Kalaulah duit tu duit poket sendiri bukan duit pembayar cukai

Entry One:
Kereta Tunku’ sertai perarakan

"Pada sidang media selepas menyaksikan ketibaan kereta berkenaan menerusi penerbangan kargo Federal Express, Rais berkata, walaupun kerajaan terpaksa membelanjakan RM171,000 bagi membeli dan membawa kereta itu ke tanah air, usaha memperingati perjuangan pemimpin negara terdahulu adalah amat bermakna dan berharga.



Rais berkata, kereta hijau muda itu akan melalui beberapa proses penyelenggaraan menyeluruh, termasuk dicat semula kepada hitam seperti kereta yang dinaiki Tunku Abdul Rahman.

"Kereta klasik yang dinamakan sebagai Kereta Merdeka itu juga akan menggunakan nombor pendaftaran M4442, iaitu nombor sama dengan kereta yang dinaiki Tunku Abdul Rahman ketika itu," katanya.





Komen: Baca artikel ni teringat TG Nik Aziz pernah buat statement lebih kurang berbunyi "Islam Hadhari ni macam kereta sorong gi bubuh lambang Mercedes, bubuh lah lambang gapo pung keta sorong ssituh lah"

Erm.. Berabih sampai dekat Dua Ratus Ribu dah memang bukan kereta tu. Kereta yang asal ada kat Memorial nuh..



Banyak benda boleh buat dengan duit sebanyak tu. Anak yatim piatu kat Kluang tu boleh tulun, Yang kemalangan semalam pun banyak lagi sanak saudara yang meninggal tak terjaga.

Note: Kerajaan Kelantan baru sahaja selesai mengadakan Seminar Cuti Ihdad khusus untuk mengambil berat soal Isteri yang baru kematian suami. Membincangkan dari segi kebajikan utk kakitangan kerajaan negeri yang kematian suami. Latest tunggu berita rasmi.

Entry Two:

Takziah & Mudah mudahan diberi kesabran dan keuatan oleh Allah kepada semua yang sedang diuji

Sabri Yunus tabah jalani ketentuan ilahi

TERKINI: Adibah Amin diserang angin ahmar

Ibu Muhyiddin Yassin meninggal dunia

Nahas terburuk 20 maut

Apa Citer Malaysiaku

Entry One:

Ni takde kena mengena dengan Fong Sai Yuk. Juga tidak ada unsur unsur penderaan ke atas "mangsa" terlibat.







Entry Two:

Gerak gempur dilancar -- Jentera pilihan raya UMNO mula digerakkan secara berperingkat

"KEPALA BATAS 12 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melancarkan Gerak Gempur Pergerakan Pemuda UMNO dan Gerak Kerja Pilihan Raya Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kepala Batas di sini bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Di seluruh negara, jentera gerak gempur pilihan raya UMNO sudah mula dilancarkan secara berperingkat-peringkat oleh para pemimpin parti itu.

Dalam ucapannya pada majlis pelancaran gerak gempur itu, Abdullah yang juga Presiden UMNO mengingatkan anggota-anggota sayap UMNO itu supaya bersiap siaga pada tahap yang efisien bagi menghadapi pilihan raya."



Komen: Macam dah dekat sangat, polis kata bersedia, SPR kata lepas bulan 9, PAS pulak kata bulan 11. Tapi menantu kata lain plak. Psy war ke? , apa pun mesti ada mesyuarat JKKK dulu baru boleh fix date iyer tak

Khairy ramal pilihan raya bukan tahun ini





Note; Dua minggu lagi Ceramah Mat Sabu tapi dia kemalangan plak. Any idea?

Latest News: Abang Mat ceria, berseloroh di wad - Ustaz Nasruddin


Entry Three:

Tony Kasim kembali ke rahmatullah

"Isteri Allahyarham, Che Juita Hashim, 47, berkata, suaminya meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi ketika mengerjakan solat sunat tahajud di rumah mereka."

Komen: Mudah mudahan itu petanda Husnul Khatimah. Allah mengurniakan hidayah kepada siapa yang dikehendakinya.

Entry Four:

Miskin punca rentung -- Tidak mampu bayar bil elektrik sebabkan 5 beranak maut



"Pemilik rumah yang disewanya, Jaliah Osman, 60-an, berkata, Sufiah pernah mengadu keluarganya kesempitan wang.

Lima hari lalu bekalan elektrik ke rumah itu dipotong kerana Kasmuri tidak dapat menjelaskan tunggakan bil sebanyak RM800.

“Kasmuri menggunakan sebahagian besar daripada wang yang dimiliki untuk membiayai tiga anaknya yang sedang menuntut di pusat pengajian tinggi,” kata Jaliah."

Komen: Apa cerita dengan syarikat syarikat di bawah?

"Shaziman berkata 10 syarikat mempunyai bayaran tunggakan bil elektrik berjumlah RM295.08 juta kepada TNB setakat Januari 2006 dengan Perwaja Steel Sdn Bhd terhutang sebanyak RM254.33 juta.

Yang lain ialah Nur Distribution Sdn Bhd (RM19 juta), Pendinginan Megajana (RM6.69 juta), United Paper Board (RM2.98 juta), Syarikat Stadium Shah Alam (RM2.89 juta), Teck See Plastic Sdn Bhd (RM2.76 juta), Merbok MDF Sdn Bhd (RM2.19 juta), MCB Industries Sdn Bhd (RM1.62 juta), Infineon Technologies (RM1.35 juta) dan Nibong Tebal Paper Mill (RM1.28 juta)."

"Shaziman berkata jumlah tunggakan bil elekrik seluruh negara setakat Januari tahun ini adalah RM2.32 bilion, dengan tunggakan pengguna domestik adalah sebanyak RM441 juta, komersial (RM708 juta), industri (RM1.12 bilion), perlombongan (RM0.66 juta) dan lampu jalan (RM48.39 juta)."

http://www.bernama.com/kpdnhep/news.php?id=185801&lang=my

Komen:

1. Memang TNB tak tahu nak jadi macam tu. Kalau tahu mesti TNB tak datang potong, so taklehlah nak salahkan TNB 110%

2. Katakan arwah ada merayu untuk buat penangguhan agak agak dapat ke tidak?

4. Mungkin arwah sekeluarga tak terfikir untuk memohon bantuan zakat tambahan pula amil yang duk kutip zakat pun kutip jer kerjanya kot mungkin tak terlintas nak tanya org yang dikutip zakat fitrah tu patut atau tidak dapat balik sumbangan dari asnaf yang lain.







5.Apa pun mudah mudahan Allah letakkan mereka semua dikalangan orang yang tidak dihisab pada hari yang semua orang tak sanggup menunggu untuk penghisaban. Mudah mudahan ditempatkan di JannahNya.

abu amiir

14 Ogos 2007

no subject - Updated

Entry One:

Malam tadi sewaktu tengah uruskan hal kereta yang telah melalui proses 'incarnation' Ummu Muhammad telefon minta untuk bawakan 'Ali ke klinik kerana nappy rashesnya yang agak teruk. Sebab tu lah kut nangisnya lebih sikit.

"Emm ye ye kita pergilah" jawab saya sambil dalam kepala tengah berfikir nak kena hubungi semua ***** di anjung selatan untuk tangguhkan mesyuarat sebab tak pasti pukul berapa baru boleh selesai di klinik. Bukan senang nak setkan balik masa masing masing.Kalau tak pergi klinik dan mesyuarat ni dibatalkan pun saya still ada lagi satu event yang berlaku serentak cuma kena ikut keutamaanlah.




"Suasana di klinik pukul 10 malam tadi"


"Ni RM *** bakinya nanti saya bayar bila saya serahkan geran untuk pendaftaran semula jpj & puspakom nanti" sambil menghulur duit bayaran.

Sebenarnya ini kali ketiga saya kira kereta saya "menelan" duit simpanan saya dalam jumlah yang boleh dikira besar. Tahun lepas disebabkan kemalangan dan "throttle problem", yerlah mungkin disebabkan usia kereta dan kemalangan sewaktu saya tergesa gesa. Tapi kali ini memang salah satu faktornya disebabkan kecuaian dan tidak tergesa gesa saya.




Apa pun pengajaran yang saya duk fikir...


1. Kalaulah ambil pre caution awal takde sampai terpaksa bercuti,pakai kereta orang,kena tukar sebiji enjin.Bersusah payah dgn jpj dan puspakom. Kenduri adik angkat ummu amiir pun tak dapat pergi salah satu faktornya takde kenderaan.



"Keta pinjam..Kalau tak, tak dapat pergi kerja.."

2. Kebanyakkan masalah atau akibat/perkara yang besar bermula dengan perkara yang kecil yang diabaikan. Begitulah juga dengan hati manusia. Menjadi keras lantaran mengambil mudah dosa dosa kecil yang membentuk titik titik kecil di hati yang lama kelamaan membesar umpama kanser yang bila dikesan atau berlaku kerosakkannya sangat susah atau tidak dapat untuk dibaiki lagi.

3. Semua orang akan menyesal pada hari akhirat yang buat baik menyesal kerana tidak buat lebih baik. Yang buruk kerana tidak beramal dengan amalan yang baik

3. Menyesal di Akhirat tidak sama dengan mennyesal di dunia kerana menyesal di dunia masih lagi ada jalan pulang.

4. Rasanya Memang Allah nak "kenakan" saya kali ni sebab memang ada salah yang saya buat..memang terduduk jugak bila dapat tahu jumlah yang perlu di bayar dan rasa nak menangis jugaklah waktu hulur duit tu semalam.. tak pasal pasal. Banyak benda boleh buat dengan wang sebanyak tu.

5. Ibnu Masud pernah berkata:

"Sesungguhnya seorang mukmin itu melihat dosanya seperti sebuah bukit yang dibimbangi akan menimpanya. Manakala, seorang yang selalu melakukan dosa akan memandang dosa itu seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya".



