

Entry One:
Sah, tiada Liwat — Laporan perubatan
Isnin, 28 Julai 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, NasionalKUALA LUMPUR, 28 Julai (SK)- LAPORAN perubatan dari doktor yang memeriksa tubuh Mohd Saiful Bukhari Azlan mengesahkan tiada sebarang kesan yang menunjukkan dia diliwat. Pada 28 Jun lepas Saiful menemui Doktor Mohamed Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi mengadu dia merasa kesan sakit didubur ketika membuang air besar.
Tetapi laporan Doktor Mohamed yang dikeluarkan pada jam 2.14 petang, sebaik sahaja pemeriksaan dibuat ke atas tubuh Saiful mengesahkan tiada sebarang kesan liwat seperti yang didakwanya.
Laporan itu jelas menyatakan:
* Tiada kesan koyak pada kulit (skin tearing, zero)
* Tiada pendarahan aktif (active bleeding, zero)
* Tiada kesan nanah (traces of pus, zero)
laporan penuh boleh dibaca menerusi Suara Keadilan edisi 141 yang akan terbit esok.


Kata Saya:Dulu pun laporan kata macam tu jugak tapi 6 tahun ke dalam...
Entry Two:
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Abdul Latif ketika dihubungi Agendadaily menyifatkan, laporan Malaysiakini yang mendakwa ada laporan perubatan tiada kesan liwat ke atas Saiful berniat jahat bagi memberi gambaran tidak berlakunya perbuatan liwat. Kata Saya: 1"Bicara" lah dulu di Mahkamah.Kalau DSAI ada alibi ke apa ka even kalau Mubahalah ke bersumpah ke sekali pun bicaralah kat Mahkamah dulu, Mahkamahlah boleh tentukan ada liwat ke tidak. Cuba try kena atas batu kepala dia baru tau..... 2. Dalam situasi sekarang mala fide tidak pernah dikira berlaku kalau si pelapor membuat laporan terhadap yang dilapor ianya dikira sebagai membuat permohonan biasiswa sahaja.
"Laporan ini mempunyai unsur mala fide . Apa juga bentuk laporan sama ada kesan calar ada atau tidak, tiada siapa boleh buat kesimpulan liwat tidak berlaku selagi perkara berkenaan tidak dibicarakan di mahkamah,” katanya.
Lagi pun jelasnya, prosedur pemeriksaan juga mestilah mengikut prosedur siasatan sekiranya ia melibatkan aduan jenayah.
Sehubungan itu, Dr Latif berkata, jika benar ada laporan doktor mengenai isu liwat berkenaan disebarkan, Saiful sebagai pesakit boleh membuat aduan kepada Majlis Perubatan
Ini kerana katanya, doktor mempunyai sumpah kerahsiaan dengan pesakit.
Tambah beliau, mengikut etika tiada doktor boleh mendedahkan laporan pesakit kecuali laporan berkenaan mempunyai kaitan dengan siasatan jenayah dan dibawa ke mahkamah.
Secara sinis beliau berkata, jika laporan pesakit segaja didedahkan "itu adalah di luar tabie". – 28/7/2008