Minggu depan wuquf untuk musim Haji 1431h, masing masing akan melalui antara detik detik yang amat penting dalam hidup dan ibadah mereka pada kali ini. Mudah mudahan semuanya mendapat apa yang dihajati dan diinginkan.

Selesai solat, kami menunggu bas yang bakal membawa kami ke Muzdalifah untuk bermalam dan mengutip anak anak batu, Saya dari Makkah lagi bila turunnya hujan awalnya berasa legalah kerana menyangkakan tak adalah isu atau masalah terkutip tahi tahi kambing yang disangka kan sebagai batu. Mungkin tiada masalah tersebut, tapi sesampainya di Muzdalifah ada sedikit cobaan jugak.. bumi Muzdalifah yang masih lagi lembab dan basah kesan hujan yang turun hari hari sebelumnya.



Masing masing berpecah mencari lokasi yang sesuai untuk merebahkan badan sebelum bangun tengah malam untuk mengutip anak anak batu. Saya dan rakan rakan sebilik bersama pasangan masing masing memang agak tidak berpecah dan bila cari tempat memang kami cuba untuk carikan tempat yang boleh memuatkan rakan rakan bilik kami yang lainlah.

Memandangkan kami antara yang paling lambat turun dari bas ditambah pula dengan kami turut sama membantu jamaah lain memindahkan bag bag ke tempat mereka, tempat yang sesuai untuk kami berehat hampir tidak ada, yang ada hanyalah kawasan tanah yang masih lagi berselut dan lembab menyebabkan kami terpaksa menghamparkan tikar di tepi pagar sahaja


Hampir tengah malam Ummu Muhammad mengajak saya untuk pergi mengutip batu di kawasan sekitar kawasan kami bermalam. Masa tu dah tak banyak batu yang dapat dikutip, semua telah disapu oleh jemaah jemaah lain yanglebih sampai ke situ. Bagaimanapun kami berjaya juga akhirnya mendapatkan bilangan yang dikehendaki di bawah suluhan lampu ala ala lampu stadium :)

Selesai Solat Subuh( kami bermalam semalaman di sana mengambil sunnah Rasulullah SAW yang bermalam penuh di Muzdalifah) kami menunggu bas yang akan membawa kami ke Mina, masing masing beratur macam nak naik bas sekolah pulak hehe


Kelihatan kawasan Muzdalifah yang mula lengang ditinggalkan oleh Jemaah,ianya berkekalan sedemikian sehinggalah bakal dikunjungi lagi pada minggu hadapan pula, kemudian akan lengang lagi begitulah rutin Muzdalifah sehinggalah hari akhir dunia ini.

Jemaah Haji Mitra/Hajiumrah.com 2009

Sape tah :)

Kami bergerak dari khemah di Mina untuk ke tempat melontar bagi menyelesaikan lontaran pada hari kesepuluh.

Selesai melontar, kami dah boleh tahallul awal dengan bercukur, Dari Mina kami berjalan untuk menaiki bas di 'Aziziyah, kelihatan peniaga di tepi tepi jalan berniaga. Di sini juga terdapat salah satu Hospital Tabung Haji yang agak besar untuk kemudahan jemaah Malaysia.

Restoran Malaysia pun ada :), tapi kami tak sempat singgahlah sebab nak kejar bas ke Makkah.

Sampai di Makkah, kami cuba untuk tawaf dan saie tapi Masya Allah, jemaah terlalu ramai, ruangan tawaf di sekeliling Kaabah ditutup disebabkan terlalu sesak, kami pergi ke tingkat 1 jemaah berderu deru dan dengan 'muka yang cukup garang' bila rombongan kami cuba melawan arus untuk ke tempat permulaan tawaf sedangkan jarak dari tempat kami lampu hijau tempat bermulanya tawaf tu tidak sampai pun 10 meter, tapi kami tak boleh pergi jemaah bagaikan limpahan air banjir menderu ke arah kami.

Nak bercukur ke tak? seingat saya saya tak pernah membotakkan kepala mungkin waktu bayi kot, masa umrah dulu pun saya sekadar menggunting rambut sahaja, tapi kali ini mendengar Ust Halim menceritakan Hadis nabi yang mengatakan setiap rambut yang gugur waktu dicukur tu akan dihapuskan dosa, dan juga rahmat 3 kali ganda lebih kepada yang bercukur jika dibandingkan dengan yang sekadar menggunting rambut sahaja. Memikirkan tawaran istimewa itu, saya menerima tawaran pengampunan dosa dari Allah dan licinlah kepala saya :)

Selesai bercukur, kami pulang ke Mina.

Pemandangan Masjidil Haram dari tempat menunggu bas untuk pulang ke Mina. Sampai separuh jalan bas berhenti disebabkan sesat, dan kami terpaksa mencari jalan pulang sendiri bersama sama dengan isteri Ust Halim , setelah bertanya sana sini dan berteori, Alhamdulillah kami jumpa jalan pulang, rupanya lagi dekat dibanding dengan naik bas!.

Sampai khemah di Mina pula rasa nak menangis kerugian bila mendengar sahabat sahabat sekhemah menceritakan kuliah Ust Halim mengenai sejarah haji begitu menyentuh jiwa. Arrrrghhhh...



11 Zulhijjah, kami melontar lagi..ni hadapan Masjid Baiah Aqabah. Kemudian kami ke Makkah untuk menyelesaikan urusan tawaf dan saie haji. Kali ni kami tak naik bas, tapi kami memutuskan unutk berjalan kaki dari Mina ke Makkah. Alhamdulillah Allah bagi kekuatan walaupun kaki terasalah lenguh lenguh

Sepanjang perjalanan kami ada saja lori yang menyediakan hadiah berbentuk makanan dan minuman untuk jamaah haji, memang musim haji sedekah yang paling utama adalah makan dan minum.
Ni suasana tempat saie pada 11 Zulhijjah, Hari sebelumnya anda boleh bayangkan berapa ramai manusia, tak kira tempat tawaf lagi. Selesai tawaf dan saie, kami kembali ke Mina untuk memenuhi baki hari kami kena bermalam dan melontar.


Ni bukan Muhammad , Amiir dan Ali ek

Suasana di Mina waktu malam, kami jumpa kedai roti canai di Mina, kat Makah ada murtabak saja.

Batu peringatan Masjid Aqabah

suasana dalam masjid, waktu tu masjid nitidak dibuka, mungkin buka di luar musim haji kot, kalau bukak time haji ni mesti bersesak orang nak masuk

Masjid Baiah Aqabah, mengikut sirah, Rasul SAW dah habis pusing semua khemah dan semuanya menolak seruan dakwah islam melainkan khemah terakhir, anda boleh bayangkan sifat tidak putus asa dan yakin rasulullah.



Pemandangan Jamrah selesai melontar pagi hari ketiga. Ya Allah jadikanlah Haji kami haji yang mabrur, saie yang masykur dan perniagaan yang tidak rugi.....

2 Response to " "

  1. Ummu Auni Says:

    sedih la pula baca entri ni...sebab teringat tahun lepas pergi haji. sedih sebab tak tahu bila dapat sampai lagi ke sana.

    eh korang dapat kain untuk ikat dia telekung ya? tapi baguslah abg faizal & kak ija...dari awal sudah habis menyelesaikan ibadah haji.

  2. abuamiir Says:

    aaah, kena habis awal sebab nak kejar takut uzur