Entry Two:


"Baba tak pergi mesyuarat ke malam ni?, Nanti naik tidur dengan amiir ek Baba"



abu amiir
selasa 7/8/07


Entry Three:

Daripada Malaysia Today

DISTRIBUTOR THREE

The Malaysia Today banners shall be ready on Sunday 12/8/2007

Non-business hours
- Starbucks - Pusat Bandar Damansara
- Starbucks - Bangsar Village
- Coffee Bean - SS2
- Syed - SS3
- Any place in Bangsar/TTDI/hartamas/Mt Kiara/Damansara/SS2/SS3 for orders over 10

Business hours
Can collect at Menara Telekom

comments: Fuyyooo.... saper ni?

Mail Order
I will be able to mail order, if ppl order 10 or more banners, email me at mtsticker@gmail.com for mail orders/payment and questions.

minggu ziarah klinik & pusat kesihatan

Ahad Petang 22 Jul 2007

"Awak nak MC ke?" "Takperlah......erm bolehlah in case" jawab Ummu Muhammad. Esoknya memang benar benar beliau bercuti

Selasa Pagi 24 Jul 2007

" Doktor saya sakit kepala, mulut bla, bla bla…Dah datang Ahad lepas dr bagi ubat bla bla bla bla" Adu Ummu Muhammad selepas di bawa ke Klinik pada pagi tersebut.
" Awak datang bila? Ahad lepas tapi takde pun rekod awak datang ahad lepas, last sekali awak datang 3 haribulan 7. awak jumpa doktor mana?
"Dr Mohd Ali."
"Takperlah mungkin rekod lain kut. Awak boleh kerja atau mahu cuti? tanya Dr Ayman yang berketurunan arab itu"
"Cutilah " jawab Ummu Muhammad
“Ok saya bagi MC satu hari insya allah.... Seperti yang dijangka...

Rabu Malam 25 Jul 2007

"Berapa lama pakai prebiotic ni baru nampak kesan?" tanya saya

"Kita pakai dua minggu dulu tengok kesannya. Dulu ada juga kes macam ni kita bagi prebiotic ada kesan. Kita kena handle satu satu dululah pertamanya batuk die dulu kemudian baru pasal muntah" ujar Dr Huda sewaktu dirujuk berkenaan amiir yang muntah hampir setiap hari sekarang (bukan hampir memang tiap2 hari)

Catatan: Mesyuarat **** Negeri di Shah Alam tak pergi. Masa yang sama di serdang ada lg satu jemputan utk portfolio lain..

Khamis Malam 26 Jul 2007

"Mungkin urat awak ni mengalami stress" jawab doktor di klinik yang lain pula pada ummu muhammad sambil mengajarkan teknik tertentu untuk mengurangkan kesan stress tersebut"

1030 malam dapat panggilan daripada adik saya.beliau dan rombongan sekolahnya seramai 6 orang terkandas di Nilai entah mcm mana salah atur, bas yang ditunggu2 tak sampai. Terpaksa ke sana.Dua trip juga dibuatnya. Jam 130 kesemua di bawa balik utk menginap di Bangi.

Catatan: Excuse Mesyuarat **** yang sepatutnya di adakan malam tersebut.

Jumaat 27 Jul 2007

" Kota Bharu male nih ado lagi ko?"
"Takdok" jawab semua kaunter yang ditanya di hentian Kajang
" Putra pun takdok jugok ek. Paling awa bilo ado"
" Habih doh .Pagi esok adolah "

Sepagi saya menguruskan urusan pembelian tiket untuk adik saya dan rombongan sekolahnya yang terkandas. Semua tiket Bas ke KB habis(biasalah ke Negeri tak membangun susah nak dapat tiket kalau last minit tambahan pula 6 orang) Stesen keretapi dituju Alhamdulillah ada bermakna saya terpaksa berkejar selepas mesyuarat di pejabat untuk uruskan pengangkutan.

Lepas Jumaat. Minta tangguh mesyuarat 30 minit sebab tak sempat sampai. Pengerusi bersetuju.fuhh… sempat jugak sampai lepas 30 minit sambil dukung amiir yang dahpun tertidur masuk bilik mesyuarat. Plan asal ingat lepas ambik dia di sekolah pagi tu jumpa ayah su die sumer lepas jumaat hantar rumah tuk jer tapi semua tak balik sekolah lagik)

Malam uruskan penghantaran mereka 2 trip.
Catatan: Tak pergi Program **** peringkat zon sedangkan saya yang aturkan jemputan pada tarikh tersebut

Ahad Malam 29 Jul 2007

Sekali lagi ke klinik kali ni untuk ummu muhammad dan 'ali yang demam demam amiir pula untuk mata beliau yang bengkak digigit sewaktu tidur. Saya sendiri sepanjang satu hari sampai ke malam sakit kepala, tengkuk etc.

Catatan: Program Mingguan utk kesekian kalinya tak pergi.

Selasa 31 Jul 2007

"Abg sibuk tak, kalau sibuk ija balik naik komuterlah"
Sekali lagi Ummu Muhammad mendapat MC. Pergi ambik beliau kat Ofis bawa balik berehat malam nampaknya berkurangan sedikit sahaja sakit beliau. "Erm..macam mana nak tinggal tiga tiga kat rumah malam ni, tak terjaga Ummu Muhammad kalau sorang duk nangis lagi dua org duk "memeriahkan" suasana. Akhirnya saya bawa amiir ke Mesyuarat ****. Alhamdulillah dia tak buat hal sepanjang mesyuarat. Memang aim saya dan ummu amiir dari dulu lagi untuk biasakan dia dengan perkara perkara ni. Kalau Jumaat Petang beliau dah biasa tengok tuk nya pergi usrah, malam malam babanya ke “mesuaghat”.

Catatan: Lagi satu Mesyuarat **** tak pergi bertindih masa.Kena wakilkan pada org lain tapi tak ada feedback depa pergi ke tidak. Terpaksa follow up dengan SU balik.

Rabu 1245am 1 Ogos

Selepas tertangguh beberapa kali barulah saya dapat noktahkan catatan "minggu ziarah klinik & pusat kesihatan" kami sepanjang minggu lepas.....



"amiir yang nyenyak tidur selepas bermesyuarat (bukan semasa bermesyuarat) Ummu Muhammad, Muhammad dan 'Ali dahpun nyenyak di atas"

Kenapa Saya tak Update Blog ini? - 2

"Baba nak pergi mesyuarat ke? Balik lambat ek?"

kali pertama dengar soalan tu terdiam jugak tapi memang saya dah acap kali pesan tiap tiap malam sebelum keluar supaya duduk elok elok kat rumah, Sememangnya dia dah tahu kalau saya mahu keluar balik setelah sampai ke rumah memang itulah salah satu tujuannya.

Seboleh bolehnya saya sendiri mahu waktu malamnya atau hujung minggunya adalah bersama keluarga tapi semenjak dua menjak kebelakangan ini terutama selepas april dan selepas "putik"hajat tersebut makin kurang kesampaian.

Kadangkala terselit juga bisikan bisikan jahat untuk merungut dgn situasi sekarang tapi bila teringat balik kata kata Dr Muhaya(1) "kita letih kerana buat benda baik tak nak ke?" bolehlah buat pujuk hati sekejap. Then bila mendapat tahu pimpinan dan org atasan keadaanya lagi berganda2 dari saya (2) suara2 sumbang tersebut melemah seketika.

Kadangkala kecil hati juga bila mendapat tahu ada rakan2 yg kemahiran dan kelayakan dirasakan lebih daripada kita tapi boleh "bersenang lenang" tapi bila di ajak utk sama sama macam macam kesibukkan mereka dtg. Sedangkan kita nak mengajar anak solat dan mengenal huruf pun terkejar2 .Takpelah saya pun tak tahu lagi bagaimana saya pada masa hadapan entahkan turut sama menjadi sebahagian drp statistik itu.

Tkasih kpd ummu muhammad, saya kira mungkin ini adalah antara adjustment yg perlu beliau buat, kena tinggal, saya balik beliau, muhammad,amiir,dan 'ali telahpun tidur nyenyak. Hari minggu yg hampir tidak sama dengan orang lain, nak memasak pun kena tunggu hari minggu tapi masa tulah saya kebanyakkannya takde. Itu tk dicampur dgn rumput yanng semakin memanjang di halaman rumah.

Malam ni seperti malam malam sebelumnya saya akan terus berpesan kpd amiir" amiir duduk mmolek deh, baba nak gi mesyuarat" moga moga kerja buat ini kalaupun tidak menambah pahala atau meningkat darjat, cukuplah ianya dpt menghapuskan dosa dan mendatangkan barakah kpd saya dan keluarga.

Itu selepas waktu pejabat.Waktu pejabat? Kelmarin dpt panggilan kena pergi training ******* di TM Net. TM Net Cyberjaya? Hmmmm...dah hampir tiga tahun saya tidak ambil kesah dan mengelak drp melalui pejabat tu. Saya ingat saya tak akan pijak lagi kaki ke situ rupanya tidak........



Nota: Ditulis Pada Hari Rabu Minggu Lepas> Tengah tak hilang "culture shock" lagik :P

(1) : Forum anjuran IU bersama Dr Muahay, Ust Anwar Ridzwan & Kak Ogy
(2) : Komitmen Pemimpin

a) "Keluar ke medan , guna membawa mesej perjuangan Islam yang suci ini , kekadang memakan masa 3 hingga 4 hari . Kekadang pula sampai berminggu . Malah kereta saya adalah rumah no . 1 saya . Tak banyak masa saya di rumah . Rumah saya tak ubah seperti rumah persinggahan atau rumah kedua.

