2/11/2008 3:16 PM by nuun
Musim musim Parlimen nak bubar ni....
Semua duk sibuk nak cakap bab Praya, Mengundi , Tak nak jadi calon etc. bla bla bla. Tertarik dengan satu tajuk dalam Utusan semalam Tiada dendam terhadap penyokong Pas – Najib yang menceritakan bahawa BN akan memberikan layanan sama rata kepada mereka selaras dengan pendirian parti selama ini yang sentiasa menghormati parti lawan.

Bila baca tang tu teringat salah satu 'keluhan' yang pernah diluahkan oleh mantan ADUN Kajang Dr Shafie Abu Bakar (Bakal ADUN Bangi plak kut Insya Allah) tentang layanan yang diberikan kepada beliau sepanjang beliau menjadi ADUN Kajang. Jom kita baca salah satu daripadanya


Di Mana Ruang Parking ADUN Kajang ?


Setiap kali berkunjung ke MPKj
Menyelesaikan urusan
Tersentuh hatiku menyayat
Betapa fasiq dan mungkarnya
Pegawai MPKj bertindak
Membezakan ADUN Pembangkang
Dan ADUN Kerajaan
Sama dipilih rakyat
Di dalam Kawasan Hulu Langat.

Lihatlah ruang parking ADUN-ADUN
Di sisi bangunan MPKj
Terpampang pada papan bertiang
ADUN Dusun Tua, Balakong, Beranang
Dalam petak-petak sebarisan
Di mana ruang ADUN Kajang ?

Inilah diskriminasi
Mencanggah demokrasi
Petak ruang dirampas segi hakikat
Mereka menghina rakyat
Yang memberi mandat
Betapa tidak bermaruahnya tindakan
Wakil yang menang diketepikan
Yang kalah diangkatkan
Menganggotai ahli majlis
Bernama Perbandaran Kajang
Hakikatnya ADUN Kajanglah
Paling utama mewakili Kajang
Merekalah perompak demokrasi
Menzalimi keadilan
Menganaktirikan ADUN Kajang
Menafikan peruntukan.

Betapapun ADUN Kajang
Menghadapi tekanan
Dalam kesempitan wang
Demi mandat rakyat
ADUN Kajang tetap berkhidmat
Membuka kaunter aduan
Melawat lokasi bencana
Menyelesaikan pertikaian
Kunjungan ke MPKj tetap berterusan
Menghantar aduan
Mencari ruang parking biasa
Yang kekosongan
Biar kehadiran
Sebagai rakyat biasa
Tiada keistimewaan
Berbaris di ruang kaunter
Atau duduk di bangku
Menunggu giliran
Kadang-kadang menagih ihsan dari kerani
Mohon cop tanda penerimaan
Demikian ketara Wakil Rakyat Pembangkang
Dari segi layanan.

Di mana ruang parking ADUN Kajang ?
Tak kisah
Biarkan ! Biarkan ! Biarkan !
Amalan diskriminasi berterusan
Rakyat memerhati di mana demokrasi
Lantas membuat pengadilan.

ADUN Kajang,
02 Ramadhan 1423
07 November 2002

0 Response to " "