4/08/2010 4:26 PM by nuun
Hmmm lambat lagi update berkenaan rehlah ke Haramain.Tapi takpelah kita sambung cerita...

Beberapa hari sebelum ‘Hari Besar’ tiba, kami dibawa Ust untuk aktiviti Raptai Haji yang melibatkan sesi lawatan ke lokasi yang bakal kami lalui sewaktu hari hari haji nanti. Lawatan ini kami kira penting kerana ianya bagaikan memberi persediaan mental terlebih awal kepada kami dan juga jamaah haji yang lain.

Dari hotel penginapan, kami dibawa dengan tiga buah bas ke ‘Arafah, Muzdalifah dan Mina. Tempat pertama yang kami ziarah adalah ‘Arafah. Untuk ke ‘Arafah pada sekarang, ada sembilan jalan yang boleh dipilih dan kalau tak silap bas kami melalui jalan keenam untuk sampai ke sana.

Pada masa tersebut sudahpun kelihatan ramai jamaah haji dari kumpulan dan juga negara lain turut sama memenuhi dataran 'Arafah untuk melihat dengan lebih dekat tempat wukuf.


Jamaah yang memenuhi Dataran 'Arafah

Unta yang setia menunggu siapa yang sudi bergambar

‘Arafah

Terdapat banyak riwayat yang menceritakan tentang sejarah dinamakan tempat wukuf ni sebagai ‘Arafah. Antara riwayat yang masyhur adalah yang berkaitan tempat Nabi Adam dan juga Hawa dipertemukan semula dan saling kenal mengenali kembali (ta’aruf) setelah mereka diturunkan di dunia dari Syurga.



Suasana sewaktu hari wukuf
Gambar kredit kepada sumber asal

Riwayat lain turut mengisahkan di sinilah Jibril mengajar Nabi Ibrahim tentang amalan(manasik) haji. Setelah selesai mengajar Nabi Ibrahim, Jibril bertanya Arafta?(sudahkah kamu tahu?) Nabi Ibrahim menjawab ‘Araftu (Aku sudah tahu).

Di ‘Arafah, kami melalui kawasan Lembah Uranah yang masa sekarang kontang. Lembah Uranah terkenal dalam sirahnya adalah tempat Nabi Saw menyampaikan khutbah perpisahan 72 hari sebelum kewafatan baginda yang mana ianya didengari oleh lebih kurang 124,000 hingga 144,000. Bagaimana ianya boleh didengari oleh sebegitu ramai jamaah pada masa itu dalam keadaan tiada kemudahan pembesar suara dan sebagainya itulah kuasa Allah. Diriwayatkan dalam Sahih Muslim bahawa Rabiah bin Umayyah bin Khalaf adalah orang yang mengulang kembali ucapan Rasulullah dengan kuatnya di ‘Arafah.

Tempat asal di mana Rasulullah Saw Menyampaikan khutbah yang masyhur tersebut sekarang menjadi bahagian hadapan daripada Masjid Namirah. Mustahak untuk diketahui adalah tidak semua kawasan dalam masjid ini boleh dijadikan tempat berwukuf. Bahagian di mana tempat nabi berkhutbah dan solat ketika haji wada’ tidak termasuk sebahagian daripada kawasan wuquf.

Masjid Namirah, binaan yang lama, perhatikan kedudukan menara dan kubah masjid yang dibina ditempat Rasulullah saw berkhutbah.
Gambar kredit kepada sumber asal


Kedudukan Masjid Namirah, Lembah Uranah dan Jabal Rahmah

Jabal Rahmah

Salah satu mercu tanda 'Arafah sudah tentunya Jabal Rahmah. Tempat spesifik di mana diriwayatkan Nabi Adam bertemu dengan Hawa. Dengan ketinggiannya lebih kurang 70 meter, bukit ini memang menjadi tumpuan pelawat baik pada musim umrah dan tentunya pada musim haji untuk memanjat dan berdoa di puncak bukit tersebut.