Isteri saya bagaikan isteri no . 2 yang di"madu"kan dengan perjuangan ini . Demikian anak - anak , mereka hanya sempat menemui walid mereka di hujung - hujung bulan atau minggu"

b) "Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man sudah 3 malam tidak pulang ke rumah kerana menghadhiri majlis - majlis anjuran parti"

c)"Yb. Salahudin Ketua DPP Pusat yg lebih mesra saya panggil Abg Din . Ahli Parlimen , tetapi ke hulu ke hilir menghadhiri program parti hanya dengan menaiki bas . Demikian juga Mazlan Aliman"
-Ust Nasarudin Tantawi

d) "Ketika sampai di perkarangan masjid As Saadah, Beta Hilir, Tok Guru baru sahaja selesai solat zohor berjemaah dan sedang memberi tazkirah – amalan beliau sejak berdekad lalu. Kira-kira 40 orang sedang mengikutinya dengan asyik dan tertib. Ketika saya menjenguknya ke ruang mihrab tidak nampak batang tubuhnya dan yang kedengaran hanya suaranya sahaja. Saya jadi tertanya-tanya.

Mulanya saya fikir kaset atau CDnya dipasang, tetapi selepas meninjau ke dalam baru nampak beliau sedang memberi tazkirah sambil duduk tersimpul dengan kedua belah tanganya di topang ke belakang.



Beliau kelihatan begitu tidak bermaya. Menurut pegawaiaya sebaik saja lepas dari menemui doktor di HUSM pada tengah hari, beliau terus ke kampung Dewan Beta Hilir semata-mata kerana ingin melihat proses memasukkan chemical ke dalam pohon depu.

Sanggup hadir

Mendengar penjelasan pegawainya itu saya jadi terdesah. Betapa Tok Guru walaupun dia penat dan keuzuran namun sanggup juga hadir semata-mata hendak menyaksikan proses memasukan chemical ke dalam batang pokok berkenaan.

Padahal kalau hendak dikira, peristiwa itu tidak begitu penting apa lagi beliau dalam keadaan kurang sihat. Namun tidak siapa berani menghalangnya dan itulah sifat Mursyidul Am Pas itu beliau sanggup mengagahkan diri demi tugas dan melaksanakan tanggungjawabnya.

Apa yang dilakukan petang semalam bukan saja untuk menyaksikan peristiwa berkenaan, tetapi turut juga menjenguk seorang penyokong partinya di kampung berkenaan yang terlantar sakit bertahun-tahun kerana serangan angin ahmar.




Apa yang dapat disaksikan petang tadi mengenai MB itu sungguh menginsafkan dan sekaligus menunjuk betapa komitednya beliau kepada tugas dan tanggungjawabnya.

Biarpun dia kelelahan dan keuzuran namun amanahnya kepada Allah diteruskan juga. Menyampaikan takzirah meskipun dalam keadaan yang sungguh letih menjelaskan bahawa beliau begitu jujur dengan nekadnya bahawa dakwah atau kerja menyeru manusia ke jalan kebaikan tetap diteruskan meskipun di pangking perihatan.

Sementara kegigihannya mengagahi diri bagi melihat kerja-kerja memasukan chemical ke dalam batang depu itu serta mengagahi diri menziarahi orang sakit pula menunjukkan betapa tanggungjawabnya yang dipikulnya sebagai ketua kerajaan tetap dipundaknya walau dalam keadaan bagaimana sekalipun."
http://msomelayu.blogspot.com

Kenapa Saya tak Update Blog ini?

Kenapa yer? Agak agak...?

Kemahiran pada zaman Hadhari

Mungkin rakyat marhaen disebukkan dengan isu kepala botak kut minggu lepas sampai tak perasan berita kat bawah.

Source: http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2007/6/15/central/17973602&sec=central


Bartenders whip up a storm at contest

By JADE CHAN
Photos by RICKY LAI


THEY shook, stirred and dazzled the crowd as they whipped up two cocktails – a martini and a long drink – within a few minutes at the Belvedere Bartender Competition.

The competition hosted by Belvedere Vodka at Frangipani bar offered an opportunity to celebrate the skill, creativity and artistry of Malaysia’s bartenders as well as Belvedere Vodka’s belief in the art of mixing the perfect cocktail.

Ten bartenders from various five-star hotels and night outlets competed for the title of Belvedere Bartender of the Year 2007 (Malaysia).

The winner will participate in the Regional Bartender Event in Hong Kong with an opportunity to go on to the Belvedere International Bartender Competition in London.




Test of skill and creativity: Adzhar straining his cocktail mixture before pouring it into a martini glass.


Each cocktail must feature one of the three types of Belvedere Vodka – Belvedere Pure, Belvedere Cytrus or Belvedere Pomarancza, said Riche Monde Malaysia Belvedere Vodka brand manager Jeff Chong, whose company distributes the brand in Malaysia.

Judging will be based on taste, outlook (bartender’s presentation), presentation of drink, aroma and the name of the cocktail.

Test of skill and creativity: Adzhar straining his cocktail mixture before pouring it into a martini glass.
The panel of judges comprised Moet Hennessy Spirits marketing manager Andrew Khan, Belvedere Vodka regional brand ambassador Sam Jeveons and Klue magazine managing director John Lim.

We’re also hosting a cocktail party, which will offer guests and Belvedere lovers the chance to have fun and enjoy some drinks, Chong said.

Riche Monde Malaysia’s corporate clients, media members and celebrities like Marion Caunter, Wong Sze Zen, Stephanie Chai and Will Quah attended the invitation-only event.





Delectable: Alvey sampling Adzhar’s Smooth while Iking looks on.

Daphne Iking hosted the event while Camelia entertained guests with a few songs.

Belvedere literally means 'beautiful to see.' A fitting name for such an alluring vodka, Iking said during the opening of the event.

Delectable: Alvey sampling Adzhar’s Smooth while Iking looks on.
The moniker is in fact inspired by the historical Belvedere Palace in Warsaw, former home to Polish royalties and presidents. Continuing a Polish tradition reaching back 600 years, Belvedere Vodka is handcrafted in small batches using centuries-old techniques to ensure the highest quality, she said.

Mohd Adzhar Ahmad, who has been bartending at Qba in The Westin Kuala Lumpur for two years, was declared the competition’s winner with his long drink named Pomarancza Ozie and martini called Smooth.

Fellow Qba bartender Rizal Junior Johari won second place with his Capito long drink and June’s martini.

Mohd Erik Fiza Zulkifle from The Loft KL was third with his Belveryna and Eredevleb Framboise Tea Martini cocktails.




Third placed: Erik whipping up his Belveryna and Eredevleb Framboise Tea Martini cocktails.


Vodka fan James Coathup tried Erik’s Belveryna and described it as fresh, fruity and delicious.

This drink is something I’d actually buy. I usually go for drinks like vodka cranberry and vodka lime soda when I’m out for drinks with friends, the Australian said.

Channel [V] VJ Alvin Pulga, better known as Alvey sampled Adzhar’s Smooth and declared that its smooth taste lived up to its name.



Rasulullah Sallallhu 'alaihi Wasallam pernah bersabda yang bermaksud: "Allah telah melaknat arak, peminum arak, pembawa arak, pembeli arak, penjual arak, pembuat arak, orang yang minta dibuatkan arak, tukang angkat arak, dan orang yang diangkatkan arak kepadanya" (H.R. Abu Daud)

Bartender kategori mana?

bar·tend·er
–noun
a person who mixes and serves alcoholic drinks at a bar.

Definition From www.dictionary.com

Don't Complaint Your Job





Siiru 'Ala BarakaatiLlah WaAbsyiruu..

Entry One:

Naik gaji vs naik harga


Harga tepung dinaikkan 15 sen sekilogram. Sekilogram tepung boleh menghasilkan tidak kurang daripada 10 keping roti canai. Para peniaga mahu menaikkan harga roti canai sehingga 20 sen sekeping. Ini bermakna, dengan kenaikan 15 sen, peniaga akan mendapat kenaikan pendapatan sebanyak RM2.00.

Jika seseorang memakan 20 keping roti canai sebulan, bermakna dia berbelanja tambahan RM4.00 sebulan atau harga penuhnya RM20.00 jika harga ditetapkan RM1.00 sekeping. Dicampur dengan air minum RM1.20 secawan, dia perlu berbelanja lagi RM24.00 memberikan jumlah RM44.00 sebulan.

Roti canai bersadin yang selama ini dijual dengan harga RM2.50 sekeping, dinaikkan RM3.00 – kenaikan sebanyak RM0.50. Jika dimakan 10 kali sebulan, seseorang akan berbelanja RM30.00 sebulan.

Untuk makan tengahari, dengan lauk ikan, sayur dan sambal tumis, sudah ada yang meletakkan harga RM10.00 sepinggan. Makan di pejabat 20 hari sebulan bermakna RM200 akan terbang. Kenapa harga makan tengahari dinaikkan, walaupun tidak melibatkan kenaikan tepung, hanya peniaga berkenaan sahaja yang tahu.

Bagi minum petang, secawan kopi (Rm1.20) dan dua jenis kuih (50 sen sekeping –dulu tiga seringgit), seseorang akan berbelanja RM2.20 sehari. Jika 20 hari, dia akan berbelanja RM44.00 sebulan.

Dicampurkan kesemua perbelanjaan minum pagi, makan tengahari dan minum petang

seseorang akan berbelanja RM288.00 sebulan. Syukurlah kerana inilah lebih kurang jumlah kenaikan gaji 35% yang dinikmati kakitangan kerajaan berpendapatan rendah.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) giat memantau kenaikan harga barangan dan makanan. Tindakan demi tindakan telah diambil.

Namun kegiatan menaikkan harga barangan dibuat dengan pelbagai cara lain. Gelas air tebu atau air kelapa sudah semakin kecil walaupun harganya dikekalkan RM1.00 segelas. Begitu juga dengan harga cendol, walaupun harganya masih RM1.20, tetapi mangkuknya menguncup.

