Entry One:

Melaka adalah sebuah negeri yang terletak di selatan Malaysia.Asalnya negeri ini merupakan negeri beraja sebelum menjadi negeri negeri selat dan seterusnya menjadi negerinegeri yang masih lagi dikuasai BN pada PRU yanglepas.

Kedudukan Melaka dalam Malaysia adalah seperti berikut:

* Keluasan: keempat terkecil di Malaysia (tangga ke-11), serta di Semenanjung Malaysia (tangga ke-9)
* Penduduk: kedua terkecil di Malaysia (tangga ke-13), serta di Semenanjung (tangga ke-13)
* Kepadatan penduduk: ke-4 terpadat di Malaysia serta di Semenanjung.


Melaka mempunyai banyak tempat pelancongan menarik seperti Sungai Melaka, Menara Taming Sari, Eye On Melaka dan tempat-tempat bersejarah yang menarik untuk filem seperti filem Hindustan.. Di Ayer Keroh sahaja khususnya di Bukit Beruang antara tempat yang menjadi tumpuan( :P) adalah Restoran Sajian Utama, Kedai Nasi goreng RM 1.50 di BBU,Bukit di Taman Dahlia dan juga Jaya Jusco Ayer Keroh.

http://www.jusco.com.my/JuscoHome/html/jusco/storeinfo/images/stores_img/mlk_store_large.jpg

Tidak rugi anda memilih untuk melawat Melaka kerana dengan melawat Melaka bermakna anda telah melawat Malaysia.

1. Amacam? boleh dapat Datuk?

2. Mufis ko promotelah jugak Kg Duyong tu mana tahu anak jati boleh dapat Datuk Wira terus...

3. Entah entah tuan punya badan(SRK) tak tahu apa apa yang tengah kecoh kat Malaysia ni. Habis habis dia kata bukan aku yang pilih tempat tu tanya Tuan Direktor lah...

4. Agaknya kalau Orang yang rekmen SRK dapat Datuk tengok citer Phir Bhi Dil Hai Hindustani tatau jadik ke tidak bagi Datuk . Orang kata filem tu macam sindir Malaysia masa zaman reformasi dulu. Datin Wira boleh mengulas kot... :P

5. Bila semua orang duk bising pasal SRK akhirnya yang terpromote adalah SRK lah pulak bukannya Melaka seperti yang dihajati oleh Pak Lawak "Mohd. Ali berkata, penganugerahan DMSM kepada Shah Rukh Khan adalah pelaburan yang mendatangkan banyak keuntungan balik kepada Melaka dari segi promosi secara percuma tanpa melibatkan wang"


Entry Two:

Antara perkara hampir pasti akan berlaku bila DS Najib menjadi PM


gambar Najib Tun Razak



a. Pertukaran rejim media, Ketua Pengarang akhbar dan berita berita utama di Malaysia(Utusan, Berita Hairan etc).Yang ini antara aktiviti utama bagi seseorang pemerintah yang baru naik. NSTP dah mula

b. Pak Lah jadi Tun Pak Lah

c. Menurunkan harga minyak erm... mungkin sehingga RM 2 sebagai 'hadiah' kepada rakyat atauuu gula gula...

c. Membebaskan tahanan ISA erm... Saya tak pasti RPK akan turut dibebaskan atau tidak tapi saya agak yakin tahanan Hindraf akan dibebaskan untuk menyejuk mata kaum india.

d. TDM menyertai semula UMNO dan UMNO kononnya akan bersatu di bawah DSN.

e. Islam glokal menggantikan Islam Hadhari? atau menglokalisasikan Islam ke mengulakasikan Islam? akan berlaku

f. Muncul tycoon baru bisnes. Zaman TDM muncul tokoh korporat tertentu yang menjadi 'blue eyed boy' . Zaman TPA(Tun Pak Lah) Datuk Patrick lepas ni? siapakah 'blue eyed boy' DSN?