Pemandangan dataran 'Arafah dari puncak Jabal Rahmah

Dari segi dalil, menurut Imam Nawawi dalam Al Majmu' menukilkan bahawa tidak ada dalil khusus yang mensyariatkan supaya jamaah memanjat bukit tersebut untuk berdoa baik untuk tujuan jodoh mahupun supaya orang yang didoakan sampai seru menunaikan haji.Tapi ramai juga jemaah yang mengambil kesempatan untuk memanjat Jabal Rahmah dengan pelbagai tujuan

Ada juga yang ambil kesempatan untuk menulis nama nama di batu tanda Jabal Rahmah. Mungkin untuk tujuan jodoh


Wadi Muhassir

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Mina. Dalam perjalanan ke sana, kami telah ditunjukkan satu kawasan bernama Wadi Muhassir. Mengikut sirah, di kawasan inilah berlakunya peristiwa burung burung Ababil menyerang tentera Abrahah dengan batu batu dari api neraka.

'Kaabah' binaan Abrahah di Yaman yang masih lagi kekal sampai sekarang,tujuan asal dibina untuk menyaingi Baitullah tapi menjadi tempat buangan sampah.
Gambar kredit kepada sumber asal

Disunnahkan bagi kita semua untuk mempercepatkan perjalanan sebaik sahaja melalui kawasan ini mengenangkan ianya adalah tempat di mana Allah menurunkan azab neraka di dunia lagi. . Mengikut sirah, Nabi s.a.w memecut untanya untuk mempercepatkan perjalanan sampai di Wadi Muhassir. Begitulah kebiasaan baginda apabila tiba di tempat-tempat yang telah diturunkan bala oleh Allah Taala kepada musuh-musuhnya.

Muzdalifah

Selepas melewati wadi Muhassir, kami tiba di kawasan Muzdalifah. Muzdalifah adalah kawasan di mana jamaah haji akan bermabit (bermalam) seketika untuk mengutip anak anak batu yang akan digunakan untuk melontar pada hari ke 10 Zulhijjah.

Di sini letaknya Masjid Al Masy’aril Haram yang dinamakan sempena dengan ayat Al-Baqarah [198] Tidak ada dosa bagimu untuk mencari kurnia (rezeki hasil perniagaan) dari Tuhanmu. Maka apabila kamu telah bertolak dari Arafah, berzikirlah kepada Allah di Masy`aril Haram. Dan berzikirlah (dengan menyebut) Allah sebagaimana yang ditunjukkan-Nya kepadamu; dan sesungguhnya kamu sebelum itu benar-benar termasuk orang-orang yang sesat

Masjid Al Masy’aril Haram

Mina


Sedikit sejarah mengenai Mina, mengikut Imam Nawawi dalam Al Majmu’, ahli bahasa dan sejarah zaman dahulu menamakan tempat ini Mina kerana mengenangkan banyaknya darah korban yang ditumpahkan di sini. Manasik haji yang dilakukan di sini adalah bermalam, melontar dan bercukur dan juga berkorban.

Di Mina, sewaktu kami sampai, dari atas bukit sayup kelihatan khemah khemah yang kalis api yang memang sudah sedia menanti. Khemah khemah ini sebenarnya adalah ‘khemah kekal’ bukan seperti di ‘arafah yang didirikan setahun sekali.

Istana tetamu untuk bermalam di Mina

Di sini juga letaknya Masjid Khaif yang mana mengikut Hadis Rasulullah saw Tujuh puluh orang Nabi telah bersolat di sini antaranya adalah Nabi Musa. Rasulullah juga turut bersolat di sini sewaktu Haj Wada’ Baginda.

Masjid Khaif dan khemah khemah haji di Mina

Jamrah

Dari Mina kami meneruskan perjalanan melalui lereng bukit untuk melihat Jamrah. Jamrah dalam bahasa arab bermaksud batu kecil.Jamrah telah melalui beberapa proses pembesaran semenjak dari zaman di fardunya haji sehingga ke hari ini di mana pada masa sekarang binaan jamrah telahpun menjadi bangunan yang cukup teguh dan tinggi iaitu setinggi 5 tingkat setelah selesainya pembinaan terakhir di bawah seliaan Raja Abdullah.

Suasana melontar pada zaman dahulu
Gambar kredit kepada sumber asal

Di sini terdapat sedikit kekeliruan di kalangan rombongan kami memandangkan saiz bangunan yang menempatkan jamrah begitu besar, ada di kalangan kami yang terkeliru dengan menyangkakan bahagian berbentuk bulat

yang menempatkan eskalator itulah yang mengandungi batu tanda jamrah untuk jamaah melontar, rupanya tidak, Ustaz telah menjelaskan di mana lokasi jamrah yang betul.


0 Response to " "