Penjual air tebu,kelapa dan cendol ini juga sebenarnya adalah oportunis yang mendapatkan keuntungan tambahan kesan daripada kenaikan gaji kakitangan awam antara 7.5% hingga 35% seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, baru-baru ini.

Ini baru para peniaga kecil. Bagaimana pula peniaga besar-besaran seperti restoran—restoran yang menjual setungkul kepala ikan sehingga RM30.00. Ayam dijual dengan harga RM7.50 sepotong dan sotong goreng sehingga RM10 seekor. Siapakah dan bagaimanakah memantau mereka?

Kelapa yang diperah untuk dijadikan santan adalah kelapa pandan atau mawar yang amat kecil saiznya. Jika dulu beli sebiji, kini terpaksa perah dua. Kelapa bersaiz besar dikutip ketika muda supaya dapat dijual dengan harga RM2.00 sebiji. Ini strategi pemasaran dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tidak boleh menghalang.

Kerang yang tahun lalu dijual dengan harga RM1.50 sekilogram, kini dengan harga yang sama baru dapat setengah kilogram. Harga kerang naik lebih awal daripada mula CEUPACS mewar-warkan mengenai kenaikan gaji kakitangan awam.

Di pasar, untuk mendapat ikan berharga kurang daripada RM5.00 sekilogram terhad kepada beberapa jenis sahaja seperti, keli, gelama, cermin, selangat, tilapia hitam dan anak lampam.

Pendek kata, perbelanjaan makan dan minum sudah tinggi dan kakitangan awam tidak boleh melihat kenaikan gaji yang mereka terima adalah kenaikan mutlak. Janganlah kenaikan itu dijadikan alasan untuk membeli kereta atau perabut baru. Berbelanja besar, tidak sepatutnya menjadi matalamat.

Bagaimanapun, dari sudut ekonomi, jika kakitangan kerajaan menjadikan kenaikan gaji sebagai kenaikan kuasa membeli, bermakna para peniaga akan mendapat tempias kenaikan itu. Banyak membeli, bermakna banyak pendapatan bagi peniaga dan kenaikan peniagaan ini akhirnya mengakibatkan pertambahan keuntungan yang membolehkan kenaikan gaji di kalangan pekerja-pekerja mereka.

Secara makronya, jika sistem ini berjalan lancar, semua pihak termasuk pekerja kilang, sebenarnya mendapat kesan tidak langsung daripada kenaikan gaji kakitangan awam. Dengan kuasa beli yang tinggi, kakitangan awam akan membeli barang-barang keluaran kilang dan menyumbang kepada peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Apabila ini terjadi, sistem ekonomi dan pasaran akan berkembang dan akan menjana keluaran dan pendapatan yang lebih besar yang akhirnya semua orang akan mendapat faedahnya.

Sebagai contoh, apabila seorang kakitangan awam membeli sebuah kipas angin berharga RM100.00 bermakna peniaga berpendapatan RM100 dan apabila kipas terjual, dia akan memesan kipas baru daripada pembekal yang harganya cuma RM70.

Pembekal pula membuat pesanan daripada kilang dan kilang memesan pula bahan mentah. Bahan mentah perlu dihantar dengan lori dan apabila ini terjadi, pengusaha lori pula akan mendapat pendapatan. Di sinilah jelasnya bagaimana RM100 boleh menjana pendapatan bagi banyak pihak.

Keuntungan RM30 yang diperolehi peniaga kipas tadi bukan sahaja untuk kegunaan peniaga, tetapi juga boleh dikongsi dengan kakitangannya.

Kenaikan gaji kakitangan awam harus dilihat dari sudut positif. Ia hendaklah dijadikan pemangkin kepada penjanaan pendapatan seterusnya.

Jika hakikat ini diterima, kakitangan sektor swasta tidak harus merungut kerana gaji mereka tidak dinaikkan. Hanya masa yang akan menentukan!

Melihat kenaikan gaji dari segi polimik politik semata-mata seperti yang dilakukan oleh pati-parti pembangkang dan pihak anti-kerajaan adalah pengamatan yang sempit. Bagi parti-parti pembangkang, kenaikan gaji adalah umpan pilihanraya.

Bajet mesra rakyat juga dilihat sebagai faktor atau petanda semakin hampirnya pilihanraya. Demikianlah sempitnya pemikiran pembangkang. Kenapa tidak pernah dilihat hakikat bahawa tugas dan tanggungjawab kerajaan bukannya sekadar mengadakan pilihanraya sahaja?

Bukankah memberi kesejahteraan dan keselesaan hidup juga tanggungjawab kerajaan. Tanggungjawab mencari dana adalah juga tanggungjawab kerajaan. Jika tidak bertanggungjawab mempunyai dana yang besar, maka terjadilah seperti yang berlaku kepada kerajaan negeri Kelantan.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, wakil rakyat yang menjadi jurucakap kerajaan Kelantan dengan yakinnya memberitahu Kelantan akan mengikut kenaikan gaji itu dan menegaskan jangan fikir kerjaannya tidak mempunyai wang untuk tujuan itu.

Namun, dua hari kemudiannya, Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat memberitahu beliau memerlukan bantuan kerajaan Persekutuan sebanyak RM24 juta setahun untuk menampung kenaikan gaji berkenaan.

Sebenarnya, jika kerajaan PAS itu tidak terlalu taksub kepada soal pilihanraya dan mencari cara mendapatkan dana, soal tambahan RM24 juta tidak sepatutnya timbul berbanding dengan beban tambahan kerajaan pusat untuk tujuan yang sama berjumlah RM6.8 billion setahun.- 24/5/2007 - AGENDADAILY

Komen: Macam kelantan jer yang nak meminjam..awat tak habaq negeri sembilan sekali....

Entry Two:

Besday Amiir, Muhammad dan 'Ali pada 20/5 dan 26/5/2007




Besday Boy on 20/5/2007




Tengok ape tu?



Hadiah hapelah ni...................



Ooooooooooo dapat pedang ghupenye




nih pulak masa umah mak tuk







Entry Three:



Selamat Bermuktamar- Buat Pilihan yang Bijak!

kompilasi

Entry One:


1. On eJOKE

Kemenangan BN bukti rakyat sokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri

KUALA SELANGOR 28 April – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kejayaan Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok, mencerminkan sokongan rakyat kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.


Comment: Kan dah kata...



2. on posting by ummu nufayl SUPER MOMS? JOM!!!
















Comment: Nih aktiviti yang dibuat oleh muhammad dan amiir waktu ummu muhammad dan ummu nufayl berseminar bertempat di muzium negara dan pusat sains negara.


3. On Pesta Buku Antarabangsa



Comment: Tu baru sekali pergi..

4. On Harga Barang naik vs Gaji Naik

"Susu pekat manis dan susu cair jenama popular seberat 515 gram yang masing-masing dijual pada harga RM2.20 dan RM2.10 berbanding RM1.95 dan RM1.80 sebelum ini.
Sardin dalam tin pula dijual pada harga RM2.80 setin, 30 sen lebih tinggi daripada harga yang dijual sebelum ini.
Bagi daging import pula, berlaku kenaikan antara 50 sen sehingga RM2 bagi setiap satu kilogram (kg).
Begitu juga dengan harga beras yang meningkat 30 sen bagi setiap 5 kg."

comment: pelarasan gaji dalam 5-6 tahun sekali tapi pelarasan tol 3 tahun sekali.lagipun apalah sangat sardin RM 2.80 setin compared dengan sebiji durian RM 130 sebijik.



"saya terperanjat apabila membaca laporan dari akhbar Cina KWONG WAH YIT POH yang disiarkan oleh akhbar THE STAR di muka 43 nya hari ini.
Menurut KWONG WAH 200 biji durian yang Dollah jamu Hsien Loong itu datangnya dari Balik Pulau, Pulau Pinang. Tempat dimana durian Kelas A Malaysia dikeluarkan. Khabarnya buah-buah durian itu diterbangkan dengan helikopter dari Balik Pulau dengan kos RM26,000.00! Ini bermakna setiap biji durian tersebut berharga RM130 sebiji!" - Roslan SMS"


Komen Menteri : Tindakan melampau – Shafie

comment: nasib baik tak kata harga barang di malaysia antara terendahdi dunia.

5. Apa khabar 'ali



comment: baru lepas demam

Entry Two:



Sabda Nabi SAW "Barangsiapa membaca kalimat ini pada waktu pagi, maka ia dijaga dari gangguan jin hingga petang.Dan barangsiapa membacanya ketika petang,maka ia akan dijaga dari gangguan jin hingga pagi hari". Hadis Riwayat Alhakim disahihkan oleh Albani
Sumber Hisnul Muslim

Wassalam

Wamakaru wamakaraLlah...-Updated




Salam...

Entry One:
Cadang Di hati nak cerita banyak.. tapi tak sempat...


Entry Two:

Interview: Tok Guru Nik Aziz & Star



Interview with Nik Aziz Full transcript of The Star journalist Nick Leong's interview with Kelantan Mentri Besar and PAS spiritual adviser Datuk Nik Aziz Nik Mat. This exclusive interview was conducted in Bahasa Malaysia

Nick Leong : Tok Guru pandai berbahasa Inggeris?

Nik Aziz: Saya lompat-lompat sahaja, broken English. Dulu, sewaktu saya di Kaherah, saya boleh baca Egyptian Gazzette tapi sekarang ini, tak boleh, rugi betullah.

Q: Saya diberitahu Tok Guru fasih dalam berjenis-jenis bahasa.

Nik Aziz: Saya fasih Bahasa Arab, Bahasa Urdu. Dulu Inggeris pun tahu, boleh cakap, tapi tak ada praktis, hilang. Bahasa Parsi sikit-sikit.

