan Tok Mat. Jika ini berlaku, pemimpin muda itu memasuki fasa kedua cita-cita politik yang dirancangnya beberapa tahun lalu."

Yang menariknya bila dirujuk mengenai spekulasi kedua dan respon di bahagian terlibat antaranya seperti berikut:


a. "Apa yang silapnya kalau Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan) kekal di negeri ini? Beliau perancang hebat untuk Negeri Sembilan, sudah lama kita nantikan pemimpin berkaliber seperti beliau... biarlah kami di Negeri Sembilan berkongsi kejayaan beliau terlebih dulu"

-Membawa maksud tidak bersetuju @ kurang bersetuju dengan spekulasi kedua

b. "Kalau pertukaran Menteri Besar tidak dapat dielak, kami harap ia bukan semata-mata mahu meletak orang baru di negeri kami... ini penting kerana bukan mudah dalam masa singkat berubah daripada berpaut pada satu dahan kuat kepada dahan baru yang belum diketahui kekuatannya."


-Juga membawa maksud tak berapa nak terima spekulasi kedua tapi kena terima jugaklah tapi kalau boleh tak naklah spekulasi kedua tu..


c. "Tok Mat ada kepakaran luar biasa, beliau bekerja kuat dan benar-benar mahu melihat kejayaan, apabila merancang beliau sudah nampak kejayaan di depannya.

“Sebab itu, kami tidak teragak-agak beri kepercayaan dan komitmen kepadanya dan selepas empat tahun, jangkaan tentang kredibiliti dan wawasannya adalah tepat."


- Lagi parah maksudnya kalau spekulasi kedua tu jadik maksudnya "pemimpin muda di Pusat yang berasal dari negeri Adat Perpatih itu dan berwawasan futuristik"(bombastik Mrloba loba - saya tambah) sebenarnya tak ada kepakaran luar biasa, tidak bekerja kuat,dan benar benar tidak mahu melihat kejayaan, apabila merancang beliau tak nampak kejayaan di depannya.


d. "Jadi, apabila kejayaan dan kemakmuran sedang dikecapi di bawah Tok Mat, apakah perlunya kita dibawa pula dengan orang baru?"

- Huhu sedihnya memang pipi tak muncung hidung tergolek golek kalau spekulasi kedua tuh jadi atau dipaksa jadik.


e. Menariknya antara ayat penutup keratan berita ini adalah seperti dibawah:

Ekoran itu ramai yang tidak senang. Merelakan orang luar bertanding di Parlimen itu seperti mengguris semula luka yang hampir sembuh.

- Fuhhh memang huru haralah kut kalau spekulasi kedua tuh jadik... Tapi percayalah semua tuh pasti akan bertukar menjadik pujian lelangit mungkin dari mulut mulut yang sama andai spekulasi kedua benar benar terjadik.Ingat kes 22 Adun di sebuah Negeri yang bantah perlantikan MB dulu?

Tapi naperlah orang tak suka sangat spekulasi kedua tu berlaku?

Entry Four:

a. "I don’t know what is Islam Hadhari. I’m not a Muslim Hadhari. I’m a Muslim, period."
- FPM, Tun Dr Mahathir http://www.malaysiakini.com/news/67091

b. (sebahagian daripada temuramah bersama Tun Ghafar Baba yang di ambil dalam Harakah bil. 1268; 1-15 mei 2005)


Soalan: Apakah pandangan Tun dengan terciptanya Islam Hadhari?

Bagi saya Islam hanya satu sahaja. Iaitu Islam yang diturunkan Allah swt, itulah Islam saya. Sesiapa hendak tambah suka hati masing-masinglah.




Soalan: Tidakkah ini mengelirukan rakyat?

Ini kena Tanya rakyatlah. Saya tak ada apa-apa, saya tetap berpegang pada Islam sahaja. Islam yang diturunkan Allah swt lengkap, tidak ada manusia boleh memberisatu nama yang serupa dengan itu. Siapa hendak tambah terpulanglah kepada masing-masing, terpulang kepada rakyat hendak terima atau tidak. Saya berpegang pada Islam drpd asal sampai sekarang tidak berubah. Orang putih kata ‘Islam is Islam,is Islam, is Islam’.
Alkisah di Sebuah Negeri Antah Berantah.......



Selangor kenakan bayaran jika tadah air hujan

Oleh Abdul Razak Ismail (Klpos)

KOLUMNIS R.Nadeswaran (Citizen Nades) dari The SUN hari ini membongkar 'kegilaan' kerajaan Selangor dibawah pentadbiran Khir Toyo melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengenakan caj bayaran kepada mana-mana pihak atau individu yang didapati menakong atau menadah air hujan dipremis masing-masing di mana-mana tempat di negeri Selangor.

Ini dinyatakan dalam satu surat pekelilingnya bertarikh 2 Januari lalu yang mengatakan sebarang penggunaan air hujan atau pihak LUAS menggunakan terma " pengambilan air permukaan" adalah tertaklok dibawah seksyen 2, 6, 40, 41, 44 dan 107 Enakmen LUAS 1999.



Dimana pihak-pihak berkenaan perlu mendapatkan kebenaran LUAS terlebih dahulu lantaran kemudiannya akan dikena sejumlah caj bagi penggunaan 'air permukaan' tersebut.

Perkara ini di pertikaikan oleh pengusaha-pengusaha kelab-kelab golf yang mengatakan bahawa kolam-kolam takungan mereka merupakan sebahagian dari lankskap lapangan golf yang juga bertindak sebagai kolam takungan mencegah banjir disamping airnya digunakan untuk menyiram rumput di lapangan golf mereka.

Sesetengah kilang menggunakan air hujan kitar semula dipremis mereka untuk operasi kilang mereka dengan jumlah yang banyak dan berpendapat bahawa tindakan LUAS sudah keterlaluan kerana mereka menggunakan air
yang 'turun dari langit' dan mempersoalkan kenapa pulak LUAS mengenakan bayaran sedangkan air tersebut tidak diproses oleh LUAS.

Walaupun apajua seksyen dan enakmen yang digunapakai oleh LUAS tetapi secara logiknya dimana letaknya 'Hak' LUAS terhadap air semulajadi yang turun dari langit kurnian Tuhan yang ditakungkan di premis
persendirian. Bila pulak LUAS mengeluarkan kos bagi membina takungan-takungan atau kolam-kolam di kilang-kilang ataupun kelab-kelab golf tersebut ?

Apakah perbendaharaan kerajaan Selangor yang baru-baru ini telah diisytiharkan 'negeri maju' sudah kekeringan hingga memaksa mereka mengenakan bayaran bagi mengambil air hujan.

Mungkin satu hari nanti ada agensi kerajaan negeri Selangor akan mengetuk pintu rumah anda dan mengeluarkan resit meminta bayaran ke atas udara yang anda sedut.