Unreported event
Seminggu dah berlalu Pesta Buku Antarabangsa KL, saya pun dah baca bermacam macam komen baik di FB, blog dan juga email.Bahagian kami je yang belum diceritakan lagi pada orang.
Tahun lepas dua kali kalau tak silap kami pergi, satu pada hari pertama bermula sahaja pesta buku iaitu hari Jumaat, terus kami pergi ke sana (kebetulan masa tu juga Mesyuarat MT pertama dipengerusikan oleh DS Najib boleh rujuk posting terdahululah).Kali kedua kami pergi kami ambil cuti khusus kot, tu yang sempat berposing dengan Ust Zahazan etc.
Tahun ni memang tak sempat untuk kami buat lagu tu…… Tapi kami cuba curi masa ambil juga cuti sebab tak mahu bersesak sesak pada hujung minggu ataupun membatalkan aturcara yang tak boleh di batalkan.Rabu 24/3/2010, tarikh yang kami sepakati(macam ijmak ulama pulak)untuk berkapcai ke PWTC.
Pagi tu setelah selesai menghantar kesemua hero hero ke sekolah masing masing, kami pergi bersarapan di ‘port baru’ yang makanannya saya kira menitiskan air liur juga dibuatnya. Bagi orang Bangi dan penggemar sup mungkin dah biasa dengar Restoran UK ( Restoran Sup Urat Keting) yang glamour dengan sup urat keting dan juga semakin meningkat masyhur dengan sate yang ramai bila mencubanya memberi komen lagi sedap dari sate Samuri.
Tapi kami tak pergi sarapan kat situ lah pagi tu, kami pergi menjamu selera di Restoran Belauk

Kalau Hari minggu ‘heaven’ tengok makanannya ada kari gearbox, nasi kerabu, nasi dage (dagang), nasi belauk, kuih muih kelantan. Pagi tu saya mencuba nasi lauk itik serati, makanan pagi yang popular lah di Kelantan.
.jpg)
Ummu Muhammad dengan nasi lemaknya lah.. Kemudian kami uruskan urusan pendaftaran Amiir Husaini untuk darjah satu tahun hadapan di Sek Keb Jalan 4 Bdr Baru Bangi ( Bukan ni bukan Sekolah Harian Terbaik PMR tu, ni sekolah rendah sahaja, yang terbaik tu Sek Men Jalan 4 ) Rupanya bermula tahun ni kena buat pendaftaran secara online. Dua kali kami terpaksa berulang alik ke sekolah tu hari tersebut.
.jpg)
Selesai urusan di Bangi,bermulalah perjalanan kami ke Kuala Lumpur……Sampai di sana sejam selepas gerai dibuka ( pukul 11) hajat di hati ingat nak aje terpacak pukul 10 kat depan pintu masuk tu tapi takut peniaga tak siap nak susun buku lagi huhuh Sampai di sana, gerai pertama yang terserempak dengan kami adalah gerai JIM international, First stop dah hilang dekat dua keping ( adakah ini mimpi atau reality :P ).
Kemudian kami ke gerai Galeri Ilmu lah menyambar buku buku terbaru tulisan Abi Saif. Tahun ni tak berkesempatan jumpa beliau macam tahun tahun lepas, mungkin beliau pergi pesta buku hari tu tapi agaknya beliau pakai baju besi dan topeng muka Raja Louis XIV kot sampai kami tak nampak!
Susun atur sama macam tahun lepas rak rak bukunya, Karangkraf antara penerbit yang membuka gerai terbesar pada kali ini.Kat sini ralat sikit sebab:
a) Buku PTS yang dah dua tahun kami cari tapi tak jumpa jumpa, nak kena minta tolong mak auni dapatkan dengan harga staff lah kut pas ni.
b) Kami beli rasanya lagi banyak dari mak nufayl tapi apsal kami tak dapat staff price!!!:P
Anda rasa saya beli buku senangnya memasak yang mana satu? Yang masak nasi ke atau yang masak kambing?:PKami keluar dari sana sejam sebelum gerai gerai ditutup (pukul 7). Ikut hati mau nak lajak sampai pukul 8 tapi oklah tu datang lewat sejam balik kenalah awal sejam :P Apa yang kami dapat tahun ni? (mak ngan ayah Amni tak heran pun :p, Kat Car Boot Sale atau kat Frankfurt depa boleh dapat lagi banyak)
.jpg)
Hajat di hati nak susun dari pintu masuk nak tengok sampai ke tak ke dapur tapi memang tak sempat, banyak kerja lain menunggu,malam tu sampai rumah dekat pukul 9 lebih, pukul 12 keluar rumah balik gantung banner balik rumah dekat pukul 2 siapkan laporan sedar sedar dah nak masuk Subuh……………….
Esoknya pagi pagi kena pergi Az Zahrah Ummu Muhammad kena sedut gas, pergi ofis event sampai lunch,
Petang mesyuarat. Nasib baik malam tu tak payah keluar boleh masuk tidur awal sikit 1:30 hahaha.Jumaat selepas waktu kerja, pergi Takaful Ikhlas selesaikan urusan Ummu Muhammad, terus kami pergi makan malam sebab malamnya saya kena keluar lagi . Kali ni kami cuba di sini pula sebab Ummu Muhammad kata dia makan masa out station di negeri pasola, makanannya sedap.
Apa yang kami makan?
Erm.. Cheese dan Garlic Nan, Yang hijau paling dekat dengan anda tu namanya palak paneer, (sayur hijau diblend bersama keju),kami juga order dhal maharani (kuah kacang dhal bersama telur). Kambing ada tak? Kami order Mutton Josh, katanya special of the month :P.Balik tu lepas Isyak saya keluar, tak ingat tidur pukul berapa, anda boleh tengok dekat FBlah :P. Sabtu saya urusan AGM dan Ummu Muhammad urusan takaful Ikhlas beliau. Malamnya ada sedikit jamuan sempena Mak Long Amiir nak sambung belajar ke Dundee. Ahad pagi pagi lagi kami semua ke KLIA menghantar,