Q: Boleh beritahu sedikit latar belakang Tuan Guru?

Nik Aziz: Rumah saya sekarang adalah tanah tumpah darah saya, Kampung Pulau Melaka, Kota Baru.

Keluarga saya adalah keluarga guru agama dan juga puak tani, suka menanam pokok-pokok, buat kebun sendiri dan orang tua, bapa saya ini yang beri semangat, jangan bergantung rezeki pada orang lain.

Orang tua saya sendiri tanam kebun getah, ada kebun rambutan, kebun durian. Dia cukup marah kalau hanya bergantung pada sedekah. Sedekah tahutak? Derma. Dia cukup marah.

Dia tidak minat dengan berniaga. Dia minat dengan berkebun. Sampai sekarang pun, saya dekat dengan tani, petang-petang saya tanam pokok dulu.

Sekarang ini, pokok durian saya tanam, pokok kelapa saya tanam, pokok pisang saya tanam, semua boleh berbuah semua boleh makan. Tapi sekarang tidah sihat, tak boleh cangkul. Sekarang tembak tupai dan tebas rumput-rumput untuk berpeluh sahaja. Tebas rumput dan pokok yang ganggu durian.

Q: Bagaimana dengan keluarga Tuan Guru?

Nik Aziz: Adik-beradik saya 17 atau 18. Orang tua saya kahwin empat, jadi adik-beradik saya ramai.

Semasa remaja habiskan masa saya untuk belajar. Orang tua saya ini, disamping dia pergi berkebun, dia bawa saya pergi sama, pagi-pagi belajar buku dulu, belajar kitab dulu. Malam dia kejut saya sembahyang subur, baca Quran, terjemah Quran. Kemana pergi pun dia bawa saya bukanuntuk buat kerja tapi untuk mengaji dengan dia.

Kerja sikit-sikit tapi belajar banyak, dia suruh saya hafal syiar-syiar dari Bahasa Arab bagi perkukuhkan Bahasa Arab dan saya ini sekarang sedang menikmati kesan yang ditinggalkan oleh orang tua saya iaitu dalam kepala saya banyak ingat ayat-ayat Quran yang menyebabkan dalam ucapan-ucapan saya selalu selit dengan pantun-pantun Bahasa Arab, ayat-ayat Quran dan hadith-hadith.

Q: Tuan Guru rasa tunjuk-ajar sedemikian tidak lagi dilakukan oleh ibu-bapa?

Nik Aziz: Betul. Ibu-bapa dulu mementingkan akhlak anak-anak. Cukup jaga akhlak anak-anak. Ibu-bapa sekarang umumnya turut arus.

Kalau kerajaan suruh belajar, belajar. Kalau kerajaan suruh tinggi akademik, tinggi akademik. Akhlak hampir tidak dipedulikan langsung. Ini sungguh mendukacitakan.

Hasilnya, sekarang ini kita dapat lihat, anak-anak, belia-belia yang 20 tahun dahulu tidak dipedulikan akhlak dalam sukatan pelajaran dan 20 tahun orang Melayu sudah mengenepikan tulisan Jawi, sekarang kita sudah boleh tengok, anak-anak sudah tidak boleh baca kitab agama, tidak boleh baca Quran.

Dan sekarang ini sudah menjadi bebanan keatas kerajaan membelanjakan wang begitu banyak untuk jaga belia-belia yang sudah (ketagih) dadah dan sebagainya kerana agama mengajarkita bahawa semua gerak geri kita di muka dunia ini, kesannya dapat dilihat pada hari akhirat nanti, the last day. Tekanan dari pelajaran ini dulu kuat. Sekarang tekanan itu sudah tidak ada.

Q: Apakah yang mendorong Tok Guru untuk berkecimpung dalam politik?

Nik Aziz: Puncanya begini. Bila saya balik daripada luar negeri pada tahun 1962, saya menjadi guru.

Tahun 1962 ini, keganasan Parti Perikatan terhadap ahli ulamak begitu menduk acitakan, selalu tangkap ulamak, tangkap tok guru kampung, tangkap tok guru pondok.

Kerja ini bercanggah sekali-kali dengan Islam. Ia tidak pernah berunding dengan orang ini, tidak pernah ajak muzakarah. Tangkap dan sumbat, ISA terus.

Banyak ahli ulamak Kelantan kena ISA di Batu Gajah. Saya perhati ini perbuatan tak betul. Saya tak kata apa, cuma ucapan-ucapan saya pada tiap-tiap malam, cara Islam.

Masyarakat bila dia dengar, anggap saya ini orang PAS kerana ucapan saya, kata mereka, mirip dengan PAS. Saya tidak menjadi orang PAS tapi penonton dengardan kata "Dia ni orang PAS." Bila berlaku kematian seorang wakil rakyat, wakil parlimen Kelantan Hilir, sekarang ini ditukar menjadi Pengkalan Chepa, namanya Haji Ahmad Prai.

Haji Ahmad ini orang Seberang Prai. Dia menjadi wakil rakyat parlimen Kelantan Hilir. Bila mati hamba Allah ini, tahu-tahu saya dipilih menjadi calun.

Saya tengah mengajar di Maahad Muhammadi datang wakil rakyat Panchor, Pak Nik Lah Arshad, dia kata "Ustaz, Datuk Asri minta ustaz pergi kerumah dia sekarang."

Saya kata "Pasal apa?" "Entahlah" kata dia, "Orang ramai tengah tunggu ustaz."

Saya pun berhenti daripada mengajar , terus pergi kerumah Datuk Asri, tahu-tahu, ahli jawatankuasa agung PAS datang mesyuarat sini, memilih calun baru untuk mengganti Allahyarham Haji Ahmad Prai.

Jadi Datuk Asri kata, "Ustaz, kami buat keputusan supaya ustaz menjadi calun." Terus dia bagi kepada saya wang RM500 bayar gaji sebulan.

Saya terus pergi ke Majlis Agama, kerana ketika itu Maahad Muhammadi dibawah Majlis Agama, jumpa Tengku Seri Utama sebagai pengerusi Majlis Agama Islam Kelantan beritahu saya terpaksa berhenti kerana saya telah diminta oleh parti PAS untuk menjadi calun. "Ini duit RM500."

Bila saya beri, terlebih tiga ringgit. Saya ambil duit RM3 dan beri balik pada Datuk Asri. Saya kata "Ini duit lebih." Dia pun terima.

Mulai daripada situlah, saya menjadi orang PAS. Jadi ahli PAS tiga hari sebelum daripada menjadi calun, tahun 1967. Kalau tak silap saya bulan sepuluh (Oktober). Mulai dari situlah saya menjadi orang PAS dan berkempen menjadi calun dan saya menang.

Mulai dari situlah sampai hari ini saya tak berhenti-henti jadi wakil rakyat, apa boleh buat, nasib saya. Itu cerita saya, bukan saya masuk PAS tapi dimasukkan saya dalam PAS dan saya setuju.

Q: Sebab?

Nik Aziz: Saya setuju sebab PAS memperjuangkan Islam. Islam ini menjadi agama yang dibawa oleh nabi-nabi. Sejak daripada Nabi Muhammad naik ke Nabi Isa, naik ke Nabi Musa terus. Semua nabi-nabi bawa Islam.

Kita sebagai orang Islam, Melayu baik Cina baik India baik mana-manapun, mesti jaga Islam. Melayu tak payah dijaga kerana Melayu ini, jaga pun Melayu, tak jaga pun Melayu.

Bangsa Melayu serupa juga bangsa Cina, orang jaga bangsa ini tak betul. Kita jaga benda yang boleh jadi hilang, barulah kita perlu jaga.

Bangsa Melayu, dia tidak akan hilang. Bangsa Cina pun dia tidak akan hilang. Bangsa eskimo, bangsa asli pun dia tidak akan hilang. Perlu apa kita jaga?

Yang jaga ini ialah benda yang boleh jadi hilang. Islam ini boleh jadi hilang. (agama) Kristian boleh jadi hilang, (agama) Yahudi boleh jadi hilang. Hak ini yang kita kena jaga.

Bila jaga Islam, Melayu juga terjaga sama, Cina juga terjaga sama, India juga terjaga sama kerana Islam mengajar bahawa Melayu, Cina, India, seluruh manusia dunia ini hanya daripada seorang bapa. Bapa orang Melayu Adam, bapa orang Cina juga Adam, bapa orang Inggeris juga Adam. Jadi ia (Islam) satu ajaran yang cukup baik, ajaran yang penuh dengan perpaduan.

Bila bapa kita satu, ibu kita pun satu, ertinya kita ini adik-beradik. Cumanya dua pupu, seribu pupu, sepuluh ribu pupu tapi darah manusia semuanya satu dari Adam waalaisalam.

Satu ajaran yang cukup penuh dengan keamanan, dan kesaudaraan. Melayu walaubagaimana miskinpun Melayu, bagaimana kuruspun Melayu. Cina juga, kurus pun Cina, gemuk pun Cina, kecil pun Cina, tua pun Cina, tak perlu dijaga. Bangsa tak perlu dijaga.

Q: Apakah pengaruh politik Tok Guru?

Nik Aziz: Ilham politik ini pertama dari ajaran, didikan, kedua daripada Quran, yang ketiga daripada guru-guru yang saya terima di India, terima di Pakistan, terima di Mesir. Guru-guru dan bacaan-bacaan serta alam sekitar yang berlaku, semuanya memberi ilham pada saya untuk memperjuangkan Islam.

Q: Apakah peristiwa yang meninggalkan kesan paling dalam pada Tok Guru?

Nik Aziz: Sebelum saya dilantik menjadi wakil rakyat, saya juga sebagai wakil rakyat kerana saya selalu berceramah.

