Ummul Mukminin Aisyah r.ha berkata:
“Sesungguhnya hari raya Adha itu adalah hari di mana Imam (pemerintah) melakukan korban dan jamaah manusia”.(Ahkam Ikhtilaf fi Rukyati Hilal Zil Hijjah, Ibn Rajab al-Hanbali, m.s 34-35, hadis Sahih).

Rasulullah SAW bersabda:

1. “Puasa hari Arafah menebus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang dan puasa Asyura (10 Muharram) menebus dosa setahun yang telah lewat.” (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud dari Abi Qotadah)

2. “Tidaklah ada suatu hari yang mana Allah membebaskan manusia pada hari itu dari api neraka, yang melebihi banyak dari yang Allah bebaskan pada hari arafah.” (HR. Muslim, Nasa’i, Ibnu Majah)

3. Tidak dilihat Syaitan pada mana-mana hari yang ia lebih kecil, lebih hina, lebih tertewas, dan lebih marah berbanding hari Arafah, dari sebab apa yang ia lihat dari penurunan rahmat, pelepasan Allah Taala terhadap perkara-perkara yang besar, kecuali apa yang diperlihatkan kepadanya pada hari Badar). Maka dikatakan: Apakah yang ia lihat pada hari Badar? Baginda bersabda: (Ia melihat Jibrail mengatur para Malaikat). (Dikeluarkan oleh Abd Ar-Razzaq di dalam Musonnaf beliau, dengan no. 8832, serta Imam Malik di dalam Al-Muwatto’]

“Allah berjanji hendak mengampunkan dosa. Hakikatnya., tawaran keampunan itu lebih besar harganya dari tawaran ganjaran. Hal ini kerana, pahala akan terhapus dengan dosa kita. Tetapi apabila dosa dipadamkan, itu tidak pula mengurangkan pahala kita.Dan yang lebih besar dalam hal ini, Allah menjanjikan syurga.”- Hilal Asyraf

0 Response to " "