.jpg)
Mesyuarat Majlis Raja ra oppps ..Mesyuarat malam tadi berlanjutan sehingga awal pagi. Antara agenda yang dibincangkan berkenaan tugasan kepemudaan kami ni yang ditugaskan untuk menyelia urusan minuman sewaktu Rumah Terbuka ADUN hari Ahad nanti. Payah tu.. dalam keadaan bekalan air terputus dari semalam Angkara pengorek pasir sehingga Ahad nanti.
Macam mana nak sediakan air minuman kat 10,000 tetamu ek?Pilihan :P
a. Bancuh air sirap dalam Lori Syabas
Kelebihan - Masuk Malaysia Book of Record sebagai bancuhan air sirap terbesar
Kekurangan - Takut keluar anak ikan bercampur air sirap
b. Panggil Bomba untuk sedut air Tasik Cempaka ke Kompleks Sukan S15
Kelebihan - Tetamu dapat minum air mutlaq
Kekurangan - Perlukan water filter yang beribu ribu untuk menapis air
c. Bancuh air sirap dalam tangki menara besar dekat kompleks sukan tu
Kelebihan - Bancuhan air sirap tertinggi pernah dihasilkan di Malasysia
Kekurangan - Perlukan wayar getah yang cukup panjang untuk menyalurkan air dari tangki ke bawah.
Anda rasa pilihan mana sesuai? Apa cerita pun jemputlah siapa yang berkelapangan ke sana? Insya Allah kami akan cuba buat air yang halalan Tayyiba lah sampai cadangan untuk jemput ahli kelab penyokong PAS sediakan makanan pun kita KIV dulu jadi jangan bimbanglah. Siapa yang lepas pergi BK6 bolehlah jemput ke Bangi lak.
p/s: erm mungkin hampir 300,000 duk kutuk pengorek pasir tu akibat kesusahan tader air..kalau Allah tak bagi rahmat kat mereka 'selamatlah' tu dunia akhirat....