Orang tua saya, dia suruh saya, tiap-tiap hari Jumaat, dia tidak beri saya sembahyang di satu tempat. Dia suruh saya pergi merata-rata.

Saya guna motosikal Honda 70cc, semasa saya jadi guru, saya guna inilah kemana-manapun.

Oleh kerana saya menjadi guru, ramai murid-murid saya bertaburan diseluruh Kelantan. Kemana saya pergi, umumnya ada anak murid. Anak murid itu beritahu bapanya, "Ini guru kita pak" atau "Ini guru kita mak."

Jadi akhir sekali tiap-tiap hari Jumaat, saya pergi sembahyang Jumaat ada orang kenal saya kerana kampung itu juga ada satu dua anak murid, kampung ini juga ada satu dua murid. Ini menyebabkan saya semakin popular.

Saya tak cadang langsung jadi wakil rakyat, tapi sebagai orang Islam, menjadi kewajipannya sebar ilmu. Dimana saya pergi, imam masjid minta saya berkhutbah. Bila orang tahu saya belajar di India, Mesir dan Pakistan, dia suka dengar ucapan saya, sampai sekarang pun alhamdulilah. Mungkin kerana sambutan ini, ilham saya sebagai pemimpin semakin mendalam.

Lebih-lebih lagi, Parti Perikatan zaman dulu nampak sangat kesilapannya.

Kesilapannya pertama, guna kekerasan. Selalu guna polis ugut orang kampung, sedangkan polis ini anggota kerajaan. Perikatan ini parti. Bagaimana mereka mempergunakan alat kerajaan untuk menegakkan parti. Ini saya belajar di universiti. Ini salah.

Masa pilihanraya juga mereka mempergunakan jentera kerajaan, kereta-kereta kerajaan, radio, TV. Ini harta kerajaan, bukan harta parti mereka guna sedangkan apa yang kita belajar di universiti lain. Sekarang ini, semakin ramai pelajar keluar dari universiti tiap-tiap tahun, beribu-ribu. Makin orang lagi orang marah pada Umno yang mempergunakan harta kerajaan.

Saya tertarik dengan ucapan Datuk Shahrir (Samad), ketua Umno Johor Bahru, dalam sebulan lepas. Dia marah kepada Umno kerana Umno sudah tidak tahu beza antara kerajaan dengan parti. Dia mempergunakan harta kerajaan untuk parti.

Sebarang masaalah dalam Umno, dia kata, gunakan kekerasan, gunakan undang-undang. Sedangkan kebijaksaan parti perlu dipergunakan, bukan dengan undang-undang. Dia semakin parah sekarang penyakit dalam Umno.

Bila kita terang benda itu pada masyarakat, masyarakat terima. Sebab itu masyarakat makin menyingkirkan Umno kerana Umno membawa jalan yang salah, dari segi demokrasi pun tak betul, dari segi Islam pun tak betul. Sebab itu, NGO semakin ramai pada alternatif.

Sekarang ini di Taiwan, kerajaan yang memerintah 54 tahun tumbang dan sebelum itu Suharto juga tumbang, itu menambahkan semangat masyarakat disini dan Umno tidak boleh sekat benda ini kerana tv, internet semua sekali sebut.

Q: Ada yang berkata Tok Guru mempunyai pandangan serong terhadap wanita.

Nik Aziz: Perkataan serong ini diguna oleh Umno pada saya bagi menyingkirkan saya dari masyarakat.

Macamana saya nak memandang serong kerana ibu saya ini wanita, isteri saya pun wanita, anak-anak saya pun ramai yang wanita, dan Nabi Muhammad pesan kepada orang ramai supaya belajar sebahagian daripada agama daripada isterinya sendiri.

Oleh yang demikian, tak timbul masaalah pandang serong pada wanita. Apa yang ada ialah saya nak baiki, saya nak baiki kerosakan masyarakat memperalatkan wanita untuk tujuan seks yang semakin berkembang sekarang dan untuk tujuan melariskan kommoditi mereka dalam iklan-iklan.

Ini saya kata tak betul, mempergunakan wanita, gambar-gambar wanita dalam iklan kommoditi perniagaan, ini tak betul. Ini memperlekehkan wanita, meletakkan wanita sebagai satu barangan untuk perniagaan. Banyak lagi cara lain untuk tarik pelanggan membeli baranga kita. Ini semua propaganda Umno.

Umno tak ada modal selain daripada berbohong. Berbohong ini, kalau ada tekniknya, memang orang percaya tetapi tidak semua masa, tidak semua tempat, tidak semua orang, not everyone, not every place, not every time.

Q: Kenapakah Tok Guru selalu dibayangi kontroversi? Contohnya isu Raja-raja dan komen Tok Guru mengenai orang Cina.

Nik Aziz: Cakapan saya diakui benar. Kalau orang Cina terima Islam, maka dengan sendiri orang Cina tidak akan buat benda benda seperti arak, sebagai tauke arak. Orang Cina yang berugama Buddha, berugama Kristian, semua tahu. (Ugama) Buddha tak mahu bagi orang mabuk, Kristian pun tak mahu bagi orang mabuk, ugama manapun tak mahu bagi orang mabuk. Jadi percakapan saya itu betulkah salah?

Kalau cakap saya salah, apa boleh buat, tarik balik, tak apa. Tapi kalau cakap saya betul, nak marah juga, itu tak betul.

Yang keduanya, boleh jadi orang Cina tersentuh hatinya kerana saya kata kalau orang Cina masuk Islam.

Boleh jadi tersentuh kerana Islam ini di momok-momokkan, diperlekehkan oleh golongan orientalis, diperlekehkan pula oleh orang Umno. Umno selalu sebut, "Islam ni melampau, Islam ni extremis."

Maka boleh jadi sebahagian orang Cina ini terpengaruh dengan cakap-cakap Islam ini melampau. Jadi bila saya kata, "Kalau orang Cina masuk Islam," (orang Cina berfikir)"Apa itu Tok Guru suruh saya jadi orang extremekah?" Boleh jadi begitu agaknya.

Sebab itu ada orang Cina rasa tak sedap dengan cakap saya tetapi sekali-sekala saya kena sebut benda baru. Saya sebagai pemimpin mesti ada idea. Takkan saya nak sebut benda yang sama puluh-puluh tahun. Mesti ada satu, lepas satu, satu, lepas satu. Itu kewajipan saya sebagai pemimpin.

Soalnya betul atau tidak percakapan saya bahawa kalau orang Cina terima Islam, banyak benda benda yang macam mabuk, macam arak, orang Cina bila masuk Islam, mesti tidak minum arak.

Dalam Kristianpun, orang Kristian tidak minum arak, kalau orang Kristian benar-benar, bukan? Begitu juga masaalah disko, perempuan. Kebanyakan kedai-kedai disko, tari-menari, nightclub dipunyai oleh orang Cina. Kalau orang Cina itu juga, tauke Cina, masuk Islam, adakah dia nak terus dengan disko atau pob (pub). Masaalahnya, benda yang saya cakap itu salahkah betul.

Sampai sekarangpun saya tak nampak percakapan saya salah, cuma boleh jadi pendedahan, cara saya dedah itu boleh jadi kasar sikit. Kalau hak itu, saya minta maaflah. Pendedahan kasar itu apa boleh buat. Sekali-sekala takkanlah saya tak mahu dedah benda-benda yang baru-baru. Barulah ucapan saya itu menambahkan ilmu pengetahuan kepada pendengar-pendengar.

Q: Ada yang berpendapat pandangan simplistic Tok Guru tidak realistic kerana masaalahnya rumit. Memasuki Islam sahaja tidak akan dapat menghapuskan segala dosa-dosa didunia. Terdapat juga orang yang berugama Islam yang melakukan dosa-dosa. Kalau bukan dengan arak atau berjudi, dengan melakukan dosa-dosa lain.

Nik Aziz: Baik, soalnya adakah ucapan saya 100% simplistic begini. Jarang-jarang sekali saya sebut. Tidak tiap-tiap kali saya guna syurga dan neraka.

Saya, kalau tuan check balik ucapan saya, hampir 80% saya tidak guna sistem itu tetapi sekali-sekala saya kena sebut bagi membolehkan masyarakat, khasnya masyarakat Melayu didunia ini ingat akan akhirat.

Misalnya begini, saya kata, "Jangan berniaga dadah, jangan hisap dadah," nanti kamu kena gantung sampai mati. Adakah salah ucapan saya begitu? Tak salah.

Polis pun sebut, mahkamah pun sebut, wartawan pun sebut. Jadi kalau saya guna simplistic mengenai dengan dadah orang tak marah pada saya tapi kenapa kalau saya guna simplistic dengan akhirat, dengan syurga, orang marah kerana apa? Ini kerana kita tipis semangat beragama.

Kristian juga tipis, orang Islam juga tipis, orang Buddha juga tipis. Adakah saya akan biarkan tipis semangat berugama ini berterusan? Ataupun saya mesti tebalkan? Orang Kristian juga mengaku neraka ada, orang Buddha juga mengaku neraka ada. Jadi bagaimana hendak mengejutkan masyarakat neraka itu ada kalau saya tidak sekali-sekala mengaku neraka itu ada.

Saya tidak sebut tiap-tiap hari, tiap-tiap ucapan saya tidak sebut. Sekali-sekala saya kena sebut tali gantung atas dunia ini, saya sebut rotan, "Kamu buat begini, kamu kena rotan 40 kali." Adakah saya salah dari segi undang-undang?

Semua hakim setuju, semua polis setuju. Jadi kenapa ini setuju, itu tak setuju? Ini menunjukkan mereka marah kepada saya (kerana) menebalkan semangat agama. Agama Buddha pun setuju, Kristian pun setuju.