Yang saya tak berapa mahir untuk pastikan

a. Jaminan untuk DSAI ditarik balik atau tidak.Kalau ditarik balik, merengkoklah kat dalam macam zaman Mahathir dulu.Lagipun orang dahkata DSN ni betul betul replicate TDM.
b. TS Muhyiddin akan jadi TPM macam TDr Ismail ka atau berpeluang jadi PM. Saya takut beliau cuma panaskan kerusi tu sahaja sebelum DS Hishamuddin naik.

y

c. Jambatan Bengkok...............mungkin dibina balik tapi dengan nama lainlah...
d. Datuk Mukhriz masuk kabinet atau tak,bergantung kepada nasihat TDM pada DSN lah kut, kan TDM dah pesan

"Najib perlu pastikan tidak dikelilingi kroni, keluarga"

maknanya Datuk Nazir taklehlah nak jadi Menteri Kewangan, Datuk Nazim taklehlah jadi Menteri Perancangan Bandar atau Datuk Johari taklehlah jadi MenteriUndang undang. Datuk Mukhriz keluarga TDM bukan keluarga DSN bolehlah kut lantik..
mungkin atas kapasiti Ketua Pemuda.


Entry Three:

Satu posting yang ditulis oleh salah seorang pimpinan kanan PR.

"Saya terkilan kerana Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin turut senada dengan provokasi jahat UMNO dan media.

Pemasangan poster gergasi Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah hasil usaha dan kreativiti masyarakat di Batu Caves untuk menghargai sumbangan dan pengorbanan Anwar Ibrahim. Daripada maklumat yang saya perolehi, 'replika' setinggi 35 meter yang dimaksudkan bukanlah dibina secara tiga dimensi ( 3D ) seperti patung sebaliknya ia adalah berbentuk poster yang ditampal pada sekeping 'plywood'. Pemasangan dibuat 3 hari sebelum Eidul Fitr melalui saluran kelulusan yang diberikan oleh Majlis Perbandaran Selayang. Di mana silapnya ? Kalau sebelum ini kita mempamirkan poster di kertas dan plastik, mengapa tidak di plywood ? Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa ianya adalah poster dan bukannya patung. Saya tidak akan berkompromi dalam perkara yang boleh memesongkan dan mengugat aqidah.

Kenyataan yang dibuat oleh seseorang Mufti amat penting kerana setiap kenyataan yang dizahirkan oleh seseorang Mufti akan mempengaruhi umat Islam. Sehubungan dengan itu, kenyataan mestilah dibuat secara cermat dan bijaksana berasaskan fakta yang jelas. Dalam konteks ini, Dr. Mohd Asri sekali lagi melatah ( seperti dalam banyak insiden yang lain sebelum ini ). Kalau beliau berminat dalam isu ini, Dr. Mohd Asri seharusnya turun ke Batu Caves dan dapatkan maklumat yang tepat dan jelas sebelum terburu buru membuat kenyataan. Jangan celaru !

Mufti Perlis seolah-olah tidak mempunyai isu lain untuk diperkatakan sedangkan dia boleh menyatakan pendirian beliau terhadap perkara-perkara pokok. Di manakah pendirian Dr. Mohd Asri dalam isu rasuah pemimpin-pemimpin negara yang menjadi barah dalam sistem pentadbiran Hadhari ? Apakah pendirian Mufti Perlis dalam isu jenayah besar yang mengaitkan pemimpin tertinggi UMNO ? Mengapa Dr. Mohd Asri membisu dalam menyatakan pendirian terhadap akta-akta yang zalim seperti ISA ? Mengapa Dr. Mohd Asri tidak mengasak budaya fitnah UMNO sehingga memecahkan perpaduan umat Islam ? Di mana suara Mufti Perlis dalam isu istiadat meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara yang disempurnakan oleh Abdullah Badawi dan Najib Tun Razak ? Apakah Tugu Negara bukan patung ?"

Untuk berlaku adil ,saya rasa sebelum beliau menyaran Dr MAZA supaya" dapatkan maklumat yang tepat dan jelas sebelum terburu buru membuat kenyataan" beliau sendiri sepatutnya berbuat demikian terlebih dahulu. Antara perkara yang diboldkan itu adalah yang telah disentuh oleh beliau."


Oklah kut dulu.. tulah saya posting blog bukan macam tok mudin, blogging macam makan nasi kena makan nasi hari hari, saya tak ari ni makan nasi esok makan lamb chop, lusa makan pulut ikan masin, tulat makan spagheti plak.. :P

0 Response to " "