Selepas itu saya terus berkejar ke AGM. Terlepas peluang nak jumpa ayah Alia dan kengkawan MMU berprogram di BJ dengan UMNO. AGM kat sini makan kambing jugak ke? Tak tak tak….takde kambing .kopi janda pun ayah Maisarah tak jamu.... Isnin, pula outstation ke Utara, menjamu selera di Mak Jah Mee Udang ermmm memang lagi sedap dari Mak Teh Mee Udang saya rasa. Cuma rasa tensi sikit bila makan kuew teow nya……………….

Rabu ‘berehat’ sekejap pejabat, menyusun dan mentaici jadual jadual yang bertindan supaya tak bertindan sangat…:P
Khamis, satu hari di Cyberjaya hohoh pekena Lamb Hanith di Restoran Saba.
Asalnya restoran ni takdelah ramai sangat orangnya tapi lepas keluar Jalan Jalan Cari Makan, nak makan sana kena queue dulu. (Kalau nak tengok gambar gambar lain klik sini)
Tapi saya rasa dekat restoran Nasi Arab di Hentian Kajang lagi sedap Hanith dia, Kabsah pun rasanya mesti lagi sedap di sana dengan sini. Mungkin sebab kat Hentian Kajang tu orang tak berapa ramai, dia boleh masak sedap sikit kot banding Hari ni( Jumaat) pun saya masih lagi di luar pejabat, mesyuarat di luar, menariknya GM kami belanja jamuan makan tengahari hari ini Dua ekor kambing lagi…..
.jpg)

Tiba tiba saya rasa macam terdengar mak Imran kata posting kali ni masih lagi berbau kambing....
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
4:39 PM
ahaha, buku apa yang nak tu? aini pergi PTS HQ, memang stor buku dia, ahaha.
4:40 PM
abu amiir, jaga sikit makan2 tu. dah le kita darah tinggi :P
8:35 AM
huhuhu
12:40 PM
kompem memang masih bau kambing.. heheh
8:00 PM
tak apa... ayah Alia tak hidang kambing.
(lepas ni nak pesan kepada semua, kalau nak ayah Amiir datang program, hidang kambing!)