Oleh kerana penceramah-penceramah politik banyak menggunakan isu semata-mata, tidak sebut masaalah akhirat, saya mesti ada panduan saya sendiri. Tak boleh saya turut orang lain. Kesimpulannya, saya mahu tebalkan semangat agama. Semua agama tahu neraka dan syurga ada, tapi orang tak mahu cakap.

Pemimpin-pemimpin Kuala Lumpur tak sebut sebut dan neraka. Adakah saya juga tak akan sebut begitu sedangkan benda itu ada? Soalan ini bagus. Saya berpuas hati jawab.

Q: Masaalah-masaalah politik yang dihadapi oleh negara kita sekarang. Adakah ia semakin rumit atau sama sahaja dengan 50 tahun lalu?

Nik Aziz: Sebagai seorang (dari) parti pembangkang, yang mahu sebarkan Islam melalui parti politik, bagi saya sekarang semakin mudah jalan ke politik kerana usaha menyebarkan Islam melalui ilmu, bukan melalui kekerasan, bukan melalui ugutan, bukan melalui ilmiah.

Dan saya nampak, tiap kali kemana saya pergi pun pendengarnya ramai berbanding dengan penceramah Umno. Orangnya tak ramai dan orang kampung nak jual air batu pun tak ada. Tak ada satu gerai yang dibuka ditepi jalan untuk jual makanan ringan atau air, tempat ceramah Umno tak ada.

Tapi orang PAS, petang-petang lagi orang datang ramai-ramai untuk menjual barang kerana orang tahu ramai. Bukannya kerana kena kerah, dia datang sendiri. Orang tua, orang muda bawa anak. Soalnya, kenapa orang suka dengar ceramah PAS, khasnya saya sendiri?

Semakin suratakhbar pro-Umno ini tuduh saya, semakin orang benci dan semakin banyak kerusi-kerusi Umno kalah, kerana orang tahu ini membohong. Saya kalau orang Umno marah, tulis dalam suratkhabar Umno tulis berat-berat, saya kata "Bagus, ini menimbulkan kemarahan orang." Sebab itu saya tak jawab, saya tak marah.

Baru-baru ini, Berita Minggu, seorang bernama Said, tulis teruk-teruk pada saya. Saya senyap, saya kata "Ini menambahkan populariti aku. Orang akan benci dia, orang akan benci Umno automatik." Macam dalam demonstrasi di Kuala Lumpur baru-baru ini. Tak pasal-pasal suratkhabar besar-besarkan.

Akhir sekali, publisiti Keadilan (Parti Keadilan Nasional) bertambah. Seminggu sebelum (demonstrasi) dia sudah bagi dah, warning sana warning sini. Orang tak tahu pun sudah tahu. Ini publisiti free pada Keadilan. Padahal kalau dia buat senyap-senyap begitu, kalau orang buat demonstrasi, dia pergi suruh balik, sselesai masaalah. Tapi dua minggu sebelum, dia sudah besar-besarkan.

Q: Mengapa ramai orang beranggapan PAS adalah seperti Taliban di Afghanistan, negara mundur, tiada pembangunan, tiada hak untuk wanita. Apakah komen Tok Guru tentang persepsi ini?

Nik Aziz: Kita tahu mengenai Taliban melalui suratkhabar. Tak ada orang Malaysia pergi sendiri ke Afghanistan.

Usahkan kita nak dengar Taliban melalui suratkhabar, hak mengenai PAS diKelantan pun orang tak boleh percaya. Hak yang berlaku diKelantan pun tak serupa.

Hak lepas pilihanraya baru-baru ini, orang Cina dari luar negeri yang datang ke Kelantan, dia kata "Hak yang kami lihat tak serupa dari hak yang kita baca." Jadi apa yang berlaku beribu-ribu kilometerkan?

Di Kelantan yang dua jengkal pun dia boleh berbohong. Dia Kata kami tolak pembangunan, kami buat huru-hara, barang-barang disini mahal, banyak yang kena potong tangan. Itu bohong.

Sewaktu komunis berperang dengan Amerika, kita dengar semua masjid-masjid di negeri Cina diroboh, ahli ulama semua kena bunuh, Al-Quran semua kena bakar. Ini yang kita baca dari suratkhabar Amerika, propaganda.

Tapi yang saya pergi sendiri, negeri Cina, ke Beijing, ke Chengkiang, tiga tempat saya pergi, masjid-masjid masih ada, tok imam masih ada. Ini propaganda Amerika memburukkan komunis kerana dia berperang dengan komunis. Ini kenyataan.

Jadi suratkhabar kini sudah tidak bebas. Suratkhabar sekarang sudah begitu dikongkong, rakyat terpaksa baca satu jenis suratkhabar sahaja. Bagi kami orang PAS nak jawab balik melalui suratkhabar, tak boleh. Kalau dua kali seminggu, sekarang dua kali sebulan.

Banyak isu-isu yang perlu diperjelaskan dah jadi basi. Jadi kita hidang benda basi. Umno nak sangat PAS hidang benda basi, sampai orang tak boleh terima. Cuba beri peluang untuk suratkhabar ini bebas.

Orang parti pembangkang ini juga ada suratkhabar, orang parti kerajaan juga ada suratkhabar. Ketika itu rakyat nak terpengaruh lagikah PAS itu Taliban atau rakyat berpandangan second opinion.

Sekarang ini rakyat terima PAS macam Taliban kerana kami nak jawab tak boleh. Bukan kerana kami macam Taliban tapi kerana apa yang disebut mengenai PAS, kami tak boleh jawab. Nak ceramah dua tiga kali bolehlah cermah tapi kami pun sakit-sakit demam juga.

Kesimpulannya, PAS tidak macam Taliban dan PAS tidak macam Saudi, PAS juga tidak macam Iran. PAS ialah seperti yang tuan-tuan lihat sekarang. Kami ada pegawai wanita, pejabat saya pun pegawai wanita. Kami lantik wanita menjadi senator, lantik wanita menjadi wakil perbandaran, lantik wanita menjadi guru-guru, jadi professor. Adakah ini macam Taliban?

Kami tidak minta wanita pakai tudung muka, apa yang kita minta ialah tutup aurat. Dia nak pakai macam India pun tak apa, nak pakai macam Melayu pun tak apa, nak pakai macam Pakistan pun tak apa, asalkan aurat ditutup, sudah.

Cukup lemah-lembut, dan cukup simple dan sederhana. Beri peluang kepada kami juga untuk kebebasan. Kami menuntut hak kebebasan untuk bersuara yang Umno sekarang tutup kami dan kalau perlu kami akan angkat kes ini ke PBB. Kami boleh sebut bahawa Barisan Nasional ialah sebuah kerajaan yang begitu kuku besi, menyekat kebebasan rakyat bersuara.

Q: Bolehkah dasar-dasar PAS dipraktikkan diseluruh negara?

Nik Aziz: Dulu dalam tahun 1951, waktu PAS di wujud dulu, PAS di perlekeh. Tapi saudara tengok sekarang ini banding dengan tahun 1951 dulu, perbezaan terlalu banyak.

Kalau pertama, ketika itu orang tak faham Islam selain daripada sembahyang-puasa, itulah suasana yang dibentuk oleh penjajah bagi mengenepikan Islam daripada masyarakat.

Penjajah Inggeris tafsirkan Islam ini sebagai religion, tidak sebagai addin, way of life. Religion pun orang Melayu panggil ugama, addin pun orang panggil ugama. Tapi tafsiran lain-lain. Sekarang PAS mahu mendedahkan Islam kepada masyarakat dalam bentuk addin, tidak dalam bentuk religion.

Dan ini memang dimarahi oleh Umno kerana Umno ni kepala dia bahawa Islam ini religion, bukan addin, sedangkan Nabi Muhammad sebagai orang pertama mentafsirkan Islam, Dia mentafsir Islam ini dalam bentuk addin, dalam ibadat juga Islam, dalam aqidah juga Islam, dalam ekonomi juga ada Islam, dalam rumahtangga ada Islam, dalam budaya ada Islam, dalam sosial ada Islam, dalam sukan juga ada Islam, semua sekali terlibat dengan Islam.

Itu yang kami hendak, itu yang kami tengah dedah dan itu yang menimbulkan kemarahan Umno, yang menjadi penganut setia bagi penjajah Eropah, penganut setia bagi religion bukan addin.

Q: Apakah wawasan PAS untuk Kelantan dan Malaysia khasnya?

Nik Aziz: Wawasanini terletak diatas keaadaan. Saya tidak boleh sebut benda hak akan datang sekarang ini. Yang saudara lihat sekarang mula dari saya pegang dulu berbanding dengan sekarang ini, baru 10 tahun telah banyak benda yang kami buat, sedikit demi sedikit.

Yang pentingnya, saya berusaha bersungguh-sungguh nak memperkenalkan Islam kepada masyarakat, baik Melayu, baik Cina, baik India, "Ini dia Islam, bukan sebagaimana yang disebut oleh Umno."

Islam yang saya bawa sekarang ini Islam sebagai addin yang menyebabkan NGO pun terima PAS, DAP pun terima PAS, PRM pun boleh terima PAS, Keadilan juga terima PAS, Abim juga sekarang jadi calun PAS, JIM pun jadi calun PAS. Ini sekarang baru ujud tapi 50 tahun dulu, mana kita boleh fikir DAP boleh terima sekali dengan PAS.

Sekarang DAP tengok dengan dia mata sendiri, dengar dengan telinga dia sendiri bahawa Islam yang dibawa sekarang tak serupa dengan fahaman masyarakat. Ini yang memarahkan Umno.

Umno sendiri tengok orang Melayu 70% pergi kepada alternatif, Cina juga mari kepada alternatif, India juga, Siam juga mari kepada alternatif. Ini benda yang menimbulkan kemarahan bukan kerana pepecahan, kerana orang tak sokong Umno.

Saya tertarik dengan tulisan Azizi Abdullah dalam Harakah. Dia marah pada (Datuk Dr) Rais Yatim, sibuk nak buat undang-undang baru asingkan ugama dengan politik sedangkan tak ada lebih lagi pada orang Islam suka pada Umno, dia suka pada PAS. Kenapa nak marah?

Kerana rakyat sendiri dulu pun tak suka pada Umno, masuk Barisan Nasional. Dia (Rais) bakar jambatan, kemudian juga tukar, masuk Umno balik. Jadi kalau Rais Yatim boleh tukar parti begitu-begini, kenapa dia marah orang lain tukar dari Umno kepada alternatif.

Saya harap orang Cina tidak dikongkong oleh Barisan Nasiona. Orang Cina, saya selalu sebut, lebih cerdik dari orang Melayu. Kesihatan orang Cina lebih tinggi dari orang Melayu, kekayaan orang Cina lebih dari orang Melayu. Orang yang begini kalau boleh bimbing Islam, saya kata, "Lebih Baik."

Biar orang Cina memimpin Islam diMalaysia ini, biar orang Melayu turut. Bagi saya tak apa. Bagi saya orang Cina, orang Melayu, adik-beradik semua, anak (Nabi) Adam semua. Tak ada dalam kepala saya Cina, Melayu, tak ada. Saya jalan tengok Islam, masyarakat Cina, Melayu . . . Cina yang mempunyai pengalaman lebih banyak dari orang Melayu, kesihatan yang lebih baik, kekayaan dia lebih tinggi, pengalaman dia lebih luas, orang yang macam inilah memimpin Islam.

Q: Apakah pendapat Tok Guru bahawa orang bukan Islam menjadi ahli PAS?

Nik Aziz: Benda ini telah timbul dalam zaman Allahyarham Ustaz Zulkifli Mohamed. Semasa dia masih hidup, sudah timbul persoalan bolehkah tidak orang bukan Islam menjadi anggota bersekutu. Tapi kerana masa itu terlalu kehadapan soalan begini, maka soalan itu tidak dibahas, bimbang Umno akan serang, Umno akan kata macam-macam perkara.

Tapi sekarang ini, kalau timbul balik juga, boleh jadi boleh dibahas. Sekarang ini, kalau orang bukan Islam tidak masuk PAS pun dia sudah ada parti alternatif. Tak timbul masaalah dah, boleh atau tidak orang bukan Islam masuk PAS.

Peringkat sekarang ini, dengan (Barisan) Alternatif, dia beri sokongan pada Keadilan, DAP atau PRM. Serupa saja, sama-sama kita halau fahaman karut-marut yang dibawa oleh Barisan Nasional.

Q: Apakah pendapat Tok Guru tentang pemimpin Umno sekarang?

Nik Aziz: Saya sebut bahawa Dr Mahathir orang yang cerdik, orang yang pintar. Tapi dukacitanya, dia gunakan kecerdikan dia untuk memperjuangkan sekular.

Saya nak ulang jawapan saya yang lepas-lepas. Kalau dia ni, ubah dasar parti dia, daripada sekular kepada Quran (dan) Hadith, dan ubah dasar negara daripada sekular kepada Islam, saya dah kata dalam stadium (dalam satu ceramah) saya boleh terima dia sebagai Perdana Menteri, saya boleh sokong dia terus-menerus dan syapun tak payah jadi Mentri Besar Kelantan.

Kalau dia kata Quran (dan) Hadith ini tak boleh diterima oleh orang Cina, kita bincang.

Kita panggil orang Cina yang tak setuju Quran ini, tak kena dimana. Itu cara Islam dan sekarang ini tak payah bincang dah, orang Cina sendiri pun boleh terima PAS memalui (Barisan) Alternatif.

Orang Cina di bandar Kota Baru sekarang pun undi Haji Anuar Tan (Abdullah) bukan kerana (Barisan) Alternatif tapi kerana PAS. Dia tengok sendiri dengan mata dia, 10 tahun saya memerintah Kelantan, saya tidak pernah bezakan Melayu dengan Cina.

Semua duit-duit kerajaan saya bagi, kepada sekolah-sekolah Cina milik tanah kepada Sekolah Chung Hwakan? Saya beri milik tanah dalam tanah rizab Melayu ditukar kepada sekolah Cina.

Saya tengok rakyat Kelantan ni, Cina baik, Melayu baik, orang yang berpelajaran. Bila orang berpelajaran, dia tidak mengarut. Orang lain nak tipu dia pun susah, dia pun tak kacau orang.

Q: Apakah pada pandangan Tok Guru, akan keadaan masyarakat dan negara pada tahun 2020?

Nik Aziz: Saya tak mahu jadi Pak Nujum tetapi saya harap rakyat tidak terpengaruh dengan dakyah yang dibuat oleh Barisan Nasional melalui menyekat kebebasan bersuara, suratkhabar baik, radio baik, TV baik, mereka pajak sebagai hak bapa mereka sendiri.

Kalau sistem ini jalan terus, akan timbul bermacam-macam masaalah. Saya bawa satu contoh. Dalam 30 tahun dahulu, berlaku pembunuhan ahli ulama di selatan Thailand. Haji Sulung kena bunuh.

Kelmarin saya pergi ke selatan Thai dan saya tengok rakyat Thai begitu sekali seronok hidup dengan kerajaan sekarang. Orang Islam sendiri seronok hidup kerana kerajaan Thai memberi kebebasan kepada rakyat Thai untuk memilih siapa-siapa dan speaker parlimen dia pun orang Islam, menteri luar pun Islam. Benda ini tak berlaku 30 atau 40 tahun lalu.

Orang sana pun sebut, kalau Haji Sulung kemuka dia punya cadangan untuk mencari keadilan sekarang ini, tetap kerajaan terima dan tidak bunuh. Tapi zaman itu, zaman diktator.

Kerajaan zaman itu diperintah oleh diktator, maka tak boleh cakap. Siapa cakap akan dibunuh. Jadi benda ini sama, nak berlaku di Malaysia. Semua pembangkang buat tak betul semua, sedangkan saya, peribadi saya sebagai mentri besar dan sebagai anggota jawatankuasa PAS pusat dan mursyidul aam, sewaktu krisis ekonomi negara, CNN memberi gembar-gembur kepada dunia supaya Dr Mahathir berhenti, kalau tidak hancur ekonomi.

Bila wartawan datang pada saya, saya beritahu, "Saya tak setuju. Kalau nak suruh Dr Mahathir berhenti, serah pada kami. Jangan kamu orang luar ganggu." Ini menunjukkan politik saya bukan politik hentam buta, politik saya ada panduan.

Saya parti pembangkang, nak suruh Dr Mahathir berhenti, beri pada saya, beri pada PAS. Orang lain jangan ganggu, Amerika jangan ganggu, CNN jangan ganggu, George Soros janggan ganggu. Dan Dr Mahathir semacam beri hormat pada saya walaupun tidak sebut nama saya, sebut, "Ada pembangkang yang menyokong saya."

Dalam masaalah raja-raja, bila dia ubah perlembagaan, mahu tarik balik immuniti raja-raja, saya sokong, sedangkan saya seorang mentri besar, dibawah seorang raja di Kelantan.

Tapi kerana benda dia buat itu betul, saya sokong tetapi dia memalukan raja, ini saya tak sokong. Boleh baca balik suratkhabar pada bulan September 1993. Banyak perkara-perkara yang memalukan raja, ini saya tak sokong tapi tarik immuniti daripada raja, saya sokong. Pada saya, manusia tiada yang kebal, kalau yang kebal yang ujud di muka dunia ini, tiada raja yang lain selain daripada "Raja Muhammad."

Kalau Nabi Muhammad juga tidak kebal, bagaimana Raja-Raja Melayu boleh kebal? Memang pahit tapi saya telan tapi memalukan raja-raja, saya tak sokong. Usahkan memalukan raja, memalukan orang kampung pun tak boleh. Inilah sebabnya orang Cina pun mula tertarik pada PAS.

Tokoh-tokoh Umno Kelantan sendiri, Haji Abdul Hamid yang menjadi ketua penerangan 40 tahun dalam Umno sekarang masuk PAS seumur hidup, bayar wang RM100. Jangan semua ucapan kami dipandang lekeh, itu tak betul. Itu bukan politik, itu gangster.

Saya masih ingat ucapan guru saya dalam kuliah undang-undang di Al-Azhar University. Dia kata "Mu kena faham, gangster dan kerajaan serupa sahaja. Gangster pun ada sistem dia, peraturan dia, ketua dia. Baki lagi, haram atau tidak, sah atau tidah sah. Gangster tidak sah, kerajaan sah.

Kalau kita selalu ketepikan nasihat orang, apakah jaminan kita ini boleh betul? Sedangkan kita bukan malaikat. Nabi pun, Allahtaalah ajar supaya minta nasihat sedangkan Dia ada Jibrail Allaisalam. Ini tak boleh kritik sikit, demonstrasi sikit pun tak boleh sedangkan demonstrasi ini hak kebebasan manusia. PBB pun boleh terima. Tahun lepas di Seattle, pun ada demonstrasi. Yang tak boleh pukul sini, bakar sana. Ini bukan demonstrasi, ini jahat.

Q: Tok Guru adakah teringat hendak bersara?

Nik Aziz: Saya tak ada rancangan untuk bersara dan saya tak ada rancangan untuk meneruskan kerja. Bersara pun tak ada rancangan, meneruskan kerja pun tak ada rancangan. Terletak atas keadaan. Selagi Umno terus kacau, saya akan teruskan kerja saya. Bila Umno insaf, sedar, perbetulkan kedudukan dia, maka saya fikir tak payahlah saya duduk disini.

---------------------------------------------------------------------------- ----

Copyright C 1995-2000. Star Publications (Malaysia) Bhd. (Co No. 10894-D) All rights reserved